Isnin, 9 Januari 2012

Pemilihan AJK Masjid?

Masjid sepatutnya bebas dari pemilihan. Pas sendiri menyatakan bahawa sistem pemilihan dan undian adalah sistem yang ditiru dari budaya barat, yahudi dan nasrani.

Pas kata sistem perlantikan mesti dibuat secara syura, tetapi sejak awal tahun 2000
Pas menggunakan sistem yahudi dalam merampas AJK masjid di seluruh negara.

Di Perak sistem pemilihan begini tidak dibuat tetapi Pas telah melakukannya dibeberapa buah masjid.

Berikut adalah edaran pemilihan AJK masjid di Selangor.

MESYUARAT AGUNG DAN PEMILIHAN JAWATANKUASA SURAU AR-RAHMAN
Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat agung tahunan serta pemilihan Jawatankuasa Surau Ar-Rahman (2011 - 2013) akan diadakan seperti ketetapan berikut:

          Tarikh  : 18 Disember 2011 (Ahad)
          Masa    : 9.00 malam
          Tempat : Surau Ar-Rahman, Taman Impian Putra.

3.         Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

                        1)      Ucapan Pengerusi
                        2)      Pembentangan Laporan Aktiviti
3)      Pembentangan Penyata Kewangan
4)      Perlantikan Jawatankuasa Surau bagi sesi 2011 – 2013
5)       Pembentangan Usul
6)      Hal-hal lain

4.         Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan adalah dijemput hadir bagi menjayakan mesyuarat tersebut.

Sekian, terima kasih.

( HAJI MOHAMED BIN OTHMAN )
Pengerusi
Surau Ar-Rahman

Tel           : 019-3528007
e-mail      : mohd1297@yahoo.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan