Parti pembangkang mahukan pelajar IPT diberi kebebasan untuk berpolitik supaya pembangkang mudah untuk memperalatkan mereka terutama pelajar Melayu.
Ia adalah serampang dua mata, selain memperalatkan pelajar Melayu agar membenci pemerintah ia juga satu usaha untuk menggagalkan usaha kerajaan meningkatkan modal insan orang Melayu.
Kebanyakan pelajar yang menjadi mangsa mereka ialah pelajar yang datang dari kampung dan pemikiran mereka sudah dipesongkan oleh Pas dan Pkr sejak kecil lagi tambahan pula jika ibubapanya adalah Pas totok.
Pelajar Melayu patut malu kepada DAP yang tidak langsung menghasut atau mengganggu pelajar-pelajar bukan Melayu. Oleh sebab itu, ramai pelajar anak-anak DAP yang menuntut di IPTA lulus dengan cemerlang dan tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN. Malah mereka membantu dari segi kewangan kepada pelajar mereka.
Lihat sahaja David Nga Kor Ming, Teresa Kok dan ramai lagi dari kalangan Adun dan MP Dap, hampir kesemua mereka adalah graduan dari universiti tempatan.
Bezanya mereka tidak sibuk untuk berpolitik seperti pelajar Malayu. Kebanyakan pelajar Melayu hanya mendapat keputusan biasa-biasa sahaja dan mereka ini lah yang enggan membayar balik pinjaman pelajaran.
Manakala anak-anak Dap begelar siswazah cemerlang dan ada yang mendapat biasiswa untuk menyambung pelajaran mereka ke luar negara.
Sekarang siapa yang bodoh? Siapa pengkhianat? Jawapannya ialah anak-anak Melayu Pas totok dan Pemimpin Pas dan PKR seperti Anwar Ibrahim. Maka tidak salah jika mereka diberi gelaran pengkhianat dan perosak bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan