Selasa, 30 April 2013
Calon PKR Dun Batu Kurau Keseorangan
Calon Pkr Fadzil Hj Alias adalah anak kepada arwah Hj Alias pesara tentera dan bekas pengerusi JKKK atau ringkasnya Ketua Kampung yang meninggal dunia keseorangan dirumah dan diketahui selepas beberapa hari.
Fadzil (44) adalah bekas pelajar Tingkatan 6 SMK Dr Burhanuddin Taiping sesi 87-88 seangkatan dengan calon BN Semanggol Sdr Zulkarnain Ismail
Sedih kerana tidak ada pembantu dan pengiring yang berkempen tadi. Berseorangan beliau berkempen sambil minum kopi disebuah gerai.
Di mana rakan-rakan dan ahli PKR Batu Kurau? Mana Cikgu Adli? Mana Dek Awang?
Selepas keluar dari tapak pekan sehari TM bertemu dengan Dek Awang, orang kuat pembangkang yang membuka kedai peniagaan telefon.
Bagaimanapun beliau enggan memberi sebarang komen tentang pilihanraya ke 13. Katanya dia tak mahu TM memutar belitkan fakta dan bagi beliau TM adalah blogger penfitnah nombor 1 di Perak.
Adik Awang atau Dekwang dahulunya orang kuat semangat 46, kemudian bertukar kem menjadi PKR, kini beliau satu-satunya orang Malayu Batu Kurau yang berjawatan dalam parti DAP. Ini fakta menurut rakan-rakannya dan bukan fitnah.
Dikedainya terpampang banner calon PKR yang berbunyi 'ini kali kita rehatkan Umno'.
Menurut sumber dari Anak Kurau Fadzil calon Pkr adalah kakitangan jabatan mufti Pulau Pinang Bahagian kutipan zakat dan menetap di Bukit Mertajam.
Hairan juga kerana ayahnya boleh meninggal dan disedari selepas beberapa hari.
Agaknya inilah yang disebut oleh Dato Dr Fadillah Kamsah, anak-anak hendaklah sentiasa menghubungi ibu bapa takut-takut kita jadi anak derhaka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Poster yang dipertikaikan
Agaknya Ust Jalaludin dan Ust Zaki pun terkejut apabila nama mereka dijual oleh Pas Kamunting.
Sebelum ini Pas jual muka Musa Hitam di beberapa sudut jalan. Kini gambar Musa Hitam pun dah diturunkan, ingat nak lupus kira tetapi diletakkan di taman-taman perumahan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pas, anjing kerajaan dan bapa anjing kerajaan
Undi haram dan rasuah kamu semua kami tidak perlukan".
Paling mengjengkelkan ialah apabila Pas berbangga memilih Bekas Bapa Anjing untuk menjadi calon parlimen Larut Dato Fauzi Shaari anak penoreh getah yang kini bergelar jutawan selepas bersara.
Menurut saudaranya di kampung rumah mewah beliau berharga RM 5 juta bukan RM 3 juta seperti yang didedahkan oleh bloggers sebelum ini.
Beliau juga mempunyai 4 stesen minyak di Lemabah Klang dan merancang untuk membuka di Bangkok Thailand.
Baru-baru ini beliau telah menyelamatkan calon Pas Kubu Gajah Nazri Din yang bakal dimufliskan oleh sebuah bank.
Fauzi telah menyelasaikan hutan Nazri bernilai RM 1.2 juta dan sebagai ganjarannya ladang kelapa sawit milik Nazri kini menjadi milik Datuk Fauzi.
Syabas Bapa Anjing (bukan saya kata, pembangkang yang kata polis tu anjing).
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Zionis sokong Anwar jatuhkan kerajaan BN
May the blessings of the Lord and His Spirit pour out on this Nation, bought by the blood of the Lamb 2000 years ago.
In Jesus Name amen http://m.youtube.com/watch?v=qdQ2dARecE0
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Hapuskan PTPTN atau hapuskan hutang PTPTN
Seorang penduduk Taman Mewah mengemukan soalan untuk dijawab, katanya ia merupakan dua kenyataan yang berbeza maksudnya.
Hapuskan hutang PTPTN bererti pelajar yang tak lulus dengan baik dan yang cemerlang pun akan mendapat faedah yang sama. Lulus dengan markah biasa pun tak perlu bayar balik, yang dapat cemerlang pun tak perlu bayar balik.
Sistem hari ini siapa yang mendapat keputusan cemerlang tidak perlu membayar balik pinjaman kerana ia ditukar menjadi biasiswa.
Anwar pula kata " PTPTN dihapuskan, bukan dihapuskan pinjaman yang ada. Maknanya peluang untuk belajar diIPT ditanggung sendiri oleh ibu bapa. Tiada lagi dana kerajaan untu membiayai pengajian mereka.
Biasiswa yang selama ini ditawarkan kepada anak-anak melayu akan menjadi milik anak-anak cina Dap yang dapat 10A. Anak melayu yang dapat 5A, 6A dan 8A sudah tentu bilangannya kecil dan tak layak masuk ke IPT.
Hari ini peruntukan hak istimewa orang Melayu dalam klausa 153 dan 152 menjadi keutamaan untuk anak Malayu masuk ke IPT.
Rugi lah melayu sekiranya PTPTN dihapuskan. Peluang untuk kolej-kolej swasta tumbuh juga akan terbantut kerana ibubapa tiada wang untuk menanggung anak mereka.
Sistem yang dibuat oleh BN sudah cukup baik dan releven .
Apa punya bingai Idris Ahmad dan Abang Not.
Kata menteri kewangan yang hebat, hebat apa kalau tak boleh fikir tentang PTPTN.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Scandal Stopa didedahkan di mana dan lokasi wanita ! Layan....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
WACANA KHAS BERSAMA NEGARAWAN ULUNG DI BUKIT GANTANG
PENTAS PEMUDA BN
WACANA KHAS BERSAMA NEGARAWAN ULUNG Y.A.BHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD,MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 2/5/2013 (KHAMIS),JAM 8.30MALAM DI DATARAN SEBELAH LOGISTIK PEMUDA BN BKT GANTANG,SIMPANG
SEMUA LAPISAN MASYARAKAT DI JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI
BILIK GERAKAN BN PO59 BUKIT GANTANG
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Isnin, 29 April 2013
Bridget Welsh – Suara berat sebelah seorang penyokong Anwar
Bridget Welsh ternyata berat sebelah; paparkan diri beliau sebagi seorang pro-Pakatan Rakyat secara terbuka.
Ternyata beliau salah seorang dari rakan-rakan Anwar di Barat yang kerap memburukkan Malaysia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pas Kamunting perdaya Ust Jalaludin dan Ust Zaki
Golongan ini pada mula menolak Pas muda dibawah pimpinan Fackarudin yang pro Syiah dan digolong sebagai kumpulan kepala serabut.
Zaki dan Jalaluddin dari awal lagi menolak campur tangan Dap dan usaha Pas yang mempromosikan artis dan paling tidak mendapat sokongan golongan ini ialah apabila wujud campur tangan Syiah ke dalam perjuangan Pas.
Fackarudin menyedari akan bantahan golongan ini kerana segala program beliau tidak mendapat sokongan golongan tua atau ustaz tulen yang berfahaman sunnah.
Menyedari sokongan yang merosot fackarudin telah keluar daripada premis Syiah yang berhampiran dengan Perodua Kamunting.
Usaha ini dilakukan untuk menarik kembali golongan tua, dengan wujudnya banner ini jelas menunjukkan beliau terdesak kerana kehilanga sokongan.
Awas kepada pengundi Dun Kamunting, tolak Pas bererti sati jihad menentang kemasukan Syiah ke Taiping yang kini berpusat di Kamunting,
Taipingmali juga sudah berjaya mengenal pasti pusat himpunan sulit kumpulan syiah ini dan mengenal individu yang menjadi orang kuat Syiah
Full stop
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Awas Orang Pokok Sena Kedah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ahad, 28 April 2013
DAP Serah Bukti Kepada SPRM Bekas Wakil Rakyatnya Rasuah
Menurut kenyataan DAPSY, tindakannya membawa kes Jenice Lee kepada SPRM disebabkan pihaknya yakin Jenice Lee telah melakukan penyalahgunaan kuasa selain disyaki terlibat dalam 5 kes penyelewengan dana negeri dan wang penduduk.
Serentak dengan itu juga DAPSY mendesak calon Bebas itu menarik balik pencalonannya dengan alasan rakyat kawasan DUN Teratai tidak memerlukan wakil rakyat tidak bertanggungjawab seperti Jenice Lee.
Entah apa bukti yang diserahkan bagi menyokong laporan tersebut belum diketahui, namun persoalannya kenapa sekarang? Mengapa semasa Jenice Lee masih merupakan Wakil Rakyat DAP bagi kawasan DUN Teratai, perkara ini didiamkan?
Jenice Lee telah dipecat keahliannya sebagai anggota DAP dua hari selepas penamaan calon PRU-13 berikutan kegagalan bekas Wakil Rakyatnya mengikut arahan parti supaya menarik diri sebagai calon Bebas di DUN Teratai.
Dek kerana Jenice Lee kekal bertanding Bebas menentang calon DAP sendiri, barulah timbul bukti itu ini dan laporan baru dibuat kepada SPRM. Nampak seperti ada sesuatu yang tak kena.
Secara tersuratnya, tindakan DAP melalui sayap pemudanya merujuk isu penyelewengan Jenice Lee kepada SPRM seakan menggambarkan betapa prihatinnya parti anak beranak Lim Kit Siang itu dalam menentang amalan rasuah dan penyelewengan kuasa.
Sekilas pandang, begitulah yang kelihatan walau sebenarnya, andai kata Jenice Lee mengikut arahan DAP menarik diri dari bertanding dalam PRU-13, pastinya laporan SPRM itu tidak akan dilakukan.
Makna kata, laporan yang dilakukan itu hanya bermotifkan politik dan tidak ikhlas sama sekali. Bila sudah sebegitu, ia juga memberi maksud DAP sanggup berdiam diri atas segala tingkah laku buruk ahlinya selagi mana wujud kesetiaan kepada parti.
Ia bukan satu teladan yang baik bila mana sesuatu penyelewengan yang disyaki berlaku hanya dilaporkan kepada pihak berwajib bila wujud keadaan terdesak sahaja.
Berdasarkan hakikat ini, jelaslah memilih DAP bukanlah satu pilihan yang baik untuk rakyat Malaysia. Tidak sukar digambarkan betapa korupnya negara ini kelak andai DAP dan PR diberikan peluang memerintah tanahair ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pembangkang foul play tak tahan telinga depa main kasar pulak
Jom support pejuang cyber Barisan Nasional (BN) Azhar Sulaiman di laman Twitter miliknya @azharbsulaiman (y)
Sebarkan..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ceramah Umum PRU 13 di Kedah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PERKASA sokong BN
Merujuk kepada minit Mesyuarat Presiden dan Ahli Dewan Tertinggi PERKASA MALAYSIA serta perbincangan bersama AJK PERKASA NEGERI PERAK pada 1.4.2013 telah membuat keputusan bahawa semua ahli PERKASA seluruh MALAYSIA/NEGERI & DAERAH akan memberi sokongan kepada calon BARISAN NASIONAL pada PRU 13 ini.
Selaku pihak pengurusan PERKASA DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA kami merayu kepada semua ahli PERKASA Daerah LMS wajib memberi sokongan tidak berbelah bagi demi perjuangan mempertahankan agama islam,bangsa melayu,raja-raja melayu serta hak-hak keistimewaan orang melayu seperti perjuangan UMNO/BN masa kini
MOHON SEBARKAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM YANG BERBANGSA MELAYU DAN KEPADA SEMUA AHLI PERKASA.
ALLAHUAKHBAR...!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kempen PAS dan DAP di Pasar Minggu Kamunting Pagi Ini
Pas meletakkan tin roti untuk mengutip derma jihad.
Derma tersebut adalah untuk memberi bantuan kepada rakyat bila menang nanti.
Pas berjanji untuk bayar RM 500 kepada guru. RM 1000 kepada warga emas, turunkan harga minyak, wifi percuma, semuanya akan menggunakan wang tersebut.
Inilah tahap kemampuan Pas yang akan mereka laksanakan.
Kata negara kebajikan yang akan memberi segala bantuan kepada rakyat tetapi tadah tin minta derma.
Pemimpin Pas hidup kaya raya, boleh tanggung janda anak dua, bayar sewa RM 1400 sebulan tetapi rakyat hidup papa kedana.
Peniaga Pasar Minggu Kamunting pun ramai jadi ahlul Pas pun turut sama terjerit-jerit "UBAH, UBAH " minta pengundi mengundi pembangkang.
Pun begitu peniaga yang pro kerajaan menjawab, " Kipas, Kipas Dulu Sebelum Mengundi Kena Kipas Dulu, Lepas Mengundi Lain Cerita ".
Dalam kempen tadi Nga Korming turut dibantu oleh calon Pas yang mendapat sponsor RM 10 000 daripada Nga, siapa lagi kalau bukan Imam no 2 Masjid Maimon yang makan gaji buta.( Duit elaun sapu tetapi boleh kira berapa kali jadi Imam dalam sebulan).
Kesimpulannya, Pas dan Dap hanya pandai berjanji tetapi tak mampu melaksanakan. Hidup penuh dengan pembohongan. Lihatlah di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan ekonomi orang Melayu terus menguncup. Melayu semakin dipinggir dan bertambah miskin.
Tol Sungai Nyior dan Jambatan Pulau Pinang kata nak mansuhkan sebaik saja memerintah Pulau Pinang tetapi sampai sekarang tidak dilaksanakan.
Nga Kor Ming ahli parlimen Taiping telah dilabelkan sebagai ular dan pembohong oleh YB Yew Tian Hoe Adun Aulong yang kini bertanding atas tiket bebas.
Yew menyeru supaya ahli-ahli MCA dan Gerakan jangan terpedaya dengan janji manis Nga kerana dia hanya cakap kosong sahaja. "Kerja tak buat, tipu kuat, macam tu kah sifat seorang pemimpin"
Fakarudin pula baru-baru ini dikesan menipu pengundi mengenai profile peribadi kononnya beliau memiliki Diploma Pengajian Islam dari Universiti Malaya (UM).
Sampai hari ini Fackarudin gagal menunjukkan salinan sijil diploma tersebut. Sikap berdiam diri menunjukkan adalah benar beliau menipu dalam profilenya.
Full stop.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sabtu, 27 April 2013
PR Juara Propaganda Angka & Nombor
Soal logik atau tidak anggaran kehadiran dibandingkan dengan keluasan lokasi program biasanya diabaikan, yang penting angka dan nombor wajib gah di mata umum, sementara gambar dan video yang dirakamkan pula fokus pada tempat yang padat sebagai bukti sokongan.
Dulu dan sekarang, itulah modus operandi parti pembangkang, mereka gemar bermain propaganda dengan angka dan nombor, meskipun jumlah kehadiran cuma 50 orang tetap boleh diperbesarkan angkanya menjadi lima ribu hadirin seperti mana yang berlaku di Melaka baru-baru ini.
Manakala majlis ceramah sulung yang dihadiri bekas MB Selangor, Mat Taib di dataran Kemerdekaan Shah Alam pula PR terutamanya PAS mendakwa ianya mendapat sambutan kehadiran lebih 10,000 orang. Seperti biasa, foto dan video fokus pada tempat padat dicanangkan sebagai propagandanya.
Realitinya, hanya sekitar 1,500 sahaja yang hadir kebanyakannya merupakan ahli PAS Kawasan Shah Alam, Klang dan kota Raja yang dikerah hadir untuk memeriahkan majlis.
Demikian halnya satu lagi contoh klasik sewaktu PR menganjurkan Himpunan kebangkitan rakyat (HKR) di Stadium Merdeka, tanpa segan silu mereka mengwar-warkan jumlah kehadiran melebihi seratus ribu orang, malah ada yang terlebih hebat lagi gah mengumumkan 700,000 orang membanjiri lokasi himpunan.
Hakikatnya yang hadir sekitar 45,000 orang sahaja termasuklah yang berada di luar stadium yang kecil itu, tapi para pemimpin dan penyokong PR tetap juga mendesak umum mempercayai angka dan nombor yang mereka nyatakan.
Dalam politik bombastik sebegini ia seumpama memalu pukulan pada gendang, kuat dan bingit bunyinya namun realiti di dalamnya kosong sebab itu sedari dulu juga acap kali parti pembangkang tewas di medan juang sebenar kerana angka yang dipropagandakan tidak realistik dengan keadaan sebenar.
Itu belum diambil kira segala macam jentera kerahan tenaga yang diarahkan meramaikan sesuatu majlis dengan tujuan untuk menimbulkan kegeruhan, dari aspek perang psikologi mungkin betul ia bermanfaat tapi apa gunanya bila yang datang tetap juga orang yang sama.
Lihat saja contoh semasa PRK DUN Tenang dan Kerdau, hampir setiap program PR kelihatan ramai dari dalam gambar dan video, tapi bila tiba hari keputusan pengundian ternyata undi untuk calon pembangkang makin berkurangan.
Mana tak kurangnya bila jumlah hadirin yang sebenar-benarnya ialah 3,000 orang di sesuatu majlis PR namun tak sampai 200 orang pun yang merupakan penduduk tempatan atau pun pengundi. Tapi dalam siaran media gah diumumkan seramai 20,000 atau 30,000 yang hadir. Itu dinamakan propaganda bak memukul gendang kosong hasilnya yileks, zero.
Hari-hari terakhir menjelang PRU-13 ini pastinya propaganda angka dan nombor akan terus dimainkan oleh PR, soal ia realistik atau sebaliknya, dipercayai atau diragui itu suku kira.
Yang penting bagi mereka, juara dalam propaganda bombastik ini perlu terus dipertahankan, kerana itu sajalah satu-satunya cara yang dirasakan bukti kukuh akan kewujudan pengaruh mereka dalam dunia politik tanah air.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Manifesto PAS Kelantan 'Najiskan' Hudud
Ia menyebabkan ramai penyokong PAS di peringkat akar umbi jadi kebingungan dan tertanya-tanya apakah prioriti perjuangan PAS untuk merealisasikan perlaksanaan hudud sudah terkubur atau sebenarnya PAS telah berubah matlamat kerana tuntutan semasa semenjak menjadi sebahagian dari PR?
Begitu pun, masih ada penyokong PR yang menaruh harapan isu perlaksanaan hudud akan tetap dinukilkan dalam mana-mana manifesto PAS di peringkat negeri terutama sekali Kelantan, andai itu yang berlaku bermakna PAS masih berpeluang mengangkat muka dan mendabik dada masih istiqamah memperjuangkannya.
Sayang seribu kali sayang, apabila harapan menggunung tinggi akhirnya tinggal sekadar angan-angan kerana pelancaran manifesto PAS Kelantan pada 23 April 2013 yang lepas juga walau sekelumit pun tidak memfokuskan isu perlaksanaan hudud di negeri itu.
Bila mana Kelantan selaku kubu utama PAS sendiri sudah mengetepikan matlamat menjayakan perlaksanaan hudud, suka atau tidak, terpaksalah penyokong PAS menepuk dahi sendiri untuk entah ke berapa kali dan belajar menerima kebenaran yang isu hudud hakikatnya hanyalah omongan politik sahaja selama ini.
Langkah PAS Kelantan menolak ke tepi isu hudud sebaliknya menyeru penyokongnya mengutamakan kemenangan ke Putrajaya, jelas sekali menggambarkan fokus PAS sudah beralih arah.
Tanpa hudud, bermakna PAS hilang satu lagi kekuatannya sekali gus menambah lagi koleksi kegagalan PAS dalam mempertahankan prinsip juangnya dalam berdepan dengan polisi liberalisme yang menguasai PR.
Tanpa isu hudud kesannya menyebabkan penyokong PAS terpaksa membisu dari terus mempertikaikan keislaman saudara seagama dalam UMNO. Tanpa kelibat isu hudud, maknanya PAS semakin jauh di belakang UMNO dalam mengejar sokongan orang Melayu Islam sempena PRU-13.
Demi menjayakan cita-cita menuju puncak kuasa, isu perlaksanaan hudud sanggup 'dinajiskan' dan di tong sampahkan hanya semata-mata untuk menjaga kepentingan rakan sepakatan seperti DAP dan PKR.
Dari sudut politik PR demi kebaikan DAP dan PKR, ia satu strategik yang betul namun PAS Kelantan sendiri sama ada sedar atau tidak sebenarnya sengaja mengali kubur sendiri bila bertindak demikian.
Mungkin menyedari hakikat itulah, sehari dua kebelakangan ini PAS kembali memalu gendang mencanangkan dakwaan bahawa PAS akan tetap melaksanakannya hudud seandainya PR menang PRU-13. Sembang kosong bolehlah buat penyedap halwa telinga.
Tapi siapa lagi yang mahu percaya kalau dah komitmen dalam manifesto PR dan PAS sendiri pun gagal dipersembahkan kepada umum, tak gitu?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pakatan Akhir Hayat
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.