Isnin, 2 Julai 2012

Respon Pasaraya Mydin di Meru Raya.

Pihak Pengurusan Pasar Raya Meru Raya Ipoh turut dikejutkan dengan kehadiran kumpulan politik berkenaan di premis kami kerana tiada sebarang permohonan ataupun maklumat dibuat kepada pihak Pengurusan pasar raya kami.

Kehadiran kumpulan politik ini secara tiba-tiba sekaligus mengedarkan risalah yang sememangnya diluar pengetahuan kami telah menyebabkan pegawai Keselamatan kami menghampiri mereka serta memohon agar menghentikan segala aktiviti yang dijalankan. Namun teguran kami tidak diambil endah malah pegawai keselamatan kami telah dimarahi pula.

Ekoran daripada ini, pihak Pengurusan Pasar Raya MYDIN Meru Raya telah berjumpa ketua kumpulan politik berkenaan meminta secara baik agar menghentikan sebarang perkumpulan dan pengedaran risalah serta beredar dengan tenang. 

Kumpulan politik berkenaan kemudian memohon maaf serta terus beredar di bawah pengawasan pihak Keselamatan kami.

Saudara Razman yang dihormati,
Sebelum ini terdapat juga beberapa parti politik yang hendak singgah di beberapa cawangan pasar raya kami tetapi mereka membuat permohonan secara bertulis. Tetapi apa yang berlaku pada hari ini adalah sama sekali tanpa pengetahuan apatah lagi persetujuan kami kerana kami amat arif akan sensitiviti di kalangan masyarakat Malaysia ini. Matlamat kami hanyalah untuk berniaga serta menawarkan belian terbaik untuk para pelanggan kami disamping membantu usahawan-usahawan tempatan.

Kami harap penjelasan di atas telah mengupas perihal perkara yang sebenarnya dan semoga pandangan was was dari saudara terhadap pasar raya MYDIN milik anak tempatan ini berikutan isu di atas telah terjawab.


Salam hormat dari kami serta Salam Syaaban.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan