Khamis, 17 Januari 2013

Pembangkang cuba memburukkan PDRM

Hari ini TM dimaklumkan tentang usaha terbaru pembangkang untuk memburukkan nama baik PDRM.

Seorang wakil rakyat pembangkang telah dikenali pasti sedang mengumpul tanda tangan dari orang ramai di taman-taman perumahan, pasar malam, tempat-tempat awam.

Alasan mereka ialah Polis gagal mengekang jenayah terutama di Daerah Taiping.

Padahal kadar jenayah di Taiping telah mencatatkan penurunan besar pada tahun 2012 berbanding 2011.

Kejayaan PDRM mengurangkan kes jenayah adalah hasil kerjasama baik dengan komuniti penduduk melalui NGO dan lain-lain pasukan sukarelawan yang ditubuhkan oleh kerajaan seperti SRS, RELA, JPAM dan lain-lain.

Polis juga telah mengenal pasti lima cap jari penjenayah yang berasal dari Johor dan Selangor dan menjadi buruan polis hari ini.

Bagaimanapun kes jenayah meningkat pada January dengan mencatat 35 kes yang melibatkan samun dan curi motosikal.

Terakhir kes samun pada 11 January lalu pada jam 6.00 pagi dimana seorang peniaga mee telah disamun dan beliau kerugian RM 100 ringgit dan telefon bimbit. Penjenayah berjaya ditangkap. 2 bilah pisau, 2 bilah parang, telefon bimbit dan dua motosikal telah dirampas.

Oleh itu satu usaha pencegahan hendaklah digembleng secara bersama antara polis dan masyarakat, ini kerana jenayah adalah gejala sosial dan perlu ditangani bersama.

Satu pesanan ialah jika penjenayah ditangkap oleh orang awam, janganlah menggunakan kekerasan yang berlebihan, mangsa perlu diserahkan kepada polis untuk tangkapan semula. Jika penjenayah memasuki sesebuah bangunan, serahkan tanggung jawab kepada polis untuk mengelakkan orang awam dituduh menceroboh.

Polis Taiping dan NGO akan melaksana skim community policing dan NGO yang ingin membantu polis dipersilakan untuk tampil dan kursus akan dibuat untuk memahami SOP semasa berkawal atau bertugas.

Oleh yang demikian tohmahan pembangkang terhadap polis adalah satu penghinaan atau sengala meracun rakyat agar membenci Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Pembangkang hanya tahu mencari salah orang tetapi mereka gagal memberi satu alternative untuk menambahbaik perkhidmatan polis.

Oleh yang demikian satu laporan polis akan dibuat terhadap ahli politik yang sengaja cuba menjatuhkan imej polis yang mendapat pengiktirafan Di Raja.

Majlis taklimat keselamatan telah disampaikan oleh ACP Yusoff Mat Diah Ketua Polis Daerah Taiping. Majlis turut dihadiri oleh YB Dato Tan Lian Hoe, Exco Kerajaan Negeri YB Dato Mohamad Zahir, pemimpin-pemimpin masyarakat, NGO dan badan-badan sukarela dibawah kerajaan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 15 Januari 2013

Hebat Dato Fauzi Saari

Nama Dato Fauzi Saari sangat gah di kalangan orang Batu Kurau, beliau adalah ikon anak-anak Batu Kurau dalam bidang kepolisian. Ramai yang berjaya mengikut jejak beliau menjadi pegawai polis.

Hari ini beberapa laman blog telah mendedahkan rumah baru beliau di Shah Alam. Sebelum ini beliau memiliki rumah biasa di Taman Melawati Ulu Kelang.

Khabar yang bertiup kencang di kampungnya menyatakan beliau memiliki rumah baru yang bernilai RM 3 juta adalah benar dengan pendedahan dalam beberapa blog hari ini.

Agak menghairankan bagaimana beliau boleh dan mampu membina rumah agam yang begitu hebat di Shah Alam.

Mungkin duit pencen dan wang sagu hati kerajaan yang diterimanya bernilai jutaan ringgit membolehkan beliau membina rumah yang hebat itu.

Berita lain menyatakan beliau memiliki 4 buah stesen minyak di sekitar Lembah Kelang.

Kalau sudah begitu kaya mengapa sibuk nak menentang kerajaan dengan menyertai Pas?

Tidakkah beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang menjadikan beliau seorang jutawan?

Kali ini difahamkan bahawa setiap calon yang akan bertanding dalam PRU 13 mestilah mempunyai nama bersih di SPRM. Adakah Dato Fauzi akan bersih namanya dan layak bertanding?

Jawapannya hanya ditangan mereka. Kalau putih, putih lah, kalau hitam bermakna tidak layak bertanding.

Itu belum sentuh jawatan lain selepas bersara, ada hear say menyatakan beliau adalah chairman sebuah syarikat beras dengan elaun RM 16 ribu sebulan.

Hebat orang Batu Kurau deeeeeee!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Garispanduan Hiburan di tempat Awam: PAS Kedah VS DAP Pusingan Ke-3

Rakyat Malaysia sudah menerima perbalahan antara PAS dengan DAP sebagai satu 'cara hidup' iaitu akan tetap berlarutan selama-lamanya. Satu ketika PAS akan mengalah, tetapi satu ketika lain akan membuat U-turn, tetapi tidak mustahil akan berbalah semula atas isu yang sama. Semua ini bergantung kepada perkembangan politik semasa. Pendek kata, perkahwinan PAS dengan DAP sentiasa dihiasi dengan dugaan dan cabaran tetapi akhirnya, PAS sebagai isteri tetap akan tunduk juga kepada kehendak suami yang chauvinis.

Dalam perbalahan mengenai isu dalam negeri-negeri jajahan PAS pula, PAS negeri seringkali terpaksa berhadapan dengan DAP Pusat secara bersendirian kerana PAS Pusat enggan menawarkan sokongan kepada PAS negeri, bagi mengelakkan masalah besar dalam perkahwinan mereka.

Dan inilah yang berlaku terhadap YAB Dato' Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah beberapa kali. Sebelum ini, beliau telah terpaksa bertekak dengan DAP kerana isu melarang gambar wanita tidak bertudung dipaparkan di papan tanda negeri itu, kemudiannya isu menutup pusat hiburan di bulan Ramadhan dan kini isu garispanduan bagi aktiviti hiburan di tempat awam di Kedah.

Seperti juga isu-isu lain, PAS Pusat nampaknya langsung tidak cuba untuk membela Azizan dalam isu terkini ini. Malah, kita tidak hairan jika PAS Pusat mengarahkan agar Azizan akur sahaja dengan kehendak DAP. Ini kerana mengenali Azizan, beliau tidak akan semudah itu tunduk kepada DAP jika tidak kerana arahan dari kepimpinan PAS sendiri.

Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching menempelak garispanduan yang dikenakan Azizan sebagai tidak masuk akal, tidak boleh diterima dan tidak bijak. Sementara exco Kedah, Tan Chow Kang dari PKR pula bertanya sinis sama ada Azizan inginkan kaum Cina di Kedah mendengar lagu-lagu komunis sahaja.

Garispanduan itu, yang dilaporkan oleh China Press and Nanyang Siang Pau mengharamkan wanita dewasa dari menyertai persembahan hiburan untuk orang awam. Selain itu, garispanduan tersebut juga mengharamkan persembahan muzik langsung, dan hanya boleh diadakan dengan menggunakan rakaman awal (minus one). Persembahan pula hanya dibenarkan untuk lagu-lagu berunsur agama dengan semua yang terlibat berpakaian sopan.

Kelab Penyokong PAS juga tidak ketinggalan mengkritik Azizan dalam hal ini dan menganggap ia sebagai satu tindakan yang tidak peka dan tidak toleran terhadap agama dan budaya lain, serta 'pentingkan diri sendiri'.

Apa yang menyakitkan lagi hati DAP ialah garispanduan ini dikeluarkan hanya beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina. Dengan garispanduan ini, tentunya perayaan Tahun Baru Cina di Kedah akan menjadi muram dan hambar.

Tindakan kerajaan negeri Kedah ini memperlihatkan kekeliruan, kalaupun tidak hipokrasi yang kronik di dalam PAS. Bukan kita tidak tahu bahawa dalam isu hiburan, PAS Kedah hanya berada beberapa langkah saja di belakang Selangor dalam perlumbaan membuka pusat-pusat hiburan baru. Pusat Karaoke tumbuh tanpa kawalan, bagai cendawan sejak PAS memerintah Kedah, sehinggakan ada yang bersebelahan sahaja dengan surau atau masjid. Rungutan mengenai moral anak-anak muda Kedah yang semakin buruk bagai sudah menjadi satu fenomena di kalangan 'orang-orang lama' Kedah, terutama di bandar Alor Setar.

Seperti yang kita sedia maklum, pusat-pusat hiburan yang menawarkan hiburan secara tertutup beroperasi secara berterusan sementara hiburan berbentuk persembahan di tempat awam dan di atas pentas pula, adalah bersifat sekali-sekala. Berdasarkan faktor inilah maka garispanduan yang diperkenalkan oleh kerajaan Kedah itu dilihat sebagai usaha untuk menunjuk-nunjuk alim dan bukannya usaha ikhlas untuk memelihara nilai-nilai moral rakyat Kedah.

Tidak mustahil, usaha menunjuk-nunjuk alim ini adalah respon kepada hujan kritikan yang tidak henti-henti menimpa Azizan kerana gagal melaksanakan pentadbiran Islam sebenar mengikut kacamata PAS.

Azizan tidak ada pilihan selain terpaksa menghadapi seluruh parti DAP dan masyarakat Cina Kedah sekali lagi, secara berseorangan. Jika beliau boleh mengelak dari isu balak dengan hanya bersikap angkuh atau mengelak dari isu-isu yang timbul di dalam Laporan Audit dengan mengambil sikap tak tahu, nampaknya, beliau tidak mungkin dapat mengelak isu ini dengan hanya berdiam diri.

Ini kerana, apabila ia melibatkan kepentingan DAP secara langsung, maka PAS Pusat akan memastikan Azizan tidak senang duduk selagi tidak menanganinya dengan baik tanpa menyinggung DAP.

Hakikatnya, sehingga kini, masyarakat Cina masih keliru mengenai siapa dan apakah PAS sebenarnya dan kekeliruan itu membuatkan mereka semakin ragu-ragu untuk memberi undi kepada DAP. Apakah benar PAS sudah terbuka? Atau PAS hanya menyembunyikan ektremismenya untuk sementara? Apakah DAP mampu mengekang pemikiran jumud dan ekstrem PAS mengenai agama? Sampai bila DAP mampu mengawal PAS? Dan apakah jaminan yang PAS tidak akan bangkit dengan lebih bersemangat sehingga mengatasi kelicikan DAP jika PR menang PRU kali ini?

Soalan yang sama juga mungkin perlu ditanya oleh Azizan kepada dirinya sendiri dan juga kepada kepimpinan PAS. Ketahuilah oleh PAS bahawa rakyat keseluruhan juga turut menantikan jawapannya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apabila Pok Nik tarik gear gostan

Sekembalinya Nik Aziz dari #KL112 beliau telah menarik balik persetujuan yang beliau telah persetujui sebelum ini. Ia adalah berkaitan dengan kalimah Allah dalam bible Melayu.

Dengan itu selesai satu bab. Yang menjadi delema ialah cicak mengkarung ustaz-ustaz Pas diperingkat bawahan yang telah memberi ceramah dalam kuliah magrib di surau dan masjid termasuk dalam khutbah Jumaat sebelum ini.

Kebanyakan ustaz-ustaz Pas dengan lantang menyokong kenyataan pemimpin mereka bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain.

Hari ini apabila mereka kembali ke surau atau masjid apa pula yang akan dikelentong oleh mereka apabila Nik Aziz dan majlis Syura telah sebulat suara menolak penggunaan kalimah Allah dalam bible bahasa Melayu.

Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam adalah pemimpin Pas yang paling malu dengan kenyataan terbaru Nik Aziz.

Kesimpulannya ialah Pas ialah sebuah parti kluk klek yang tak boleh pakai, apa lagi untuk diangkat menjadi pentadbir. Pas asyik menipu setiap waktu setiap masa.

Sekian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penyokong PR Bertumbuk Kerana Wanita?

Riuh rendah seketika dikalangan pimpinan dan penyokong PR membicarakan kekecohan dan hiruk piruk yang berlaku di pintu masuk utama Stadium Merdeka semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) Sabtu lepas.

Dalam kekecohan tersebut dikatakan seorang pengiring kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah ditumbuk oleh seorang penyokong PAS gara-gara enggan memberi laluan kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun mengikut perkhabaran lain dari peserta HKR #KL112 yang berada di tempat kejadian kemungkinan kejadian tersebut berpunca daripada kes mengambil kesempatan dan meraba wanita.

Bagaimanapun ini tiada kaitan dengan sekeping gambar meraba punggung seorang wanita bertudung yang sengaja disebarkan oleh bloggers PR dalam usaha mereka untuk menuding jari menyalahkan bloggers UMNO.

Sebaliknya kes meraba yang diperkatakan ini menyebut lelaki yang bertopi biru itu khabarnya secara tak sengaja 'tersilap raba' isteri lelaki berbaju kuning sewaktu berhimpit di luar stadium dan bila bertemu secara kebetulan di pintu utama stadium maka hutang maruah dilangsaikan melalui tumbukan padu ke kepala lelaki bertopi biru.

Barangkali terangsang dengan kehadiran sesetengah peserta HKR #KL112 yang berpakaian seksi dan menjolok mata, ataupun mungkin juga teruja dan ghairah dengan penampilan golongan pondan lgbt yang menyeksakan mata yang turut serta memeriahkan himpunan anjuran PR. Ada kemungkinannya.

Mengikut maklumat lain daripada anggota Unit Amal yang bertugas pula, mereka mendakwa mendengar laungan Shamsidar daripada lelaki bertopi biru semasa kehadiran Anwar menyebabkan orang ramai mengamuk dan mengusirnya, diikuti dengan satu tumbukan singgah ke kepalanya.

Sementara seorang rakannya pula menyanggah keterangan itu sebaliknya mendakwa laungan yang didengar ialah "Anwar, jam omeganya mana?," kemudian diikuti dengan tindakan penyokong PR yang lain mengusirnya.

Agak tidak logik keterangan tersebut memandangkan lelaki bertopi biru itu adalah pengiring Anwar ataupun AJK bertugas, tentunya dia tidak tergamak mempertikaikan di mana jam omega Anwar yang sehingga kini gagal ditunjukkan oleh isteri Anwar kepada orang ramai.

Dalam kesemua keterangan di atas, sukar ditentukan mana satu yang betul. Tiada saksi lain yang dapat mengesahkan, tambahan pula sehingga kini tiada pihak yang tampil membuat laporan polis untuk dibuka kertas siasatan bagi mengelpasti punca sebenar kekecohan.

Namun berdasarkan beberapa video yang sedang ditayangkan di Youtube kebarangkalian besar kekecohan tersebut berlaku sebenarnya disebabkan pengiring Anwar rasa terhina kerana bosnya sebagai Ketua Pembangkang tidak dihormati oleh penyokong PAS untuk menuju dahulu ke pentas.

Tindakan kasar lelaki bertopi biru itu berusaha menghalang rombongan Nik Aziz menyebabkan ramai penyokong PAS berang dan dipercayai menjadi punca utama kekecohan tersebut.

Apapun, sebagai langkah susulan eloklah pemimpin PR membuat penjelasan rasmi untuk meredakan ketegangan, jika betul disebabkan kes raba meraba ataupun provokasi sesama sendiri perlulah dikeluarkan jaminan perkara tersebut tidak akan berulang.

Andainya kekecohan berpunca daripada kelemahan pihak penganjur menyebabkan berlakunya salah faham, maka lelaki yang berkelakukan ganas menumbuk orang lain di depan khalayak ramai itu perlulah diadili mengikut undang-undang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Najib Will Step Down – Malaysia Chronicle

An article in Malaysia Chronicle (MC) dated 7 January 2013, wrote: 'New PM for Malaysia – Najib to be forced to step down on health reasons'. No doubt, that some people may have celebrated the news.

According to the article, to sum it all up, Prime Minister Najib had fallen ill and was absence from the public limelight for almost a fortnight most probably due to the pressure caused by the emergence of Deepak Jaikishan, who is alleged to have played the assisting role somehow, in the murder of Altantuya, the Mongolian model aka the 'interpreter' whom the French police couldn't find any traces of her ever entering France during the period where the controversial transaction of Scorpene submarine took place.

The MC also reported that the former Prime Minister, Tun Mahathir is pushing hard for the Deputy Prime Minister, Muhyiddin Yassin to take over as Prime Minister.

The rumours on the ground that went along with the MC's report was that the PM had a stroke.

However, on the 8th January, the Prime Minister had kept to his schedule to launch the Exchange-Traded Bonds and Sukuk. He seemed to manage to 'hide his illness' well as he went through the function gracefully and confidently. He also attended the monthly assembly at his office in Putrajaya the next day with no sign of any illness. And today, we can see the PM attending the Transformation of Security and Fundamental Rights Legislation Conference looking radiant and healthy.

Therefore, in order to make sense of the article, we could take it that either the PM has miraculously recovered from an illness so serious that forced his family members to numb out on his condition from the public as claimed by the MC, or, he wasn't at all ill. In other words, it was mere rumours or fiction printed by the MC just to stir the air or, for some other reasons that only the media itself, which is linked to Singapore and has a 'special connection' to the Oppositions, specifically, Tian Chua, knows.

But then, stirring the air, making havoc, creating chaos seems to be 'the' ultimate plan for Malaysia, by Oppositions and their masters. Inciting hatred towards the government, instilling racial prejudice, pushing for divisions between the same race or religion, discredit all government agencies and make the people believe that they are living in hell even when they are having the time of their life, are the common strategy used in all 'regime change' missions.

Although this mission has only been commonly heard in these few years, it has been carried out as early as the 60's as revealed by the ex-CIA officers like Philip Agee, Michael Scheuer and many more. Some failed, but many were successful. The objective is nothing more but to conquer the natural resources of the target country and its economy, by putting a puppet leader on the throne.

Surprisingly unsurprisingly, Bosnia was one of the 'experiments'. And we have witness the once united people, who didn't notice their differences in religion and history suddenly became enemies of each other and were willing to kill their once close friends or neighbours, as the prejudices changed into total hatred.

The regime change mission takes full advantage of the people's ignorance and arrogance combined. Being a rapidly developing country, the people in Malaysia represents both, where the more exposed and educated thought that they know it better, and the unexposed and naïve thought that they are doing all the right thing for some purpose or any purpose at all, that some charismatic leader could make them believe.

This mixture of ignorance and arrogance has been proven to be the perfect formula for the mission, and as we can see, it is working quite well in Malaysia. The formula takes advantage in knowing that it is almost impossible to tell the 'educated and more exposed' group that they don't know it all about everything or that they are wrong. While, the unexposed and naïve wouldn't listen to anybody but their own appointed leaders. With one or many opportunists around, the formula works even better.

As the mission being carried out, the government is being put in a very difficult situation when the people see the government as the sum of all evil. Every explaination, every effort to bring the people back to their senses fell on deaf ears. Worse is that even when the people have heard about the regime change missions and have seen the devastating results elsewhere, the complexity of it all seems too far-fetched, almost alien or surreal and sounded like too wild an imagination for these people of the developing country to process.

Hatred towards the government has finally taken over the spaces in the mind that they failed to see the difference between a demonstration in Africa pre-Mandela, and the demonstration in Egypt or Libya. They actually believe that there are the same reasons behind all the similar actions and disregard the reality of their own living condition.

In short, by making a devil out of the government and using the oppositions as tools, the mission is on. As the superpower says it, control the media, control the world.

And this, can be seen clearly in the MC's article, among the many articles published by their links, counterparts and associates all along and ever since. What the MC did was continue to paint a picture of Tun Mahathir as the evil puppet master, and that at this time, the BN is 'scared' as hell of the 'Anwar's people's power via Pakatan Rakyat'. It also hinted that we should all get ready for anything that this exceptionally-high-and-above-evil-puppet-master Tun Mahathir has planned for us as the election date approaching.

Anyway, if the MC insists on defending itself for being one of the tools used for the regime change mission, then we owe the media a credit for being the only media that could dig out stories that isn't there. You know, for a journalist or a reporter to be able to get a hand into 'something that isn't there' should be taken seriously, at least by the journalist or reporter himself. Personally, I would recommend him to either check his mental condition, or to consider becoming a fiction writer instead.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HKR Iktiraf Idea Transformasi Najib

Akhirnya selesai sudah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112), semuanya berjalan aman dan tenteram. Sekalipun HKR #KL112 gagal mengumpulkan sejuta orang, sekurang-kurangnya penganur dapat juga kutip wang derma lebih dari RM200,000.00 dari penyokong yang hadir.

Soal angka kehadiran berbeza sekejap 100,000 malah ada yang dakwa 150,000 ataupun 300,000 hatta 700,000 sekalipun, bukannya isu utama untuk diperdebatkan.

Yang penting HKR #KL112 sudah membuktikan kapasiti Stadium Merdeka yang cuma 30,000 itu dan kehadiran sebenar cuma 45,000 termasuk peserta atas padang dan di luar stadium, jika bijak dipropagandakan ramai juga yang akan terpedaya dengan temberang angka dan nombor yang bombastik.

Sehingga kini tiada kekecohan besar yang dilaporkan. Kalau ada pun cuma kejadian menumbuk rakan sepakatan semasa kedatangan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang bertembung dengan ketibaan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat di pintu utama Stadium Merdeka, itu sebetulnya sekadar manifestasi kejujuran sikap sesama penyokong PR sahaja.

Demikian halnya dengan penglibatan besar golongan LGBT, aktivis hak asasi manusia ala barat dan puak liberal dalam HKR #KL112, itu tidak mendatangkan aib pun kerana ia hanya satu kejujuran PR sebagai gabungan liberal yang mendukung agenda pluralisme.

Tak salah berlaku jujur menampakkan sikap dan dasar sebenar PR serta sesekali tumbuk kepala pengiring khas pemimpin PR, sedangkan adik beradik lagikan bergaduh, apa sangatlah tumbuk menumbuk sesama rakan dalam pakatan dan berhimpun bersama golongan pondan dan liberal, yak tak?

Malah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri pun teruja sehinggakan turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada PR di atas kelancaran perjalanan HKR #KL112.

"Perhimpunan yang berlaku pada hari tersebut (Sabtu lalu) telah menunjukkan islah atau pembaharuan yang kita lakukan (kuatkuasakan APA) adalah amat tepat sekali. Tahniah di atas profesionalisme yang dipamerkan oleh pihak berkuasa," katanya dalam satu majlis di Kuala Lumpur semalam.

Baru PM sedar dan tahu hakikat yang PR pun ada juga sikap warasnya yang mampu mengatasi angin gila pus-pus disamping berupaya juga untuk berkelakuan sopan macam manusia biasa yang lain, terutama sekali bila dah nak hampir PRU 13.

HKR #KL112 telah mengiktiraf perubahan dan pembaharuan yang dibawa oleh Najib kepada negara dan rakyat maka layaklah ucapan terima kasih itu ditujukan pada semua pimpinan pembangkang.

Secara ringkasnya HKR #KL112 telah membuktikan tanpa kerjasama dari pimpinan PR sukar untuk menjayakan idea transformasi PM khususnya dalam menjayakan Akta Pehimpunan Awam (APA 2012), betul tak?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 14 Januari 2013

Najib berjaya tundukkan Anwar

Apabila Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan akta tahanan ISA (Internal Security Act) ramai orang marah.

Cuma puak-puak pembangkang sahaja yang seronok kononnya mereka sudah menang dalam penentang undang-undang ISA yang lapok.

Memang pun lapok sebab ia dibuat zaman darurat dahulu. Kerajaan melihat undang-undang tersebut ada kelemahannya. Apa tidaknya kerana peguam-peguam yang bijaksana dapat mencari lompong-lompong kelemahan akta tersebut dan mereka menang dalam mahkamah apabila menyaman kerajaan kerana menahan orang awam yang berhimpun awal atau demo jalanan.

Ramai juga tahan ISA yang dibebaskan kerana usaha peguam dengan istilah Habies Corpus.

Kini akta baru diperkenalkan dan diluluskan dalam sidang parlimen tahun 2012.

Justeru, pembangkang dan peguam masih kabur dengan akta baru dan mereka masih belum nampak ruang-ruang kelemahan akta tersebut.

Bila tiba masa untuk berdemo #KL112 Sabtu lepas jelas menunjuka mereka akur dengan akta yang baru.

Ini bermakna Najib berjaya mengalahkan Anwar yang mahukan satu rusuhan besar-besar seperti perhimpunan dataran Tahrir Mesir.

Singapore negara jiran kita di Selatan Tanahair masih lagi mengekal ISA dan kemungkinan juga akan turut sama mengikut jejak Malaysia, bila? Hanya masa akan menentukan

TM yakin Singapore akan mengikut jejak kita kerana pada 1 Janiuari 1982 negara republik itu turut mengikut jejak kita dalam mempercepatkan masa 30 minit lebih awal.

Dahulu, waktu di semenanjung 30 minit lewat berbanding dengan Sabah, Sarawak dan Brunei. Hanya Kalimantan Barat dan Kalimantan Timur sahaja masih mengekalkan masa mereka 1jam lewat dari Malaysia sama seperti waktu Thailand.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pok Nik kalah dengan ugutan

Nampaknya Nik Aziz terpaksa menarik balik kenyataan sebelum ini yang membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible bahasa Melayu kerana takut kehilangan undi akar umbi Pas.

Sudah ada suara bantahan sebahagian besar ahli Pas termasuk pemimpin kanan Pas seperti Dr Harun Din dan lain-lain dalam majlis ulama.

Dengan itu, Mat Sabu dan Khalid Samad yang sebelum ini adalah penyokong kuat yang membenar kalimah Allah juga akan menarik hand brake kerana takut hilang sokongan akar umbi.

Sah! Pas boleh bersifat seperti gaji yang boleh disorong dan ditarik bila perlu.

Bayang betapa mudahnya Pas mengubah pendirian mereka dalam sekelip mata. Esok atau lusa Harakah juga akan memutar belit isu kalimah Allah kononnya ia adalah modal terdesak Umno menuduh Pas, pada hal Pas sememangnya sudah lama tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah dalam bible Melayu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu "Allah" Terima Kasih Pok Nik

Sebelum ini Nik Aziz , Hadi Awang, Khalid Samad dan beberapa pemimping Pkr bersetuju dengan cadangan Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim yang mahukan kalimah Allah digunakan dalam bible bahasa Melayu.

Nik Aziz pernah berkata bahawa kalimah Allah pernah digunakan zaman Jahilliah lagi dan hari ini mereka nak guna, apa salahnya?, mereka nak memahami Islam" itu lah pendirian Nik Aziz.

Pagi tadi sekembalinya beliau dari Kuala Lumpur beliau telah diserbu oleh wartawan di lapangan terbang Sultan Ismail.

Dalam wawancara tadi beliau menolak penggunaan kalimah Allah dan menyifatkan cadangan Dap sebagai mengarut.

Nik Aziz sekali lagi terpaksa tidak bersetuju selepas majlis syura atau majlis ulama Pas menolak cadangan yang telah dipersetujui oleh Hadi Awang.

Pada 8 Januari lepas 3 komponan parti pembangkang Pas, Dap dan Pkr telah menyatakan persetujuan mereka tentang isu tersebut.

Terima kasih lah pada Pok Nik akhirnya akur kehendak rakyat.

Pastinya Khalid Samad akan jadi burung unta yang akan sorok kepala dalam lubang najis.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Reason Why Chinese Shy Away From HKR

Not being able to reach 1 million participants, is not the only reason why Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 is seen as a failure, but the declining support from non-Malays is also a strong sign showing that Pakatan Rakyat is beginning to lose rakyat's support.
HKR showed that only 8% from 45,000 who were present was the Chinese, while Indians are a lot lower with only 2%. Such small attendence had forced Malay PAS and PKR to raise DAP's flag, for the sake of their ally. Few of the images which could show that Malays became DAP's slaves during HKR was when there were a few women in tudung and men in kopiah yelling while putting on DAP's symbol, as well as a few youth groups marching with banners written in Chinese.

The Chinese and Indians, especially, refuse to be involved in this craziness. Moreover, Chinese DAP usually only prefer to rally up with their own race such as Himpunan Hijau. While the Indians are tired for getting cheated by PR in issues which involves the race in Selangor and Penang which led to their refusal to have any ties with PR.
Understanding this situation, post mortem of the previous BERSIH 3.0 could probably show us the reason why the Chinese refuse to join their slaves from PAS and PKR in HKR. BERSIH 3.0 showed 30% participation from the Chinese and 7% from the Indians.

From the post mortem, we could see that the Chinese no longer believe in Anwar and Azmin after they were found giving out orders to violate the law during BERSIH 3.0 which then caused chaos. And the Chinese, especially, refuse to take the risk to be trapped in yet another riot.

After BERSIH 3.0, most of the Chinese began to realize that the demand for a clean election which was fought for was just another gimmick because all the opposition wanted to do was just causing chaos.

From there, most of them began to listen to the government's explanation and look out for more information regarding MACC's system as well as the responses given by the government as well as MACC on all BERSIH's negative claims made against them.

And from there, half of them began to understand the situation. Even though it seemed a little too late, but at least they managed to seek the truth. They also began to realize that all these while they were simply influenced by the opposition that they can no longer process information rationally.

Thus, PR should re-evaluate all reports from the media regarding their 'success' for HKR. Because, actually, they have not done anything other than lying to themselves. All of the demands made during HKR are just jokes for those who are aware on Malaysian politics.

Because, few of their demands include to fight for the sovereignty of our National language and to have a clean election. How can PR claim that Malaysian elections are dirty if their own party election can be rigged just like that? And the national language, DAP works hard to ensure that the national language will be abolished to make way for mandarin language.

Now, rakyat could see that the motives to organize HKR was blurry, other than trying to create chaos just so that they could show the world as if all rakyat is giving their support to the opposition.

However, with such low number of attendance, even less than the number of UMNO members who came for UMNO's anniversary, PR has no rights to question the election results for the coming GE13, if things do not go their way.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Polis Terbukti Profesional dan Cekap

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tambah Profesional Kaum India

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar Tukang Belit Politik

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pembangkang Guna Talian Hayat Untuk Selamatkan Maruah HKR

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) ataupun dikenali juga Himpunan Menyokong Gadaikan Kalimah Allah Kepada Kristian sudah pun selesai. Namun ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi, para penyokong pakatan pembangkang pula masih sosek-sosek sesama sendiri.

Keliru dan mengelirukan. Itu yang sedang berkecamuk dalam minda penyokong pakatan pembangkang berikutan pelbagai angka kehadiran dikeluarkan oleh pimpinan PR dan medianya.

Ada yang kata HKR #KL112 dibanjiri 100,000 orang, 160,000 malah ada juga yang kata nampak dengan mata kepala sendiri 300,000 orang berhimpun di Stadium Merdeka dan kawasan sekitarnya.

Sama-sama sendiri pun berlaku percanggahan ketara, sudahlah angka sejuta gagal dicapai, angka kecil pun tiada satu pun yang tepat dan realistik dengan keluasan lokasi perhimpunan berlangsung.

Mengikut kajian semasa melibatkan pengguna internet seperti blog, portal, twitter dan facebook pada 12 Januari 2012 yakni hari perhimpunan tersebut diadakan terdapat sejumlah 76,000 komen positif yang membicarakan HKR #KL112.

Bagaimanapun keesokan harinya, 13 Januari 2012 komen-komen positif turun mendadak kepada hanya 12,300 komen sahaja. Keghairahan para penyokong PR seperti terbantut. Kenapa dan mengapa?

Berkemungkinan besar kerana tiada insiden besar seperti rempuhan oleh peserta himpunan ataupun tindakbalas keras dari pihak polis. Mungkin ada kebenarannya kerana berdasarkan tinjauan di Stadium Merdeka, banyak kedengaran keluhan para penyokong PR yang merasakan acara kali ini agak membosankan dan tidak mencabar.

Tambahan pula bila mana selepas perhimpunan berlangsung pelbagai angka kehadiran yang tidak munasabah dikeluarkan yang akhirnya memalukan PR sendiri. Semangat penyokong yang sudah sedia tergugat terus jatuh setangga demi setangga dan akhirnya merudum.

Mungkin menyedari populariti HKR #KL112 dilihat gagal menandingi Bersih 3.0, maka datanglah seorang bekas professor kangkung yang terlebih cerdik dengan talian hayat baru untuk menyelamatkan maruah HKR #KL112.


Katanya perarakan yang memanjang 7 kilometer menghala ke Stadium Merdeka bersamaan di hadiri 700,000 orang, itu dakwanya selepas melihat beberapa keping gambar secara sepintas lalu. Seketika bekas professor itu bangga ada yang percaya congak kiranya yang logik kebenaran hanya orang gila sahaja yang mengiakannya.

Maka berkokok gembiralah pemimpin PR mendabik dada dengan gah dan bangganya. Padahal tiada pun perarakan memanjang 7 kilometer dipenuhi peserta HKR #KL112, sebaliknya yang wujud ialah jarak perjalanan perarakan yang jauhnya sekitar 7 kilometer dari KLCC ke Stadium Merdeka.

Stadium Merdeka yang berkapasiti cuma 30,000 ditambah lagi kapasiti maksima atas padang 10,000 orang serta 5,000 orang lagi di luar stadium tiba-tiba boleh dibanjiri 700,000 orang? Makin bengong dan kelu jadinya penyokong PR mahu mencerna angka fantasi yang tak masuk dek akal.

Sia-sia penyokong PAS bawahan yang datang dari jauh mematuhi kerahan tenaga termasuklah ada yang tidur bermalam dalam van dan kereta ketika pemimpin peringkat cawangan, kawasan dan negeri lena selesa di bilik hotel, alih-alih kecelaruan pula yang terus menghantui kepala.

Entah apa lagi usaha PR untuk menaikkan semangat penyokongnya tika ini, satu demi satu serba tak menjadi.

Lagi bertambah parah bila mana malam Ahad lepas, Majlis Syura Ulama PAS yang hanya sesekali saja bermesyuarat itu tiba-tiba pula mengubah keputusan parti apabila tidak bersetuju membenarkan kalimah Allah s.w.t digunakan dalam kitab Bible.

Jatuh lagi semangat penyokong PR khususnya PAS, makin busuk nama HKR #KL112 jadinya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Punca Cina Jauhkan Diri Dari HKR

Jumlah peserta yang jauh dari sasaran 1 juta sebenarnya, bukanlah satu-satunya faktor Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 dilihat sebagai gagal. Tetapi, sokongan yang merosot teruk dari kaum bukan Melayu juga adalah petunjuk penting bahawa Pakatan Rakyat semakin kehilangan sokongan rakyat.

HKR menyaksikan hanya 8% dari 45,000 peserta adalah dari kaum Cina, manakala kaum India jauh lebih corot sambutannya iaitu hanya 2%. Jumlah kedua-dua kaum ini yang begitu sedikit telah memaksa kaum Melayu PAS dan PKR mengangkat lambang DAP bagi pihak sekutu mereka itu. Antara koleksi gambar Melayu menjadi anjing kurap DAP di dalam HKR, kelihatan wanita bertudung dan lelaki berkopiah putih terkinja-kinja menjerit-jerit sambil memakai lambang DAP, serta sekumpulan anak muda mengarak banner bertulisan Cina.

Kaum Cina dan India, terutamanya, jelas enggan terlibat lagi dalam kegilaan ini. Lebih dari itu, kaum Cina DAP juga lebih suka terlibat dalam himpunan yang hanya mengumpul kaum mereka sahaja seperti Himpunan Hijau. Manakala kaum India pula telah serik ditipu oleh PR dalam isu-isu yang membabitkan kaum itu di Selangor dan Pulau Pinang serta enggan mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan PR.

Bagi memahami situasi ini, post-mortem himpunan BERSIH 3.0 yang lalu mungkin dapat memberi penjelasan yang lebih tepat tentang keengganan kaum Cina untuk turut bersama balaci mereka dari PAS dan PKR di dalam HKR. Himpunan BERSIH 3.0 menyaksikan 30% penyertaan dari kaum Cina dan 7% dari kaum India.

Dapatan dari post-mortem tersebut menunjukkan yang kaum Cina sudah tidak percaya lagi dengan Anwar dan Azmin setelah mereka didapati mengarahkan rempuhan sewaktu BERSIH 3.0 sehingga menyebabkan kekecohan. Dan kaum Cina, terutamanya, enggan mengambil risiko terperangkap dalam kekecohan lagi.

Selepas BERSIH 3.0, ramai dari kaum Cina mula menyedari bahawa tuntutan pilihanraya bersih yang dilaungkan hanyalah gimik semata-mata kerana yang sebenarnya, pembangkang hanya ingin membuat kecoh.

Bermula dari situ juga ramai di antara mereka mula belajar mendengar penjelasan kerajaan dan mencari maklumat lebih mendalam mengenai sistem SPR serta jawapan-jawapan yang SPR dan kerajaan diberikan terhadap semua tuduhan BERSIH.

Bertitik tolak dari itu, lebih separuh dari mereka nampaknya sudah mula faham. Biarpun agak terlambat sedikit, tetapi sekurang-kurangnya mereka telah berusaha untuk mendapatkan maklumat sebenar. Dari situ juga, lebih separuh dari mereka ini mula menyedari bahawa selama ini mereka telah termakan hasutan pembangkang sehingga tidak mampu lagi menghadamkan maklumat secara rasional.

Justeru, PR wajar menilai semula apa yang dilaporkan oleh media sebagai 'berjaya' mengenai HKR. Ini kerana, sesungguhnya, tiada apa yang mereka berjaya capai selain berjaya menipu diri sendiri sahaja. Segala tuntutan yang konon dibuat di dalam HKR juga hanya mengundang ketawa bagi mereka yang arif mengenai politik Malaysia.

Mana tidaknya, jika antara tuntutan yang dibuat termasuklah mendaulatkan bahasa kebangsaan serta menuntut pilihanraya bersih. Sedangkan, apakah layak bagi PR untuk menuduh pilihanraya Malaysia sebagai tidak bersih jika pemilihan parti mereka sendiri juga sudah lintang pukang menipu secara terang-terangan? Dan apa pula ini, yang dibebelkan mengenai bahasa kebangsaan sedangkan DAP begitu beria-ia ingin menghapuskan daulat bahasa tersebut dengan mengangkat Mandarin sebagai lebih tinggi lagi kalaupun tidak sama tinggi melalui nama-nama jalan di Pulau Pinang dan kepala surat kerajaan Selangor.

Maka, nampak sangat bahawa senarai tuntutan HKR dibuat dengan cara 'hentam sajalah'.

Lagipun, jika HKR dikatakan berjaya, ia seharusnya bermakna bahawa segala isu tuntutan itu juga telah selesai dengan jayanya.

Kini semua orang dapat melihat bahawa HKR tidak ada motif jelas, selain dari cuba membuat huru-hara di samping cuba menunjuk pada dunia kononnya rakyat menyebelahi pembangkang.

Namun, dengan jumlah rakyat yang hadir begitu sedikit, iaitu kurang dari jumlah ahli UMNO yang berhimpun ketika Ulangtahun UMNO, maka tiada alasanlah lagi bagi PR untuk mempersoalkan keputusan PRU-13 nanti, sekiranya ia tidak menyebelahi mereka.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Malaysiakini Patut Pecat Jurugambar

Portal pro pembangkang, Malaysiakini yang terkenal mendabik dada kononnya telus, bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak berkepentingan politik patutnya malu apabila menyiarkan foto Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) yang mengelirukan pembacanya.

Malaysiakini dalam salah satu artikel Bahasa Melayu dan Inggeris telah menyertakan beberapa keping foto dalam usahanya untuk menyokong dakwaan wujudnya kehadiran 100,000 orang penyokong PR dalam himpunan yang diadakan di Stadium Merdeka pada Sabtu lepas.

Sedangkan umum maklum kapasiti Stadium Merdeka hanya berupaya menampung kapasiti 30,000 tempat duduk dan ruangan untuk berdiri (22,000 tempat duduk + 7,000 ruang berdiri), manakala ruangan padang bola sepak serta kawasan sekelilingnya pula hanya mampu menampung lebihkurang 10,000 orang pada satu-satu masa.

Justeru itu jika ruangan dalam stadium benar-benar penuh dan padat, jumlah keseluruhan hadirin ialah 40,000 dalam stadium, yang mana sekiranya senario ini berlaku ia bermakna para pengunjung berada dalam keadaan agak rapat dan saling bersentuhan diantara satu sama lain.

Namun senario sebenar yang berlaku di stadium bersejarah pada 12 Januari 2013 itu, ruang tempat duduk masih banyak yang kosong, sementara di tepi-tepi padang bahagian kiri dan kanan jelas kelihatan lopong kosong. Di bahagian tengah padang pula ruangan di antara individu yang duduk mahupun yang berdiri ada jarak dan ruang kosong.

Berdasarkan senario itu, jumlah sebenar pengunjung HKR #KL112 di dalam stadium tentulah kurang dari 40,000 orang. Di luar stadium kawasannya tak begitu besar, tapi masih ada kira-kira 5,000 orang penyokong PR.

Untuk mudahkan pengiraan kita anggap saja jumlah 40,000 ada di dalam stadium dicampur dengan baki sekitar 5,000 orang diluar stadium maka jumlah keseluruhannya 45,000 orang. Itu angka yang hampir tepat bersandarkan luas kawasan dalam dan luar stadium.

Bagaimanapun berdasarkan gambar yang disiarkan oleh Malaysiakini jelas berbeza dengan suasana sebenar. Foto yang disiarkan cuba memperlihatkan keadaan serba padat tanpa sebarang ruang kosong.

Ia boleh dilakukan melalui dua cara, sama ada menggunakan teknik superimposed ataupun dengan memanfaatkan teknik fotografi dari sudut tertentu bagi menutup ruangan kosong.

Mana-mana cara di atas yang digunakan, ia tetap tidak boleh menutup realiti bahawa angka 100,000 adalah melampaui kemampuan kapasiti dalam stadium dan luas kawasan di luar Stadium Merdeka.

Kita faham Malaysiakini yang sahamnya turut dimiliki oleh beberapa orang pemimpin PR terdesak untuk mempotretkan 'kejayaan' HKR #KL112, namun menyembunyikan kebenaran dengan teknik fotografi mahupun superimposed bukannya satu etika yang baik untuk satu portal yang mendakwa dirinya telus dan bebas.

Lagipun cubaan Malaysiakini yang berterusan mahu memaksa pembacanya percaya wujudnya kehadiran 100,000 orang di sebuah stadium yang kecil dan kawasan diluarnya yang tidak berapa luas itu, semakin membunuh sedikit demi sedikit reputasi portal itu.

Dulu semasa demonstrasi Bersih 3.0 April 2012 yang lalu, portal yang sama juga mendakwa demonstrasi itu dihadiri 300,000 orang peserta.

Tiba-tiba sahaja untuk laporan HKR #KL112 ini, Malaysiakini mengisytiharkannya sebagai yang terbesar walaupun didakwa kehadiran di himpunan terbaru ini disertai 100,000 orang.

300,000 dengan 100,000 mana satu angka yang lebih besar? Nampaknya Malaysiakini pun terkeliru dengan propaganda dan dakyah sendiri, andainya Malaysiakini masih mempunyai sekelumit kredibiliti yang mahu dipertahankan, eloklah bertindak sekarang.

Jika dek kerana jurugambar punya angkara menyebabkan berita dilaporkan menjadi songsang dan mengelirukan pembaca, lebih bagus dipecat sahaja. Tapi sekiranya kaedah pemberitaan songsang dan fakta bercelaru sudah sebati sebagai amalan Malaysiakini, baik teruskan sahaja perbesarkan angka 100,000 itu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Harakah Kelentong 200,000 Hadir HKR

Dengan kapasiti tempat duduk stadium yang hanya 30,000 dan luas padang stadium yang hanya lebih kurang 50 ribu kaki persegi, masihkah ada yang percaya bahawa hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat mencecah 200,000 orang seperti yang didakwa Harakah? Malah, laporan media-media pembangkang serta laman sosial penyokong-penyokong mereka juga ada yang mendakwa lebih lagi, iaitu sehingga 700,000!

Jumlah ini dikira kononnya berdasarkan stadium yang padat, ditambah dengan peserta diluar yang merangkumi perimeter sejauh 7km sekeliling stadium. Adakah sesiapa yang akan percaya dakwaan pembangkang ini?

Jika dakwaan mereka benar, tentulah Kuala Lumpur menyaksikan kesesakan lalulintas yang teruk serta rungutan para peniaga sepertimana yang berlaku dalam himpunan-himpunan yang didalangi PR sebelum ini. Tetapi, ini semua tidak berlaku. Malah, peserta juga tidak menghadapi masalah atau halangan untuk ke lokasi perhimpunan kerana tiada sekatan jalanraya secara besar-besaran.

Hakikatnya, walaupun keadaan begitu longgar, PR masih tidak mampu mengumpul 1 peratus pun dari jumlah sasaran 1 juta, apatah lagi 200,000 hingga 700,000. Jumlah rasmi yang dikeluarkan oleh pihak polis iaitu 30 ribu di tempat duduk stadium, 10 ribu di padang stadium dan lebih kurang 5 – 7 ribu di luar stadium adalah lebih munasabah untuk diterima di akal.

Ini kerana, logik PR yang mengambil kira perimeter sejauh 7km tidak boleh dipakai kerana adalah mustahil untuk peserta berada di sekeliling stadium. Hanya satu jalan sahaja yang dipenuhi mereka iaitu di hadapan pintu stadium, itupun hanya menyaksikan barisan peserta sejauh 1km atau kurang. Keadaan di jalanraya di kawasan lebih dari 1km dari stadium adalah lengang, aman dan tenteram. Hanya kelihatan beberapa peserta yang mungkin balik awal, atau terlambat datang yang mundar mandir, berjalan santai dalam beberapa kumpulan.

Mungkin kerana telah mendapat maklumat lebih awal bahawa keadaan akan mudah dikawal, maka pihak mengambil keputusan untuk bersikap tidak begitu tegas sepanjang perhimpunan berlangsung. Maklumat dan tindakan pihak polis terbukti tepat apabila peserta juga tidak membuat provokasi dengan mencabar polis atau bertindak ganas.

Maknanya, polis telah dapat mengagak jumlah peserta sebelum perhimpunan bermula lagi tetapi PR masih tidak dapat menganggarkan jumlah tepat peserta walaupun perhimpunan telah selesai.

Perbezaan besar di dalam jumlah yang dilaporkan media pro-PR dengan sendirinya membuktikan yang PR hanya 'hentam' sahaja dalam membuat laporan mengenai sambutan terhadap HKR. Yang sebenarnya, PR cukup maklum yang HKR telah gagal dan tiada sambutan. Ia dapat dihidu sejak malam sebelumnya lagi di mana hanya mampu mengumpul seribu orang.

Ada juga peserta yang berkata bahawa HKR adalah jauh lebih hambar dari BERSIH 3.0. Terdapat ramai yang pulang awal dan kaum Cina dan India juga sudah tidak ambil peduli lagi.

Yang terus dibuai mimpi, percaya bermati-matian bahawa gambar-gambar superimpose serta stadium kecil dengan ruang di luar yang terhad itu mampu menampung sehingga 200,000 – 700,000 orang adalah benar, hanyalah puak-puak balaci PAS dan segelintir remaja-remaja haprak dalam PKR. Mereka inilah saja harapan PR untuk meneruskan langkah menuju pilihanraya.

Mahu tidak mahu PR perlu terus menjaja gambar superimpose tersebut untuk menyedapkan hati penyokong mereka. Manakala, media seperti Harakah pula perlu terus memainkan peranan menjaja pembohongan demi menutup malu.

Lagipun, bukanlah Harakah namanya jika melaporkan yang benar iaitu bahawa HKR gagal kerana peserta yang hadir tidak sampai pun 50,000 orang? Tidak mungkin Harakah mampu menjelaskan bahawa jika stadium tersebut menampung lebih sedikit daripada jumlah itu, maka kita pasti menyaksikan tragedi stadium runtuh dengan kecederaan atau kematian para peserta HKR.

Tetapi, tidak mustahil juga inilah sebenarnya yang diharapkan pemimpin PR, iaitu tragedi berlaku bagi membolehkan mereka menyalahkan kerajaan… malangnya, untuk tujuan ini juga mereka telah gagal.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#KL112

Tok guru baru balik dari KL sebentar tadi. Maknanya semalam dan hari ini tak masuk pejabat lah.

Pergi perhimpunan #KL 112 ucapara rasmi kerajaan, guna duit rakyat naik kapal terbang dan guna kereta vellfire di KL.

Tidur mana? Masjid? Tak mainlah tidur masjid atau asrama. Mestilah hotel bertaraf 6 hingga 10 bintang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bantuan banjir

1,235 mangsa banjir daripada 276 keluarga di Kuala Terengganu telah menerima bantuan sebanyak RM500 melalui Tabung Bantuan Bencana Negara

Selepas ini Pas akan tanya, Siapa ahli Pas yang terima bantuan, minta 10 % .
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selangor dan Sampah

Selangor dan sampah berpisah tiada, tiap-tiap tahun cukai dikutip. Tahun baru ini naik lagi cukai pintu.

Jalan banyak berlubang, 4 tahun tak pernah baiki atau turap semula.

Sampah? Alahai malas dah nak cakap
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 13 Januari 2013

Tahniah Lee Chong Wei

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei muncul juara Terbuka Korea selepas menumpaskan pemain muda China, Du Pengyu dengan keputusan 21-12, 21-15.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

700 ribu hadir #112?

Menurut laporan keadilandaily milik Anwar Ibrahim, seorang bekas pensyarah UKM yang bergelar Professor Dr membuat perkiraan bahawa jumlah kehadiran peserta demo #112 semalam ialah 700 ribu ekor lembu.

Selain itu wujud perebutan dalam siapa berhak untuk mengutip derma, Chegu Bard melarang Pas membuat kutipan, kerana perhimpunan tersebut bukan hak dan bukan anjuran Pas.

Apa pun jika setip ekor lembu menyumbang RM 2 seekor makan PKR sudah berjaya mengumpul dana lebih dari RM 1 juta. Wah! Hebatnya Pkr, dah lah mendapat dana asing , dapat lagi duit derma sihat. Kaya Kaya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Himpunan Kelentong Rakyat (HKR) Gagal

Media-media pembangkang pantas melaporkan 'kejayaan' Himpunan Kelentong Rakyat (HKR) sejurus himpunan tersebut berlangsung.

Nampaknya, tafsiran 'kejayaan' oleh pihak Pakatan Rakyat memang pelik kerana selalunya sesuatu itu ditafsirkan sebagai berjaya jika ia menepati sasaran. Sedangkan HKR yang dianjurkan mereka hanya mencapai 4.5% jumlah peserta yang berjaya dikelentongkan, berbanding 1 juta yang disasarkan.

Namun, himpunan ini tetap diwar-warkan mereka sebagai 'berjaya'. Mungkin mereka menggunakan program yang sama sepertimana yang digunakan oleh DAP dalam pemilihan CEC parti itu yang menggunakan matematik tidak logik sehingga mendapati bahawa angka 45,000 adalah bersamaan dengan 1 juta.

Perlu diingatkan, bahawa sebelum himpunan berlangsung, puak-puak PR telah terlebih dahulu mewar-warkan kononnya, terdapat 10,000 polis baru direkrut khas untuk membuat kacau dan menyamar menjadi peserta. Jika ini benar, maka angka sebenar jumlah peserta hanyalah 35,000.

Bagaimanapun, media pro-PR terus mengkelentong penyokong mereka dengan memaparkan gambar-gambar superimpose serta jarak dekat yang memperlihatkan seolah-olah jumlah peserta begitu ramai. Ada juga yang cuba bermain logik matematik dengan mengira ruang sekaki persegi berbanding kawasan perhimpunan dan memberikan jumlah menghampiri 700,000 orang. Kiraan ini, walaubagaimanapun tidak mengambil-kira keluasan dan kapasiti stadium.

Faktanya, kapasiti tempat duduk staduim hanyalah 25,000. Jika dicampur dengan yang berdiri termasuk di tengah padang yang seluas 50ribu kaki persegi, dibahagi dengan 2 kaki persegi keluasan yang diperlukan untuk seorang individu bersaiz sederhana berdiri tegak, maka paling ramai mungkin terdapat lebih kurang 10,000 – 15,000 lagi. Di luar stadium pula, hanya satu bahagian sahaja yang menyaksikan peserta yang ramai, dan dalam perimeter beberapa puluh meter sahaja dari stadium, yang mana dianggarkan hanya mampu mendapat kiraan dalam 5,000 – 10,000 orang sahaja.

Justeru, anggaran rasmi yang dikeluarkan oleh pihak polis adalah lebih munasabah iaitu 45,000 orang.

Daripada jumlah ini, hanya terdapat lebih kurang 8% kaum Cina dan 2% kaum India yang berjaya dikelentong. Selebihnya, semuanya adalah Melayu PAS dan PKR yang terpaksa membawa lambang DAP dan sepanduk berbahasa Cina bagi mengkelentongkan diri sendiri kononnya kaum Cina juga ramai yang 'terkelentong'.

Apa yang kurang jelas dari himpunan ini ialah tujuan ia diadakan. Kononnya, ia untuk menuntut PRU bersih, menuntut professionalisme kakitangan awam, menuntut Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan entah apa-apa lagi. Tetapi, entah kenapa pemilihan parti sendiri yang jelas kotor dan tidak professional tidak pula menjadi isu. Dan entah bila pula DAP bersetuju untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan sedangkan kepala surat rasmi kerajaan Selangor juga menyaksikan bahasa Mandarin diangkat setaraf.

Sebenarnya, pemimpin-pemimpin PR telah menjangkakan jumlah ini, kerana itulah mereka memilih Stadium Merdeka yang jauh lebih kecil bagi mengelak ia kelihatan kosong. Jika dibanding dengan perhimpunan ulang tahun UMNO baru-baru ini yang menyaksikan 100,000 orang di Stadium Bukit Jalil, maka jumlah RAKYAT yang menyertai HKR adalah jauh lebih rendah dari jumlah ahli UMNO.

Walaubagaimanapun, melihat dari komen-komen penyokong PR di media sosial, nampaknya 100% daripada mereka telah benar-benar percaya dengan apa saja dikelentongkan oleh pemimpin dan media mereka mengenai HKR ini.

Oleh itu, jika tujuan HKR ini adalah untuk kelentong, maka ia wajar dikatakan sebagai berjaya dengan cemerlang sekali kerana walaupun hanya 4.5% dari penyokong PR yang turun berdemonstrasi, tetapi habis satu Malaysia dan seluruh dunia berjaya dikelentong oleh PR kononnya mereka ramai penyokong, sedangkan hakikatnya, untuk mendapat 10% dari sasaran 1 juta pun tidak terdaya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Himpunan #KL112

Himpunan KL112 kelmarin tidak mencapai target seperti yang di war-warkan sebelum ini. Media pembangkang sendiri menyatakan angka kelmarin 80 ribu, jika benar 80 ribu sudah tentu akan jadi seperti BerShit 3.0 yang melibatkan keganasan sehingga ramai penjawat awam yang cedera dan kerosakan harta benda awam.

Tinjauan media yang berlegar sekitar ibu kota jelas menunjukkan jumlah kehadiran kali ini jauh lebih kecil berbanding himpunan terdahulu.

" Kalau tak datang hang bukan rakyat Malaysia" begitu slogan yang dimainkan oleh penganjur perhimpunan. Namun akar umbi sudah jemu untuk menjadi pecacai golongan kawarij.

Kelmarin jam 5pm ramai yang berhimpun untuk makan di RR Jejantas Sungai Buluh untuk balik ke destinasi masing-masing.

Nampak jelas budak-budak hingusan yang memakai baju T KL112 berkopiah Pas tetapi memakai jean lusuh yang menyapu lantai. Nampak sangat budak-budak tersebut main tangkap muat dan diberi upah. Tidak kelihatan ciri-ciri seorang mukmin pun pada ketrampilan mereka.

Rakyat Malaysia berjumlah 27 juta lebih dan keahlian parti pembangkang mungkin 1 juta tetapi yang hadir? Amat kecil jumlahnya, maknya ramai lagi ahli Pas yang hilang kerakyatan secara automatic kerana tidak turut serta dalam #KL112.

Ada lagi satu ayat power yang digunakan oleh penganjur iaitu " anda buka orang kalau tak turun dalam #KL112" bermakna semalam ramailah orang Pas yang tak hadir bolehlah dikategorikan sebagai binatang seperti beruk, kera, lutung dan lebih teruk kalau jadi babi hutan.

Satu media milik Pas dengan rasa kecewanya telah menulis tajuk artikalnya " 40 ribu ka, 80 riba ka, 1 juta ka, itu tidak penting, yang penting ialah Najib mesti dikuburkan". No komen bab ini, biarkan Allah buktikan bahawa rakyat Malaysia akan mengundi BN dalam PRU 13.

Pas sudah semakin jauh menyimpang dari dasar dan matlamat mereka dan kini dikuasai oleh kawarij dan syiah. Pkr dengan hanya untuk mengangkat peliwat dan penyokong LGBT menjadi PM.

Dap lagi besar tujuuannya iaitu melenyapkan kuasa Melayu dalam pentadbiran seperti di negara jiran.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Media Medium Penting Pengantara Rakyat Dan Kerajaan – Najib

KUALA LUMPUR, 13 Jan –  Datuk Seri Najib Tun Razak  hari ini meminta agar pihak media menjadi orang tengah sebagai perantara antara pemimpin dan rakyat yang dapat menyampaikan cetusan hati, kritikan dan aspirasi rakyat kepada kerajaan.

Kata Najib,  pihak media juga perlu memainkan peranan untuk  mengemukakan teguran dan kritikan yang diluahkan rakyat supaya kerajaan dapat melakukan penambahbaikan berdasarkan teguran dan aspirasi yang datang dari rakyat.

"Kita tidak menolak sebarang kritikan yang ditujukan kepada UMNO dan kerajaana asalkan kritikan dan teguran yang diberikan itu  bertujuan untuk mencari kebaikan dan berdasarkan kepada fakta yang sebenarnya," katanya ketika berucap pada majlis Malam Penghargaan Media Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini, Sabtu.

"Berita yang kita tidak mahu dan kita mesti tolak ialah berita-berita kepalsuan, fitnah, sengaja diadakan, terutama sekali menjurus kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat," katanya ketika berucap pada majlis Malam Penghargaan Media Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini, malam ini.

Selain itu, beliau meminta agar pihak media peranan penting sebagai orang tengah  dalam menyampaikan informasi kepada rakyat, hendaklah melaporkan berita yang tepat dan betul mengenai kerajaan.

"Saya selalu sebut bahawa tempoh bila dekat-dekat PRU-13 ini sebagai 'the silly season' yakni dalam musim ini, banyak cerita karut-marut yang sengaja dibangkitkan dengan tujuan untuk merosakkan imej dan pandangan rakyat terhadap kerajaan," katanya.

"Sebab itulah peranan media kepada UMNO adalah sesuatu yang kita sentiasa memberi perhatian yang berat kerana kalau kita tidak berkomunikasi dengan baik dan berkesan, maka apa saja yang kita lakukan meskipun baik, meskipun bertujuan untuk mencapai sesuatu objektif yang murni, boleh ditafsirkan secara negatif atau pun kurang diterima secara positif oleh rakyat.

"Di sinilah letaknya peranan para media untuk melaporkan berita-berita mengenai UMNO, mengenai kerajaan, malah mengenai semua kejadian dalam negara kita secara tepat, betul dan untuk memberi penilaian yang objektif kepada perkara-perkara yang sudah dilakukan oleh parti-parti politik seperti UMNO," katanya.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin tertinggi UMNO serta kira-kira-kira 1,500 warga media. -MediaUMNO


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

8 tuntutan Himpunan Kebangkitan Rakyat yg boleh dipersoalkan!

1- Menuntut Pilihan Raya Adil & Bersih
-SPR sendiri telah melakukan pelbagai penambahbaikan dalam Sistem Pilihanraya. PRU12 dulu PR menang 5 negeri, kenapa tak pertikai SPR?
-Ini semua sbg satu perancangan rapi utk menuduh SPR sekiranya PR tewas PRU13 nnti, tp hakikat sebenarnya sememangnya majoriti rakyat Malaysia menolak PR. Tapi jika PR menang mereka tak persoalkan pula.

2- Bebaskan Tahanan ISA
-Tahanan yg ditahan mesti ada sebab tertentu yg boleh mengancam keselamatan negara. Tindakan ini bagi memastikan tiada gerakan militan dan ancaman kepada keselamatan negara. Keselamatan rakyat dan negara perlu diutamakan.

3- Martabatkan Bahasa Ibunda
-Cukuplah kita mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi negara seperti mana yg termaktub dalam perlembagaan negara. Bahasa Melayu lambang perpaduan negara.

4- Menuntut Pendidikan Percuma
- Kenapa tak lakukan dahulu di UNISEL, Universiti milik Kerajaan Negeri Selangor di bawah PR?? Cakap tak serupa bikin !!

5- Selamatkan Kampung Warisan & Tradisi
- Siapa yang merobohkan Kampung Buah Pala? Sehingga menitiskan air mata!! Cakap tak serupa bikin !!

6- Selamatkan Alam Sekitar
- Apa yg terjadi di Hutan Pedu Kedah? Digondolkan bagi tujuan pembalakan sehingga sampai ke puncak! Cakap tak serupa bikin !!

7- Pulangkan Royalti Minyak Kelantan
-Kerajaan Pusat sendiri telah menyatakan akan mengkaji semula pemberian royalti utk negeri2 di Pantai Timur. Jadi apa lagi?Perkara ini bukannya boleh diselesaikan sehari dua.

8- Selamatkan Felda .
-Kepentingan Penduduk FELDA sentiasa menjadi keutamaan kerajaan. Lihatlah sendiri kehidupan masyarakat FELDA hari ini yg rata2 sudah memiliki rumah banglo, kenderaan, tanah dan pelbagai insentif yg diberikan kerajaan.

Ini semua jelas bahawasanya 8 tuntutan ini bukanlah tujuan sebenar perjuangan PR malah sbg satu alasan menghalalkan cara untuk berhimpun.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 12 Januari 2013

Ilmu Para Mufti Lebih Rendah Dari Nik Aziz?

Sudah ramai ilmuan agama termasuklah para Mufti tampil menempelak tindakan PAS yang secara sedar telah merendahkan kesucian agama Islam apabila buat kali keduanya bersetuju menyokong kalimah Allah s.w.t digadaikan kepada Kristian.

PAS ternyata terpana dan terkesan bila tiba-tiba sahaja para Mufti dan ilmuan agama sama ada yang non partisan mahupun dari dalam PAS sendiri semakin berani menyatakan kritikan mereka secara terbuka, satu senario yang langsung tak terjangka oleh pimpinan PAS.

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid umpamanya menyifatkan tindakan PAS menyokong kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan Bible berbahasa Melayu adalah satu langkah seolah-olah sengaja mahu menyekutukan Allah s.w.t.

Beliau juga berkata persetujuan PAS membiarkan kesucian kalimah Allah dinukilkan dalam Bible menggantikan perkataan 'God' dalam konsep ketuhanan Kristian, sama seperti PAS redha dan merelakan Allah s.w.t itu bukan lagi Yang Maha Esa.

Ulasan beliau senada dengan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman yang turut mengkritik keputusan songsang PAS menyokong tuntutan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung penggunaan kalimah Allah untuk kitab Bible.

Katanya lagi, bagi umat Islam Tuhan hanya satu iaitu Allah s.w.t yang menciptakan alam dan seluruh kejadian di dunia ini, tiada sekutu atau menyerupai makhluk lain.

"Namun, (penganut) Kristian menyebut Allah sebagai Tuhan tetapi mempunyai pelbagai bentuk serta beranak pinak (ayah, ibu dan anak)."

Malah beliau juga menyelar tindakan pihak gereja Kristian mahu mencetak Bible dalam Bahasa Melayu dengan menukarkan God kepada kalimah Allah yang dipercayai dilakukan dengan maksud tertentu untuk mempengaruhi generasi muda muslim supaya terkeliru dan menganggap al-Quran dan Bible, tiada perbezaannya.

Berikutan teguran-teguran itu, tidak sedikit penyokong dan ahli PAS yang buta hati dan kelam mindanya bangkit merendah-rendahkan kewibawaan mereka berdua dengan pelbagai komen buruk dan sinis. Pada mereka, sokongan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap persetujuan PAS dalam isu kalimah Allah adalah tepat dan tiada salahnya.

Jika benar martabat para Mufti sebegitu rendah malah lebih rendah daripada Nik Aziz, apa pula komen pengikut taksub PAS terhadap pendirian dua orang ulama PAS yang jelas bertentangan dengan pendapat songsang Nik Aziz?

Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din misalnya tetap tegas dengan pendirian sesiapa saja umat Islam yang redha ,menyokong tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk dicetak dalam Bible boleh ditimpa kekufuran.

Selain Ustaz Haron Din, seorang lagi pemimpin PAS yang juga adalah pendakwah terkenal, Ustaz Ismail Kamus juga mengecam pendirian PAS dalam isu ini. Katanya, penggunaan kalimah Allah dalam kalangan orang bukan Islam tidak sepatutnya dibenarkan kerana tidak sesuai dengan keadaan dan situasi.

"Siapa pun bertanya, jawapan saya tetap sama iaitu kalimah Allah tidak sesuai digunakan orang bukan Islam di negara ini. Kalau dibenarkan, nanti orang keliru. Allah ini Tuhan siapa sebenarnya? Islam atau agama lain?

"Bagi umat Islam, kita perlu pertahankan agama kita. Bagi saya, kerajaan perlu menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam daripada berlaku," demikian kata Ustaz Ismail Kamus kepada Utusan Malaysia.

Semua kenyataan di atas merupakan satu tamparan hebat buat PAS khususnya kepada Nik Aziz yang sebelum ini bersungguh mempertahankan kesediaan PAS menyokong tuntutan kalimah Allah dimasukkan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Jika dikira dari segi ketokohan dan kelayakan pengetahuan agama, siapa Nik Aziz jika dibandingkan dengan para Mufti sekalian yang terbukti memiliki kelayakan dan luas pengetahuan agama Islam di dada mereka. Hatta Ustaz Haron Din dengan Nik Aziz pun ibarat membanding intan berlian dengan kaca, tak begitu?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAKATAN PEOPLE’S UPRISING RALLY A BIG FLOP AS REALITY SEEPS IN

The end is near as the signs show crystal clear but definitely…no one can deny nor can anyone discard the obvious…Pakatan's last ditch to show force and garner support to throw Prime Minister Najib Tun Razak and BN out of Putrajaya failed miserably.

The one million participants Pakatan's leaders expected to throng Stadium Merdeka and the city did not materialize, their dream fizzled slowly as they walked out of the stadium feeling dejected at the end of the rally.

Pakatan's political game can now be considered as over as the support to their last attempts showed the true situation – the ugly reality emerged – with Najib and the relevant authorities or even BN component parties do anything.

The truth is hard to swallow because it is bitter but Pakatan leaders have to face the truth, no matter how hard they try to 'sweep them under the carpet' but giving the beautiful picture of the oppositions being supported by millions of Malaysians.

The Merdeka stadium event is a total failure if one goes on mathematical calculations, a total failure even if one takes into account the feelings and sentiments of voters – the figure that attended was hardly 10 percent or to be exact just 5 percent of their expectations – 50,000 of the one million expected.

To put it plainly, Malaysians are fed up with Pakatan leaders cheats and lies and are sensible and rational enough to think what is good for the country and what are not good for the future.

Malaysians at large accept Najib's sincerity in attempting to rectify the wrongs and transforms the country into something better for the future of one race – the Malaysian race.

Pakatan's Merdeka stadium event is proof that the relevant authorities – the police, the City Hall council and the stadium management - had successfully co-ordinated the event to give Pakatan a smooth and successful show so that Pakatan leaders cannot blame them if it is a failure.

But alas, it was indeed a failure as Pakatan could did not get the figures the leaders wanted and Pakatan leaders now cannot blame the authorities for this failure as they always did.

One observation that should go unnoticed is that the participants were 90 percent Malays, proof of PAS and PKR members who are Malays are actually being made the fools and vehicles for chauvinistic DAP.
And PAS should realize by now that the party is not treated as same level by the DAP and PAS leaders should now re-think the party's position in Pakatan.

The speeches made by Pakatan leaders did not even touch on the usage of the word 'ALLAH' as they left out the sensitive issue, given the dominant Malay-Muslim crowd by highlighting the old issues such as bersih, oil royalty, environment which have been repeated thousand times, as cover.

Worse of all was the participants did not even care to stand at attention when Pakatan leaders announced the singing of national anthem as participants continue walking about doing their things.

The Merdeka stadium event or what Pakatan called it as the People's Uprising Rally was nothing than just another ceramah with the difference it was held in a stadium and attended by more than the normal audience.

With just few more months to go for the general election, Pakatan is now very desperate and their next move…well no one knows but expect more lies and cheats – repeats of issues with new actors and more suits, probably.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hanya 8% Cina Hadiri HKR

Berminggu-minggu pemimpin pakatan pembangkang memainkan propaganda bombastik bahawa ibukota KL kononnya akan dibanjiri sejuta orang sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) di Stadium Merdeka.

Besar angan-angannya nak gapai angka sejuta (1,000,000) sedangkan lokasi perhimpunan hanya dilangsungkan di stadium yang berkapasiti 30,000 orang sahaja.

Dalam bab memperbesarkan cerita, menipu dan melagukan propaganda serah saja pada pemimpin PR, itu salah satu kelebihan utama mereka. Memanjang saja bila gebang politik, kakinya jarang sangat memijak bumi nyata.

Akhirnya realiti yang berlaku seperti mana disaksikan khalayak ramai, nak mencapai 5% daripada sejuta orang sasaran kehadiran pun tercunggap-cunggap PR nak menggapainya.

Secara keseluruhannya HKR hanya merekodkan kehadiran sekitar 45,000 orang sahaja termasuk ribuan penyokong PR yang berada di luar Stadium Merdeka bersamaan 4.5% daripada sasaran utama sejuta orang hadirin.

Menarik untuk dianalisa apabila kehadiran kaum Cina kelihatan seperti merudum di mana penyertaan mereka dalam HKR dianggarkan hanya sekitar 8% sahaja daripada keseluruhan peserta. Manakala kehadiran dari kalangan masyarakat India pula mewakili sekitar 2% sahaja.

Majoriti peserta himpunan adalah orang Melayu Islam yang terdiri daripada ahli dan penyokong totok PAS dan PKR, sebahagian besarnya dari PAS yang dikerah datang dari seluruh negara untuk meramaikan himpunan.

Kekurangan ketara sokongan dari masyarakat India kepada PR semestinya tidak sukar dijangkakan setelah mengambil kira layanan buruk PR terhadap mereka khususnya membabitkan insiden Kampung Buah Pala dan isu perobohan kuil-kuil ibadat Hindu tanpa melalui prosedur yang betul.

Kegagalan DAP & PKR mengembleng tenaga ahli dan penyokongnya dari kalangan kaum Cina untuk beramai-ramai menyertai HKR barangkali benar disebabkan penonjolan ketara pemimpin PAS dalam penganjuran himpunan kali ini.

Lagipun HKR #KL112 ini bagaikan rojak yang tak siap bila mencampur adukkan 4 kumpulan propaganda terdiri daripada merah, oren, hijau dan kuning yang berlainan matlamat menjadikannya seakan hilang tarikan apabila digabungkan bersama.

Walau apapun, yang pastinya HKR #KL112 ternyata telah gagal mencapai objektifnya untuk menghimpunkan sejuta orang penyokong PR. Kegagalan yang agak memalukan disaat himpunan itu menyaksikan hampir kesemua pimpinan utama PR telah turun memberikan sokongan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ini sudah kira lebih sudu

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kalau kena gas pemedih mata siapa yang susah?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hoi! Apa tidur, pi lah berdemo, duit dah ambil buat la kerja

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bila jiwa dikuasai kebiadaban

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuntutan ini sesuai utk 4 negeri pembangkang

Nak pilihanraya bersih kena rujuk Pkr dan Dap. Dap kira-kira pun gagal Pkr sampai baling kerusi. Kalau PRU tak bersih macam mana 5 negeri boleh dimenangi oleh Pembangkang?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa program, siapa yang buat show?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Beruk baru masuk kandang

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Himpunan tanpa motif

Himpunan yang membuang masa dan tenaga. Macam-macam ada ada bawa sepanduk anti Lynas, sepanduk Royalti, ada yang menuntut hapuskan kezaliman terhadap wanita, mungkin ada juga kumpulan LGBT yang menuntut hak mereka diiktiraf oleh kerajaan.

Inilah political mileage yang akan berakhir apabila parlimen dibubarkan. Sekurang-kurang 4 kali lagi perhimpunan bodoh sebegini akan diadakan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Golongan Penipu Penganjur HKR

Lebih kurang dua tahun kebelakangan ini sudah banyak perhimpunan dan demonstrasi jalanan serta pelbagai gimik politik diusahakan oleh pakatan pembangkang disegenap pelusuk negara termasuklah sebahagiannya tertumpu di ibukota Kuala Lumpur.

Terbaru mereka mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) #KL112 atau lebih diingati ramai sebagai Himpunan Menyokong Gadaikan Kalimah Allah Kepada Kristian yang berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013 melibatkan gabungan 4 kumpulan propaganda utama PR.

Empat kumpulan ini terdiri daripada NGO Bersih berwarna kuning fokus pada propaganda anti SPR, kumpulan Hijau tertumpu pada bantahan terhadap kilang nadir bumi Lynas dan Rapid Pengerang, manakala kumpulan Oren pula berusaha untuk memburukkan FELDA serta kumpulan merah, NGO Royalti dari Kelantan.

Atas kepercayaan angka 4 dikalangan masyarakat Cina bermaksud "si" yakni bermaksud "mati" dan dianggap suwey serta membawa sial, maka PR sebagai pihak penganjur membawa masuk satu lagi kumpulan sampingan berwarna ungu yang terdiri daripada muslimat dan wanita PKR.

Dengan gabungan 4 kumpulan propaganda utama ini pihak penganjur optimis tanpa mengira logik akal telah dengan selamba mempromosikan kononnya sejuta (1,000,000) orang peserta yang terdiri daripada penyokong mereka dari seluruh negara akan hadir memenuhkan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Awal-awal promosi lagi sudah menipu semacamlah rakyat tidak tahu yang Stadium Merdeka cuma mampu menampung 30,000 orang hadirin sahaja. Hatta jika dipenuhkan sekali dengan kawasan padang bola dan laluan pejalan kaki cuma 40,000 orang sahaja yang boleh berhimpit-himpit dalam stadium tersebut.

Mana lagi nak disumbat kai lebih 900 ribu? Kot ya pun mahu bikin gempak gunalah logik akal sikit. Ini tidak, dari awal lagi sudah menipu rakyat. Macam mana rakyat nak meyakini PR jika begitu gayanya, belum memerintah sudah menunjukkan belang penipuan?

Paling malang sekali, kesemua 4 kumpulan propaganda utama warna warni ini masing-masing mempunyai rekod pernah cuba memperbodohkan khalayak serta berniat menipu rakyat dengan pelbagai gimik dan tingkahlaku yang menjelekkan.

NGO proksi PR, Bersih 2.0 misalnya pernah terlibat dalam adegan memalukan apabila sengaja mencipta trick propaganda apabila seorang pesertanya bernama Suhardi Mat Isa yang merupakan penyokong PAS telah dengan melakonkan aksi dua tiga kali mati dan hidup semula semasa demonstrasi jalanan Bersih 2.0 pada Julai 2011.

Sementara itu ketika demontrasi Bersih 3.0 dilangsungkan pada April 2012 pula para pesertanya berkelakuan liar dengan memusnahkan kenderaan peronda polis dan menendang motosikal anggota polis trafik.

Mereka juga telah melanggar perintah Mahkamah dengan sengaja merempuh ke arah Dataran Merdeka bertujuan untuk menawannya, bila pihak berkuasa bertindak balas untuk menguatkuasakan undang-undang demi ketenteraman awan, para perusuh ini telah memutarbelitkan cerita untuk mengabui mata rakyat dengan menyalahkan pihak polis pula.

Manakala kumpulan Hijau pro DAP dan PKR yang kononnya aktivis alam sekitar pula telah dengan sengaja memesongkan fakta mengenai kilang pemprosesan bahan nadir bumi Lynas kononnya membahayakan keselamatan rakyat, walhal fakta saintifik membuktikan sebaliknya.

Lebih menyakitkan hati bila mana kumpulan yang sama melancarkan gimik mogok lapar selama 100 jam sebagai bantahan terhadap Lynas dan Rapid Pengerang. Baru sehari dua berlangsung akhirnya kantoi apabila ramai pesertanya dilihat secara senyap-senyap menjamu selera di resoran dan hotel.

Tidak cukup dengan ppgimik dan penipuan di atas, kumpulan Oren yang anti FELDA di ketuai AJK PAS Pusat juga terlibat secara langsung menipu para peneroka FELDA kononnya tanah dan rumah peneroka akan tergadai bila FGVH menyertai pasan saham BSKL.

Realitinya tiada tanah milik peneroka yang dipajak atau berisiko tergadai sebaliknya yang betul-betul tergadai ialah maruah rakyat Kelantan dan berpuluh ribu ekar tanah serta hasil bumi di selatan negeri itu telah jatuh ke tangan orang luar.

Dalam salah satu demonstrasi Oren bulan lepas pula, pesertanya telah dengan sengaja menyalibkan patung menyerupai Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, mirip seperti Tuhan triniti kristian, Jesus yang mati disalib. Satu penghinaan terhadap sesama Islam dan lebih memalukan kejadian menyalib itu dilakukan selepas selesai mereka menunaikan solat Jumaat. Memalukan.

Kumpulan terakhir yang bertemakan warna merah, NGO Royalti tajaan pemimpin PAS pula telah dengan sengaja memutarbelitkan fakta carigali minyak di luar persisiran pantai negeri itu. Sedangkan fakta sebenar hanya minyak yang dijumpai dalam lingkungan 3 batu nautika dari pantai Kelantan sahaja yang layak menerima royalti minyak.

Jika lebih dari lingkungan tersebut, Kerajaan Pusat atas budi bicara berpandukan perjanjian yang ditandatangani boleh mengusulkan perbincangan seterusnya mempertimbangkan bayaran wang ehsan terus kepada rakyat melalui agensi-angensi Kerajaan Pusat untuk .

Apa yang terjadi, wang ehsan ditolak oleh Kerajaan PAS Kelantan dan NGO Royalti sebaliknya mereka menuntut wang tersebut dimasukkan terus ke kantung Kerajaan Negeri, yang sebenarnya terselit motif untuk diambil kesempatan buat mengenyangkan perut sesetengah pimpinan negeri

Walhal majoriti rakyat Kelantan ternyata selesa dengan pemberian wang ehsan yang memberi manfaat kepada mereka berbanding jika wang itu diberikan kepada Kerajaan PAS Kelantan akibatnya banyak berlaku ketirisan sebagaimana berlaku dalam kes royalti kayu balak, perlombongan emas, pasir dan bijih besi.

Satu perkara yang agak mengelirukan, NGO Royalti ini tanpa sedar telah menuntut supaya diwujudkan kompleks pendaratan dan penapisan petrokimia di Pantai Sabak, Bachok. Percanggahan ketara bila mana kumpulan Hijau yang bergabung bersama mereka dalam HKR pula menentang pembinaan kilang pendaratan dan penapisan petrokimia Rapid di Pengerang, Johor.

Tampak jelas, terang lagikan bersuluh, segalanya menunjukkan penganjuran HKR sebetulnya hanyalah satu propaganda politik yang motif utama mereka hanyalah mahu menarik perhatian rakyat khususnya para pengundi sempena PRU 13 nanti.

Mereka cuba mengelirukan rakyat melalui pelbagai gimik, penipuan dan pemesongan fakta termasuklah melakukan aksi liar dan kontroversi tanpa mempedulikan hakikat yang rakyat sebenarnya lebih celik akal dan mindanya.

Golongan penipu dan penyebar propaganda politik ini semua sepatutnya sedar, tingkah laku dan watak pembawaan mereka tidak sedikit pun mampu mmmembantu PR untuk menghadapi PRU 13. Tiba masanya kelak, rakyat sebagai hakim negara pastinya beramai-ramai menunaikan hak mereka dalam pilihanraya dan mengundi menolak gabungan parti politik yang tidak beretika ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar bijak memikat anak ikan

Hasil dari sembang-sembang dengan anak-anak ikan Anwar, seorang anak muda yang lahir pada 1990 kini berusia 21 tahun yang taksub dengan perjuangan Anwar telah mendedah cerita menarik mengenai tuan mereka.

Anak muda ini sudah tentu tamat kursus dan menerima sijil dan tauliah daripada Institut Propaganda Anwar (IPA) yang dahulunya dikenali sebagai IKD.

Antara kepercayaan anak didik Anwar ialah Umno sebuah kerajaan zalim, rasuah, menindas rakyat dan menjaga cronies.

Kata Anwar Umno bukan ditubuhkan oleh orang Melayu sebaliknya ditubuhkan oleh rakyat Sri lanka berbangsa ceylonese pada tahun 1946.

Anwar juga menyatakan punca dia dipecat oleh Mahathir berpunca daripada keengganan Anwar sebagai menteri kewangan memberi pinjaman 2 billion ringgit kepada anak Tun Mahathir iaitu Mirzan Mahathir yang hampir bankrupt dalam bidang perkapalan.

Memang bijak Anwar mentarbiahkan pelajar-pelajar IPA sehingga anak-anak ikan yang masih hingusan menjadi pengikut tegar yang dibayar gaji bulanan dan imbuhan lain.

Apa yang mereka perlu buat ialah menjalankan tugas-tugas arahan beliau dari semasa ke semasa termasuk himpunan hari ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Usaha memundurkan modal Insan negara

Universiti Kebangsaan Malaysia bertindak betul kerana melarang pelajarnya terlibat dengan himpunan hari ini.

Taipingmali melihat ini lagi satu usaha pihak luar yang secara halus untuk menggagalkan usaha murni kerajaan yang memerintah kerajaan berusaha keras untuk melahirkan cerdik pandai Melayu agar menjadi Global players dalam pelbagai bidang.

Mereka tahu bahawa hanya pelajar Melayu sahaja yang berminat untuk melibatkan diri dalam gerakan anti kerajaan.

Lihat juga time frame demo-demo yang akan melibatkan pelajar IPT semuanya dalam waktu-waktu genting iaitu musim peperiksaan.

Secara halus ia akan menjejaskan pencapaian mereka dalam menghadapi peperiksaan.

Cuma yang ghairah untuk berdemo ialah orang Melayu sahaja yang lain menumpukan kepada usaha untuk mendapat kelas pertama dan ingin menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa.

Ramai ahli-ahli politik Dap yang bergelar YB hari ini adalah mereka yang mendapat kelas pertama di IPT dan tidak pernah ambil tahu atau campur tangan dengan politik sewaktu bergelar pelajar.

Mari lihat laporan dari Malaysia insider yang mendedahkan betapa kecewanya persatuan mahasiswa kerana UKM melarang mereka hadir ke perhimpunan politik pembangkang hari ini.

Sedih bila baca dan mengenangkan perangai anak-anak kita yang bodoh bingai.

------------------------------------------------------

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) berasa kesal dengan tindakan yang diambil oleh pihak pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui surat pekeliling yang dikeluarkan semalam (Pekeliling rujukan: UKM (S) 3.3.8/343/7 berkenaan larangan pelajar universiti menyertai perhimpunan.

Pekeliling ini disifatkan oleh pihak PMUKM sebagai keterlaluan di mana ia merujuk kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang dijadualkan berlangsung pada 12 Januari 2013 di Stadium Merdeka.

Ironinya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pengurusan Stadium Merdeka sudah memberi kebenaran dan mengesahkan himpunan ini adalah sah di sisi undang-undang, tetapi pihak pentadbiran Universiti dilihat sengaja menimbulkan kekeliruan di kalangan mahasiswa.

Maka PMUKM dalam kadar segera menyeru pihak pentadbiran UKM khususnya Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Ir Dr Othman A.Karim agar tidak berlaku "lebih sudu daripada kuah" dalam menafsirkan undang-undang, dan segera bertindak menarik balik pekeliling yang dikeluarkan tersebut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Elakkan Peperangan Kaum kerana kalimah Allah

Isu terbaru yang melanda negara adalah isu kalimah Allah. Lim Guan Eng Dap laknatullah seolah-olah menjadi perantara bagi pihak luar untuk menimbulkan conflict dalam negara.

TM percaya usaha untuk memecah belahkan keharmonian kaum dan seterusnya ingin mencetuskan conflict kaum yang akan mengundang campur tangan luar.

Hari ini sudah ada suara dari orang kampung yang marah dengan isu kalimah Allah dan sanggup mengangkat lengan untuk mempertahankan kalimah Allah daripada dijadikan hak kristian, mereka tidak mahu negara ini menjadi seperti negara jiran atau kata lain mengelakkan fahaman secular dan pluralism bertapak di bumi ini.

Ingat, jika ada satu nyawa hilang yang berpunca conflict perkauman, tak sampai sehari akan muncul kapal-kapal perang dari luar siap sedia untuk melanyak kita atas dasar yang dibuat mereka.

Oleh itu pihak-pihak yang berwajib hendaklah menyelesaikan isu kalimah Allah daripada menjadi picu kepada peperangan salib alaf baru.

Elakkan negara ini menjadi medan perang seperti negara-negara Islam yang kaya raya di Afrika, yang akhirnya tunduk dengan kuasa barat.

Ingat, kerana syiar Islam, nyawa sanggup menjadi taruhan.

Sekian/_

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

16% Cina Malaysia yakin dengan hala tuju kerajaan

Hanya 16 peratus pengundi Cina yang dikajiselidik oleh Merdeka Centre mengatakan negara ini menuju ke arah yang betul - yang terendah sejak Mei 2009.

Demikianlah kata Merdeka Centre. Kenapa 16 % bukan 80%?

Ianya kerana persepsi yang berjaya dimainkan oleh pembangkang. Ambih contoh saham yang ada kepentingan kerajaan, apabila satu-satu nama saham milik kerajaan tidak dijadikan isu, saham tersebut melonjak naik. Ia berbeza dengan saham Felda, menyenaraian di papan utama bursa tempatan telah menurudum angkara spekulasi yang dimainkan oleh puak-puak dajal.

16 % inilah golongan koperat cina yang banyak menjana ekonomi negara dan mereka mempunyai penilaian dan kajian yang kukuh terhadap keupayaan negara yang berusaha keras mentransformasi ekonomi, sosial dan politik Malaysia mengikut acuan kita.

Jika tidak mana mungkin tukaran ringgit dengan dollar Amerika hari ini mencecah satu angka yang memberangsang sejak nilai ringgit ditambat pada angka RM 3.80 pada satu dolar USD.

Walaupun ekonomi dunia masih lembab terutama di Amerika dan China, kedudukan Malaysia kekal kukuh dan berjaya bersaing dengan negara jiran yang sentiasa berusaha menandingi Malaysia.

Biarlah ramai peratusan cina tidak percaya dengan hala tuju negara, biar mereka malu sendiri suatu hari nanti.

Niat mereka jelas, mereka mahu menangkan Dap.

Sekian/_
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 11 Januari 2013

Renungan seketika buat seluruh warga Malaysia, baik kaum ibu, kaum bapa mahupun abg2, kakak2.....

"Tok Guru Nik Aziz samakan, Nabi Muhammad saw tu spt budak kampung...."

Tapi.....

"Bak kata YBhg Ustaz Azhar Idrus, org yg berkata spt itu, boleh diletakkan didlm golongan kufur...."

Berbaliklah pd Al Quran Nurkarim....Jgn la hanya ada mata tp buta segala2 nya.... Smpi kalimah Allah swt pun dipersendakan.... Yg pelik tu, bukan org biasa je terpengaruh, malah org ternama spt Dato2, datin2, Profesor2, Doktor2, cikgu2 dan seantaranya....

"Kenapa semua ini berlaku?" Renung2 kanlah. Selamat beramal.

Tak kisah nk undi mana, tp jgn smpi maruah agama tergadai.

Peringatan....
"UNDI PKR & PAS, samalah dgn UNDI DAP!!!!" INGAT!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TeReSa KOK - Cina Yahudi Nak Ambil Alih Negara

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perhimpunan kutu beruang

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Himpunan Esok Batal

Perhimpunan Shamsidar yg di jadual esok 12hb anjuran Azmin,Tin Chua dan Hishamudin Rais di batalkan atas sebab2 tidak ada kata sepakat dan timbul pertelingkahan di kalangan pkr,dap dan pas.(The Shamsidar gathering suppose to be held 2moro has been cancelled due to many reasons.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

AZRUL OF BANK ISLAM SHOULD BE TAKEN TO TASK FOR ACTING AS ANWAR’S PSY-WAR AGENT

Pakatan Rakyat (PR) is playing psychological warfare exactly like what they did in the run-up to 2008 general election that saw BN won with a slim majority.

Same method and style, beginning of this week, the Centre of Independent Survey created the survey result that PM Najib Tun Razak's popularity had dropped by three percent to just 47 percent.

And yesterday, Bank Islam's Chief Economist Azrul Azwar Ahmad Tajuddin presented a figure that BN was likely to win only between 97 and 107 of the 222 parliamentary seats — insufficient to reform the next administration.

Azrul said this when presenting a paper at the Regional Outlook Forum in Singapore yesterday, adding that the computations took into account such as race and demographics.

Worse is that Azrul said he did not rule out the 'possibility of economic sabotage' by businesses and civil servants aligned to BN.

Azrul's paper reflected his true political alignment rather than a professional economist's outlook which gave away whatever camouflage in Bank Islam he has been hiding all this while.

His paper was truly a political opinion than an economist that produces a true and accurate outlook and the paper truly reflected Anwar's vicious mind.

He even opined that there would be economic sabotage if Pakatan is to win the coming general election, putting psychological fear to voters particularly the Chinese on the impending outcome.

Treacherous and dangerous, Azrul should be taken to task by the bank's management for presenting such a paper, accusing civil servants and businessmen of taking politics to a dangerous level.

Anwar's vicious political mind is to see chaos so that he can just ride the chaotic tide to divide and rule, and of course to cheat and lie, which is best done when the situation is chaotic.

Azrul is actually a member of PKR Putrajaya and had delivered a paper on Pakatan's economic policies in Buku Jingga during PR's 2011 convention in Pulai Spring, Johor.

In the forum in Singapore, he presented the paper in the capacity of Bank Islam's employee that Pakatan will win coming general election with a slim margin.

What the opposition is playing now is to get professionals to give out poor ratings to the present ruling coalition as the general election nears so that psychologically voters would then opt for the winning party as being pictured by the professionals.

After all who would want to argue with professionals who are considered as highly qualified to give assessments – right or wrong another matter altogether.

Azrul's views as presented in Singapore reflected that he has been Anwar's boy, placed in the bank together with more of such people in Bank Islam all over the country, the young educated liberals who idolized Anwar as though the latter is demi-god.

Azrul is just one of many professionals Anwar is using to drum up the psychological warfare as the run-up to the general election given that all attempts at discrediting Prime Minister Najib Tun Razak fell flat.

However, the Singapore Straits Times that reported Azrul's presentation did not put down the detail how Azrul came to that conclusion.
With just few more months to general election, Anwar's psychological warfare is now at full speed and Azrul is one of those who have been given the chance emerge, alongside Rafizi to create doubts among voters.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.