Petang tadi TM menamakan adun Trong dan adun Batu Kurau sebagai exco Perak yang baru.
Menurut sidang media Dr Zambry, beliau akan ambil kira kawasan di 10 jajahan di Perak. Apakah bermakna akan ada 10 exco kali ini.
Jika demikian Larut , Matang dan Selama hanya ada seorang exco sahaja lah.
Apa pun TM berharap Dr Zambry tidak terlepas pandang dengan Datuk Shahrul Yahya adun baru Rungkup.
Exco wanita tak perlu sebut semua orang dah boleh agak.
Apa pun kami rakyat Perak mengharapkan yang terbaik dari SUK Perak.
Cuma yang sedih ialah apabila Dr Mah Han Soon terpaksa berpegang kepada janji parti untuk tidak menerima sebarang jawatan seperti exco. Ia sebagai tanda protes dan hukuman kepada pengundi Cina.
Tahniah Mca dan Gerakan. Sekarang pengundi cina menyesal pun dah tak berguna. Nasi sudah jadi bubur.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan