Kira-kira 40 hingga 50 ahli NGO dari Daerah Kecil Selama telah mengadakan satu bantahan terhadap demo Bersih 3.0 di hadapan Padang Bandaran Selama Perak dan Pekan Kubu Gajah.
Bantahan atau demonstrasi ini adalah untuk melahirkan rasa marah terhadap Ambiga dan parti pembangkang yang telah menganjur kan satu perhimpunan haram di Kuala Lumpur Sabtu lepas.
Bantahan dibuat di hadapan pejabat Pas Kubu Gajah Selama |
Menurut jurucakap NGO tersebut En Saufee dari Perkasa Selama, Ambiga dan pemimpin Pkr, Dap dan Pas sengaja mengingkari arahan mahkamah yang menutup Dataran Merdeka sehingga 1 Mei 2012. Kerajaan sudah pun memberi ruang untuk mereka berhimpun di stadium tetapi mereka ternyata engkar dan sengaja mencabar sistem perundangan negara.
NGO Selama terasa terpanggil untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap demontrasi yang telah mencemarkan negara dan menyebabkan kerosakan harta benda awam yang teruk. Lebih menyedihkan apabila peserta demo bertindak ganas dengan memukul wartawan dan anggota polis serta merosakkan kenderaan polis dan kenderaan milik DBKL.
Tindakan mereka amatlah melampau dan boleh mengancam ketegangan kaum serta mencetuskan huru-hara dalam negara. Sekarang kita dapat menilai sendiri bagaimana rupa dan keadaan negara jika mereka memerintah.
Dengan bantahan ini adalah diharapkan pihak kerajaan dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanggung-jawab mengadakan demontrasi tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan