Kini, ahli-ahlinya menumpukan sepenuh perhatian kepada pemilihan semula yang bakal diadakan pada 29 September ini.
Bagaimanapun, umum terus merasa ragu-ragu yang pemilihan semula tersebut akan berjalan dengan telus.
Keraguan ini adalah berpunca dari perkembangan semasa yang menyaksikan tindakan pemimpin DAP yang agak meragukan.
Kesangsian semakin meningkat apabila beberapa perwakilan mendedahkan bahawa mereka telah dipinggirkan dari perjumpaan khas yang khabarnya diadakan sempena pemilihan semula.
Perjumpaan seperti ini tidak pernah diadakan sebelum ini dan memandangkan pemimpin DAP hanya memilih orang tertentu untuk ditemui, benar-benar mencabar kesabaran yang lain.
Apa yang menghairankan ialah walaupun setelah isu ini menjadi besar sehingga memaksa DAP mengadakan pemilihan semula, parti itu langsung tidak melakukan siasatan dalaman tentang kenapa 753 perwakilan tidak menerima notis mesyuarat sebelum ini. Malah, pemimpin DAP terus mencari jalan untuk menjustifikasi peminggiran 753 perwakilan dalam pemilihan awal. Dalam kata lain, pemimpin DAP tidak mengaku salah.
Tetapi, mereka cuba menipu dengan membuat kenyataan kononnya 500 dari perwakilan tersebut telah menghantar surat pemberitahuan bahawa mereka tidak dapat hadir ke mesyuarat pemilihan tersebut. Kita menyatakan ini satu penipuan kerana DAP tidak dapat mengemukakan surat-surat tersebut sehingga ke hari ini.
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan sikap dan penjelasan pemimpin DAP, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass, telah memohon injunksi mahkamah agar menghalang mesyuarat pemilihan semula diadakan semula.
Jelas di sini, bahawa ahli-ahli DAP tidak lagi percaya yang DAP mampu menjalankan pemilihan secara adil.
Justeru, ramai yang mencadangkan agar DAP mengambil khidmat BERSIH untuk memantau pemilihan kali ini. Ambiga Sreevanesan yang 'obses' dengan pilihanraya bersih tentunya bersedia untuk mengetuai unit pemantauan, apatah lagi dengan hakikat majoriti para perwakilan yang terpinggir atau didiskriminasi adalah dari kaumnya sendiri, iaitu India.
Maka, sewajarnyalah Ambiga prihatin dalam hal ini bagi memastikan tiada unsur-unsur rasis dalam proses pemilihan semula CEC DAP.
Namun, mungkin atas dasar 'rasis' juga, maka DAP tidak berani menaruh kepercayaan kepada Ambiga. Untuk itu, DAP sanggup mengupah sebuah syarikat audit antarabangsa iaitu PKF Accountants and Business Advisers untuk memantau pemilihan semula CEC. Syarikat tersebut bertanggungjawab memastikan ketepatan kiraan keputusan undian oleh 2,576 perwakilan yang layak mengundi. Kiraan akan dibuat melalui dua cara iaitu manual dan juga semakan silang melalui komputer.
Tindakan menggunakan syarikat audit merupakan satu langkah drastik yang mungkin mampu mengembalikan keyakinan ahli-ahli kepada kepimpinan.
Bagaimanapun, ia dilihat sebagai langkah terdesak dan amat memalukan sekali gus membuktikan betapa kredibiliti DAP sudah hancur sama sekali.
Bayangkan, untuk mengira 2,576 undi sahaja, parti DAP perlu dipantau oleh syarikat audit antarabangsa. Itupun masih tidak malu menuduh pilihanraya Malaysia sebagai tidak adil.
Dan lebih ironi lagi, pemimpin DAP juga tidak percaya kepada badan yang dijulangnya untuk memantau pilihanraya Malaysia iaitu BERSIH.
Nampaknya, sesama sendiri juga sudah saling tidak mempercayai walaupun sering bekerjasama dan senada. Maka, benarlah kata orang iaitu penipu lebih kenal siapa penipu dan tidak mungkin mengambil khidmat si penipu.
Ada juga cadangan supaya Dap menjemput Pas sebagai pelaksana dan pemerhati termasuk mengira kertas undi tetapi ternyata Dap langsung tak percaya kepada Pas. Contoh ketidakpercayaan terhadap Pas ialah sewaktu PRU 13 yang lalu, Dap sendiri menjadi counting agent pada kerusi yang ditandingi oleh Pas. Mereka takut agent-agent Pas berpakat dengan Umno.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan