Isu dakwat tak kekal terus menjadi topik utama di PRK K. Besut.
Penggunaan dakwat tak kekal diteruskan, tetapi bukan dicalit atau disapu, sebaliknya jari dicelup ke dalam botol dakwat.
Bagus dan jimat masa, nak tunggu kena sapu dengan berus, ambil masa seminit dua. Celup dan angkat adalah terbaik.
Cuma TM sarankan proses mencelup jari ke dalam botol dibuat selepas selesai membuang undi.
Dalam PRU lepas, dakwat disapukan ke jari sebaik saja kita masuk ke dewan atau bilik darjah. Ia didapati mengganggu proses memangkah dan ada kes semasa kiraan undi ditolak kononnya rosak akibat terkena dakwat.
SPR kenalah bertindak lebih bijak kali ini dan dakwat perlulah digoncang terlebih dahulu supaya kelarutannya stabil dan tidak mendap di bawah botol.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan