Isnin, 18 Mac 2013

Semua mata fokus kepada Tun Faisal Ismail

Tahniah kepada Tun Faisal yang berjaya mengemudi UMB sejak 2009. Walaupun ia satu entiti baru selepas penubuhan BPN yang memulakan perang cyber di PRK Bukit Gantang.

Kemunculan UMB menggabungkan pakar facebook, twitter dan blog, Umb banyak melatih tenaga-tenaga baru bukan sahaj dari kalangan pemuda tetapi semua peringkat termasuk dewasa, wanita dan puteri.

Pun begitu kita tahu, puteri Umno Malaysia pun ada teamnya tetapi tidak begitu ketara. Selepas ini diharapkan Ketua Peteri juga tidak tertinggal ke belakang dengan membantu jenteranya dan menubuhkan unit latihannya seperti yang dilakukan oleh UMB pemuda Umno,

Kini Faisal menerajui jentera BN pula dan sudah tentu sayapnya akan menebar untuk 14 komponen BN.

Semakin besar dan 50K adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan usaha dan tenaga yang dikeluarkan tetapi ianya sekadar compliment mungkin.

Tm berharap lebih banyak penggiat cyber dari komponen BN yang hari ini dilihat terlalu kecil jumlahnya.

Malah dari pihak Umno pun jumlahnya agak kecil. Yang ramai ialah penggiat pro kepada kerajaan yang ada.

Masing-masing perlu ada locus standi sendiri dan tidak perlu ada hasad dengki atas kejayaan pihak lain.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan:

  1. Hasad dengki tu satu hal. Tapi team faisal ni pun boleh tahan juga hebatnya dalam mencatas team lain.

    BalasPadam