Jumaat, 9 Disember 2011

Lim Guan Eng akan kecut dalam kapal selam

Pelawaan YB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak YB Lim Guan Eng merasa pengalaman menaiki Kapal Selam KD Tun Razak petang ini memberi impak yang bercampur-campur kepada Guan Eng.

Guan Eng takut dalam teruja!

Teruja kerana terasa dirinya lebih berharga daripada Tony Pua,  Mat Sabu, Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan lain-lain daripada parti pembangkang.

Guan Eng juga berasa takut seandainya kapal selam yang menyelam dan tidak dapat timbul semula, maka berakhirlah riwayat Lim Guan Eng yang mengidamkan jawatan Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Apa pun petang ini, Guan Eng akan memberanikan diri untuk menerima pelawaan Zahid Hamidi. Guan Eng akan dibekalkan beberapa gajet oleh kroninya untuk mengintip peralatan-peralatan canggih yang berada dalam kapal selam tersebut.

Tetapi sayang apabila nak masuk ke dalam kapal selam, Guan Eng dikehendaki menukar pakaian lain dan meninggalkan segala-gala gajet di atas, pemeriksaan rapi terpaksa dilakukan sebelum dibenarkan memasuki kapal tersebut.

Setelah berada di dalam kapal dan menyelam sedalam 50 meter, tiba-tiba satu kerosakan teknikal berlaku dan kapal gagal berhubung dengan pihak luar, berlaku masalah elektrik dan hilang tenaga secara tiba-tiba.  Zahid terus menunaikan solat hajat dan membaca surah yassin, manakala Guan Eng terus jadi sewel dan hilang akal, terkucil dan hilang akal buat selama-lamanya.

Setelah segala kerosakan yang disengajakan selesai, kapal selam kembali ke permukaan dan Guan Eng terus sewel dan ditempatkan di hospital wad gila.

Nak bukti kapal selam boleh menyelam ambil masa 21 bulan?
8 December 2011
GEORGETOWN, 8 DIS – Setelah hampir dua tahun lamanya menanti Scorpene KD Tun Razak “dibaiki”, akhirnya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menerima jemputan rasmi Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencuba kapal selam yang penuh dengan kontroversi itu.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau menanti begitu lama setelah Zahid membuat cabaran awal kepadanya pada sidang Parlimen 17 Mac 2010 untuk menaiki kapal selam tersebut.
Jelasnya, ini membuktikan Zahid tidak dapat lagi menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu memang tidak dapat menyelam semasa penyerahannya kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak lama dulu.
Namun, Guan Eng tetap akan menerima cabaran Zahid menaiki kapal selam itu di Langkawi esok, walau sudah terlampau lewat seolah-olah ada sesuatu yang mahu disembunyikan oleh menteri berkenaan sejak 21 bulan yang lalu.
“Pada masa sama, rakyat Malaysia masih lagi menunggu jawapan kepada soalan-soalan tentang kos pembelian yang tinggi dan penganugerahan kontrak perkhidmatan yang kini juga terlibat dalam kes saman di negara asing.
“Zahid juga tidak menjawab soalan-soalan mengenai kos pembelian sebanyak RM3.68 bilion dan kontrak perkhidmatan atau “komisyen” sebanyak RM534 juta.
“Adakah pembetulan kecacatan teknikal itu mengambil masa begitu lama?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, jemputan terbaru Zahid itu sebenarnya akan membangkitkan lagi lebih banyak persoalan oleh rakyat Malaysia, iaitu kos pembelian yang terlampau mahal dan keraguan mengenai kontrak perkhidmatan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat ‘misteri.’
“Kerajaan Barisan Nasional sedar bahawa isu ini melibatkan bukan sahaja wang awam sebanyak RM4.214 bilion, tetapi juga keselamatan para pelayar TLDM.
“Kerajaan hendaklah memastikan bahawa semua sudut keselamatan dan penyenggaraan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang berpengalaman dan mempunyai rekod prestasi yang terbukti,” katanya.
Guan Eng yang juga Adun Air Puteh akan menaiki kapal selam tersebut yang berlabuh di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011. – Roketkini.com
PrintFriendly

Pas menangis mengenangkan pemimpin yang mereka sayangi sudah tidak betul lagi,,,,



Tiada ulasan:

Catat Ulasan