Selasa, 5 Mac 2013

Ketua Pengganas Terbunuh

Ketua pengganas yang membunuh 7 anggota polis iaitu Raja Muda Raja Azzumudie telah terbunuh dalam serangan udara pagi tadi. Kejadian di Kampung Tanduo.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Terkini dari Lahad Datu

Operasi serangan ofensif ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu masih berjalan- KPN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada orang awam terlibat dalam serangan udara dan darat

Panglima Angkatan Tentera sahkan tiada orang awam berada di Kampung Tanduo, Lahad Datu semasa operasi terhadap penceroboh dijalankan pagi tadi.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Semua anggota kita selamat

Setakat ini belum dapat disahkan jumlah kematian penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, manakala tiada anggota pasukan keselamatan cedera: KPN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Terkini dari Lahad Datu

10.09am: Pihak polis telah menubuhkan pusat pemeriksaan di jalan utama di Tanjung Labian, iaitu kira-kira 5km dari medan pertempuran. Tiada siapa dibenarkan masuk ke kawasan itu.

Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.

10.05am: Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.

9.55am: Azzimudie Kiram mengesah dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CBN bahawa pasukan Malaysia menggunakan jet pejuang dalam serangan terbaru itu ke atas kedudukan mereka di Lahad Datu.

Pemimpin tentera diraja itu juga melahirkan kekecewaan terhadap pendirian Presiden Filipina Benigno Aquino berhubung krisis tersebut.

Beliau berkata kerajaan Malaysia dan Filipina jelas telah berhenti mendengar gesaan mereka untuk menyelesaikan krisis tersebut secara aman
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pengajaran dari isu Lahad Datu

Apa yang berlaku di Lahad Datu memberi sedikit pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia.

Insiden yang tidak diduga telah meletakkan negara dalam satu situasi sedikit cemas.

Bila terjadi insiden ini, negara perlu bijak dan berhati-hati bertindak agar tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh UN atau PBB.

Malaysia sentiasa patuh kepada peraturan kecuali negara Barat dan Sekutunya yang sering melanggar convention Geneva.

Setakat hari ini tindakan yang diambil oleh kerajaan adalah betul dan hanya pihak pembangkang sahaja yang pandai-pandai membuat komen dan kritikan bodoh. Ini termasuklah Anwar al-Jub yang jelas tidak tahu dan faham sistem perundangan antara bangsa.

Rakyat perlu belajar. Impak kepada pencerobohan ini juga perlu diambil perhatian oleh kakitangan kerajaan yang ditugaskan dipintu masuk negara.

Pintu masuk negara kawalannya longgar, rasuah menjadi-jadi, anggota yang bertugas bijak berlakon dihadapan khalayak. Ini pengalaman Taipingmali sewaktu masuk keluar di Tebedu untuk ke Pontianak.

Oleh itu lebih banyak risikan perlu dibuat terhadap mereka tangkap mereka yang tidak amanah dalam menjalankan tugas.

Begitu juga disempadan di Utara Malaysia Timur dan Barat. Tentera bersengkang mata dan menggadai nyawa mereka menjaga sempadan di dalam hutan, mereka yang menjaga dipintu masuk senang-senang sahaja buncit perut.

Kepada rakyat juga isu Lahad Datu mengajar kita tentang peri pentingnya keamanan. Lihat hari ini ekonomi penduduk setempat lumpuh. Kegiatan ekonomi terhenti. Wang ringgit tidak bergerak dan bertukar tangan. Wang 50 sen tidak menjadi RM 1.00.

Jika sebulan, dua bulan dan andainya bertahun, rakyat juga yang rugi.

Lihat negara Afrika yang satu ketika dahulu lebih hebat dari kita, kini lumpuh menjadi medan perang, rakyat hidup dalam kelaparan tanpa sumber makanan yang cukup, ubat-ubat tidak cukup, penyakit berjangkit membunuh banyak nyawa.

Kita bersyukur kerana mempunyai sistem pemerintahan yang baik. Setiap 5 tahun rakyat diberikan mandat untuk memilih kerajaan.

Alhamduliliah, kerajaan hari ini berjaya menjaga rakyat dengan baik. Kesihatan bertambah baik. Namun masih ada negeri yang miskin dan sering dilanda wabak penyakit. Ini semua kerana mereka termasuk dalam golongan engkar.

Negeri menjadi mundur, rakyat lari ke negeri lain mencari rezeki, air semakin buruk perkhidmatannya, tikus mondok menguasai bandar, lalat bermaharaja lela di atas makanan. Penduduk anggap benda yang kotor perkara biasa. Negeri yang dimaksudkan ialah Kelantan.

Oleh itu pada PRU 13 nanti rakyat perlu memberi mandat kepada BN untuk mentadbir Kelantan dan mengekalkan pentadbiran BN di peringkat pusat.

Awas, dajal-dajal bernama Anwar, Hadi, Aziz dan Lim anak beranak perlu dilupakan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Operasi Darat mengambil tempat

Serangan udara dihentikan sebentar tadi, disusuli operasi darat pasukan keselamatan di lokasi persembunyian penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dunia sedang melihat kita

Hari ini Malaysia menjadi tumpuan dunia. Semua ingin melihat bagaimana kita menghadapi musuh. Setiap gerakan dan tindakan akan diteliti. Kekuatan kita akan dinilai.

Dalam negara juga, Tony Puaka akan menilai apakah senjata yang kita gunakan. Berapakah kos yang kita belanjakan.

Kenapa askar diterbangkan menggunakan pesawat 'airasia' dan bukan Hercules atau Caribou.

Berapa buah kapal selam yang akan melepaskan torpedo atau peluru berpandu.

Yang pasti mengejutkan Tony Pua ialah penggunaan DRONE.

Maka sibuklah Tony Pua membuat analisis, unjuran dan rumusan. Dia kan Spy kepada sebuah negara luar. Kalau tak hantar info maknanya tugasannya gagal dan tak 'masyuk'.

Parti Islam pula kecut perut dah, tak berani komen apa-apa. Tantawi pun tutup mulut takut didesak ke sana bersama 'Unit Anal'
Opss silap 'Unit Amal'.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jet pejuang gempur sarang musuh

Waktu ini jet pejuang TUDM sedang mengebom lokasi lokasi tempat persembunyian penceroboh.

Moga pasukan kita PDRM dan ATM selamat HendakNya. Amin...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Puak Tausuq digempur

Pasukan keselamatan melancarkan serangan tepat pada jam 7.00 pagi ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 4 Mac 2013

11 sekolah ditutup

11 sekolah di Lahad Datu, Sabah ditutup sementara sehingga Rabu ini berikutan insiden pencerobohan

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lokman Adam di dakwa sebagai Penasihat Sultan Sulu

Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini.

Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu terbongkar.

Izinkan saya menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang.

Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North Borneo telah di panjakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company.

Malangnya, bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit menentang. Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka.

Sekitar tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan tahta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf Bangsar. Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk "Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia".

Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang "imposter" Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang baru. Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh Sabah.
Bersambung.

Sambungan jawapan ttg Penasihat Sultan Sulu

Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka. Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia. Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula. Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007. Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau. Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita.

Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya. Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak mampu.

Lokman Noor Bin Adam
4hb Mac, 2013

Info terbaru bg menjawab persoalan bagaimana penceroboh boleh terlepas dgn beratus2 manusia dr sana dgn berbekalkan senjata....

Mengikut penduduk sana, mereka sebenarnya dtg ke Lahad Datu, Samporna dgn Kunak adalah dgn cara ingin berdakwah. Berpakaian jubah spt ulamak. Mereka tlh berada disana berbulan2 lamanya.

Mereka masuk sedikit demi sedikit. Mereka dpt mengaburi Pihak Keselamatan negara. Mereka ini selalu keluar masuk negara atas kapasiti berdakwah. Rupa2 nya ia adalah sebaliknya. Itu sebab mereka dah tahu kat mana tmpt berlindung, kat mana tmpt strategi nk menyerang hendap, dan kat mana mereka nk menyimpan brg.

Ini adalah kenyataan anak saudara sahabat sy dimana beliau sendiri merupakan bekas anggota TLDM dan penduduk tetap Lahad Datu. Dan kini rmh beliau sendiri telah dikepong.

Sama2 lah kita berdoa....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penceroboh semakin melampau, harap dihapuskan hari juga

Pihak Polis mengesahkan menurut maklumat yang diterima seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor menjadi tebusan pasukan penceroboh tentera penceroboh di Semporna.

Pihak PDRM dan pihak ATM sedang giat membuat perancangan untuk membuat serbuan ke kawasan yang disyaki tebusan Pegawai Polis Wanita ditahan.

Sementara itu tinjauan dibuat oleh Utusan Online di pekan Semporna juga menunjukkan kebanyakan kedai-kedai yang ada menutup perniagaan mereka namun aktiviti di pelabuhan perikanan berjalan seperti biasa.

Namun beberapa sekolah yang saya lalui tidak menunjukkan sebarang aktiviti pelajar.

Keadaan ini menunjukkan aktiviti seperti biasa di pekan ini walaupun menurut pemandu teksi agak berkurangan berbanding waktu-waktu biasa

Perjalanan dari Tawau ke Semporna yang mengambil masa kira-kira dua jam lancar dan ketika 4 kilometer mahu tiba di bandar ini kesesakan kenderaan berlaku.

Sementara itu jenazah pahlawan yang gugur di Semporna iaitu Supt. G/10768 Ibrahim bin Lebar dan L/Kpl 160475 Mohd Azrul B. Tukiran akan diterbangkan dari Tawau jam1330Hrs dan dijangka tiba di TUDM Subang pada 1800Hrs.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar dan Tian Chua tersengeh kerana kejayaan di Lahad Datu

Hari ini dua ekor setan tersenyum kerana misi mereka menghuru-harakan negara telah berjaya.

Tian Chua, orang kuat ARDA berjaya mensabitkan Anwar dan Jeffry Kitingan dalam misi dan visi ARDA di Malaysia.

Ini bukan pertama kali 'kerja jahat' Tian Chua. Beberapa kekecohan kecil-kecilan dalam demo bershit 2.0 dan 3.0 kita lihat sendiri bagaimana provokasi Tian Chua yang turut diikuti oleh penyokong Pas serabut kepala dan penyokong peliwat al-jub.

Di Kedah bila ahli Perkasa dan Pas bertembung, Tian Chua tersengeh dan bertepuk tangan.

Dalam hatinya mungkin berkata " Bodohnya Malayu".

Anwar al-Jub pula sudah cuba kondem kerajaan kerana gagal menangani masalah Lahad Datu sehingga mengorbankan 7 nyawa.

Pada hemat Taipingmali dan The Krew, kekacauan di Sabah adalah agenda ARDA yang memperalatkan parti PKR.

ARDA bukan lah 'kecik anak' mereka berjaya dalam banyak misi mereka, antaranya ialah membebaskan Unsung Suki (Myanmar), menghapuskan etnik Rohingya, memerdekakan Timur-Timur menjadikan sebuah negara baru Kristian iaitu Timur Leste.

Mungkin berjuta ringgit sudah dilaburkan untuk membuat kacau di Sabah.

Peringkat pertama mereka menyerang Lahad Datu dan kedua ialah Semporna, bagaimana Ketiga, keempat dan kelima.

Kemungkinkan lain ialah untuk menggagalkan PRU 13. Bila Sabah huru-hara maka ia akan mengganggu PRU 13 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Impaknya? Kena tanya Tian Chua dan Anwar.

Hari ini ramai mendesak menteri KDN H2O meletakkan jawatan, sikit hari lagi ramai pulak yang minta Zahid dan Najib meletakkan jawatan kerana gagal.

Ingat balik isu IMF masuk ke Malaysia 1998 dan cuba memujuk Tun Mahathir menurunkan tanda tangan?

Anwar Dajal tersenyum dibelakang Tun bagaimanapun beliau kecewa kerana Tun lebih bijak menghidu najis yang diumpan oleh Anwar Dajal.

Kini ancaman cara lain pula. H2O pun dah panik dan gagap sehinggakan beliau tersasul dalam sidang media. H2O mahukan pejuang letak jawatan bukannya letak senjata.

Kesilapan-kesilapan inilah yang sangat-sangat dinantikan oleh Dajal.

Hari ini difahamkan misi ketenteraan akan mengambil alih tugas polis.

Ada orang bertanya kenapa dalam kejadian di Jenalik, tentera kedepan dan kenapa diLahad Datu tentera diam. Kata mereka macam cerita P.Ramli 3 Abdul ( tak boleh marah nanti kena jual) bila dua menantunya marah-marah mereka kena jual, hanya P. Ramli saja yang tak kena jual sebaliknya dia menjual bapa mentuanya kerana marah-marah) Sama kes dengan Lahad Datu, buatlah macam mana pun kita tak marah lagi, tapi last round depa pula akan marah. Tak percaya tunggu. Tian Chua, Anwar dan Jeffry bakal dilelong di Tamu Besar.

Bagaimana dengan Pas?

Pas bodoh tak reti apa-apa, depa hanya tahu nak tawan Putrajaya sahaja.

Hanya tahu nak bawa artis turun ceramah supaya collection banyak dan boleh pergi main saham di Hwang Security.

Tabung Pas Taiping makin kering, kutipan kurang, belanja ceramah besar, maklumlah bawa artis ratu dedah-dedah, mesti bayaran mahal.

Tapi tak apa, selagi ada Dap selagi itulah 'masyuk'.

Sampaikan nak bertanding pun Dap sponsor 10 ribu ringgit.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SMS terakhir seorang Vat69

Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna..

Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah..

Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara..

Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia..

Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya..

*jangan ditahan airmata itu andai kamu sebak membaca nukilan diatas..sesungguhnya aku sendiri menangis membacanya.. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Fakharudin kecewa sambutan dingin program malam ini! Take Beer!!!

Malam ini bertempat di Tapak Pasar Malam Kamunting ada satu wayang tongkol anjuran Pas serabut kepala.

Program malam ini dibuat secara haram, sebab permit yang diluluskan adalah di pusat tarbiah Pas Bukit Jana dan tarikh kelulusan pada 28 Februari lalu tetapi dibuat pada malam ini, 3 Mac.

Nampak sangat Pemimpin Pas Serabut Kepala Ust Fakarudin menipu PBT dan pihak berkuasa. Masa mohon permit bawa banner lain, lepas dapat permit buat banner dan flyer lain. Inilah kemunafikan Pas serabut kepala.

Farah Asyikin kata dia masuk Pas kerana ingin nak jadi baik dan belajar Islam.

Diana Amir pun kata serupa, nak jadi Islam melalui Pas. Hehehe lepas ni jadi lah Pas Syiah dan Kawarij, halal mengkafirkan orang yang tak sealiran dengan depa.

Apa pun setinggi tahniah kepada Pas kerana berjaya menghimpunkan hanya 300 lebih sahaja penyokong.

Ini kejayaan golongan wasatiah Pas yang memboikot kumpulan Pas Ghafla jingga Pas Serabut Kepala.

Hehehehehehe!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 3 Mac 2013

Pas serabut kepala vs Pas Wasatiah

HeheheHe!!!!! Lawak terbaik dari PAS mengalu alu kehadiran PM.. PAS dah terima PM, selama ini PM di  mata PAS adalah  manusia yg paling teruk.... Bagaimana PAS boleh buat banner macam ni?

Inilah masalah Pas hari ini, Pas mempunyai dua kelompok, Satu kelompok sederhana dan satu kelompok radikal kawarij syiah. Mereka dari kumpulan Mat Sabu, atau dikenali sebagai kumpulan serabut kepala.

Di Taiping, Bukit Gantang dan Larut kini dikuasai oleh kumpulan serabut kepala.

Mereka ini dari kumpulan yang kurang Ilmu Islam, tapi lahiriah nampak lebai, amalan pun kurang, azan berbunyi dimasjid depa sembang.

Apa pun jom tengok banner otai Pas yang meluat dengan geng serabut kepala
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jangan ganggu tugas anggota keselamatan di Sabah

Kepada penduduk Sabah yang menggunakan smartphone diingatkan jangan upload sebarang gambar dan berita tugas-tugas pasukan keselamatan di Facebook atau lain-lain media sosial.

Pihak musuk menggunakan maklumat tersebut untuk mengatur strategi dan bertindak.

Mereka menggunakan maklumat daripada internet dan media sosial untuk bertindak balas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tahniah Penduduk Lahad Datu

Berita terkini Penduduk Kg Sanalang Lama telah menyerang dan memukul sehingga mati seorang penceroboh Sulu yang bersenjatakan M16.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 penceroboh ditangkap

Terkini 3 dari 10 yang dikesan di Kunak berjaya di tangkap oleh Polis
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada perang dingin atau Perang Sivil di Sabah

Jangan percaya khabar angin!

Haji Gapul Hajirul kata "Saya khuatir akan berlaku perang sivil di Sabah kerana terdapat lebih 8 000 rakyat Filipina di Sabah.

Isu ini tidak boleh diterima, Rakyat Filipina tidak akan menyokong dan bersimpati dengan penceroboh yang sengaja mencari masalah.

Penceroboh juga bukan Tentera Sultan Sulu, mereka dari kumpulan serpihan Kesultanan Sulu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lahad Datu terkini

Jangan dengar dan percaya tentang khabar angin dari sumber yang tidak sahih.

Ikuti info dari Taipingmali yang betul dan pantas dari Sabah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perlukan Menteri KDN letak jawatan ?

Isu pencerobohan gerilla serpihan haram Sultan Sulu kini berada pada tahap penjenayah.

Oleh itu tindakan menentang mereka masih dibawah hak Polis dan bukan tentera.

Banyak Pro dan Kontra mengenai mengapa tentera tidak campur tangan.

Skor tewasnya anggota keselamatan kita sudah macam permainan sukan, bertambah-tambah.

Apa pun terpulanglah kepada Zahid Hamidi dan Hishamudin Hussin (H2O) untuk menamatkan pencerobohan ini.

Bagaimana dengan Pas?

Pas mempunyai Unit Amal, apa kata Hadi Awang menghantar Unit Amal yang hebat-hebat sewaktu demo bershit 3.0 ke sana. Kita nak lihat kehebatan Unit atau tentera Pas pulak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Terkini dari Lahat Datu Sabah

Kira-kira 10 penceroboh dengan 3 bersenjata dikesan di Kg Lormalong dan Dasar Lama, Kunak, dipercayai ada kaitan dengan kumpulan di Lahad Datu: KPN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Polis sahkan 5 polis korban

Ketua Polis Negara sebentar tadi sahkan lima anggota polis terbunuh dalam kejadian tembakan di Semporna manakala dua penjenayah turut ditembak mati.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Blogger Pas Bakal Terima Surat Peguam

Blogger Pas dari Bukit Gantang bakal disaman oleh seseorang kerana tulisannya yang controversy dan berunsur fitnah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 syahid di Semporna Sabah

KETUA POLIS SABAH tadi sahkan DUA anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap di Kampung Seri Jaya Siminul,Semporna semalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Poster ceramah malam ni

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Malam ini: Majlis menfitnah Umno dan BN

Malam ini, di tapak pasar malam Kamunting akan diadakan satu ceramah politik oleh dua artis comel yang satu ketika dahulu rajin londeh-londeh. Pas usung dua artis ini sampai dalam masjid, letak kerusi dalam ruang hadapan masjid dan jemaah lelaki rapat sampai boleh cium bau badan.

Kali ini Diana Amir dan Farah Asyikin sekali lagi akan menjadi tarikan lebai kera Pas untuk duduk depan-depan bagi menatap dan menjamah dua tubuh artis.

Rupa-rupa baru hari ini Taipingmali dan The Krew tahu Ustaz Haslin Bollywood penyokong Pas, sebelum ini pun dia sudah bersama Farah Asyikin di dalam sebuah forum dalam masjid di Kedah.

Ustaz Fakharudin merupakan teraju utama malam ini, sudah tentu program malam ini mendapat permit polis.

Sebelum ini dalam program memperingati roh perjuangan Komunis juga dirancang di tapak pasar malam tetapi dibantah oleh NGO dengan 13 repot.

Dua program politik di Kampung Expo juga dibuat secara haram tanpa mendapat permit polis.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Update Sabah

Kampung Selamat,Semporna tempat insiden terletak 150 km dari Kampung Tanduo,Felda Sahabat 17,Lahad Datu dimana penceroboh dikepung
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gugur lagi bunga bangsa

TERBARU-Bernama baru lapor seorang anggota keselamatan terkorban dlm pertempuran dgn kumpulan penceroboh di kampung Selamat,Semporna 8 malam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tembakan berlaku lagi

Ketua Polis Negara sahkan kejadian tembak menembak berlaku di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, 7.30 malam tadi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 2 Mac 2013

Masjid Kg Expo diliwat oleh Nurul Izzah

Malam tadi dalam Majlis Munajat Muslimat Pas Perak yang dibuat di Masjid Kampung Expo rupa-rupa turut dihadiri oleh anak tak Anwar yang lahir tak cukup hari iaitu Nurul Izzah.

Majlis Munajat sememang nama untuk program agama iaitu mendekatkan diri dengan Allah, berdoa dan berzikir tetapi apa yang berlaku malam tadi ialah perhimpunan Muslimat Pas seluruh Perak merupakan program poliitik.

Nurul Izzah anak Awnar peliwat yang lahir tak cukup bulan terlalu leka berceramah politik sehingga tidak memperdulikan waktu Isya' dan sewaktu masjid lain melaungkan azan Nurul terus leka berceramah.

Ia menyebabkan beberapa orang jemaah terpaksa meninggalkan masjid dan pergi ke surau lain.

Salah seorang calon muslimat Pas telah memuji kecantikan masjid Kg Expo, katanya banyak sudah masjid yang dia pergi tetapi tak pernah jumpa Masjid yang secantik masjid ini, Memang lah cantik wahai muslimat Pas sebab masjid itu direka bentuk dan dibina oleh Umno.

Kalau harap Pas buat masjid rupa macam kandang lembu, lihat contoh masjid Bujal di Terengganu, rupa gereja. Nasib baik diruntuhkan oleh Umno sebab dibuat secara haram.

Majlis Munajat telah disahkan sendiri oleh Nurul Izzah tidak mendapat permit polis, kerana bukan polis tak meluluskan tetapi sebab sengaja tak minta permit polis.

Ini adalah kali kedua Pas Taiping membuat program politik tanpa kelulusan polis. Apakah akta baru polis tidak memerlukan permit polis untuk program politik?

Kali pertama program politik dibuat disebuah rumah kakitangan Telekom Malaysia dengan nama Tahlil, Yassin dan Tazkirah tetapi selepas jam 9pm menjadi program politik dengan memasang speaker yang boleh didengar dari jarak 200 meter.

Minggu hadapan satu lagi majlis yang sama akan dibuat disebuah rumah ahli Pas totok.

Pas Taiping dilihat semakin berani dan sengaja mencari fasal untuk bergaduh. Tadi Krew Taipingmali melaporkan bahawa Pas Taiping dengan sengaja menggantung bendera bulan dipagar dewan Kemas di Kpg Jana Sambungan.

Ini adalah kerja biadab dan kurang ajar, cuba Umno gantung bendera di pagar markaz pas, tak sampai dua minit bendera akan dibakar.

Harapan TM dan the Krew agar SPR dapat memantau aktiviti parti Pas Taiping. Mereka dalam keadaan desperate dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan lepas hajat mereka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pahlawan yang terkorban akan dibawa balik ke Sungai Besar

Jenazah Kpl 113088 Sabarudin bin Daud (Ops Sulu) akan di bawa ke rumah ibunya SOM bt MAD SALLEH no 83, Kg Sungai Lias, Sg Besar. Arwah mempunyai 6 org adik beradik (2-L, 4-P) n meninggalkan balu Nurul Nisah bt Abu n 3 org anak (2-L, 1-P) n jenazah akan d kebumikan mlm ini d Parit 1, Sg Besar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 1 Mac 2013

Pahlawan syahid diterbangkan esok pagi

Jenazah dua komando yang terkorban dalam insiden di Lahad Datu akan diterbangkan ke KL dari Tawau jam 5 pagi esok dan dijangka tiba 9 pagi di Subang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Munajat Muslimat Pas Perak

Setakat waktu ini Pas Perak telah menetapkan 3 calon wanita di Perak.

Dun Belanja, Ahli Parlimen Gerik dan Dun Pasir Panjang bakal diisi dengan calon wanita Pasm

Majlis memperkenalkan calon baru saja selesai di majlis munajat di Masjid Kampung Expo Kamunting.

Sekali lagi masjid digunakan oleh Pas Perak dengan kerjasama Pas Taiping dan jawatankuasa masjid yang dipengerusikan oleh Penghulu Azam,

Menurut Ketua Muslimat Pas Perak, program munajat akan dibuat mulai sekarang sehinggalah tamat kempen pilihanraya.

Muslimat akan fokuskan tentang kesihatan wanita dan memperkasakan tenaga wanita.

Antara cita-cita muslimat dan calon wanita ingin meramaikan doktor pakar di hospital Gerik, Manjung dan lain-lain tempat.

Rosmah meletakkan mesin memo gram di Ipoh dan ia menyusahkan penduduk luar bandar, jika Pas menang mesin-mesin ini akan ditempat di luar bandar.

Hospital dan klinik akan diperbesarkan dan diperbanyakkan.

Hari ini lepasan universiti dalam bidang agama dari luar negara seperti Jordan dan Kaherah bila balik ditawarkan menjadi guru J-Qaf dan mengajar budak-budak darjah 1 sekolah rendah. Apa kelas mengajar darjah 1? Kita nak banyakkan sekolah-sekolah pondok dan diangkat menjadi kolej universiti dan kita ambil guru J-qaf mengajar disitu.

Demikianlah serba sedikit cita-cita muslimat Pas bila Pas berjaya menawan semula Perak.

Nak tanya sikitlah boleh kah Pas mempertahankan 6 kerusi yang dimenangi dahulu (2008)?

Persoalan, kemana Nizar selepas ini, Changkat Jering atau Teluk Intan?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KERABAT dan Imran jadi burung unta dah

Beberapa hari lepas Gafir, Imran dan ramai lagi dari puak Pas menuduh kejadian di Lahad Datu adalah sandiwara Umno.

Sekarang 3 anggota kita terkorban, apakah ia masih lakonan Umno?

Inikah pemimpin yang akan diangkat oleh Pas di Lumut? Laksama (B-bodoh) akan jadi burung unta
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hadi, Kit Siang Bakal TPM, Anwar Bakal....

Dua hari lepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam wawancaranya dengan akhbar Cina, Sin Chew Daily telah menamakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebagai bakal TPM sekiranya Pakatan rakyat (PR) berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat dalam PRU 13.

Dalam pada itu Anwar juga mengakui tiada perbincangan serius di kalangan parti-parti pembangkang berhubung perkara tersebut. Maksudnya belum ada keputusan muktamad yang telah dicapai, tapi peliknya Anwar sudah memandai-mandai membuat pengumuman sebelah pihak.

Tentu ada udang di sebalik batu. Memang pun kenyataan Anwar itu ada matlamat tersiratnya.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini kecoh di kalangan pemimpin dan penyokong PR mengenai pendirian rasmi Majlis Syura Ulama PAS yang secara jelas menolak idea untuk melantik Anwar sebagai PM. Salah satu alasan penolakannya kerana Majlis Syura agak meragui kelayakan Anwar dari segi moral dan akhlaknya untuk menjadi pemimpin utama negara.

Keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat tanpa kehadiran Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat itu memang mengecewakan Anwar, lebih-lebih lagi bila mengetahui badan tertinggi PAS itu juga telah muktamad untuk melihat Hadi Awang sebagai calon rasmi PR bagi jawatan PM.

Menyedari polemik jawatan PM ini bakal menyebabkan kewibawaannya makin terancam dan menjejaskan sokongan pengundi kepada PR, sebab itulah Anwar tiba-tiba sahaja membuat pengumuman sebelah pihak tanpa terlebih dahulu menunggu keputusan bersama Majlis Pimpinan PR.

Anwar juga tidak menyebut secara langsung yang dirinya adalah bakal PM kerana tahu tindakan tersebut akan mengundang reaksi balas dari majlis Syura Ulama PAS. Lantaran itu, dengan membuat pengumuman nama calon TPM, ia akan mencipta persepsi umum bahawa Anwar adalah satu-satunya calon PR untuk jawatan PM.

Dengan berbuat demikian juga Anwar mengharapkan PAS akan kembali menyokongnya sebagai satu-satunya calon PR bagi jawatan PM seandainya PRU 13 nanti memihak kepada gabungan longgar yang tidak berdaftar dengan ROS itu. Di masa yang sama Anwar cuba mengukuhkan kedudukannya dikalangan pengundi Cina apabila nama Kit Siang turut dinamakan sebagai TPM.

Strategi Anwar mungkin kelihatan bijak dalam mencipta persepsi , namun ia tidak dapat menafikan hakikat bahawa selagi polemik isu siapa sebenarnya calon rasmi PR sebagai PM terus berpanjangan dan tiada kata sepakat yang muktamad diputuskan, natijahnya tentu sahaja akan semakin menjejaskan prestasi PR dalam PRU 13 kelak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 28 Februari 2013

Konspirasi Jenayah Terancang Antara PI Bala Dan Deepak

Setelah hampir lima tahun menyepi kerana melarikan diri ke Chennai India, bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam atau lebih dikenali dengan panggilan PI Bala, tampil buat julung kalinya di sebuah program ceramah pakatan pembangkang anjuran Chegu Bard. Dia sebelum ini telah menarik perhatian masyarakat di negara ini dengan kenyataan bersumpahnya (SD1) pada 1 July 2008.

SD1 antara lainnya cuba untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan bekas model Monggolia Altantuyya. Namun 3 hari selepas itu, Bala sekali lagi menarik perhatian umum, apabila tampil membuat kenyataan bersumpah (SD2) bagi menafikan tuduhan yang dilakukan sebelum ini di dalam SD1 pada 4 Julai 2008.

Sejurus selepas kenyataan tersebut, dia akhirnya 'hilang' dari pengetahuan umum serta gagal untuk di kesan, dipercayai telah melarikan diri ke luar negara. Seperti yang telah diduga ketika negara sedang berada di ambang pilihanraya umum, Bala akhirnya muncul semula bersama pimpinan pakatan pembangkang.

Kehadirannya bukan sahaja untuk mengatakan kononnya SD1 adalah benar namun turut mengatakan objektif utamanya adalah untuk memastikan kerajaan BN/Umno tumbang sekaligus meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ekoran dari itu, maka satu program ceramah telah diadakan oleh Chegu Bard dan konco-konconya di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor semalam. Namun apa yang peliknya program tersebut hanya mampu mengumpul sekitar 800 – 1000 orang sahaja, walaupun pihak penganjur berhempas pulas mempromosikan program tersebut dan mengangarkan kehadiran sekitar 5 – 10 ribu.

Ia secara tidak langsung membuktikan rakyat secara keseluruhan tidak merasakan pertuduhan Bala mempunyai hujah yang kuat dan boleh dijadikan sebagai sandaran. Maka walaupun pihak penganjur cuba mengumpan masyarakat untuk hadir dengan mengatakan Bala akan membuat pendedahan terbaru, ia tetap gagal menarik perhatian masyarakat.

Tambahan pula tindakannya yang 'flip flop' sebelum ini, membuatkan rakyat kembali berfikir dan menilai semula kredibiliti Bala yang jelas meragukan dan mempunyai agenda tersembunyi.

Bala juga ketika ditanya mengenai pendirian beliau mengenai kerajaan, mengatakan sejak dari kecil lagi telah wujud perasaan benci terhadap kerajaan BN/Umno. Dan tanpa berselindung mengatakan dia adalah merupakan antara tenaga pengerak kepada gerakan Hindraf suatu ketika dahulu.

Maka atas sebab itu, Chegu Bard berusaha untuk menyucikan kembali imej Bala dengan mengatakan wujud ancaman sehingga membahayakan nyawa beliau yang telah menyebabkan Bala bertindak mengeluarkan SD2 dan melarikan diri ke luar negara.

Dan ketika seisi pendedahan yang diadakan itu, acapkali juga Chegu Bard terpaksa memainkan peranan dalam menentukan hala tuju percakapan Bala agar dapat dikaitkan dengan pimpinan negara. Dan lebih menghairankan percakapan beliau juga tersekat-sekat dan sering terlupa dengan fakta yang terkandung di dalam SD1. Percakapan Bala pada malam semalam seolah-olah bercakap dengan mengunakan skrip pihak tertentu dan bukannya berdasarkan pengalaman sendiri seperti yang di dakwa.

Sedangkan Bala sebelum ini mendakwa SD1 satu adalah merupakan kenyataan beliau sendiri berdasarkan fakta sebenar sepanjang berkhidmat dengan Razak Baginda. Sekiranya pertuduhan tersebut mempunyai asas dan kebenaran, masakan Bala boleh terlupa 'poin-point' penting pertuduhan? Melainkan SD1 adalah merupakan hasil ciptaan dan rekaan semata-mata yang direka khusus untuk merosakkan imej Datuk Seri Najib dan isteri beliau.

Bagi menyelamatkan keadaan, Chegu Bard terpaksa mengunakan alasan, ekoran telah berada dalam tempoh yang lama di luar negara, maka Bala sudah tidak lagi fasih untuk bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Sedangkan isu terlupa fakta dengan tidak fasih bercakap adalah dua fakta yang jauh berbeza.

Dan yang paling mengejutkan, Bala juga secara tidak sengaja mendedahkan bahawa dia telah dibayar oleh Deepak sebanyak RM100 ribu tunai dan diberi sebuah kondomiun di Berjaya Times Square. Wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun bini Bala beserta dokumen perjanjian hakmilik kondominium tersebut.

Ia secara tidak langsung membuktikan wujud konspirasi dan jenayah terancang diantara Bala dan Deepak. Dan yang paling penting ialah, Bala gagal megemukan sebarang bukti yang kukuh dalam pertuduhan beliau.

Kesimpulannya isu yang cuba dibawa ini adalah merupakan sandiwara terbaru pakatan pembangkang dalam mempegaruhi rakyat sebagai satu strategi untuk merampas kerajaan. Jenayah terancang ini juga jelas membuktikan terdapatnya dalang sebenar di sebalik sandiwara yang sengaja diada-adakan ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Manifesto: Hudud Gugur, Perjuangan PAS Sudah Tidak Bernilai

Manifesto PR bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' telah pun dilancarkan secara rasmi pada 25 Februari 2013 yang lepas sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke-4 yang dilangsungkan di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Manifesto itu dirangka bersandarkan empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat mendapat pengesahan dan perakuan rasmi ketiga-ketiga pemimpin utama PR dari DAP, PKR dan PAS.

