Jumaat, 21 September 2012

Ngeh mohon maaf ?

Ngeh telah memohon maaf secara terbuka atas keceluparannya menghina usaha umat Islam membantah penyiaran dan penerbitan filem yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW.

Baguslah kalau Ngeh faham dan mohon maaf.

Hari ini dan esok akan ada banyak lagi perhimpunan rakyat Malaysia yang akan membantah terhadap Sam Bacile yang bertanggung jawab menerbitkan filem tersebut.

Ngeh jangan lah tuduh orang Melayu dan Islam anti Kristian kerana penerbit tersebut adalah keturunan Arab Kristian Koptip yang terlalu extreme dan ortodok.

Mereka disokong dan dibiayai oleh puak-puak yahudi kaya dari Holland yang ramai menjadi saudagar berlian dunia.

Satu-satunya amalan ritual koptik yang ditiru oleh Dap , Pkr dan Pas ialah 'VIGIL'. Pas pernah terperangkap dengan amalan ini sehinggakan Harakah yang dianggap Islamic oleh Pas telah menyiarkan iklan Vigil dan mengajak semua ahli Pas turun ke jalanraya untuk buat VIGIL.

Ngeh tak perlu mengkritik umat Islam yang buat bantahan terhadap Sam Bacil. Mereka bukan anti kristian tetapi marah akan kebiadapan mereka yang bertanggungjawab menerbitkan filem tersebut.

Ngeh juga patut mengajak ahli Dap turun padang dan sama-sama membuat bantahan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan