Satu ketika dahulu Datuk Zaini Hasan pernah membuat perjumpaan dengan blogger politik dan katanya blogger boleh dan mampu menterbalikkan negara. Ia nya benar kerana blogger juganya yang menyebabkan berlaku tsunami politik 2008.
Pak Lah Perdana Menteri yang menang besar dalam PRU 11 gagal menunaikan mandat rakyat menyebabkan beliau dan BN kalah teruk 4 tahun selepas berkuasa. Justeru beliau terpaksa menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Najib.
Selepas kekalahan BN pada 5 negeri menyebabkan satu semangat baru muncul. Tun Mahathir lah pendorong kepada kebangkitan blogger. Blogger pro BN tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan mereka bernaung dibawah BPN atau Blogger Pembela Negara yang diketuai oleh Panglima Perang Cyber. Abang Tuah sebagai Timbalan. Parpu kari, Taipingmali dan ramai lagi bernaung dibawah BPN sebelum munculnya UMB di bawah Tun Faisal dan Pemuda Umno Malaysia,
Kini PapaGomo , Parpu, Gap, Pisau, Panglima Perang Cyber , MIM, MIK dan ramai lagi masih mendominasi carta blogger berpengaruh di media maya.
Datuk Zaini Hasan sendiri sudi hadir ke ILMU untuk memberi tunjuk ajar kepada penggiat media maya satu ketika dulu, Taipingmali turut hadir kuliahnya.
Tiba-tiba hari ini riuh rendah pasal Datuk Seri Ahmad Farid, TM tak baca pun lagi apa komen dan kritikan beliau terhadap blogger pro kerajaan BN.
Mungkin ada kebenaran juga. maklumlah beliau lama berkecimpung dalam penyiaran di TV3. memperoleh Master dari USA dan tentulah pemikiran cukup hebat. Dato Ron atau Kuda Kepang berkata bukan semua blogger ada Master Degree. memang betul sebab yang jadi askar turun berperang bukannya ada degree pun semua lulus SRP sahaja, Itu realiti tentera zaman dahulu dan kini mungkin lulus tingkatan 5 boleh masuk tentera.
Oleh itu pesanan kepada Ahmad Farid Ridzuan sudi apalah kiranya Datuk membuat satu sesi kuliah untuk mengajar blogers ini.
Datuk Seri Najib mengiktiraf peranan pejuang maya, Najib berkali-kali turun padang bersama blogggers dan penggiat media sosial yang lain seperti facebook dan twitter, malah meletakkan bloger sama level dengan orang akhbar, radio dan tv.
Hari ini banyak isu negara dimulakan oleh blogger dan disambut oleh akhbar dan tv....Tak hebat lagi ka? Nak bukti? Tak cukup dua 2 helai A4 kalau nak disenaraikan !
Papagomo, minag jiggo RBF dihargai jasa mereka dan diusung sampai ke Somalia, New Zealand, Jepun untuk membuat liputan bencana. Hari ini PapaGomo bergelut membuat liputan LTDL.
Jadi boleh lah Ahmad Farid buka kelas untuk kami belajar bagaimana menjadi blogger atau penulis maya yang baik, hebat dan dihormati.
Boleh ker Datuk?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan