HKR menyaksikan hanya 8% dari 45,000 peserta adalah dari kaum Cina, manakala kaum India jauh lebih corot sambutannya iaitu hanya 2%. Jumlah kedua-dua kaum ini yang begitu sedikit telah memaksa kaum Melayu PAS dan PKR mengangkat lambang DAP bagi pihak sekutu mereka itu. Antara koleksi gambar Melayu menjadi anjing kurap DAP di dalam HKR, kelihatan wanita bertudung dan lelaki berkopiah putih terkinja-kinja menjerit-jerit sambil memakai lambang DAP, serta sekumpulan anak muda mengarak banner bertulisan Cina.
Kaum Cina dan India, terutamanya, jelas enggan terlibat lagi dalam kegilaan ini. Lebih dari itu, kaum Cina DAP juga lebih suka terlibat dalam himpunan yang hanya mengumpul kaum mereka sahaja seperti Himpunan Hijau. Manakala kaum India pula telah serik ditipu oleh PR dalam isu-isu yang membabitkan kaum itu di Selangor dan Pulau Pinang serta enggan mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan PR.
Bagi memahami situasi ini, post-mortem himpunan BERSIH 3.0 yang lalu mungkin dapat memberi penjelasan yang lebih tepat tentang keengganan kaum Cina untuk turut bersama balaci mereka dari PAS dan PKR di dalam HKR. Himpunan BERSIH 3.0 menyaksikan 30% penyertaan dari kaum Cina dan 7% dari kaum India.
Dapatan dari post-mortem tersebut menunjukkan yang kaum Cina sudah tidak percaya lagi dengan Anwar dan Azmin setelah mereka didapati mengarahkan rempuhan sewaktu BERSIH 3.0 sehingga menyebabkan kekecohan. Dan kaum Cina, terutamanya, enggan mengambil risiko terperangkap dalam kekecohan lagi.
Selepas BERSIH 3.0, ramai dari kaum Cina mula menyedari bahawa tuntutan pilihanraya bersih yang dilaungkan hanyalah gimik semata-mata kerana yang sebenarnya, pembangkang hanya ingin membuat kecoh.
Bermula dari situ juga ramai di antara mereka mula belajar mendengar penjelasan kerajaan dan mencari maklumat lebih mendalam mengenai sistem SPR serta jawapan-jawapan yang SPR dan kerajaan diberikan terhadap semua tuduhan BERSIH.
Bertitik tolak dari itu, lebih separuh dari mereka nampaknya sudah mula faham. Biarpun agak terlambat sedikit, tetapi sekurang-kurangnya mereka telah berusaha untuk mendapatkan maklumat sebenar. Dari situ juga, lebih separuh dari mereka ini mula menyedari bahawa selama ini mereka telah termakan hasutan pembangkang sehingga tidak mampu lagi menghadamkan maklumat secara rasional.
Justeru, PR wajar menilai semula apa yang dilaporkan oleh media sebagai 'berjaya' mengenai HKR. Ini kerana, sesungguhnya, tiada apa yang mereka berjaya capai selain berjaya menipu diri sendiri sahaja. Segala tuntutan yang konon dibuat di dalam HKR juga hanya mengundang ketawa bagi mereka yang arif mengenai politik Malaysia.
Mana tidaknya, jika antara tuntutan yang dibuat termasuklah mendaulatkan bahasa kebangsaan serta menuntut pilihanraya bersih. Sedangkan, apakah layak bagi PR untuk menuduh pilihanraya Malaysia sebagai tidak bersih jika pemilihan parti mereka sendiri juga sudah lintang pukang menipu secara terang-terangan? Dan apa pula ini, yang dibebelkan mengenai bahasa kebangsaan sedangkan DAP begitu beria-ia ingin menghapuskan daulat bahasa tersebut dengan mengangkat Mandarin sebagai lebih tinggi lagi kalaupun tidak sama tinggi melalui nama-nama jalan di Pulau Pinang dan kepala surat kerajaan Selangor.
Maka, nampak sangat bahawa senarai tuntutan HKR dibuat dengan cara 'hentam sajalah'.
Lagipun, jika HKR dikatakan berjaya, ia seharusnya bermakna bahawa segala isu tuntutan itu juga telah selesai dengan jayanya.
Kini semua orang dapat melihat bahawa HKR tidak ada motif jelas, selain dari cuba membuat huru-hara di samping cuba menunjuk pada dunia kononnya rakyat menyebelahi pembangkang.
Namun, dengan jumlah rakyat yang hadir begitu sedikit, iaitu kurang dari jumlah ahli UMNO yang berhimpun ketika Ulangtahun UMNO, maka tiada alasanlah lagi bagi PR untuk mempersoalkan keputusan PRU-13 nanti, sekiranya ia tidak menyebelahi mereka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan