TM sangat setuju dengan cadangan tersebut kerana beberapa sebab.
Pertamanya kita kena lihat kembali sejarah kerakyatan warga British yang bermastautin di Malaysia.
Kita semua maklum bahawa Tanah Melayu menjanjikan segala kemewahan kepada perantau.
Sejak zaman kesultanan Melaka, negara ini menjadi tumpuan pedagang dan mubaligh agama seperti Kristian dan Islam. Sebelum itu wujud bukti bahawa kemasukan agama Hindu dan Buddha telah lama menguasai tanah Malaya.
Orang Cina dari tanah besar masuk beramai-ramai dengan menaiki jong, tongkang dan motorbot.
Ramai orang Cina yang datang ke sini dalam usia muda. Bukan mereka datang dengan rela hati tetapi datang kerana ibubapa mereka memaksa mereka ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik berbanding tanah besar yang terlalu miskin akibat perang saudara.
Di Sarawak, Kapitan Cina Wong Nai Siong pula mendapat izin daripada Rajah Brooke untuk membawa masuk menganut Kristian kerana menyelamatkan nyawa mereka daripada menjadi mangsa pembunuhan anti kristian.
Terdapat juga mereka yang datang kerana dibawa oleh ketua-ketua Klan untuk dijadikan pekerja lombong atau diistilah sebagai coolie.
Orang India dibawa oleh British sebagai buruh keretapi, ladang getah dan lain-lain. Kaum India terdiri dari 4 kasta dan mereka datang mengikut kasta mereka. Guru, doktor, pentadbir adalah dari kasta tinggi.
Orang Sikh pula datang sebagai tentera dan polis. Kelompok ini ramai yang bermastautin di Labuan hingga kini.
Kesemua kaum-kaum ini akhirnya ingin terus menetap di Tanah Melayu walaupun Bristish ingin dan rela untuk memerdekakan negara ini.
Maka timbul pula isu warganegara. Kumpulan Ulama dalam Umno tidak bersetuju dengan cadangan Umno untuk membenarkan bangsa asing menjadi warganegara.
Ulama Pas inilah yang akhirnya keluar dan menubuhkan PAS pada tahun 1950.
Suruhanjaya Lord Reid menggunakan fasal jus soli dalam usaha mereka untuk membolehkan rakyat British bukan melayu untuk menjadi warganegara.
Dalam buku Memoir Tunku Abdul Rahman, Ramlah Adam menulis bahawa untuk membolehkan bukan melayu kekal menjadi warga negara, beberapa syarat hendaklah dipatuhi dan dihormati.
Antaranya mereka hendaklah faham dan menghormati adat istiadat orang Melayu, memahami bahawa agama Islam adalah agama rasmi. Berusaha untuk mempelajari bahasa Melayu dan banyak lagi syarat-syarat yang tertulis dalam buku tersebut.
Oleh itu kaum-kaum bukan melayu yang tinggal dinegara ini hendaklah menghormati orang Melayu dan Raja-Raja Melayu. Ekoran dari itu juga Majlis Raja-Raja telah menggariskan 7 perkara dalam Wasiat Raja-Raja Melayu.
Ketika itu orang Cina patuh dengan pemimpin MCA dan India pula bersatu di bawah MIC. Suasana aman damai wujud ketika itu. Mereka dilabelkan sebagai kafir zimmi yang perlu dilindungi oleh pemerintah.
Bagaimanapun, sejak 1930 kemasukan beramai-ramai orang Cina, wujud sekelompok kumpulan Komunis yang bertujuan untuk menyebarkan dan dakyah mereka bagi menjadikan Tanah Melayu sebagai sekutu Komunis.
Mereka ini tidak bersetuju dengan MCA dan kekal sebagai PKM dan berjuang untuk merampas negara selepas gagal dalam perang dunia kedua dan semasa darurat 1948.
Kumpulan inilah yang berjaya menguasai parti politik pembangkang atau dikenali sebagai DAP.
Walaupun ancaman komunis berakhir dengan satu perjanjian gencatan senjata ditandatangani di Hotel Lee Garden Hatyai Songkla Thailand pada tahun 1988 kalau tak silap.
Tun Hanif Omar Bekas Ketua Polis Negara pernah berkata "akan datang komunis tidak akan mengangkat senjata tetapi akan menggunakan ayat-ayat Quran dalam perjuangan mereka.
Hari ini komunis bukan saja berjaya menggunakan Quran tetapi memperkudakan parti yang kononnya Islam sebagai sekutu mereka. Parti tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Parti Pas.
Oleh yang demikian Parti Dap yang dikuasai oleh Cina Komunis ini jelas menunjukkan mereka telah tidak menghormati adat istiadat orang Melayu dan tidak menghormati Sistem Beraja.
Nga Kor Ming pernah menyatakan cita-cita mereka untuk menjadikan negara ini sebagai republik dan menghapuskan raja-raja Melayu.
Jadi, apa tunggu lagi? Dah sah mereka ini tidak lagi menghormati syarat-syarat kewarganegaraan maka satu tindakan tegas wajib diambil terhadap mereka dan parti Dap wajar diharamkan.
Anda setuju?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan