Jumaat, 20 September 2013
Rahimi Abdul Karim untuk Exco Pemuda Umno Malaysia (Kenyataan Media)
Beliau yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Subang Jaya Utama menawarkan diri untuk bertanding sebagai ahli jawatankuasa Pemuda UMNO bahagian Kelana Jaya dan Exco Pemuda UMNO Malaysia berhasrat untuk membawa suara akar umbi ke peringkat nasional dengan motto "dari akar umbi untuk akar umbi".
Rahimi Abdul Karim, 32, yang kini merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Eletrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Berang bukanlah baru di dalam era politik tanah air. Beliau yang bergerak secara aktif di akar umbi melalu pergerakan pemuda UMNO bahagian Kelana Jaya juga turut melibatkan diri di dalam beberapa program pemuda UMNO dan BN di peringkat pusat.
Keputusan untuk bertanding di peringkat pusat diambil setelah menerima pandangan dan sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya daripada 'orang lama' UMNO dan rakan-rakan Pemuda di peringkat bahagian dan pusat. Sambutan yang menggalakkan terhadap idea beliau mengenai agenda pendidikan Melayu dan miskin bandar selain membawa suara akar umbi Pemuda ke pusat mengukuhkan lagi hasrat beliau untuk menawarkan diri sebagai exco Pemuda UMNO Malaysia.
Berlatar belakangkan seorang pendidik, beliau melihat perjuangan pembangunan pendidikan anak bangsa Melayu terutamanya di kawasan bandar dan luar bandar perlu diperkukuhkan dan diberikan lebih perhatian. Terdapat sesetengah anggapan bahawa pelajar melayu yang berada di bandar mempunyai akses pendidikan yang lebih baik, namun begitu kemiskinan di bandar juga wujud dan pelajar melayu tidak terkecuali berada dalam kelompok tersebut.
"Sebagai seorang pendidik di salah sebuah sekolah yang berada di bandar, saya melihat sendiri ada pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kemudahan asas seperti pakaian, alat tulis dan kemudahan pengangkutan untuk ke sekolah. Mereka juga tidak mampu untuk mendapatkan kelas tambahan seperti pelajar lain malah ada yang terpaksa bekerja sambilan selepas sekolah bagi membantu keluarga".
Pendidikan menurut beliau lagi merupakan asas paling penting di dalam pembangunan bangsa Melayu terutamanya dari segi ekonomi. "Pendidikan sebenarnya merupakan perkara yang paling asas di dalam pembangunan sosio ekonomi bangsa Melayu. Tanpa ilmu, agenda transformasi ekonomi Melayu tidak akan dapat dicapai".
"Insyaallah dengan berbekalkan pengalaman sebagai seorang pendidik dan gerakkerja Pemuda UMNO sejak di peringkat akar umbi, saya akan membawa agenda perjuangan pendidikan Melayu dan miskin bandar sebagai salah satu teras di dalam transformasi pergerakan Pemuda UMNO Malaysia selain membuka ruang seluas-luasnya kepada akar umbi untuk mendengar denyut nadi mereka".
-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rahimi Abdul Karim untuk Exco Pemuda Umno Malaysia
Saya mewakili saudara Rahimi Abdul Karim dengan rendah hati memohon pertimbangan pihak tuan/puan bagi siaran media mengenai tawaran beliau untuk bertanding sebagai exco Pemuda UMNO Malaysia.
Dilampirkan siaran akhbar bagi rujukan tuan/puan. Sila hubungi saya di nombor tertera di bawah sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.
Segala jasa baik dari pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
UMNO : Perlukah road tour untuk calon bertanding?
Tujuan road tour ialah untuk memperkenalkan diri kepada peringkat bahagian-bahagian seluruh negara kecuali Sarawak. Ini bagi pertandingan peringkat MT dan Exco peringkat pemuda, puteri dan wanita.
Bagi mereka yang berjawatan menteri pun terpaksa turun untuk bertemu perwakilan cawangan ke bahagian. Jika dahulu hanya perlu berjumpa G7 tetapi kini ruangnya semakin besar. Jika satu bahagian ada 100 cawangan mungkin perwakilan yang akan bersidang akan mencecah 1 atau 2 ribu orang. Mampukah calon bertemu mereka?
Bagi peringkat pemuda, puteri jumlah kecil tetapi kena jumpa semua, tak jumpa maka tak dapat undi. Ini budaya yang diamalkan sejak dahulu.
