Sabtu, 31 Disember 2011

Ustaz Azhar Idrus

Ingat mengaji tinggi sangat, patutlah cakap dia merapu saja.

Majlis Peguam didesak nyatakan pendirian - Razali Ibrahim.

Pemuda UMNO mendesak Majlis Peguam menyatakan pendirian berhubung 'Kempen Bebaskan Anwar 901' yang mengajak orang ramai menyertai demonstrasi pada 9 Januari ini.

Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim berkata, sebagai sebuah pertubuhan yang bermaruah, Majlis Peguam tidak seharusnya berdiam diri dalam isu yang jelas mahu mencabar kewibawaan institusi kehakiman negara.

"Perancangan kempen membebaskan Anwar sudah diketahui umum, kenapa Majlis Peguam masih berdiam diri? Mereka harus jelaskan sama ada kempen itu selaras dengan undang-undang negara atau sebaliknya," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Tegas Razali, dengan berdiam diri Majlis Peguam menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab ketika negara berusaha memartabatkan institusi kehakiman.

"Tindakan Majlis Peguam boleh dilihat seperti membenarkan usaha 'penghakiman semula' Anwar dilakukan di luar sistem perundangan negara.

"Tindakan mengheret rakyat sebagai pelindung dan 'dinding' kepada Ketua Pembangkang adalah perbuatan yang langsung tidak menghormati sistem perundangan negara," katanya.

Sehubungan itu, Razali mengingatkan orang ramai khususnya generasi muda supaya tidak melibatkan diri dalam apa jua kempen pembebasan yang tidak berasas.

"Anwar sendiri tidak berusaha untuk mempertahankan diri atau menjelaskan perkara yang sebenar dalam kes liwatnya, jadi untuk apa kita mahu melindunginya," katanya.

Mengulas pembabitan generasi muda dalam kempen itu, beliau mencabar golongan itu supaya menyuarakan pendirian supaya tidak dilabel sebagai 'kuda tunggangan' Anwar.

"Generasi muda harus menolak dan menafikan segala tuduhan yang mengatakan mereka mudah diperalatkan untuk tujuan politik kerana mereka sebenarnya sudah cukup matang dalam membuat penilaian," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nurul Izzah: We Are Lucky Only For 1 Reason Because Malaysia Is So Rich



Nurul Izzah balun Sharizat, Ibrahim Ali Perkasa dan Barisan. Perdana Menteri Malaysia semua tak tahu menjaga ekonomi negara ,hanya bapa dia saja yang pandai menjaga ekonomi negara.

Ust Azhar Idrus- umNO Lawan PAS



Ustaz bengong kata Umno tolak hudud sama dengan lawan Islam, bukan lawan tok guru. Pas buat hudud ke?

Jumaat, 30 Disember 2011

Datuk dituduh menipu NFC

Ahli perniagaan, Datuk Shamsulbahrin Ismail, 45, sebentar tadi dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua tuduhan berasingan menipu Pengarah NFC.http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Shamsubahrin_Mengaku_Tidak_Bersalah_Menipu_Pengarah_NFC.html
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nga Kor Ming: Ingat nak bagi saman rupanya suruh minta maaf saja,




Kor Ming minta penulis blog mohon maaf

IPOH 29 Dis. - Jika sebelum ini Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming bertegas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penulis blog Sekupangduas berhubung dakwaan salah guna kuasa, hari ini Ahli Parlimen Taiping itu menukar nadanya apabila meminta penulis itu memohon maaf.

Kor Ming dalam satu sidang akhbar malam tadi berkata, beliau memberi tempoh 48 jam kepada penulis blog tersebut, Ahmad Sofian Yahya, 47, supaya berbuat demikian atau berdepan tindakan mahkamah.

"Sepucuk surat telah dikeluarkan petang semalam menuntut Sekupangduas memohon maaf kepada saya dalam tempoh 48 jam atau bakal berhadapan tindakan di mahkamah," katanya.

Isnin lalu, Kor Ming dalam satu kenyataan menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Sofian, 10 hari selepas penulis blog itu mendedahkan salah guna kuasa dalam pemberian tender melibatkan isteri pemimpin DAP itu ketika pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan negeri pada 2008.

Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit sut Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Dokumen itu mendedahkan Ethan dan Elton, syarikat yang mana isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai seorang pengarahnya memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 sut rasmi itu pada asalnya ditawarkan kepada Goodman Tailor pada 3 April 2008 sebelum diberikan kepada Ethan dan Elton selepas 'dicadangkan' kerajaan negeri ketika itu.

Sementara itu, Kor Ming membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pagi ini selepas mendakwa menerima sepucuk surat ugutan dan sebutir peluru hidup petang semalam.

Kor Ming berkata, laporan polis itu dibuat kerana beliau memandang serius ancaman tersebut dan mahu polis menyiasat perkara itu.

Semalam, Ahli Parlimen Taiping itu mendakwa menerima sepucuk surat ugutan berisi sebutir peluru hidup yang dihantar ke rumah ibunya di Ayer Tawar dekat Sitiawan.

Beliau memberitahu, peluru hidup itu dibungkus dalam kertas tisu dan akhbar bahasa Tamil.

Bagaimanapun, Kor Ming menafikan pihaknya menuduh UMNO bertanggungjawab atas kejadian itu.

Khamis, 29 Disember 2011

Perkasa membuat laporan polis


1
Perkasa diketuai oleh YB Dato Ibrahim Ali dan barisan ahli-ahli jawatan kuasa telah membuat laporan polis di IPD Dang Wangi berikutan kenyataan seorang pemimpin gereja yang memperlekehkan perlembagaan persekutuan artikel 153 yang dakwaannya membuli agama lain berikutan isu murtad di DUMC Selangor.

Apa kata parti yang membela Islam iaitu Pas kluk klek?



2
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran risalah yang mengajak orang ramai menyertai Kempen 'Bebaskan Anwar 901' yang dirancang diadakan pada 9 Januari depan.

Laporan itu dibuat oleh Presidennya, Datuk Ibrahim Ali dan dengan dihadiri oleh hampir 20 ahli Perkasa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini kira-kira pukul 2.10 petang.

Selain Perkasa, di PAHANG, seramai 80 individu mewakili 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu turut membuat laporan polis mendesak supaya pihak berkuasa segera menghalang perhimpunan yang dirancang itu.

Antara NGO terlibat adalah Pertubuhan Kebajikan Islamiah dan Dakwah (Pekida), Pertubuhan Kerabat Pusaka Merong Mahawangsa Malaysia (PKPMM) Wilayah Timur, Pertubuhan Belia Beserah, Pertubuhan Belia Bukit Setongkol, wakil penduduk Beserah, Sungai Karang dan Lepar.

Sementara itu, Ibrahim ketika ditemui selepas membuat laporan polis menegaskan, rancangan untuk berhimpun di pekarangan Mahkamah Jalan Duta di sini adalah satu tindakan yang tidak menghormati kedaulatan undang-undang dan perlembagaan.

"Mereka seharusnya membiarkan proses perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan dengan baik tanpa gangguan daripada mana-mana pihak memandangkan ia telah lama tertangguh

"Namun, tindakan mereka yang menggalakkan orang ramai menyertai kempen tersebut sengaja dilakukan bagi menganggu proses perbicaraan dan mencetuskan hura-hara," katanya.

Menurut Ibrahim, sebagai rakyat yang matang, kita perlu menghormati mahkamah selepas keputusan yang menentukan sama ada Anwar bersalah atau tidak sudah dikeluarkan.

"Namun, belum keluar lagi keputusan mereka awal-awal menuduh dakwaan ke atas Anwar adalah satu konspirasi yang kedua bertujuan membunuh karier politiknya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar hari ini turut membuat laporan polis di IPD yang sama berhubung kenyataan seorang pemimpin tertinggi Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF) yang mempersoalkan Perlembagaan 153.

Menurut beliau, kenyataan yang dikeluarkan sempena sambutan hari Natal itu jelas satu kesalahan di bawah Akta Hasutan kerana di bawah Fasal 153, Perlembagaan Negara tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana individu dan rakyat Malaysia.

Lagi info setinggan KTM kawasan Taiping

Tadi TM berpeluang berbual dengan seorang pesara polis yang mana tanahnya telah diambil oleh kerajaan untuk projek landasan keretapi bekembar dari Ipoh- Padang Besar.

Menurut beliau tanah miliknya telah diambil dengan harga 95 sen sekaki.

Bila ditanya masalah setinggan KTM yang menentang pemberian tanah dan penghentian saguhati sewa rumah, beliau berkata puak-puak yang menentang dalam aduan rakyat beliau berkata,

Setengah dari mereka mempunyai sikap yang suka meminta-minta. Ada diantara mereka bila diberi tanah mereka akan jual kepada pihak ketiga.

Contohnya ada setinggan yang telah diberikan tanah Felcra seluas 3 ekar tetapi mereka menjualkan kepada orang lain.

Ada yang hidup senang dan berpendapatan tinggi tapi tamak dan masih mahu tanah lagi. Mereka membina rumah di tanah reseb KTM untuk tujuan sewaan, tetapi bila nama mereka digugurkan dari senarai untuk tanah, mereka mulalah buat bising.

Bila kita lihat video yang disiarkan oleh Perak Today jelas menunjukkan setinggan tidak berpuas hati kerana bantuan sewa rumah RM 300 sebulan dihentikan selepas 3 tahun 3 bulan.

Ada pula yang sengaja menolak tanah yang akan diberikan di Kampung Kurnia Jaya Tambahan, kononnya ia tanah lombong. Ini lagi lawak. Sebenarnya Lembah Taiping , Lembah Kinta dan Lembah Kelang semuanya adalah bekas lombong bijih timah. Beribu bangunan besar-besar dan tinggi telah dibangunkan , beratus ribu taman perumahan dibangunkan. Tak ada pun masalah.

Ada pula yang menyatakan tanah tersebut jauh dan tak tahu dimana, satu alasan yang dangkal. Kalau pergi shopping di Econsave pergilah tengok tapak tersebut, bukan jauh pun hanya 5 minit saja bermotosikal.

Kalau mereka tak mahu tanah tersebut, tak apalah, ramai lagi yang berhajat walaupun terpaksa bayar premium RM 10ribu.

Kepada mereka yang minta RM 60ribu sebagai ganti rugi dari kerajaan kerana rumah mereka dirobohkan eloklah bawa kes ke mahkamah jika tak puas hati.
 http://www.tv3.com.my/beritatv3/aduan_rakyat/Setinggan_KTM_Ipoh_Padang_Besar_Tuntut_Tanah_Lot_Perumahan.html

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nga buat hal, kita masih nga-nga

Isu David Nga Ahli Parlimen Taiping yang salah guna kuasa dalam tender pakaian rasmi telah lama didedahkan tetapi tidak menjadi besar dan gah.

Bagaimanapun dua bloggers Sekupang Dua dan Shashi MIC Selangor telah menghangatkan kembali isu ini.

Sebelum itu Nga dikritik hebat kerana Perak Today telah mendedahkan pembohongan beliau menafikan perkataan metalik hitam, haram jadah dan darul kartun.

Terdahulu, TM telah mendedahkan sikap biadap beliau yang masuk ke rumah orang dengan berkasut.

Dalam satu isu sekolah cina SRJKC di Pantai Remis beliau menyalahkan kerajaan kerana sekolah tersebut retak dan minta kerajaan bertanggung jawab. Pada hal sekolah tersebut tidak layak mendapat peruntukan kerana ia bertaraf bantuan sahaja. Nga sepatutnya mencari sumber kewangan untuk membaiki sekolah tersebut.

Sayangnya semua kelemahan Nga tidak dimanfaatkan oleh Gerakan dan MCA Taiping untuk menghentaknya betul-betul.

Masing-masing diam membisu. Kalau sesuatu isu yang ditimbulkan oleh pemimpin Gerakan dan MCA sudah tentu DAP akan mencanangkan hari-hari dalam majlis jamuan makan mereka.

Dalam isu penyelewengan tempahan baju koperat oleh isterinya, sama ada bersalah atau tidak hanya boleh ditentukan oleh mahkamah tetapi kesempatan untuk menjatuhkan beliau dari segi moral patut menjadi perkara utama dalam agenda BN Taiping umumnya. Setakat hari ini zero.

Kita harus ingat pengundi di Taiping bukan semua tahu isu baju ini, tak percaya tanyalah penjual ikan dan sayur di market besar Taiping, Pokok Assam dan Simpang, semua kata tak tahu.

Harapan TM ialah barisan kepimpinan Barisan Nasional Taiping dapat bertindak segera. Peluang sudah ada, modal sudah ada dan janganlah lepaskan begitu sahaja.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 28 Disember 2011

Kuliah Ustaz Kazim malatop malam ini.

Malam ini Ustaz Kazim menyampaikan kuliah agamanya di masjid jamek Bagan Serai.

Beliau menghuraikan kita Yusof Qardawi dan huraian beliau membuka minda lebih 600 jemaah yang hadir.

Ada isi ceramah beliau mengupas bahawa umat Islam hari ini sanggup berdoa bagi hancur sesama Islam tetapi mendoakan kebaikan dan memberi pujian kepada kafir harbi. Puji bukan sedikit tetapi puji berjabu.

Kapir mati diberi ucapan takziah, bekas menteri yang mati haram tak sebut apa pun.

Pas memang kena balun teruk malam ni. Blogger Manjungmari aka Mat Desa kalau dengar mesti dia hamput Kazim berjabu dalam blog dia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ketua Pengarang Nanyang di panggil oleh KDN

KDN panggil Ketua Pengarang Nanyang Siang Pau kerana guna kalimah Allah berbentuk logo untuk artikel 'Hukum Hudud Jadi Isu Kontroversi'
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PROGRAM MUNAJAT PERDANA SELAMATKAN MADRASAH SALIHIAH KANCHUT"

Dijemput semua rakan2 kemajlis tersebut Pd hari Sabtu 31 Dis 2011 Jam 12thari. Hingga 5 Ptg. Tempat ; Madrasah Salihiah Kanchut Jln Tambang Badak Alor Setar.

Agenda

1. Solat Zohor dan Solat Hajat
2. Tazkirah "KEMULIAAN. BERJIHAD" oleh Ustaz Fathul Bahri
3. Jamuan Rakyat.
4. Mengumpul tandatangan sokongan selamatkan Madrasah Salihiah.
5. Ceramah Khas oleh YB Zulkefli Nordin/YB Hasan Ali.

/// (sebarkan)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa itu CADS

CADS adalah singkatan dari Cerebral Palsy, Autism-ADHD, Down Syndrome-Dyslexia, Slow Learners . Pusat Pembangunan Potensi CADS (Pusat CADS) merupakan sebuah organisasi bukan keuntungan (Non Profit Organization) . Ditubuhkan dalam tahun 1999 oleh sekumpulan ibu bapa, ahli akademi dan individu yang berminat terhadap pembangunan kanak-kanak istimewa.

Kami kini sedang membuka pendaftaran untuk kemasukan sesi 2012 bagi pendidikan kanak-kanak istimewa di CADS ENHANCEMENT CENTRE dialamat JKR 2925, Pesiaran Ledang off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur .

Sila hubungi :
03-2095 1218 atau Pn. Azura 016-623 7074 atau Pn. Hidayah 013-204 6642

Layari http://care4cads.my/

http://care4cads.my/

CADS Enhancement Centre accepts children from age four through 12 (Chronological age). The Centre also accepts children who are above 12 but whose mental age are below 12 years of age. The children must have been evaluated by any of the multidisciplinary professional in the field for example speech ...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 27 Disember 2011

Imam Mahadi a.k.a Anwar

Inilah pemimpin dunia baru yang menggantikan Abuya yang telah meninggal dunia

Sapa cakap? Tak lain dan tak bukan orang yang megutuk Dr Asri bekas Mufti Perlis bapa Setan.

Kini Badrul Amin anak Sabah yang tak sedar diri, anak derhaka sekali lagi mengangkat boss nya sebagai Imam Mahdi .

Pertandingan Memancing Kelab Motor Selinsing Bagan Serai Perak


En Mohamad Noor Dawoo menyampai hadiah cabutan bertuah


Dato’ Zaili Cha menyampaikan hadiah pertandingan memancing


KELAB REKREASI SUKAN BERMOTOR SELINSING-KILAUAN BINTANG ,PEMENANG YANG MALANG DARIPADA 3000 PEMANCING

Dalam suasana mengisi masa cuti sambutan krismas , Ahli Kelab Rekreasi, Kelab Sukan Bermotor Selinsing yang mempunyai 500 ahli semuanya telah menganjurkan Pertandingan Memancing dan Anugerah Kilauan Bintang UPSR 2011 di Sungai Baru, Selinsing. Lebih kurang 3000 penduduk sekitar telah hadir mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Semasa perasmian, Yang Berhormat Dato’ Zainol Fadzi Bin Paharudin (Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Perak) menyatakan” program ini cukup berjaya seolah-olah tahap peringkat negeri, apa yang penting program ini dapat menjalinkan silaturrahim dan salah satu alternatif aktiviti bagi penduduk-penduduk di sekitar DUN Selinsing.”

Program bermula dengan pendaftaran pada jam 8.00 pagi sehingga 9 pagi. Selepas perasmian pertandingan pada jam 9.30 sehingga jam 12.00 tengahari Upacara perasmian penutup disempurnakan oleh Y.Bhg.Dato’ Zaili Bin Cha Penyelaras Parlimen Bagan Serai.

Menurut YDP kelab tersebut, Mohamad Noor Bin Dawoo “Saya menganggap program tahunan kali kedua ini paling berjaya kerana 3000 kaki pancing telah mengambil bahagian dengan tawaran hadiah yang cukup lumayan serta cabutan sebuah motosikal”.

Pemenang tempat pertama Encik Shari Bin Shapie dengan tangkapan 690 gram ikan keli berjaya membawa pulang Rm1000.Manakala tangkapan pelik berjaya dimenangi bagi tangkapan katak dan kura-kura dengan mengondol hadiah baucer bermalam di Bukit Merah Laketown iaitu penginapan 2 hari satu malam serta sarapan percuma .

Bagi Anugerah Kilauan Bintang pula, Kelab Rekrasi Sukan Bermotor Selkinsing menanugerahkan pakej bernilai RM100 kepada 24 pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR yang lalu di beberapa buah sekolah dalam DUN Selinsing. Antara sekolah yang terlibat ialah SK Dato’ Allauddin Selinsing, SK.Kampug Dew. SK.Sungai Kepar, SK.Sri Pinang dan SK Sama Gagah

Manakala bagi cabutan bertuah dimenangi oleh En.Ahmad Bin Hj.Hasyim . “Saya sangat terkejut kerana Allah telah mengurniakan rezeki terpijak, Saya tidak akan menjual motorsikal ini walaupun saya tidak pandai menunggang nya dan tidak mempunyai lesen memandu pun.” Sebelum ini beliau hidup membujang dan beliau sangat suka membantu segala aktiviti yang telah dijalankan di kampungnya.”Beliau seorang pemenang yang malang” kata YDP Kelab tersebut.

Muhyiddin: No bullying under Article 153



SHAH ALAM, Dec 27 — Tan Sri Muhyiddin Yassin denied today that any community had been bullied as a result of Article 153 of the Constitution as claimed by a senior Christian leader last weekend.

The deputy prime minister told reporters that the clause, which charges the Agong with protecting the position of Bumiputeras, was “enshrined in the Constitution (because) there is history, there is a rationale”.

“That is an incorrect interpretation,” the Umno deputy president said when asked to comment on National Evangelical Christian Fellowship (NECF) chairman Reverend Dr Eu Hong Seng’s claim that Article 153 was akin to “bullying” if it only protected the rights of one group.

“The government’s policies under Barisan Nasional (BN) have served all. Efforts to help all levels of society... are all sealed in the (social) contract that has been implemented all this while.

“I hope no debate is sparked for certain purposes. What is already enshrined in the constitution should not be questioned,” the Pagoh MP said.

Perkasa had responded to Eu on Sunday by saying the Article helped keep the country peaceful, further claiming that the race riots of May 13, 1969 happened because it was not implemented properly.

“This country is peaceful because of Article 153 which protects the rights of Bumiputeras who are the majority in this country.

“The reverend needs to remember that Christians are able to practise their religion without worry in this country because of Article 153,” Perkasa secretary-general Syed Hasan Syed Ali said.

Muhyiddin had also said yesterday no one was sidelined under BN due to the ruling coalition’s power-sharing concept that is based on a common understanding among the various races and religions.

The Pagoh MP cited the RM2 billion to be handed out to all households earning less than RM3,000 a month under Budget 2012 as an example of “how we give equal treatment without looking at your background, race or religion.”

Article 153 states that “it shall be the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities in accordance with the provisions of this Article.”

The provision in the Federal Constitution has been repeatedly invoked by Malay right-wing groups who insist on the continuance of pro-Bumiputera affirmative action.

These include quotas in education, scholarships, business equity and employment in the public sector.

But constitutional expert Prof Abdul Aziz Bari said on Sunday this meant “the King must also make sure that (safeguarding Bumiputeras) must not be done at the expense of the legitimate interests of other communities.”

131 Pensyarah dicabar letak jawatan

Good for the 131 or more Academicians or Researchers who supported Prof Aziz Bari. Those from Malaysia should follow his move to leave UIA, so that the University and the students will truly benefit from those lectrers who are SINCERE in their professions.

Those from overseas who are not happy with UIAM can seek for other Universities outside Malaysia to carry out their researches if this issue really disturbs them. So its win win situation for everyone.

As for Prof Aziz Bari, his service would surely be needed for Anwar Ibrahim especially come 9-01-2012. - Dicatat oleh melayuangkat

TM Note;

Saya menyokong penuh cadangan Malayuangkat agar 131 yang menyokong Aziz Bari supaya menyokong sepunuh hati, jangan menyokong bila senang saja. Bukan simpati tetapi empati.

Sokong juga kepada pelajar dari dalam dan luar negara yang tidak suka dengan sistem Auku dan sistem pemerintahan yang ada supaya segera mencari universiti swasta atau pergi ke negara lain.

Ramai lagi warganegara yang menyokong BN nak menggantikan anda samada sebagai pensyarah, kakitangan awam yang lain dan juga pelajar-pelajar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Karpal bertindak betul dan Ram harus bertaubat



BUTTERWORTH, - Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkata Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P. Ramasamy perlu membuat permohonan maaf secara terbuka untuk dilaporkan melabel beliau sebagai "Godfather", dan harus menghormati pemimpin veteran.

Karpal berkata tanpa pemimpin-pemimpin veteran yang telah berjuang dan mengorbankan masa dan sumber mereka untuk membina parti, DAP pasti tidak berada dalam kedudukan sekarang.

"Siapa yang membina DAP? Pemimpin veteran telah membina parti dan tiada siapa harus lupa pengorbanan pemimpin-pemimpin ini. Pemimpin-pemimpin yang hadir tidak akan apa yang mereka kini tanpa pengorbanan yang dibuat oleh veteran, "katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada konvensyen DAP Pulau Pinang tahunan, di sini hari ini. Kritikan Karpal' terhadap Ramasamy telah menyebabkan kekecohan ringkas di kalangan penyokong-penyokong Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, tetapi keadaan itu dibawa di bawah kawalan tidak lama selepas.

Karpal juga berpaling konvensyen itu sebagai platform untuk beliau mengkritik Ramasamy untuk melabel beliau sebagai "Godfather".

"Godfather menggambarkan imej kumpulan mafia, manakala DAP tidak pernah mempunyai dibiarkan mafia, "katanya.

Di samping itu, Karpal juga mengkritik Ramasamy untuk menyertai parti itu dan cuba untuk "melakukan sesuatu dengan cara sendiri''.

"Tiada siapa yang boleh menjadi panglima perang dalam DAP, termasuk Ramasamy dengan cuba menamakan calon-calon pilihan raya itu, "katanya.

Terdahulu, Ramasamy, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Perai, telah dilaporkan kepada telah diumumkan pada satu majlis baru-baru ini bahawa beliau dan tiga calon wanita India akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Selepas itu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, mengeluarkan amaran kepada Ramasamy tidak mengumumkan kawan-kawan rapat sebagai calon-calon.

- BERNAMA

TM-NOTES;

TM bersetuju dengan kenyataan Karpal Singh bahawa orang baru mesti menghormati orang lama yang sudah lama berjuang dalam parti. Tanpa orang lama yang bermati-matian berjuang tahu susah dan senang untuk mempertahankan parti untuk sekian lama.

Datang orang baru seperti Prof Dr Ramasamy dengan mudah saja cuba untuk menyingkirkan orang lama dengan cara yang tidak bertamadun.

Adalah menjadi satu kesalahan dalam mana-mana parti bertindak secara emosi seperti membuat demo murahan menuntut Karpal Singh berundur kononnya sudah lama dan lebih teruk apabila melabelkan Karpal sebagai Godfather yang sama dengan samseng Italy yang hati kering dan sanggup membunuh anak menantu jika mendapat arahan atasan.

Dr Ramasamy harus sedar kesilapan besar yang dilakukan dalam agenda politik sukuan atau perkauman. Ram cuba memperjuangkan kaum India dan cuba menguasai parti terutama di Pulau Pinang mengikut cara tersendiri.

Ram juga dilihat cuba untuk mengingkirkan kaum Cina dalam politik yang kononnya bebas perkauman. Atasa alasan ini lah Ram cuba menyenaraikan rakan-rakan India dan kroninya sebagai winable candidate tanpa merujuk kepada pihak atasan.

Ram dilihat sebagai orang baru yang cuba merampas kuasa secara rakus tanpa melalui hukum yang sebenarnya. Ram patut dipecat sahaja daripada Timbalan Ketua Menteri dan dipecat dari parti.

Cara Ramasamy berpolitik dilihat mempunyai persamaan seperti Anwar Ibrahim. Anwar juga cuba menjatuhkan Tun Mahathir dengan mengkritik hebat Tun Mahathir yang ketika itu adalah Presiden Umno dengan label bapa kronisme.

Anwar sabotaj ekonomi negara dengan membiarkan nilai matawang jatuh teruk tanpa sebarang usaha untuk memulihkannya. Malah Anwar membawa bossnya Presiden IMF dan cuba mempengaruhi Tun Mahathir untuk menandatangani pakej pinjaman oleh IMF.

Jika Ram melabelkan Karpal sebagai Godfather, Anwar pula melabelkan Tun Mahathir sebagai Maha Firaun, Maha  Zalim dan sebagainya.

Ramasamy adalah ahli akademik dan sudah tentu mempunyai hubungan yang akrab dengan Anwar, jadi tidak mustahil Rama adalah orang Anwar dalam Dap, sama seperti pemimpin Pas seperti Husam Musa, Mat Sabu, dan lain-lain adalah dari kem penyokong Anwar.

Sekian/.....


131 academics, researchers in solidarity with Prof Abdul Aziz Bari ?

We, the undersigned Malaysian academics and researchers, as well as colleagues from other countries researching on Malaysia, wish to record our serious concern and objection to the recent actions taken against Professor Abdul Aziz Bari of the International Islamic University Malaysia (IIUM).


Aziz Bari - Photograph: tvsnews.net

Prof Aziz Bari is currently being investigated by the police under the Sedition Act 1948 and by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) under the Communications and Multimedia Act 1998 for a statement in an online news portal involving the Sultan of Selangor. He has since been suspended by his employer, IIUM.

According to a Bernama report on 21 October 2011, the Rector of IIUM Prof Zaleha Kamaruddin has stated: “The university does not restrict any academic staff from giving statements but they must not be against the interests of the university.”

We are extremely perturbed by this statement as Prof Aziz Bari’s comment was related to his interpretation of the Malaysian Constitution, his area of expertise. He has not done anything to compromise or undermine the interests or integrity of IIUM.

As academics and researchers, we view the action taken by IIUM as a gross violation of Prof Aziz Bari’s academic freedom as well as his right to free expression. As an academic, Prof Aziz Bari has the responsibility to use his expertise to enlighten the public on matters related to his field of interest and scholarship. In fact, Malaysia needs more scholars like him to give their expert views without fear or favour on issues of national concern.

Prof Aziz Bari’s suggestion that a Ruler has acted beyond his Constitutional bounds is a legitimate one. There is no evidence that he has acted, overtly or by implication, to incite hatred against the Ruler. Our reading of the Sedition Act 1948 is that it validates any criticism of a Ruler if such criticism is intended to constructively show that the Ruler has erred.

The hallmark of any institution of higher learning is the celebration and promotion of intellectual freedom, autonomy and responsibility by its faculty and student body. The credibility of a university is undermined if its management does not value intellectual freedom of expression through the pursuit of open discussions, debates and dissenting opinions in a scholarly and civil environment.

The investigations on Prof Aziz Bari by the government and IIUM’s decision to suspend him signal the further suppression of academic freedom in Malaysia, which has in fact long been curtailed by the Universities and University Colleges Act 1971.

To ensure a swift resolution of the selective persecution of Prof Aziz Bari and to undo the damage to IIUM’s reputation, we urge the responsible authorities to undertake the following remedial actions:

1. The IIUM to lift Prof Aziz Bari’s suspension immediately;

2. The police to cease all investigations against Prof Aziz Bari under the Sedition Act 1948; and

3. The Malaysian Communications and Multimedia Commission to cease all investigations against Prof Aziz Bari under the Communications and Multimedia Act 1998.

In addition we call on the authorities to fully respect academic rights and freedom through the following measures:

1. The Sedition Act 1948, which has unacceptable potential for abuse against fundamental freedoms of expression, to be repealed.

2. The Universities and University Colleges Act 1971 to be repealed and replaced by a University Charter that upholds academic freedom and campus democracy.

24 October 2011

TM-NOTE;


SUDAHKAH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MENGENAL PASTI 131 PENSYARAH YANG MENYOKONG AZIZ BARI DAN KENALI MASALAH MEREKA?

Isnin, 26 Disember 2011

Jemaah An Nadzir






Jangan terperanjat, ini adalah jamaah An Nadzir di kampung Mawang, Bontomarannu, Gowa, Sulawesi Selatan. Identiti kumpulan ini ialah berambut panjang dan diwarnai dengan warna keemasan.

Dalam amalan ibadat mereka merujuk dan berpandukan air pasang surut untuk menentukan idul fitri dan idul adha.