Ahad, 3 November 2013
Kes gantung kaki palsu PRK Sg Limau
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sabtu, 2 November 2013
Ceramah Umum Hari ke 11 PRK Sg Limau
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pas Sg Limau bertokak dengan. Pas luar
Kejadian tersebut juga menyebabkan jentera Pas dari luar telah mengarahkan jentera Pas Kedah mengutip semula risalah yang diedarkan oleh Pas sendiri berkaitan dengan DAP.
Untuk makluman rata rata ahli Pas di Sg limau menolak DAP.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PRKSGLIMAU Mahfuz Dan Azmi Hina Petani Di Sungai Limau
Tindakan Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar yang cuba menjawab kembali isu kritikan petani berhubung cara dan kaedah yang digunakan oleh parti itu ketika program 'Tok Guru Turun Bentang' tempoh hari akhirnya memakan diri. Dia yang cuba mempertahankan 'aksi' Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menabur benih padi yang disifatkan sebagai 'cara memberi makan ikan' itu, akhirnya ditempelak oleh salah seorang petani semalam.
Bertempat di pusat media Pas, Mahfuz telah mengadakan satu sidang akhbar khas bagi mempertahankan kaedah yang digunakan itu. Dia dengan penuh yakin mengatakan kaedah tersebut turut digunakan oleh golongan petani di Sungai Limau yang disifatkan sebagai teknik orang kampung.
"Satu tabur kering, satu tabur basah dan satu lagi tabur air. Dua hari sebelum itu, dia (tuan punya bendang) sembur racun untuk (bunuh) siput gondang. Lepas dua hari baru kami pi tabuq dan siput gondang akan mati. Ini teknik orang kampung" katanya.
Paling menarik, Mahfuz turut mengatakan laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian sebagai laporan pekak, sedangkan ia secara khusus merujuk kepada kenyataan seorang Pas yang mempertikaikan kaedah tersebut. Atau dalam bahasa mudah, Mahfuz sebenarnya menghina ahli Pas tersebut yang disifatkan sebagai pembohong yang pekak.
Sedangkan rata-rata yang hadir semalam, mengetahui kenyataan Mahfuz itu hanya bertujuan untuk mempertahankan tindakan Hadi yang jelas tidak mengetahui cara dan kaedah sebenar proses penanaman padi. Tidak tahan dengan penipuan Mahfuz itu, petani yang turut hadir itu lantas bangun yang mempertikaikan kenyataan Mahfuz itu.
"Saya ni orang Kedah, besar dalam bendang. Tapi seingat saya, kami tak pernah tabur padi dalam ayaq (air)" katanya.
Terkejut dengan persoalan tersebut, Mahfuz yang merah muka lantas mengatakan kaedah tersebut adalah merupakan cara lama yang tidak mempunyai inovasi.
"Tak pa la, yang tu yang tak ada inovasi. Yang ini generasi baru yang ada inovasi tinggi" balas Mahfuz tersipu-sipu.
Terdahulu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ketika berceramah di Dulang Besar dilihat turut menghina masyarakat Sungai Limau yang dikatakan daif dan miskin. Malah kenyataan itu sengaja diulang beberapa kali sehingga menimbulkan rasa kurang senang penduduk Sungai Limau yang hadir.
Ini kerana umum mengetahui Dun Sungai Limau adalah merupakan kubu kuat pas sejak 5 penggal yang lalu. Malah sepanjang tempoh hampir 20 tahun, BN/Umno tidak pernah berjaya memenangi kawasan tersebut yang sebelum ini di kenali sebagai DUN Sala.
Kesian orang Sungai Limau, bagi mencari simpati pengundi pelbagai gelaran telah diberikan oleh pimpinan pembangkang kepada mereka. Apa pun di doakan semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk mengundi BN/umno dalam pilihan raya kecil ini sekali gus menyahut cabaran untuk #BeraniHijrah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jumaat, 1 November 2013
Email mengenai Syiah
Tapi dalam syiah pun banyak mazhab.
Macam Kristian jugak..macam2 Mazhab.
Tapi kristian tak de laa anggap kita macam anjing..
Lebih hina daripada mana-mana penganut agama lain..
Syiah didalangi Yahudi.., nak lawan payah sikit.
Ajaran pon sesuai dengan nafsu.
salam, tujuan artikel ni bukan untuk menghasut, tapi untuk mempersoalkan.
1. orang iran tu bangsa yang mencipta ajaran yang dipanggil SYIAH.
2. memesongkan akidah dari garis panduan Sunnah Waljamaah.
3. menghalalkan darah ahli sunnah.
4. membunuh ramai saudara sunnah kita dengan �kejam.
5. terkenal dengan sifat yang kejam dan tak berperikemanusiaan.
6. negara yang banyak berlaku keganasan dalaman.
7. bangsa yang angkuh bila tak mengaku sebagai kaum Arab, tapi claim sebagai orang Parsi.
Dalam Negara Kita...
1. kes penyeludupan dadah semakin teruk, puncanya pengedar dari iran.
2. dalam masuk dlm negara org, boleh pulak dia buat mcm kat tempat sendiri.
3. pergi la kat sekitar Bukit Bintang. ada berapa byk restoran Iran dan pub2 iran.
4. ada ke pub malaysia? iran ada budaya pub sendiri. tak caya g la tengok kat depan pavilion, ada pub iran kat sana.
5. kat negara dia kena pakai baju tutup aurat, kat Malaysia kalo boleh bogel dh tentu dorang nak bogel.
6. kat kampung baru ada kawasan yang penuh dengan restoran iran, punyala mahal harga makanan. bukan tu je, sapa yang datang nak makan sana, siap kena bayar duit parking lg. KUTIP DUIT PARKING SECARA HARAM,
7. dari mana kekayaan orn iran ni? kesemuanya kaya raya. tak pernah pulak aku nampak pejabat2 iran yang hebat, profesional2 org iran keje kat syarikat mana.
8. Kita bangga dengan Bukit Bintang, siapa je yang pergi sana? hanya orang cina dan iran majoriti. orang melayu miskin kan.
9. apsal kita sibuk nak kontrol orang afrika kat malaysia tp orang iran kita biarkan dorang buat malaysia mcm negara sendiri?
10. pasal dorang banyak duit ke kerajaan kita buat tak nampak?
11. kalo ikut jurang ekonomi, matawang kita jauh lebih tinggi. tp apsal dorang punya duit banyak ek?�
12. dorang buat bisnes apa je sebenarnya?
13. yang aku nampak cuma import barangan dari timur tengah, restoran, dan............................SYABU.
dalam negara kita ni, orang2 syiah dah makin ramai dan kerek serta menjurus ke arah pailang.�
aku ada kenal sorang pompuan bodoh ni. dia bersuamikan lelaki iran. dia kata lelaki iran ni...........BAGUS
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PRK Sungai Limau: Sokong PAS Bermakna Sokong Anwar Ibrahim
Beberapa banner yang menyatakan menolak kehadiran Anwar Ibrahim di Sungai Limau telah dikesan di kawasan itu sejak semalam, mengikut sumber dari blog KedahkeKL. Banner tersebut tertulis "Kami menolak kehadiran Anwar Ibrahim di DUN Sg. Limau – Penyokong PAS Sg. Limau" merupakan mesej jelas dan terbuka bagi memastikan Anwar tidak menjejakkan kaki ke situ.
Mungkin pihak PAS akan menuduh bahawa banner tersebut adalah taktik jahat UMNO untuk melaga-lagakan PAS dan PKR, tetapi apakah mereka yakin itulah yang sebenarnya berlaku?
Sekiranya mereka menyorot kembali sejarah arwah Tan Sri Azizan selama PAS bergabung dengan PKR dan DAP, maka mereka pasti akan berfikir dua kali sebelum menuduh UMNO. 'Ketegangan' antara arwah dengan Anwar Ibrahim bukanlah satu rahsia. Malah, umum tahu bahawa arwah akan mengelak untuk berada bersama dengan Anwar dalam satu majlis. Ini kerana arwah tidak sanggup menerima seorang peliwat tegar dan pendokong pluralisme agama sebagai rakat sepakat.
Justeru, kita tidak hairan apabila Anwar Ibrahim menerima berita kematian arwah tanpa sebarang reaksi. Tiada sebarang ucapan, jauh sekali kunjungan hormat dari Anwar ke atas keluarga arwah sehinggalah ke hari ini. Pendek kata, Anwar tidak berusaha untuk berdiplomasi sekadar untuk memenuhi tuntutan politik sekali pun, dalam mengendalikan berita tersebut. Jelas, ketegangan antara Anwar dan arwah adalah serius dan tidak boleh dipura-purakan lagi.
Bukanlah hak kita untuk mempersoalkan tindakan arwah Tan Sri Azizan untuk terus bersama PAS walaupun menolak kerjasama parti itu dengan Anwar. Arwah mungkin yakin yang PAS akan kembali ke jalan asal dan akan meninggalkan Anwar satu hari nanti, kita tidak tahu. Atau beliau mungkin sedang berusaha untuk memperbetulkan PAS dengan caranya sendiri atas dasar memperjuangkan Islam yang sebenar. Mungkin kerana itu, beliau cukup mesra dengan UMNO yang diterimanya sebagai saudara seagama.
Apapun, pastinya, beliau mempunyai alasan sendiri untuk berbuat demikian dan kita tidak punya hak untuk menilai atau menghukum tindakannya. Apa yang kita tahu, arwah melihat politik sebagai melangkaui nama PAS atau UMNO. Baginya, politik adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, tanpa membelakangkan tuntutan agama. Itu saja.
Sebagai manusia yang diberikan akal fikiran dan mengaku beriman, pengundi Sg. Limau mempunyai tanggungjawab ke atas diri sendiri untuk menilai dan mengkaji penolakan arwah terhadap Anwar Ibrahim. Pengundi Sg. Limau juga wajar memikirkan mengenai 'kemesraan' arwah dengan UMNO dan bagaimana UMNO menyayangi beliau.
Seharusnya, sikap arwah itu sudah sudah cukup untuk membuktikan kepada pengundi Sg. Limau bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan PAS hari ini. Apatah lagi apabila melihat bagaimana pemimpin PAS sendiri memusuhi, mencabar, mengejek malah menghina arwah secara terbuka ketika hidupnya.
Bagi umat Islam yang memahami perjalanan politik arwah, kita telah meletakkan harapan kepadanya sebagai peneraju penyatuan ummah. Seperti yang kita sedia maklum, UMNO telah lama menghulurkan tangan, hanya menunggu PAS menyambutnya sahaja. Hakikatnya, arwah telah menyambutnya atas kapasiti peribadi sebagai seorang Muslim, tetapi arwah masih tidak mampu mengheret PAS bersamanya.
Maka, sudah menjadi tanggungjawab pengundi Sg. Limau untuk meneruskan niat murni arwah itu. Sambutlah huluran tangan UMNO supaya Anwar Ibrahim dapat diketepikan terus. PAS tidak akan kuat selagi bersama PKR tetapi PAS enggan meninggalkan PKR. Justeru, satu-satunya cara untuk meninggalkan Anwar Ibrahim ialah dengan meninggalkan PAS.
Ini bukan artikel untuk meraih undi, tetapi sekadar mengajak umat Islam para pengundi di Sungai Limau untuk berfikir lebih jauh, menyelam ke dalam hati dan akal masing-masing mengenai hala tuju politik Melayu.
Sesungguhnya kita tidak akan berjaya selagi kita tidak bersatu. Jangan biarkan Anwar Ibrahim, puak LGBT dan harbi itu menang. Kuasa memilih dan mengubah nasib dan hala tuju anak cucu kita kini berada di tangan sendiri. Pilihlah dengan akal dan dengan iman. Semoga Allah SWT memberkati niat suci kita untuk mengembalikan kekuatan ummah dan menentang kemungkaran.
Sekiranya PAS menang, maka Anwar juga menang. Dan jika Anwar menang, Islam tidak akan menang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ceramah Umum Hari Ke10 PRK Sg Limau
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pas dan Harakah Serang Calon BN, Menggunakan Isu Kopiah
Dengan tempoh kempen yang berbaki lagi 3 hari, Pas dilihat agak tertekan dengan pendekatan calon BN/Umno yang dilihat semakin berjaya menembusi beberapa kubu kuat / hitam milik parti itu. Risau dengan perkembangan terdesak, Pas terdesak Terdesak dengan perkembangan tersebut, jentera Pas mula menyerang dan mempertikaikan cara pemakaian calon BN, yang kononnya meniru parti itu dengan memakai kopiah.
Pelik sungguh puak-puak Pas! Isu kopiah pun boleh dijadikan modal kempen seolah-olah pendekatan memakai kopiah / ketayap putih adalah merupakan hak milik mutlak parti itu. Sekiranya isu tersebut dibangkitkan oleh blog pencacai pakatan pembangkang mungkin ia boleh diterima, kerana sudah menjadi resam pencacai untuk menyerang BN/Umno.
Namun apabila akhbar yang merupakan lidah rasmi parti itu turut menggunakan isu tersebut, nampak sangat betapa rendahnya tahap pemikiran sidang editorial yang sebelum ini mendakwa mengamalkan tahap profesionalisme yang tinggi.
Paling menarik, apabila mereka turut mendakwa kononnya kopiah adalah merupakan budaya dalam Pas. Namun tanpa mereka sedari ada di kalangan pemimpin tertinggi mereka sendiri yang tidak menggunakan kopiah sebagai pakaian harian.
Contohnya seperti Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Setiausaha Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, dan banyak lagi. Jadi secara prinsipnya ia bukan merupakan pakaian rasmi parti itu.
Semua sedar, sekarang adalah masa untuk berkempen namun gunalah pendekatan yang lebih sihat bagi menarik sokongan pengundi. Bukankah itu yang cuba diperjuangkan oleh Pas sebelum ini?
Cuba tonjolkan peribadi calon Pas, dasar dan perjuangan yang akan dibawa sekiranya dipilih oleh rakyat. Atau setidak-tidaknya misi atau visi yang ingin dibawakan untuk kesejahteraan pengundi di Sungai Limau. Bukannya mencari salah dan silap sehingga menggunakan isu kopiah dan sebagainya.
Itu belum lagi diambil kira pendekatan petugas parti itu yang bertidak liar dengan merosakkan poster dan membakar bendera BN. Malah ada yang cuba bertindak keterlaluan dengan mengugut para penceramah agama untuk membaling telor sekiranya mereka hadir atas tiket Umno. Malah dalam beberapa kejadian, petugas parti itu juga dilaporkan menghalang jentera Wanita dan Puteri untuk berjumpa dengan pengundi atas alasan ia adalah kawasan kubu kuat mereka.
Tambahan pula, Pas selama ini begitu mengaku sebagai sebuah parti yang ingin memperjuangkan Islam. Jadi ada baiknya mereka menjaga adap dan susila bagi mengelakkan Islam disalahkan atas setiap tindakan melampau dan ekstrem yang dilakukan oleh jentera parti.
Apa gunanya Islam digunakan sebagai dasar parti, namun di masa yang sama kelakuan dan tingkah laku yang ditunjukkan ahli mereka jela bertentangan dengan ajaran dan tuntutan yang ditetapkan oleh agama.
Kesimpulannya, mungkin sudah sampai masanya kerajaan menetapkan bagi menghalang mana-mana parti politik dari menggunakan Islam atau agama sebagai modal mencari sokongan. Atau dalam bahasa mudah, menggesa parti itu menggugurkan nama Islam dari partinya.
Ia bagi mengelakkan Islam sebagai agama yang suci dan dijamin haknya dalam perlembagaan persekutuan tercemar dari sebarang unsur negatif dari segelintir penyokong mereka yang ekstrem.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Anwar Bakal Cetuskan Provokasi Untuk Wujudkan Suasana Kecoh
Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) malam tadi dimaklumkan akan kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ke Sungai Limau bagi membantu jentera kempen Pas. Tambah menarik dia turut dijadualkan akan bersolat di salah sebuah masjid sekali gus memberikan ceramah politik dengan menggunakan alasan tazkirah. Nama masjid sengaja tidak dimasukkan bagi mengelakkan promosi percuma diberikan.
Menurut unit risikan dan gerak saraf program tersebut sengaja diada-adakan bagi mencetuskan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan. Ini kerana Anwar dan jentera Pas ingin menggunakan alasan tersebut bagi menggambarkan kononnya penyokong BN/Umno ganas dalam berkempen.
Sedangkan sehingga pagi ini, jawatankuasa masjid tersebut dikatakan masih lagi tidak dimaklumkan mengenai program ceramah tersebut. Inilah antara taktik Anwar setiap kali tiba pilihan raya sama, hadir untuk solat berjemaah di masjid atau surau. Sejurus selepas solat tersebut, beliau akan meminta 'agennya' untuk menyediakan tempat untuk membolehkannya menyampaikan ceramah.
Tindakan tersebut sudah tentu akan menimbulkan kemarahan penduduk setempat yang marah dengan perbuatan Anwar kepada negara selama ini. Sudah tentu mereka yang tidak bersetuju dan menghalang Anwar dari berceramah sekali gus menimbulkan suasana kecoh.
Apabila berlaku kekecohan, Anwar dan jentera Pas akan segera menggunakan isu tersebut, kononnya dia dihalang oleh penyokong Umno untuk bersolat di masjid. Mereka yang taasub dengan Anwar akan segera percaya dengan fitnah tersebut dan segera menyebarkannya untuk pengetahuan umum.
Inilah taktik sebenar Anwar, dia tahu masyarakat Melayu mudah percaya dengan cerita-cerita rekaannya dan kesempatan tersebut akan digunakan sebaik mungkin untuk menanamkan sentimen kebencian rakyat. Secara mata kasar, Anwar mungkin nama lemah dan tidak berdaya, namun mereka yang mengenalinya secara dekat tahu, siapa sebenarnya makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini.
Lihat sahaja kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh mereka yang pernah rapat dengan Anwar. Antaranya Datuk Zulkifli Nordin yang sebelum ini mendedahkan dia pernah diarahkan oleh Anwar untuk menyediakan bom 'molotof cocktail' bagi mencetuskan suasana huru-hara ketika zaman reformasi.
Malah sehingga hari ini, Anwar masih lagi tidak berani untuk menyaman bekas peguamnya itu sekali gus membuktikan semua yang dinyatakan itu ada kebenarannya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
WIEF: Antara RM2.26 billion Dengan Isu Tertidur
Antaranya, BAE Systems PLC iaitu satu dari empat syarikat yang dikenalpasti bagi program penggantian MIG-29N, akan bekerjasama dengan NanoMalaysia Bhd dan ISIS Innovation Ltd untuk meneroka peluang bagi teknologi prototaip dan pusat pembangunan di Malaysia.
Selain itu, Clixster Mobile, Angkasa dan Hi-P International akan bekerjasama membangunkan, mengeluarkan dan juga memasarkan Android smartphone dengan perisian dan aplikasi Islamik untuk negara-negara Islam.
KFM Holdings Sdn Bhd pula akan bekerjasama dengan YDA Insaat Sanayi Ve Ticaret AS untuk membina kemudahan kesihatan yang canggih di Turki.
Felda Global Ventures Holdings Bhd akan bekerjasama dnegan Cambridge Nanosystems bagi mengeluarkan nanotiub karbon berkualiti tinggi daripada sisa kelapa sawit.
ACMS Trent Park Sdn Bhd bersama dengan Exim Bank Malaysia akan membangunkan pelaburan ke atas 8.42 hektar tanah dan lebih 20 bangunan.
Ini adalah antara 'hasil' dari WIEF yang melibatkan Malaysia.
Bagaimanapun, tiada satu pun di antaranya yang menarik minat pembangkang untuk diperkatakan. Pembangkang bagaimanapun, begitu seronok memainkan gambar Perdana Menteri yang terlelap sekejap di atas pentas WIEF tatkala program berlangsung.
Perdana Menteri yang keletihan kerana telah bekerja tanpa henti sejak seminggu lalu. Beliau dikhabarkan tidak berehat langsung bagi menyediakan Bajet 2014 dan seterusnya membentangkannya pada hari Jumaat sebelum menghadiri Persidangan Parti Gerakan pada hari berikutnya dan kemudiannya terus ke London pula untuk WIEF. Setibanya di sana, beliau terus memenuhi jadual yang ketat termasuk perjumpaan dan acara rasmi dengan beberapa pemimpin luar tanpa mengira somptom gangguan ritma masa.
Maka, tidak hairanlah beliau begitu keletihan dan terlelap, itu pun setelah memastikan semua tugas penting berjalan lancar.
Terpulang kepada pengkritik untuk melihatnya sebagai satu tanda kelemahan, namun, apa yang pasti ialah 'hasil' RM2.26 billion tentunya bukanlah satu tanda kelemahan. Jumlah itu dengan sendirinya membuktikan keyakinan negara luar terhadap Malaysia sekali gus kebijaksanaan dan kecekapan Perdana Menteri.
Jumlah itu juga menjadikan segala pengorbanan masa dan tenaga beliau kepada negara adalah berbaloi.
Seharusnya, pembangkang turut merasa bangga dengan keyakinan negara luar terhadap Malaysia, bukannya gembira mempermainkan Perdana Menteri yang telah bertungkus lumus untuk kita.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Khamis, 31 Oktober 2013
Ceramah PRK Sg Limau malam ini
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ceramah PRK Sg Limau malam ini
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ceramah PRK Sg Limau malam ini
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ceramah PRK Sg Limau malam ini
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ceramah PRK Sg Limau malam ini
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ritual Padi Hadi Awang Ada Unsur Syirik
Lidah rasmi Pas, Harakah semalam telah melaporkan berkenaan program 'Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi' yang di hadiri oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Program yang diadakan di itu dikatakan bertujuan untuk memohon kepada Allah agar benih padi subur dan memberikan hasil yang banyak pada musim depan.
Malah Hadi Awang turut mengenakan pakaian baju lengan panjang, seluar, kain sarung, topi dan kasut but panjang sebagai gimik sambil menabur biji benih padi di petak sawah. Secara asasnya tiada apa yang salah dengan program tersebut, namun apabila diteliti ternyata program yang diadakan itu mempunyai unsur-unsur syirik.
Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu) Dr. Fathul Bari Mat Jahya ketika dihubungi mengatakan 'ritual' tersebut bukan merupakan amalan sunah. Malah Nabi Muhammad saw juga tidak pernah melakukan perkara sepertinya.
"Apa yang dibuat oleh Tuan Guru, Hadi Awang itu dikira perkara yang umum, selama mana tidak ada unsur syirik atau sebagainya.
"Berkaitan doa awal tanam pagi, di dalam as-sunah kalau kita teliti atau dikaji ia tidak boleh dikhususkan. Bimbang ia akan jadi satu amalan tetap, sehingga kalau tak buat ritual tersebut, (dan kebetulan) padi tak bagus atau tak jadi. Ia akan dikategorikan sebagai bidaah.
"Amalan macam ni, (berkemungkinan) akan disusuli dengan perasaan kalau benda ni tak buat, tidak akan berkat.. sekiranya ia tidak dibuat rumah tidak akan didirikan dengan baik, padi tidak akan tumbuh yang macam ni ada unsur syirik.
"Kerana ada ritual tertentu sehingga masyarakat menjadi percaya dan kaitkan dengan ibadah. Patut dibuat secara umum dan bukannya ada ritual tetap" katanya.
Beliau turut mempertikai sikap pembangkang yang 'double standard' sambil merujuk tindakan mereka yang menghentam hebat program 'ancak' yang dikaitkan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir suatu ketika dahulu.
"Contohnya masa isu Ancak, pembangkang hentam kaw kaw.. yang ni boleh tapi masa Dr Zambry tak boleh" tegas beliau lagi.
Yang hairannya, tiada seorang pun pemimpin Pas yang dianggap sebagai ulama tampil untuk mempertikaikan tindakan Hadi Awang ini. Sedangkan ketika isu 'ancak' hampir kesemua dari mereka tampil menghentam dan mengkritik kononnya melakukan amalan yang bukan merupakan Sunah Nabi Muhammad saw.
Kesimpulannya inilah wajah sebenar pembangkang yang penuh dengan sikap hipokrit dan double standard yang perlu didedahkan kepada rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Seriuskah PAS Menentang COMANGO?
Harakahdaily semalam melaporkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad yang menyeru NGO Islam agar membantah tuntutan COMANGO. Katanya, "Tanpa mengira latarbelakang politik mahupun ideologi, marilah kita memahami dan mendalami keindahan Islam dengan betul."
Di akhir kenyataannya, beliau juga mendesak kerajaan Malaysia mengambil serius isu ini dan bekerjasama dengan NGO Islam untuk menghadapi COMANGO.
Menarik sekali kerana Kamaruzaman tidak pula menyebut PAS secara spesifik tetapi hanya membayangkan yang semua yang di pihak Islam perlu terlibat dalam menentang COMANGO.
Antara kandungan kenyataannya, Kamaruzaman sendiri telah menggariskan bahawa antara perkara penting yang perlu dipertahankan ialah perlembagaan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah dan Artikel 152 berkenaan hak Melayu selain pengharaman Syiah serta penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian.
Justeru, kita hairan, apa sudah jadi dengan sikap PAS yang gemar manjadikan Islam itu sebagai milik-persendirian parti mereka? Apa sudah jadi dengan tuduhan PAS bahawa kerajaan UMNO tidak Islam? Apa sudah jadi dengan tuduhan bahawa perlembagaan negara adalah perlembagaan kafir? Kenapakah PAS mengharapkan kerajaan UMNO ke hadapan, dan juga NGO? Kenapakah PAS malu-malu untuk mengambil kredit secara 'borong' dalam kes ini dengan berdemo besar-besaran?
Jika PAS boleh berdemo untuk kes liwat Anwar, berdemo untuk menentang Lynas, berdemo untuk BERSIH, Himpunan Kebangkitan Rakyat, Blackout, Royalti Minyak dan entah apa-apa demo lagi, sehingga sanggup mengganas dan berguling-guling bergadai nyawa anak isteri dan ibu bapa, maka seharusnya isu tuntutan COMANGO ini mendapat reaksi yang jauh lebih hebat lagi dari semua demo itu.
Bukan kita menyokong demonstrasi, cuma reaksi sebegitu tentu lebih menepati laungan riak dan takbur PAS sebagai 'pejuang Islam' yang tulin.
Sikap yang diambil oleh PAS mengenai tuntutan COMANGO menyamai sikap yang diambil mereka ketika menghadapi isu murtad di Selangor. Iaitu 'segan' untuk ke hadapan bagi menentang secara lantang.
Mungkin Kamaruzaman terlepas pandang bahawa PAS juga tidak begitu konsisten dalam mempertahankan Kalimah Allah dan PAS pada satu ketika cukup nekad menyokong perjuangan DAP untuk menghapuskan hak-hak Melayu atas alasan 'perkauman'.
Atau mungkin juga Kamaruzaman sebenarnya tidak terlepas pandang tetapi cukup sedar bahawa PAS tidak boleh ke hadapan dalam membela Islam dalam isu ini kerana dikhuatiri akan menyinggung perasaan DAP dan juga para gay, lesbian dan pondan di dalam PKR.
Justeru, tidak hairanlah Kamaruzaman menolak para NGO dan UMNO ke hadapan, sementara PAS hanya menonton di belakang.
Apa yang berlaku membuktikan bahawa perlembagaan Malaysia dan kerajaan Malaysia tidak pernah menolak Islam seperti yang dituduh oleh PAS. Malah, perlembagaan yang digubal UMNO itulah yang memelihara dan menjulang kedudukan agama Islam sekali gus mempertahankan hak umat Islam di negara ini.
Oleh itu, ada baiknya sebelum Kamaruzaman membuat apa-apa kenyataan mengenai COMANGO, beliau terlebih dahulu mengaku akan hakikat ini dan meminta maaf atas keterlanjuran PAS memusuhi UMNO. Islam itu bermula dari diri sendiri iaitu dengan berjihad menentang iblis di dalam hati. Hanya dengan cara itu, kita akan dapat bersatu dan mempunyai kekuatan untuk menentang COMANGO dengan lebih yakin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rabu, 30 Oktober 2013
Seriuskah PAS Menentang COMANGO?
Di akhir kenyataannya, beliau juga mendesak kerajaan Malaysia mengambil serius isu ini dan bekerjasama dengan NGO Islam untuk menghadapi COMANGO.
Menarik sekali kerana Kamaruzaman tidak pula menyebut PAS secara spesifik tetapi hanya membayangkan yang semua yang di pihak Islam perlu terlibat dalam menentang COMANGO.
Antara kandungan kenyataannya, Kamaruzaman sendiri telah menggariskan bahawa antara perkara penting yang perlu dipertahankan ialah perlembagaan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah dan Artikel 152 berkenaan hak Melayu selain pengharaman Syiah serta penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian.
Justeru, kita hairan, apa sudah jadi dengan sikap PAS yang gemar manjadikan Islam itu sebagai milik-persendirian parti mereka? Apa sudah jadi dengan tuduhan PAS bahawa kerajaan UMNO tidak Islam? Apa sudah jadi dengan tuduhan bahawa perlembagaan negara adalah perlembagaan kafir? Kenapakah PAS mengharapkan kerajaan UMNO ke hadapan, dan juga NGO? Kenapakah PAS malu-malu untuk mengambil kredit secara 'borong' dalam kes ini dengan berdemo besar-besaran?
Jika PAS boleh berdemo untuk kes liwat Anwar, berdemo untuk menentang Lynas, berdemo untuk BERSIH, Himpunan Kebangkitan Rakyat, Blackout, Royalti Minyak dan entah apa-apa demo lagi, sehingga sanggup mengganas dan berguling-guling bergadai nyawa anak isteri dan ibu bapa, maka seharusnya isu tuntutan COMANGO ini mendapat reaksi yang jauh lebih hebat lagi dari semua demo itu.
Bukan kita menyokong demonstrasi, cuma reaksi sebegitu tentu lebih menepati laungan riak dan takbur PAS sebagai 'pejuang Islam' yang tulin.
Sikap yang diambil oleh PAS mengenai tuntutan COMANGO menyamai sikap yang diambil mereka ketika menghadapi isu murtad di Selangor. Iaitu 'segan' untuk ke hadapan bagi menentang secara lantang.
Mungkin Kamaruzaman terlepas pandang bahawa PAS juga tidak begitu konsisten dalam mempertahankan Kalimah Allah dan PAS pada satu ketika cukup nekad menyokong perjuangan DAP untuk menghapuskan hak-hak Melayu atas alasan 'perkauman'.
Atau mungkin juga Kamaruzaman sebenarnya tidak terlepas pandang tetapi cukup sedar bahawa PAS tidak boleh ke hadapan dalam membela Islam dalam isu ini kerana dikhuatiri akan menyinggung perasaan DAP dan juga para gay, lesbian dan pondan di dalam PKR.
Justeru, tidak hairanlah Kamaruzaman menolak para NGO dan UMNO ke hadapan, sementara PAS hanya menonton di belakang.
Apa yang berlaku membuktikan bahawa perlembagaan Malaysia dan kerajaan Malaysia tidak pernah menolak Islam seperti yang dituduh oleh PAS. Malah, perlembagaan yang digubal UMNO itulah yang memelihara dan menjulang kedudukan agama Islam sekali gus mempertahankan hak umat Islam di negara ini.
Oleh itu, ada baiknya sebelum Kamaruzaman membuat apa-apa kenyataan mengenai COMANGO, beliau terlebih dahulu mengaku akan hakikat ini dan meminta maaf atas keterlanjuran PAS memusuhi UMNO. Islam itu bermula dari diri sendiri iaitu dengan berjihad menentang iblis di dalam hati. Hanya dengan cara itu, kita akan dapat bersatu dan mempunyai kekuatan untuk menentang COMANGO dengan lebih yakin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Selasa, 29 Oktober 2013
Isnin, 28 Oktober 2013
Ceramah Umum Hari ke6 PRK Sg Limau
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.