Jumaat, 27 Januari 2012

Dap dan Pkr makan besar, Pas makan lendir


SELANGOR !! DAP BELI BANGUNAN YAYASAN SELANGOR? [ klik ke blog asal



Yayasan Selangor akan dijual kepada sebuah syarikat luar negara. Khabarnya bakal dijadikan sebagai pejabat baru DAP. Kerajaan negeri PKR-DAP yang kini menerajui PKNS telah mengenal pasti 16 hartanah bernilai RM10 bilion untuk pelaburan Amanah Raya Reit (ARREIT) secara berperingkat.


Bangunan Yayasan Selangor yang terletak di Bukit Bintang akan menjadi mangsa kerakusan pentadbiran DAP-PKR di Selangor.


Peringkat pertama 3 harta bernilai RM270 juta dilaburkan dalam ARREIT. Beberapa pendedahan telah dibuat tentang penyelewengan kuasa dan amanah yang dilakukan termasuklah dalam Laporan Audit Dalaman 2010 mengenasi Yayasan Selangor.





Kit Siang dan Guan Eng sudah berkira-kira berapa untung yang sudah mereka jana di Pulau Pinang dan Selangor. Di Pulau Pinang, Guan Eng sumbat RM100 untuk tutup mulut. Di Selangor, Kit Siang arah Exco Exco DAP sogok RM100 di pasaraya untuk kelabukan mata rakyat. Padahal penyelewengan yang lebih besar disembunyikan.


Rakyat Selangor perlu "mengaudit" kembali harta-harta negeri Selangor. PKR-DAP menjual untuk dapat untung dalam masa yang singkat. Apakah keuntungan ini akan digunakan untuk tujuan pilihan raya? Tambahan Geran Selangorku sejumlah RM300 juta itu untuk apa motifnya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan