Gelaran "tokong" yang angkuh dan sombong yang ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seperti yang tercatat dalam transkrip perbualan timbalannya, Dr Mansor Othman seakan menjadi satu fenomena baru bagi menggambarkan perwatakan Lim sejak mengambilalih kerajaan di negeri itu.
Cumanya, jika selama ini tokong sebenar yang disembah melalui ritual keagamaan mengikut kepercayaan penganut Buddha kerana ianya diyakini mampu mendatangkan kebaikan kepada mereka, dalam kes Guan Eng pula lagaknya yang mahu dipandang mulia seperti tokong tapi gaya pentadbiran dan langkahnya pula nampak angkuh dan sombong.
Sebetulnya gelaran sinis tersebut menunjukkan watak angkuh dan besar diri yang semakin sebati dalam diri Setiausaha Agung DAP itu tidak begitu disenangi oleh rakan-rakan sepakatan.
Malah bukan satu rahsia lagi, dikalangan pemimpin veteran DAP juga tidak dapat menyembunyikan kerisauan mereka melihatkan tindak tanduk Guan Eng yang kesannya lebih menjarakkan lagi hubungan DAP dengan rakyat kebanyakan.
Bagi mereka sikap Guan Eng yang terlalu mengutamakan kehendak golongan korporat hingga mengabaikan kehendak dan permasalahan rakyat langsung tidak mencerminkan polisi DAP yang selama ini digambarkan mengutamakan aspirasi rakyat bawahan.
Dengan rekod buruk DAP dan PKR yang pernah gagal menunaikan janji terhadap penduduk Kampung Buah Pala sebelum ini, ditambah lagi dengan keangkuhan yang ditonjolkan oleh Guan Eng, maka layaklah bila gelaran tokong yang angkuh dan sombong kekal atas dahi Guan Eng.
Mungkin bagi sesetengah penyokong PR dari PAS dan PKR yang beragama Islam mereka tidak kisah untuk terus menyanjung tinggi Guan Eng yang suatu ketika dulu pernah dilabelkan sebagai "khalifah" setelah terpegun melihat lakonan ramah mesra yang dipamerkan oleh Ketua Menteri itu.
Tapi selepas tersebarnya kenyataan Dr Mansor yang secara sinis menggambarkan Guan Eng ibarat seperti tokong bernyawa, kemudian dikatakan pula gelaran tersebut adalah satu bentuk pujian, makanya ternampak seperti sokongan yang diberikan oleh penduduk P.Pinang khususnya dari PAS dan PKR semacam menyokong dan menyembah tokong pula.
Di Kelantan kita ada tok guru surat pekeliling yang lebih mesra dengan pembangunan tokong dan patung yang tingginya mengalahkan menara majid, di P.Pinang pula ada pemimpin politik yang diiktiraf dan dipuji sebagai tokong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan