Pegawai Penyelidik Biro Penerangan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang David Yim Boon Leong menyelar tindakan Lim Guan Eng yang mengamalkan budaya Rasis malah seumpama Penjajah British menerusi Ucapan Ketua Menteri DAP itu di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Negeri tersebut.
Guan Eng dakwa beliau telah menghasut para pelajar sekolah agar tidak membaca akhbar berbahasa Melayu di Negara ini.
"Dia memang ada membuat ucapan sedemikian rupa apabila berkata dia tidak akan mengeluarkan peruntukan kepada sekolah yang mahu melanggan akhbar Berita Harian dan juga Utusan, melainkan Sinar Harian sahaja.
"Walaupun nampak kecil, sebenarnya ia sesuatu yang berunsurkan perpecahan. Hanya pada zaman British sahaja mereka mengasingkan kaum Cina, India dan Melayu.
"Tetapi pada zaman kini, kita tidak boleh lagi berbuat sedemikian seperti British, ia bukanlah perpaduan sebaliknya hanya pengasingan dan perpecahan," katanya dalam laporan akhbar2 tempatan.
Yim berkata, seharusnya sebagai ketua menteri, yang juga pemimpin utama di negeri itu perlu mempromosikan perpaduan antara kaum.
"Perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi kerana ia diumumkan secara terus terang kepada pelajar dan ibu bapa serta guru.
"Memang dalam ucapannya, nada Guan Eng seperti membuat lawak, tetapi bagi kami kenyataanya itu seperti satu ugutan apabila mereka (sekolah) hendak beli akhbar berkenaan tetapi dia tidak akan diberikan peruntukan," katanya.
Bravo David Yim Boon Leong. Jika kesemua Pemimpin mengamalkan prinsip sebegini, percayalah, Malaysia bakal dijulang dunia sebagai sebuah Negara paling maju menghidupkan Perpaduan Kaum yang utuh.
Dari blog Melayu Cindia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ini lah akibatnya kerajaan lembek menangani 'demand' rejim DAP ini, di manjakan sangat bak bagi betis nak peha dan kini nak lawan 'tokey'. Islam merdeka kini di Malaysia. Dap mahu menjajah bumi Islam Malaysia menjadi Islam tidak merdeka. Ini lah peluang syahid yg Allah sediakan untuk hamba-hambanya. Allahhuakbar!!! Gagalkan rejim Dap ini!
BalasPadam