Sebelum ini Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pernah membayangkan Selangor tidak akan membubarkan DUN jika pilihan raya diadakan Jun 2012.
Alasan beliau, kerajaan PKR perlu lebih masa untuk menunaikan segala janji dan tanggung jawab yang diamanahkan oleh rakyat ke atas bahu mereka.
Kelmari, Anwar Ibrahim pula membuat kenyataan bahawa Selangor tidak akan menyertai Pilihan raya ke-13 jika tuntutan Bersih tidak ditunaikan.
Tetapi, itu hanyalah apa yang tersirat, yang tersiratnya ialah, Anwar sudah meramalkan yang BN akan menang besar di Selangor.
Anwar boleh memberi apa jua alasan untuk Selangor tidak menyertai PRU, tetapi rakyat tetap melihatnya sebagai tanda-tanda yang Pakatan Rakyat sudah ‘kecut perut’ dan langsung tidak punya keyakinan untuk menghadapi pilihan raya kali ini.
Entah ke mana hilangnya segala laungan yang mereka mendapat sokongan padu rakyat. Entah ke mana hilangnya keangkuhan yang ditonjolkan ketika kemenangan dalam PRU 2008 yang lalu.
Nampaknya keyakinan, laungan dan keangkuhan PR tenggelam bersama dengan isu pasir, isu air, isu judi, arak, pusat hiburan, rumah urut serta isu murtad. Tidak ketinggalan juga isu video seks, isu salah guna wang negeri oleh DAP sehingga membawa kepada kematian Teoh Beng Hock.
Begitu juga dengan isu lama yang kekal hangat seperti isu Shamsidar dan isu biseksual Anwar Ibrahim. Kemudian, dalam keghairahan Anwar memikat hati tuannya di barat, beliau terlupa yang wawancaranya dengan Wall Street Journal boleh dicapai oleh rakyat Malaysia hanya dengan satu ‘klik’ di komputer.
Maka, pecah lah tembelangnya menyokong zionis dan sehingga kini isu ini tidak dapat ditanganinya dengan baik. Malah, habis kelam kabut dan pening lalat Nik Aziz, Hadi Awang dan semua ustaz-ustaz PAS kerananya.
Di celah-celah itu, isu pemecatan Dato’ Dr. Hasan Ali juga memberi impak yang hebat terhadap sokongan Melayu terhadap PR, terutama sekali di Selangor.
Dan kini, isu kebodohan Anwar Ibrahim yang mencadangkan pemansuhan PTPTN pula timbul, sehingga menyaksikan pertengkaran hebat dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang diadakan semalam.
Jelas, DAP dan PAS benar-benar ‘bengang’ dengan Anwar kerana mencadangkan perkara bodoh yang akhirnya memakan diri dan parti. Sementara itu, BN pula semakin hari semakin mantap dan yakin bergaya.
Tanpa perlu berbuat apa-apa BN hanya tersenyum menyaksikan PR memperbodohkan diri sendiri, berpusing keliling menepis peluru yang mereka tembak sendiri. Tergelak kita melihat mereka terlompat-lompat bila peluru mengenai kaki.
Di masa yang sama siri-siri demonstrasi yang digerakkan PR sama ada secara langsung atau dengan menggunakan penyamaran di bawah berbagai-bagai nama NGO untuk menggugat BN dan kepimpinan Dato’ Seri Najib juga langsung tidak memberi kesan.
Sudahnya, rakyat menjadi muak dengan gelagat para pendemonstrasi, sekali gus meluat dengan PR yang menjadi dalangnya. Mungkin kerana itu, maka BN akhir-akhir ini telah mengambil sikap ‘malas melayan’ kerenah manusia tidak berguna ini.
Jika mereka ingin berdemo, biarkan sajalah, malah pihak berkuasa juga bersedia memberikan tempat untuk mereka berdemo dengan aman asalkan mereka bahagia. Yang pasti, di kala mereka berdemo, BN pula sibuk berkhidmat untuk rakyat.
Semua faktor inilah yang membuat Anwar atau PR Selangor cuak untuk menyertai PRU. Setelah puas mencuba membuat huru-hara dan melingkupkan negara, sedar-sedar sudah hampir Pilihan raya dan mereka belum pun membuktikan apa-apa kepada rakyat.
Yang ada hanya janji-janji di dalam Buku Jingga yang bukan saja tiada jaminan tetapi tidak masuk akal sama sekali. Lebih buruk lagi, beberapa soal yang menjadi kontroversi dalam pakatan mereka seperti hudud juga masih belum dapat di selesaikan.
Semua yang dipaparkan di atas membuktikan hanya satu perkara, iaitu PR sememangnya tidak mampu dan tidak layak memerintah walaupun sebuah negeri. Khalid Ibrahim sudah mengakuinya secara tidak langsung apabila membayangkan keengganan membubarkan DUN, dan kini Anwar pula berbuat yang sama.
Alasan enggan sertai PRU kerana ‘tuntutan Bersih tidak dipenuhi’ sebenarnya hanyalah untuk menutup malu jika rakyat tahu yang mereka sudah takut.
Rupanya tahu juga si Anwar ini merasa malu, walaupun beliau nampaknya tidak malu langsung bila seluruh dunia menyaksikan dirinya ‘beraksi’ tanpa seurat benang dengan ‘china doll’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan