Khamis, 10 Oktober 2013
Kemalangan maut depan SS Trader Hotel Kamunting
Penunggang yang menunggang motosikal jenis Kawasaki R150 secara berseorangan itu terus merempuh kereta yang berada diarah bertentangan dan motosikalnya menggelongsor kira-kira 40 meter.
Jenazahnya dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rabu, 9 Oktober 2013
Pemuda Jangan Hypocrite
Tulisan dalam media electronic juga semakin hebat mengangkat si polan dan meendahkan si polan si polan.
Mungkin kerana kepanasan pelbagai bentuk serangan mula mengambil tempat.
So jangan jadi kacang lupakan kulit atau habis madu. sepah dibuang.
Kenapa awal-awal dulu diterima dan diangkat, diberi tugas dan tanggung jawab untuk berperang dalam PRU dan PRK.
Kini semacam jer penghinaan dan pelbagai tohmahan dilemparkan. Kalau tak suka, elok tolak awal-awal dulu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Isnin, 7 Oktober 2013
Tahaluf Siyasi: Perang Antara Ulama PAS Bermula
PAS yang kita ketahui, telah lama terbahagi dua iaitu antara kumpulan Ulama dan Anwarinas.
Namun, hari ini 'pembahagian' ini semakin rumit kerana kumpulan Ulama PAS sendiri juga turut terbahagi dua di mana satu kumpulan cenderung menyokong Anwarinas, dan satu kumpulan lagi kekal membawa prinsip konservatif PAS yang asal.
Apa yang menarik ialah kumpulan Ulama yang 'mesra' Anwarinas itu juga merupakan golongan Ulama yang memegang jawatan tertinggi di dalam parti, termasuk Presiden dan Mursyidul Amnya. Timbalan Presidennya yang terkenal dengan skandal dengan isteri orang pula turut terkenal sebagai anjing suruhan DAP, selain pengamal ajaran Syiah
Dengan barisan kepimpinan yang sebegini rupa maka, tidak hairanlah PAS menjadi haru biru dan bercelaru.
Sebenarnya, akar umbi PAS, dan mungkin sebahagian dari umat Melayu di Malaysia, sedikit sebanyak tetap menaruh harapan kepada PAS sebagai pembangkang yang berlandaskan Islam, untuk menjadi 'pengimbang' kepada kuasa kerajaan.
Kewujudan PAS seharusnya mampu memastikan pentadbiran negara tidak terkeluar dari landasan dengan membuat teguran dan bangkangan apabila ada keperluan. Maka, kepada Ulama-ulama peneraju parti PAS, diletakkan kepercayaan bagi melaksanakan tanggungjawab ini, iaitu mempertahankan agama yang digariskan sebagai hala tuju parti.
Malang sekali, Ulama-ulama PAS berpolitik bukan untuk mempertahankan agama tetapi untuk berkuasa.
Di sinilah bermulanya kecelaruan PAS iaitu apabila Ulama sendiri sanggup bekerjasama dengan pendokong liberalisasi dan pluralisme demi kuasa. Malah, mereka juga sanggup bersekongkol dengan kafir harbi komunis yang cita-cita utamanya ialah untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi negara ini serta membuka ruang dakwah yang luas kepada Kristian.
Ulama-ulama peneraju PAS penyokong Anwarinas ini percaya bahawa kesepakatan dengan kumpulan harbi, komunis, syiah, pluralis dan liberalis ini akan membatu mereka berkuasa. Kesepakatan ini disandarkan kepada konsep Tahaluf Siyasi bagi memberi gambaran 'Islam' agar dihalalkan oleh ahli-ahlinya.
Dan kemenangan 4 negeri oleh pakatan ini pada PRU 2008 dijadikan sebagai pembakar semangat untuk PAS terus mengutamakan politik daripada agama.
Tanpa PAS sedar, 'tahaluf siyasi' walaupun telah menguntungkan Pakatan Rakyat, ia telah sebenarnya merugikan PAS. Buktinya, PRU 2013 menyaksikan bagaimana PAS mendapat undi tercorot berbanding rakan-rakan lain di dalam pakatan.
Keputusan yang corot ini memberi kekuatan kepada sekumpulan Ulama di dalam PAS untuk bangkit mempersoalkan hala tuju parti. Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib antara yang pertama bersuara mendesak agar tahaluf siyasi dikaji semula. Peneraju parti, yang juga merupakan kumpulan Ulama iaitu Datuk Seri Hadi Awang, bagaimanapun membuat kenyataan untuk terus berpaut kepada PKR dan DAP biarpun mereka masing-masing terbukti sebagai penyokong LGBT dan kafir harbi.
Justeru, perang antara Ulama PAS ini terus berjalan selama beberapa bulan tanpa penyelesaian. Harun Taib dikatakan turut disokong oleh Harun Din, Ustaz Nasha dan beberapa Ulama muda lain. Bagaimanapun, suara mereka tidak begitu kuat memandangkan Ulama di peringkat tertinggi iaitu Hadi Awang dan Nik Aziz masih berdegil ingin terus bertahaluf siyasi dengan siapa sahaja, biar syaitan sekalipun, asalkan bukan UMNO.
Nampaknya kepimpinan tertinggi PAS sudah dirasuki roh Anwarinas dan mula merasa selesa dengan ide-ide liberalisme, pluralisme. Ini tentulah tidak mengejutkan memandangkan mereka juga turut mengiktiraf Syiah.
Oleh itu, hala tuju PAS kini cukup misteri. Akibatnya, ahli-ahli PAS sendiri dilihat sebagai membawa fahaman, hujah dan pendapat sendiri dalam mempertahankan parti yang mana sebenarnya tidak menepati fahaman, hujah dan pendapat pemimpin atasan mereka.
Setakat ini, Hadi Awang dan Nik Aziz jelas tidak sanggup 'bercerai' dengan Anwar dan Lim Kit Siang. Mungkinkah Ulama-ulama ini enggan meminta cerai kerana bimbang akan hilang 'wang saraan'?
Tanpa sebarang keputusan tuntas mengenai tahaluf siyasi, sokongan terhadap PAS akan terus merosot. Namun, itu bukan soal besar. Soal yang lebih besar ialah ummah akan terus keliru dan bercelaru akibat Ulama-ulama yang haru biru.
Soal ini adalah lebih penting dan jika benar ada Ulama-ulama di dalam PAS yang serius ingin membuat pembaikan, maka mereka perlu melakukan tindakan drastik iaitu memilih untuk dipimpin Ulama Anwarinas, atau bangkit dan memimpin parti sendiri. Jika itu tidak dapat dilakukan, maka adalah wajib bagi mereka untuk meninggalkan ulama-ulama yang sesat itu, sekali gus menyelematkan ummah dari terus terpesong. Keputusan di tangan masing-masing, untuk dibawa ke kubur masing-masing.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Berikut adalah keputusan muktamad jumlah perwakilan Pemilihan UMNO 2013.
Pengerusi tetap 1 calon (menang tanpa bertanding)
Majlis tertinggi -62 orang calon
Timbalan Pengerusi tetap – 3 orang calon
Presiden – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden – 1 calon (Menang tanpa bertanding)
Naib Presiden – 6 calon
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap – 3 calon
Timbalan Pengerusi Tetap – 5 calon
Ketua Pergerakan Pemuda – 5 calon
Naib ketua Pemuda – 4 calon
Ahli Jawatankuasa Pemuda – 77 calon
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalam Pengerusi Tetap – 2 calon
Ketua Pergerakan Puteri – 2 calon
Naib Ketua – 3 calon
Ahli Jawatankuasa – 30 calon
Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalan Pengerusi tetap – 2 calon
Ketua Wanita UMNO – 3 calon
Naib Ketua – 3 calon (Seorang telah menarik diri iaitu datuk Hamidah Osman)
Ahli Jawatankuasa – 44 calon
Jumlah keseluruhan calon 260 orang
Peringkat Bahagian
Pengerusi Tetap Bahagian – 302 calon (muflis – 6, tarik diri – 9)
Pengerusi Tetap Pemuda 309 calon (tarik diri – 11)
Pengerusi Puteri – 222 calon (tarik diri – 1, disiplin – 1)
Pengerusi Tetap Wanita – 238 calon (tarik diri – 3)
Timbalan Pengerusi tetap bahagian – 330 calon (muflis – 2 tarik, diri – 1)
Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda – 305 calon (muflis – 5, tarik diri – 13)
Timbalan Pengerusi Tetap Puteri – 209 calon (muflis – 2, tarik diri – 3)
Timbalan Pengerusi Tetap Wanita – 227 calon (muflis – 1)
Ketua bahagian – 438 calon (muflis -1, tarik diri – 16, disiplin – 4)
Ketua Pemuda Bahagian – 435 calon (muflis – 6, tarik diri – 17, disiplin – 1)
Ketua Puteri Bahagian – 296 calon (tarik diri – 1)
Ketua Wanita Bahagian – 358 calon (tarik diri – 6, disiplin – 1)
Timbalan Ketua Bahagin – 421 (muflis – 8, tarik diri – 29, disiplin 2)
Naib ketua Pemuda – 435 calon (muflis – 3, tarik diri – 32)
Naib Puteri – 282 calon (muflis – 1, tarik diri – 8)
Naib Ketua Wanita – 380 calon (muflis, 2, tarik diri – 14)
Naib Ketua Bahagian – 530 calon (tarik diri – 32 displin – 2)
Ahli jawatankuasa bahagian – 8466 calon (muflis – 140, tarik diri, – 78, displin – 12)
Ahli jawatankuasa Pemuda – 5131 calon (muflis – 50 tarik diri – 53, disiplin – 3)
Ahli jawatankuasa Puteri – 3465 (muflis – 10, tarik diri – 34)
Ahli jawatankuasa wanita – 4843 calon (muflis – 32, tarik diri – 27, displin – 9)
Perwakilan G7 bahagian – 2775 calon (muflis – 33, tarik diri – 56, displin – 2)
Perwakilan G2 Pemuda bahagian – 740 calon (muflis – 10, tarik diri – 26)
Perwakilan G2 Puteri bahagian – 543 calon (tarik diri – 1)
Perwakilan G2 Wanita – 827 calon (muflis – 6, tarik diri – 16)
Pemeriksa kira-kira bahagian – 504 calon (muflis – 12, tarik diri – 8, displin – 1)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pemilihan Umno 2013 Final Countdown
Calon disahkan muflis 334.
Tarik Diri 495.
Disiplin 39 dan gugur hak sebagai calon dan ahli.
Perwakilan yang hilang hak untuk ke bahagian 1703 kerana jatuh muflis.
Berita baik buat Tun Faisal Ismail kini ialah beliau layak bertanding MT
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kempen bukan sekadar pengenalan calon di pentas (Utusan)
Dalam tempoh berkempen ini, seperti yang dijangka sudah ada suara-suara yang menyatakan rasa tidak puas hati mengenai syarat 'berkempen' untuk memperkenalkan diri. Ada yang berkata, kaedah sekarang adalah 'kerja buang masa'. Bayangkan dalam satu hari, tiga negeri terpaksa dijelajah seperti berlaku semalam - mula-mula Kelantan, kemudian Terengganu dan pada sebelah malamnya Pahang. Kaedah yang ada iaitu sesi pengenalan calon yang dianjurkan Badan Perhubungan UMNO Negeri, mereka yang menawarkan diri bertanding hanya diperkenalkan di atas pentas tanpa diberi peluang untuk berucap menyatakan visi dan misi masing-masing di hadapan perwakilan. Mungkin disebabkan kesuntukan masa. Apabila selesai mengelilingi seluruh negara termasuk Sabah (kecuali Sarawak), maka mereka yang tidak ada sebarang jawatan hanya menunggu hari pemilihan. Ada yang bimbang tindak tanduk mereka berkempen secara sendirian mengundang bahaya 'terlanggar' etika pemilihan. 'Silap haribulan' nama mereka disingkirkan atau kalau menang, kemenangan dibatalkan. Sebenarnya, ramai calon yang masih keliru mengenai had mereka untuk berkempen.
Seperti yang diselak sebelum ini, biarlah mereka ini berkempen dengan apa cara sekalipun asalkan tidak melanggar peraturan parti atau memburukkan orang lain yang turut menawarkan diri untuk bertanding. Minggu lalu, Selak juga turut mempersoalkan bagaimana ruang untuk mereka yang tidak memegang sebarang jawatan mampu muncul dalam pelbagai media? Keadaan ini berbeza bagi calon yang mempunyai jawatan sama ada di peringkat kerajaan negeri atau kerajaan pusat atau memegang jawatan lain yang boleh 'mencipta' pelbagai aktiviti untuk 'mempromosi diri' tampil bertemu pemilih sama ada secara langsung atau tidak langsung. Eloklah kempen untuk menyatakan visi dan misi diberi kelonggaran. Fokus utama yang perlu diberi perhatian ialah mengelakkan gejala politik wang dan kempen memburukkan orang lain. Apa yang penting elakkan 'ketirisan poket' sepanjang berkempen. Inilah etika penting yang perlu dijaga iaitu menolak politik wang dan memburukkan orang lain.
Langkah memberi kebebasan berkempen yang ada batasannya ini diharap dapat memberi ruang kepada calon-calon yang kurang dikenali atau mungkin tidak dikenali berkempen menjelang pemilihan parti pada 12 dan 19 Oktober ini supaya perwakilan lebih mengenali mereka.
Perwakilan lebih mengenali mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan termasuk menteri atau timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri atau exco kerajaan negeri. Begitu juga yang memegang jawatan dalam beberapa badan berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain. Tetapi berapa ramai yang mengenali calon-calon ini berbanding yang berstatus menteri, timbalan menteri, menteri besar atau ketua menteri? Jawatan juga khabarnya belum menjamin perwakilan mengenali calon berkenaan di samping isu yang dihadapi.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan ketika menegur kaedah berkempen itu berkata: ''Kalau tak boleh pergi sana, pergi sini dan tak dibenarkan untuk berjumpa, susahlah, lagi pun sekarang ini pemilihan daripada akar umbi. Kalau kita tak pergi jumpa akar umbi macam mana dia nak kenal Mohamad bin Haji Hasan, orang Tumpat tak kenal saya. Ini tak beri peluang kepada calon.'' Itu rintihan seorang calon yang mempunyai kedudukan, apatah lagi bagi yang tiada apa-apa.
Semoga rintihan ini mendapat perhatian supaya demokrasi dalam UMNO diperkasakan serta menjadi contoh kepada parti lain semasa membuat pemilihan.
PERANAN MELAYU DALAM DAP
MASIH menjadi bualan mengenai pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada minggu lalu. Cakap-cakap yang berlegar ialah berkaitan amaran DAP kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), jumlah perwakilan yang tidak hadir, undi popular dan Melayu dalam DAP. Sudah ada laporan polis berhubung apa yang dikatakan 'ugutan' terhadap ROS. Turut menarik perhatian ialah jumlah undi yang diperoleh hasil pilihan 1,725 perwakilan (1,663 undi sah, 62 undi rosak). Berkait isu jumlah undi ini menimbulkan persoalan siapa paling layak menjadi Setiasuaha Agung DAP. Seperti diketahui umum, mendahului senarai dalam kelompok 20 calon memperoleh undi tertinggi ialah anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang mendapat 1,438 undi berbanding anggota Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (1,304 undi) di tangga ke-5. Pada pemilihan Disember 2012, Chin Tong memperoleh 984. Ini bermakna jumlah undinya meningkat. Guan Eng pula mengalami kemerosotan apabila undinya jatuh sebanyak 272 undi. Pada pilihan raya umum (PRU) lalu, di Kluang, daripada 75,308 undi yang dikeluarkan, Chin Tong mendapat 40,574 undi sementara di Bagan, daripada 59,796 kertas undi, Guan Eng memperoleh 46,466 undi. Ini angka berkaitan undi yang menarik perhatian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PAS Hina Peranan Kaum Ibu:
Kenyataan yang dibuat semasa Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pahang yang ke 25 itu benar-benar meletakkan kesalahan dikalangan kaum ibu sahaja di dalam mendidik anak di dalam keluarga.
"Pentingnya peranan muslimat ialah mengambil berat tentang ibu-ibu tunggal.
Ingat, kebiasaannya anak-anak akan dipengaruhi ibu. Umpamanya isteri Nabi Nuh tidak beriman, anaknya juga tidak beriman.
Begitu juga dengan isteri Nabi Lut yang tak beriman, dituruti oleh anaknya."-Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat).
Seolah-olah meletakkan segala tanggungjawab diatas bahu gologan ibu, Tuan Ibrahim nampaknya terlupa bahwa institusi kekeluargaan itu harus dicorakkan oleh kesemua ahli keluarga dan tidak tertakluk kepada ibu sahaja.
Lantas kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Ibrahim itu bertentangan dengan prinsip kekeluargaan di dalam Islam. Bukannya kesemua tanggungjawab diletakkan dibahu ibu sahaja.
Dengan menggunakan analogi 'isteri nabi-nabi terdahulu sesat, maka anak-anak mereka akan sesat" adalah satu penghinaan bukan sahaja kepada golongan ibu di dunia ini, tetapi juga satu penghinaan kepada golongan nabi, kerana ia seperti merendah-rendahkan martabat nabi kononya tidak berupaya mendidik isteri-isteri mereka untuk taat kepada perintah Allah.
Tuan Ibrahim Tuan Man perlu sedar bahawa kenyataan beliau benar-benar menampakkan kecetekkan akal fikirannya berkenaan sejarah dan pengamalan Islam di dalam kehidupan manusia.
Beliau harus bertaubat kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau adalah berunsur kufur yakni menolak kemuliaan para nabi yang terdahulu.
Sebagai seorang muslim, kita perlu sedar bahawa ibu bukan sahaja memikul tanggunjawab yang sangat besar, tetapi golongan ini juga sangat-sangat dimuliakan di dalam Islam.
Hatta Rasulullah sendiri pernah telah menyatakan sendiri melalui banyak hadis berkenaan darjat dan ketinggian status seorang ibu.
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ :يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ، قَالَ أَبُوْكَ
Dari Abu Hurairah radhiyallaahu 'anhu, belia berkata, "Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dan berkata, 'Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?' Nabi shalallaahu 'alaihi wasallam menjawab, 'Ibumu!' Dan orang tersebut kembali bertanya, 'Kemudian siapa lagi?' Nabi shalallaahu 'alaihi wasallam menjawab, 'Ibumu!' Orang tersebut bertanya kembali, 'Kemudian siapa lagi?' Beliau menjawab, 'Ibumu.' Orang tersebut bertanya kembali, 'Kemudian siapa lagi,' Nabi shalallahu 'alaihi wasallam menjawab, 'Kemudian ayahmu.'" (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)
Di dalam Al-Quran juga tertulis tentang peranan dan kepayahan yang dihadapi oleh seorang wanita bergelar ibu, untuk memastikan kesinambungan zuriat manusia di muka bumi ini. Allah mengangkat darjat wanita dan kaum ibu agar kaum itu dipandang mulia di dunia dan juga di akhirat. Keperitan tanggungjawab seorang ibu dijelaskan di dalam surah Luqman ayat ke 14
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْناً عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun . Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu." (Qs. Luqman : 14)
Oleh itu, apakah natijahnya Tuan Ibrahim Tuan Man, menyifatkan bahawa didikan ibu adalah punca kepada kesombongan anak-anak nabi yang terdahulu. Adakah Tuan Ibrahim merasakan bahawa para nabi yang telah dilantik oleh Allah telah gagal melaksanakan tugas mereka di muka bumi ini? Kesimpulannya, Tuan Ibrahim perlu bertaubat kepada Allah dan segera bermuhasabah diri. Kesilapan seperti ini tidak patut berlaku di dalam sebuah parti yang kononya memperjuangkan Islam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ahad, 6 Oktober 2013
Tiada alasan menyatakan kempen pemilihan Umno pendek dan suntuk.
Menteri Besar Negeri Sembilan menyatakan sepatutnya meriah kerana calon boleh turun seluruh negeri untuk berkempen ke seluruh negara. Tambah beliau pemilihan kali ini disifatkan agak ketat dan peraturan dalam pemilihan kali ini kurang bijak dan boleh membantutkan proses pemilihan. Ia bukan suara beliau tetapi suara dan pandangan daripada bawah.
Pada pendangan TM agak berlainan pula. Peraturan pemilihan kali ini telah dibentang dan diterima oleh semua bahagian pada 2009/10 lalu.
Oleh itu semua calon yang bercadang untuk bertanding boleh mula berkempen sejak 4 atau 5 tahun lalu. Lebih-lebih lagi mereka yang berjawatan menteri jika turun ke bahagian untuk merasmikan persidangan bahagian, jumpa lah semua ahli-ahli cawangan dan bertukar-tukarlah nombor telefon atau I'd akaun media sosial.
Ini tidak, bila turun kurang mesra rakyat, bila dah terdesak macam sekarang barulah menggelupur.
Saya cukup teruja dengan sikap beberapa orang pemuda Umno yang rajin turun padang, masih ingat lagi sewaktu berlaku banjir di Kedah, Perak dan negeri negeri lain, kumpulan pemuda ini turun padang menghulurkan bantuan, jika ada sebarang aktiviti sama ada peringkat pusat atau negeri mereka akan turun, jadi bila nak bertanding exco pemuda Umno Pusat, ia tidak menjadi masalah. Tak payah turun berkempen pun, hanya tekan butang handset, semua akan bagi sokongan. Nama pemuda-pemuda ini tak payah sebutlah sapa baca dia faham sendiri lah.
Yang hairan ada penyandang yang tak senang duduk apabila jawatan mereka dicabar. tak cukup dengan majlis memperkenalkan calon yang dibuat oleh jawatankuasa, mereka minta negeri-negeri buat program memperkenalkan calon secara eksklusif.
Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sabtu, 5 Oktober 2013
Dakwat Tidak Kekal DAP Satu Hukum Karma?
Mungkinkah Pemilihan semula CEC DAP yang berlangsung pada 29 September yang lalu telah ditimpa 'karma' kerana parti itu begituketerlaluan dalam menuduh dan memfitnah orang lain?
Selama ini, DAP begitu lantang menghentam dan mengecam SPR serta kerajaan BN mengenai sistem pilihanraya. Seluruh tenaga kerja DAP digunakan untuk membentuk persepsi bahawa BN dan SPR itu bersekongkol, bahawa semuanya yang berkaitan kerajaan dan Malaysia adalah korup dan kotor. Pilihanraya yang lepas dicop sebagai pilihanraya paling tidak bersih dan rakyat dihasut agar berdemonstrasi menolak keputusannya.
Fitnah dirancang dan disebar konon terdapat peti-peti undi yang hilang dan ditukar. Konon terdapat gangguan bekalan elektrik dan pengundi hantu yang berpuluh-puluh ribu. Konon kes dakwat yang tidak kekal adalah bukti bahawa terdapat penipuan. Konon PR sepatutnya menang berdasarkan undi popular, dan bermacam-macam konon lagi.
Namun, semua tuduhan ini tidak mampu membuktikan yang pilihanraya tidak telus. Tiada kes mengundi dua kali atau dihalang mengundi atas sebab dakwat tidak kekal dan tiada seorang pun dari 40,000 pengundi hantu dapat dikesan. Malah, kemudiannya terdapat pemimpin-pemimpin PR sendiri yang tampil menafikan terdapat gangguan bekalan elektrik di kawasan yang dikatakan terlibat.
Semua kekalutan ini bagaimana pun terbukti sebagai membuang 'karan' saja apabila pemimpin PR akhirnya mengangkat sumpah menerima jawatan masing-masing dengan gembira ria. Pun begitu, usaha untuk memburukkan kerajaan dan menafikan kredibiliti SPR terus dilakukan mereka.
Dalam pada itu, parti PR sendiri, terutama DAP turut mengalami kekalutan akibat pemilihan parti yang tidak dijalankan dengan telus. Keadaan menjadi heboh apabila perwakilan DAP membuat aduan kepada ROS bahawa mereka telah dinafikan hak mengundi secara licik sekali.
Akibatnya, pemilihan semula terpaksa dilakukan, iaitu pada 29 Setember lalu.
Pemilihan semula itu telah membuktikan bahawa DAP telah sebenarnya melakukan semua penipuan yang telah dituduh mereka terhadap SPR dan BN.
DAP didapati mengambil 'khidmat' pengundi hantu apabila ahli yang telah dipecat juga boleh mengundi, manakala lebih 800 perwakilan yang sepatutnya mengundi pula, telah 'hilang'.
Jika DAP menuduh dakwat yang digunakan SPR tidak berkualiti dan mudah dihilangkan, maka dakwat yang digunakan oleh DAP tentunya jauh lebih tidak berkualiti lagi. Menurut sumber, ia boleh ditanggalkan dengan mudah dalam masa 5 minit iaitu sebelum proses pemilihan selesai sepenuhnya, atau sebelum sempat meninggalkan dewan.
Alasan Setiausaha Organisasi parti itu, Anthony Loke Siew Fook ialah pihaknya telah pun mengumumkan bahawa dakwat tersebut hanya kekal dalam dua tiga jam memandangkan jangkamasa pemilihan yang pendek. Beliau juga menekankan bahawa biarpun dakwat telah hilang tetapi tiada kes mengundi dua kali berlaku. Justeru, tiada apa yang patut dirungutkan.
Sedangkan, jawapan yang sama telah diberikan oleh SPR apabila diserang bertubi-tubi oleh DAP tetapi DAP enggan menerimanya. Kini, DAP meminta semua pihak agar menerima alasan mereka dengan jaminan secara verbal bahawa tiada penipuan berlaku.
Nampaknya, amalan dwistandard sudah menjadi satu kemestian dalam apa jua keadaan dan isu yang melibatkan DAP. Parti ini jelas mempunyai masalah besar untuk bersikap adil dan telus walaupun merekalah yang paling lantang melaungkan dasar kesamarataan dan meritokrasi.
Hakikatnya, DAP tidak mungkin dan tidak akan berani bersaing secara adil. Kerana itu, mereka sedaya upaya ingin memastikan kedudukan ekonomi bumiputera sentiasa berada jauh di belakang dengan menolak apa saja usaha untuk mengatasi masalah ini. Dengan cara ini, kaum Cina akan terus berada di hadapan tanpa perlu bersaing di atas pentas yang sama dengan bangsa lain.
Sudah terang lagi bersuluh kini bahawa DAP itu adalah parti yang paling kotor dan jahat, dalam sejarah parti-parti politik di Malaysia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jumaat, 4 Oktober 2013
LAGAK HERO ANWAR DI NEW YORK TIDAK DIPEDULIKAN AMERIKA KESIAN DIA
Selain usaha menarik para pelabur ke Malaysia, Datuk Seri Najib juga menegaskan pendirian kerajaan dalam beberapa isu antarabangsa khususnya dalam konflik di Syria dan Mesir dalam ucapannya pada persidangan tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Kunjungan ke PBB merupakan merupakan acara tahunan yang dilakukan oleh hampir setiap ketua kerajaan di seluruh dunia atas kapasiti negara tersebut menjadi anggota PBB.
Di pentas antarabangsa itulah pelbagai isu dan masalah global dibincang atau diketengahkan bagi perhatian pemimpin-pemimpin dunia serta masyarakat antarabangsa.
Lucunya Anwar Ibrahim juga terhegeh-hegeh berkunjung ke New York seiring dengan kunjungan Perdana Menteri.
Sudah tentu lawatan Anwar hana sekadar lawatan sosial dan tidak kena mengena dengan persidangan PBB kerana beliau hanya sekadar menjadi ketua parlimen di Parlimen dan bukannya ketua kerajaan.
Yang menariknya wakil rakyat Permatang Pauh itu berlagak seolah-oleh beliaulah yang menjadi perdana menteri dan mewakili Malaysia di PBB.
Tindakan beliau itu bukan sahaja diketawakan tetapi juga mencerminkan status mentalitinya.
Bukankah tindakan Anwar bersaing dengan Datuk Seri Najib menunjukkan sikap kecewa yang amat mendalam bagi seorang yang telah gagal menjadi perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Kenyataan Anwar meminta Presiden Barack Obama masuk campur tangan dalam isu keputusan PRU jelas membuktikan bekas banduan penjara Sg Buloh itu hanya mempunyai agenda peribadi dan bukannya bertindak atas kepentingan negara.
Tidak kedengaran ada wakil pembangkang mana-mana negara yang juga berkunjung ke PBB semasa ketua negara atas kerajaannya juga berada di New York.
Anwar cuba menjadi hero dengan menimbulkan pelbagai isu yang tidak relevan langsung dengan agenda PBB yang lebih besar dan bersifat sejagat.
Isu rasuah dan penyelewengan yang cuba di dibelit semasa di new York adalah masalah dalaman yang bukan sahaja fenomena yang dihadapi oleh Malaysia tetapi juga oleh setiap negara di seluruh dunia.
Perkara remeh yang di angkat oleh Anwar dalam kenyataannya di luar negara memperlihatkan tekanan perasaan yang dilaluinya kerana rakyat menolak pakatan pembangkang yang di pimpinnya semasa pilihan raya lalu.
Anwar cuba menonjolkan imej sebagai pemimpin berstatus antarabangsa berindentitikan Islam untuk mengaburi mata masyarakat dunia.
Bagaimana pun jika dikaji dengan lebih mendalam secara lebih dekat, Anwar hanyalah seorang politikus murahan yang penuh dengan kepura-puraan.
Menuduh kerajaan Barisan Nasional korup tetapi beliaulah antara individu paling korup dan menyalahguna juasa semasa memegang kuasa di dalam kerajaan satu ketika dahulu.
Juga bercakap membela rakyat tetapi Anwar lah yang pernah membuat beberapa keputusan memeritkan penderitaan rakyat ketika menjadi menteri kewangan.
Kini setelah memimpin kumpulan pembangkang Anwar mahu menukar imej sebagai seorang tokoh yang memperjuangkan nasib rakyat dan golongan marhaen.
Ini kerana beliau tidak lagi berada di tampuk kuasa untuk berjuang bagi menjaga kepentingan kaum keluarga dan suku sakat kroninya.
Kenapa Anwar tiba-tiba diam membisu ketika kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan disel sebanyak 20 sen baru-baru ini?
Kalau sahulu beliaulah hendak menunjukkan sebagai pembela rakyat dengan janji menurunkan harga minyak jika berjaya menjadi perdana menteri tetapi kini senyap sepi.
Inikah sikap keperdulian yang ditunjukkan Anwar sekadar di pentas ceramah politik sahaja tetapi apabila gagal mencapai impian terus rakyat dilupakan begitu?
Hakikatnya rakyat sudah pun menolak Anwar termasuk cita-citanya menjadi perdana menteri.
Rakan sekutu politik, Dap dan Pas pun sudah mula mempersoalkan keberkesanan Anwar sebagai ketua pembangkang yang hanya pandai bermain kata-kata di bibir sahaja tetapi gagal melaksanakan apa yang dijanjikan.
Cubaan untuk guna PBB juga gagal kerana tidak seorang pun pemimpin kerajaan Amerika yang memberi respons kepada apa yang dilaungkan di New York.
Pada mereka Anwar sudah menjadi 'spent force' atau bak kata pepatah Melayu, 'habis santan hampas dibuang', dan beliau adalah hampasnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Khamis, 3 Oktober 2013
Opera ‘Impian Sarawak’ DAP
Opera Cina DAP terus ditayangkan ke seluruh negara dengan skrip dan lakonan yang sama walaupun ia dihentam hebat sebagai tidak berkualiti.
Dengan membawa cerita yang sama, DAP berharap akan dapat menipu rakyat Sarawak pula melalui tajuk baru iaitu 'Impian Sarawak'. Kononnya, DAP bakal menjadi penyelamat, pemangkin perubahan dan pemimpin yang bakal membawa Sarawak ke arah kecemerlangan. Kononnya, DAPlah yang akan menamatkan segala kemiskinan dan kesusahan rakyat terutama masyarakat bumiputera di sana.
Namun, sepertimana namanya iaitu 'impian' maka rakyat Sarawak tidak harus mengharapkan sesuatu yang lebih dari sekadar 'mimpi' semata-mata.
Inilah diingatkan bahawa rakyat Pulau Pinang juga kini hidup dalam mimpi ngeri di bawah pemerintahan DAP.
DAP telah mendiskriminasi, meminggir dan menindas kaum Melayu dan India di Pulau Pinang secara sistematik lagi halus. Sejurus selepas parti itu mendapat kuasa, kita melihat bagaimana harga hartanah meningkat mendadak, tanah-tanah orang Melayu dan India yang berpotensi dirampas untuk dimajukan sekali gus menafikan hak ke atas penduduk asal. Kaum Melayu dan India dihimpit perlahan-lahan ke pinggiran pulau dan ke tanah besar.
Peniaga Melayu dan India pula ditekan menggunakan alasan undang-undang tetapi peniaga Cina diberi kelonggaran dan bantuan bagi 'melepaskan' mereka dari tekanan undang-undang.
Sarawak merupakan negeri yang memiliki sumber yang banyak. Hutan-hutan Sarawak yang luas merupakan impian Cina-cina DAP untuk dibaham serakusnya. Kita pasti, sekiranya DAP memerintah Sarawak maka hutan-hutan ini akan ditarah semahu-mahunya serta dikomersialkan di mana akhirnya akan menyebabkan penduduk asal negeri itu terpinggir lebih jauh ke dalam hutan.
DAP juga sudah diketahui amat 'anti' dengan sebarang bentuk bantuan terhadap bumiputera. Dan bukan kita tidak tahu bahawa DAP menjadikan penghapusan hak istimewa bumiputera sebagai tonggak perjuangan mereka.
Justeru, apakah ada yang benar-benar percaya yang DAP akan membantu masyarakat bumiputera Sarawak?
DAP sebaliknya menganggap masyarakat bumiputera sebagai beban dan perlu dinyahkan sahaja dari gambaran perancangan mereka untuk Sarawak. Ini bukanlah kenyataan yang tidak berasas tetapi bersandarkan prinsip perjuangan DAP yang jelas, yang menolak DEB dan sebarang polisi yang menyerupainya.
Hakikatnya, 'Impian Sarawak' sebenarnya adalah impian DAP untuk meluaskan kuasa, sekali gus merampas tampuk pemerintahan negara. Tidak lebih dari itu. DAP tidak pernah prihatin dengan rakyat Sarawak, melainkan tauke-tauke Cina yang mampu mengkayakan lagi kaum mereka.
Hari ini, Pulau Pinang telah pun memperlihatkan apa yang 'kuasa' itu telah lakukan terhadap rakyatnya, dan Sarawak tidak perlulah melakukan kesilapan yang sama.
Ingatlah, sekali Sarawak jatuh ke tangan mereka yang tamak, penipu, rasis, khianat dan chauvinis itu, bermakna hancurlah segala impian masyarakat bumiputera di situ.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pemilihan CEC DAP: Bukti DAP Perlekeh Cina Sabah
Walaupun BN sering dihentam kerana mengamalkan sistem 'perkauman' melalui parti-parti komponen, tetapi ternyata sistem itulah yang memastikan semua kaum tidak terpinggir kerana masing-masing punya suara yang sama lantang untuk bersuara.
Sebaliknya, DAP yang sering mendabik dada sebagai parti berbagai kaum terbukti bukan sahaja meminggirkan, tetapi menindas kaum bukan Cina dengan berbagai cara halus mahupun terbuka Pemilihan CEC yang penuh kontroversi adalah bukti segala-galanya.
Di dalam DAP, bukan sahaja kaum lain tidak diberi peluang, tetapi kaum Cina dari Sabah juga turut dipinggirkan seolah-olah mereka merupakan Cina kelas kedua berbanding Cina Semenanjung. Buktinya, tiada calon dari negeri itu yang bertanding dalam CEC yang lalu.
Sedangkan, di masa yang sama, DAP sedang berusaha untuk menawan Sabah dan Sarawak sambil mengecam BN konon tidak membela rakyat kedua negeri itu dengan sebaiknya. Menurut Lim Kit Siang, parti itu akan memberi tumpuan khas ke atas Sabah bagi merampas negeri itu dari BN dalam PRU-14 nanti.
Walaupun bercita-cita tinggi untuk menawan Sabah, tetapi pertandingan CEC DAP menyaksikan tiada calon dari Sabah. Sebagai 'ganti', DAP melantik wakil dari negeri itu sebagai Ahli Jawatankuasa bagi menunjukkan seolah-olah parti itu berlaku adil. Dr. Edwin Bosi kini merupakan satu-satunya wakil dari Sabah di dalam CEC DAP.
Sebelum ini, DAP telah mengadakan program 'kawasan angkat' di kawasan-kawasan sasaran di Sabah di mana beberapa Ahli Parlimen dan ADUN dilantik sebagai 'pemantau' bagi memastikan kemenangan dalam PRU-14.
Jelas sekali DAP begitu bersungguh-sungguh ingin merampas Sabah, namun atas sikap kuku besi yang kronik, kepimpinan DAP keberatan memberi kuasa kepada wakil dari Sabah.
Sewajarnya rakyat Sabah mengambil iktibar dari apa yang berlaku ini dan belajar menilai DAP dengan minda dan hati yang terbuka. DAP tidak segan silu berlaku tidak adil dan tidak segan silu menipu. DAP juga tidak pernah merasa kesal atau bersalah serta tidak ingin berubah. Biarpun pemilihan CEC berlangsung dengan penuh manipulasi dan diskriminasi, DAP terus melakukan manipulasi dan diskriminasi yang sama dalam pemilihan semula.
Lebih teruk dari itu, DAP juga sanggup mengumumkan seorang Cina sebagai wakil Melayu.
Untuk rakyat Sabah, jangan sekali-kali lupa bahawa DAP telah menipu dan menindas kaum Melayu dan India di Pulau Pinang. DAP telah mendiskriminasi dan memijak ahli-ahlinya sendiri yang berbangsa Melayu dan India dalam pemilihan jawatankuasa parti. DAP turut memperlekeh kaum Cina dari Sabah. Dan pastinya DAP tidak memandang sebelah mata pun terhadap pribumi Sabah.
Sabah, bagi DAP, hanyalah platform untuk merebut kuasa.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rabu, 2 Oktober 2013
Shisa Haram, Syiah halal?
Tahniah !
Bagaimana pula dengan Syiah? Semua negeri di Semenanjung dah haramkan Syiah kecuali Kelantan saja belum
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PEMBANGKANG TAKUT KETELUSAN PCA
Hujah pembangkang PCA yang bakal dibahaskan dalam Dewan Rakyat tidak ubah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan pada tahun 2011.
ISA digantikan pula oleh Akta Perhimpunan Awam yang membolehkan perhimpunan diadakan tanpa banyak kekangan tapi masih perlu mematuhi beberapa syarat.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan PCA bukan bertujuan mengawal musuh politik Barisan Nasional (BN) dan badan bukan kerajaan.
PCA perlu diperkenalkan bukan bagi mengganti ISA tetapi sebagai menyesuaikan perundangan melindungi negara dan rakyat selari dengan suasana dan keadaan masyarakat.
Apabila berlakunya banyak jenayah seperti kes bunuh, ragut, rompakan, samun dan sebagainya, pembangkang sibuk mensasarkan kerajaan khususnya pihak polis atas kononnya kegagalan mengatasi masalah peningkatan jenayah.
Namun pada masa yang sama mereka turut mendesak agar kebebasan pasukan polis untuk melaksanakan tanggungjawab mereka diperketatkan.
Keadaan ini dilihat menekan pihak polis sehingga timbul persepsi bahawa kedua-kedua belah tangan anggota polis diikat atas desakan pembangkang yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia.
Pembangkang mahu supaya polis duduk diam memerhati sementara jenayah pula berleluasa.
Mereka lebih mementingkan isu hak asasi penjenayah daripada tugasan pihak penguatkuasa undang-undang dan keselamatan awam.
Ini adalah antara faktor penting yang menyebabkan kadar jenayah meningkat bukan kerana pihak polis tidak menjalankan tugas mereka tetapi disebabkan fungsi utama mereka telah dikekang.
PCA adalah usaha pro-aktif kerajaan untuk memperbetulkan kembali keadaan supaya pihak pasukan mampu menjalankan tugas hakiki mereka mencegah jenayah dengan lebih keyakinan.
PCA akan lebih terbuka dan telus kerana tiga pengamal undang-undang akan dilantik bagi mengganggotai badan pencegahan jenayah yang merupakan hakim mahkamah tinggi, rayuan yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Di samping itu di dalam PCA tidak ada peruntukan bagi kuasa menteri.
Ini akan membuktikan bahawa perlaksanaan PCA kelak tidak akan mempunyai sebarang elemen tekanan politik dan pihak menteri berkenaan juga tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mempengaruhi mana-mana keputusan pihak polis dalam menguatkuasakan akta tersebut.
Aspek penting ini menunjukkan kerajaan komited membawa perubahan kepada pentadbiran undang-undang bagi mengelak kerajaan dituduh menyalahgunakan kuasa oleh rakyat.
Jadi bantahan pembangkang dengan melemparkan berbagai tuduhan kepada kerajaan mengenai PCA adalah mengejutkan.
Mereka mahu Malaysia menjadi aman dan makumur dengan keselamatan awam terjamin dengan baik tetapi pada masa yang sama mereka menentang apa sahaja usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat dan negara yang selamat.
Ini adalah percanggahan jelas di dalam minda pemimpin pembangkang yang membuktikan mereka lebih mahu bermain politik daripada mengutamakan kebajikan rakyat.
Pembangkang lebih rela supaya keselamatan negara tergugat asalkan mereka boleh meraih populariti politik dengan mengeskspolitasi isu-isu keselamatan.
Tidak kedengaran pembangkang memuji tindakan pihak polis ang berjaya menyelesaikan banyak kes jenayah serta menahan ribuan suspek.
Tetapi apabila pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap penjenayah pembangkang akan terpekik terlolong mempertahankan hak penjenayah.
Ini berlaku semasa operasi melawan penceroboh Sulu di Lahad Datu, Sabah di mana pemimpin pembangkang seperti Tian Chua menghina keluarga anggota keselamatan yang digugur di medan pertempuran dengan mnengatakan kematian mereka adalah seperti mati katak.
Pembangkang akan menggunakan apa sahaja isu untuk menyerang kerajaan dengan harapan rakyat akan terpengaruh dengan dakyah kotor mereka.
Setelah melihat betapa jijiknya sikap pembangkang yang sanggup mengorbankan keselamatan negara demi meraih kuasa politik, kerajaan kini akan bertindak tegas tidak mengira sama ada pelaku kesalahan adalah penyokong mahu pun pembangkang.
Masa untuk mengalah dan tunduk kepada tekanan pembangkang sudah berlalu.
Masa untuk mengambil hati pembangkang sudah berakhir kerana rakyat sudah muak dan bosan dengan permainan politik murahan mereka.
Kini adalah masa untuk bertindak dengan tegas dan tidak memperdulikan salakan pembangkangan semana kuat sekali pun.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Selasa, 1 Oktober 2013
Ekonomi Cina dan Bumiputra, keutamaan untuk Bumiputra
Lokman Noor Adam
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Saya menyokong penuh kenyataan YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir yang menetapkan pendirian bahawa pihak Kerajaan Negeri akan memberikan keutamaan untuk membantu rakyat yang mengundi BN, berbanding mereka yang jelas tidak menyokong. Tindakan ini sewajarnya dijadikan contoh oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri BN, yang saya yakin turut menerima nasib yang serupa, iaitu dikhianati oleh penyokong DAP, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi memenuhi semua permintaan mereka sepanjang lima tahun lepas.
Selama hari ini, penyokong-penyokong DAP ini tidak menghargai langsung apa yang telah diusahakan oleh para pemimpin BN dan rata-rata mereka juga tidak berfikir panjang bahawa tindakan menolak BN ini akan akhirnya 'memudaratkan' diri mereka kembali. Dan, sekiranya BN masih lagi meneruskan dasar menunaikan segala apa yang dipinta dalam keadaan sedar bahawa ia akan dibalas dengan pengkhianatan, maka percayalah bahawa peluang untuk menarik balik sokongan penyokong-penyokong DAP ini tidak akan diperolehi sampai bila-bila.
Hari ini pemimpin Melayu khususnya UMNO, harus sedar bahawa masa utk memujuk sudah pun berakhir. Hari ini tibalah masanya kita perlu sedarkan mereka yang telah mengkhianati kita, apa yang mereka akan "hilang" sekiranya mereka terus mengkhianati kita. Sikap mereka yang jelas menunjukkan ketidak sediaan untuk hidup bersama kita sambil berkongsi kek kekayaan ekonomi negara amatlah dikesali. Saya percaya umum sudah maklum bahawa tindakan majoriti daripada penyokong DAP ini yang menolak BN pada PRU yang lalu adalah kerana mereka sudah tidak mahu lagi menerima sebuah Kerajaan yang ditunjangi dan ditentukan hala tujunya oleh orang Melayu.
Sungguhpun Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan Pembangkang berbangsa Melayu, namun beliaulah satu-satunya manusia yang berani menaruhkan nasib anak bangsanya sendiri dengan menjual harapan untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) serta menghapuskan hak istimewa org Melayu atas nama keadilan dan kesamaraataan. Sokongan luarbiasa yang Anwar terima dari penyokong-penyokong DAP ini sebenarnya kerana mereka sudah bosan berkongsi kek kekayaan ekonomi negara bersama dengan kita.
Kek Ekonomi Sektor swasta sudah lama mereka kuasai hampir sepenuhnya, menjadikan apa yang tinggal untuk dibahagi-bahagikan kepada Bumiputera hanyalah di sektor awam. Itupun hanya sebahagian kecil kerana adanya DEB, yang wujud demi untuk merapatkan jurang sosial antara Bumiputera dan bukan Bumiputera. Kerana DEB jugalah, ekuiti Bumiputera di Negara ini telah berjaya kita lipat gandakan dari 2.3% sebelum Tragedi 13 Mei 1969, kepada lebih 10 kali ganda kini. Sungguh pun matlamat kita untuk mencapai 30% pegangan ekuiti masih belum berjaya, namun jika tanpa DEB kita pasti ditakuk lama.
Namun begitu, pegangan ekuiti 30% yang disasarkan pun sebenarnya masih lagi satu jumlah yg tidak adil kerana ianya tidak sampai separuh daripada jumlah yang sepatutnya dituntut oleh lebih 64% kaum Bumiputera. Andainya dihapuskan juga DEB, maka apakah nasib terutamanya usahawan Bumiputera yang rata-ratanya bermodalkan kecil dan sederhana? Apa akan jadi sekiranya semua kontrak dan peluang perniagaan dianugerahkan berdasarkan kepada merit semata-mata? Mampukah orang Melayu dan India bersaing dgn kaum Cina yang merupakan pembekal bahan, tokey kuari, pasir, simen dan bahan mentah lain sejak sekian lama? Ini akan mengakibatkan kaum Cina sahaja yang akan menguasai semua peluang perniagaan dan percayalah, akibatnya nanti lebih buruk daripada apa yang berlaku ketika rusuhan kaum di Indonesia tahun 1998 dahulu.
Kita pasti fenomena seumpama ini akan memberikan impak yang sangat negatif terhadap kestabilan politik dan keamanan negara.
Sehubungan dengan itu, saya sekali lagi menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan dasar daripada YAB Menteri Besar Kedah dalam hal ini selain ingin menasihatkan YB Teresa Kok agar mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum boleh bercakap soal keadilan sosial dan keharmonian kaum. Pernahkah DAP memberikan keadilan kepada penyokong BN
di negeri-negeri yang mereka perintah.
30 September 2013
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Mampukah BN Memenangi Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau?
Buat masa ini, kebanyakan dari rakyat Kedah tanpa mengira parti masih lagi berkabung atas kembalinya Tan Sri Azizan Razak ke rahmatullah.
Biar apapun kelemahan pentadbiran beliau, tiada siapa dapat menafikan sifat amanah dan kejujuran beliau dalam memperkatakan soal agama. Allahyarham dihormati di kalangan musuh sebagai seorang yang berpendirian teguh namun, malang sekali, atas alasan yang sama juga arwah diragui di kalangan rakan hanya kerana enggan meneggakkan benang yang basah.
Kerana ketokohannya, acara pengebumian Tan Sri Azizan menyaksikan ribuan manusia sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk. Adalah dilaporkan di kalangan keluarga beliau sendiri tidak sempat menghadiri pengebumiannya akibat tersekat dalam kesesakan. Ada juga di kalangan warga emas yang terpaksa membatalkan niat untuk menghadirinya kerana tidak mampu berjalan jauh memandangkan tiada ruang untuk meletak kereta lagi di kawasan sekitar.
Begitulah pemergian arwah amat dirasai dan ditangisi oleh semua yang tahu menghargai perjuangan murninya yang berasaskan perpaduan ummah.
Namun, lumrah dunia ini adalah terikat pada peraturan di mana yang hidup perlu meneruskan kehidupan. Dan peraturan itu juga menyatakan bahawa Pilihanraya Kecil perlu diadakan segera bagi menentukan wakil DUN Sungai Limau yang sebelum ini disandang oleh arwah.
Dato' Mukhriz yang diketahui begitu kerap melawat arwah ketika sakit dan paling pantas tiba menziarahi jenazah di hospital kini perlu berhadapan dengan cabaran besar untuk memastikan BN berjaya mengatasi PAS dalam PRK Sungai Limau. Cabaran ini sekali gus merupakan cabaran peribadi ke atas kemampuannya terutama dalam menghadapi pertandingan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan nanti.
Kerusi Sungai Limau telah menjadi kerusi 'tetap' arwah sejak 1995 lagi tanpa gagal. Justeru, cabaran yang dihadapi oleh Mukhriz bukannya calang-calang kerana orang-orang Sungai Limau sudah terlalu biasa dengan PAS, yakni, dengan Ustaz Azizan. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa memilih Ustaz Azizan dan PAS bagaikan 'kewajiban' kalaupun bukan 'budaya' masyarakat setempat.
Faktor calon pastinya memainkan peranan besar dalam PRK ini. Setakat ini 3 nama telah disebut-sebut sebagai calon BN, namun masih tiada kepastian lagi.
Untuk negeri Kedah, Sungai Limau adalah kawasan 'terbaik' bagi PAS selepas Tokai.
Dalam PRU-13, terdapat 27,287 pengundi berdaftar di Sungai Limau dan peratusan mengundi ialah 89.43%. Dari jumlah itu, 93% adalah dari kaum Melayu dan 7% lagi adalah Cina.
Apa yang menarik ialah Ustaz Azizan pada waktu itu dicabar oleh sepupunya sendiri iaitu Fadzillah Mohd Ali serta dua lagi calon Bebas. Arwah menang dengan 13,294 mengatasi Fadzillah yang mendapat 10,520 undi. Calon-calon Bebas masing-masing hanya berjaya mendapat tidak lebih dari 100 undi.
Jumlah majoriti kemenangan Ustaz Azizan bagaimanapun menurun dari 3,212 pada 2008 kepada 2,774 pada 2013.
Hakikat bahawa arwah ditentang oleh sepupunya sendiri dan menang dengan jumlah majoriti yang berkurangan, boleh dilihat sebagai petanda bahawa BN mempunyai peluang untuk menang di sini.
Apa yang pasti, bahawa bukan semua, termasuk dari keluarga Ustaz Azizan sendiri di Sungai Limau, yang mendokong perjuangan PAS. Malah, jika kena calonnya dan kena gayanya, orang-orang Sungai Limau mampu beralih arah kepada BN.
Pembaharuan pemikiran generasi baru mungkin merupakan antara sebab majoriti Ustaz Azizan menurun sedikit dalam PRU lalu. Sedikit demi sedikit penduduk Sungai Limau pastinya mendambakan pembangunan yang mampu membawa peluang pekerjaan dan mengeluarkan mereka dari keadaan statik sejak berkurun lalu. Jika perkara ini dapat ditekankan dengan betul, tidak mustahil BN mampu merampas Sungai Limau dari PAS.
Selain itu, secara dasarnya, Sungai Limau tiada bezanya dengan kawasan-kawasan PAS yang lain. Rata-rata penduduknya meletakkan agama sebagai faktor utama untuk memilih pemimpin. Kalau tidak salah, terdapat sekurang-kurangnya 4 sekolah agama berkonsepkan pondok di kawasan ini. Ini sudah cukup untuk menggambarkan kehendak dan kecenderungan masyarakat di sini.
Justeru, BN perlu memastikan memastikan calon yang diletakkan mempunyai pegangan dan pengetahuan agama yang cukup mantap bagi meyakinkan penduduk setempat.
Kesimpulannya, sekiranya BN serius untuk menang di sini, maka kepimpinan perlu meletakkan calon yang mempunyai pengetahuan agama yang cukup serta mampu pula membawa perubahan dan anjakan pemikiran serta pembangunan di Sungai Limau.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
CEC DAP: “2576 – 845 – 17 = 20 Pemenang Asal”?
Ayat Matematik di atas adalah contoh bagaimana Pemilihan semula CEC DAP dijalankan sehingga membawa keputusan yang 'tidak lari jauh' dari keputusan terdahulu. Walaupun keputusan ini berjaya memberi kelegaan kepada parti itu, namun ia tetap tidak mampu menyelamatkan air muka Guan Eng dari jatuh selaras dengan undiannya yang jatuh ke tangga ke 5.
Untuk pengetahuan semua, 2,576 adalah jumlah perwakilan yang layak mengundi dalam CEC DAP. Bagaimanapun, 845 perwakilan telah tidak hadir dan menjadikan jumlah yang hadir pada Kongres Pemilihan Khas pada 29 September lalu hanyalah 1,731 sahaja.
Dari jumlah itu, 6 orang tidak mengundi lalu menjadikan jumlah perwakilan yang mengundi hanyalah 1,725. Adalah difahamkan, dari jumlah 1,725 ini terdapat juga 'pengundi hantu' dari kalangan mereka yang telah dipecat dari parti termasuk Jenice Lee.
Dari situ pula, 17 dari 68 calon yang bertanding menarik diri di saat akhir. Ini menjadikan jumlah yang bertanding hanyalah 49 orang sahaja.
Dan dari 49 orang ini, hanya 20 orang yang perlu dipilih oleh 1,725 perwakilan untuk menganggotai Jawatankuasa Pusat parti DAP.
Walaupun menarik diri di saat akhir bukanlah sesuatu yang melanggar undang-undang, namun kita tidak dapat mengelak dari mengesyaki adanya sesuatu yang tidak kena apabila jumlah yang menarik diri itu begitu ramai iaitu hampir 1/3.
Begitu juga dengan jumlah ketidakhadiran yang jauh lebih ramai dari jumlah mereka yang tidak menerima notis mesyuarat sebelum ini iaitu 753 orang.
Lebih pelik lagi apabila undi Zairil melonjak ke tangga 12 sedangkan kemenangannya sebelum ini juga difahamkan atas manipulasi dari kiraan semula. Malah, kita difahamkan bahawa Zairil sendiri terkejut dengan kemenangannya. Tidak cukup dengan itu, DAP juga tidak serik mengambil sikap keterlaluan dalam menonjolkan Zairil sebagai Melayu sedangkan beliau adalah 100% Cina!
Maka tidak hairanlah apabila masih terdapat suara-suara lantang yang marah serta rungutan tidak puas hati di kalangan ahli-ahli DAP walaupun pemilihan semula telah pun selesai dijalankan.
Walaupun ahli-ahli DAP ini mungkin tidak dapat membuktikan adanya sesuatu yang tidak kena, namun kita pasti, mereka kini telah belajar sesuatu yang menyakitkan berkenaan parti yang disokong mereka. Hakikatnya, parti DAP adalah parti rasis, chauvinis yang dipimpin secara diktator oleh keluarga Lim dan Singh.
DAP adalah sebuah parti yang tidak mungkin berlaku jujur dan tidak mungkin akan berani bersaing atas dasar meritokrasi dengan sebenar-benarnya. Ketahuilah bahawa selagi boleh, puak-puak DAP ini akan memanipulasi, menipu dan melakukan apa saja untuk 'menang' walaupun mulut mereka tidak henti-henti melaungkan keadilan, ketelusan dan kesamarataan.
Untuk ahli-ahli DAP terutama dari kaum bukan Cina untuk terus menyokong parti itu, mereka semestinya berada dalam dunia khayalan atau pun buta sepenuhnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Konspirasi Nam Tien (Cina) Hapuskan Kuasa Melayu?
Penulis berkesempatan untuk mengikuti satu simposium yang bertajuk "Mendepani Agenda Asing: Melayu Dalam Krisis Kepimpinan" yang dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Putrajaya pada 28 September yang lalu.
Pelbagai perkara telah dibincangkan di dalam siposium tersebut melalui sesi dialog bersama tokoh-tokoh ilmuan, ekonomi dan sejarah Melayu. Namun begitu apa yang begitu menarik perhatian penulis adalah sesi dialog pertama yang diterajui oleh Puan Zaharah Sulaiman seorang penulis dan pengkaji sejarah dari Persatuan Arkeologi Malaysia.
Tajuk yang dibawakan oleh Puan Zaharah Sulaiman adalah "Konspirasi Penghapusan Bangsa Melayu: Fokus Agenda Nam Tien". Penulis agak terkejut dengan beberapa pendedahan yang telah dibuat oleh Puan Zaharah. Namun begitu setelah penulis kembali ke rumah dan membuat sedikit kajian sendiri, penulis dapati bahawa apa yang dikatakan oleh ahli Persatuan Arkeologi Malaysia itu sememangnya benar.
Menurut kajian yang telah dilakukan, sejarah bangsa Melayu tidak bermula dengan pembukaan Melaka oleh Parameswara. Orang Melayu telah lama bertapak di Asia Tenggara beribu-ribu tahun lagi awal daripada pembukaan Melaka. Kerajaan-kerajaan kuno yang diwar-warkan sebagai permulaan sejarah Melayu seperti Kerajaan Kedah Tua dan Empayar Melaka adalah kerajaan yang moden jika dibandingkan dengan permulaan bangsa Melayu.
Sejarah telah membuktikan bangsa Melayu menjadi tumpuan dunia kerana keupayaan tanah-tanah di Nusantara yang menghasilkan emas yang banyak. Oleh itu ia menjadi impian semua empayar kuno untuk menakluki Nusantara yang penduduk asalnya adalah orang-orang Melayu. Dikatakan pada ketika itu takrifan kawasan Nusantara adalah sebegitu besar. Lingkungan Alam Melayu dari timur ke barat bermula dari Pulau Easter, Hawaii dan Madagascar. Dari Utara ke Selatan pula ia bermula dari Pulau Farmosa, Filipina Champa, Funan, Siam Malaysia, Indonesia, Pulau-Pulau kecil di Pasifik dan juga New Zealand. Hakikatnya pada ketika itu, semakin jauh ke Selatan Nusantara, semakin kuat sesuatu kerajaan Melayu di awal sejarahnya.
Namun begitu, dek terlalu kaya dengan hasil bumi yang mewah, ditambah pula dengan kecekapan pemerintah-pemerintah Melayu dalam menguruskan sumber, kekayaan orang Melayu amat dicemburui oleh empayar besar dunia. Ini termasuk Negeri Cina. Kegiatan emas dan bijih-bijih berharga dari perut bumi Melayu telah mengundang kedatangan bangsa-bangsa asing.
Bermula dengan pencerobohan dan rompakan emas Kerajaan Melayu Champa oleh seorang Gabenor dari Cina yang bernama Tan Henzhi. Satu gerakan seolah-olah dilaksanakan untuk menawan keseluruhan Tanah Nusantara yang menjadi pusat pemerintahan orang Melayu. Gerakan ini dinamakan sebagai Nam Tien atau dalam bahasa Melayu "Gerakan ke Selatan". Gerakan ini diusahakan oleh golongan penakluk, untuk mengepung dan menolak orang Melayu hingga ke 'penghujung dunia'.
Berikutan dari ledakan penambahan orang Cina di Thailand, Kemboja dan Vietnam sehingga mereka menubuhkan bangsa keturunan mereka sendiri yang digelarkan sebagai Dai Viet telah menyebabkan orang Melayu semakin dipinggir di negeri sendiri. Kini mereka berevolusi menjadi bangsa Khmer (Kemboja), Thai (Siam) dan Hmong, Mong dan Miao (Vietnam). Walaupun kini mereka memanggil diri mereka sebagai orang Thai, Kemboja atau Vietnam, mereka masih lagi berpegang teguh dengan ideologi asal kedatangan mereka ke Nusantara. Mereka terus berusaha hingga sekarang agar orang Melayu pupus dari muka bumi dan mereka berjaya menakluki Nusantara.
Nampaknya bukan bangsa Cina sahaja yang benar-benar ingin menakluki Nusantara, ini kerana bangsa-bangsa hibrid dari keturunan Cina juga terus berusaha untuk menolak dan menghancurkan kekuasaan orang Melayu. Kerajaan Melayu jatuh merudum apabila sedikit demi sedikit tanah mereka diambil oleh kaum lain.
Contoh yang paling dekat adalah penyewaan Pulau Pinang oleh kerajaan Kedah. British menipu Sultan Kedah lantas memberi peluang untuk orang Thai menakluk dan menjarah Kota Alor Setar pada tahun 1821 sehinggalah pada tahun 1842. Pada ketika Kesultanan Melayu (Selangor, Kelantan dan Pahang) ingin membantu Kedah, British mengeluarkan askar-askar mereka untuk mengepung Kedah dari menerima apa-apa bantuan.
Ini membuktikan, tiada satu bangsa lain pun yang akan menyelamatkan bangsa Melayu kecuali bangsa Melayu itu sendiri. Sedihnya lama kelamaan penduduk bumi Melayu semakin tersepit dan sungguhpun telah merdeka secara fizikal, sejarah Melayu telah diputar belitkan agar anak-anak Melayu tidak tahu akan kehebatan bangsa mereka sendiri.
Mykmu
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Elakkan kemalangan Jalan raya pandai lah dengan cermat, ingat nyawa orang lain
Ibu mertua mangsa, Juriah Kusmi berkata, arwah yang tidak sedarkan diri sejak kemalangan itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.
"Alhamdulillah, arwah selamat dikebumikan selepas solat Asar di sebelah pusara isterinya, Nurul Ashikin Ibrahim, 22, di Tanah Perkuburan Masjid Sungai Terap, Tanjong Karang," katanya dalam nada sedih.
Juriah juga bermohon kepada ALLAH agar Allahyarham anak dan menantunya itu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Semalam, Sinar Harian melaporkan, seorang penuntut yang hamil empat bulan maut selepas kereta yang dinaiki bersama keluarganya terlibat dalam nahas membabitkan tiga buah kereta di jalan raya di Kilometer 3.6 Jalan Klang-Teluk Intan, Kuala Selangor, Jumaat lalu.
Kemalangan kira-kira jam 11 pagi itu berlaku setelah seorang pelajar lelaki yang memandu kereta Proton Pesona cuba mengelak sebuah kereta dan tiba-tiba, sebuah kereta yang gagal dikesan jenis dan nombor pendaftarannya masuk secara mengejut ke laluan pelajar tersebut.
Pelajar itu cuba mengelak, namun dia gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta pasangan terbabit.
Akibatnya isteri Hafizan, Nurul Ashikin Ibrahim, 22, meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang (HTK) pada hari yang sama manakala anak mereka, Mohd Hafiz Awaluddin, setahun, mengalami kecederaan ringan pada kepala.- Sinar
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Isnin, 30 September 2013
Pelakon Hairie Othman pula minta belas kasihan selepas Taib Azamuddin
Dengan status bujang terlajak ternyata penyertaan beliau ke dalam parti Pas ibarat pepatah melayu, "habis madu sepah dibuang"
Kini Hairie sudah hilang sumber pendapatan kerana Pas sudah tidak memperdulikannya. Tiada ceramah bermakna tiada duit, tiada duit, 'soruu mis' lah.
Untunglah Wan Aishah dan Abby Abbady kerana mereka ada yang sayang. Wan Aisaah diangkat sebagai calon PRU 13 dan Abby berjaya membuka sebuah butik selepas menyertai Pas.
Yang rugi ialah Hairie dan Bob Lokman. Nak patah balik ke dunia lakonan rasanya mustahil sebab mereka sudah bakar jambatan.
Tak apalah En Hairie, kalau dah sengket sangat, isi lah borang Umno, isilah borang BR1M dan mengadaplah ke Tekun atau Amanah Ikhtiar Malaysia untuk mohon bantuan.
Masih ada yang sayang broooo. Hehehehe ingat Taib Azamudin sahaja dilupakan oleh Pas!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada kejutan dalam pemilihan ulangan CEC Parti Tindakan Demokratik
Begitulah bezanya corak pemilihan dua parti - DAP dan UMNO. Berbanding DAP, sudah tentulah, pemilihan dalam UMNO terpaksa menempuh perjalanan yang rumit. Walaupun ini kali pertama berlangsungnya pemilihan corak baru, UMNO perlu memastikan kaedah yang dilaksanakan tidak menjejaskan kredibiliti parti. Jika sebelum ini ramai yang mempertikaikan corak pemilihan DAP, maka jangan dibiarkan orang lain mengambil kesempatan untuk memperkecilkan kaedah pemilihan UMNO. Sebarang masalah teknikal yang berlaku perlu diselesaikan segera. Jika diselak sejak hari 'penamaan calon' baru-baru ini terdapat beberapa kenyataan yang berkaitan dengan kelayakan bertanding. Begitu juga dengan etika berkempen. Pihak yang menjadi pemantau pemilihan kali ini perlu lebih jelas dengan etika berkempen, bukan sekadar pertemuan di peringkat bahagian tetapi juga kenyataan, ucapan oleh calon-calon yang bertanding. Timbul persoalan bagaimana ruang untuk mereka yang tidak memegang sebarang jawatan mampu muncul dalam pelbagai media.
Keadaan ini berbeza bagi mereka yang mempunyai jawatan sama ada dalam kerajaan pusat atau kerajaan negeri atau memegang jawatan lain yang boleh mencipta pelbagai aktiviti untuk tampil bertemu pemilih sama ada secara langsung atau tidak langsung. Mungkin jika ini tidak ditangani akan timbul pelbagai isu yang boleh menjejaskan proses pemilihan. Bukan mudah untuk memantau corak kempen ini. Eloklah kempen untuk menyatakan visi dan misi diberi kelonggaran. Fokus utama yang perlu diberi perhatian ialah politik wang dan kempen memburukkan orang lain. Seperti dibangkitkan dalam Selak sebelum ini, apa yang penting elakkan ketirisan poket sepanjang berkempen. Berdasarkan simulasi semalam, dijangkakan tidak timbul masalah dalam kaedah pemilihan kali ini.
Berbalik kepada pemilihan DAP, jumlah calon yang bertanding semalam berkurangan berbanding pemilihan yang diadakan pada Disember lalu. Jumlah kali ini berkurangan sebanyak 19 orang, iaitu 17 menarik diri dan dua lagi keluar parti. Menyelak kembali di sebalik pemilihan semula ini, kongres khas terpaksa diadakan semula atas permintaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana banyak persoalan timbul pada pemilihan lalu.
DAP terpaksa akur dengan 'kecuaian manusia' yang melibatkan keputusan terhadap tujuh orang calon. Dalam pemilihan yang diadakan sebelum ini, beberapa fakta menarik perhatian banyak pihak. Pertamanya, lapan orang Melayu yang bertanding tersingkir menyebabkan parti yang mendakwa mewakili pelbagai kaum itu dikritik hebat. Keduanya berlaku 'pembetulan' keputusan selepas 19 hari pemilihan apabila parti itu tampil memperbetulkan kesilapan undi yang diterima oleh tujuh calon. Hasil 'pembetulan' itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya menduduki tangga ke-39 melonjak ke tangga 20 (terakhir dalam senarai) sekaligus meletakkannya sebagai seorang anggota CEC yang dipilih. Undi 'asalnya' 305 meningkat kepada 803 manakala Wu Him Ven yang menduduki tempat ke-6 menjunam ke kedudukan 26 menyebabkannya terkeluar daripada senarai anggota CEC yang dipilih. Undi baru yang diperolehnya adalah 669 undi berbanding 1,202 undi. Beliau kemudiannya menganggotai CEC sebagai anggota yang dilantik. Lima lagi turut mengalami perubahan jumlah undi iaitu Wong Sai Hoong 23 (asal 448), Wong Sze Phin 643 (761), Zulkifli Mohd Noor 249 (216), Roseli Abdul Gani 69 (39) dan Tan Boon Peng 40 (407).
Semalam, semua 20 anggota yang dipilih adalah anggota CEC yang terpilih selepas 'pembetulan' dilakukan pada pemilihan lalu. Jelaslah, perwakilan tetap memilih orang yang sama, cuma corak undi yang diterima berubah. Pada masa yang sama, perwakilan tetap menolak calon-calon Melayu yang turut menawarkan diri bertanding termasuklah Senator Ariffin SM Omar yang dilantik sebagai Naib Pengerusi selepas pemilihan lalu. Benarkah kenyataan seorang calon CEC Melayu, Zulkifli Mohd Noor bahawa nilai orang Melayu dalam DAP ibarat mata wang bernilai 'lima kupang' atau 50 sen?
KARPAL TETAP GAGAH
Walaupun pemilihan semula diadakan, Karpal Singh, 73 tetap 'gagah' sebagai Pengerusi DAP. Semalam, beliau menegaskan tidak akan berundur dari politik selagi pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan Pusat. Karpal pernah jatuh dalam pilihan raya umum (PRU) apabila beliau kalah di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada 1999. Bagaimanapun beliau berikrar untuk bangkit semula dan kata-kata itu terbukti apabila beliau menang semula pada PRU 2004 diikuti 2008 dan 2012.
Begitulah keazaman veteran DAP itu yang tidak menolak kemungkinan akan terus kekal sebagai calon PRU akan datang. Beliau sememangnya berhasrat untuk menyerahkan kepemimpinan kepada generasi muda. Katanya: "Kita semakin tua dan orang (pemimpin) tua perlu bersara satu hari nanti. Saya akan bersara dalam masa munasabah. Munasabah bermaksud lepas apa yang kami mimpikan iaitu untuk jadi kerajaan Persekutuan menjadi kenyataan. Lepas itu baru bagi kepada orang muda,''. Utusan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Milo suam dah jadi Milo Panas atau Milo Ais bila dapat bini baru
Daripada twitter tersebut tertera majlis perkahwinan tersebut berlangsung di Melaka Tengah, Melaka. Orang Melaka jaga-jaga. Di negeri kamu sudah bertambah seorang khawarij sejati. Tengok muka Milo Suam ni. Kalau jumpa boleh la tegur-tegur. Jangan pukul, tak baik. Ludah takpa. Apa pun selamat pengantin baru kepada Milo Suam. Harap-harap lepas kahwin ni kuranglah sikit meroyan mangkuk blogger khawarij sekor ni ye.
Read more: http://sebastianphiu.blogspot.com/2013/09/gambar-milosuam-kahwin-tersebar.html
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jamawi Jaafar calon NKPUM tumbang dalam kempen di Pantai Timur
Awal-awal lagi TM sudah nyatakan jika terlalu kuat berkempen dan berkejar ke sana ke mari akan menjejaskan kesihatan. Ia di tulis dalam entry terdahulu.
Ternyata ianya benar-benar berlaku kepada Jamawi. Selepas itu timbul pula arahan daripada Dato Hafarizan dan Jawatan Kuasa Pemilih yang melarang calon berkempen, melarang membuat sidang media khas untuk berkempen, larangan menggunakan facebook dan sebagainya.
Namun segala larangan yang disuarakan rasanya tidak disampaikn kepada semu calon yang bertanding. Kata AJK lagi semua larangan berkuat kuasa sejak 15 Julai 2013 lagi.
Akan tetapi dilihat sudah ramai yang membuat sidang media di tv, atau ditemu bual oleh pemberita,
Semua larangan Jawatan kuasa dipandang sepi samada tidak sampai atau tidak jelas atau tiada hitam putih.
Jika diikutkan Jamawi telah melanggar arahan jawatan kuasa disiplin kerana telah melanggar arahan larangan berkempen.
Jawatan kuasa pemilihan diberitakan akan membuat road show bagi memperkenalkan calon ke setiap negeri jadi tak perlulah bersusah payah nak berkempen. Cuma tak jelas ialah larangan dan road show ini untuk 4 sayap atau untuk MT sahaja, jika untuk MT maka Jamawi akan terlepas dari larangan berkempen. Cuma kasihanlah kepada Cikgu Suhasni, Cikgu Rahimi dan beberapa penjawat awam yang lain kerana tidak berpeluang untuk berkempen road tour sebab sibuk dengan peperiksaan PMR, SPM, STPM dll.
Semalam Taiping Review menulis bahawa NGO telah diperkudakan untuk kempen umno kali ini. Ia berlaku kerana ramai calon yang bertanding adalah pemimpin NGO dan kerana tiada larangan maka NGO adalah flat foam terbaik untuk berkempen. Kena bijak cari loophole yang tidak menyalahi peraturan yang dibuat oleh jawatan kuasa.
Larangan berkempen dalam sosial media difaham tidak boleh tetapi jika larangan tersebut dikuat kuasakan ia sama sekali menyekat peluang muka baru yang tidak dikenali ramai untuk berkempen.
Apapun pemilihan kali ini lebih terbuka dan lebih baik dari sebelum sebelum nya. Cuma segala peraturan dan cara cara berkempen harus diperjelaskan 3 atau 4 bulan lebih awal.
Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ahad, 29 September 2013
Tongkat Tok Guru dilelong RM 15 ribu?
Nak tanya satu lah! Bila nak lelong spenda stopa? Mesti boleh cecah 50K.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Taipingmali left you a message while you were away
| |||||||||||||
| This message is sent on behalf of Taipingmali. Zorpia Co. Ltd. P.O. Box #28960, Gloucester Road Post Office, Hong Kong |
Punca mengapa Dap dan Pkr tak ziarah kematian Dr Azizan
Ramai yang tak tahu, namun sejak beliau memegang tampuk kerusi MB Kedah, Azizan merupakan seorang MB PAS Kedah yang berpewatakkan cukup berbeza berbanding MB-MB dan Ketua Menteri Pakatan yang lain. Dia adalah satu-satunya MB Pakatan yang berani mengkritik kepimpinan pakatan sendiri tanpa merisaukan kedudukan kuasa politiknya dalam parti dan pakatan. Antara tindakan yang cukup dikenang adalah apabila dia secara terang-terang menolak Buku Jinggay sebagai panduan dalam memaju dan menguruskan negeri Kedah.
Selain itu juga Azizan yang juga merupakan seorang pensyarah di UKM satu ketika dahulu tidak memandang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak perlu dimansuhkan kerana ianya dapat mendisiplin pelajar. Secara tidak langsung ini bertentangan dengan '[ersetujuan bersama' diantara pemimpin PAS-DAP-PKR.
Malah tindakan Azizan yang pernah mengalungkan 'medal' kepada bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir dalam satu majlis penghargaan juga menimbulkan kritikan daripada pihak-pihak di dalam PAS. Azizan sememangnya tidak disenangi oleh kepimpinan PAS terutama mangkuk-mangkuk hayun pro-Anwar ekoran sikap Azizan yang suka berbaik sangka dan mudah diajak berbincang dengan kepimpinan UMNO.
Kekalahan Pakatan Kedah kepada Barisan Nasional meluapkan lagi kemarahan geng barua Anwar di dalam PAS. Malah ada yang menganggap punca kekalahan PAS Kedah kepada BN adalah disebabkan kelemahan Azizan dalam pentadbiran negeri Kedah. Sedangkan sekiranya PAS ini adalah kelompok mereka yang beriman, mereka seharusnya mengetahui bahawa punca kekalahan Azizan bukan disebabkan kekuatan BN, sebaliknya ianya ketentuan ALLAH.
Maki hamun, cercaan dilemparkan kepada Ustaz Azizan tatkala dia terdampar di Hospital. Ini dapat dibaca melalui tulisan Setiausaha Politik Azizan Razak disini. Selain itu juga 'pendedahan tabiat sebenar orang PAS' oleh Setpol Azizan ini juga menyebabkan beliau dicerca dan dihina kerana 'mendedahkan kelemahan dan keaiban jamaah sendiri' kepada orang ramai.
Natijahnya... Inilah perjuangan PAS. Bukan berjuang kerana ISLAM. Bukan berjuang kerana Tauhid. Sebaliknya kerana mahu berkuasa. Jika dahulu PAS menolak SYIAH. Namun demi undi, hari ini PAS menerima Syiah.
Makluman tambahan : Azizan Razak adalah antara individu yang paling keras menentang Syiah di Kedah.
Rujukan disini :
http://www.malaysiakini.com/news/187755
http://dukeofumno.blogspot.com/2013/06/paling-panasss-jentera-pas-nak-ludah.html
http://sanusisetpol.blogspot.com/2013/05/aku-menemani-ustaz-azizan-di-kmc.html
http://darulehsantoday.blogspot.com/2012/07/kedah-negeri-pertama-tolak-buku-jingga.html
http://detikperubahan.com/2012/02/02/tindakan-azizan-bukti-pemimpin-pembangkang-tolak-buku-jingga/
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WlbpJh
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sabtu, 28 September 2013
PAKATAN KAFIR
Lebih menyedihkan ada puak-puak Pas membuat fitnah dan membuat gambar Mukhriz MB Kedah sekarang seronok bila menerima berita kematian Azizan.
Seorang lagi pecacai Pas dengan bongkaknya menulis dalam facebook, menuduh Azizan meninggal disebabkan telah dibunuh oleh doktor Umno. Lihat betapa bodohnya otak pecacai Pas. Malangnya bila orang Pas sakit sikit kepada hospital dan klinik kerajaan lah yang mereka cari.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada Alasan Moral Untuk Nasihat Berkenaan Integriti:
Secara realistik, laporan yang dijadikan sebagai rujukan itu mengandungi terlalu banyak kesalahan dan ia mengejutkan kerajaan dan rakyat sesebuah negara yang dibicarakan didalam laporan tersebut. Kebanyakkan negara yang terkena tempias laporan kurang tepat ini mengambil langkah tidak mempedulikan laporan tersebut.
Walaupun syarikat yang mengeluarkan report tersebut adalah syarikat perakaunan, ia tidak bermaksud bahawa keputusan yang diwar-warkan oleh mereka adalah sempurna dan tepat. Sayangnya, untuk kes ini, tiada maklumat tepat dapat diberikan oleh firma tersebut . Para pengkaji yang menjalankan kajian ini biasanya akan terpengaruh dengan dunia luar, faktor dalaman, kehendak agar "laporan" mereka akan dikeluarkan, menaikkan taraf karier mereka, menerima dana dan juga untuk memenangi sesuatu pemilihan parti politik.
Menggunakan Metodologi Kajian Yang boleh dipertikai.
Sampel Size.
Suruhanjaya yang diterajui oleh EY dan dilaksanakan oleh Asia Risk, dan projek Asia-Pacific Fraud hanya mendapat 681 undi dikalangan eksekutif, manager pengurusan, dan pekerja "call center" yang telah bermula dari March kepada May 2013 dan ini meliputi semua negara di Asia-Pasifik seperti Australia, China, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Singapore, South Korea dan Vietnam.
Sampel Size untuk Malaysia adalah hanya 103 eksekutif. Bolehkah pemandangan 103 eksekutifmenjadi wakil tahap integriti persekitaran perniagaan? Bagaimana kuat, tepat, dan boleh dipercayai daripandangan ini 103 elit eksekutif untuk mengeluarkan laporan mengatakan bahawa:
... amalan rasuah dan korupsi berleluasa di Malaysia. 39% daripada responden mengatakan bahawa amalan rasuah atau korupsi berlaku secara terang-terangan dan meluas di Malaysia, ianya hampir dua kali ganda di Asia Pasifik dibawah kadar purata 21%. Tambahan pula, 29% daripada responden mengatakan bahawa amalan rasuah atau korupsi telah meningkat disebabkan oleh keadaan ekonomi yang sukar dan persaingan yang meningkat, ianya merupakannegara ketiga tertinggi di kalangan negara-negara yang dikaji.
103 orang yang membuat survey jika dibandingkan dengan 20.24 juta rakyat Malaysia hanyalah berkadaran 0.0003522571% sahaja dari populasi warganegara Malaysia. Adakah dengan menggunakan nisbah ini Ernst and Young mempunyai hak untuk menyatakan apa-apa "fakta" mengenai kadar rasuah dan korupsi yang sedang berlaku di Malaysia?
Kaedah Persampelan:
Laporan tersebut juga tidak menyatakan bagaimanakah kaedah persampelan digunakan untuk mengenalpasti 103 eksekutif yang diambil buah fikiran mereka untuk dizahirkan didalam laporan tersebut.
Apa yang dinyatakan hanyalah "sample kajian telah direka untuk mengambil kira pandangan staf yang mempunyai tanggungjawab untuk menangani penipuan, rasuah dan hal-hal pematuhan korporat di syarikat multinasional, syarikat domestik dan GLC. Ini termasuk dari sektor Minyak dan Gas, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Ekuiti Persendirian, Peruncitan, Hospitaliti, Galian dan Mineral.
Ungkapan "sampel mengundi telah direka untuk mendapatkan pandangan staff" melemahkankebolehpercayaan kerana ia adalah pengakuan yang jelas bahawa kaedah persampelan tersebut telah gagal dari awal. Ia kemungkinan besar dilaksanakan dengan bertujuan untuk mendapat sesuatu keputusan yang mereka sendiri telah jangkakan.
Sepatutnya, kajian dipercayai MESTI menggunakan sampel rawak, menggunakan saiz sampel yang sesuai, mengelakkan berat sebelah, dan mesti dijalankan oleh penyelidik yang kekalobjektif dan tidak terpengaruh oleh pembiayaan atau keinginan untuk mendapatkan keputusan yang tertentu. Kaedah rawak dalam persampelan adalah penting untuk memastikan kesahihanpenyelidikan. Ini tidak berlaku di dalam kajian ini kerana ianya terlalu berat sebelah.
Siapa peduli dengan apa yang dikatakan oleh Ernst and Young:
Lanjutan daripada laporan tersebut 21% daripada responden mengatakan bahawa mereka tidak yakin dengan prosedur dalaman syarikat mereka sendiri untuk menangani masalah penipuan. Hanya sebahagian kecil mereka yang terlibat dengan kajian tersebut yang mengharapkan teknik atau kaedah lain untuk menangani masalah penipuan. Contohnya, hanya 12% daripada responden mengatakan penggunaan teknologi dan sains sepeti forensic adalah salah satu cara terbaik untuk menangani penyelewengan.
Who doesn't know a research finding is less likely to be true when the studies conducted in a field are smaller?
Telah terbukti bahawa Laporan Kajian Penipuan Asia-Pasifik 2013 penuh dengan bias, dari awal penyelidikan dijalankan sehinggalah ayatnya yang terakhir. Kita boleh melihat bagaimana gabungan reka bentuk pelbagai , data, analisis, dan faktor-faktor pembentangan telah dimanipulasi untuk menghasilkan hasil penyelidikan mengikut citarasa mereka apabila keputusan yang mereka mahukan tidak dapat dihasilkan . Lihatlah kaedah dan analisis atau laporan keputusan . Jelas sekali , laporan itu memaparkan laporan terpilih atau diputarbelitkan untuk meunjukkan bahawa ianya adalah hasil daripada sebuah kajian yang neutral.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.