Jumaat, 2 Disember 2011
Kos bahanapi semakin murah untuk pengangkutan awam
Hari ini TM menaiki bas ekspress versi baru untuk ke KL. Bas ini milik KBES masih bau kilang lagi.
Apa yang menarik ialah bas ini menggunakan NGV seratus peratus.
Menurut pemandu bas tersebut, ia dapat menjimatkan sehingga 70 peratus kos bahanapi.
Kuasa yang diberikan tidak mengecewakan. Kelajuannya cukup lancar dan sudah tentu tiada lagi bau busuk minyak disel.
Pun begitu, harga tiket tetap sama , Taiping ke KL berharga RM 24.70 .
Akan datang kemungkinan bas akan menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya seperti superbus yang telah dimajukan di German baru-baru ini.
Terima kasih kerajaan BN yang berjaya membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat.
Hanya puak-puak pembangkang sahaja yang tidak tahu bersyukur akan nikmat yang diberikan kepada kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan