Rabu, 8 Mei 2013

Pas berbangga dengan kemenangan PRU 13

Pas melalui Harakah cukup berbangga dengan keputusan PRU 13.

Bangga kerana pencapaian BN merosot. BN jatuh dari 198 kerusi (2004) kepada 133 (2013) kerusi manakala pembangkang meningkat dari 21 kerusi (2004) kepada 89 kerusi (2013).

Cuma Pas terlupa bahawa mereka hanya mendapat 21 kerusi (28%) daripada 73 kerusi yang ditandingkan, jatuh berbanding zaman kecemerlangan mereka 2008 dengan 23 kerusi.

Yang untung ialah DAP, bertanding hanya 51 kerusi tetapi menang 38 kerusi (74%) hasil daripada sokongan pengundi Pas.

Pas juga hilang Kedah. So, apalah yang nak dibanggakan dengan Pas yang hanya membantu Zionis menguasai Tanahair. Pas umpama Si Kitol dan Raja Mendaliar dizaman Kesultanan Melaka.

kerana dua ekor binatang inilah Tanah air kita dijajah selama 466 tahun.

Kita Kitol dan Mendaliar alaf baru bakal mengulangi sejarah tanahair.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan