Sabtu, 10 Ogos 2013

Anwar (Abg Nod) dan 40 pengundi hantu

Oleh : Jebat 

Apa cerita dengan FITNAH 40 RIBU yang ANWAR IBRAHIM dakwa UMNO BN import untuk dijadikan pengundi hantu dalam PRU 13? Diam jer cerita tu... Kenapa? Dah banyak buat fitnah ker?

Mari kita baca kenyataan FITNAH Anwar Ibrahim pada 2 Mei 2013
<iframe width="540" height="304" src="//www.youtube-nocookie.com/embed/jLfXRFSHDvE?rel=0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan penglibatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa masuk 40,000 pengundi ragu dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu.

Fakta (SEBUT : FITNAH) Kenyataan Media DS Anwar Ibrahim :

1) 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas.Berdasarkan pengiraan kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu.

2)  Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT.

3) Syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan MAS terlibat selain Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia.

4)  Kami difahamkan pesawat C130 Hercules milik ATM digunakan untuk membawa pengundi hantu ke lapangan terbang kecil seperti di Batu Berendam (Melaka) dan Ipoh (Perak). Kemudahan kem Askar Wataniah turut digunakan untuk menempatkan pengundi asing.

5) Terdapat maklumat kemasukan secara tiba-tiba warga Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar dalam jumlah yang besar di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, manakala kemasukan rakyat asing Indonesia di Pelabuhan Klang.

6) Menuntut penjelasan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Polis Negara dan Ketua Turus ATM tentang jaminan dan sikap profesionalisme dan neutral yang kini menjadi dalang BN untuk mengekalkan kuasa. 

 7) Kenapa JPM terlibat dalam hari-hari terakhir yang kritikal. Kenapa benarkan guna kem tentera? Bolehkah Ketua Pengarah Imigresen terangkan peranan depoh di Lenggeng, Sepang dan Semenyih untuk menempatkan pengundi asing ini?

8)  Ketua Pengarah Jabatan Peguam Negara terlibat memberikan kad pengenalan kepada pekerja asing di Sirkit F1 Sepang dan di KLIA. Ada bukti dokumentari bergambar dan video yang dirakam dengan kerjasama dari PAS. Yang nyata ialah penglibatan Jabatan Pendaftaran Negara.

"Seandainya Pakatan Rakyat menang, kita akan mendakwa sesiapa sahaja yang bertanggungjawab.Pelanggaran peraturan tidak akan dimaafkan." Biar rakyat yang putuskan sendiri pilihan mereka. Kepentingan rakyat dan Perlembagaan mesti dipatuhi," kata Anwar Ibrahim

--
Pena Minang Return

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan