Pengawal Peribadi DS Wan Azizah disuntik jarum beracun?

Fayyadh
Affiq Albaqry Bin Jaafar Sidek, 25 tahun yang merupakan seorang
pengawal peribadi kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah hari ini
sekali lagi telah dikejarkan ke Hospital.
Sebelum
ini Fayyadh telah mengalami kecederaan serius dimukanya apabila
menjadikan dirinya sebagai perisai bagi melindungi Datuk Seri Anwar
Ibrahim dari tembakan gas pemedih mata pihak FRU yang cuba untuk
meleraikan peserta demonstrasi BERSIH 2.0 sila baca di
SINIKali
ini kerana beliau yang bertugas untuk mengiringi Datuk Seri Wan Azizah
ke majlis pelancaran LANG-GAR 901 di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun,
Bukit Mertajam telah mendakwa telapak tangan kirinya disuntik dengan
jarum beracun ketika menghampiri pentas ceramah.

Dalam
kejadian orang ramai berkumpul berhampiran pentas bagi menyambut Datuk
Seri Wan Azizah dan untuk mengenalpasti pelakunya adalah sukar.
Apabila
menyedari telapak tangannya telah disuntik dan berdarah, beliau
bergegas ke belakang pentas menemui seorang petugas mencari sesuatu
untuk menghentikan pendarahan tersebut dan ais telah digunakan.
Biarpun
pada ketika ais diletakkan ditelapak tangannya beliau mendakwa tidak
dapat merasainya kerana tangannya telah mula kebas.
Apabila
ditanya oleh petugas tersebut bagaimana keadaannya Fayyadh mengatakan
tangannya mula berasa sakit dan Fayyadh yakin mampu menahan kesakitan
itu hingga tiba di Kuala Lumpur.

Setengah
jam kemudian setelah Datuk Seri Wan Azizah selesai memberikan ucapan
dan melancarkan LANG-GAR 901, Fayyadh mengiringi Datuk Seri Wan Azizah
ke kenderaannya untuk bergegas pulang ke Kuala Lumpur.
Ketika
kenderaan yang dipandu oleh pemandu peribadi kepada Datuk Seri Wan
Azizah berhenti untuk mengisi petrol disebuah petrol pump berhampiran
kawasan Rehat dan Rawat Juru yang jarak perjalanannya lebih kurang 30
minit dari Cheruk Tok Kun, keadaan Fayyadh mula kelihatan kritikal.
Ini menyebabkan Datuk Seri Wan Azizah memutuskan untuk mengejarkan Fayyadh ke Hospital berdekatan iaitu Hospital Seberang Jaya.
Tiba
di bahagian kecemasan Hospital Seberang Jaya, Fayyadh masih mampu
bergerak untuk melangkah keluar dari kenderaan malangnya beliau tumbang
akibat pitam ketika menolak untuk membuka pintu masuk Wad Kecemasan
tersebut.
Pembantu-pembantu hospital bergegas mendapatkannya dan Doktor dengan segera memberikan rawatan.
Menurut
Doktor yang bertugas degup jantungnya amat lemah pada ketika itu dan
tindakan pantas mengejarkan Fayyadh ke Hospital telah menyelamatkan
nyawanya.

Bagaimanapun Fayyadh mulai sedar satu jam kemudian dan masih lemah ketika dilawati pada jam 2.30 pagi tadi.
Menurut
Doktor yang merawatnya pula, mereka akan melakukan ujian pada darah dan
air kencingnya untuk megenalpasti apakah bahan yang telah disuntik
kepada Fayyadh itu.
Tangan yang telah disuntik masih lemah dan
sukar untuk digerak hinggakan untuk membuka telapak tangannya untuk
dirakamkan gambar memerlukan bantuan.



Perhatikan kesan tusukan atau suntikan ini, biarpun kecil dalam masa kurang dari dua jam mampu menumbangkan seorang pemuda.
Dalam nada yang amat lemah beliau berkata “Apalah yang mereka mahukan lagi……”
Siapa sasaran sebenar disini Fayyadh atau Datuk Seri Wan Azizah???
Bayangkan
jika Fayyadh yang memandu kenderaan yang membawa Datuk Seri Wan Azizah,
Nurul Ilham dan suamimya Mohd Rezza tiba-tiba pitam semasa memandu..
apa yang akan terjadi?
APA CERITA DENGAN PENGAWAL PERIBADI KELUARGA ANU GAY INI....MASIH HIDUP ATAU SUDAH MASUK KUBUR...MAKLUMLAH KENA SUNTIKAN BERACUN