Selasa, 11 Jun 2013
Pas gila bukan semaacam
Pendapatan ialah 27 kali ganda 5 kali sehari. Siap dengan Elaun Perjalanan 1 langkah ke masjid 1 pahala + hapus 1 dosa. Ia juga termasuk dengan bonus mingguan iaitu Khutbah Jumaat, kuliah subuh dan kuliah magrib.
Kelayakan untuk jawatan kosong tertulis, Baligh, Tidak Gila, Lelaki dan Perempuan yang tidak uzur Syarie.
Untuk itu hadir ke ke masjid berdekatan untuk temuduga datang waktu subuh sampai isya.
Tarikh tutup, sebelum kiamat dan telefon nombor 24434 ( ikut rakaat).
Hahaaha! Hebat Pas Taman Mewah. Cuma nak tanya satu saja. Dulu Pas kata haram undi calon bukan Islam tetapi Pas Bukit Gantang undi calon PKR al-Jubury iaitu kapiaq makan babi cina Johor.
Apa pun kalau dok dengar ceramah maki hamun tak akan dapat pahala pun. Pas kata ulama waris nabi tetapi ularmak Pas dok maki orang, nak dapat apa?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
BN Perak tidak akan buat petisyen
Dengan demikian tamat spekulasi yang menyatakan BN Perak akan membuat petisyen dan kita tunggu apakah pula reaksi pembang Perak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Isnin, 10 Jun 2013
Ajaran Al-Arqam
Kumpulan yang diharamkan sejak 1994 dikatakan tidak menjejaskan keselamatan negara kata TKPN DS Bakri Zinin.
Polis memantau dari sudut keselamatan dan ancaman kepada negara. Akan tetapi bagaimana pula tentang ajaran mereka yang semakin berkembang dikalangan generasi ketiga pengikut kumpulan ini?
Apa peranan JAKIM dan apa peranan Jabatan Agama Islam setiap negeri. Kenapa tidak didakwa pemimpin mereka di mahkamah syariah?
Bukan saja Al-Arqam yang mengancam aqidah umat Islam tetapi ajaran Syiah turut mengancam umat Islam. Apakah tindakan Jabatan Agama Islam?
Sekarang Arqam mengadakan sidang parlimen roh pulak. Sikit hari lagi ada pula majlis yakazah atau majlis kahwin ramai-ramai, pilih saja yang mana suka terus kawin.
Ayuh Jakim bertindaklah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ekoran pendedahan media mengenai pondan di Taiping
Polis sering membuat tangkapan atas salah laku berpakaian 'cross dressing' biasanya mereka akan buat operasi pada Jumaat malam dan dihadapkan ke mahkamah pada hari Isnin. Pada ketika itu misai dan janggut mula memanjang.
Polis pun sudah muak untuk menangkap mereka dan mengadapkan mereka ke mahkamah.
Mahkamah pun mungkin sudah fed up dengan kes cross dressing ini.
Kebanyakan pondan ini adalah orang luar dari dan ada juga yang berasal dari luar bandar termasuk dari Kedah, Penang dan Sarawak.
Terdapat juga pondan yang melacurkan diri untuk membeli dadah dan ramai diantara mereka adalah pengidap HIV/Aids.
Pihak jabatan agama Islam pun dilihat tidak bertindak untuk memperbetulkan aqidah pondan ini sebaliknya lebih berminat ke arah aktiviti politik dan menerjah bilik-bilik hotel untuk menangkap kes khalwat.
Kes pondan pernah dibongkar oleh TV3 beberapa tahun lalu.
Link berikut ada butiran kisah pondan di Taiping.
http://t.co/cS6YBJ13VG
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ahad, 9 Jun 2013
Kenapa MIC nak boikot kerajaan negeri Perak?
Sebelum PRU yang lalu juga kecoh kononnya Dr Zambry akan mengurangkan kerusi MIC kepada 2 kerusi Dun berbanding 4 pada 2008.
Dalam PRU lepas MIC hanya menang satu kerusi Parlimen di Tapah yang di wakili oleh Datuk M. Saravanan dan kalah buat kali kedua di Sungai Siput yang diwakili oleh Datuk SK. Devasamy.
2008 MIC juga kalah semua 4 kerusi iaitu di Pasir Panjang, Behrang, Hutan Melintang dan Sungkai.
2013 sekali lagi MIC kalah disemua 3 kerusi Dun iaitu Buntong, Jelapang dan Hutan Melintang
Oleh yang demikian MIC wajar mengukuhkan semula kedudukan parti sebelum bercakap soal boikot.
Dalam tahun 2010 MIC hanya berjaya mendaftar pengundi sebanyak 179 orang sahaja. Ia menunjukkan MIC Perak berada ditahap yang sangat lemah.
Nasihat TM kepada MIC ialah jangan menuntut apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri sebaliknya perlu pulihkan parti untuk PRU 14.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pas elak imej 'Lebai Malang'
Menurut Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, kenyataan bercelaru kepimpinan Pas hari ini dalam pelbagai isu, termasuk isu himpunan haram anjuran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai satu permainan politik selamat parti tersebut.
"Pas tahu, majoriti rakyat, khususnya umat Islam menolak pendekatan Ketua Pembangkang yang cuba membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat dengan mengadakan himpunan haram yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan yang sah.
"Sebab tu kita dapat lihat sikap dan pendirian Pas yang tidak konsisten berhubung isu-isu seperti ini dilihat sebagai satu cara politik selamat di mana mereka cuba memenangi hati rakyat dan dalam masa yang sama, cuba untuk menjaga perhubungan parti gabungan di dalam pakatan," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Menurutnya, dengan pendekatan sebegitu, Pas berharap agar imej Lebai Malang yang menghantui parti tersebut selama ini dapat diubah agar parti tersebut dilihat mempunyai pengaruh dan kuasa mengatasi DAP dan PKR di dalam gabungan Pakatan Pembangkang.
"Tetapi malangnya, bagi saya apa yang dilakukan oleh Pas itu lebih menampakkan kelemahan dari sudut pendirian mereka. Rakyat melihat kepimpinan Pas tidak konsisten dalam menyatakan pendirian mereka dan hakikatnya mereka masih tunduk dengan kehendak DAP dan PKR.
"Sudah jelas bahawa selama ini Pas yang berhempas pulas menarik sokongan orang Melayu, namun yang berkuasa ialah DAP dan PKR.
"Lebih malang lagi apabila Pas ternyata hanyalah kuda tunggangan, tukang sorak dan tukang takbir untuk DAP dan PKR. Apabila terbentuk kerajaan, mereka tidak diberikan sebarang jawatan bak pepatah melukut di tepi gantang,"tegasnya.
Jelasnya lagi, hari ini rakyat sudah melihat betapa malangnya Pas apabila parti tersebut membuat keputusan untuk bergabung bersama DAP dan PKR serta menolak sebarang usaha perpaduan bersama UMNO.
"Sudah banyak perkara yang akan tercicir daripada perjuangan parti tersebut. Pas begitu banyak berkorban prinsip dan perjuangan mereka demi untuk DAP dan PKR.
"Saya yakin, sekiranya Pas terus bersama Pakatan Pembangkang, lebih banyak lagi agenda perjuangan mereka yang akan tercicir. Jangan kelak nanti yang dikendong tak dapat dan yang dikejar pula keciciran," ujarnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sabtu, 8 Jun 2013
Harun Din kata demo Blackout seperti perhimpunan di Mekah!
Beliau membayangkan perhimpunan yang kerap dilakukan pembangkang umpama umat Islam berhimpun di Mekah, lapor Harakahdaily.
Haron berkata beliau menyokong sebarang perhimpunan aman selagi ia tidak mencetuskan sebarang malapetaka walaupun PAS sebelum ini menolak cadangan itu.
"Lagipun, Islam dan perlembagaan negara membenarkan perhimpunan secara aman. Seperti juga kita berhimpun pada hari Jumaat. Itu juga dinamakan sebagai demonstrasi tetapi diadakan secara aman. Sama juga perhimpunan besar di Makkah. Perhimpunan aman saya sokong," kata beliau.
Pakatan pembangkang enggan mengiktiraf kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti mudah 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen lalu mengajak rakyat seluruh negara untuk turun berhimpun menolak keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Beberapa siri perhimpunan yang diberi nama 'Blackout505' diadakan di seluruh negara berjaya mengumpul jumlah besar rakyat yang majoritinya berbangsa Cina mendakwa berlaku penyelewengan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengendalikan PRU13.
Antara dakwaan-dakwaan termasuk dakwat kekal yang mudah ditanggalkan, mengimport pengundi hantu, jumlah kertas undi yang dikeluarkan melebihi pengundi dan gambar insiden 'lampu padam' yang masih gagal dibuktikan kesahihannya.
Sehubungan dengan itu kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil inisiatif meletakkan SPR di bawah satu jawatankuasa khas Parlimen dwi-partisan untuk tujuan pemantauan.
Namun setakat ini pembangkang enggan menyatakan sebarang komitmen terhadap cadangan tersebut malah berhasrat untuk memboikot majlis angkat sumpah sidang Parlimen ke-13 pada 24 Jun ini.
SPR menipu pengundi
Haron dalam pada itu mendakwa SPR telah 'menipu' pengundi berhubung kredibiliti dakwat kekal yang digunapakai pada pilihan raya umum lalu.
Katanya istilah dakwat kekal yang didakwa mampu bertahan untuk tempoh tertentu bagaimanapun gagal dibuktikan oleh SPR. Justeru membangkitkan persoalan sama ada wujud unsur penipuan.
"Polis mempunyai kapasiti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut. Pembekal membekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinamakan sebagai dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR.
"Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan pengundi," katanya.
Pada hari mengundi 5 Mei lalu, Haron yang merupakan calon PAS kawasan Parlimen Arau antara individu yang membuat laporan polis berhubung dakwat yang dicalit ditangannya tidak kekal selepas membuang undi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rajagopal salah lagi
Begitulah bunyi berita radio petang tadi. Bekas pemain handalan negara tahun 70 dan 80an Khalid Ali juga mengkritik perlawanan persahabatan dengan kelab yang diwakili oleh pemain bertaraf hobi yang diwakili pekerja ladang, penjual insurance, dan lain-lain.
Tindakan Rajagopal memalukan dan membazirkan wang rakyat kerana tidak tahu memilih lawan untuk menguji pasukan negara.
Atas tindakan yang memakan diri sendiri dan menjatuhkan maruah pasukan negara, maka wajarlah Rajagopal meninggalkan pasukan kebangsaan. FAM perlu lah mencari pengganti baru.
FAM juga patut dipersalahkan kerana membenarkan pasukan bola sepak kebangsaan membazirkan wang dengan cara salah dan merugikan negara. Apabila media tempatan mereka memalukan kita.
Tunggu apa reaksi FAM selepas ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jumaat, 7 Jun 2013
Isu SJKC
tolong jawab...
==
Mohamad Saifullah wrote:
Sebelum ini ultra kiasu mensyaratkan, guru-guru bukan Cina yang mengajar BM dan BI di SJKC mesti mendapat kredit bahasa Cina dalam SPM. Jika tidak, mereka tidak layak untuk mengajar di SJKC. Kerajaan terpaksa akur kerana mahukan undi mereka.
Sebahagian besar guru-guru BM dan BI bukan Cina telah dikeluarkan daripada SJKC. Begitu juga dengan kerani-kerani Melayu pun di sana perlu menguasai bahasa Cina.
Saya tidak faham, kenapa dan mengapa kerajaan tunduk dan akur kepada desakan ini, sedangkan semua sekolah ini berada dalam sistem pendidikan negara berpaksikan perlembagaan, menjunjung agenda negara.
Semua gaji mereka dan prasarana disediakan oleh kerajaan. PRU13 membuktikan, bahawa pemberian tidak dibalas.
Apakah kita akan teruskan permainan ini?Ingatan saya kepada kepada yang menerajui kerajaan, jangan terlalu mengemis untuk mendapat simpati mereka. Jika madu yang diberi, tuba yang dibalas, segerakan Bahasa Melayu sebagai pengantar.
Gunakan akta pelajaran 1996 untuk kuatkuasakan Bahasa Melayu di semua jenis sekolah, walaupun kuasa untuk menghapus sekolah vernakular sudah tidak ada lagi, kerana peruntukan akta tersebut telah dihapuskan dengan kewujudan akta pelajaran 1996.
Psss..........: sapa nak tolong jwb ni????
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pas masih main wayang
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh yang menasihati ahli Pas agar tidak terlibat dengan himpunan yang bertujuan menjatuhkan kerajaan itu, namun kenyataan itu bagi saya hanyalah sekadar pandangan peribadi yang tidak menjadi dasar kepada pendirian parti.
Sewaktu program Blackout pertama, Tantawi mengadakan majlis kesyukuran merayakan kemenangannya di Temerloh Pahang, tetapi pada program blackout di Amcorp Mall, Tantawi mengetuai kumpulan Pemuda Pas dan ramai pemimpin Pas seperti Mat Sabu, Husam Musa, Salehudin Ayub muncul dipentas untuk 'menghasut' rakyat menjatuhkan kerajaan.
Husam pernah membayangkan kerajaan boleh jatuh dengan sendiri jika kerajaan lemah itu lemah dan jika kerajaan jatuh jangan disalahkan pembangkang pula.
Dalam Islam terutama dalam ilmu fiqah sunnah jelas melarang usaha menjatuhkan kerajaan seperti yang dirancangkan oleh Anwar Ibrahim.
Sistem demokrasi telah pun digunapakai untuk menentukan kerajaan yang memerintah pada 5 Mei sebulan lalu. Keputusan PRU 13 menyaksikan pembangkang kekal menguasai 3 negeri tetapi kerana gagal menguasai Putrajaya menyebabkan Anwar berusaha menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan secara demo jalanan.
16 Jun depan, Anwar mengajak penyokongnya berhimpun di Kuala Lumpur untuk membantah keputusan PRU 13 dan sekaligus mahukan kerajaan dijatuhkan dengan hanya 'perhimpunan blackout'.
Dap Pulau Pinang lain cerita pula, mereka berpuas hati dengan keputusan PRU 13, namun LKS dan beberapa ekor Dap Selangor sahaja yang masih tak puas hati kerana gagal ke Putrajaya.
Bekas Speaker Selangor pula di Amcorp Mall berkata "Apa lagi BN mahu? Cukuplah 55 tahun jadi kerajaan, bagilah kepada kita pulak".
Masalahnya ialah BN masih dipilih oleh rakyat dan BN menang 133 kerusi, Dap, Pas dan Pkr hanya dapat 89 kerusi. Kalau BN menang dengan kelebihan satu atau dua kerusi pun BN tetap akan menjadi kerajaan.
So, apa nak sibuk-sibuk buat rusuhan dan kecoh. Kepada parti Pas pula tolong buat keputusan tentang hukum haram menjatuhkan kerajaan melalui rusuhan. Apakah Pas masih berpegang kepada ideology Syed Qutb dan Hasan Al-bana?
Bersambung/....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Khamis, 6 Jun 2013
Dap dan Singapore (Sg) Gov.
Dap juga terpaksa menggunakan tukang kempen yang menyamar sebagai business man dari Sg untuk merayu kmaum Cina supaya kaum Cina mengundi Dap jika mahu kehidupan yang lebih selesa dan bebas dari pengaruh Melayu BN.
Cuma tukang kempen lupa untuk menceritakan bahawa Sg masih mengekalkan akta I.S.A.. Dap juga lupa untuk menceritakan bahawa rakyat Sg disekat daripada membeli rumah lebih dari sebuah. Dap juga lupaa menerangkan bahawa Sg menyekat kebebasan bersuara melalui internet.
Dap lupa menceritakan bahawa rakan ARDA ditahan dalam penjara dan ramai anti kerajaan Sg disaman sehingga bankrupt
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Lagi tuduhan Dap yang menyalahkan pihak lain
Menurut beliau, DAP tidak perlulah untuk mempertikaikan amalan demokrasi yang dilakukan oleh BN sedang parti tersebut sendiri telah mencabul hak-hak demokrasi terhadap ahli-ahli mereka sendiri.
"Jika benar DAP mengamalkan dan memegang prinsip demokrasi secara telus, saya cabar mereka untuk adakan semula pemilihan CEC mereka baru-baru ini, yang secara jelas telah melanggar prinsip demokrasi.
"Penyelewengan yang berlaku di dalam pemilihan CEC sudah terbukti apabila ahli-ahli DAP sendiri dari seluruh negara telah menyatakan bantahan mereka. Jangan jadi pepatah seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Tegasnya lagi, tindakan kepimpinan DAP yang memekak telinga daripada mendengar bantahan lebih 700 ahli mereka yang dinafikan hak untuk memilih dalam pemilihan CEC membuktikan bahawa demokrasi di dalam DAP hanyalah mainan dimulut para pemimpinnya saja.
"Jika mereka mengatakan demokrasi sudah mati di bawah pemerintahan BN, bagi saya itu satu kenyataan orang yang tidak sedarkan diri. Mereka menuduh orang lain, sedangkan hakikatnya mereka sendiri mematikan demokrasi di dalam DAP.
"Lihat sajalah bagaimana urusan pemilihan jawatankuasa tertinggi DAP di jalankan. Hidupkah demokrasi di dalam DAP apabila lebih 700 anggota DAP yang layak mengundi dinafikan hak mereka, malah tidak dipanggil untuk memilih ahlijawatan kuasa tertinggi, sedangkan mereka berhak untuk pemilihan tersebut," tegasnya.
Justeru itu, beliau menasihat pemimpin parti tersebut jangan terlalu angkuh mengkritik orang lain sedangkan diri parti mereka sendiri bergelumang dengan ketidakadilan dan penyelewengan.
"Mereka ini ibarat ayam yang kuat berkokok, tetapi ekor bergelumang dengan tahi. Pandai mengata orang, tetapi diri sendiri pun tak betul. BN sejak memerintah sehingga ke hari ini, berusaha untuk memastikan prinsip demokrasi itu tertegak di dalam negara dan ini sudah pun terbukti.
"DAP jangan berlakon seolah-olah mereka itu sebuah parti yang telus dan memegang teguh prinsip demokrasi sedangkan hakikat sebenarnya, demokrasi sudah lama mati dalam DAP dan diganti dengan amalan nepotisme dan kronisme pemerintahan ala-ala Dinasti di dalam parti tersebut hari ini," jelasnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Buruknya perangai Lim Guan Eng
Oleh itu, benarlah kata Timbalan beliau Dr. Mansur bahawa LGE adalah tokong. Mana ada Tokong dalam dunia yang pernah buat salah, yang ada ialah tokong yang buruk dan rosak adalah. Akhirnya tokong yang rosak akan dibuang dibawah-bawah pokok sena di tepi jalan.
Jika kita teliti ucapan-ucapan beliau dalam sidang media atau ceramah, beliau sering menyalahkan orang lain jika ada sesuatu isu yang membabitkan Pulau Pinang dan Dap.
Baru-baru ini beliau menyalahkan Pas kerana menggagalkan hasrat pakatan menawan Putrajaya. Menyalahkan Barisan Nasional kerana menakutkan pelabur ke Pulau Pinang, Menyalahkan Utusan Malaysia dan banyak lagi.
Jika kita tulis sahaja nama LGE dalam carian google maka tajuk yang timbul ialah "LGE menyalahkan ........"
Dalam PRU 13 Pas dan Dap mengulang-ulang perkatan "Ini kalilah", menurut Ustaz Jemain yang diminta mengulas perkataan tersebut jelas menunjukkan Dap sengaja mengulang-ulang ayat tersebut bahawa dia adalah tokong yang tak pernah buat salah. Tetapi maha berkuasa. Apa tidaknya, semua orang kena sembah beliau seperti tokong.
Full stop
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rabu, 5 Jun 2013
Takziah kepada MB Perak
Armand Azha
Presiden
SAM1M
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..
Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:
1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar : Babi liar.
5. Lard : Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Bacon : Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham : Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk : Susu babi.
10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.
Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati.. Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Selasa, 4 Jun 2013
Ancaman
Pertama ialah ancaman dari saki baki doctrine communism yang masih wujud dan paling parah ada pemuda melayu sendiri mengangkat diri mereka sebagai komunis melayu. Mereka pernah melawat Chin Peng di Bangkok. Tidak hairan terdapat sebuah lukisan gambar pemimpin kominis China Mao Zee Thong di puncak sebuah bangunan di Kuala Lumpur. Indikator lain ia kegemaran pemuda yang suka mencacak tubuh mereka logo atau lambang komunis.
Kedua ialah ancaman daripada ajaran Syiah yang semakin aggresif untuk membesarkan wilayah. Perkembangan Syiah semakin berkembang ke seluruh negara
Ketiga ialah ancaman saki baki bekas pengikut parti semangat 46 yang enggan menyertai Umno selepas parti itu dibubarkan. Mereka ini sememangkan kaki bangkang yang tak bertempat. Hari ini mereka ada dalam parti-parti pembangkang.
Ketiga-tiga kumpulan ini menjadi sumber utama kepada seorang pemimpin pengkhianat negara untuk membantu mereka mencetuskan huru-hara dalam negara.
Mereka sanggup bertindak aggresif dan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.