Hampir semua akhbar hari ini menyiarkan permohonan maaf Nga Kor Ming kepada Menteri Besar Perak YAB Dato Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir.
SETIAUSAHA DAP Negeri yang juga Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming meminta maaf kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta semua pihak yang tersinggung dengan kenyataannya dalam satu siri ceramah pembangkang tidak lama dahulu.
Kor Ming mengaitkan Dr Zambry dengan isu warna kulit pada satu ceramah pembangkang 9 September lalu sebagaimana yang didedahkan oleh Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dalam Sidang Dun Perak baru-baru ini. SINAR
Mungkin perkara itu selesai, tetapi bagaimana pun ada satu lagi perkara kedua yang masih mengguris hati rakyat Perak iaitu perbuatan Nga, Zunar dan Nizar Jamaluddin yang masih melabelkan dan menghina negeri Perak dengan label Perak Darul Katun.
sila jawab siapa katun, siapa betul..
BalasPadam