Sungguh mengarut!!!! Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC), Zairil Khir Johari semalam ketika Wacana Sinar Harian mengatakan parti DAP tidak pernah memainkan atau mengamalkan politik perkauman. Inilah antara kenyataan yang paling kelakar kerana umum mengetahui parti dokongan beliau itu merupakan gerakan politik 'ultra kiasu'. Yang paling menarik, Zairil tidak dapat menafikan mengenai dominasi kaum Cina di dalam DAP.
"Ya, memang kebanyakan ahli DAP dari masyarakat Cina. Itu memang tidak dinafikan" katanya.
Ternyata Zairil cuba memperbodohkan rakyat dengan satu kenyataan dangkal masyarakat tahu DAP adalah merupakan sebab utama kepada Tsunami Cina dan pakatan pembangkang (PR). Malah mereka juga yang antara pengerak kepada idea untuk mengharamkan Utusan Malaysia atas alasan laporan yang dikeluarkan berbaur perkauman.
Malah DAP juga sebelum ini adalah merupakan dalang dengan mengapi-apikan sentimen perkauman sehingga menyebabkan penyokong Cina, terpedaya untuk percaya jika PR menang, kuasa Melayu akan dihapuskan dan Malaysia bakal menjadi sebuah negara republik.
Mereka juga kemudiannya berjanji seolah-olah kuasa Melayu di Malaysia tidak akan hilang, sedangkan masyarakat sedar dan melihat sendiri bagaimana Melayu Pulau Pinang, kini ibarat merempat di tanah air sendiri tanpa rumah dan kehidupan yang terurus. Mereka telah dianak-tirikan di sebalik kemajuan Pulau Pinang dengan diasingkan ke kawasan-kawasan yang terpencil.
Politik idea dan bukan bernilaikan perkauman jelas Zairil menjadi tunjang DAP adalah satu penipuan terang-terangan pembangkang yang jelas tidak menghormati hak media, malah menggunakan media mereka untuk melemparkan tuduhan jahat dan tidak berasas.
Lihat juga bagaimana cybertroppers tajaan DAP yang berselindung di sebalik kebebasan bersuara yang menyerang masyarakat dengan propaganda berbaur perkauman sehingga sanggup bermain dan menyentuh sensitiviti rakyat khusus mereka yang beragama Islam.
Malah, mereka juga antara pihak yang melaksanakan pengharaman kepada media dengan kenyataan ugutan dan ancaman saman dan sebegainya. Mereka cuba menggunakan undang-undang bagi menyekat kebebasan media sekiranya gagal mengikut acuan dan rentak mereka.
Malah ketika seisi soal jawab di salh satu forum yang diadakan, seorang hadirin nyata tidak dapat mengawal perasaan apabila bangun dan bertanyakan soalan mengenai maksud kebebasan media kepada Zairil yang cuba membersihkan imej DAP.
"Di mana kebebasan media di Pulau Pinang, sedangkan akhbar seperti Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan di Pulau Pinang,"katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan