Selasa, 5 November 2013

Analisa: BN Tempangkan PAS Di Sg Limau

Keputusan Pilihanraya N20 Sg Limau sudah pun diketahui umum. Jangkaan PAS mempertahankan kerusi DUN tersebut telah pun dijangka. PAS memperoleh 12,069 undi manakala BN memperoleh 10,985 undi. Keputusan ini memperlihatkan majoriti PAS merosot kepada 1,084 berbanding 2,774 majoriti pada PRU 13 yang lalu.


Walau bagaimanapun, usaha keras BN menembusi kubu kuat PAS telah menempangkan PAS di Sg Limau. PAS dan Pakatan Rakyat telah menggunakan seluruh kekuatan jenteranya untuk mempertahankan DUN Sg Limau. PAS dilihat sangat terdesak sehingga memaksa mereka mengerahkan jentera pemudanya untuk membuat flash mob motosikal dan kereta sepanjang hari pengundian. Ini telah menyebabkan kesesakan teruk sepanjang lebih 15 km di semua peti undi.


Kemerosotan undi terhadap PAS juga adalah disebabkan penolakan pengundi terhadap kepimpinan Mahfuz Omar selaku Pengarah Pilihanraya PRK N20 Sg Limau. Mahfuz Omar sangat dikenali sebagai orang di belakang Dr Phahrolrazi untuk menentang Allahyarham Tan Sri Azizan suatu ketika dahulu. 

Ini terbukti apabila beberapa Daerah Mengundi yang menjadi tradisi PAS telah membuat kejutan dengan memilih Dr Sohaimi Lazim. Antara Daerah Mengundi yang merupakan kubu kuat PAS tetapi telah tumbang kepada BN adalah Daerah Mengundi Kabu 10, Daerah Mengundi Sungai Limau, Daerah Mengundi Sedaka dan daerah Mengundi Padang Lumat. Faktor ini didorong oleh perpecahan dalaman PAS selain kemarahan akibat banyak campur tangan petugas luar negeri Kedah. 

Antara faktor berubah undi juga pastilah sebagai tanda protes dan kemarahan penyokong PAS terhadap kem Mahfuz Omar dan Phahrolrazi.


Antara faktor lain yang menyebabkan kemerosotan undi kepada PAS adalah pengundi luar. Pengundi luar yang pulang mengundi amat rendah. Ini dipengaruhi oleh tarikh hari pengundian yang jatuh pada hari bekerja. Selain itu, tahap keyakinan yang tinggi terhadap PAS untuk mengekalkan kemenangan juga mendorong pengundi luar untuk tidak pulang mengundi.


Menurut penganalisis politik, faktor kecil pengundi Cina juga telah menjejaskan undi terhadap PAS. Pada PRU 13 yang lalu, hampir 90% pengundi Cina telah keluar mengundi dan 87% daripadanya telah memilih PAS. Beliau menambah, pada kali ini hanya 51% pengundi Cina mengambil keputusan untuk mengundi. Hampir 49% daripadanya telah memilih calon Barisan Nasional manakala selebihnya memilih calon PAS. 

Isu ekonomi seperti kenaikan harga minyak dan Cukai Barangan & Perkhidmatan telah mendorong pengundi Cina kekal mengundi PAS. Kemerosotan jumlah keluar pengundi Cina adalah disebabkan mereka mula berasa tertipu oleh janji – janji manis Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim sekaligus mengambil keputusan untuk tidak keluar mengundi. Inilah adalah tanda protes diam masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat dan sekiranya trend ini berterusan maka peluang untuk pengundi Cina pulang kepada Barisan Nasional sangat tinggi.

  

Secara moralnya Barisan Nasional telah berjaya mengubah paradigma pemikiran pengundi di Sg Limau. PAS hanya memenangi 9 Pusat Daerah Mengundi berbanding 13 Pusat Daerah Mengundi pada PRU lalu. Manakala BN telah meningkat dengan baik apabila memenangi 10 Pusat Daerah Mengundi daripada 19 Pusat Daerah Mengundi keseluruhan. Kesimpulannya, laungan Berani Hijrah oleh Barisan Nasional telah menempangkan sokongan PAS di kubu kuatnya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 4 November 2013

PRK Sg. Limau:  Mampukah Sungai Limau Berubah?

 

Hari ini, para pengundi di DUN Sungai Limau, Yan, Kedah turun membuang undi bagi menentukan 'nasib' kawasan mereka.  Bagaikan tersekat dalam ruang masa di tahun 80-an, kawasan ini tidak pernah mengalami perubahan, jauh sekali kemajuan.  Apabila kawasan lain di sekitar mengalami perubahan dari segi pembangunan, kawasan ini terus terbiar seolah-olah tidak dipedulikan. 

 

Oleh kerana kawasan ini menjadi kubu kuat PAS maka kerajaan Kedah pimpinan UMNO sebelum ini, tidak mampu menghulurkan bantuan yang berkesan. Memandangkan PAS terus menang di Sg. Limau, maka kita melihat itu sebagai isyarat yang penduduk di situ sememangnya enggan berubah. 

 

Ini terbukti apabila PAS berjaya merampas kepimpinan Kedah dan Menteri Besar yang dilantik  merupakan ADUN Sungai Limau sendiri dan Sg. Limau masih lagi tidak mengalami apa-apa perubahan.  Begitupun, sentimen menyokong PAS terus kuat dan perasaan sayang para penduduk terhadap arwah bekas Menteri Besar dari PAS itu juga cukup terasa. 

 

Justeru, kita tertanya-tanya, apakah penduduk Sungai Limau sememangnya enggan berubah dan ingin terus hidup dalam keadaan terkebelakang, jauh dari arus kemodenan dan kecanggihan dunia?  Mungkinkan penduduk di sini benar-benar enggan memajukan diri?

 

Bukankah Islam menuntut umatnya agar memajukan diri?  Bukankah penduduk Sungai Limau amat gemar melaungkan Islam? 

 

Umat Islam telah diingatkan bahawa kemiskinan akan mendekatkan kita kepada kekufuran.  Untuk keluar dari kemiskinan, kita wajib menimba ilmu dan berusaha.  Kita tidak boleh hanya duduk menerima nasib sendiri tanpa sedikit pun 'berjuang' untuk meningkatkan taraf hidup kita.   Hanya melalui ilmu maka pemikiran kita akan lebih terbuka dan mampu menganalisa fakta dan angka agar tidak mudah diperdaya oleh sesiapa.  Hanya melalui ilmu maka kita akan menjadi ummah yang kuat. 

 

Justeru, bukankah itu yang penduduk Sungai Limau inginkan?  Iaitu untuk menjadi sebahagian dari ummah yang kuat? 

 

Kita percaya setiap yang mengaku Islam pasti mempunyai impian untuk melihat kekuatan ummah.  Kita mungkin tidak mampu mengubah pemikiran atau membantu umat Islam di negara lain atau di negeri lain untuk mencapai impian itu tetapi, kita boleh saja memulakan dengan diri sendiri. 

 

Pilihanraya Kecil Sg. Limau ini adalah peluang terbaik untuk melakukan perubahan itu.  Ia adalah langkah pertama untuk membawa keluar Sg. Limau keluar dari kemunduran.  Melalui PRK ini, Sg. Limau mampu berubah dan menjadi kawasan yang rancak dengan aktiviti serta mungkin juga cemerlang dari segi ekonomi.  Ini tidak mustahil jika melihat dari perancangan-perancangan bagi kawasan ini yang telah digariskan oleh arwah Menteri Besar dan turut dipersetujui oleh Menteri Besar Kedah sekarang ini.

 

Siapa tahu bakat dan kebolehan yang mungkin ada di kalangan anak-anak Sg. Limau jika mereka tidak didedahkan kepada arus kemodenan dunia.  Siapa tahu akan potensi yang ada di kalangan penduduk di situ sekiranya tidak pernah berpeluang menyerlahkannya. 

 

Bakat, kebolehan, potensi dan peluang adalah kurniaan Allah SWT dan ia perlu diteroka dan dipupuk agar dapat digunakan bagi menfaat seluruh manusia.  Ini tidak akan dapat dilakukan jika Sg. Limau terus di takuk lama, di mana pemikiran penduduknya hanya dipenuhi dengan politik PAS-UMNO manakala sekolah-sekolah agama terus terbiar dan tidak mampu merealisasikan ajaran AlQuran seperti yang diangan-angankan. 

 

Fikirkanlah, sampai bila Sungai Limau harus begini? 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS Akan Malu Besar Jika Majoriti Merosot di Sungai Limau  

Dengan mensasarkan kemenangan dengan majoriti hanya 500 undi, PAS nampaknya tidak berselindung langsung mengenai ketidakyakinan mereka dalam menghadapi Pilihanraya Kecil Sg. Limau.  Bagi PAS untuk  merasa tidak yakin di kubu kuat sendiri tentulah satu perkara yang pelik.  
 
Sungai Limau bukan calang-calang kubu kuat bagi PAS.  Ia telah menjadi milik PAS sejak 1995 tanpa perlu bertukar-tukar calon dan tanpa perlu membuat apa-apa perubahan.  PAS mampu mengekalkan Sungai Limau walaupun tidak pernah memperbaiki keadaan Sekolah-sekolah agama di situ, tanpa perlu melakukan apa-apa pembangunan jauh sekali kemajuan. 
 
Pendek kata, PAS telah mengekalkan Sungai Limau tanpa perlu melakukan apa-apa langsung!  Dari senario ini, PAS seharusnya yakin dapat mengekalkan Sungai Limau walaupun tanpa berkempen. 
 
Namun, ini semua tidak berlaku.  Sungai Limau menjadi kawasan sengit untuk dipertahankan walaupun majoriti undi yang diperolehi parti itu dalam PRU yang lalu cukup memberangsangkan. 
 
Terdapat 19 tempat mengundi di DUN Sungai Limau dan PAS telah menang 14 daripadanya dalam PRU yang lalu.  Dalam PRU 2008, PAS menang dengan majoriti 3,212 dan dalam PRU 2013, arwah Tan Sri Azizan memperolehi 13,294 undi dan menang dengan majoriti 2,774. 
 
Dengan rekod yang begitu cemerlang, kita hairan ke mana hilangnya keyakinan PAS dalam menghadapi PRK ini? 
 
Kali ini, pengundi berdaftar di Sungai Limau adalah 27,222 orang dengan pecahan Melayu 93.03%, Cina 6.76% India 0.06% dan lain-lain 0.15%.  Jika mengikut rekod, PAS sepatutnya yakin memperolehi majoriti sebanyak 2,000 – 3,000 undi.   Majoriti yang kurang dari 1,000 adalah bencana bagi PAS. 
 
Namun, PAS menyasarkan majoriti yang jauh lebih kecil iaitu sebanyak 500 sahaja. 
 
Jelas, PAS dapat mengesan sesuatu yang tidak kena dengan parti itu.  Mungkin PAS menyedari bahawa sikap beberapa pemimpin mereka terhadap arwah Tan Sri Azizan dahulu kini telah memakan diri.  Kempen PAS yang menggunakan taktik kotor seperti superimpose dan menipu hubungan calon dengan arwah juga turut memburukkan lagi imej mereka. 
 
Tambahan pula, pihak BN di bawah teraju Datuk Paduka Mukhriz Mahathir menggunakan cara kempen bersih.  Sikap Mukhriz yang budiman menyukarkan PAS untuk bersaing dengannya.  Mukhriz tidak pernah mengutuk atau mengaibkan sesiapa sedangkan PAS menjadikan kutukan dan fitnah sebagai bahan utama kempen mereka.
 
Keadaan ini menjadikan PAS rimas kerana PAS tidak tahu cara lain untuk berkempen selain cara kotor dan kasar.  PAS tidak mampu melawan cara bersih BN. 
 
Maka, tidak hairanlah apabila Pesuruhjaya PAS Kedah hanya menyasarkan kemenangan dengan majoriti yang begitu kecil.  Dan kita percaya sasaran beliau tidak akan meleset. 
 
Jika sasaran beliau menjadi nyata iaitu PAS hanya menang dalam majoriti 500 atau pun kurang dari 1,000 maka PAS wajar merasa malu.  PAS wajar malu hatta majoriti merosot sedikit pun dari PRU lalu kerana Sg. Limau adalah deposit tetap PAS sejak sekian lama.  Apatah lagi dengan hakikat kemerosotan undi itu adalah berpunca dari sikap PAS yang begitu menjelikkan ketika berkempen. 
 
Namun, apakah PAS tahu malu?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 3 November 2013

Penyokong Pas Pokok Sena, Ditahan Kerana Gantung Patung Potong Kaki

 

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, jentera kempen Pas yang dilihat begitu terdesak sehingga terpaksa menggunakan replika patung potong kaki sebagai usaha untuk menimbulkan kemarahan pengundi di Sungai Limau.

 

Jentera Barisan Nasional (BN) sebelum ini dikatakan berang dengan tindakan tidak bermaruah pihak yang tidak bertanggungjawab itu, yang jelas ingin menggunakan isu tersebut bagi menyalahkan BN/Umno.

 

Seperti ada satu gerakan terancang, blog-blog pembangkang dengan segera memainkan isu tersebut bagi menyalahkan parti Umno yang dikatakan cuba menghina Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dan keluarganya. Sedangkan secara logiknya, mana mungkin Umno akan bertindak sejauh itu kerana umum mengetahui Azizan adalah merupakan tokoh yang dihormati.

 

Tambahan pula, kebanyakan pengundi di Sungai Limau adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan bekas Menteri Besar Kedah itu.

 

Bagi mengelakkan sebarang persepsi buruk dan sangkaan jahat, jentera BN/Umno telah mengambil pendekatan segera, bagi menafikan penglibatan parti itu dalam menggantung patung yang dipotong kakinya di kawasan Titi Batu dan Bukit Besar.

 

Tidak cukup dengan, Pengerusi BN Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir turut membuat laporan polis semalam, untuk membolehkan satu siasatan diajalankan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

 

Jamil Khir ketika mengulas lanjut mengenai perkara itu melahirkan rasa kesal terhadap tindakan biadab tersebut.

 

"Saya amat kesal dengan kejadian ini kerana ia satu provokasi melampau yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mungkin dilakukan oleh pakatan pembangkang pada saat-saat akhir berkempen ini.

 

"Perkara ini sangat tidak wajar dan saya menafikan penglibatan BN dalam hal ini, kami masih ada etika dan tidak sampai ke tahap melakukan perkara sebegitu. Secara logiknya kenapa kita nak gantung patung tersebut berhampiran bilik gerakan BN" ," katanya semalam.

 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menyifatkan tindakan pihak yang menggantung patung kaki di tiga lokasi berasingan sebagai sikap tidak bertanggungjawab sekali gus melanggar peraturan kempen pilihan raya.


Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, tindakan tersebut tidak sesuai dijadikan bahan kempen dan tidak mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.


Beliau berkata, SPR telah mengarahkan Pegawai Pilihanraya Negeri untuk membersihkan replika tersebut awal pagi tadi.


"Itu sangat tidak bertanggungjawab, mereka yang pasang patung itu telah mengguris hati keluarga Allahyarham. Saya dari mula lagi sudah pesan buat kempen secara berhemah, jangan langgar peraturan" katanya


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mahfuz Bakal Mampos, Sebab Gambar Mukriz

 

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar sekali lagi naik sawan apabila melihat peningkatan sokongan masyarakat di Sungai Limau terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Omar. Maklumlah, dia sebelum ini merasakan Umno sebagai parti'underdog' pasti akan berdepan dengan laluan sukar di DUN yang telah lama menjadi kubu kuat Pas itu.

 

Masakan tidak, sudah hampir 20 tahun DUN Sungai Limau berada di bawah penguasaan Pas, namun itu tidak bermakna sokongan itu akan kekal selamanya. Ini kerana sekiranya parti itu tidak berdepan dengan masalah perpecahan dan sabotaj dalaman, sudah pasti akan menyukarkan Umno untuk menembusi kawasan hitam itu.

 

Malah masyarakat Sungai Limau dan majoriti rakyat Kedah tahu akan masalah yang sedang melanda parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu. Masing-masing cuba menonjol dan saling menjatuhkan antara satu sama lain. Namun apa yang menyedihkan, mereka saling menggunakan Islam sebagai perisai untuk membunuh'musuh politik' walaupun berada di bawah payung yang sama.

 

Mahfuz yang sebelum ini dilabelkan sebagai Naib Presiden kelas 3, kerana sering membawa isu remeh, dilihat sebagai kesilapan utama Pas pusat. Ini kerana pelantikannya sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri untuk mengemudi jentera perang telah meletakkan Pas Kedah semakin teruk berpecah kerana masalah dalaman.

 

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, Mahfuz sebelum ini cuba mempertikaikan isu gambar poster calon BN yang dikatakan akan mengelirukan pengundi. Dia berkata, perkara itu berlaku kerana pengundi Dun Sungai Limau mungkin terpengaruh atau tertipu kononnya yang bertanding itu adalah Mukhriz, yang merupakan Menteri Besar Kedah, dan bukannya calon BN.

 

"Saya nak SPR beri penjelasan siapakah yang bertanding, adakah Mukhriz ataupun Dr Ahmad Sohami Lazim?

 

"Apakah untuk mendapatkan populariti kononnya seolah-olah Mukhriz lebih popular berbanding calon BN yang tidak popular. Jadi, untuk menawan hati dan pemikiran pengundi-pengundi, maka digunakan gambar Mukhriz seolah-olah calon yang bertanding di Dun Sungai Limau adalah Mukhriz," katanya.

 

Namun apa yang menghairankan ialah, Mahfuz lansung tidak membangkitkan isu Pas yang mengunakan gambar Mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sepanjang tempoh kempen dijalankan.

 

Malah baru-baru ini media arus perdana turut mempertikaikan tindakan parti itu yang mengunakan teknik superimposed untuk menipu pengundi yang rata-rata mempunyai hubungan keluarga dengan Allahyarham Ustaz Azizan. Mereka dilaporkan telah mereka cipta beberapa keping gambar, yang bertujuan untuk membayangkan kononnya calon Pas itu mempunyai hubungan rapat dengan Allahyarham Ustaz Azizan.

 

Malah para petugas yang ditemui turut mendedahkan, bagaimana Mahfuz selaku Ahli Parlimen Pokok Sena turut mengunakan gambar mantan Presiden Pas, Allahyarham Dato Fadzil Mohd Noor ketika kempen pilihanraya umum yang lalu.

 

Itu belum lagi di ambil kira, pendekatan Pas yang mengunakan gambar Hadi Awang dan Nik Aziz ketika berkempen. Malah gambar Nik Aziz berdoa adakalanya lebih banyak dari gambar calon Pas sendiri, seolah-olah bekan Menteri Besar itu yang bertanding di setiap kawasan.

 

Kesimpulannya, ada baiknya Mahfuz ini mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum mempertikaikan gerak kerja orang lain. Kepada Mukhriz di harap meneruskan semua gerak kerja yang telah dan sedang dijalankan ketika ini. Pedulikan Mahfuz Omar itu, kerana kariernya bakal 'mampos' sebaik sahaja pihak SPR mengumumkan kemenangan calon BN pada 4 November ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kes gantung kaki palsu PRK Sg Limau

Dua ahli pas dari pokok sena ditangkap dan dibelasah jam 4.30 pagi tadi ketika sedang melakukan kerja2 menggantung patung tanpa kaki kampung Batu 16.Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 2 November 2013

Ceramah Umum Hari ke 11 PRK Sg Limau

Ceramah Umum Hari ke 11 PRK Sg Limau jam 9pm hari ni 2/11 di PDM Bkt Besar. Penceramah: DS Ahmad Zahid Hamidi, Lokman Adam, Syamsul Amri dan Ust Azmi Yatim
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas Sg Limau bertokak dengan. Pas luar

Prk Sg Limau - lokasi Kg Pulau Emas Sungai Daun. Jentera pas kedah dilaporkan bergaduh dengan jentera pas luar. Maklumat diperolehi ketua pemuda pas cawangan di kampung Pulau Emas dimarah dan dicerca oleh jentera Pas luar dalam isu kempen tolak DAP. PAS sama PAS kini di Sg Limau bergaduh akibat jentera pas dari luar yang cuba mengawal anak tempatan.

Kejadian tersebut juga menyebabkan jentera Pas dari luar telah mengarahkan jentera Pas Kedah mengutip semula risalah yang diedarkan oleh Pas sendiri berkaitan dengan DAP.

Untuk makluman rata rata ahli Pas di Sg limau menolak DAP.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PRKSGLIMAU Mahfuz Dan Azmi Hina Petani Di Sungai Limau

 

Tindakan Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar yang cuba menjawab kembali isu kritikan petani berhubung cara dan kaedah yang digunakan oleh parti itu ketika program 'Tok Guru Turun Bentang' tempoh hari akhirnya memakan diri. Dia yang cuba mempertahankan 'aksi' Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menabur benih padi yang disifatkan sebagai 'cara memberi makan ikan' itu, akhirnya ditempelak oleh salah seorang petani semalam.

 

Bertempat di pusat media Pas, Mahfuz telah mengadakan satu sidang akhbar khas bagi mempertahankan kaedah yang digunakan itu. Dia dengan penuh yakin mengatakan kaedah tersebut turut digunakan oleh golongan petani di Sungai Limau yang disifatkan sebagai teknik orang kampung.

 

"Satu tabur kering, satu tabur basah dan satu lagi tabur air. Dua hari sebelum itu, dia (tuan punya bendang) sembur racun untuk (bunuh) siput gondang. Lepas dua hari baru kami pi tabuq dan siput gondang akan mati. Ini teknik orang kampung" katanya.

 

Paling menarik, Mahfuz turut mengatakan laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian sebagai laporan pekak, sedangkan ia secara khusus merujuk kepada kenyataan seorang Pas yang mempertikaikan kaedah tersebut. Atau dalam bahasa mudah, Mahfuz sebenarnya menghina ahli Pas tersebut yang disifatkan sebagai pembohong yang pekak.

 

Sedangkan rata-rata yang hadir semalam, mengetahui kenyataan Mahfuz itu hanya bertujuan untuk mempertahankan tindakan Hadi yang jelas tidak mengetahui cara dan kaedah sebenar proses penanaman padi. Tidak tahan dengan penipuan Mahfuz itu, petani yang turut hadir itu lantas bangun yang mempertikaikan kenyataan Mahfuz itu.

 

"Saya ni orang Kedah, besar dalam bendang. Tapi seingat saya, kami tak pernah tabur padi dalam ayaq (air)" katanya.

 

Terkejut dengan persoalan tersebut, Mahfuz yang merah muka lantas mengatakan kaedah tersebut adalah merupakan cara lama yang tidak mempunyai inovasi.

 

"Tak pa la, yang tu yang tak ada inovasi. Yang ini generasi baru yang ada inovasi tinggi" balas Mahfuz tersipu-sipu.

 

Terdahulu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ketika berceramah di Dulang Besar dilihat turut menghina masyarakat Sungai Limau yang dikatakan daif dan miskin. Malah kenyataan itu sengaja diulang beberapa kali sehingga menimbulkan rasa kurang senang penduduk Sungai Limau yang hadir.

 

Ini kerana umum mengetahui Dun Sungai Limau adalah merupakan kubu kuat pas sejak 5 penggal yang lalu. Malah sepanjang tempoh hampir 20 tahun, BN/Umno tidak pernah berjaya memenangi kawasan tersebut yang sebelum ini di kenali sebagai DUN Sala.

 

Kesian orang Sungai Limau, bagi mencari simpati pengundi pelbagai gelaran telah diberikan oleh pimpinan pembangkang kepada mereka. Apa pun di doakan semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk mengundi BN/umno dalam pilihan raya kecil ini sekali gus menyahut cabaran untuk #BeraniHijrah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 1 November 2013

Email mengenai Syiah

Syiah bukan satu mazhab, ianya satu agama lain..
Tapi dalam syiah pun banyak mazhab.
Macam Kristian jugak..macam2 Mazhab.
Tapi kristian tak de laa anggap kita macam anjing..
Lebih hina daripada mana-mana penganut agama lain..
Syiah didalangi Yahudi.., nak lawan payah sikit.
Ajaran pon sesuai dengan nafsu.
salam, tujuan artikel ni bukan untuk menghasut, tapi untuk mempersoalkan.

1. orang iran tu bangsa yang mencipta ajaran yang dipanggil SYIAH.
2. memesongkan akidah dari garis panduan Sunnah Waljamaah.
3. menghalalkan darah ahli sunnah.
4. membunuh ramai saudara sunnah kita dengan �kejam.
5. terkenal dengan sifat yang kejam dan tak berperikemanusiaan.
6. negara yang banyak berlaku keganasan dalaman.
7. bangsa yang angkuh bila tak mengaku sebagai kaum Arab, tapi claim sebagai orang Parsi.

Dalam Negara Kita...
1. kes penyeludupan dadah semakin teruk, puncanya pengedar dari iran.
2. dalam masuk dlm negara org, boleh pulak dia buat mcm kat tempat sendiri.
3. pergi la kat sekitar Bukit Bintang. ada berapa byk restoran Iran dan pub2 iran.
4. ada ke pub malaysia? iran ada budaya pub sendiri. tak caya g la tengok kat depan pavilion, ada pub iran kat sana.
5. kat negara dia kena pakai baju tutup aurat, kat Malaysia kalo boleh bogel dh tentu dorang nak bogel.
6. kat kampung baru ada kawasan yang penuh dengan restoran iran, punyala mahal harga makanan. bukan tu je, sapa yang datang nak makan sana, siap kena bayar duit parking lg. KUTIP DUIT PARKING SECARA HARAM,
7. dari mana kekayaan orn iran ni? kesemuanya kaya raya. tak pernah pulak aku nampak pejabat2 iran yang hebat, profesional2 org iran keje kat syarikat mana.
8. Kita bangga dengan Bukit Bintang, siapa je yang pergi sana? hanya orang cina dan iran majoriti. orang melayu miskin kan.
9. apsal kita sibuk nak kontrol orang afrika kat malaysia tp orang iran kita biarkan dorang buat malaysia mcm negara sendiri?
10. pasal dorang banyak duit ke kerajaan kita buat tak nampak?
11. kalo ikut jurang ekonomi, matawang kita jauh lebih tinggi. tp apsal dorang punya duit banyak ek?�
12. dorang buat bisnes apa je sebenarnya?
13. yang aku nampak cuma import barangan dari timur tengah, restoran, dan............................SYABU.

dalam negara kita ni, orang2 syiah dah makin ramai dan kerek serta menjurus ke arah pailang.�

aku ada kenal sorang pompuan bodoh ni. dia bersuamikan lelaki iran. dia kata lelaki iran ni...........BAGUS

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PRK Sungai Limau:  Sokong PAS Bermakna Sokong Anwar Ibrahim

 
Beberapa banner yang menyatakan menolak kehadiran Anwar Ibrahim di Sungai Limau telah dikesan di kawasan itu sejak semalam, mengikut sumber dari blog KedahkeKL.  Banner tersebut tertulis "Kami menolak kehadiran Anwar Ibrahim di DUN Sg. Limau – Penyokong PAS Sg. Limau" merupakan mesej jelas dan terbuka bagi memastikan Anwar tidak menjejakkan kaki ke situ. 
 
Mungkin pihak PAS akan menuduh bahawa banner tersebut adalah taktik jahat UMNO untuk melaga-lagakan PAS dan PKR, tetapi apakah mereka yakin itulah yang sebenarnya berlaku? 
 
Sekiranya mereka menyorot kembali sejarah arwah Tan Sri Azizan selama PAS bergabung dengan PKR dan DAP, maka mereka pasti akan berfikir dua kali sebelum menuduh UMNO.  'Ketegangan' antara arwah dengan Anwar Ibrahim bukanlah satu rahsia.  Malah, umum tahu bahawa arwah akan mengelak untuk berada bersama dengan Anwar dalam satu majlis.  Ini kerana arwah tidak sanggup menerima seorang peliwat tegar dan pendokong pluralisme agama sebagai rakat sepakat. 
 
Justeru, kita tidak hairan apabila Anwar Ibrahim menerima berita kematian arwah tanpa sebarang reaksi.  Tiada sebarang ucapan, jauh sekali kunjungan hormat dari Anwar ke atas keluarga arwah sehinggalah ke hari ini.  Pendek kata, Anwar tidak berusaha untuk berdiplomasi sekadar  untuk memenuhi tuntutan politik sekali pun, dalam mengendalikan berita tersebut.  Jelas, ketegangan antara Anwar dan arwah adalah serius dan tidak boleh dipura-purakan lagi. 
 
Bukanlah hak kita untuk mempersoalkan tindakan arwah Tan Sri Azizan untuk terus bersama PAS walaupun menolak kerjasama parti itu dengan Anwar.  Arwah mungkin yakin yang PAS akan kembali ke jalan asal dan akan meninggalkan Anwar satu hari nanti, kita tidak tahu.  Atau beliau mungkin sedang berusaha untuk memperbetulkan PAS dengan caranya sendiri atas dasar memperjuangkan Islam yang sebenar.  Mungkin kerana itu, beliau cukup mesra dengan UMNO yang diterimanya sebagai saudara seagama. 
 
Apapun, pastinya, beliau mempunyai alasan sendiri untuk berbuat demikian dan kita tidak punya hak untuk menilai atau menghukum tindakannya.  Apa yang kita tahu, arwah melihat politik sebagai melangkaui nama PAS atau UMNO.  Baginya, politik adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, tanpa membelakangkan tuntutan agama.  Itu saja. 
 
Sebagai manusia yang diberikan akal fikiran dan mengaku beriman, pengundi Sg. Limau mempunyai tanggungjawab ke atas diri sendiri untuk menilai dan mengkaji penolakan arwah terhadap Anwar Ibrahim.  Pengundi Sg. Limau juga wajar memikirkan mengenai 'kemesraan' arwah dengan UMNO dan bagaimana UMNO menyayangi beliau. 
 
Seharusnya, sikap arwah itu sudah sudah cukup untuk membuktikan kepada pengundi Sg. Limau bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan PAS hari ini.   Apatah lagi apabila melihat bagaimana pemimpin PAS sendiri memusuhi, mencabar, mengejek malah menghina arwah secara terbuka ketika hidupnya. 
 
Bagi umat Islam yang memahami perjalanan politik arwah, kita telah meletakkan harapan kepadanya sebagai peneraju penyatuan ummah.  Seperti yang kita sedia maklum, UMNO telah lama menghulurkan tangan, hanya menunggu PAS menyambutnya sahaja.  Hakikatnya, arwah telah menyambutnya atas kapasiti peribadi sebagai seorang Muslim, tetapi arwah masih tidak mampu mengheret PAS bersamanya. 
 
Maka, sudah menjadi tanggungjawab pengundi Sg. Limau untuk meneruskan niat murni arwah itu.  Sambutlah huluran tangan UMNO supaya Anwar Ibrahim dapat diketepikan terus.   PAS tidak akan kuat selagi bersama PKR tetapi PAS enggan meninggalkan PKR. Justeru, satu-satunya cara untuk meninggalkan Anwar Ibrahim ialah dengan meninggalkan PAS. 
 
Ini bukan artikel untuk meraih undi, tetapi sekadar mengajak umat Islam para pengundi di Sungai Limau untuk berfikir lebih jauh, menyelam ke dalam hati dan akal masing-masing mengenai hala tuju politik Melayu. 
 
Sesungguhnya kita tidak akan berjaya selagi kita tidak bersatu.  Jangan biarkan Anwar Ibrahim, puak LGBT dan harbi itu menang.  Kuasa memilih dan mengubah nasib dan hala tuju anak cucu kita kini berada di tangan sendiri.   Pilihlah dengan akal dan dengan iman.  Semoga Allah SWT memberkati niat suci kita untuk mengembalikan kekuatan ummah dan menentang kemungkaran. 
 
Sekiranya PAS menang, maka Anwar juga menang.  Dan jika Anwar menang, Islam tidak akan menang. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ceramah Umum Hari Ke10 PRK Sg Limau

Ceramah Umum Hari Ke10 PRK Sg Limau jam 9mlm ni 1/11 di PDM Dulang Besar.Penceramah: Sdr Lokman Adam, Dato Dr Othman Abdul dan Sdr Noran Zamini. BB Pin 24D9BCC6
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas dan Harakah Serang Calon BN, Menggunakan Isu Kopiah

 

Dengan tempoh kempen yang berbaki lagi 3 hari, Pas dilihat agak tertekan dengan pendekatan calon BN/Umno yang dilihat semakin berjaya menembusi beberapa kubu kuat / hitam milik parti itu. Risau dengan perkembangan terdesak, Pas terdesak Terdesak dengan perkembangan tersebut, jentera Pas mula menyerang dan mempertikaikan cara pemakaian calon BN, yang kononnya meniru parti itu dengan memakai kopiah.

 

Pelik sungguh puak-puak Pas! Isu kopiah pun boleh dijadikan modal kempen seolah-olah pendekatan memakai kopiah / ketayap putih adalah merupakan hak milik mutlak parti itu. Sekiranya isu tersebut dibangkitkan oleh blog pencacai pakatan pembangkang mungkin ia boleh diterima, kerana sudah menjadi resam pencacai untuk menyerang BN/Umno.

 

Namun apabila akhbar yang merupakan lidah rasmi parti itu turut menggunakan isu tersebut, nampak sangat betapa rendahnya tahap pemikiran sidang editorial yang sebelum ini mendakwa mengamalkan tahap profesionalisme yang tinggi.

 

Paling menarik, apabila mereka turut mendakwa kononnya kopiah adalah merupakan budaya dalam Pas. Namun tanpa mereka sedari ada di kalangan pemimpin tertinggi mereka sendiri yang tidak menggunakan kopiah sebagai pakaian harian.

 

Contohnya seperti Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Setiausaha Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, dan banyak lagi. Jadi secara prinsipnya ia bukan merupakan pakaian rasmi parti itu.

 

Semua sedar, sekarang adalah masa untuk berkempen namun gunalah pendekatan yang lebih sihat bagi menarik sokongan pengundi. Bukankah itu yang cuba diperjuangkan oleh Pas sebelum ini?

 

Cuba tonjolkan peribadi calon Pas, dasar dan perjuangan yang akan dibawa sekiranya dipilih oleh rakyat. Atau setidak-tidaknya misi atau visi yang ingin dibawakan untuk kesejahteraan pengundi di Sungai Limau. Bukannya mencari salah dan silap sehingga menggunakan isu kopiah dan sebagainya.

 

Itu belum lagi diambil kira pendekatan petugas parti itu yang bertidak liar dengan merosakkan poster dan membakar bendera BN. Malah ada yang cuba bertindak keterlaluan dengan mengugut para penceramah agama untuk membaling telor sekiranya mereka hadir atas tiket Umno. Malah dalam beberapa kejadian, petugas parti itu juga dilaporkan menghalang jentera Wanita dan Puteri untuk berjumpa dengan pengundi atas alasan ia adalah kawasan kubu kuat mereka.

 

Tambahan pula, Pas selama ini begitu mengaku sebagai sebuah parti yang ingin memperjuangkan Islam. Jadi ada baiknya mereka menjaga adap dan susila bagi mengelakkan Islam disalahkan atas setiap tindakan melampau dan ekstrem yang dilakukan oleh jentera parti.

 

Apa gunanya Islam digunakan sebagai dasar parti, namun di masa yang sama kelakuan dan tingkah laku yang ditunjukkan ahli mereka jela bertentangan dengan ajaran dan tuntutan yang ditetapkan oleh agama.

 

Kesimpulannya, mungkin sudah sampai masanya kerajaan menetapkan bagi menghalang mana-mana parti politik dari menggunakan Islam atau agama sebagai modal mencari sokongan. Atau dalam bahasa mudah, menggesa parti itu menggugurkan nama Islam dari partinya.

 

Ia bagi mengelakkan Islam sebagai agama yang suci dan dijamin haknya dalam perlembagaan persekutuan tercemar dari sebarang unsur negatif dari segelintir penyokong mereka yang ekstrem.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar Bakal Cetuskan Provokasi Untuk Wujudkan Suasana Kecoh

 

Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) malam tadi dimaklumkan akan kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ke Sungai Limau bagi membantu jentera kempen Pas. Tambah menarik dia turut dijadualkan akan bersolat di salah sebuah masjid sekali gus memberikan ceramah politik dengan menggunakan alasan tazkirah. Nama masjid sengaja tidak dimasukkan bagi mengelakkan promosi percuma diberikan.

 

Menurut unit risikan dan gerak saraf program tersebut sengaja diada-adakan bagi mencetuskan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan. Ini kerana Anwar dan jentera Pas ingin menggunakan alasan tersebut bagi menggambarkan kononnya penyokong BN/Umno ganas dalam berkempen.

 

Sedangkan sehingga pagi ini, jawatankuasa masjid tersebut dikatakan masih lagi tidak dimaklumkan mengenai program ceramah tersebut. Inilah antara taktik Anwar setiap kali tiba pilihan raya sama, hadir untuk solat berjemaah di masjid atau surau. Sejurus selepas solat tersebut, beliau akan meminta 'agennya' untuk menyediakan tempat untuk membolehkannya menyampaikan ceramah.

 

Tindakan tersebut sudah tentu akan menimbulkan kemarahan penduduk setempat yang marah dengan perbuatan Anwar kepada negara selama ini. Sudah tentu mereka yang tidak bersetuju dan menghalang Anwar dari berceramah sekali gus menimbulkan suasana kecoh.

 

Apabila berlaku kekecohan, Anwar dan jentera Pas akan segera menggunakan isu tersebut, kononnya dia dihalang oleh penyokong Umno untuk bersolat di masjid. Mereka yang taasub dengan Anwar akan segera percaya dengan fitnah tersebut dan segera menyebarkannya untuk pengetahuan umum.

 

Inilah taktik sebenar Anwar, dia tahu masyarakat Melayu mudah percaya dengan cerita-cerita rekaannya dan kesempatan tersebut akan digunakan sebaik mungkin untuk menanamkan sentimen kebencian rakyat. Secara mata kasar, Anwar mungkin nama lemah dan tidak berdaya, namun mereka yang mengenalinya secara dekat tahu, siapa sebenarnya makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini.

 

Lihat sahaja kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh mereka yang pernah rapat dengan Anwar. Antaranya Datuk Zulkifli Nordin yang sebelum ini mendedahkan dia pernah diarahkan oleh Anwar untuk menyediakan bom 'molotof cocktail' bagi mencetuskan suasana huru-hara ketika zaman reformasi.

 

Malah sehingga hari ini, Anwar masih lagi tidak berani untuk menyaman bekas peguamnya itu sekali gus membuktikan semua yang dinyatakan itu ada kebenarannya.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

WIEF:  Antara RM2.26 billion Dengan Isu Tertidur  

Forum Ekonomi Islam Dunia ke-9 menyaksikan Dato' Seri Najib Razak menandatangani Memorandum Persefahaman dan juga Perjanjian bernilai USD720 juta (RM2.26 billion) dengan beberapa pihak yang merangkumi potensi kerjasama, pembelian dan pajakan serta perkhidmatan kesihatan. 
 
Antaranya, BAE Systems PLC iaitu satu dari empat syarikat yang dikenalpasti bagi program penggantian MIG-29N, akan bekerjasama dengan NanoMalaysia Bhd dan ISIS Innovation Ltd untuk meneroka peluang bagi teknologi prototaip dan pusat pembangunan di Malaysia.  
 
Selain itu, Clixster Mobile, Angkasa dan Hi-P International akan bekerjasama membangunkan, mengeluarkan dan juga memasarkan Android smartphone dengan perisian dan aplikasi Islamik untuk negara-negara Islam.

KFM Holdings Sdn Bhd pula akan bekerjasama dengan YDA Insaat Sanayi Ve Ticaret AS untuk membina kemudahan kesihatan yang canggih di Turki.

Felda Global Ventures Holdings Bhd akan bekerjasama dnegan Cambridge Nanosystems bagi mengeluarkan nanotiub karbon berkualiti tinggi daripada sisa kelapa sawit. 
 
ACMS Trent Park Sdn Bhd bersama dengan Exim Bank Malaysia akan membangunkan pelaburan ke atas 8.42 hektar tanah dan lebih 20 bangunan.
 
Ini adalah antara 'hasil' dari WIEF yang melibatkan Malaysia. 
 
Bagaimanapun, tiada satu pun di antaranya yang menarik minat pembangkang untuk diperkatakan.  Pembangkang bagaimanapun, begitu seronok memainkan gambar Perdana Menteri yang terlelap sekejap di atas pentas WIEF tatkala program berlangsung. 
 
Perdana Menteri yang keletihan kerana telah bekerja tanpa henti sejak seminggu lalu. Beliau dikhabarkan tidak berehat langsung bagi menyediakan Bajet 2014 dan seterusnya membentangkannya pada hari Jumaat sebelum menghadiri Persidangan Parti Gerakan pada hari berikutnya dan kemudiannya terus ke London pula untuk WIEF.  Setibanya di sana, beliau terus memenuhi jadual yang ketat termasuk perjumpaan dan acara rasmi dengan beberapa pemimpin luar tanpa mengira somptom gangguan ritma masa. 
 
Maka, tidak hairanlah beliau begitu keletihan dan terlelap, itu pun setelah memastikan semua tugas penting berjalan lancar. 
 
Terpulang kepada pengkritik untuk melihatnya sebagai satu tanda kelemahan, namun, apa yang pasti ialah 'hasil' RM2.26 billion tentunya bukanlah satu tanda kelemahan.  Jumlah itu dengan sendirinya membuktikan keyakinan negara luar terhadap Malaysia sekali gus kebijaksanaan dan kecekapan Perdana Menteri. 
 
Jumlah itu juga menjadikan segala pengorbanan masa dan tenaga beliau kepada negara adalah berbaloi. 
 
Seharusnya, pembangkang turut merasa bangga dengan keyakinan negara luar terhadap Malaysia, bukannya gembira mempermainkan Perdana Menteri yang telah bertungkus lumus untuk kita.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 31 Oktober 2013

Ceramah PRK Sg Limau malam ini

Ceramah Umum jam 9pm hari ni 31/10 diBilik Gerakan Pemuda Sblh Petrol Pam Buroq Oil. Penceramah: Dato Ahmad Maslan,Lokman Adam,Saiful Ambar dan Khairul Anuar. BB Pin 24D9BCC6
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ceramah PRK Sg Limau malam ini

Ceramah Umum jam 9pm hari ni 31/10 diBilik Gerakan Pemuda Sblh Petrol Pam Buroq Oil. Penceramah: Dato Ahmad Maslan,Lokman Adam,Saiful Ambar dan Khairul Anuar. BB Pin 24D9BCC6
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ceramah PRK Sg Limau malam ini

Ceramah Umum jam 9pm hari ni 31/10 diBilik Gerakan Pemuda Sblh Petrol Pam Buroq Oil. Penceramah: Dato Ahmad Maslan,Lokman Adam,Saiful Ambar dan Khairul Anuar. BB Pin 24D9BCC6
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ceramah PRK Sg Limau malam ini

Ceramah Umum jam 9pm hari ni 31/10 diBilik Gerakan Pemuda Sblh Petrol Pam Buroq Oil. Penceramah: Dato Ahmad Maslan,Lokman Adam,Saiful Ambar dan Khairul Anuar. BB Pin 24D9BCC6
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ceramah PRK Sg Limau malam ini

Ceramah Umum jam 9pm hari ni 31/10 diBilik Gerakan Pemuda Sblh Petrol Pam Buroq Oil. Penceramah: Dato Ahmad Maslan,Lokman Adam,Saiful Ambar dan Khairul Anuar. BB Pin 24D9BCC6
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.