Selasa, 18 Jun 2013

Kes hina mahkamah satu kesalahan berat

Dari blog Kedahan69ner

18 June 2013   ISU HANGAT, KEDAH HARI INI
Kewujudan tanah perkuburan swasta di tengah-tengah perkampungan Melayu dan di atas tanah rezab Melayu di Sungai Kob, Karangan kekal menjadi perkara yang cukup menyakitkan hati. Pada zaman pentadbiran PAS lalu, syarikat pemaju tersebut yang turut mencerobohi tanah orang kampung bagi pembinaan jalan ke tanah perkuburan berkenaan selain menghalang pemiliknya daripada mengambil tindakan terhadap mereka, begitu besar kepala dan begitu kebal daripada sebarang tindakan undang-undang. 

Sudah ada kes pertumpahan darah membabitkan tanah perkuburan swasta berkenaan. Orang kampung yang berusaha mempertahankan hak mereka, akhirnya dipersalahkan, terutama apabila terdapat konco-konco syarikat pemaju tersebut yang bertindak sebagai gunting dalam lipatan terutama dengan kepiah putih di atas kepala dan keahlian mereka dalam PAS.

Wakil rakyat kawasan berkenaan, Aisyah Ghazali tidak pernah turun menjenguk ke kawasan berkenaan. Sebaliknya dari kejauhan, dia memberikan sokongan sepenuhnya kepada syarikat pemaju tanah perkuburan swasta tersebut.

Penduduk tempatan telah berjaya mendapatkan perintah mahkamah menghalang syarikat tanah perkuburan tersebut daripada meneruskan operasi mereka. Bagaimanapun, arahan mahkamah tidak dihiraukan oleh syarikat tersebut, sebaliknya dengan megah, angkuh dan penuh biadap, mereka mula mengangkut mayat-mayat untuk disemadikan di atas tanah yang masih berstatus pertanian.

Mukhriz Mahathir, pada hari pertama dia menjadi Menteri Besar, turut mengeluarkan arahan agar syarikat berkenaan menangguhkan operasi mereka di kawasan berkenaan agar siasatan dan kajian terperinci dijalankan. Namun nampaknya ada pihak yang lebih berkuasa di Kulim, yang telah membenarkan syarikat berkenaan untuk membawa mayat dan dikebumikan di situ.

Sedangkan menurut undang-undang, sebarang pengkebumian memerlukan kebenaran dan permit daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.

Siapakah pihak berkuasa yang cuba menunjukkan mereka sangat berkuasa itu?

Bagaimana pula dengan Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah Kulim yang telah meluluskan kewujudan tanah perkuburan swasta tersebut di atas Tanah Rezab Melayu?

Apakah kerana kerajaan negeri Kedah sekarang merupakan Kerajaan Melayu, maka syarikat yang dimiliki oleh chinabeng itu boleh berbuat sekehendak hati mereka dan tidak menghiraukan segala undang-undang selain tidak menghormati keputusan dan engkar arahan mahkamah?

Melihat kepada senario tersebut, kewujudan tanah perkuburan swasta di tengah-tengah perkampungan dan tanah rezab Melayu itu secara jelas, menunjukkan wujudnya RASUAH dan PENYELEWENGAN besar-besaran pada zaman pentadbiran PAS membabitkan pelbagai agensi termasuklah PBT.

Perubahan status tanah tidak sahaja melibatkan tanah perkuburan swasta Sungai Kob itu, bahkan turut melibatkan beberapa tapak projek yang lain, termasuklah Madrasah Salihiah yang telah diruntuhkan dan dimusnahkan oleh pihak pemaju dengan bantuan Kerajaan Negeri yang terdahulu.

Laporan kepada SPRM juga telah dilakukan tetapi sehingga sekarang, masih belum ada sebarang tindakan yang benar-benar aktif daripada SPRM berhubung masalah tanah perkuburan Sungai Kob.

Rakyat terutama sekali di Selatan Kedah sudah lama memperkatakan tentang hal ini.

Kerajaan Mukhriz Mahathir mempunyai tanggungjawab yang amat berat bagi membersihkan segala salahlaku dan penyelewengan yang membabitkan PBT dan pihak berkuasa lain. Kalau arahan dari Kerajaan Negeri tidak dipedulikan oleh syarikat berkenaan, bermakna perlu ada tindakan undang-undang yang menyusul terhadap mereka!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS Mabuk

Ada orang mabuk todi, ada orang mabuk laut, naik kapal atau feri wajib muntah. Ada orang mabuk cinta dan rindu awek bagai nak rak. Ada orang mabuk janda. Ada orang mabuk sebab tak dapat jadi MP Putrajaya. Ada orang mabuk tak dapat jadi Perdana Menteri pergi Indon kutuk negara sendiri.

Pas pun mabuk, tetapi mabuk Pas lain sikit, mabuk talak dari Dap dan Pkr, tetapi digantung tak bertali, itulah mabuk Pas kini dan selamanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kemalangan maut ragut 6 nyawa di Taiping

Berita yang mengejutkan diterima awal pagi tadi.

Satu kemalangan maut yang melibat seorang Benggali pasir yang memandu dalam keadaan mabuk telah merempuh beberapa orang penunggang motosikal di atas jejantas keretapi Taiping Simpang berhampiran Taman Larut Tin.

Sepasang suami isteri turut terlibat dan isteri meninggal dunia sementara suami kritikal. Lain-lain yang meninggal dunia ialah melayu dan juga Benggali.

Waktu ini suasana pilu di bilik mayat sementara menunggu selesainya bedah siasat dijalankan.

Takziah dan alfatihah kepada keluarga mangsa.

Setelah siasatan dibuat mangsa yang terkorban ialah 2 orang sahaja.

Isnin, 17 Jun 2013

Semua salah Umno

Premis arak dan premis urut, disko dan sebagainya yang wujud di Selangor semuanya salah Umno kata orang Pas.

Pada hal kebanyakannya tumbuh bagai cendawan busut selepas negeri diperintah oleh Pas, Pkr dan Dap.

Orang Pas tak nampak tu semua yang mereka tahu Almarhum Tengku Abdul Rahman yang bersalah kerana merasmikan kilang arak di Shah Alam. Sampai sekarang Pas menjaja gambar tersebut.

Bila kita cabar supaya Pas menutup semua premis maksiat, Pas kata Umno kerajaan persekutuan yang mengeluarkan lesen. Pas tetap tak bersalah.

Bila Dr Hasan Ali rampas arak, Pas kata orang bukan Islam berhak untuk membeli dan menjual arak. Pas tak salah lagi.

Sekarang nak buat apa? Tolong habaq sat
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Semua pemimpin sektor awam perlu ada Facebook, Twitter - Ketua Setiausaha Negara (KSN)

PUTRAJAYA 14 Jun - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa mahu setiap ketua setiausaha kementerian (KSU), timbalan KSU, ketua pengarah (KP) serta pemimpin jabatan dan bahagian sektor awam memiliki akaun Facebook dan Twitter sendiri mulai esok.

Beliau berkata, saranan tersebut perlu bagi membolehkan pegawai atasan dan ketua jabatan menjawab setiap kritikan dan tuduhan liar yang dilemparkan oleh pihak tertentu melalui dua saluran media sosial yang popular itu.

Katanya, langkah itu merupakan peluang terbaik kepada mereka untuk lebih mendekati dan memahami permasalahan yang dihadapi rakyat di peringkat akar umbi.

"Kita selalu berada di pihak yang menerima kritikan dan tuduhan sedemikian dan saya percaya sudah tiba masa untuk menjawabnya dengan fakta.

"Dalam masa sama, kita juga perlu mempertahankan nama baik penjawat awam pada setiap masa dengan menggunakan dua saluran media sosial terbabit," katanya kepada pemberita selepas Majlis Interaksi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Bersama KSN, di sini hari ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Persatuan PTD itu turut melancarkan Tabung Khas Kebajikan Persatuan PTD.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa setiap kementerian dan jabatan kerajaan memiliki akaun Facebook dan Twitter bagi menangani kritikan awam dan mempromosikan program yang dirancang oleh mereka.

Serentak dengan saranan tersebut, Ali berkata, beliau ada mekanisme tertentu untuk memastikan setiap KSU, Timbalan KSU, KP dan pemimpin jabatan dan bahagian mematuhi i saranan tersebut "Salah satunya, mereka perlu jadi 'kawan' Facebook dan pengikut Twitter saya," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 15 Jun 2013

Punca kekalahan Pas Kamunting

Punca kekalahan Pas Kamunting dalam cubaan untuk menawan kerusi N16 telah dikenal pasti.

sebelum ini TM mendedahkan punca Pas ditolak di Kamunting ialah kerana Calonnya menerima dana yang besar daripada Dap.

Kedua ialah kerana membawa artis untuk berceramah.

Ketiga kerana calon berlakon dalam cerita pendek bersama Bob Lokman yang jelas tidak boleh diterima oleh pengundi.

Keempat wujudnya sokongan dan kerjasama dengan kumpulan Syiah.

Dan sebab lain ialah Allah tidak mengizinkan Pas menang.

Beberapa hari sebelum hari mengundi calon telah meminta rakannya mengadakan solat hajat.

Rakan beliau menerima permintaan atas dasar seorang kawan, walaupun solat hajat tersebut mahukan dia menang tetapi rakannya yang mengimamkan majlis solat tersebut telah memohon agar Allah menunjukkan kewajaranNya siapa yang sepatutnya menjadi pemimpin yang boleh diterima dan memberi khidmat kepada rakyat khasnya kawasan Kamunting.

Ada juga majlis solat hajat oleh Pas yang diadakan di surau dan masjid supaya diberikan kemenangan kepada parti Islam yang dapat menegakkan syiar Islam dan ternyata hajat mereka ditunaikan dengan kemenangan kepada BN.

Selepas selesai pengiraan undi Allah telah memilih Dato Zahir sebagai wakil rakyat. Begitulah ketentuan Allah yang sebagai tanda kesyukuran Dato Zahir segera ke Mekah untuk menunaikan Umrah.

Pun begitu Pas dijangka akan membuat petisyen untuk kerusi N16 kerana tak puas hati undi pos atau undi awal tetapi telah membatalkan hasrat mereka pada saat akhir.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 14 Jun 2013

Kalau blackout guna lilin lah

Perbincangan antara penganjur himpunan Blackout 505 dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL gagal mencapai sepakat berhubung lokasi penganjuran pada 23 Jun ini.

Rafizi Ramli, berdegil dan perhimpunan itu tetap dibuat di Padang Merbok.

TM mencadangkan supaya puak-puak ini buat dikubur Jepun dekat DBP dan peserta wajib membawa lilin atau lampu suluh sempena malam blackout.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Berita menggegarkan kepala lutut Anwar

Lapuran Bloomberg: Drpd 58 negara pengeluar minyak, Malaysia duduki tangga ke 6 petrol termurah didunia. Negara yg harga paling mahal di dunia adalah negara yg Anwar agungkan, Turki USD9.89 segelen
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Asal Usul blackout

Mengikut dongeng oleh Raja Pembohong perkataan 'Blackout' adalah datangnya dari pengalaman raja itu sendiri.

Pertama kali beliau blackout apabila ditahan oleh polis dan akibat terkena penumbuk pertama mata kirinya blackout seminggu.

Kedua kali blackout ialah apabila mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun.

Blackout ketiga ialah selepas terkantoi dengan china doll dalam gelap dan paling terkantoi blackout ialah apabila ada bapok tua cium ketiak raja pembohong sendiri.

Bila aktiviti tersebar di internet, raja pembohong terus blackout berminggu-minggu.

Gagal menjatuhkan kerajaan menyebabkan raja pembohong terus blackout sampai sekarang. Meracau setiap malam agar hamba-hamba pecacai percaya cerita dongengnya tentang blackout adalah bukan salah dia sendiri tetapi salah china doll, salah bapok tua, salah semua orang.

Akhirnya hamba pecacai lupa segala cerita asal usul blackout sampai lupa terlupa jam mahal tertinggal dalam bilik kerana otak dah blackout.

Berkat mendoakan dan suka sangat dengan blackout, tak lama lagi akan datang lah blackout yang sebenarnya. Sama ada dalam lubang najis atau blackout dalam lubang kubur.

Itulah serba sedikit asal perkataan blackout dari raja pembohong parti kuat rogol.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 13 Jun 2013

Malaysia bumi bertuah

Nazlen Jabar shared the following link and had this to say about it:

Bertuah bumi Malaysia ...
Azan berkumandang di mana-mana. Juga di TV dan radio. Ditambah dengan bacaan ayat2 Quran sebelum dan selepasnya. Ada pejabat kerajaan dan swasta menyiarkan bacaan quran setiap pagi sebelum mulakan tugas. Masjid dan surau di merata tempat, hinggakan di stesyen minyak, hotel dan pusat beli-belah pun ada. Pekerja bebas untuk beribadah, malah majikan boleh dikenakan tindakan jika menghalang pekerjanya bersolat. Pakaian menutup aurat tidak dilarang, malah digalaknya. Dan berpurdah atau tutup semua pun boleh. Kuliah-kuliah magrib, isyak, subuh, zuhur, asar dimana-mana, termasuk di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta. Saban tahun diadakan tilawah al-quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa, dan hari-hari besar Islam juga diraikan dimana-mana ...
Bertuah bumi Malaysia ...

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151654090337630&set=a.275633477629.143560.528382629&type=1&relevant_count=1
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rafizi Oh Rafizi

Kelmarin tamatlah tarikh buat petisyen. PKR paling meroyan dengan 19 kes, Pas 4 kes dan Dap 2 kes. Ini petisyen kerusi Parlimen, petisyen kerana gagal menawan Putrjaya.

Butir-butir atau alasan petisyen belum diumumkan. Cuma mungkin 3 isu utama seperti isu dakwat, isu 40 ribu pengundi Bangla dan undi pos.

Selepas ini Rafizi tak boleh bercakap lagi mengenai PRU kerana ia adalah satu kesalahan atau lebih senang disebut prejudice.

Maka 22 Jun perhimpunan Blackout 505 akan menjadi majlis ceramah Mengumpul dana RM 1.5 juta untuk kos perbicaraan termasuk kos guaman.

Seronoklah majlis peguam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 12 Jun 2013

Dari Email: isu panas CIMB

 
Sila  buat lapuran tuan pada Bank Negara dengan SEGERA


2013/4/30 mohd zaki <masterzaki@gmail.com>
 
1. Dimaklumkan lebih kurang 5 petang pada 29 April 2013 saya telah memasukkan RM300 ke dalam mesin cash deposit di ATM CIMB Cawangan Kajang. Bayaran itu adalah untuk menjelaskan bayaran kereta Perodua Kenari saya yang berjumlah RM264.00 sebulan.

 2. Namun tadi saya telah menghubungi pusat panggilan auto finance CIMB di no 03-22956688 pada 30 April 2013 jam 12.00 tengahari untuk pengesahan bayaran yang telah saya bayar semalam.

 3. Secara logiknya, bayaran bulanan yang dipersetujui dalam perjanjian hire-purchase adalah RM264.00.  Dan saya telah membayar RM300.00 ke dalam mesin atm cash deposit. Sepatutnya ada lebihan wang sebanyak RM36.00 yang dimasukkan ke dalam bayaran bulanan yang akan datang.

 4. Namun saya difahamkan oleh pegawai perkhidmatan yang menjawab panggilan telefon tadi, bernama Cik Yana, CIMB Bank tidak lagi mengkreditkan wang lebihan yang dibayar oleh pelanggan ke dalam bayaran ansuran bulan yang akan datang.

 5. Jadi ke mana lebihan wang saya disalurkan?Jika wang lebihan RM36.00 itu untuk seorang pelanggan macam saya, cuba pihak tuan kalikan dengan jumlah pelanggan CIMB yang mungkin mencecah 2 juta orang, maka jumlah wang yang diambil oleh CIMB bank ini berjumlah RM72 juta. Bukankah ini satu penyelewengan salah yang dilakukan oleh pihak bank?

 6. Pegawai CIMB berkenaan menyatakan duit lebihan itu akan dikumpulkan sehingga genap jumlah yang sama dengan bayaran ansuran bulanan iaitu untuk kes saya sebanyak RM264.00 barulah lebihan wang itu akan dimasukkan dalam akaun saya.

 7. Soalan saya, sehingga wang itu dikumpulkan genap menjadi sama nilai dengan bayaran bulanan itu, maka di mana wang itu diletakkan? Sepatutnya ke dalam akaun pinjaman pelanggan juga, namun ia tidak berlaku. Kerana dimaklumkan bahawa wang lebihan itu tidak dikira sebagai bayaran ansuran untuk bulan akan datang. Jadi di mana wang lebihan itu diletakkan?

 8. Kemudian pihak CIMB Bank menganiaya pelanggan kerana di mesin atm cash deposit, wang seperti RM1 atau sen tidak boleh dimasukkan ke dalam mesin, jadi bagaimana pelanggan mahu menggenapkan bayaran bulanan seperti kes saya yang berjumlah RM264(dan ada sen). Sudah pasti pelanggan akan membayar lebih iaitu RM300 bagi menggenapkan nilai tersebut. Tetapi wang lebihan itu tidak pula dikira untuk bayaran ansuran bulan akan datang. Jadi di mana keadilannya untuk pelanggan?

 9. Pelanggan tidak dibenarkan membuat bayaran ansuran bulanan kereta di kaunter kerana menyusahkan pegawai yang bertugas di kaunter, maka kami disuruh membuat bayaran di atm mesin cash deposit, tetapi perlu membuat bayaran lebih sebab mesin tidak boleh menerima nilai genap Ringgit dan sen. Jadi soalan saya, adakah ini cara terbaru CIMB Bank mengambil keuntungan berjuta ringgit dengan cara menzalimi pelanggan?

 10. Saya juga ingin memaklumkan CIMB membuat undang-undang baru ini tanpa memaklumkan kepada pelanggan secara bertulis atau tanpa notis surat. Maka ini semua adalah satu kesalahan yang berat yang dilakukan oleh pihak CIMB kepada pelanggan. Mengambil duit pelanggan tanpa pengetahuan pelanggan. Wang lebihan yang dikatakan dikumpulkan itu mungkin akan dimasukkan ke dalam akaun tertentu yang memberi keuntungan kepada CIMB dengan cara mudah.

11. Saya memohon pihak bank negara menjalankan siasatan dengan segera ke atas tindakan CIMB Bank yang menzalimi rakyat jelata dan pelanggan bank khususnya.

Pohon lain-lain pendapat semua sahabat.

Pengguna 1 satu suara, satu kekuatan,

Terima kasih.

M. Zaki A. Lati
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 11 Jun 2013

Pas gila bukan semaacam

Pada ketika ini Pas Taman Mewah, Parlimen Bukit Gantang sedang menaikkan papan iklan 'Jawatan Kosong' iaitu permohonan untuk mengisi kekosongan berjemaah 5 waktu.

Pendapatan ialah 27 kali ganda 5 kali sehari. Siap dengan Elaun Perjalanan 1 langkah ke masjid 1 pahala + hapus 1 dosa. Ia juga termasuk dengan bonus mingguan iaitu Khutbah Jumaat, kuliah subuh dan kuliah magrib.

Kelayakan untuk jawatan kosong tertulis, Baligh, Tidak Gila, Lelaki dan Perempuan yang tidak uzur Syarie.

Untuk itu hadir ke ke masjid berdekatan untuk temuduga datang waktu subuh sampai isya.

Tarikh tutup, sebelum kiamat dan telefon nombor 24434 ( ikut rakaat).

Hahaaha! Hebat Pas Taman Mewah. Cuma nak tanya satu saja. Dulu Pas kata haram undi calon bukan Islam tetapi Pas Bukit Gantang undi calon PKR al-Jubury iaitu kapiaq makan babi cina Johor.

Apa pun kalau dok dengar ceramah maki hamun tak akan dapat pahala pun. Pas kata ulama waris nabi tetapi ularmak Pas dok maki orang, nak dapat apa?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BN Perak tidak akan buat petisyen

BN Perak memutuskan untuk tidak membuat sebarang petisyen berhubung dengan keputusan yang diwartakan oleh SPR.

Dengan demikian tamat spekulasi yang menyatakan BN Perak akan membuat petisyen dan kita tunggu apakah pula reaksi pembang Perak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 10 Jun 2013

Depa yang hina Raja

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP sokong Pengetua rasis

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Melayu Tertipu

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ajaran Al-Arqam

"Polis pantau kegiatan Al-Arqam" begitulah tajuk berita dalam Harian Metro hari ini.

Kumpulan yang diharamkan sejak 1994 dikatakan tidak menjejaskan keselamatan negara kata TKPN DS Bakri Zinin.

Polis memantau dari sudut keselamatan dan ancaman kepada negara. Akan tetapi bagaimana pula tentang ajaran mereka yang semakin berkembang dikalangan generasi ketiga pengikut kumpulan ini?

Apa peranan JAKIM dan apa peranan Jabatan Agama Islam setiap negeri. Kenapa tidak didakwa pemimpin mereka di mahkamah syariah?

Bukan saja Al-Arqam yang mengancam aqidah umat Islam tetapi ajaran Syiah turut mengancam umat Islam. Apakah tindakan Jabatan Agama Islam?

Sekarang Arqam mengadakan sidang parlimen roh pulak. Sikit hari lagi ada pula majlis yakazah atau majlis kahwin ramai-ramai, pilih saja yang mana suka terus kawin.

Ayuh Jakim bertindaklah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ekoran pendedahan media mengenai pondan di Taiping

Budaya pondan di Taiping bukanlah perkara baru, ia sudah lali bagi penduduk tempatan. Di mana-mana bandar besar dalam dan luar negara tidak dapat lari dari masalah ini.

Polis sering membuat tangkapan atas salah laku berpakaian 'cross dressing' biasanya mereka akan buat operasi pada Jumaat malam dan dihadapkan ke mahkamah pada hari Isnin. Pada ketika itu misai dan janggut mula memanjang.

Polis pun sudah muak untuk menangkap mereka dan mengadapkan mereka ke mahkamah.

Mahkamah pun mungkin sudah fed up dengan kes cross dressing ini.

Kebanyakan pondan ini adalah orang luar dari dan ada juga yang berasal dari luar bandar termasuk dari Kedah, Penang dan Sarawak.

Terdapat juga pondan yang melacurkan diri untuk membeli dadah dan ramai diantara mereka adalah pengidap HIV/Aids.

Pihak jabatan agama Islam pun dilihat tidak bertindak untuk memperbetulkan aqidah pondan ini sebaliknya lebih berminat ke arah aktiviti politik dan menerjah bilik-bilik hotel untuk menangkap kes khalwat.

Kes pondan pernah dibongkar oleh TV3 beberapa tahun lalu.

Link berikut ada butiran kisah pondan di Taiping.
http://t.co/cS6YBJ13VG
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 9 Jun 2013

Kenapa MIC nak boikot kerajaan negeri Perak?

Kelmarin TM terbaca dalam yahoo news menyatakan MIC akan boikot kerajaan Perak sekiranya Speaker tidak dipilih daripada MIC.

Sebelum PRU yang lalu juga kecoh kononnya Dr Zambry akan mengurangkan kerusi MIC kepada 2 kerusi Dun berbanding 4 pada 2008.

Dalam PRU lepas MIC hanya menang satu kerusi Parlimen di Tapah yang di wakili oleh Datuk M. Saravanan dan kalah buat kali kedua di Sungai Siput yang diwakili oleh Datuk SK. Devasamy.

2008 MIC juga kalah semua 4 kerusi iaitu di Pasir Panjang, Behrang, Hutan Melintang dan Sungkai.

2013 sekali lagi MIC kalah disemua 3 kerusi Dun iaitu Buntong, Jelapang dan Hutan Melintang

Oleh yang demikian MIC wajar mengukuhkan semula kedudukan parti sebelum bercakap soal boikot.

Dalam tahun 2010 MIC hanya berjaya mendaftar pengundi sebanyak 179 orang sahaja. Ia menunjukkan MIC Perak berada ditahap yang sangat lemah.

Nasihat TM kepada MIC ialah jangan menuntut apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri sebaliknya perlu pulihkan parti untuk PRU 14.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.