Sabtu, 13 April 2013

PapaGomo akan disiasat SKMM

Malaysian Insider melaporkan hari ini bahawa SKMM akan menyiasat blogger PapaGomo berikutan penyebaran video seks membabitkan Mustaffa Ali.

Nampaknya media pembangkang menyalahkan PapaGomo dan Umno.

Jika dahulu, anak kecil jatuh basikal dan jatuh buaian Umno juga disalahkan, kini fenomena baru, sebarang video salah laku seks pembangkang, PapaGomo yang disalahkan.

Anwar dahulu menyanyilah lagu tanya sama pokok, kononnya mahu aibkan Umno dengan isu projek IC, walhal projek IC adalah didalangi oleh Anwar sewaktu mahu menjadi PM dan merampas semula Sabah daripada PBS.

Ia ibarat jari, satu tunjuk arah orang, 3 tunjuk diri sendiri.

Jadi isu salahlaku seks Stopa boleh diibaratkan perancangan strategik sesama parti pembangkang untuk membunuh satu sama lain.

Kita semua tahu, Mat Sabu pernah menuduh Anwar peliwat dan menggelar Anwar sebagai Aljubury Walliwati, tak berapa lama kemudia Mat Sabu ditangkap dibilik 121.

Mungkin ada pihak dalam 3 komponen telah menyewa bilik hotel selama setahun dan buat offer sesiapa nak tidur hotel free boleh pergi ke bilik sekian sekian, minta kunci saja dari kaunter.

Mungkin banyak yang sudah masuk perangkap. Sekarang Abang Besar akan pegang mereka, jika cuba belot, video akan diedarkan.

Mungkin juga kenyataan Stopa dalam media bahawa Pas akan siasat pelaku seks dalam video Anwar menyebab video beliau diedarkan.

Oleh itu siapa yang sudah termasuk dalam perangkap akan bisu dan menikus. Jika engkar, segala aib akan terdedah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan