Apa tidaknya, selama ini Anwar berfikir bahawa kawan-kawannya di negara Barat menyebelahinya dalam mengepalai pakatan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.
Tetapi beliau sekali pun tidak terfikir bahawa dalam pada sokongan berterusan yang diterimanya, Anwar tidak menyangka satu hari kelak negara-negara yang sama juga akan menjauhi daripada beliau.
Inilah yang berlaku ketika Anwar menulis surat kepada Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr yang mengandungi pelbagai fitnah dan dakwaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Antara lain Anwar meminta Australia membantu dalam memastikan PRU ke-13 anbg bakal diadakan bersih daripada penipuan dan rasuah.
Malah untuk menyakinkan kerajaan Australia, Anwar mendakwa kononnya mempunyai bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan penyelewengan lain dalam menghadapi pilihan raya.
Walaupun sedays mana pun Anwar memujuk Senator Bob Carr samada secara perbincangan peribadi atau perutusan surat, Australia tetap menolak taktik Ketua Umum PKR.
Pertama Australia bukanlah sobodoh seperti yang disangka Anwwar kerana walaupun negara ini yakin kepada proses pilihan raya yang adil dan bersih, ia juga tahu bahawa adalah salah dan melanggar protokol hubungan antarabangsa untuk mencampuri urusan dalam negara lain.
Apatah lagi kedua-dua Malaysia dan Australia adalah anggota dalam kesatuan negara-negara Komanwel.
Kedua, tindakan Anwar itu menunjukkan usaha desperado seorang yang betul-betul kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup untuk meminta bantuan negara asing terlibat sama dalam pentadbiran negara.
Bayangkan apakah reaksi apakah reaksi Malaysia jika Ketua Pembangkang Parlimen Australia menulis surat kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman meminta negara ini camour tangan dalam proses pilihan raya negara itu atas alasan yang sama.
Jika Anwar sanggup membabitkan negara luar untuk membantunya mengapai impian menjadi Perdana Menteri, rakyat akan tertanya apa yang boleh beliau lakukan jika berkuasa di Putrajaya.
Kemungkinan Anwar akan menggadaikan Malaysia demi membalas balik jasa kuasa-kuasa asing yang telah membantunya semasa menjadi Ketua Pembangkang.
Hakikatnya sahabat-sahabat Anwar di negara-negara Barat dan juga kuncu-kuncunya di rantau Asia sudah mula sedar siapa beliau sebenarnya.
Mereka mula berfikir sejauh mana bebaloi menyokong individu ini yang rela menjadi agen Barat dengan membawa agenda mereka tetapi padsa masa yang sama ditolak oleh rakyat.
Pada negara luar yang dijadikanAnwar sebagai batu loncotannya untuk berkuasa, sudah tiba masanya kerjasama selama ini dikaji semula dan mungkin juga ditamatkan.
Anwar sudah menjadi 'lost cause' atau perjuangan sia-sia samada pada Washington, London mahupun Canberra kerana 'pelaburan' mereka dalam Ketua Pembangkang itu tidak menampakkan hasil yang lumayan tetapi sebaliknya bakal menjadi perosak kepada hubungan baik mereka dengan Malaysia.
Anwar sudah mula menjadi liabiliti kepada negara-negara luar yang menyokongnya dan penolakan Australia melayani permintaan beliau adalah permulaan kepada proses 'moving on' atau meneruskan kehidupan tanpa 'sahabat karib Barat' itu.
Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunjukkan prestasi pembangunan ekonomi yang amat membanggakan.
Kejayaan memperkenalkan dasar serta program pembangunan negara yang innovatif dan berpandangan jauh dalam senario ekonomi global yang goyah dan tidak menentu telah menerima pujian daripada media Barat yang selama ini sememangnya kritikal terhadap Malaysia.
Sudah tentunya negara seperti Australia mahu menumpang limpahan kemajuan Malaysia dalam tahun-tahun mendatang dan adalah tidak cerdik untuk mengambil pendirian menyokong Anwar yang tidak membawa apa-apa keuntungan.
Jika Anwar cuba menjahanamkan ekonomi negara semasa krisis serangan penyangak matawang George Soros pada 1998 dengan usaha membawa masuk bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kini negara Barat sedar bahawa agenda mereka telah menemui kegagalan di tangan bekas banduan Penjara Sg Buloh itu.
Negara barat juga tahu Anwar mempunyai agenda peribadi yang akan menjadi masaah besar kepada mereka jika individu ini terus didokong dengan segala bantuan kewangan dan moral.
Cara pemikiran Barat, lebih baik campak sahaja Anwar awal-awal daripada menjadi beban biawak hidup seperti mereka lakukan kepada Saddam Hussien, Hosni Mubarak, Ben Ali, Muammar Gadafi sebelum ini.
Jika Anwar masih berfikir beliau masih menjadi 'pet' atau kesayangan negara Barat, maka itu adalah kesilapan terbesarnya kerana yang disangka kawan sudah pun bersedia untuk menikam belakangnya bila-bila masa sahaja.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan