Dalam kalut-kalut jawatankuasa bersiap sedia untuk mengagihkan komputer riba 1 Malaysia, tiba-tiba ada seorang orang muda bising-bising di belakang kerana dia tak dapat komputer.
Paling sedih ialah apabila dia mengugut untuk keluar Umno kerana kecewa.
Tak sabar sungguh nampaknya pemuda tersebut, menurut ajk yang bertugas, salah seorang ahli keluarganya sudah pun menerima laptop sebelum ini.
Kalau macam tu lah sikap pemuda tersebut sampai mengugut, ia amat memalukan. Ia sepatutnya bersikap rasional. Hari ini mungkin belum rezeki dia, akan datang mungkin dapat juga.
Pemuda tersebut akhirnya meninggalkan dewan dalam keadaan marah. Tak tahulah agaknya bila PRU 13 tiba orang macam ni lah yang akan angkat bendera Pas.
Teringat kisah seorang Guru Besar Pencen namanya Mat Desa, beliau merupakan orang kuat Umno tetapi tak dapat jadi wakil rakyat lalu merajuk dan hari PRU tahun 90an dulu dia usung bendera Pas.
Hari ini kalau jumpa Tm dia sibuk ajak masuk Pas.
Kalau macam tu punya merajuk terus keluar umno tak patriotik lah.
Umno hari ini bukan macam zaman pak lah. Nak merajuk dan nak pangkah parti lain. Hari ini Najib dah bawa Umno ke satu dimensi baru yang betul-betul baik dan diterima rakyat.
Sebagai orang Umno, pemuda tersebut hendaklah berpegang dengan slogan rakyat didahulukan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
saya pun tak puas hati tentang pengagihan netbook 1 msia ni..ada tu adik beradik dapat..bljr tak pandai mana pun ada tu anak2 cikgu (sekolah yg berhampiran rmh saya) punya la ramai yg dapat..nasib baik saya tak la sampai nk kluar umno ha ha..cuma xpuas hati je la..klu kita komplen kang anak jd mangsa cikgu2 tu pulak...so..fikir2 kan laaa
BalasPadam