Koleksi lagu raya yang paling kerap didengar di setiap stesyen radio ialah lagu nyanyian dan ciptaan P.Ramlee, Dendang Perantau.
Kekuatan lagu ini ialah ia begitu menyentuh perasaan perantau sehingga boleh membuat jiwa si perantau bergelora. Si perantau tanpa sedar akan menangis dengan linangan air mata jika terpaksa berhari raya di perantauan.
Di antara bait-bait lagu yang menyentuh ialah Di hari raya,Terkenang daku kepada si dia, Kampungku indah nun jauh di sana, Ayah serta bondaku. Di tepian mandi, Danauku hijau yang aman damai selalu, Nun di sanalah tempat ku bertemu, Aku dan dia. Apakan daya, Masa tak akan kembali, Hancur musnahlah semuanya, Impian yang murni, Tinggal menjadi kenang-kenanganku, Hanya rangkaian kata dan lagu, Dendang perantau.
Walaupun sudah tidak ada lagi danau hijau yang aman damai kerana musnah oleh tangan-tangan rakus pembalak haram dan halal tetapi generasi hari ini tetap menangis apabila mereka mendengar lagu ini. Umpamanya di Baling hari ini, bukan setakat dilanda krisis air yang parah malah tidak ada lagi tepian mandi dan danau hijau kerana airnya sudah tercemar menjadi pekat seperti 'kopi susu'.
Menurut MB Kedah, Ustaz Azizan permit-permit balak yang dikeluarkan hanyalah untuk kerja-kerja menyuci akar-akar balak bukannya permit mengambil kayu balak. Tetapi Ustaz Azizan terlupa penyamun-penyamun balak ini lebih bertamadun, mereka terpaksa menebang balak untuk menyuci akar balak. Akibatnya kehijauan alam semulajadi Baling menjadi rosak.
"Dulu kami di sini bila bercakap mulut keluar wap sejuk seperti di England" kata Pak Ramli salah seorang saudara yang tinggal bersebelahan Kampung Memali.
Yang sebenarnya beliau pun belum pernah menjejak kaki di England tetapi pernah melihat orang putih, David Marshall semasa Perjanjian Baling.
Di zaman pemerintahan BN/UMNO pun begitu juga, balak, kuari batu, pasir dan tanah merah adalah hasil bumi yang menjadi punca utama pendapatan untuk membiayai kegiatan politik. Sebuah Syarikat yang bernama Gempita Muda Sdn Bhd yang memegang permit hasil-hasil bumi ini adalah broker kepada tauke-tauke besar yang bukan bumi untuk berdagang bagi pihak mereka. Akhirnya syarikat ini juga musnah bersama kayu-kayu balak yang ditebang. Yang masih tinggal hanyalah mantan pengurusnya yang sedang mentadbir UMNO Kedah sekarang.
Inilah realti lagu P.Ramlee. Semuanya sudah musnah dan tinggal kenangan-kenangan hanya tinggal kata dan lagu Dendang Perantau. Apa yang generasi hari ini tangisi apabila mendengar lagu itu hanyalah keindahan alam semulajadi yang sudah tidak ada lagi hijaunya, jernih airnya dan hanya tinggal danau yang tercemar dengan kencing tikus.
Sumber : Blog Mummy Rokiah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan