Isnin, 29 Julai 2013
Pemilihan kepimpinan Umno semua peringkat telah bermula
Pemilihan cawangan, bahagian dan peringkat kebangsaan semakin nampak panas.
Tahniah kepada mereka yang telah menawarkan diri untuk bertanding. Ia menunjukkan bahawa Umno tidak pernah atau ketandusan barisan pemimpin semua peringkat.
Cuma satu sahaja cadangan TM iaitu kurangkan memilih mereka dari negeri yang kalah, banyakkan kepimpinan dari negeri yang Umno menang banyak.
Tak payah ulas panjang-panjang, sendiri mau ingatlah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sabtu, 27 Julai 2013
RM 500 duit raya vs Bonus Sebulan Gaji oleh Selangor
Dalam usaha menyaingi keputusan kerajaan memberi faedah khas RM500 kepada semua kakitangan awam dan RM 250 kepada pesara kerajaan untuk persiapan hari raya yang bakal menjelma, kerajaan Selangor turut mengumumkan pemberian bonus sebanyak 1 bulan gaji kepada kakitangan awamnya.
Pemberian itulah yang ditempik dek balaci yang hilang semangat setelah BN mengekalkan kuasa di DUN Kuala Besut semalam, di sebalik segala cakap besar konon pembangkang boleh menang disitu.
Kononnya pemberian bonus tersebut adalah bukti pembangkang 'lebih' mengambil berat kebajikan kakitangan awam berbanding BN yang hanya umum pemberian khas.
Tapi, betul ke dakwaan itu?
Kalau nak kata pemberian bonus 1 bulan ini bukti mereka lebih baik dari kita, tidak benar sama sekali. Pertama, pemberian RM 500 dan RM 250 yang diumumkan Perdana Menteri semalam adalah untuk persiapan hari raya sahaja, bukan bonus pun.
Kerajaan Persekutuan masih belum membuat keputusan mengenai pemberian bonus kakitangannya dan pengumuman mengenainya (kalau ada), akan dibuat dalam pembentangan bajet oleh Perdana Menteri dalam beberapa bulan lagi.
Sementara menanti keputusan mengenai pemberian bonus itu, kerajaan persekutuan telah melaksanakan kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak 2 kali dalam tahun ini sahaja (KGT2) itu pada bulan Januari dan bulan Julai dengan nilai kenaikan antara RM 80 hingga RM 320 sebulan.
Yang ramai tidak perasan, nilai kenaikan itu sahaja (tanpa pengumuman bonus oleh kerajaan) sudah jauh lebih tinggi dari nilai sebulan bonus yang diumumkan kerajaan Selangor.
Kupasan mudah, pembantu am pejabat (N11) kerajaan persekutuan yang menerima gaji tahunan sebanyak RM 53,398 sebelum KGT2 ini, akan meningkat pendapatannya kepada RM 57,718 – perbezaan sebanyak RM 4,320!! Kalau diterjermahkan dalam bentuk bonus, berapa bulan punya bonus tu?
Do your own maths, tapi bagi balaci yang malas berfikir, jawabnya lebih 2 bulan gaji!!
Sedangkan kakitangan dalam gred yang sama di Selangor hanya dapat sebulan gaji itu sahajalah yang mana nilainya lebih kurang RM 1,977 sahaja.
Jangan lupa, KGT2 ini turut melibatkan tambahan kepada nilai pencen kakitangan berkenaan. Dalam kes kakitangan N11 yang penulis contohkan di atas, pencennya (kalau dia bersara tahun ini) BERTAMBAH sebanyak RM 96 sebulan lagi.
Penulis ingatkan sekali lagi, semua ini sebelum kerajaan persekutuan buat keputusan pasal bonus pun.
Jadi mana dia betulnya dakwaan kerajaan pembangkang lebih baik dari BN dengan pembayaran bonus sebulan gaji ini? Lagipun ini baru Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang masih tak dengar khabar serupa walaupun kerajaan pembangkang yang sama, Pakatan Rakyat.
Hakikatnya, Kerajaan BN telah membayar nilai yang jauh lebih tinggi dari apapun nilai yang dibayar Selangor kepada kakitangan awamnya dengan pemberian bonus itu dan kalau ada pengumuman bonus dalam sesi pembentangan bajet nanti, jumlah sebenar wang yang diterima kakitangan awamnya akan jadi lebih banyak lagi.
Kesimpulannya, dengan hanya bercakap soal KGT2 ini sahaja, kerajaan BN terbukti lebih ke depan dalam soal menjaga kakitangan awamnya, kalau ada pengumuman bonus nanti, lagilah kerajaan BN jauh ke depan dalam soal itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ramadan Ride : khas untuk yang bergelar bikers
Berkumpul di RnR Elmina Guthrie menghala ke Rawang jam 5pm dan terus ke Tasik Kundang utk membawa anak2 yatim sebagai pillion ke Restoran Tempayan dgn motor anda.
Sebarang pertanyaan or sumbangan sila hubungi Nazmi 0133246888 or Lokman Adam 0123320000. InsyaAllah tshirt disediakan sebagai cenderamata peserta (Terhad kepada 100 motor pertama).
Sila berikan Nama, No tel, jenis motor dan saiz baju anda utk tujuan tempahan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jumaat, 26 Julai 2013
Kerana lambat bertindak BerShit 4 akan kembali
Sekarang Muslimun PasPisPus S.Ambiga akan menganjurkan satu lagi himpunan bershit 4.0 yang akan dibuat bulan September depan.
Tujuuannya dan sasaran kali ini ialah isu pembersihan daftar pemilih yang masih belum memuaskan hati mereka.
DBKL dan peguam negara hendaklah segera mengambil tindakan terhadap Ambiga dan konco-konconya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Khamis, 25 Julai 2013
Penipuan CEC DAP : Berapa Lama Lagi ROS Perlu Menyiasat?
Ia bertitik tolak daripada keputusan pemilihan pada 15 Disember 2012 yang didapati gagal menyerlahkan DAP sebagai sebuah parti berbagai kaum apabila kaum lain selain Cina telah tersingkir walaupun ada di antara mereka telah berpuluh tahun bersama DAP. Berikutan itu, DAP dikritik teruk sebagai rasis.
Bagi menyelamatkan keadaan, DAP telah memilih untuk menipu iaitu dengan mengaku bodoh tidak tahu mengira undi menggunakan komputer. Kononnya, komputer telah tersilap kira dan pihaknya telah tersilap salin. Oleh itu, pemilihan perlu di adakan semula.
Dalam pemilihan semula tiga minggu kemudiannya, sesuatu yang pelik telah berlaku apabila Zairil, seorang Cina yang memakai nama Melayu telah mendapat 305 undi dan berada di tangga ke 39 dalam pemilihan awal, tiba-tiba melonjak ke tangga 20 dalam pengiraan semula dengan 803 undi iaitu peningkatan sehingga 163% berdasarkan jumlah undi 1,823. Beberapa nama lain turut mengalami perbezaan undi yang drastik dan tidak masuk akal yang mana menyebabkan ahli-ahli DAP sendiri mula mengeluh.
Malah, jumlah undi itu sendiri menjadi tandatanya kerana jumlah yang sepatutnya ialah 2,567 orang. Ke mana perginya undi-undi lain?
Permainan kotor DAP semakin jelas apabila sejurus selepas kiraan semula itu, mereka mula menonjolkan Zairil secara berlebih-lebihan dengan merujuk kepadanya sebagai ëMelayuí. Zairil diberi jawatan tinggi di dalam parti dan juga di dalam anak syarikat kerajaan negeri.
Namun, rakyat dan orang Melayu tidaklah sebodoh DAP.
Orang Melayu lebih gemar membaca sejarah politik dan cukup maklum siapa Zairil sebenarnya. Zairil adalah anak kepada pasangan Cina yang bercerai di mana ibunya kemudiannya mengahwini Tan Sri Khir Johari.
Ini menjadikan Zairil 100% Cina dan tidak ada sebab DAP harus merujuk kepadanya sebagai Melayu. Kita juga tidak lupa bagaimana ibu Zairil pernah mengejutkan Malaysia suatu ketika dahulu dengan menuntut harta pusaka arwah bekas isteri Tan Sri Khir.
Dengan sikap ibunya yang sedemikian, tidak hairanlah Zairil menggunakan nama bapa tirinya bagi mendapat keistimewaan sebagai anak pejuang UMNO. Dan kini, atas nama bapa tirinya juga Zairil menyertai DAP yang memusuhi UMNO.
Percubaan DAP untuk memperlihatkan parti itu sebagai tidak rasis, nampaknya memakan diri. Sebaliknya, terbukti sudah bahawa DAP adalah rasis kronik sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu untuk mewakili Melayu, tetapi meletakkan seorang Cina bagi mewakili Melayu!
DAP juga terbukti sebagai tidak telus, kalaupun tidak bodoh kerana tidak mampu mengira undi yang tidak sampai pun 2,000.
Berikutan itu, beberapa aduan telah dibuat kepada ROS oleh ahli-ahli DAP sendiri. Dari situ juga, seramai 753 ahli yang layak memilih turut tampil mempersoalkan kenapa mereka tidak menerima notis untuk pemilihan.
Berdasarkan fakta ini, kita tidak faham kenapa ROS mengambil masa begitu lama untuk menyiasat dan mengambil tindakan. Ini bukan kes yang melibatkan bukti forensik tetapi semuanya berkisar mengenai angka dan angka tidak akan menipu.
Justeru, adalah tidak wajar bagi ROS untuk mengambil masa begitu lama untuk menyelesaikannya.
Rakyat sudah bosan dengan segala aduan dan siasatan tanpa apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa. Takkanlah ROS juga sama saja?
Pena Utara
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rabu, 24 Julai 2013
Isu makan dalam blk persalinan sudah selesai.
Skrg adalah masa utk pihak yg berkenaan utk meningkatkan infra di sekolah tersebut. Gembleng usaha 'membina' dari membuang masa dan tenaga utk aktiviti menyalahkan.
Ibu bapa rata2 kedekut utk sumbang demi pendidikan anak2 sendiri. Sedih tgk sekolah kebangsaan tgg harap dana kerajaan shj. Ubah perangai ini demi masa depan anak2 sendiri yg menjadi masa depan negara.
YB Kamala yang melawat sekolah tersebut telah memberi sumbangan RM 10 ribu untuk pembangunan sekolah tersebut.
Renungkan sejenak dan mula bertindak!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Najib umum duit raya , pembangkang yang fitnah pun dapat jika kaki tangan kerajaan
PM Najib umum bayaran bantuan khas kewangan RM500 kpd penjawat awam Gred 1 hingga 54, RM250 kpd pesara dan pembayaran dibuat pd 31 Julai ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PRK Kuala Besut; Pas import tok selampit
Hari ni boleh gelak lah, satu hari nanti bila turun minyak atau naik sheikh dan mati sorang dua baru Pas nak sedar diri
http://bit.ly/16YIHzB
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PRK Kuala Besut: laporan terkini daripada SPR
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Bilik Salin bukan tandas!
Sekolah-sekolah rendah dan menengah model baru memang dilengkapi dengan bilik salin untuk kegunaan aktiviti kokurikulum.
Bilik Salin biasanya berada di lokasi berhampiran dengan padang dan kantin sekolah.
Manakala tandas biasanya jauh daripada bilik salin.
Dalam bilik salin hanya ada sinki dan bilik mandi atau shower closet. Dua pintu keluar masuk dan beberapa palam elektrik.
Kebanyakan sekolah jarang menggunakan bilik salin secara total, banyak yang menjadikan sebagai stor sahaja dan sedikit yang menjadikan bilik ini benar-benar bilik salin untuk pelajar-pelajar bertukar pakaian untuk sukan dan PJK.
TM mengucapkan tahniah kepada Guru Besar sekolah tersebut yang menggunakan bilik tersebut sebagai tempat makan dan tempat murid-murid membuat ujian dan sebagainya.
Bilik salin sekolah tersebut patut di beri markah tinggi dari segi keceriaan sekolah. Jarang sangat sekolah lain berbuat demikian.
Oleh itu marilah kita lihat bilik salin sekolah lain yang sama dengannya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Yakini Kuala Besut, Kepada Rakyat BN Berserah
Menurut pihak SPR sehingga jam 10.00 pagi tadi, peratusan yang keluar mengundi adalah 31 peratus, iaitu 5,147 pengundi.
Malah keadaan cuaca yang baik sejak semalam, telah memberi kesempatan kepada para pengundi di sini untuk keluar mengundi lebih awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut, tanggungjawab kali kedua selepas Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.
Mereka keluar untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baru berikutan kematian Dr. A.Rahman Mokhtar yang mewakili BN, akibat paru-paru berair pada 26 Jun lalu. Pada PRK kali ini, Tengku Zaihan, 37, yang juga seorang jurutera ditentang oleh calon Pas, Endot @ Azlan Yusof, 48, seorang kontraktor.
Sepanjang berlangsungnya tempoh berkempen sejak 12 Julai yang lalu sehingga ia berakhir pada jam 11.59 malam semalam, Barisan Nasional (BN) selaku penyandang bagi kerusi tersebut telah melakukan yang terbaik bagi memastikan nasib dan kebajikan rakyat terus mendapat pembelaan.
Pelbagai perancangan dan pendekatan juga telah dilakukan bagi meneruskan kesinambungan yang telah dirancang sebelum ini.
Namun begitu, segala keputusan sudah pasti terletak di tangan rakyat, kerana akhirnya rakyatlah yang akan menjadi kuasa penentu. Sama ada memberikan kemenangan kepada calon BN bagi meneruskan kesinambungan pembangunan atau meletakkan kerajaan negeri berada dalam situasi politik yang tidak stabil serta menyusahkan rakyat.
Apa yang pasti, BN tetap percaya dan yakin dengan keputusan yang bakal dilakukan oleh pengundi. Buatlah keputusan yang bijak kerana apa pun keputusannya BN tetap akan berserah dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PRK Kuala Besut : Pas menang majoriti seribu lebih
Sebelah petang mereka boleh rehat dan melangut.
Jam 10 malam nanti, Pas akan keluar ramai-ramai untuk menyambut kemenangan mereka.
Ayoh BN, jika mahu kekalkan kerusi, jangan tidur, semak nama yang belum keluar, angkut dengan motosikal ke tempat mengundi. Elakkan penggunaan kereta kerana jalan akan sengaja di sesakkan oleh pihak lawan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PKR Kuala Besut: Pas dah habis pengundi
Petang ini mereka pasti akan melangut sebab sudah tiada lagi orang yang akan diangkut ke pusat mengundi.
Alamatnya dalam jam 3 hingga jam 5 ptg mereka akan angkat bungkus balik rumah untuk berbuka puasa.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Selasa, 23 Julai 2013
SMS Palsu semacam Dajal
Dalam PRU 13 lalu pembangkang membelanjakan puluhan juta ringgit untuk membeli, mendaftar dan top up telefon semata-mata untuk menyebarkan maklumat palsu kepada pengundi.
Kali ini berulang lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Isnin, 22 Julai 2013
Untungkah BN dengan gabungan MCA-Gerakan-SUPP? (Utusan)
MCA kalah 30 daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandinginya. Dan hanya menang 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 90 kerusi DUN yang dipertaruhkan. Gerakan pula hanya menang satu kerusi Parlimen, Simpang Renggam, daripada 11 kerusi diperuntukkan dan tiga kerusi DUN daripada 31 kerusi ditandingi. Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pula tewas di enam daripada tujuh kerusi Parlimen.
Inilah yang menyebabkan isu penggabungan timbul semula sejak hangat diperkatakan pada 2008 lagi. Ketiga-tiga parti terutama MCA dan Gerakan sememangnya sejak lima tahun lagi telah meneroka semua kemungkinan untuk perlu mencari jalan yang membolehkan terus bernafas pada pilihan raya umum akan datang.
Penggabungan - adalah satu-satunya langkah yang boleh memastikan kelangsungan hidup ketiga-tiga parti ini.
Bagi Gerakan, parti itu hakikatnya sudah tidak boleh hidup lagi kerana telah dua kali kalah teruk dalam pilihan raya umum, selain tidak mempunyai hala tuju dan kepemimpinan yang agresif.
Difahamkan, MCA yang diketuai Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek akan menjadi parti dominan dalam gabungan. Presiden Gerakan akan diberikan jawatan Naib Presiden. Dikhabarkan, Gerakan bersetuju untuk menggabungkan partinya dengan kedua-dua parti Cina itu dengan hanya meminta satu syarat - MCA perlu menjadikan parti itu sebagai parti multiracial seperti Gerakan dan SUPP yang diterajui Tan Sri Peter Chin Fah Kui.
Pemangku Presiden Gerakan, Chang Ko Youn dikatakan meminta MCA supaya menjadikan parti itu sebagai sebuah parti multiracial kerana parti yang berdasarkan kepada bangsa, dikatakan sudah tidak relevan lagi.
Barangkali PRU-13 banyak 'mengajar' ketiga-tiga parti terutama cara DAP bangkit mencanak meskipun parti yang didominasi 'Dinasti Lim' itu pernah kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum 1995.
Cuma, kejayaan DAP yang didakwa sesetengah pihak bergantung kepada elemen 'rasis', banyak yang dicapai menerusi formula 'penggabungan strategik' parti itu dengan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dan dalam konteks ini, ia lebih menguntungkan DAP sehingga akhirnya mendominasi jumlah kerusi dalam kalangan parti pembangkang.
Formula 'penggabungan DAP-PKR-Pas' ini bagaimanapun kurang disenangi oleh sebilangan ahli Pas, ekoran DAP dalam usaha mendapatkan sokongan padu kaum bukan Melayu secara total, DAP juga melakukan kesilapan dengan menawar isu 'kalimah Allah'. Ini sekali gus mengakibatkan Pas terpinga-pinga untuk membuat pendirian, sehingga sukar mendapat sokongan Melayu di luar bandar dan Felda.
Cuma, persoalan yang juga ditimbulkan oleh segelintir pihak, adakah penggabungan MCA-Gerakan-SUPP ini akan memberi tekanan kepada UMNO atau menjadikan BN lebih hebat?
'Mereka' ini membangkitkan, antaranya 'kalau sebelum ini UMNO boleh tawar menawar di antara MCA dan Gerakan, tetapi apabila mereka bersatu, mungkin sebagai 'badan pendesak', apakah impak seterusnya kepada UMNO?'
Apa pun, diharapkan penggabungan MCA-Gerakan-SUPP akan menjadi satu-satunya jalan untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada kepada parti yang didominasi kaum Cina dalam BN.
Dan jika usaha menggabungkan parti-parti Cina ini berjaya, maka jumlah keahlian parti-parti dalam BN akan berkurangan menjadi 12.
Persoalan-persoalan akibat penggabungan ini juga perlu diselesaikan sebaik mungkin.
Bagaimana dengan kedudukan ahli Gerakan dari kaum India? Adakah mereka akan menyertai MIC atau PPP jika masih mahu bersama dengan BN? Dan adakah ahli Gerakan yang mungkin 'tidak berpuas hati' akan menyertai DAP?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Syurga dan neraka milik Pas? (Utusan)
Dalam ceramah di Kampung Beris Pak Abu, Besut, Terengganu itu, Mursyidul Am Pas itu kembali memainkan isu kafir mengkafir dan syurga neraka. Ini dalam usaha partinya menarik sokongan pengundi pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Rabu ini.
Seperti biasa beliau mengulangi kenyataannya bahawa UMNO menolak Islam dan mengambil perjuangan yang dibawa oleh Inggeris.
"UMNO tolak Islam ambil 'kebangsaan'. Parti mereka pun guna bahasa Inggeris sampai susah hendak sebut tetapi nak bela orang Melayu," katanya.
Apa yang disebut-sebut oleh Nik Abdul Aziz bukan benda baharu. Acap kali itulah yang diuar-uarkannya. Ketika suasana pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan Merlimau sebelum ini pun, bukan sahaja Nik Abdul Aziz malahan pemimpin parti itu yang lainnya begitu juga nadanya.
Mereka mengatakan sokongan kepada Pas akan dijanjikan syurga, sebaliknya jika menyokong BN, pengundi akan berhadapan balasan perlu dihentikan.
Kita umat Melayu cukup sedih apabila malam tadi Nik Abdul Aziz mengungkapkan kenyataan yang seolah-olah ada yang tidak kena dengan orang Melayu. Apa salahnya untuk UMNO membela orang Melayu. Apa salahnya untuk UMNO yang membawa panji Barisan Nasional di Kuala Besut membela hampir 97 peratus pengundi Melayu dalam pilihan raya kecil di situ.
Kita tertanya-tanya apa motif beliau apabila mengungkapkan: "Bela bangsa Melayu boleh bawa bekal ke akhirat? Adakah di akhirat akan ditanya kamu bangsa apa? Melayu, terus boleh masuk syurga, senanglah kalau macam tu. Bangsa tidak boleh buat apa-apa di akhirat."
Mana mungkin pilihan raya politik disamakan dengan konsep syurga dan neraka yang sama sekali berbeza dengan politik dan perbuatan ini boleh mengelirukan rakyat.
Kita umat Melayu juga cukup sedih apabila pemimpin Pas ini turut mendakwa UMNO telah merosakkan pemikiran umat Islam di negara ini kerana membina terlalu banyak masjid.
"UMNO suruh buat masjid tetapi mereka sendiri tidak sembahyang. Mereka hanya nak dapatkan kontrak buat masjid sahaja," katanya.
Benarkah begitu? Begitu dahsyat tuduhan itu sedangkan Pas tidak begitu komited ambil usaha untuk dirikan masjid. Ketika semua masjid yang ada di Kelantan dibina oleh Kerajaan Persekutuan atau peninggalan pembangunan yang dibawa oleh BN ketika mentadbir negeri itu pada 1978-1990, Pas tampil tanpa rasa malu mengakui hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra, di Rantau Panjang. Itu, dengan nada tinggi pula, mendakwa ia daripada wang sendiri tanpa bantuan Kerajaan Pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.
Tidak berapa lama dulu Nik Abdul Aziz pernah sibuk menjaja isu syurga dan neraka, seolah-olah dirinya 'penjaga kunci' yang akan menentukan orang yang sokong Pas masuk syurga dan orang UMNO masuk neraka.
Sebelumnya, beliau dengan selamba menyatakan kesediaan 'bersahabat dengan syaitan' semata-mata untuk menjustifikasikan perlunya hubungan kerjasama Pas dengan DAP. Kita tidak tahu sama ada itu berupa 'analogi' atau tidak, tetapi sepatutnya tidak keluar daripada mulut seorang pemimpin Islam.
Banyak kenyataan mencurigakan keluar dari mulut Nik Abdul Aziz. Antaranya, mendakwa orang Islam yang menyokong UMNO tidak akan mendapat pahala meskipun menunaikan sembahyang sebagaimana difardukan dalam Islam.
Alasannya konon kerana UMNO menerima dasar kebangsaan yang ditakrifnya sebagai menolak Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Malahan beliau sanggup pula mengeluarkan kenyataan sebegini rupa sekitar Januari lalu:
"Menteri itu akan masuk neraka, tidak ada kuasa yang boleh menyekat dia masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW."
Seolah-olah mempunyai kuasa menentukan balasan seseorang, Nik Abdul Aziz 'memutuskan' bahawa menteri yang bertanggungjawab dalam agihan royalti minyak kepada negeri akan masuk neraka kerana dakwanya telah menafikan hak kerajaan Pas Kelantan.
Pas lebih cenderung menyalahkan dan mencari keburukan dan kesalahan orang lain dan sebaliknya.
Diharap, peringatan Allah di bawah boleh menjadi pedoman kepada sesiapa sahaja termasuk pengikut dan penyokong mana-mana parti politik supaya tidak taksub kepada kepimpinannya.
PERINGATAN ALLAH
l Pengikut Nabi Nuh AS: "Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya). (7:54)
l Pengikut Nabi Hud AS: "Maka Kami selamatkan Hud beserta orang-orang yang bersamanya dengan rahmat yang besar dari Kami, dan kami tumpaskan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan tiadalah mereka orang-orang yang beriman." (7:72)
"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)" [7: 172]
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai". [7:179]
Kita sentiasa berdoa dan berharap mereka sebilangan pemimpin dan penyokong tegar Pas akan insaf dan kembali semula ke pangkal jalan dalam memperjuangkan Islam yang sebenar. Dan bukannya dengan cara begini mengkafirkan sesama Islam.
Mana mungkin pilihan raya politik disamakan dengan konsep syurga dan neraka - yang sama sekali berbeza dengan politik. Perbuatan ini boleh mengelirukan rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlu diteliti semula
Katanya ini kerana akta itu tetap berkuat kuasa sekalipun kerajaan bakal memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional.
"Kita akan tengok dan perkemaskan kelemahan yang ada pada beberapa peruntukan di bawah akta itu," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa di sini semalam.
Mengulas kes pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang kini berhadapan tindakan undang-undang kerana mempersenda Ramadan, beliau berkata masyarakat harus mengambil iktibar daripada isu itu.
"Sebenarnya kes menghina agama bukan kes baharu kerana pernah berlaku sebelum ini, sehubungan itu saya mengalu-alukan tindakan yang diambil pihak Peguam Negara," katanya.
Beliau berkata perkara seperti itu perlu dikekang agar orang ramai tidak terus menyalahguna Internet untuk menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PAS SEMAKIN JADI PARTI IDEOLOGI KHAWARIJ
Bukan sahaja tindakan Pas semakin menyimpang daripada landasan Islam malah daripada kenyataan serta perlakuan pemimpin-pemimpin mereka bertentangan dengan ajaran suci agama.
Demi meraih undi dan kelangsungan populariti sebagai sebuah parti politik, Pas akan sanggup melakukan apa sahaja termasuk 'berzina' dengan Dap sehingga melahirkan 'anak haram', PKR.
Begitulah jika boleh diumpamakan keadaan Pas memperjudikan maruah Islam dengan dap sehingga nilai serta imej agama turut dikorbankan.
Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang 'diarah' bersara oleh Sultan Kelantan kerana tidak mampu lagi menerajui negeri Serambi Mekah itu, masih belum sedar dan tidak mahu bertaubat terhadap dosa yang dilakukannya kepada umat Islam di negara ini.
Pada satu ceramah semasa kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Besut di Terengganu, Nik Aziz masih menjurus kepada perpecahan masyarakat Islam di mana-mana sahaja beliau berucap.
Beliau mengatakan antara lain, UMNO hanya pandai membina masjid tetapi ahli-ahlinya tidak sembahyang di masjid.
Begitu senang pemimpin Pas yang sudah nyanyuk ini melabelkan ahli-ahli UMNO tidak melakukan ibadat solat dengan berlagak seperti tuhan.
Tidak cukup mengata dan mencerca saudara seIslam dari UMNO dengan bermacam-macam fitnah dan tohmah, beliau terus membuat onar pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
Kepada pendokong tegar pemikiran Khawarij ini, biarlah kesucian dan kemuliaan Ramadhan dinodai, biarlah Islam dipermain dan dipersendakan jika ini boleh membawa kemenangan kepada calon Pas.
Malah kenyataan Dewan Pemuda Pas Malaysia menyelar tindakan empat orang Melayu memukul seorang pemuda Cina, Ng Mun Tat, amat mendukacitakan.
Ini kerana tanpa usul periksa, Pas sanggup menyebelahi individu yang telah berbohong mengenai kedudukan sebenar mengapa insiden tersebut berlaku tetapi terus menghukum sekumpulan pemuda Melayu yang telah dianiayakan.
Tidak patut Pas mengeluarkan komen yang menghina bangsa Melayu sehingga puak-puak Cina rasis dibela hingga begitu rupa.
Sebagai parti Melayu yang berasaskan kepada perjuangan Islam, Pas sebenarnya sudah mati kerana yang tinggal hanya nama.
Pemimpin parti itu tidak lagi mempunyai daya pemikiran yang hebat seperti tokoh-tokoh terdahulu seperti Dr Burhanuddin Hilmi, Prof. Zulfikli Muhammad, Asri Muda, Yusof Rawa dan Hassan Adli.
Barisan pimpinan Pas sekarang hanya memikirkan undi, kuasa politik serta hawa nafsu terhadap kepentingan duniawi semata-mata.
Tingkah laku ramai pemimpin Pas sudah tidak Islamik kerana kebanyakan mereka hanya tahu memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada parti lawan.
Malah ramai yang terlibat dalam skandal seks yang memalukan seperti Timbalan Presiden kini yang pernah di tangkap berkhalwat dan video seks Setiausaha Agung parti itu tersebar luas.
Ini tidak termasuk tindakan pemimpin Pas Kelantan seperti Husam Musa yang didakwa menjadi kaya raya mengumpul harta sepanjang menjadi Exco Kerajaan Negeri.
Tiada sebarang tindakan di ambil oleh Nik Aziz terhadap banyak aduan rasuah terhadap Husam malah beliau memilih untuk menutup mata terhadap segala penyelewengan yang dilakukan di depan matanya.
Mungkin Nik Aziz tidak mahu mengambil sebarang tindakan kerana dia sendiri dituduh mengamalkan nepotisme dengan melantik anak menantunya menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Bagi Pas kuasa politik adalah segala-galanya, perkara lain seperti menegakkan keadilan sosial dan 'Negara Islam' seperti yang diperjuangakan selama ini sudah tidak menjadi penting.
Seperti contoh PRK Kuala Besut yang bakal berlangsung pada 24 Julai depan, sepatutnya Pas memberi laluan kepada Barisan Nasional kerana kerusi itu adalah kubu kuatnya.
Malangnya Pas memilih untuk menentang BN atas slogan '16-16' kerana mahu memasti berlakunya Dewan Undangan Negeri tergantung sekiranya ia menang.
Jika ini berlaku apa kepentingan hanya kepada politik Pas untuk memporak-peranda politik Terengganu dan bukannay ada apa-apa kebaikan kepada rakyat negeri itu.
Pas tidak memikirkan itu semua kerana parti itu sudah diresapi nilai-nilai Machiavelli yang menghalalkan apa jua cara untuk mencapai matlamat akhir.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.