Khamis, 18 April 2013

MAZA cuba bawa budaya debat dalam PRU 13

Ketika ini, debat adalah merupakan modal baru ceramah Anwar Ibrahim untuk siri jelajah kempennya yang digunakan bagi memancing undi rakyat. Motifnya untuk mengambarkan kononnya pimpinan Barisan Nasional (BN) takut untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang itu.


Namun rakyat bukan bodoh, kerana mereka sudah mampu menilai sendiri kredibiliti kerajaan BN melalui segala perancangan yang telah dan akan dilaksanakan dan bukan melalui perdebatan di antara pemimpin.


Apa yang paling penting ketika ini ialah, memastikan rakyat terus faham dan menerima segala pendekatan transformasi yang dijalankan oleh Perdana Menteri dengan pelbagai program transformasi


Tapi sebelum bicara soal debat dengan lebih jauh, ada baiknya Anwar selaku pemimpin 'Anugerah Tuhan' yang banyak terpalit dengan segala macam isu moral menyahut cabaran debat yang dilontarkan oleh bekas sahabat baiknya yang juga merupakan rakannya bermain tenis.


Yang di maksudkan adalah Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan yang sebelum ini secara terbuka telah mencabar Anwar untuk berdebat mengenai isu moral Ketua Umum PKR itu.


Menurut Nallakaruppan, debat itu perlu kerana beliau tidak sabar untuk mendedahkan perkara tersebut kepada umum, apatah lagi kes saman yang difailkan oleh Anwar terhadapnya dalam isu berkenaan telah ditarik kembali.


"Anwar mahu memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat. Bagaimanapun Anwar perlu memanggil saya untuk berdebat terlebih dahulu dalam isu-isu moral melibatkan beliau.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan