Kami yang mewakili GPMS Bukit Gantang yang bertandatangan seperti berikut membuat laporan polis terhadap Zaharin Mohd Yasin yang dikenali sebagai Sang Kelembai yang merupakan seorang bloger telah mengeluarkan kenyataan bertarikh 28 April 2012 yang didapati mempunyai niat jahat dan berunsur fitnah terhadap Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia.
Kenyataannya di dalam Facebook (seperti yang dikepilkan).
Dia menyatakan, “Polis dah lebih cerdik dari dulu.. Dia bagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju bersih tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi. Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.. Dan saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama.. Saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini..”
Dalam posting yang sama, komen yang kedua, “Jika berapa pun dia kata.. Kena tolak tak kurang 2ribu adalah polis dalam kumpulan bersih. Yang menapikan mereka pun puak polis pakai t shirt bersih untuk rempoh sekatan polis, yang baling objek pun saya rasa polis, macam mereka buat latihan demontrasi kat polis depoh. Hehehe puak2 Pas bodoh ni ikut nyer..”
Kenyataan dia ini telah menyebabkan pembangkang menuduh polis yang terlebih dahulu melakukan provokasi yang menyebabkan keadaan menjadi tegang.
‘Print Screen’ dan kenyataan dia ini telah diedarkan kepada orang ramai menerusi internet sebagai bukti ketegangan demonstrasi Bersih dilakukan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Tujuan kami membuat laporan ini untuk :
1- Polis mengadakan satu siasatan yang kami sifatkan kata-katanya sebagai menghasut dan menfitnah.
2- Kami juga berpendirian kenyataan dia boleh menimbulkan implikasi yang buruk terhadap integriti Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa.
3- Kami juga percaya kenyataan-kenyataan ini akan membawa kepada keganasan yang lebih buruk di dalam Bersih 4.0 dan lain-lain siri demonstrasi anjuran mereka seperti yang diwar-warkan oleh Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 2 Mei 2012.
Sekian sahaja laporan kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan