Sabtu, 11 Februari 2012
20120209 Khir Toyo - Siapa dia itu Faekah ?
Faekah seorang lawyer yang gagal dalam perniagaan dan menagih simpati dalam kerajaan Pkr. Bila dah dapat kerja dia hanya pandai maki hamun kerajaan BN. Tugas Faekah hanyalah melalak seperti Rafizi Ramli yang kena buang dari Petronas
Semua peringkat pengundi penting tentukan kemenangan BN dalam PRU-13
Uploaded by ThePerakToday on Feb 10, 2012
Walaupun pengundi muda penting, Barisan Nasional (BN) Perak sama sekali tidak akan meminggirkan pengundi lain yang turut berperanan dalam menentukan kemenangan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata setiap undi yang diberi kepada BN adalah penting tidak kira samada daripada pengundi muda atau golongan yang telah melepasi had umur itu.
"Pengundi akan menjadi penentu termasuklah golongan muda terhadap kemenangan sesebuah parti pada pilihanraya tetapi kita tidak boleh menafikan hak pengundi lain yang telah berumur.
"Begitu juga soal pemilihan calon yang bertanding...tidak kira samada tua atau muda asalkan calon itu winnable candidate," katanya kepada pemberita di Manjung, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Exco Pemuda, Hishamuddin Yahya bahawa kemenangan 181 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihanraya umum akan datang bakal ditentukan oleh pengundi muda.
Mengulas lanjut, Zambry berkata, BN negeri juga akur dengan kehendak rakyat yang telah menolak calon yang bertanding pada pilihanraya umum lalu.
"Kita perlu mendengar suara rakyat dan sekiranya calon itu ditolak rakyat, maka calon yang boleh menang dan disukai ramai perlu dipilih tidak kira samada tua atau pun muda," katanya.
Jumaat, 10 Februari 2012
Rabu, 8 Februari 2012
Anak Nizar lambai masuk MRSM Taiping
Nizar 'Lambai' Jamaludin bekas MB Perak yang pernah menyaman kementerian pelajaran hari ini telah hadir ke MRSM Taiping bersama 380 ibu bapa yang lain untuk mendaftar masuk anaknya ke tingkatan 4.
Nizar yang sebelum ini mengkritik hebat Dasar Ekonomi Baru akhirnya akur dan sanggup tebal muka dengan merelakan anaknya masuk belajar di MRSM yang diilhamkan daripada DEB.
Selepas ini jika Nizar mengkritik dasar-dasar kerajaan terutama DEB, eloklah kita pakat-pakat ludah mukanya kerana cakap tak serupa bikin.
Nizar yang sebelum ini mengkritik hebat Dasar Ekonomi Baru akhirnya akur dan sanggup tebal muka dengan merelakan anaknya masuk belajar di MRSM yang diilhamkan daripada DEB.
Selepas ini jika Nizar mengkritik dasar-dasar kerajaan terutama DEB, eloklah kita pakat-pakat ludah mukanya kerana cakap tak serupa bikin.
Risalah Ceritakan Semua Bantuan Kerajaan Pusat Kepada Kelantan
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata risalah tersebut akan diedarkan dua minggu lagi.
"Kita sudah rancang lama, saya bersama Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, kita nak cerita keadaan sebenarnya supaya rakyat Kelantan tahu bantuan kewangan yang kerajaan pusat berikan kepada Kelantan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan di bawah Skim Insentif Tanam Semula Sawit berjumlah RM192,000 kepada 34 peneroka Felda Kemahang 2 di sini, Selasa.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata umpamanya, dalam isu bekalan air bersih, kerajaan pusat banyak membantu kerajaan Kelantan dengan memberikan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM600 juta dan sebanyak RM213 juta untuk menaiktaraf loji air di seluruh negeri ini.
Beliau berkata pihaknya juga akan menganjurkan lebih banyak majlis penerangan supaya rakyat mendapat penjelasan tepat berkaitan sesuatu isu yang diputarbelitkan pembangkang.
TM Note;
Paling malang ialah Pas telah memutar belitkan risalah ini dengan menuduh Tok Pa telah membohongi rakyat kononnya RM 600 juta adalah pemberian percuma tanpa perlu membayar balik kepada pusat. Lihat petikan dari harakah [sini] [sini] [sini] [ sini]
Massimo VS Gardenia
Persoalan atau andaian ialah roti gardenia lebih laris dari masimoo, daripada rak gardenia menjadi kosong, pekedai cuba mengelirukan pembeli dengan meletakkan roti massimo.
Andaian kedua ialah pekedai tersebut telah menyorokkan roti gardenia supaya tak dibeli orang dan hanya menjual roti pesaingnya.
Mungkin tuan-tuan yang membaca boleh membuat andaian sendiri mengenai gambar di atas. Ia dirakam oleh seseoarang di sebuah kedai franchise yang bernama MyNews di Kuala Lumpur.
Selasa, 7 Februari 2012
Seorang UMNO berhadapan dengan 20 orang pas.
Puak-puak Pas menatang beruk. demaa kan buleh tengok orang molek sikit, sakit hati nak mapoh..Nama saja islee tapi jehat macan setan
Projek Jalan Anak Kurau-Kamunting cetus limpahan ekonomi di Batu Kurau
Uploaded by ThePerakToday on Feb 6, 2012
Projek jalan raya menghubungkan Kampung Anak Kurau dengan Bukit Jana, dekat Kamunting akan membawa limpahan ekonomi di Daerah Larut Matang dan Selama apabila fasa pertama projek itu dijangka siap Januari tahun depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata penduduk tempatan telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan untuk menjayakan projek itu sejak 30 tahun lalu dan akhirnya impian mereka tercapai apabila RM8.5 juta diluluskan bagi membina jalan berkenaan.
"Melalui frasa pertama projek ini, kontraktor yang dilantik akan membina jalan sejauh 2.5 KM dengan kos RM8.5 juta yang diluluskan kerajaan Pusat.
"Secara keseluruhannya, projek Jalan Anak Kurau-Kamunting ini membabitkan kos kira-kira RM75 juta dan membabitkan laluan sejauh 11.5 KM," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek itu di Kampung Anak Kurau, dekat Batu Kurau, pagi ini.
Tambah Zambry lagi, apabila peruntukan seterusnya diterima, fasa kedua projek itu akan dilaksanakan untuk menghubungkan kawasan itu dengan Bukit Jana, dekat Kamunting.
"Tempoh perjalanan penduduk ke bandar Taiping juga dapat disingkatkan kepada 10 hingga 15 minit sahaja berbanding 45 minit ketika ini apabila Jalan Anak Kurau-Kamunting siap kelak," katanya lagi.
Sementara itu, Adun Batu Kurau, Datuk Kapten (B) Najmuddin Elias, berkata rakyat di situ amat berbesar hati apabila kerajaan negeri turut meluluskan peruntukan RM130,000 untuk membina longkang di sekitar Kampung Anak Kurau dalam usaha mengatasi masalah banjir.
"Apabila hujan lebat, sering berlaku banjir di kampung ini hingga menyebabkan tebing berhampiran masjid kampung terhakis kerana longkang yang kecil tidak mampu menakung air lalu melimpah," katanya.
Selain itu, peruntukan RM60,000 juga diluluskan oleh Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin untuk membina semula titi yang rosak membabitkan tiga kampung di DUN Batu Kurau.
Tegasnya, lebih 100 penduduk terpaksa menggunakan titi untuk mengeluarkan hasil kebun seperti buah-buahan untuk dipasarkan ke pekan Batu Kurau atau Taiping.
"Kos membina setiap titi dianggarkan RM15,000 dan kita akan membina titi baru di Kampung Changkat Perah, Kampung Bendang Nering dan Kampung Pantai Besar Ijok," kata Najmuddin lagi.
Peruntukan RM70,000 juga diluluskan kepada Pusat Tahfiz Nurul Iman di Kampung Sepeneh bagi menampung kos pengurusan dan perbelanjaan harian pusat berkenaan.
Terdahulu, dalam ucapannya, Najmuddin menegaskan permohonan juga dikemukakan kepada kerajaan Pusat untuk mewujudkan Pusat Dalam Komuniti (PDK) di kawasan itu selain menaiktaraf pekan Batu Kurau yang selama ini dianggap sebagai pekan koboi.
Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, pula berkata penduduk tempatan tidak perlu bimbang atau gusar dengan projek itu yang didakwa akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi pekan Batu Kurau.
"Penduduk tidak perlu bimbang kerana jalan baru ini akan membuka lembaran baru kepada perkembangan ekonomi dan sosial di kawasan Batu Kurau dan sekitarnya," katanya.
Jumaat, 3 Februari 2012
Perak tidak akan berkompromi dengan pencerobohan haram di Royal Belum: D...
Uploaded by ThePerakToday on Feb 2, 2012
Kerajaan negeri Perak tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti pencerobohan di Hutan Royal Belum atau hutan simpan yang lain dan sedang meningkatkan pelbagai usaha untuk membanteras kegiatan itu daripada terus berleluasa.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata banyak pihak mendakwa berlaku berlaku pencerobohan di Hutan Royal tetapi setakat ini, Jabatan Perhutanan mengesahkan tiada kejadian seumpama itu berlaku di kawasan itu.
"Apa yang dilaporkan itu adalah tidak benar dan kita sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kegiatan menceroboh Royal Belum atau hutam simpan kekal sedia ada," katanya kepada pemberita selepas melawat bagan matau kegiatan penebangan haram di Pengkalan Hulu, pagi ini.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Roslan Ariffin.
Mengulas kegiatan pencerobohan tanah kerajaan di kawasan Air Sama Gagah yang membabitkan keluasan kira-kira 60 hektar, Zambry berkata, kerajaan negeri menyerahkan kes itu kepada Jabatan Perhutanan untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Tegasnya, nilai kayu-kayan yang ditebang itu dianggarkan RM270,000 dan membabitkan kira-kira 708 batang kayu dari jenis chapca, iaitu bukan bernilai tinggi.
"Kegiatan penceroobohan ini berlaku di luar kawasan Royal Belum tetapi ia merupakan kawasan hutan pengeluaran Air Sama Gagah yang terletak bersempadan dengan Thailand.
"Syarikat yang diberi konsesi menebang balak ini telah bertindak menceroboh kawasan hutan seluas 60 hektar, sekaligus melanggar peraturan permit yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan ," katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, selain pemantauan daratan, Jabatan Perhutanan juga diberi peruntukan khas untuk membuat pemeriksaan melalui imej satelit dan udara.
Sementara itu, Roslan berkata, pihaknya telah menyita balak yang dilonggokkan di bagan matau itu dan mendapati tiada berlaku pencerobohan Hutan Simpan Gunung Lang.
"Kebenaran menebang telah diberikan kepada syarikat ini pada Ogos tahun lalu dan dijangka berakhir pada 15 Februari ini.
"Tetapi syarikat ini telah melanggar Seksyen 15, Akta Perhutanan Negara 1984 kerana melakukan kegiatan menceroboh tanah kerajaan.
"Jika sabit kesalahan, denda RM500,000 dan penjara satu tahun," kata Roslan sambil menegaskan pihaknya mengesan kegiatan itu pada Disember lalu
Khamis, 2 Februari 2012
Langgan:
Catatan (Atom)

