Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata penipuan PAS terhadap Umat Islam khususnya di Kelantan berkaitan perlaksanaan hukum hudud terbukti menerusi kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong pada 3 Oktober 1996 yang mendakwa Kerajaan Negeri masih tiada sebarang usaha serius dalam melaksanakan Sistem Perundangan Syariah itu.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas juga mempersoalkan sikap pemimpin-pemimpin PAS Negeri yang melaungkan perjuangan melaksanakan Undang-Undang Islam itu menjelang Pilihan Raya namun sehingga kini ianya masih belum dilaksanakan meskipun Sidang DUN Negeri telah meluluskan usul menggubal Sistem Perundangan Negeri Kelantan.
"PAS Kelantan tidak pernah pun meminta pandangan PAS pusat untuk melaksakan syariat yang hendak diluluskan pada tahun sebelum ini. Mereka masih bercakap mahu melaksakan hukum hudud tetapi sesudah mendapat kelulusan di Dewan Undangan Negeri sampai ke hari ini mereka tidak buat hukum itu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat PERKASA di sini semalam.
Menurutnya lagi, satu lagi kenyataan dari Pemimpin PAS iaitu Datuk Wan Mutalib Embong pada 18 April 1998 turut membangkitkan isu yang sama terhadap Kerajaan Negeri Kelantan.
"Kepada PAS, berhenti menipu umat Islam, kalau tiada niat dan tidak mampu untuk melaksanakan hukum hudud mengaku sajalah dan jangan salahkan orang lain. Mengenai hukum hudud itu semua adalah ritroit sahaja dan saya sarankan umat Islam tidak terperangkap dengan permainan politik ini," ujarnya.
Ibrahim Ali juga menegaskan, isu hukum hudud ini juga menjadi permainan pakatan pembangkang sejak mutakhir ini dalam mengkucar-kacirkan parti politik bukan Islam dan Melayu seperti MCA dan DAP.
"Mereka menggunakan isu hudud untuk mengkucar-kacirkan politik diantara MCA dan DAP. dimana mereka menyangkal dakwaan yang kononnya hukum hudud ini zalim," tegasnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan