Saudara Ramesh Rao Krishna Naidu Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia telah ditemubual oleh BNSTREAMS mengenai topik yang hangat yang dibangkitkan oleh Parti Pembangkang iaitu isu 300 ribu orang India tidak mempunyai warga negara atau kad pengenalan biru.
Ramesh ditemubual oleh Saudara Mahadi Mahbol.
Ramesh berpandangan isu ini sengaja diperbesarkan oleh puak-puak pembangkang untuk meraih undi.
Apa yang disebut oleh Saudara Ramesh adalah sama apa yang TM ulas dalam entry semasa pembangkang menyerang JPN di Putrajaya. Kita juga dapat melihat bagaimana biadabnya Lateefa Kuya Kutty menyerang pegawai JPN dengan bahasa yang kesat.
Sehingga hari ini pembangkang gagal menjawab cabaran Hishamudin Tun Hussin Onn agar mereka membuktikan kewujudan 300 ribu orang India yang tidak mempunyai kad pengenalan. Sampai hari ini mereka diam dan terus membisu apabila dicabar oleh kerajaan.
http://t.co/xPen9aq
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan