Jumaat, 24 Februari 2012

Manjungmari blogger haprak. Baca ini.


GEMPAR!!! KREDIBILITI BLOG MANJUNGMARI DIRAGUI




Pemilik blog “manjungmari” dalam paparan artikel pada 4 Okt 2011 bertajuk “Kenapa Panglima Tentera Laut tidak tersenarai…..” cuba menjejaskan imej Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar PGAT PSM PJN SSAP SPTS SPDK DCSM SMW PSAT DPMS PAT JSM KAT KMN AMN BCM PJM PPS PPA FIMarEST MA Adv Dip Mgt Sc ncc psc kerana secara membuta tuli tanpa rasa bersalah memaparkan fakta yang salah. Bukan sekali dua, tetapi sudah banyak kali. Justeru kredibiliti blog dan bloggernya amatlah diragui. Klik kepada pautan dibawah untuk baca pembohongan tersebut:


PAUTAN 1
PAUTAN 2







Untuk makluman pembaca, PTL sebenarnya telah pun dianugerahkan PGAT pada 21 Okt 2008 dan sebab itulah beliau tidak disenaraikan dalam senarai penerima pingat Darjah Kepahlawanan ATM baru-baru ini. Jelaslah bahawa fakta dalam blog “manjongmari” tidak boleh diguna pakai. Nampaknya pengikut dan pembaca blog “manjungmari” ini sudah ditipu dan diperdaya. Nasihat kepada pemilik blog “manjungmari”, janganlah cuba memperkecilkan ketokohan, kewibawaan dan kredibiliti PTL yang telah dan sedang memimpin TLDM dengan penuh kecemerlangan. Kerajaan Malaysia dan KEMENTAH memberi kepercayaan penuh terhadap beliau berdasarkan nilai dan kualiti profesional yang dimilikinya.


Jangan cuba menjejaskan kredibiliti PTL dengan fakta yang salah. Jauhilah daripada perasaan hasad dengki dan iri hati. Kembalilah ke jalan yang benar agar hidup pemilik blog “manjongmari” diberkati Allah SWT. Amin...


Oh ya..sebelum terlupa. Sesuai rasanya jika Manjung Mari dan pembaca sekalian layari sendiri laman web rasmi TLDM untuk mengetahui latar belakang dan ketokohan PTL. Sila klik DISINI.

Manjung Mari tak berani masuk Pangkalan TLDM lagi. Malu besar dia .

DOB :  15 Ogos 1961
http://manjongmari.blogspot.com/

1. Wak tak  tahu nak tulis apa lagi dah sebab Wak dah komen cerita kat atas sana dah. Cuma Wak tak tahu kat mana dia kutuk PTL ni, waduhhhh..jangan gitu Leading Mat, ada baiknya Laeding Mat mintak maaflah dengan PTL kalau betol Leading Mat cakap bukan-bukan pasal dia.

2. Wak rasa Leading Mat hentikanlah buat cerita buruk pasal orang, janganlah diguna sikap yang sama memaki orang tak tentu pasal. Kita dah tua Leading Mat, dah pencen. Kita buatlah cara pencen dan cara orang tua, lagi orang segan dengan kita. Sebab tu Wak dari dulu tak gemar main politik, nanti kalau orang londeh kan Wak..waduhhhhh marah nanti orang rumah Wak..Wak nasihatkan mintak mahap sajalah dengan PTL.

3. Tu dia hang pa tutoh dia sunggoh-sunggoh nor. mampuih bekas navy sorang ni nak tepih. Benda lagu ni mau kecoh satu Manjung. Haram tak kluaq rumah dah Mat Desa ni, silap-silap masuk kem pon kecut.

4.  dihari tua ni, pi bertaubatlah.. sebok nk politik.. kalo takat jadi lalang ditepi highway watpe nk sebok politik.. kalo jd wakil rakyat, berbaloi la jugak.. last2 sape dpt untung? politician jugak dapat.. depa hape pedulik pasai hg.. setakat datang tgk hg sekali bek xpayah.. aku pon boley..
oyeah..

5. jika dibaca entri-entri yang terdapat di Manjung Mari, saya dok bayangkan seorang pemuda yang hatinya memberontak, tidak percaya pada sistem dan brutal.

6. tp, bila dah tengok sendiri siapa Manjung Mari yang sebenar.... terkejut saya. seorang yang berpewatakkan seperti seorang 'alim, rupanya yang mengeluarkan entri fitnah, kutuk mengutuk, bahasa kesat dan perkataan lain yang amat menyakitkan hati.

7. selagi masih ada hari esok, Manjung Mari masih sempat memohon maaf. Pohon la maaf...

8. Sapa tak sedih bila mana bekas navy yang dah dilatih dengan pelbagai bentuk disiplin akhirnya menjadi petualang...NTB lihat ianya jarang berlaku dikalangan Bintara, mungkin sebab Kursus Induksi yang diterapkan oleh Wisma Bintara berjaya. NTB rasalah dah tiba masanya Presiden JRC kena buat benda yang sama, Kursus Induksi bagi semua LK yang baru naik untuk bentuk semula keperibadian mereka.

 9. juak2 pas yg cenggini memang ramai sgt! hidup bak parasit!! menumpang senang dgn kaum kerabat2 pas, ulamak & ustaz pas tp tak pernah senang pun!! sbb selalu makan duit kutipan ceramah yg ntah banyak mana dah!!

10. Tak sedaq diri sungguh 2 ekoq ni...dah hampa berabih duit kerajaan hampa dok kutuk pulak no...memang macam haram la. Yang tok haji tu pulak apa ke jadahnya tak pernah nak bersyukur. MM ko ni memang kaki belit la...

11.Dari dulu lai omak Den posan, jangan kau hino orang Jang, jangan dibuek main-main namo orang, nanti tuhan balas balik tak bertopih kau nanti. Ontahla...kalau la Bro MM kito ni ambik secara positif, dia kono berubah. Tak boleh lagi buek bondo yang samo, bueklah permohonan maaf secara terbuka kepada insan-insan yang telah dio malukan.

12.den raso manjong mari kene jwb sendiri la isu ni..sian kat dior sobab da tuo2 pon kono londeh pulak..2 la pasal suko sgt londehkan org laen..pak hj imran pon kono baco ni..boleh dior info en mat desa ni..mano la tau en manjong mari x baca komen blog org laennn...Reply


13.Bukan nak malukan dia tapi dah memang itu realiti, so what, cakap berdekah-dekah lagi, jaga mulut tu, hina orang ikut suka mak-abah dia saja.


14.Mana dapat maklumat ni, dasyat betol Manjungmari ni, tak sangka berkopiah, berjanggut macam orang alim. Saya pon dah baca blog dia, dasyat suka maki hamun orang lah dia ni.

15.mau cari makan ma.. hidup jd blogger pas ape dapat.. dapat tanah ke? dapat ketayap cop hijau free ke?


16. Waduh-waduh..kalau inilah orangnya Wak kenal bangat ni. Incas setor Wak dulu, tapi alhamdulillah Wak rasa juga pakai PO, kira Wak potong incas la. Wak sedih juga bila baca komentar Lady Bird tu, habis dia londehkan Leading Mat saampai bogel terus. Wak tak nak campur banyak, biarlah apa yang Wak tahu pasal Leading Mat tersimpan baik dengan Wak. Cuma Wak rasa hairan kenapalah dia yang telah banyak diberi habuan semasa dalam perkhidmatan navy dulu, tiba-tiba berpaling tadah dan mengkiritik navy secara semberono. Wak tak nafi dia memang suka maki-maki ni, masa Wak JAB dulu bodoh, bangang, baghal dah jadi permainan mulut dia. Terasa memang terasa, apa tidaknya emak-bapak Wak pon tak pernah maki Wak sedemikian..tapi Wak saber...Wak tak marah-marah. Orang Jawa ni banyak sabernya.

17.Wak rasalah, Leading Mat seharusnya berubah dan segan dengan perwatakan Leading Mat sekarang. Wak rasa Leading Mat aka Manjung Mari seharusnya tidak sentuh navy dalam apa cara sekalipun apatah lagi untuk menjatuhkan navy, tempat kita cari makan dulu.

 http://taipingmali.blogspot.com/2012/02/pendedahan-menarik-oleh-boss-manjung.html

 http://taipingmali.blogspot.com/2012/02/siapa-manjun-mari.html

20120221 JATI - Ucapan penuh Mufti Perak

URD - Kitab Tauhid - 20/02/2012

Dr Mahathir Akui Balas Surat, Tolak Hubungan Dengan Israel



Uploaded by ThePerakToday on Feb 23, 2012

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa kerajaan Malaysia semasa pentadbirannya menolak hubungan Malaysia dengan Israel dan jawapan itu diberikan melalui sepucuk surat kepada Perdana Menterinya Ehud Barak.

Beliau menjelaskan surat daripada Israel pada ketika itu adalah mahu Malaysia menukar pendirian mengenai hubungan antarabangsa dengan Israel.

"Saya menjawab balik mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka (Israel) selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan rakyat Palestin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di sini hari Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan pelbagai blog pembangkang pada masa sekarang mengenai sepucuk surat yang diutuskannya semasa menerajui pentadbiran Malaysia ketika itu, kepada Israel.

-- BERNAMA

Rabu, 22 Februari 2012

Ceramah Pas Asobiyah di Batu Kurau 4 Mac 2012

Sila hebahkan berita ini,

YB Dato Dr Hasan Ali bersama Ust Kazim Elias akan menggegarkan pekan Batu Kurau bulan depan.
Pas bukan memperjuangkan agama Islam, Pas adalah parti yang sesat dan perlu ditolak oleh umat Islam di Malaysia.

Selasa, 21 Februari 2012

Isu MyVoice cilok mencilok menjadi panas, tunggu jawapannya

Apakejadahnya Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Ni??

Hotel Seri Pacific KL
Selepas kecelaruan program KMS1M yang dihadiri oleh PM di PWTC tempoh hari, berlangsung pula KMS1M peringkat negeri yang sudah diadakan di 2 negeri; iaitu Kelantan & Pahang. Masalahnya; tidak nampak objektif jelas KMS1M dalam perjuangan media sosial untuk membantu kerajaan/BN selain usaha sesetengah individu/pihak mentekedarah bajet dari sebuah agensi untuk menebalkan poket peribadi.
Ketua Pengarah agensi berkenaan mungkin belum sedar... Ada baiknya bajet ratusan ribu tersebut disumbangkan secara terus kepada blogger2, facebookers dan pejuang media sosial lain sebagai inisiatif penghargaan bagi menyuntik semangat mereka untuk terus istiqamah dalam saf perjuangan ini.
Selama mana golongan2 opportunis sebegini harus diberi peluang sedangkan ada hal yang lebih besar harus kita tangani sebelum segala-galanya hilang selepas keputusan PRU13...
Tunggu pendedahan lanjut!

 http://jendelamy.blogspot.com/2012/02/apakejadahnya-konvensyen-media-sosial.html

PAS PERAK KENA BUKTIKAN BAHAWA LADANG ITU MILIK KELUARGA SHAHRIIZAT

Adakah Shahrizat terlibat Ladang Fidlot Manjung?

emel Cetak PDF
Adakah Shahrizat terlibat Ladang Fidlot Manjung?
Asalkan Fidlot ia milik keluargaShahrizat
PARIT, 19 Feb: PAS Perak mahu kerajaan negeri bertanggungjawab dan menjawab kegagalan projek Ladang Satelit Fidlot Nasional di Gelung Pepuyu, Manjung yang masih belum beroperasi sehingga sekarang.

Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, dalam tinjauan ke tempat tersebut baru-baru ini mendapati tanah seluas 100 ekar di atas padang ragut telah terbiar walaupun  seratus peratus  siap dibina.

Katanya, menurut sumber, projek tersebut dimulakan sejak 4 tahun yang lalu di mana status tanah telah bertukar kepada taman kekal pengeluaran makanan. 

Difahamkan Jabatan Pertanian telah membelanjakan RM6.7 juta untuk membangun infrastruktur  seperti membina 2 kandang untuk muatan 600 ekor lembu pada sesuatu ketika, bekalan elektrik, pagar dan bekalan air.

Menurutnya, konon pesertanya dari kalangan orang-orang yang berkemampuan dari segi kewangan untuk membela lembu yang dibekalkan oleh Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).
Tambahnya, bagaimanapun diberitakan pihak NFC sehingga sekarang tidak mampu untuk membekal lembu-lembu yang dijanjikan, maka tinggallah ladang dan kandang tersebut kosong manakala pengurus projek itu juga telah diberhentikan kerja.

“PAS Perak menyifatkan projek yang menelan belanja berjuta ringgit duit rakyat ini dibazirkan begitu sahaja. Kami mahu kerajaan negeri menjawab isu ini,” katanya.

Katanya, timbul juga persoalan kemungkinan projek itu ada kaitan dengan isu NFC yang melibatkan suami kepada Ketua Pergerakan Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Inilah contoh kerakusan dan salah urus tadbir pihak tertentu dengan melibatkan tanah kerajaan dan duit rakyat.

“PAS Perak mahu kerajaan negeri yang meluluskan tanah tersebut menjawab isu ini kepada rakyat, sekiranya berlaku penyelewengan atau amalan rasuah, tindakan sewajarnya hendaklah diambil,” ujarnya.

TM_NOTE;

Pas Assobiyah sekali lagi cuba membohongi rakyat dan menfitnah keluarga Shahrizat Jalil dalam isu Lembu Fidlot.

Sungguh melucukan apabila membaca artikel yang diterbitkan oleh Pas Perak.  Dahulu apabila kita membaca Marina Bay Yatch Club maka ia adalah milik anak Perdana Menteri ketika ia itu Marina Tun Mahathir. Kini jumpa saja perkataan Fidlot ia adalah milik Shahrizat.


Tak tahu lah teman , samada Pas dungu atau saja buat-buat dungu. Sebenarnya sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang ingin menceburi bidang peternakan lembu boleh lah berjumpa kementerian pertaniah di bawah Jabatan Haiwan. 


Misbahul Munir pun kalau teringin nak buka bisnes lembu boleh buat permohonan kepada Menteri Pertanian DS Noh Omar nescaya permohonan anda diluluskan, maklumlah tujuaan kerajaan ialah untuk menggalakkan orang Melayu menyertai sektor yang memberi perolehan RM750 juta setahun. Hari ini busines ini dikuasai oleh bukan Melayu. 


Fidlot keluarga Shahrizat adalah satu-satunya pengusaha lembu dalam skala besar dan oleh kerana ia milik Ketua Wanita maka ia menjadi sasaran pembangkang terutama Razifi 'lembu' Ramli.




3 - UFMO & UFB - Bengkel Khas Penulis Maya 2012 - Hudud & Qisas

Jumaat, 17 Februari 2012

20120213 Noh Omar dedah skandal pasir Selangor

Ceramah Perdana Politik Semasa di Kamunting Sabtu ini


CERAMAH PERDANA MENGUPAS ISU ISU SEMASA 
DARI SUDUT AGAMA ,

18/02/2012 (SABTU)

JAM 9.00 MALAM ,

TEMPAT DI PERKARANGAN RUMAH 
KETUA CAWANGAN

KG KURNIA JAYA , EN CHE LIAS BIN CHE MAT 
(PENCERAMAH USTAZ KAMAL SAIDIN )



TUAN TUAN PUAN DI JEMPUT HADIR BERAMAI RAMAI .

Khamis, 16 Februari 2012

Apa cerita Fayyadh Afiq Al Bakqry?

Pengawal Peribadi DS Wan Azizah disuntik jarum beracun?


Fayyadh Affiq Albaqry Bin Jaafar Sidek, 25 tahun yang merupakan seorang pengawal peribadi kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah hari ini sekali lagi telah dikejarkan ke Hospital.


Sebelum ini Fayyadh telah mengalami kecederaan serius dimukanya apabila menjadikan dirinya sebagai perisai bagi melindungi Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tembakan gas pemedih mata pihak FRU yang cuba untuk meleraikan peserta demonstrasi BERSIH 2.0 sila baca di SINI

Kali ini kerana beliau yang bertugas untuk mengiringi Datuk Seri Wan Azizah ke majlis pelancaran LANG-GAR 901 di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam telah mendakwa telapak tangan kirinya disuntik dengan jarum beracun ketika menghampiri pentas ceramah.


Dalam kejadian orang ramai berkumpul berhampiran pentas bagi menyambut Datuk Seri Wan Azizah dan untuk mengenalpasti pelakunya adalah sukar.

Apabila menyedari telapak tangannya telah disuntik dan berdarah, beliau bergegas ke belakang pentas menemui seorang petugas mencari sesuatu untuk menghentikan pendarahan tersebut dan ais telah digunakan.

Biarpun pada ketika ais diletakkan ditelapak tangannya beliau mendakwa tidak dapat merasainya kerana tangannya telah mula kebas.

Apabila ditanya oleh petugas tersebut bagaimana keadaannya Fayyadh mengatakan tangannya mula berasa sakit dan Fayyadh yakin mampu menahan kesakitan itu hingga tiba di Kuala Lumpur.


Setengah jam kemudian setelah Datuk Seri Wan Azizah selesai memberikan ucapan dan melancarkan LANG-GAR 901, Fayyadh mengiringi Datuk Seri Wan Azizah ke kenderaannya untuk bergegas pulang ke Kuala Lumpur.

Ketika kenderaan yang dipandu oleh pemandu peribadi kepada Datuk Seri Wan Azizah berhenti untuk mengisi petrol disebuah petrol pump berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Juru yang jarak perjalanannya lebih kurang 30 minit dari Cheruk Tok Kun, keadaan Fayyadh mula kelihatan kritikal.

Ini menyebabkan Datuk Seri Wan Azizah memutuskan untuk mengejarkan Fayyadh ke Hospital berdekatan iaitu Hospital Seberang Jaya.

Tiba di bahagian kecemasan Hospital Seberang Jaya, Fayyadh masih mampu bergerak untuk melangkah keluar dari kenderaan malangnya beliau tumbang akibat pitam ketika menolak untuk membuka pintu masuk Wad Kecemasan tersebut.

Pembantu-pembantu hospital bergegas mendapatkannya dan Doktor dengan segera memberikan rawatan.

Menurut Doktor yang bertugas degup jantungnya amat lemah pada ketika itu dan tindakan pantas mengejarkan Fayyadh ke Hospital telah menyelamatkan nyawanya.


Bagaimanapun Fayyadh mulai sedar satu jam kemudian dan masih lemah ketika dilawati pada jam 2.30 pagi tadi.

Menurut Doktor yang merawatnya pula, mereka akan melakukan ujian pada darah dan air kencingnya untuk megenalpasti apakah bahan yang telah disuntik kepada Fayyadh itu.

Tangan yang telah disuntik masih lemah dan sukar untuk digerak hinggakan untuk membuka telapak tangannya untuk dirakamkan gambar memerlukan bantuan.






Perhatikan kesan tusukan atau suntikan ini, biarpun kecil dalam masa kurang dari dua jam mampu menumbangkan seorang pemuda.

Dalam nada yang amat lemah beliau berkata “Apalah yang mereka mahukan lagi……”

Siapa sasaran sebenar disini Fayyadh atau Datuk Seri Wan Azizah???

Bayangkan jika Fayyadh yang memandu kenderaan yang membawa Datuk Seri Wan Azizah, Nurul Ilham dan suamimya Mohd Rezza tiba-tiba pitam semasa memandu.. apa yang akan terjadi?



APA CERITA DENGAN PENGAWAL PERIBADI KELUARGA ANU GAY INI....MASIH HIDUP ATAU SUDAH MASUK KUBUR...MAKLUMLAH KENA SUNTIKAN BERACUN

Rotavirus Bukan Punca Sebenar Jangkitan

lawatan kerja menteri besar ke dun behrang dan slim river