Jumaat, 2 Mac 2012

Seleweng Dana RM150 Juta

Buruk jalan
Isu jalan di Kedah sudah lama di perkatakan,  Malah pernah di bangkit dalam satu forum di TV1 bulan Disember tahun lalu. Exco kerajaan yang menjadi penal malam tu, merah padam mukanya kerana gagal menjawab soalan yang dikemukan oleh dua ahli penal yang bukan dari ahli politik.


Kerajaan Pas gagal dan pecah amanah. Wang yang di peruntukkan oleh Kerajaan Persekutuan tidak digunakan sepenuhnya. Baca petikan di bawah yang diambil dari portaL MyKMU.
 

Di sebalik kekalutan krisis kepimpinan Kerajaan PAS Negeri Kedah, saya diberitahu oleh satu sumber dari Wisma Darulaman bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menyiasat pejabat-pejabat Exco Kerajaan Negeri di pusat pentadbiran negeri itu.

Menurutnya lagi, ada di kalangan Exco-Exco dan pegawai-pegawai lantikan politik di wisma tersebut yang disyaki menyeleweng dana peruntukan yang disuntik oleh Kerajaan Pusat (BN) untuk membuat dan menyelenggara jalan raya di seluruh Kedah yang berjumlah RM150 juta.

Namun mengikut rekod audit, hanya RM50 juta digunakan dan selebihnya ‘disimpan’ di dalam ‘tabung amanah’ yang diragui statusnya.

Bila ditanya ADUN BN di dewan undangan negeri tentang di manakah duit itu sekarang, mereka menjelaskan bahawa wang itu ‘selamat’ di dalam ‘tabung’. Benarkah begitu?

Menurut sumber lagi, ramai pihak khususnya pada pemimpin BN yang sudah tahu bahawa wang tersebut telah disalah gunakan bagi membayar gaji kakitangan awam negeri Kedah! Ini adalah kerana Kerajaan PAS Kedah dikatakan gagal menjana wang bagi membayar gaji kakitangan awam peringkat negeri yang sepatutnya dibayar dari akaun kerajaan negeri itu sendiri.

Dalam hal ini, sekiranya benar dakwaan sumber berkenaan maka bolehlah saya simpulkan bahawa bahawa para pemimpin PAS Kedah telah menyeleweng wang yang di peruntukkan untuk kebajikan rakyat.

Amanah yang diberikan oleh Kerajaan Pusat untuk rakyat negeri Kedah telah di khianati begitu saja tanpa memikirkan kesan terhadap kesejahteraan rakyat di negeri itu.

Contohnya, TV3 pernah melaporkan ribuan rakyat di Sungai Petani yang menunjukkan protes terhadap Kerajaan PAS Kedah yang dikatakan gagal menyelenggara jalanraya sehingga menyebabkan kemalangan jalanraya kerap berlaku dan ada yang hampir kehilangan nyawa.

Selain itu, kenderaan mereka juga sering rosak dan terpaksa dihantar ke bengkel melakukan proses ‘balancing’, ‘allignment’ dan ada juga yang terpaksa menukar tayar kenderaan yang rosak pada hampir setiap bulan!

Apakah Kerajaan PAS Kedah fikir nyawa rakyat Kedah begitu murah?

Dan apakah PAS Kedah fikir rakyatnya banyak duit untuk menyelenggara kenderaan masing-masing yang rosak akibat keadaan jalan raya yang teruk?

Apakah hak mereka untuk menafikan hak rakyat yang berhak memiliki jalan raya yang baik strukturnya? Wang itu untuk memperbaiki jalan raya, bukan untuk bayar gaji kakitangan awam negeri!

Adalah sangat tidak adil untuk menyeleweng hak dan wang rakyat begitu. Sepatutnya, Kerajaan PAS Kedah perlu mencari alternatif sendiri untuk membayar gaji kakitangan awam negeri itu dan tidak menggunakan wang peruntukan jalan raya dari Kerajaan Pusat untuk perkara lain.

Jika negeri-negeri lain bertungkus lumus meningkatkan tahap kewangan negeri untuk menampung pembayaran gaji para kaki tangannya, mengapa pula Kerajaan PAS Kedah tidak mampu buat begitu?

Kalau nak pusing modal pun, buatlah dengan menggunakan wang perbendaharaan negeri yang tidak bersangkutan dengan kepentingan rakyat. Kalau payah sangat, gunakan saja duit balak yang dikatakan berjuta-juta itu.

Dan kalau rasa tak mampu untuk menguruskan kewangan negeri atau tidak mampu untuk berlaku amanah terhadap tanggung jawab membangun kan negeri, eloklah serahkan kembali negeri Kedah kepada BN dari terus membiarkan Kedah mundur ke belakang seperti Kelantan.

Sangat zalim sekiranya menafikan hak rakyat sebegitu rupa. “Buatlah kerja cara Islam…”, itu saja kali ini untuk Azizan dan konco-konconya…

PAS KEDAH KENA JAWAB SEGERA ISU INI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan