Sabtu, 17 Disember 2011

Kemalangan? Salah UMNO kut?


LENGGONG: Dua Pimpinan PAS Kawasan Lenggong telah mengalami kemalangan ngeri dan hampir meragut nyawa.

Kereta yang dipandu oleh Penerangan Pas Lenggong, Saidi Sabri bersama Ketua Keselamatan PAS Lenggong Ramdzi Othman  Ramdzi tiba-tiba terhenti dan tidak dapat berfungsi sehingga terlanggar pengadang jalan sebelum berpusing lalu terbalik serta terbakar.

Kejadian tersebut berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Lenggong setelah menghadiri mesyuarat di Pejabat PAS Perak.

Saidi Sabri berkata, mereka hampir rentung apabila kereta  jenis Perodua Kembara yang dipandunya tiba-tiba terbakar.

“kereta kami tiba-tiba terhenti dan tidak berfungsi sehingga terlanggar pengadang jalan sebelum berpusing lalu terbalik dan terbakar,” katanya.

Beliau bersyukur kerana dirinya serta rakannya selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar ketika dimaklumkan kejadian ini bersimpati dan terkejut dengan kejadian tersebut.

“Saya bersimpati dengan kejadian yang dialami. Saya berharap mereka tabah dan bertambah semangat dalam perjuangan menegakkan Islam,” katanya.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan