Rabu, 4 Julai 2012
Minyak Ron 97 turun lagi esok
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pengumuman penting mengenai Dinar emas Kelantan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Anwar Bakal Menghancurkan Selatan Thailand Pula?
Beliau kini sedang mendekati Dr. Ismail Lutfi iaitu puak Wahabbi di Thailand dan Tuan Guru Nik Dir Waba.
Anwar juga akan melabur di koperasi Islam di sana dan merancang untuk membentangkan kertas kerja ekonomi dalam program yang dianjur oleh Koperasi Ibnu Affan yang dimiliki oleh Wahabbi di sana.
Jika khabar yang diterima ini benar, maka kunjungan Anwar ke Thailand ini perlu dilihat dari sudut yang lebih luas dari sekadar politik kepartian di Malaysia. Ini bukan sahaja soal berapa banyak undi yang mampu diraihnya bagi membantu Pakatan Rakyat di Kelantan ataupun Kedah. Tetapi, kita tidak boleh mengambil mudah kecenderungan Anwar ke arah mencetuskan huru-hara dan keganasan. Dengan keadaan di Selatan Thailand yang sedia bergolak di tambah dengan penduduk yang rata-ratanya miskin, bukan sukar untuk Anwar merekrut kumpulan yang sanggup melakukan keganasan dengan bayaran yang setimpal sekiranya difikirkannya perlu.
Dari segi jangka panjang pula, kita perlu melihat dari segi bahaya corak pemikiran yang bakal disebarkan Anwar di kalangan orang-orang Islam di sana. Sebelum keadaan menjadi parah, mereka wajar dimaklumkan bahawa apa yang disentuh oleh Anwar pasti akan hancur.
Sejurus Anwar melangkah kaki ke dalam UMNO, maka kehancuran peribadi orang-orang muda di dalam UMNO pun bermula apabila beliau memperkenalkan mereka kepada politik wang dan cantas-mencantas. Kita bernasib baik kerana pemimpin tertinggi UMNO terdiri dari mereka-mereka yang amat bijaksana dan telah berjaya menyelamatkan parti dari terus hancur lebur dikerjakan Anwar. Akhirnya, mereka yang peribadinya telah hancur, perlahan-lahan mengikut jejak langkah Anwar Ibrahim dengan meninggalkan UMNO.
Apabila Anwar memegang jawatan Menteri Pendidikan, beliau membawa kecelaruan dalam pemikiran bangsa Melayu dengan menerapkan dasar-dasar ekstrem yang tidak membawa manfaat kepada bangsa. Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kewangan, beliau hampir membangkrapkan negara. Tidak dapat dibayangkan jika beliau menjadi Perdana Menteri.
Kerana itu, kita merasa bimbang akan nasib dan masa depan saudara-saudara kita di Thailand apabila 'disentuh' oleh Anwar.
Apa yang pasti, Anwar akan membawa bersamanya kecelaruan pemikiran kepada komuniti Islam di sana. Pada awalnya, beliau akan mengikut rentak kumpulan yang ditemuinya. Jika Wahabbi, maka Wahabbilah Anwar. Jika Syiah, maka Syiahlah Anwar. Jika Buddha, maka mesra Buddhalah Anwar. Lakonan ini akan diteruskan sehingga semua kumpulan mempercayainya, menyanjungnya dan menobatkannya sebagai pemimpin dan penyelamat mereka.
Apabila ketaksuban mula menguasai penduduk di sana, Anwar akan secara perlahan-lahan memasukkan jarum liberalnya. Dan perlahan-lahan juga, Anwar akan membentuk satu kumpulan liberal di celah-celah kumpulan Islam di Thailand. Dengan dana yang berterusan dari barat, kumpulan ini akan menyebarkan fahaman liberal di samping melemahkan lagi umat Islam di Selatan Thailand melalui perpecahan. Malah wang yang dilaburkan di koperasi di sana juga kemungkinan besar merupakan dana yang disediakan oleh sahabat neo-connya di barat.
Cukuplah Anwar merosakkan Malaysia, jangan benarkan beliau merosakkan saudara seagama kita yang telah sedia menderita di Selatan Thailand. Kerosakan sesebuah negara, mampu merebak kepada jiran-jirannya. Dan inilah yang barat inginkan.
Justeru, demi Islam dan persaudaraan, umat Islam di Thailand wajar diberi amaran segera mengenai bahaya kunjungan Anwar ke sana. Mereka perlu tahu bahawa bahaya yang dibawa Anwar adalah lebih berat dari letupan bom dan tembakan yang mereka terpaksa lalui setiap hari. Ini kerana Anwar membawa agenda musuh Islam melalui pemikiran dan emosi dan ia akan berakar umbi dan merebak sehingga akhirnya umat Islam akan memusnahkan sesama sendiri dan diri sendiri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Selasa, 3 Julai 2012
Jual Tanah Untuk Menutup Kerugian UNISEL?
Sebaliknya diperlekehkan pula cabaran tersebut seolah-olah Khalid merasakan statusnya sebagai bekas orang korporat telah meletakkan dirinya kelihatan hebat dan lebih bijak daripada orang lain.
Betulkah Khalid bijak? Adakah bijak bilamana Khalid mencadangkan penjualan aset UNISEL berupa tanah seluas 500 ekar hanya untuk menampung kos pengajian 1000 orang pelajar baru UNISEL semasa kecoh isu pembekuan sementara PTPTN tempohari.
Bukankah sepatutnya orang bijak akan mengekalkan aset dan manfaatkannya untuk jana keuntungan berlipat kali ganda dan bukannya menggunakan jalan singkat menjualnya untuk menyelesaikan masalah yang berserabut dalam kepala.
Apabila Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor mengungkit soal untung rugi UNISEL, asasnya kerana sebelum ini Khalid pernah menutup beberapa pusat kemahiran dan asrama Yayasan Selangor(YS) hanya disebabkan adanya kerugian.
Majoriti rakyat Selangor berkongsi satu kerisauan yang sama seperti Noh Omar bimbang sekiranya UNISEL bakal mengulangi sejarah YS sedangkan universiti tersebut baru sahaja di bina oleh BN pada tahun 1999.
Tanah tergadai ke tangan orang lain, nasib pelajar terumbang ambing dan pusat pendidikan runtuh menyembah tanah ataupun menjadi gajah putih. Inilah yang berlaku pada pusat pendidikan milik YS dan rakyat tidak mahu ianya berulang kembali.
Sementelah lagi apabila Khalid masih juga beria-ia mahu meneruskan penjualan tanah seluas 500 ekar milik UNISEL yang dikatakan bernilai RM30 juta sekalipun PTPTN telah menarik balik pembekuan pinjaman, saat inilah keraguan kian bercambah terhadap kedudukan sebenar kewangan UNISEL.
Rekod sebelum ini pun menunjukkan kemasukan pelajar baru bagi setiap semester juga kian menurun. Pada tahun 2007 lebih 6,000 pelajar telah mendaftar masuk ke UNISEL, tahun-tahun selepasnya bilangan tersebut teramat jauh berkurangan.
Manakala itu, pada tahun 2009 UNISEL didakwa telah mengalami kerugian lebih kurang RM20 juta gara-gara kurangnya kemasukan pelajar baru selain faktor bebanan kos pengurusan yang tinggi sejak universiti tersebut dijadikan tempat orang politik menikmati kerjaya dan gaji yang tinggi.
Apabila kerajaan negeri dilihat tetap berkeras meneruskan penjualan aset berupa tanah tersebut, bukan salah orang ramai apabila mereka percaya ia sebenarnya berkait rapat untuk menutup kerugian yang sedang ditanggung oleh UNISEL gara-gara kelemahan urus tadbir kerajaan PKR Selangor.
Justeru itu, eloklah Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya yang sedang menikmati kemewahan di puncak menara gading tersebut tampil segera menjelaskan keadaan sebenar. Cukup-cukup harta benda dan aset negeri habis dijual digadai sejak empat tahun lalu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Anwar gagal menutup pekung dan sengkela
Anwar diibaratkan tupai tua yang sudah tak mampu melompat dan meloncat akhirnya jatuh awal-awal lagi menyembah bumi.
Dia ingat apa yang dia buat orang tak nampak, dia lupa ke mana sahaja dia pergi ada mata yang melihat. Ada tangan yang mencatat apa yang dibuat.
Dia buka pintu, naik lift, tutup tirai, meliwat, main china doll semua direkod. Kalau bukan orang dia ialah dua maklaikat yang duduk di bahu kiri dan kanan beliau.
Alaa jauh pula merepek, jom baca pendedahan rmf di bawah
http://rmf7.wordpress.com/2012/07/03/
dimana-lagi-ruang-anwar-mahu-lari-telanjang-sudah/
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Isnin, 2 Julai 2012
Respon Pasaraya Mydin di Meru Raya.
Kehadiran kumpulan politik ini secara tiba-tiba sekaligus mengedarkan risalah yang sememangnya diluar pengetahuan kami telah menyebabkan pegawai Keselamatan kami menghampiri mereka serta memohon agar menghentikan segala aktiviti yang dijalankan. Namun teguran kami tidak diambil endah malah pegawai keselamatan kami telah dimarahi pula.
Ekoran daripada ini, pihak Pengurusan Pasar Raya MYDIN Meru Raya telah berjumpa ketua kumpulan politik berkenaan meminta secara baik agar menghentikan sebarang perkumpulan dan pengedaran risalah serta beredar dengan tenang.
Kumpulan politik berkenaan kemudian memohon maaf serta terus beredar di bawah pengawasan pihak Keselamatan kami.
Saudara Razman yang dihormati,
Sebelum ini terdapat juga beberapa parti politik yang hendak singgah di beberapa cawangan pasar raya kami tetapi mereka membuat permohonan secara bertulis. Tetapi apa yang berlaku pada hari ini adalah sama sekali tanpa pengetahuan apatah lagi persetujuan kami kerana kami amat arif akan sensitiviti di kalangan masyarakat Malaysia ini. Matlamat kami hanyalah untuk berniaga serta menawarkan belian terbaik untuk para pelanggan kami disamping membantu usahawan-usahawan tempatan.
Kami harap penjelasan di atas telah mengupas perihal perkara yang sebenarnya dan semoga pandangan was was dari saudara terhadap pasar raya MYDIN milik anak tempatan ini berikutan isu di atas telah terjawab.
Salam hormat dari kami serta Salam Syaaban.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ahad, 1 Julai 2012
Kempen Politik yang Menyinggungkan Hati Pengunjung Pasaraya Mydin Meru, Ipoh, Perak
Saya ingin memaklumkan satu peristiwa hari ini sekitar pukul 12.00pm-01.30pm semasa saya membeli belah bersama keluarga di pasaraya Mydin Meru , Ipoh, Perak hari ini Ahad 01 Julai 2012.
Terdapat sekumpulan dipercayai angota PAS telah menyebarkan risalah di pasaraya ini. Saya sendiri menerimanya ketika berada di escalator (menuruni aras 1 ke aras bawah) dan risalah ini diberikan oleh seorang wanita,
Selepas selesai membeli belah ketika berada di aras bawah, kelihatan seorang lelaki juga dipercayai anggota PAS menunggu di ruang bawah escalator dengan memberikan risalah kepada pengunjung-pengunjung pasaraya ini. Saya sempat mengambil beberapa gambar aktiviti tersebut.
Ketika hendak ke tandas di aras bawah, saya ternampak sekumpulan wanita juga dipercayai anggota PAS menyebarkan risalah tersebut. Ada diantara mereka memakai pakaian hijau dan membawa anak-anak kecil seolah-olah berkeliaran bermain dengan kanak-kanak ini memakai baju hijau tertera himpunan hijau,
Tindakan ini telah menyinggungkan hati saya dan saya percaya sebahagian besar pengunjung beragama Islam di pasaraya ini turut tersinggung sama kerana paparan risalah tersebut adalah berbentuk politik dari tujuan asalnya. Risalah tersebut cuba hendak membuat satu kaedah propaganda (branding marketing) yang mengelirukan umat Islam seolah-olah solat hendak disinonimkan dengan pemimpin PAS dan parti PAS sebagaimana terpapar di risalah itu. Adakah terdapat elemen propaganda dengan menggunakan agama dalam meraih undi? Seolah-olah apabila solat maka akan dikaitkan dengan pemimpin PAS dan parti politik tersebut. Kenapa tidak menggunakan gambar mufti besar Perak sedang solat atau lebih neutral hanya menggunakan pak-pak imam biasa di kampung saja. Ianya diperkukuhkan lagi apabila tertera PAS Tambun di bawah risalah tersebut. Alangkah bagus kalau risalah seumpama ini yang mengajak solat dan selamat menyambut Ramadan tidak dicampuradukkan dengan politik.
Saya juga terkilan melihatkan anak-anak yang masih kecil yang sepatutnya menjalankan aktiviti berguna telah disalahgunakan oleh penjaga dengan memakai baju tertera perkataan politik.
Adakah tindakan kumpulan ini mendapat restu dari pihak pasaraya Mydin Meru? Memandangkan mereka ini berada dalam tempoh yang agak lama dan pihak keselamatan Mydin seolah-olah membiarkan ianya berlaku.
Justeru, adalah diharapkan peristiwa ini tidak berulang kerana kegagalan pihak pasaraya Mydin Meru mengambil tindakan sewajarnya terhadap aktiviti negatif seperti ini di premis mereka akan memberikan signal negatif kepada sebahagian besar pengunjung pasaraya ini yang tidak sukakan Islam disalahgunakan. Ini secara tidak langsung akan memberi implikasi negatif terhadap perniagaan Mydin di kalangan orang Melayu.
Sekian Terima Kasih
Anti Salahguna Agama
Sk:
Pejabat Perdana Menteri
Pejabat MB Perak
Utusan Malaysia, Berita Harian
Bloggers
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jumaat, 29 Jun 2012
AlFatihah..akhirnya kau pergi jua
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Fathul Baru dan Ridhuan Tee jadi punching bag oleh tentera ahzab di Kelantan,
Wakil Pas Dr Fadzli dengan angkuhnya bercakap tentang parti Pas yang semua betul dan Umno yang semuanya salah.
Sepatutnya beliau tak perlu menghentam Umno, cukup setakat membicarakan ancaman terhadap Islam seperti isu murtad, isu Dap nak jadikan negara ini sebagai negara Kristian dan PM adalah Kristian. Ancaman Syiah yang ingin menguasai negara dan kini sudah berada dalam Pas dan juga dalam pentadbiran kerajaan.
Panels juga patut menyentuh isu murtad di DUMC, isu larangan azan, isu tulisan jawi yang dimainkan oleh Adun Teresa Kok, isu penggunaan khalimah Allah yang ditutut oleh Gereja St Herald.
Ancaman -ancaman ini boleh dikupas dan dibincangkan dengan baik. Pas melalui Dr Padzli telah mengeret isu muzakarah Umno Pas, isu lebuhraya rakyat, isu stadium isu yang disentuh tak releven langsung dengan tajuk.
Moderator dari TV 9 juga tak pasal2 menyentuh isu Royalty minyak yang tak ada kena mengena dengan tajuk.
Kalau beginilah sikap tentera ahzab Pas tak perlu diadakan wacana dimasa depan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Nyawa Politik Khalid Di Hujung Tanduk
Kata orang kejayaan seorang lelaki adalah kerana wanita di belakangnya, tetapi kejatuhan seorang lelaki juga adalah kerana wanita. Mungkinkah Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Khalid Ibrahim akan jatuh kerana wanita yang bernama Faekah, iaitu Setiausaha Politiknya?
Khalid nampaknya tersepit antara sayang dengan tanggungjawab. Kita tahu Khalid sayang pada Faekah kerana itu beliau telah cuba sedaya upaya untuk membela Faekah dengan berkata, “Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong”. Dalam kes ini, Faekah didapati telah merekomenkan syarikat anak saudaranya sendiri sebagai panel peguam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.
Nasib baiklah, Khalid tidak perlu membuat keputusan sendirian, tetapi perlu diambil secara kolektif melalui mesyuarat Exco. Apa yang berlaku ialah para Exco telah mengambil keputusan bahawa Faekah perlu meletakkan jawatannya esok.
Ramai yang berkata bahawa Faekah adalah sumber kekuatan Khalid dan apa yang berlaku ini amatlah melukakan hati Khalid. Di saat Khalid terpaksa berhadapan dengan begitu banyak ancaman dalaman, kehilangan walaupun seorang dari pengikutnya pasti akan menjejaskan moral dan semangatnya.
Faekah bukan sekadar setiausaha, tetapi juga penghubung peribadi antara Khalid dengan Presiden parti, Wan Azizah. Melalui Faekah, masalah-masalah parti dapat dibincangkan secara peribadi dengan Presiden tanpa perlu terikat pada protokol sepertimana di dalam mesyuarat parti. Apatah lagi apabila ramai di dalam parti yang tidak menunjukkan penghormatan yang sepatutnya terhadap Khalid walaupun beliau adalah Menteri Besar hubungan peribadi seperti ini amatlah penting baginya.
Kurangnya rasa hormat terhadap beliau, menyukarkan beliau mengawal dan memantau keadaan. Malah, sebahagian besar dari masanya, perlu dihabiskan untuk melihat sekeliling bagi memastikan dirinya tidak ditikam dari belakang.
Dengan ketiadaan Faekah, semakin sukarlah bagi Khalid untuk menjaga diri.
Kes Faekah itu sendiri memberi peluang kepada musuh-musuhnya untuk menembaknya dari dalam. Dengan timbulnya kes ini, kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin terserlah dan tidak boleh dinafikan lagi.
Faekah tidak mungkin berani menandatangani apa-apa surat sokongan jika Khalid adalah seorang ketua yang tegas dan tahu bagaimana untuk mendidik orang-orang sekelilingnya. Sikap Khalid yang terlalu bergantung kepada Faekah membuatkan Faekah tidak berfikir panjang apabila menandatangai surat sokongan yang menjadi isu ini.
Tidak guna Khalid menyalahkan Azmin atau sesiapa sahaja di kalangan Exco atas apa yang berlaku kepada Faekah. Walaupun pahit, beliau perlu terima bahawa apa yang berlaku adalah berpunca dari kepimpinannya yang lemah.
Apapun, adalah tidak wajar untuk meletakkan kesalahan ke atas Khalid seratus peratus kerana sesungguhnya, memimpin sebuah negeri di bawah payung parti PKR bukanlah mudah. PKR adalah parti yang tergolong di dalamnya manusia-manusia yang berbagai jenis termasuk yang tidak normal atau songsang. Mereka-mereka ini berpegang kepada kebebasan mutlak. Orang yang berpegang kepada kebebasan mutlak, pastinya sukar dikawal. Kerana itu, kita menyaksikan pemilihan parti PKR yang lepas adalah pemilihan yang paling kotor dalam sejarah.
Khalid Ibrahim tentu menyedari bahawa perletakan jawatan Faekah juga menandakan yang nyawa politiknya sendiri sudah tidak panjang lagi. Tidak mustahil ia akan berakhir sebelum PRU ke-13. Keputusan Exco yang tidak menyebelahi pendapat peribadinya menunjukkan yang beliau tidak punya sokongan lagi di kalangan Exco sendiri. Bagaimana seorang Menteri Besar mampu bertahan tanpa sokongan Exco? Lebih dari itu, kita pasti, sasaran musuh-musuh Khalid adalah lebih jauh dari sekadar Faekah iaitu Khalid sendiri. Pada bila-bila masa, peluru baru akan dilancarkan untuk menghapuskan Khalid pula dan kali ini, tanpa Faekah di belakang untuk menahannya.
PAS Tetap Utamakan Politik Berbanding Ibadah Haji
Sebegitu mudah sekali pemimpin PAS membuat kesimpulan dan menetapkan keputusan semata-mata untuk mempertahankan keterlanjuran Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan ahli PAS menangguhkan ibadah haji demi kepentingan menghadapi pilihanraya.
Polemik isu pilihanraya di musim haji ini sebenarnya tidakpun menjadi isu dikalangan bakal-bakal haji kerana masing-masing tahu ibadah mengerjakan haji di Mekah Mukarramah sudah termaktud dalam Rukun Islam yang menuntut ianya dilaksanakan bagi orang yang berkemampuan.
Malah andai kata pilihanraya umum kelak diadakan juga dalam musim haji, mereka sudah nekad dalam hati untuk memanfaatkan peluang sujud di depan kaabah dan melupakan terus soal pilihanraya serta urusan duniawi yang lain.
Soal bila pilihanraya, sempat atau tidak seseorang menyertainya tidakpun termasuk dalam salah satu Rukun Islam mahupun Rukun Imam. Kewajipan memilih pemimpin sebagaimana dihujahkan oleh Presiden PAS sedikitpun tidak berupaya membatalkan suruhan Allah s.w.t yang mengkehendaki umat Islam menunaikan fardhu haji bila tiba saat dan kemampuannya.
Lagipun siapa pemimpin PAS yang mahu mendakwa diri sebagai wajib dipilih sebagai pemimpin negara sedangkan mulut dan akalnya asyik mendahulukan kepentingan sendiri berbanding amalan wajib yang diperintah oleh Allah s.w.t?
Tapi bagi pemimpin PAS tentu sahaja berbeza, dek kerana hati dan nafsu keinginan mereka meletakkan soal pangkat dan kuasa duniawi melampaui kewajipan ibadah, maka kerana itulah sengaja ditimbulkan polemik ini dengan berselindung disebalik hujah agama yang separa masak.
Jika Rukun Islam yang menjadi tanda aras keIslaman seseorang hamba Allah pun sedemikian mudah mahu ditangguh-tangguh demi politik kepartian PAS, jadi tak hairanlah mengapa PAS mudah beralah dalam isu kalimah Allah s.w.t yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini.
Pelik? Apa nak pelik, sejak dulu hingga kini segala polemik isu yang melibatkan agama Islam serta segala label-label islamik yang digunapakai oleh PAS hanya satu saja motifnya - demi politik dan kepentingan perut sendiri, itu sahaja tujuannya.
Isu pilihanraya di musim haji adalah dimulakan oleh Pas, Najib tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa ia akan diadakan pada musim haji. Pas yang mula cerita, Pas juga yang menyalahkan kerajaan. Rakyat terpengaruh dengan mainan politik Pas sehingga bekas mufti Perlis Datuk Dr Maza pun sekarang sudah mula menyalahkan kerajaan kerana hendak buat pilihan raya pada musim haji,
Euro 2012: Siapa sangka Italy masuk final ?
Kekalahan Germany mungkin kerana mereka terlalu yakin untuk menang besar.
Final Euro
Spain vs Italy
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Khamis, 28 Jun 2012
Wacana Perdana 11 - PRU 13: Masa Depan Islam (versi USTREAM) - 24/06/2012
Komen Abu Aqif: Alhamdulillah, Allah menjadikan program ini baik buat UFB..
Mereka sedikit sebanyak, bukan sedikit sebanyak, memang banyak pun telah menaikkan lagi nama UFB. Dengan posisi UFB di tengah² menjadikan UFB sebagai "center of attraction". Walaupun lokasi, penonton, panel dan moderator kelihatan berat sebelah dan menyebelahi pihak di satu lagi, UFB berjaya menguasai program dengan baik.
Moderator dilihat berat sebelah kerana kerap melakukan provokasi dan menyampuk setiap kali UFB dan Dr Ridhuan Tee sedang berbahas. Tetapi moderator tersangat sopan dan menjadi pendiam bila Dr Fadzli dan Dr Maza sedang berbahas. Lepas ni mungkin beliau boleh berhenti dari Tv Hijrah dan beralih arah ke TV PAS, TV Selangor atau TV Kelantan sebagai karier beliau akan datang.
Jika dilihat sekali imbas, program ini mungkin diadakan semata-mata untuk UFB. UFB menjadi tumpuan penonton dan penonton pula seperti terpegun setiap kali UFB menjawab persoalan yang diajukan. Walaupun penonton kelihatan seperti tidak bertamadun, UFB berjaya mengawal emosi dan dapat meneruskan perbahasan walaupun disorak oleh penonton. Penonton mungkin keliru samada program ini adalah program ilmiah atau program perlawanan bola sepak.
Harapan untuk mereka yang bersorak, mungkin anda tidak perlu datang lagi jika program sebegini diadakan. Berilah tempat duduk kepada mereka yang lebih bertamadun.
Rakaman Wacana Perdana 11 (versi USTREAM)
Tajuk: PRU 13: Masa Depan Islam
Tarikh: 24/06/2012, Ahad 9:00 Malam
Lokasi: Balai Islam Kota Bharu
Moderator: Amin Idris
Panelis:
- Ustaz Fathul Bari Mat Jahya (UMNO)
- Dr Fadzli (PAS)
- Dr MAZA - Ahli Akademik Pro Pembangkang
- Dr Ridhuan Tee - Ahli Akademik Pro Kerajaan
Choose Recovery, Not Reform
Reformasi Merintis Pergaduhan Antara Kaum dan Agama
Pasca reformasi Indonesia Mei 1998 yang saat awalnya dilaungkan bakal membawa Indonesia ke dunia baru yang lebih selesa dan maju ke depan tidaklah seindah yang disangka.
Selepas kejayaan demonstrasi jalanan berjaya menekan dan menjatuhkan Suharto, hubungan erat pelbagai kaum etnik dan agama yang selama ini baik akhirnya terurai kerana prasangka buruk kian melebar.
Fitnah dan adu domba dalam masyarakat menjadi-jadi. Dengan hanya satu dua kes kecil melibatkan kaum dan agama yang berbeza bila-bila masa sahaja boleh bertukar menjadi besar.
Pada 21 November 1998 misalnya, berikutan pergaduhan kecil antara seorang anak tokoh masyarakat Desa Ketampang, Jakarta dengan beberapa orang pekerja premis judi adalah antara peristiwa awal yang dikaitkan dengan keganasan antara orang Islam dengan Kristian dari Ambon, Maluku.
Rentetan dari situ, sekumpulan 400 orang kaki pukul upahan dari suku kaum Ambon telah dihantar oleh pemilik premis berbangsa Cina pada subuh hari ke Desa Ketapang untuk melakukan kekacauan dan merosakkan rumah penduduk di sana.
Selain menyebabkan kecederaan pada ramai penduduk Islam, beberapa masjid turut mengalami kerosakan dalam serangan mengejut tersebut. Penduduk lain yang menyedari berlakunya serangan telah bertindak balas dan akhirnya berjaya mengusir samseng suku kaum Ambon itu.
Bagaimanapun keesokan paginya ribuan penduduk Islam dari pelbagai daerah beramai-ramai menyerbu dan merusuh di kawasan China Town Jalan Hayam Wuruk dan Jalan Gajah Mada.
Selepas melakukan rusuhan di sana, kumpulan besar penduduk Islam menghala pula ke arah Jalan Zainul Ariffin, tempat di mana ramai suku kaum Ambon bekerja dan akhirnya berjaya membunuh beberapa orang samseng Ambon.
Dalam tempoh kekecohan tersebut juga para perusuh turut melepaskan geram dengan membakar dan memusnahkan beberapa buah gereja dan sekolah misionari Kristian.
Berikutan rusuhan semakin kuat melanda, akhirnya tentera Indonesia campurtangan dan berjaya meredakan keganasan yang berlaku diikuti dengan langkah menghantar pulang sebahagian pekerja suku kaum Ambon ke Maluku.
Selepas peristiwa tersebut, hubungan antara masyarakat Islam Indonesia dengan Kristian suku kaum Ambon semakin goyah dan kecurigaan semakin bertambah.
Dalam tempoh kurang setahun kemudiannya, rusuhan antara penganut agama Islam dan Kristian di Maluku berlaku secara besar-besaran berlanjutan sehingga tahun 2002.
Laungan indah reformasi ternyata hanya gah pada teorinya sahaja, realiti dan praktikalnya ia merintis kepada detik-detik awal pemusuhan sesama rakyat berbilang kaum, etnik dan agama di Indonesia.
Tidak mustahil, perasaan tidak puashati pihak tertentu di Malaysia yang juga timbul kerana perbezaan kaum dan agama boleh mengakibatkan senario yang sama.
Apatah lagi, jika mereka dangkal dalam memahami makna reformasi yang sebenarnya.
FAKTA ISU SCORPENE DEDAH PEMBOHONGAN BESAR ANWAR
Beliau bukan sahaja difitnah, ditohmah dan dijadikan sasaran bagi senjata politik pembangkang, tetapi mereka juga turut menyeret isteri dan ahli keluarganya yang tidak berdosa.
Daripada kes kematian bekas pembantu Exco Selangor hinggalah kepada isu kapal selam Scorpene, semuanya disalahkan kepada pundak Perdana Menteri.
Yang merancang segala jentera propanda licik ini tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim yang mengepalai tiga puak yang berlawanan ideologi, prinsip perjuangan dan kepentingan politik.
Namun kenyataan anggota bebas Parlimen, Datuk Seri Zahrain Hashim dua hari lalu berhubung isu Scorpene telah membersihkan nama Perdana Menteri daripada sebarang tuduhan rasuah dan penyelewengan dalam urusan pembelian kapal selam itu.
Ia sekali gus meranapkan strategi Anwar dengan mengeksploitasi pertubuhan bukan kerajaan, Suaram untuk menjadikan isu tersebut sebagai bahan besar dalam kempen fitnah pembangkang terhadap Perdana Menteri.
Anggota Parlimen itu mengatakan bahawa selama ini Suaram telah diperalatkan oleh Anwar untuk menipu rakyat dengan mereka-reka isu tersebut.
Pertama katanya, siasatan pihak polis Perancis mendedahkan bahawa tidak wujud sama sekali mana-mana rekod imigresen yang menunjukkan wanita bernama Altantuya Shaariibuu telah memasuki negara itu antara tahun 1999 dan 2006.
Ini bermakna dakwaan pembangkang bahawa Datuk Seri Najib elah dilihat bersama-sama wanita itu dan Abdul Razak Baginda adalah pembohongan semata-mata.
Sekali gus perbuatan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mencipta gambar Perdana Menteri kononnya sedang makan dengan Altantuya dan Abdul Razak menggunakan kaedah 'photoshop' juga mendedahkan niat jahat pembangkang sejak dari awal lagi.
Fakta kedua yang mendedahkan kepalsuan tuduhan pembangkang ialah Altantuya tidak fasih berbahasa Perancis seperti mana yang didakwa mereka.
Ini jelas membuktikan dakwaan bahawa wanita itu telah menjadi orang perantaraan sebagai penterjemah dalam urusan jual beli kapal selam antara kerajaan Malaysia dan Perancis adalah palsu dan pembohongan yang jelas.
Malah menurut Datuk Seri Zahrain, semua perbincangan rasmi antara kedua pihak diadakan dalam bahasa Inggeris dan dengan itu keperluan untuk menggunakan khidmat seorang penterjemah tidak wujud sama sekali.
Penjelasan beliau telah berjaya mendedahkan komplot dan motif sebenar pembangkang yang mahu memalukankan kerajaan dengan menyebar fitnah dan memburukkan nama baik negara di mata dunia.
Anwar beranggapan isu Scorpene yang dibangkitkan adalah senjata politiknya yang ampuh untuk mencabar kepimpinan Perdana Menteri, tetapi sayang sekali senjata yang diharapkan memakan diri sendiri.
Sebagai Perdana Menteri yang bertanggungjawab dan menjaga amanah rakyat, Datuk Seri Najib tetap meneruskan tugas yang digalasnya untuk menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan negara dengan penuh kesedaran dan keinsafan.
Hasilnya, semakin hari rakyat semakin menyokong kepimpinan beliau kerana melalui pelbagai program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan rakyat semua lapisan mendapat manfaat dan untung.
Pembangkang pula sudah tidak ada lagi modal politik yang hendak di canainya lagi kecuali meroyan siang dan malam seperti orang hilang akal.
Pembangkang terpaksa bergantung kepada isu Scorpene kerana mahu menutup kepincangan parah yang berlaku di dalam kubu kuat PKR di Selangor.
PKR Selangor semakin goyah dan rapuh disebabkan pertelingkang berpanjangang di antara puak Azmin Ali dan Menteri Besar, Khalid Ibrahim.
Malah suara sumbang mendesak Khalid meletak jawatan semakin lantang kedengaran dari kalangan pimpinan PKR negeri.
Pergolakan yang berlaku hanya mengesahkan bahawa pembangkang - PKR, PAS dan DAP - hanya gilakan kuasa dan apabila berkuasa mereka bergaduh sesama sendiri untuk merebut jawatan untuk kepentingan sendiri.
Pergolakan politik yang berlaku di Selangor dan pembohongan besar pembangkang dalam isu Scorpene adalah resipi terbaik yang akan memastikan mereka berkubur pada pilihan raya umum akan datang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Nyawa Politik Khalid Di Hujung Tanduk
Khalid nampaknya tersepit antara sayang dengan tanggungjawab. Kita tahu Khalid sayang pada Faekah kerana itu beliau telah cuba sedaya upaya untuk membela Faekah dengan berkata, "Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong". Dalam kes ini, Faekah didapati telah merekomenkan syarikat anak saudaranya sendiri sebagai panel peguam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.
Nasib baiklah, Khalid tidak perlu membuat keputusan sendirian, tetapi perlu diambil secara kolektif melalui mesyuarat Exco. Apa yang berlaku ialah para Exco telah mengambil keputusan bahawa Faekah perlu meletakkan jawatannya esok.
Ramai yang berkata bahawa Faekah adalah sumber kekuatan Khalid dan apa yang berlaku ini amatlah melukakan hati Khalid. Di saat Khalid terpaksa berhadapan dengan begitu banyak ancaman dalaman, kehilangan walaupun seorang dari pengikutnya pasti akan menjejaskan moral dan semangatnya.
Faekah bukan sekadar setiausaha, tetapi juga penghubung peribadi antara Khalid dengan Presiden parti, Wan Azizah. Melalui Faekah, masalah-masalah parti dapat dibincangkan secara peribadi dengan Presiden tanpa perlu terikat pada protokol sepertimana di dalam mesyuarat parti. Apatah lagi apabila ramai di dalam parti yang tidak menunjukkan penghormatan yang sepatutnya terhadap Khalid walaupun beliau adalah Menteri Besar hubungan peribadi seperti ini amatlah penting baginya.
Kurangnya rasa hormat terhadap beliau, menyukarkan beliau mengawal dan memantau keadaan. Malah, sebahagian besar dari masanya, perlu dihabiskan untuk melihat sekeliling bagi memastikan dirinya tidak ditikam dari belakang.
Dengan ketiadaan Faekah, semakin sukarlah bagi Khalid untuk menjaga diri.
Kes Faekah itu sendiri memberi peluang kepada musuh-musuhnya untuk menembaknya dari dalam. Dengan timbulnya kes ini, kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin terserlah dan tidak boleh dinafikan lagi.
Faekah tidak mungkin berani menandatangani apa-apa surat sokongan jika Khalid adalah seorang ketua yang tegas dan tahu bagaimana untuk mendidik orang-orang sekelilingnya. Sikap Khalid yang terlalu bergantung kepada Faekah membuatkan Faekah tidak berfikir panjang apabila menandatangai surat sokongan yang menjadi isu ini.
Tidak guna Khalid menyalahkan Azmin atau sesiapa sahaja di kalangan Exco atas apa yang berlaku kepada Faekah. Walaupun pahit, beliau perlu terima bahawa apa yang berlaku adalah berpunca dari kepimpinannya yang lemah.
Apapun, adalah tidak wajar untuk meletakkan kesalahan ke atas Khalid seratus peratus kerana sesungguhnya, memimpin sebuah negeri di bawah payung parti PKR bukanlah mudah. PKR adalah parti yang tergolong di dalamnya manusia-manusia yang berbagai jenis termasuk yang tidak normal atau songsang. Mereka-mereka ini berpegang kepada kebebasan mutlak. Orang yang berpegang kepada kebebasan mutlak, pastinya sukar dikawal. Kerana itu, kita menyaksikan pemilihan parti PKR yang lepas adalah pemilihan yang paling kotor dalam sejarah.
Khalid Ibrahim tentu menyedari bahawa perletakan jawatan Faekah juga menandakan yang nyawa politiknya sendiri sudah tidak panjang lagi. Tidak mustahil ia akan berakhir sebelum PRU ke-13. Keputusan Exco yang tidak menyebelahi pendapat peribadinya menunjukkan yang beliau tidak punya sokongan lagi di kalangan Exco sendiri. Bagaimana seorang Menteri Besar mampu bertahan tanpa sokongan Exco? Lebih dari itu, kita pasti, sasaran musuh-musuh Khalid adalah lebih jauh dari sekadar Faekah iaitu Khalid sendiri. Pada bila-bila masa, peluru baru akan dilancarkan untuk menghapuskan Khalid pula dan kali ini, tanpa Faekah di belakang untuk menahannya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Nurul Izzah Sahkan SUARAM Menipu
Y.B Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab bahawa keperluan itu tidak timbul kerana pihak Perancis telah memaklumkan bahawa tiada perbicaraan yang berlangsung mengenai kapal selam scorpene di negara itu.
Nurul Izzah kemudiannya akur dengan jawapan tersebut dan bertanya lagi sama ada Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut dan dijawab oleh Menteri Pertahanan sebagai tidak perlu kerana pembelian kelengkapan angkatan tentera dibuat mengikut tatacara perlaksanaan kontrak perolehan pertahanan negara.
Maka dengan itu, semakin jelaslah penipuan SUARAM mengenai perbicaraan di mana Nurul Izzah sendiri telah mengesahkannya apabila memohon penubuhan Suruhanjaya DiRaja sebagai 'ganti'.
Benar, bahawa penyiasatan sedang dijalankan mengenai urusniaga kapal selam oleh syarikat DCNS di Perancis. Tetapi, penyiasatan itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan mahupun pemimpin-pemimpin di Malaysia, tetapi melibatkan syarikat tersebut, dengan ahli-ahli politik di sana. Ia masih di peringkat siasatan dan bukannya perbicaraan. Nama Altantuya Shaariibuu juga langsung tidak terlibat, malah nama Perdana Menteri juga tidak disebut. Malaysia tiada kena mengena dengan penyiasatan itu melainkan mungkin, sebagai pembeli sahaja.
Untuk SUARAM membangkitkan soal sapina merupakan sesuatu yang amat lucu sekali kerana bagaimana untuk mengsapina sesiapa jika perbicaraannya tidak ada?
SUARAM, atau lebih tepat, pembangkang bukan sahaja mempunyai tabiat yang suka menipu tetapi lebih buruk lagi ialah mereka sanggup menipu tanpa batasan. Tidak cukup mereka memburukkan sistem kehakiman dan pihak berkuasa di Malaysia, kini mereka turut membadutkan hakim dan mahkamah Perancis pula. Malah mereka juga menggambarkan polis Perancis sebagai tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke negara tersebut.
Mereka juga sanggup mengheret orang yang telah mati untuk dijadikan modal politik secara berterusan memandangkan orang tersebut tidak mampu membela diri atau menjelaskan apa-apa lagi. Mereka juga tidak malu menggunakan nama orang yang masih hidup seperti Jasbir Singh Chahl, yang ditohmah kononnnya akan disapina untuk hadir ke perbicaraan fantasi mereka.
Walaupun telah terkantoi berkali-kali, mereka tetap berdegil ingin mengasak isu yang sama.
Ini menyebabkan ramai di kalangan rakyat mula bertanya, setelah jelas kini bahawa isu ini sengaja diada-adakan oleh pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, maka apakah ia bermakna pembunuhan Altantuya juga didalangi oleh mereka?
Sememangnya pelik apabila Altantuya dikaitkan dalam isu yang beliau langsung tiada kena mengena. Dan memang pelik apabila namanya tetap disebut walaupun telah jelas beliau langsung tidak memasuki Perancis pada ketika urusniaga scorpene berlangsung. Perdana Menteri juga tidak mengenali Altantuya dan telah bersumpah sebanyak empat kali mengikut landasan Islam mengenainya. Begitu juga beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah, mempunyai alibi kukuh tidak terlibat dengan pembunuhan tersebut. Tetapi, nama gadis malang ini tetap diungkit dan dimainkan oleh pembangkang sekali gus membuktikan bahawa mereka benar-benar ketandusan isu 'tulin' untuk menyerang Perdana Menteri.
Dengan prestasi pembangkang yang begitu buruk di negeri-negeri yang ditadbir mereka, serta skandal-skandal peribadi yang tidak berkesudahan antara seorang demi seorang pemimpin mereka, di tambah dengan penipuan mengenai scorpene ini, rakyat menjadi bertambah curiga dengan pembangkang. Ramai yang mula tertanya-tanya, sejauh mana pembangkang sanggup lakukan untuk merampas kuasa?
Kita tahu bahawa pembangkang sanggup menggadai nyawa rakyat dengan mencetus keganasan, kita juga tahu bahawa pembangkang sanggup mengsabotaj ekonomi negara sendiri dengan memburuk-burukkan dan mencemar imej negara dan Perdana Menteri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