Satu perkara menarik, kandungan manifesto itu langsung tidak menyentuh sebarang komitmen PR untuk merintis perlaksanaan hukum Hudud sekiranya berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat. Dari muka surat satu hingga akhir walau sepatah ayat pun mengenai perlaksanaan hukum hudud tidak kelihatan.

Keadaan ini menunjukkan PR langsung tidak berhajat untuk melaksanakannya sekalipun umum mengetahui janji perlaksanaan hukum hudud amat sinonim dengan PAS sejak hampir tiga dekad lalu.

Ia mengejutkan ramai pemerhati politik kerana dengan gugurnya isu perlaksanaan hudud dari Manifesto PR membawa maksud akar kekuatan PAS telah dicabut keluar, meletakkan parti yang sekian lama memperalatkan Islam sebagai jenama parti itu semakin tergadai prinsip juangnya.

PAS kelihatan seperti ketiadaan pengaruh dan tidak berkemampuan mendesak agendanya dijadikan prioriti dalam Manifesto PR, dengan ini meletakkan perjuangan PAS dalam isu perlaksanaan hudud sudah tidak bernilai kerana dianggap tidak membawa sebarang manfaat kepada PR.

Akibatnya sebahagian besar ahli dan penyokong PAS hanya mampu terkebil-kebil dan mati kutu dibuatnya kerana ia jelas mengulangi kegagalan PAS sebelum ini dalam isu pengguguran Negara Islam dari kamus perjuangan PAS untuk digantikan dengan Negara Berkebajikan.

Dari satu sudut pengguguran isu hudud ini boleh dianggap satu kejayaan besar bagi Anwar Ibrahim kerana Ketua Umum PKR itu pernah berjanji dan memberi jaminan kepada sekumpulan pemimpin masyarakat Cina pro DAP dan PKR di Subang Jaya, Selangor bahawa hudud tidak akan mendapat tempat dalam PR.

Dan Anwar terbukti berjaya merealisasikan janji dan jaminan itu sekaligus senario ini juga mengesahkan kedudukan PAS dalam PR hanya setaraf kasta rendah yang hanya sekadar menjadi pak turut kepada DAP dan PKR.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu Kalimah Allah: Anwar Dakwa Hadi Menipu

Tika ini ramai ahli dan penyokong PAS yang belum kebas dari demam terkejut dan masih lagi dalam kebingungan gara-gara pendirian rasmi PR yang telah muktamad menggugurkan agenda perlaksanaan hukum hudud dari Manifesto PR.

Tambah mengeruhkan keadaan bila mana Manifesto PR tanpa agenda hudud itu turut disepakati dan diperakui oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Lebih parah lagi, tiga hari selepas Manifesto PR bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" dilancarkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-4 di SACC Shah Alam, Selangor pada 25 Februari 2013 lepas, tak semena-mena Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil menyalahkan Hadi Awang berhubung kontroversi isu kalimah Allah.

Ketua Umum PKR itu mendakwa ketetapan bersama PR pada 8 Januari 2013 lalu untuk membenarkan kalimah Allah s.w.t diguna pakai oleh orang bukan Islam termasuklah untuk kegunaan kitab Bible versi Bahasa Melayu hanya dimuktamadkan selepas mendapat penerangan dan persetujuan Presiden PAS.

Maksudnya, PR tidak akan mengambil ketetapan sedemikian jika Hadi menerangkan perkara benar. Tapi disebabkan Hadi telah menyembunyikan kebenaran, akhirnya PR terjerumus ke kancah kontroversi. Ini dakwaan serius, ia seperti menuduh Hadi telah menipu Anwar dan PR.

Anwar juga menegaskan kenyataan rasmi yang diiktiraf sebagai dasar PR yang disepakati bersama berhubung isu itu juga dibaca dan ditandatangani sendiri oleh Hadi Awang sebagai mewakili PAS. Gayanya seperti Anwar mahu memberitahu khalayak yang kesilapan yang dilakukan oleh PR disebabkan Hadi.

PAS patut tampil ke depan mempertahankan maruah Presidennya, itu pun kalau terasa masih ada sekelumit keberanian untuk berdepan dengan Anwar. Tapi jika berdiam diri atau sekadar sepintas lalu sahaja menjawab dakwaan Anwar, bermakna betullah dakwaan itu.

Anwar memang akan sedaya upaya melepaskan dirinya dari dikaitkan dengan kesilapan pendirian PR dalam isu kesucian kalimah Allah s.w.t, dengan cara mengalihkan beban ke bahu Hadi. Itu kehebatan Anwar dalam bab spin sana sini. Hadi dan pemimpin PAS sahaja yang masih belum sedar.

Pun begitu, sama ada Anwar, Hadi mahupun PR dan PAS, kesemua mereka telah melakukan telah memilih pendirian dalam isu sensitif ini. Suka atau tidak, kenalah terima hakikat selagi PR kekal dengan pendirian 8 Januari 2013, selagi itulah amarah umat Islam akan terus menghantui PAS dan PR.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 26 Februari 2013

LTdL 2013 hari ini

LTdL 2013
Pelumba Belanda, Thomas Leezer memenangi peringkat ke-7 Le Tour de Langkawi dari Mentakab ke Kuantan dengan maxmasa 4'33:42s
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 25 Februari 2013

Keputusan LTdL hari ini

Pelumba Colombia Julian David daripada Nippo-De Rosa menang peringkat 5 LTdL 2013 dari Proton ke Genting Highlands, dan raih jersi kuning
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HADI Perlu Keluar Fatwa Baru Mengenai BR1M.

Pemimpin PAS, Nik Aziz dan Hadi Awang telah mengkritik pemberian BR1M 2.0 yang sedang rancak diagihkan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, asal saja cukup syarat dan layak, nama mereka akan dipanggil untuk menerima BR1M sebanyak RM 500 seorang ketua keluarga.

Nik Aziz dalam kiasnya menyifatkan pemberian itu umpama menabur dedak dan rumput kepada binatang.

Hadi Awang pula menyamakan kerajaan seperti Firaun yang memberi hadiah pada pengikutnya.

Dengan dua kenyataan tersebut, benar-benar menyinggung hati penerima bantuan BR1M termasuklah ahli-ahli Pas yang menerima bantuan tersebut.

Ada ahli Pas yang melabelkan duit RM 500 sebagai wang haram tetapi tetap mengambil kerana katanya itu wang rakyat bukan wang Umno.

Sepatutnya individu tersebut tak boleh ambil Sesuatu yang sudah dilabelkan sebagai haram. Benda haram ini tak boleh dimakan atau disentuh. Ianya jijik, cuma hairan hukum apa yang mereka pakai yang membolehkan mereka mengambil benda haram.

Kekeliruan ini perlu diperjelaskan oleh Hadi Awang dengan mengeluarkan Fatwa baru. Putuskan samada BR1M haram atau halal!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 24 Februari 2013

Isu Lahad Datu ada kaitan dengan pembangkang

Isu kehadiran tentera kesultanan Sulu yang berpecah ke Lahad Datu dilihat sebagai isu hasutan oleh pihak dalaman.

Kepimpinan parti pembangkang terutama PKR boleh dikaitkan dengan isu ini.

Pertama ialah berlakunya satu pertemuan atau perjumpaan sulit pemimpin pembangkang dengan Nur Misuari dari Selatan Filipina.

Ketua Umum pembangkang juga mempunyai hubungan yang istimewa dengan pembangkang Filipina iaitu Joseph Estrada dan kemungkinan besar kedua-dua tokoh ini cuba untuk melaga-lagakan hubungan baik antara dua kerajaan Filipina dan Malaysia (Benigno Aquino III dan Najib ).

Satu lagi unsur yang boleh dikaitkan dengan pembangkang di Malaysia ialah peranan Tian Chua dan Elizabeth Wong dalam gerakan ARDA.

ARDA adalah satu pertubuhan dari barat sama seperti SUARAM dan lain-lain bertujuan untuk menghuru-harakan negara yang menjadi sasaran mereka dari Monggolia sehingga ke Timur-Timur, dari Kepulauan Pasifik hinggalah ke Asia Barat.

ARDA adalah satu gerakan yang kuat dan berjaya membebas Timur-Timur menjadi sebuah negara yang dikenali sebagai Timur Leste.

Web site ARDA ialah www.asiademocracy.org/

Di Singapore, Dr Chee Soon Juan rakan Tian Chua dan Elizabeth Wong juga terlibat dengan ARDA atau Asian Alliance for Reforms and Democracy.

Kini selepas dua minggu bertahan di Lahad Datu, Kerajaan Filipina meletakkan 6 kapal peronda untuk mengawasi perairan Sulu berhampiran Tawi-Tawi. Jangan salah faham dengan kehadiran 6 kapal tentera ini. Jangan ada pihak cuba mengandaikan bahawa Filipina akan menyerang Malaysia.

Ia sama sekali tidak benar, mereka yang berminat dengan Lahad Datu ialah kumpulan serpihan kesultanan Sulu yang ingin mengutip wang sarang burung walit sahaja. Tidak lebih dari itu.

Baca berikut dibawah;

Six Philippines naval ships have been deployed to the seas of Sulu and Tawi Tawi to prevent possible spill over from the standoff between Malaysian forces and the self-proclaimed Sulu Sultan's gunmen.

The ships are only conducting patrols within the waters of Tawi Tawi islands, less than half-hour speed boat ride from the seaside village of Tandau where the Sulu group has been holed up since Feb 9.

Philippines navy spokesman Lt Comm Gregory Fabic was quoted as telling the media in Manila that the naval vessels would not dock in Sabah waters but were there to help make the situation stable.

He stated that there were also no instructions given for the evacuation of the Sulu group led Raja Muda Azzimudie Kiram, the brother of Sultan Jamalul Kiram III.

``We are hoping that this will be resolved peacefully. If they are retreating, we are not there to help them because we need instructions if they can be picked up,'' Fabic was quoted as saying.

``If there are conflicts, we cannot help them. We will (only go there) if it is resolved peacefully and are given instructions to repatriate them,'' Fabic added.

The Sulu group of about 100 have insisted on staying put in Tanduo although a Friday deadline for them to be deported is looming.

The Malaysian security forces, who have thrown a tight land and sea cordon around the group, are reportedly in a position to deport the group anytime but are holding back pending efforts to resolve the standoff through negotiations without bloodshed.

Meanwhile, Philippines president Benigno Aquino reportedly said in Manila that the Sulu gunmen, who claimed that North Borneo was part of the Sulu Sultanate, should give up peacefully.

``Going there with arms is not the way to resolve this. When you brandish arms naturally the other side has only one way to respond to such a challenge,'' Aquino was quoted as saying in his first public comment on the incident.

Aquino also stated that his government had been talking to all parties, including the Sultan's family, to find a peaceful solution.

Philippines Foreign secretary Albert del Rosario stated in a separate statement that Aquino had ordered his government authorities ``to do everything'' possible to try and urge them to peacefully withdraw and to do this as quickly as possible.

Related Stories:
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 23 Februari 2013

PAS PUT ITS FOOT DOWN AND PR PARTIES DISINTEGRATING

PAS, the strongest party in the opposition pact of Pakatan Rakyat (PR) is opening up and getting wise.

The party has decided to 'go alone' in wooing voters using its strength that is Islam and its fundamentals, distancing itself from the cheats and lies of PKR and DAP.

The party which leaders are matured and who know Anwar Ibrahim since the latter was in university, has now taking a hardline stand to put its own choice as Prime Minister if the PR wins the 13th general election.

PAS move has angered not only Anwar who has sold his soul to the 'devil' just to be the Prime Minister, but also partner DAP as shown by Karpal Singh openly.

The verbal spat on several issues between PAS and DAP is not just a 'storm in atea cup' but a typhoon over the sea, threatening to rock and capsize the ship the three parties are in.

The 'captains' in the sinking PR ship are now arguing profusely who should lead with PAS putting its foot down that its president Abdul Hadi Awang as the right candidate while PKR and DAP want Anwar.

Whatever DAP and PKR are thinking of, PAS is on its own in every ways as its leaders do not want Anwar whom they know 'in and out' to be PM.

They know Anwar's Machiavellian ways and they are experiencing it in the party where Anwar is undeniably and continuously trying to take control of the leadership through his men who now sit in the leadership line-up.

With PAS's move and hardline stand PR is slowly but definitely sinking as DAP and PKR fights over seats in Johor, a state known for being an Umno bastion, which PKR and DAP seemingly take for granted they could penetrate very easily.

Selangor is considered as good as gone for the PR with its Mentri Besar Khalid Ibrahim ignoring every complain from the voters that supported them in 2008 general election.

A series of suits have been filed for unfulfilled pledges and promises against Khalid while in Kedah Mentri Besar Azizan Abdul Latif is facing a 'mutiny', obviously with Anwar's invisible hand behind as he plans to put up his own man there.

Uneasiness, distrust, suspicious and back-stabbing is the name of the game in PR while Anwar, through his men such as Rafizi Ramli continues to hoodwink the voters by promising make-believed dreams, the dreams they had promised before and have yet to fulfill.

Given the situation and with the 13th general election is just around the corner, parties in PR are struggling to tie loose-ends which look like many, many ends that cannot be tied.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ku Li Bakal Menang Tanpa Bertanding Di Gua Musang

Umum mengetahui adalah menjadi dasar rasmi pakatan parti-parti pembangkang untuk sama-sama menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan ia kesepakatan tersebut telah termaktub semenjak Ketua Umum PKR itu dipecat dari UMNO pada 2 September 1998 lagi.

Sama ada ketika mereka bergabung dalam pakatan yang dinamakan Barisan Alternatif (BA), Barisan Rakyat (BR) dan yang terkini Pakatan rakyat (PR) yang ditubuhkan selepas PRU 12 2008, fokus mereka tidak pernah lari untuk melihat Anwar sebagai PM.

PAS yang kini merupakan parti yang paling kuat jenteranya dalam PR berbanding PKR dan DAP, juga tidak ketinggalan malah acap kali parti itu pula yang kelihatan terlebih-lebih mempromosikan Anwar sejak hampir 15 tahun dulu.

Menjelang PRU 13 ini tentunya ramai yang beranggapan PAS mahupun PR akan kekal dengan dasar yang disepakati bersama itu, apatah lagi Anwar sebagai jambatan penyatuan DAP dan PAS dalam PR sudah dilihat paling layak untuk menggalas jawatan itu sekiranya PR berjaya dalam PRU 13.

Pun begitu, senario semasa nampaknya tidak menjurus ke arah itu apabila sumber dalaman PAS mengesahkan Majlis Syura Ulama parti itu yang bermesyuarat baru-baru ini tanpa kehadiran Mursyidul Am PAS telah memutuskan menolak Anwar sebagai calon PM.

Anwar ditolak kerana majoriti ahli Majlis Syura termasuk Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din dan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib berpandangan Ketua Umum PKR itu terlalu liberal dan mempunyai masalah moral yang sukar untuk diterima oleh majoriti pengundi Melayu Islam.

Malah kecenderungan Anwar menyokong golongan LGBT serta begitu mengambil mudah soal-soal kepentingan orang Melayu Islam dan akidah umat juga merupakan faktor sebahagian besar ahli Majlis Syura Ulama PAS cenderung untuk memilih pemimpin lain sebagai calon gantian.

Rentetan daripada itu, Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali telah beberapa kali mengadakan perundingan dengan pemimpin UMNO Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan menjanjikan jawatan PM sekiranya Ku Li berpaling tadah.

PAS juga berjanji akan memberi laluan mudah tanpa meletakkan calonnya dalam PRU 13 bagi Parlimen Gua Musang seterusnya membolehkan pemimpin veteran UMNO itu meraih kemenangan percuma semasa penamaan calon kelak.

Bagaimana pun PAS menuntut Ku Li segera berkempen untuk PAS di Kelantan selepas selesai penamaan calon sekaligus dengan maksud membantu PAS mengekalkan Kelantan daripada jatuh ke tangan BN.

Tanpa PAS sedari, Ku Li bukanlah kecil anak mudah untuk dipermainkan. Beliau sudah agak masak dengan permainan politik PAS terutama sekali sewaktu parti S46 yang diketuainya dulu pernah dikhianati oleh pemimpin PAS tatkala S46 berada dalam kedudukan yang lemah.

Lagi pun Ku Li juga tahu, semasa namanya dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS tempohari, sebetulnya hanyalah sekadar untuk menutup hasrat sebenar PAS yang berniat untuk meletakkan Hadi Awang sebagai calon utama sebagai PM.

Demi untuk mengelakkan DAP dan PKR membantah pencalonan hadi sebagai PM, maka nama Ku Li diguna pakai dengan demikian diharapkan dapat membendung kemarahan rakan sepakatan di masa yang sama PAS berharap mendapat manfaat memecahbelahkan kekuatan UMNO di Kelantan yang tika ini sedang mengasak PAS.

Ini bukan kali pertama PAS cuba menjerat Ku Li ke dalam perangkap mereka dalam usaha propaganda PAS untuk melemahkan UMNO di negeri itu.

Semasa PRK DUN Galas 2010 dulu PAS melalui Naib presidennya, Husam Musa juga pernah memujuk Ku Li supaya menyebelahi PAS dengan berselindung di sebalik perjuangan royalti minyak, bagaimana pun permintaan itu langsung tidak diendahkan.

Percaturan PAS sudah pun berada dalam pengetahuan Anwar dan seperti diduga Ketua Umum PKR itu nyata agak marah kerana merasakan dirinya sudah dikhianati oleh rakan sepakatan. Apatah lagi perjumpaan sulit itu sengaja dilakukan tanpa pengetahuan DAP dan PKR.

Dulu PAS pernah mengkhianati S46, BERJASA dan HAMIM semasa mereka bergabung dalam APU, lama sebelumnya PAS mengkhianati Parti Negara selain pernah sengaja keluar dari UMNO semata-mata untuk mengejar kuasa duniawi. Kini PAS cuba pula untuk mengkhianati PR.

PAS sebenarnya sedang menjerat diri sendiri, tabiat suka menikam belakang kawan bukanlah satu permainan politik yang bijak, lambat laun akan memakan diri dan PAS pula yang akan ditikam dari belakang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Di Haram Sebut Anwar Sebagai Bakal PM Dalam Harakah

Pada 10 Februari 2013 lepas, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa Majlis Syura Ulama yang dipengerusikannya tidak pernah membincangkan isu siapa yang layak dicalonkan sebagai Perdana Menteri selain daripada Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan spekulasi yang mengatakan Majlis Syura Ulama PAS telah menolak idea untuk menobatkan Ketua Umum PKR sebagai PM sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13 hanyalah dakwaan mengarut ciptaan UMNO.

Penegasan oleh Nik Aziz itu tentunya melegakan Anwar dan pemimpin PKR serta DAP yang lain, sedikit sebanyak ia juga dapat mengendurkan perasaan gundah di kalangan penyokong PR yang kembali diselubungi misteri sama ada Anwar masih kekal sebagai calon utama PR sebagai PM atau sebaliknya.

Namun perkembangan akhir-akhir ini kelihatannya seperti mengiakan spekulasi sebelum ini apabila suara-suara penolakan terhadap Anwar semakin hari semakin kuat kedengaran, dan ditimbulkan sendiri oleh beberapa pemimpin utama PAS yang tidak termasuk dalam golongan Anwarinas.

Manakala maklumat terbaru yang diperolehi menyatakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang telah pun mengeluarkan arahan mengharamkan semua media milik PAS termasuklah akhbar Harakah dan portal onlinenya daripada menyebut atau menulis ayat yang membawa maksud Anwar adalah bakal PM.

Arahan pengharaman tersebut khabarnya sudah sampai ke pengetahuan Anwar menyebabkan Ketua Umum PKR itu menghamburkan kemarahannya semasa mesyuarat parti beberapa hari lepas.

Bukan satu rahsia pun, sebahagian besar penulis dan barisan pentadbiran dalam Harakah diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar, jadi tidaklah pelik bagaimana arahan sulit sedemikian mudah sampai ke pengetahuan Anwar.

Tambah membara kemarahan Anwar lebih-lebih lagi arahan tersebut seperti mengesahkan lagi ura-ura PAS tika ini yang sedang berusaha menjarakkan diri dari PKR, satu tindakan yang dikira oleh Anwar sebagai satu pengkhianatan terhadap dirinya dan PR.

Bagi khalayak yang rapat dengan Hadi, arahan sedemikian bukannya sesuatu yang menghairankan sementelah lagi sejak di zaman ABIM lagi Presiden PAS itu agak kurang berkenan dengan pembawaan Anwar yang mementingkan diri dan tidak serasi sebagai pejuang gerakan Islam.

Malah ketika bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadhil Noor memulakan usaha menjalinkan hubungan kerjasama dengan Anwar melalui penubuhan GERAK diikuti dengan Barisan Alternatif (BA) dulu pun, Hadi sudah beberapa kali menyuarakan keraguannya terhadap kejujuran Anwar.

Selepas itu Hadi terpaksa memendamkan keraguannya sebagai menghormati teguran Allahyarham, bagaimana pun setelah selesai PRU 12 2008, tanpa menoleh ke belakang segera diaturkan perjumpaan dengan UMNO dalam usahanya untuk menjayakan kerjasama Kerajaan Perpaduan (UG).

Sekalipun usaha itu mendapat mandat penuh dari Majlis Syura Ulama PAS, akan tetapi beberapa ketika kemudiannya menemui jalan buntu berikutan campurtangan PKR dan DAP serta tekanan yang datangnya dari pemimpin-pemimpin pro Anwar dalam PAS.

Kini Hadi mengorak langkah lagi, sama ada ia memberi manfaat kepada PAS atau sebaliknya sukar ditentukan lebih-lebih lagi di saat sebahagian besar kepimpinan PAS tika ini berkiblatkan ideologi Anwarinas.

Persoalannya sekarang, selama mana media-media PAS seperti Harakah dan HarakahDaily serta lain-lain medium maya yang pro PAS mampu mengikuti arahan pengharaman tersebut? Adakah Anwar dan lain-lain pemimpin PR termasuklah golongan Anwarinas dalam PAS akan berdiam diri?

Jawapan kepada persoalan itu bergantung kepada tindakbalas Anwar dan pengikutnya terutama sekali selepas Parlimen dibubarkan diikuti dengan proses pencalonan nama bagi PRU 13 selesai dilaksanakan.

Tunggu dan lihat, gerakan siapa yang lebih ke depan tika itu. Tapi tak mustahil, belum pun Parlimen dibubarkan, gabungan PR yang membabitkan kerjasama longgar antara PKR, DAP dan PAS pula yang dibubarkan terlebih dahulu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 22 Februari 2013

Hebat

Pelumba Blanco Pro Cycling Team, Theo Bos, raih kemenangan kedua peringkat kedua LTdL sejauh 117.8 km dengan catatan 54 minit 48 saat
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BN Akan Menang Lebih 160 Kerusi

Menurut analisis terkini dan sumber-sumber tertentu, BN dijangka mampu memenangi sehingga 160 dari 222 kerusi dalam pilihanraya ke-13. Jangkaan ini menepati ramalan majalah Economist Intelligence Unit (EIU) berdasarkan analisis terhadap projek transformasi, rekod prestasi BN serta penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang jelas begitu kuat bekerja.

Selain itu, prestasi pembangkang yang buruk kerana banyak memungkiri janji, di akan tambah dengan taburan janji-janji yang tidak masuk akal jika parti itu memerintah seperti pendidikan percuma dan penurunan duti kenderaan, yang akan memakan belanja sehingga RM47.6 billion setahun, secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada sokongan terhadap BN. Itu pun belum lagi dicampur dengan janji-janji lain yang melibatkan kewangan negara seperti tol percuma, penurunan harga barang dan lain-lain.

Dalam pilihanraya yang lalu, BN telah mengalami apa yang dipanggil 'tsunami' politik apabila kekurangan 8 kerusi untuk kuasa 2/3. Di Semenanjung daripada 166 kerusi parlimen yang tersedia, BN menang 85 dan di Sabah dan Sarawak pula, BN menang 54 kerusi. Secara keseluruhannya BN hanya memenangi 139 dari 222 kerusi.

Tamparan itu merupakan peringatan dari rakyat yang tidak berpuas hati dengan pendekatan 'terlalu terbuka' kepimpinan pada waktu itu sehingga memperlihatkan seolah-olah kehilangan kawalan. Ternyata rakyat Malaysia cukup bijak menilai perkembangan semasa untuk lebih awal mengesan beberapa perkara yang tidak kena dan bakal merosakkan negara.

Kebimbangan rakyat terbukti berasas di mana dalam masa hanya sepenggal, negara yang sebelumnya pernah digelar Harimau Asia dan disegani seluruh dunia, benar-benar berada dalam keadaan lemah dan semakin lemah dari segi ekonomi dan juga perpaduan rakyat.

Suara-suara lantang rakyat ketika itu menjerit-jerit memberitahu mengingatkan kerajaan bahawa walaupun negara harus dipimpin secara berpasukan, namun pasukan yang terlalu besar juga menyumbang kepada risiko yang berbagai dari segi kerahsiaan, kesetiaan, keselamatan, kecekapan, ketelusan dan pengkhianatan.

Oleh kerana suara tersebut telah diperlekehkan, maka BN pun akhirnya menerima tamparan paling kuat dalam PRU 2008 apabila rakyat nekad melakukan apa yang perlu dilakukan iaitu 'memberi pengajaran' kepada kerajaan agar jangan sekali-kali merosakkan negara.

'Kerosakan' yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi kelemahan kepimpinan sehingga sewenang-wenangnya mendedahkan negara kepada risiko kerugian dan hilang kedaulatan, tetapi juga dari segi keterbukaan yang keterlaluan sehingga mengancam perpaduan rakyat. Antara 'amaran' paling keras dari rakyat ketika itu adalah supaya kerajaan lebih bijak dalam menangani tuntutan antara suara majoriti dengan minoriti yang menjadi asas demokrasi.

Hari ini, terbukti sudah bahawa tindakan rakyat memberi pengajaran itu adalah tepat apabila kepimpinan digantikan dengan Dato' Seri Najib.

Nampaknya, harapan yang diberikan rakyat kepada kepimpinan baru, telah tidak dipersia-siakan beliau. Dato' Seri Najib benar-benar berusaha memahami luahan hati rakyat disamping bekerja keras menguruskan negara dan memulihkan segala kerosakan yang berlaku.

Dato' Seri Najib membawa imej professional dengan enggan melayan karenah pembangkang yang cuba mengganggu fokus beliau dengan fitnah-fitnah mengenai rasuah, hubungan sulit sehinggakan kepada fitnah membunuh.

Di masa yang sama, beliau juga mengambil masa untuk mendekati semua golongan, majoriti dan juga minoriti. Beliau sanggup menerima jemputan Tahun Baru Cina oleh Dong Zong walaupun pertubuhan tersebut selamanya mengambil sikap memusuhi kerajaan. Walaupun tidak memberi ucapan politik yang berdegar-degar, tetapi kehadiran beliau ke majlis tersebut membawa mesej jelas iaitu kerajaan tidak pernah memusuhi sesiapa. Di bawah BN, semua pihak berhak memperjuangkan hak masing-masing, asalkan tidak menyentuh sensitiviti pihak lain, tidak mencabar perlembagaan negara dan tidak menentang arus nasionalisme.

Kita percaya, pendekatan tegas tetapi lembut Dato' Seri Najib akan membawa kepada kemenangan besar BN dalam PRU-13. Kesungguhan dan keikhlasan beliau benar-benar menyentuh hati rakyat untuk turut membantu memastikan negara terus maju ke hadapan serta aman sejahtera di bawah kepimpinannya

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 21 Februari 2013

Ikrar Integriti Pilihan Raya

PUTRAJAYA : Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya sebagai satu lagi komitmen beliau terhadap pelaksanaan agenda negara dalam membanteras rasuah terutamanya semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri menandatangani ikrar tersebut sambil disaksikan Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Shukri Abdul dan Presiden Transperancy International (Malaysia) (TI-M), Datuk Paul Low.

Yang turut hadir pada majlis serba ringkas itu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan para pemimpin parti komponen BN.

''Apabila nama calon BN yang akan bertanding pada PRU-13 diumumkan, saya akan pastikan mereka menandatangani ikrar tersebut.

''Calon-calon dari parti komponen BN sudah melalui proses saringan SPRM dan adalah sesuai untuk mereka mengambil komitmen menandatangani ikrar integriti untuk pilihan raya yang bersih dan adil," katanya di sini.

Menurut Perdana Menteri, tanggungjawab memenuhi ikrar tersebut terletak di atas bahu mereka yang telah menurunkan tandatangan.

''Dan adalah menjadi hak rakyat untuk memastikan wakil rakyat terbabit berpegang kepada akujanji yang telah dibuat, justeru itu, marilah kita bekerjasama ke arah mengukuhkan proses pilihan raya," katanya.

Maklumat terperinci berhubung akujanji itu boleh diperoleh menerusi laman sesawang TI-M. Orang ramai akan bertanggungjawab menjadi mata dan telinga untuk memantau kepatuhan wakil rakyat masing-masing memenuhi piawaian itu.

Maklum balas boleh disalurkan menerusi akaun Facebook calon atau Twitter wakil rakyat terbabit.

Ikrar Integriti yang digerakkan TI-M adalah kontrak sosial yang ditandatangani secara sukarela oleh mana-mana calon yang akan bertanding pada PRU kelak.

Antara lain calon akan berikrar mengangkat integriti, tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti di peringkat negeri dan persekutuan serta menegakkan kedaulatan undang-undang.

Sementara itu, Paul ketika bercakap kepada pemberita berkata, pelaksanaan ikrar tersebut membolehkan rakyat memantau pemimpin yang benar-benar mematuhi prinsip dan berintegriti.

''Langkah ini akan menggalakkan rakyat untuk mengambil tahu tingkah laku serta perbuatan individu yang telah menandatangani ikrar malah rakyat juga boleh berkomunikasi dengan mereka,'' katanya.

Katanya, Malaysia adalah negara pertama dalam kalangan komuniti TI yang menandatangani ikrar tersebut sekali gus menjadi contoh kepada usaha memerangi rasuah yang dimulakan di peringkat atasan.

''Kami gembira kerana Datuk Seri Najib secara personal komited menandatangani komitmen beliau sendiri terhadap ikrar ini,'' katanya.

Menurut Paul, pihaknya akan menggalakkan semua calon tanpa mengira parti untuk menandatangani ikrar tersebut bagi melihat sejauh mana komitmen mereka dalam mengangkat integriti dan ketelusan.

Setakat ini 20 individu telah menandatangani ikrar yang dibuat secara sukarela tanpa ada kaitan dengan kerajaan atau mana-mana parti politik.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penyokong PAS Terima BR1M Lebih Hina Dari Lembu Dan Ayam – Nik Aziz

Mengucap panjang kita mendengar ucapan Nik Aziz setibanya di Kota Bharu setelah menunaikan umrah di Mekah. Ucapan Nik Aziz bukannya mengajak kepada perpaduan atau ke arah perdamaian tetapi berunsur celaan, sehingga tergamak menyamakan penerima BR1M dengan haiwan.

Kata Nik Aziz, di hadapan penyokong yang menyambutnya pulang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, "Orang yang menawarkan wang kepada orang, sama seperti kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu mana datang, jadi kalau kit aberi barang kepda orang, beri RM10, RM50 orang akan ambil."

Hina sekali pandangan Tok Guru terhadap rakyat yang menerima BR1M sedangkan ramai dari penyokong-penyokong Tok Guru sendiri turut menerimanya dengan bangga. Tidak cukup dengan itu, mereka mendabik dada pula kononnya itu hak mereka, sebagai rakyat dan duit yang diterima itu adalah duit rakyat.

Entah dari mana datangnya alasan bahawa duit itu adalah hak mereka. Apakah semua kerajaan di dunia ini memberi BR1M? Tentulah tidak, kerana bukan tanggungjawab mana-mana kerajaan untuk berbuat demikian.

Sudah menjadi hukum alam, dan sudah termaktub dalam ajaran Islam, bahawa manusia perlu bekerja untuk mendapatkan wang. Tiada siapa yang layak menerima apa-apa tanpa berusaha melainkan mereka sememangnya tidak punya kemampuan untuk berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu seperti kesihatan, kecacatan dan sebagainya.

Tugas kerajaan adalah untuk mentadbir, menjana pendapatan, membawa pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan, menyediakan kemudahan awam, memastikan rakyat mendapat pendidikan, memelihara kedaulatan negara serta memastikan keamanan.

Menyediakan wang tunai 'percuma' kepada rakyat bukanlah tugas kerajaan.

Tugas setiap seorang dari rakyat pula adalah untuk bekerja bagi menyara diri dan keluarga serta membayar cukai kepada kerajaan supaya kerajaan dapat terus menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh rakyat.

Sudah menjadi lumrah dunia, ada rakyat yang berpelajaran tinggi dan ada yang tidak. Ada yang miskin dan ada yang kaya. Ada yang dulu susah, tetapi sekarang senang setelah kerajaan membawa masuk pelaburan dan mereka dapat bekerja di kilang-kilang. Ada yang dulu hidup atas peruntukan rakyat termiskin, kini tinggal di rumah dua teres dua tingkat setelah anak-anak mereka menjadi orang berjaya berkat pembelajaran percuma di peringkat rendah dan menengah dan kemudiannya mendapat biasiswa pula untuk ke universiti. Adajuga yang dulu senang tetapi sekarang susah dan menganggur akibat membazirkan masa dan wang ibu bapa ketika di universiti kerana sibuk berdemonstrasi.

Oleh itu, ada rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan dan ramai lagi yang tidak.

Kerana itu, kerajaan BN yang prihatin, telah mengambil kira keadaan hidup rakyat yang berbagai ini dan memutuskan untuk membantu mereka yang memerlukan, melalui BR1M. Kerajaan boleh saja menggunakan peruntukan BR1M sejumlah RM3 billion itu untuk tujuan lain, tetapi dikhuatiri ia tidak akan dapat dirasai secara langsung oleh golongan yang benar-benar memerlukan. Hanya dengan pemberian tunai sahaja yang dapat memastikan ia mencapai objektif secara tepat kerana dengan wang tunai, rakyat boleh memutuskan sendiri cara untuk membelanjakannya.

Sudah tentu sekali BR1M tidak akan dapat diberikan jika kerajaan tidak mampu. Jika kerajaan sekadar bergantung kepada cukai yang dikutip dari segolongan rakyat yang layak membayar cukai sahaja, tentulah kerajaan tidak akan mampu memberi BR1M kepada golongan yang tidak layak membayar cukai itu.

Justeru, kemampuan kerajaan memberi BR1M kepada rakyat dengan sendirinya membuktikan kecekapan pentadbiran Barisan Nasional dalam menjana pendapatan serta mengurus kewangan negara.

Malangnya, Tok Guru melihat BR1M sebagai umpan atau rasuah untuk memancing undi serta menghina pula rakyat yang menerimanya. Lebih malang lagi kerana antara yang menerima BR1M itu adalah penyokong-penyokong Tok Guru sendiri.

Kerana itu, kita ingin bertanya Tok Guru, jika penerima BR1M adalah umpama lembu dan ayam, maka penyokong Tok Guru yang saban hari mengutuk BN tetapi tetap menadah tangan melahap BR1M, umpama apa pula?

Fikirkanlah sendiri, binatang apa yang lebih hina dari lembu dan ayam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bila Pas tidak percaya kepada pemimpin sendiri.

Berita 11 kawasan Dun Kedah menolak Dr Azizan menunjukkan Pas gagal dan patut dikuburkan dalam PRU 13.

11 kawasan Pas Kedah masih berlapik dalam mengkritik dengan alasan desakan meminta Pesuruhjaya Pas Kedah mengundurkan diri bukan kerana gagal mentadbir negeri tetapi gagal mentadbir Pas.

Sebenarnya tidak ada beza apa pun, Dr Azizan gagal mentadbir negeri kerana 11 daripada 16 Adun yang dimenangi oleh Pas , 1 Adun Dap. 5 Adun Pkr gagal memberi kerjasama dan komitmen kepada Azizan menguruskan negeri dengan baik.

Mereka merasakan dengan cubaan menjatuhkan Azizan mereka boleh mengambil alih tempat tersebut. Ramai Adun dan. Ahli Parlimen Pas Kedah bercita-cita untuk jawatan menteri besar.

Kedua ialah ada tangan-tangan jahat dari luar parti yang melihat Dr Azizan bersikap liberal terhadap pemimpin Umno.

Ketiga ialah unsur Anwar yang hanya menguasai 5 kerusi sedang giat berusaha untuk menambah bilangannya dengan meletakkan calon Pas yang pro kepada Anwar.

Kelemahan pentadbiran Pas Kedah amat ketara dalam tahun pertama pentadbiran mereka.

Pertama kenyataan Azizan tentang HUDUD, Azizan berkata Hudud bukan keutamaan kerajaan Pas Kedah,

Kerajaan negeri juga gagal menguruskan kutipan sampah, rumput dikiri kana jalan dan taman-taman perumahan tidak diuruskan dengan baik.

Kuin (Kolej universiti Islam Negeri) gagal melaksanakan pendidikan percuma. Projek penapisan minyak yang dirancangkan di pinggir laut gagal dilaksanakan.

Kulim Hi tech Industries Zone di Kulim gagal menambah dan menarik FDI baru, apa yang ada adalah usaha kerajaan sebelum dan usaha Koridor Utara dibawah kerajaan pusat
Hanya satu kejayaan Pas yang sangat membanggakan Pas Pusat ialah usaha mereka mencerahkan hutan di kawasan tadahan air Pedu. Proses menggondolkan hutan simpan kekal kononnya untuk projek pertanian dilihat sebagai satu kesilapan besar kerajaan Pas Kedah.

Akibat pencerahan hutan simpan sejak 2008 menyebabkan rakyat hidup sengsara, kampung halaman mereka sering dilanda banjir besar dan memusnahkan hasil tanaman mereka.

Selain itu ia juga menyebabkan sistem bekalan air negeri terjejas, air tercemar, bekalan air bersih berkurangan, tekanan air rendah dan akibat pendapatan hasil air berkurangan, tambah parah apabila Pas Kedah mengambil keputusan untuk menaikan tarif air seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan Dap Pulau Pinang.

Percakaran dalaman Pas sendiri dalam merebut jawatan peringkat tempatan seperti Jkkk, pengurusan masjid/ surau dan lain-lain menyebabkan Pas semakin berpecah dan tikam menikam sesama sendiri.

Kemuncak perpecahan ialah mereka mahu Azizan berundur.

Pas Kedah sudah nampak bahawa mereka akan menerima nasib seperi Pas Terengganu. Menang sepenggal sahaja dan dirampas kembali oleh BN hingga ke hari ini.

Oleh yang demikian Pas Kedah pasrah dan hanya mengharapkan sokongan daripada ahlinya sahaja.

Pas juga sudah tawar hati untuk berperang di Kedah dan bersedia untuk kalah. Oleh sebab itu Pas cuba memberi tumpuan di Perak.

Nizar Jamaludin kini sudah melabur jutaan ringgit untuk berperang dan merampas kembali Perak.

Cumanya Nizar sendiri masih terumbang ambil mencari tempat untuk bertanding. Penduduk Pasir Panjang awal-awal lagi sudah menolak beliau, kemudian disahkan untuk bertanding di Changkat Jering dan terkini tak jadi pulak.

Berbalik kepada Kedah, Semasa BN memerintah tidak terdapat sebarang isu yang menyebabkan rakyat tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan. Bekalan air normal dan dalam keadaan memuaskan, pembalakan dalam keadaan terkawal, keraajaan akur dengan arahan Jabatan Hutan, tiada masalah sampah dan kebersihan berada pada tahap yang amat baik. Pelaburan FDI masuk tanpa henti.

Kedah sudah bersedia untuk menjadi negara maju menjelang 2020 tetapi apakan daya 2008 kerana terpengaruh dengan Hadi Awang dan Anwar, Pas berjaya mencipta kejayaan melalui pembohongan dan menang bersama Dap, Pkr dan bebas.

Insyaallah, 2013 ini Kedah akan kembali kepada BN.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 19 Februari 2013

Cakap tak serupa bikin

Pas semakin kalut mencari sokongan pengundi Melayu yang beragama Islam.

Fatwa baru Pas ini seolah-olah mereka lah ahli syurga, merekalah yang akan mendapat rahmat Allah.

Ya, memang betul Pas akan mendapat rahmat Tuhan Kudus Roh Suci dan bermacam-macam jenis tuhan yang lain.

Sebahagian pengikut Pas adalah Syiah, dan syiah yang kita tahu adalah bukan Islam, mereka mencetuskan huru-hara sepanjang waktu untuk memerangi ahli Sunni.

Pas menurut ulama Islam dari Kelantan sendiri telah menghukum bahawa Pas adalah sesat. Sesat dalam mencari sokongan politik. Sesat kerana mengadaikan maruah dan syiar Islam. Menyokong pejuangan komunis, menyokong LGBT.

Pas kini perasuah, kuat memfitnah, munafik, kawarij.

Tak hairanlah Ulama Kelantan mengharamkan umat islam mengundi Pas.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nurul Izzah Pasti Menang Lawan Utusan Malaysia

Pengurusan kes saman fitnah Nurul Izzah Anwar terhadap Utusan Malaysia telah ditetapkan pada 15 Mac 2013. Saman tersebut adalah berhubung artikel berkaitan hak kebebasan beragama yang disiarkan oleh akhbar itu antara 5 – 7 November tahun lalu, yang didakwa Nurul Izzah sebagai memfitnah beliau.

Sebenarnya, berita mengenai pembangkang menyaman akhbar bukanlah berita yang mengejutkan. Malah, pembangkang sudah begitu terkenal sebagai tidak mengamalkan kebebasan bersuara. Tindakan pembangkang yang gemar membakar akhbar, memboikot akhbar, menghalang pemberita dari membuat liputan, mengherdik pemberita apabila tidak dapat menjawab soalan, adalah antara bukti kukuh bahawa pembangkang mengamalkan prinsip tertutup, tidak bebas dan berat sebelah.

Berbeza dengan Barisan Nasional yang lebih selesa membiarkan media bebas melaporkan apa saja mengenai parti dan pemimpin parti, walaupun ia merupakan fitnah, kerana parti ini percaya kepada kebebasan bersuara. Apabila difitnah oleh media pembangkang, BN lebih suka memilih cara menjawab dan memberi penerangan kepada rakyat kerana yakin yang rakyat adalah jauh lebih bijak dan matang untuk menilai sesuatu berita.

Sikap 'tidak serupa bikin' pembangkang bukan sahaja terserlah dalam isu kebebasan media atau kebebasan bersuara tetapi juga berkenaan sistem kehakiman negara. Antara alasan utama bagi pembangkang menyeru rakyat untuk menolak BN ialah kononnya sistem kehakiman negara ini tidak adil dan tidak telus.

Namun, masalah tersebut juga kini semakin lama semakin jelas, bukanlah berpunca dari BN tetapi pembangkang sendiri. Mana tidaknya, jika pembangkang telah berkali-kali menang dalam menentang kerajaan mahkamah. Malah, kes liwat 2 Anwar Ibrahim yang begitu jelas, konkrit dan sahih buktinya dalam bentuk DNA, CCTV di lif, keterangan saksi, kronologi peristiwa serta sejarah tertuduh juga telah dimenangi oleh Anwar, iaitu pihak pembangkang. Kemenangan Anwar membuatkan penyokong-penyokong pembangkang sendiri terdiam seketika kerana tidak menyangka yang beliau boleh menang dengan bukti yang sebegitu kukuh terhadapnya.

Anwar juga memenangi saman Utusan Malaysia mengenai temubualnya di BBC yang didakwanya sebagai berniat jahat. Sedangkan Utusan hanya bertindak sebagai penyampai dengan melaporkan kata-kata Anwar sendiri, tanpa mengubah walau satu ayatpun kerana menyedari bahawa pembaca boleh mengakses sendiri wawancara Anwar itu yang dimuat-turun di Youtube untuk mengesahkan laporan mereka. Utusan telah diperintahkan oleh Hakim VT Singham untuk membayar RM50,000 kepada Anwar.

Justeru, kita tidak hairan, malah yakin dan pasti bahawa Nurul Izzah juga akan memenangi kes samannya terhadap Utusan Malaysia. Keyakinan ini adalah berdasarkan kebebasan mahkamah yang diragui berat sebelah kepada pembangkang, terutama apabila ia melibatkan hakim-hakim tertentu. Dan nampaknya, hakim yang bakal mengendalikan kes Izzah juga adalah termasuk dalam senarai tersebut, iaitu Hakim VT Singham yang telah memenangkan Anwar dalam kes saman Utusan seperti yang disebut di atas.

Hakim VT Singham, berusia hampir separuh abad tetapi entah kenapa masih masih bujang, telah sebenarnya banyak menimbulkan kontroversi, bukan sahaja dalam kes yang melibatkan pemimpin politik tetapi juga kes-kes jenayah. Antaranya:

1.Kes saman fitnah RM10 juta oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy terhadap seorang wartawan The Star dan syarikat akhbar yang berakhir dengan saman tersebut ditarik balik.

2.Kes Bunuh seorang pemuda dimana Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V T Singham, melepas dan membebaskan Azman Ismail, 25, atau `Man Datuk, anak bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ismail Shahbodin dan empat rakannya daripada tuduhan membunuh seorang pelajar kejuruteraan mekanikal pada 2003 tanpa dipanggil membela diri. Empat rakannya itu ialah Mohd Shafiq Azren Salleh, 24 (Boy TC); Mohd Hafiz Ibrahim, 23 (Tony); Mohd Faizal Radzali, 26 (Jambu) dan Mohamad Rizal Abu Hassan, 23 (Adik).

Mereka dituduh bersama seorang lagi yang masih bebas (Mohd Nizam Ariffin atau Tok Mat Crane) membelasah, menendang dan memijak Mohd Hosni Fadzli Mohd Amin, 21, di Ikhwan Auto, No 19, Hala Rapat Baru 20, Kawasan Perindustrian Ringan Kinta di Ipoh, antara jam 3 hingga 10 pagi, 22 Disember 2003, sehingga menyebabkan mangsa mati.

3. Kes Menteri Dalam Negeri menyaman Anwar pada 26 April 2011 melalui Tetuan Zul Rafique & Partners kerana mendakwa Anwar telah mengeluarkan kata-kata fitnah itu semasa wawancara dengan media selepas membuat laporan polis pada 22 Mac lepas di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dimana Hakim VT Singham juga menjadi hakimnya. Dan seperti yang dijangka, Anwar telah menang mudah.

Antara teori yang dikatakan mempengaruhi kecenderungan penghakiman VT Singham untuk memihak kepada pembangkang adalah kerana beliau menyokong aspirasi pembangkang yang terbuka terhadap LGBT. Syak wasangka ini berkait rapat dengan hakikat yang beliau masih belum berkahwin walaupun sudah berusia dan berjaya, yang mana tentunya menjadi rebutan wanita.

Berdasarkan teori ini, maka usahlah kita membuang masa mendengar hujah perbicaraan kes saman Nurul Izzah terhadap Utusan Malaysia, kerana jika hakimnya VT Singham, maka Nurul Izzah pasti menang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP-PKR ‘Berbunuhan’ Di Johor

Akhir-akhir ini politik Malaysia semakin kerap dihiasi dengan kisah pertelingkahan antara parti-parti sekutu di dalam pakatan pembangkang akibat isu-isu semasa. Antaranya, isu Kalimah Allah, jelas meretakkan hubungan PAS dengan DAP walaupun terdapat suara-suara di dalam PAS yang tidak mampu mengakui hakikat itu. Isu yang sama juga menjauhkan lagi PAS dengan PKR kerana parti PKR jelas mempunyai pendirian yang sama dengan DAP.

Walaupun PAS pada hakikatnya, akur dengan kehendak PKR dan DAP tetapi 'pertelingkahan mulut' di media perlu diteruskan bagi memberi gambaran kepada penyokong PAS kononnya parti itu tidak akan mengalah. Namun, ketidaksanggupan PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat dengan sendirinya menandakan PAS telah pun kalah dan akur kepada DAP dan PKR.

DAP dan PKR pula secara umumnya tidak bermasalah dari segi isu-isu semasa. Tetapi, perkembangan terbaru di Johor, telah membuktikan bahawa pendirian yang sama dalam isu semasa bukan jaminan yang kedua-dua parti itu tidak bertelagah.

Pendek kata, secara dasarnya, Pakatan Rakyat kini telah retak seribu, dan hanya menanti belah dan hancur lebur sahaja sahaja.

Masalah PKR dan DAP di Johor dikatakan berpunca dari Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr. Chua Jui Meng. Perkara ini dibangkitkan sendiri secara terbuka oleh Dr. Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP negeri. Semuanya kerana berebutkan kerusi pilihanraya di mana Chua dikatakan telah 'membuat serangan hebat' terhadap DAP Johor secara bawah tanah, sejak beberapa bulan lalu.

Antara serangan yang dilakukan oleh Chua ialah menuduh DAP sebagai bongkak bagi menafikan beberapa kerusi kepada DAP sekali gus, mengelakkan penguasaan DAP di negeri itu. Chua juga dituduh telah tidak menghormati sejarah persefahaman dan hubungan erat antara parti komponen dalam PR di Johor yang terjalin sejak dahulu dengan mengumumkan diri sendiri sebagai calon Gelang Patah sedangkan pembahagian kerusi belum pun muktamad.

Alasan Chua bahawa beliau berhak berbuat demikian sebagai Pengerusi PKR Negeri memperlihatkan keangkuhan dirinya mengatasi DAP yang menjadi sasaran tuduhan bongkak.

Dalam PRU-12, kawasan parlimen Gelang Patah dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) Tan Ah Eng dengan menewaskan calon PKR Zaliha Binti Mustafa sebanyak 33,630. Dalam pilihanraya kali ini, PKR dikatakan ingin bertanding semula di kawasan tersebut tetapi Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai telah mengumumkan untuk meletakkan calon DAP di situ. Justeru, tindakan Chua mengumumkan diri sendiri menyebabkan keadaan menjadi tegang serta janggal.

Hari ini Karpal Singh dilaporkan menegaskan bahawa DAP tidak mengambil ringan aduan Dr. Boo dan akan menyiasat perkara tersebut segera demi kepentingan PR. Walaubagaimanapun, tiada kenyataan dari pihak PKR mengenai perkara yang sama.

Oleh itu, Dr. Boo terpaksa 'menyeru' Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim atau Presiden PKR, Wan Azizah agar masuk campur dan memantau politik PR di Johor bagi memastikan perancangan menawan negeri tersebut berjalan lancar.

Pelik sekali, apabila Anwar terpaksa 'diseru' untuk masuk campur, sedangkan dalam kebanyakan isu, Anwar akan masuk campur secara suka rela. Malah, dalam pemilihan parti PKR juga Anwar bukan sahaja masuk campur tetapi 'menggaul rata' sebelum menapis dan membuang mana-mana yang dilihat 'tidak begitu setia' atau tidak memberi keuntungan kepadanya.

Selain itu, bukanlah rahsia yang Anwar juga telah masuk campur dalam politik dalaman PAS melalui kuncu-kuncunya yang digelar parasit oleh mereka-mereka yang arif mengenai strateginya.

Berdasarkan hakikat ini, mungkin Karpal, Dr. Boo dan DAP wajar memikirkan semula 'seruan' mereka agar Anwar atau isterinya masuk campur dalam pertelingkahan DAP-PKR di Johor.

Adalah tidak mustahil bahawa usaha mengsabotaj DAP yang didakwa dilakukan oleh Chua Jui Meng adalah sebenarnya berpunca dari 'campur tangan Anwar'?

Sesungguhnya, amaran telah dikeluarkan kepada rakyat bahawa 'perang' di dalam PR adalah sesuatu yang pasti dan akan berterusan. Ia bukan sahaja kerana ketiga-tiga parti membawa pendirian, sifat dan halatuju yang bertentangan, tetapi juga kerana karektor individu-individu yang menerajui parti-parti tersebut.

Maka, senarionya kini dan selama-lamanya ialah, PKR akan terus menikam DAP di Johor, dan sembunyi tangan. DAP akan terus menikam PAS di Pulau Pinang, dan sembunyi tangan juga. PKR terus meracun PAS dari dalam dan DAP pula terus memijak PAS dari atas. PAS pula sedang menghancurkan diri sendiri kerana terlalu sayang pada PKR dan DAP walaupun saban hari berendam air mata, disepak terajang dan diludah dan ditunjal kepala.

Melihat bagaimana DAP-PKR-PAS 'berbunuhan' sesama sendiri, Pakatan Rakyat mungkin akan mati sendiri pada bila-bila masa sahaja, tanpa BN perlu melancarkan serangan.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ANWAR KEHABISAN PELURU SERANG UMNO-BN

Ketua Pembangkang semakin berkecamuk fikirannya ekoran tekanan politik yang dihadapi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kalan dalam istilah peperangan, Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan semua senjata sulitnya bagi menghadapi populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat.

Malah Anwar jelas nampak tertekan apabila rakyat mula memberi respons yang cukup memberangsangan terhadap segala usaha serta program untuk membantu dan meringankan kos kehidupan.

Boleh dikatakan tidak ada kelompok atau golongan rakyat yang tidak menerima mahupun menikmati limpahan rahmat hasil daripada keprihatin kerajaan Barisan Nasional.

Daripada BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 dan seterusnya BRIM 3.0 pada masa depan hinggalah kepada program-program membantu ibu tunggal, pelajar sekolah, golongan belia dan remaja, siswa siswi, pemandu teksi, anggota tentera yang bersara, pemandu teksi, kumpulan OKU, golongan berpendapatan rendah dan peneroka Felda.

Semuanya mendapat bantuan kewangan dari kerajaan yang berjaya membangun ekonomi negara sehingga menjana pendapatan yang cukup untuk disalurkan secara terus kepada rakyat.

Pembangkang pula asyik berceramah siang dan malam menjual janji-janji manis setakat air liur di corong-corong udara.

Mereka gagal untuk membela rakyat tetapi mencaci, memfitnah dan mentohmah pihak kerajaan yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih maju dan makmur.

Anwar sedar beliau gagal untuk membuktikan kepada rakyat bahawa janji yang dibuat mampu direalisasikan.

Maka apa saja isu yang boleh memberi 'political mileage' atau keuntungan politik akan digunakan walau pun kadangkala jelas remeh temeh.

Oleh itu untuk mengalih pandangan, beliau membuat kacau dengan menggunakan beberapa kuda tunggangan untuk menjaykan agenda politiknya.

Terkini Anwar cuba menggunakan senator bebas dari Australia, Nick Xenophon untuk campur tangan dalam proses pilihan raya negara ini.

Ketika gagal mengguna Bersih untuk menumbangkan kerajaan, Anwar terpaksa menebalkan muka untuk merayu kepada kerajaan negara itu memantau perjalanan pilihan raya di Malaysia tetapi malangnya usahaya ditolak mentah-mentah.

Senator Xenophon yang tidak mewakili parti pemerintah Australia menjadi benteng terakhir Anwar untuk terus menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi ini pun gagal apabila awan beliau itu ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen dan kemudian dihantar pulang.

Sebelum ini Bersih 1.0. 2.0 dan 3.0 juga tidak mampu memberi kesan kepada kerajaan walaupun pembangkang berarak di jalanraya mendesak tuntutan mereka dipenuhi.

Anwar juga mendalangi tindakan pertubuhan haram Suaram yang cuba menjadi plaintif dalam penyiasatan kes Scorpene di Perancis.

Ini pun gagal apabila identiti sebenar pertubuhan itu didedahkan sebagai agen pihak asing yang menerima dana asing.

Pembangkang juga berusaha untuk mengagalkan projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang dan telah mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak.

Malah Pengerusi Himpunan Hijau yang didokong parti pembangkang telah menjadi elemen ekstrim dengan mengugut untuk membakar kilang Lynas dan kilang perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.

Anwar juga menafikan tidak terlibat memperalatkan Deepak Jaikishan untuk memburuk-buru serta memfitnah pemimpin negara tetapi rakyat tahu beliaulah tok dalang yang mengawal penjual karpet itu.

Usaha ini nampaknya gagal kerana rakyat tidak berminat untuk mendengar penipuan demi penipuan yang keluar dari individu yang tidak bermoral dan tida mempunyai kredibiliti ini.

Anwar sudah hilang punca untuk terus menyerang kerajaan kerana semua pelurunya sudah digunakan.

Pepecahan di antara Pas dan Dap semakin hari semakin bertambah buruk.

Setiap hari ada saja ahli-ahli Pas yang berdemonstrasi dan memijak-mijak gambar pemimpin Dap kerana tida bersetuju pendirian parti mereka berhubung isu kalimah ALLAH.

Jika Pas dan Dap berpecah daripada Pakatan Rakyat maka punahlah harapan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Sekiranya Pas dan Dap masih kekal dalam Pakatan Rakyat, rakyat juga akan menolak mereka kerana pendirian pembangkang yang mempermainkan agama Islam demi kepentingan politik.

Anwar dalang sebenar atau tangan ghaib disebalik isu kalimah ALLAH dengan dibantu oleh Dap.

Taktik Anwar ialah untuk memecah belahkan kuasa politik melayu supaya senang Dap dan pengaruh gerakan Kristian bertapak di Malaysia

Itulah sebabnya itu beliau bermati-matian mempertahan serta menyokong Dap dalam isu kalimah ALLAH.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 18 Februari 2013

Ini kali lah Kita TUKAR!

Mr KJ jangan kacau
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.