Mereka yang sudah ada nama seperti Najib, Muhyiddin, Hishamuddin, Zahid, Mukhriz dan ramai lagi tak perlu berkempen teruk sangat sebab bila mereka buka mulut untuk bertanding, surat khabar radio dan televisyen sudah siap untuk menyebarkan berita, tetapi jika setakat wakil rakyat atau adun biasa orang pun tak kenal. Lain lah pula dengan Tun Faisal, Fathul Bari, Aziz Desa yang bukan wakil rakyat, tetapi ramai yang mengenai mereka kerana sering muncul di tv
Turun ke bahagian-bahagian dan mengadakan perjumpaan di hotel dan berbelanja makan malam kepada pengundi boleh disalah tafsirkan oleh pihak jawatan kuasa disiplin parti, takut pula tiba-tiba jawatan kuasa tiba-tiba mengumumkan si polan bin si polan gugur atau hilang kelayakan untuk bertanding kerana kesalahan menyogok atau merasuah pengundi. Jadi seperti tahun 2009 di mana ada orang hilang hak untuk bertanding.
Oleh itu TM mencadangkan supaya Dato Raof Yusof SUK dapat membuat satu garis panduan tatacara berkempen untuk mereka yang bertanding, langgar tatacara barulah dikenakan hukuman.
TM juga mencadangkan agar Umno Online menyediakan laman khas untuk calon-calon berkempen secara online dengan rakaman video semua calon atau profil calon semua peringkat yang akan bertanding. Jadi calon tak perlu turun ke padang untuk berkempen.
Fikirkan lah jika asyik turun berkempen siang malam, ia akan menjejaskan banyak perkara, pertamanya ialah kesihatan, kerja terabai, wang ringgit yang besar. Ia tidak menjadi masalah jika calon seorang usahawan koperat yang bertaraf jutawan atau anak jutawan, bagaimana pula jika seorang guru DGA 44 yang akan bertanding Exco pemuda atau puteri, mana dia nak cekau duit nak berkempen sampai ke Sabah? Mana ada masa dia nak berkempen, sedangkan tugas hakikinya di sekolah atau di kolej?
Pemilihan kali ini juga menyebabkan borang pertandingan perlu dicetak dalam jumlah banyak atau senang cakap infiniti. Ini pun dilihat kurang tepat dan menyusahkan.
Ia lebih mudah dan menjimatkan kos sekiranya borang di muat turun sahaja secara online dan borang yang siap hanya perlu diemail sahaja. Lihat betapa susahnya Jamawi Jaafar terpaksa turun ke KL dari Sabah semata-mata untuk mendapatkan borang dan terpaksa menyiapkan borang pada hari yang sama bagi menjimatkan masa. Apabila buat secara online maka mesti ada prasyarat jika tidak akan ada yang main-main. Syarat yang dicadangkan ialah calon perlu meletakkan deposit dan wang akan di kembalikan setelah selesai pemilihan. Ini bagi mengelakkan ahli yang saja gatal tangan isi borang saja-saja seronok nak cabar Presiden, Timbalan Presiden nampaknya sudah ada lawan.
Bersambung.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Khamis, 19 September 2013
APA RASIONALNYA BAKAL PEMIMPIN DIPAKSA BEREBUT?- Lokman Adam
Adalah sangat menghairankan dan sukar difahami kenapa keputusan sebegini rupa boleh dibuat. Tidak masuk akal sama sekali, pihak pengurusan atau jawatankuasa pemilihan parti tidak boleh menjangka apa yg bakal berlaku tatkala kaunter pendaftaran pencalonan dibuka jam 8.00 pagi 21hb September ini. Saya menjangkakan, ramai yang akan sampai seawal jam 7.00 pagi dan semuanya akan berebut sebaik sahaja kaunter penyerahan borang pencalonan dibuka. Peristiwa ini sudah pasti akan dirakam oleh media masa
dan para blogger, baik dari penyokong kita mahupun pembangkang.
Saya merayu kepada pucuk pimpinan parti agar dapat mempertimbangkan semula keputusan ini. Apa salahnya kita buat pembuangan undi bagi menentukan nombor calon demi memastikan nama baik parti tidak dicemar dengan gelagat yang pasti mengaibkan.
- Lokman Noor Adam, Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Alasan Pas menerima Dap ialah.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Melayu memang boleh berjaya
FAKTA...tahukah anda, org melayu merupakan penduduk majoriti di msia yg mana melebihi 50% jumlah keseluruhan rakyat msia. anggaran org melayu ialah seramai 14.5 - 15 juta org.. jika setiap org melayu mempunyai kuasa membeli sebanyak rm10 setiap hari dan menggunakan sepenuhnya kuasa membeli mereka dgn membeli dr peniaga melayu, jumlah jualan terkumpul untuk sehari perniagaan org melayu mencecah rm145 - 150 juta... dan jika berlanjutan selama 30hari, sebanyak rm 4.35 - 4.5billion mampu dikumpul oleh peniaga melayu... dan jika perkara ini berterusan selama 365hari, admin jangkakan akan ramai peniaga cina gulung tikar.. terutama peniaga cina di kawasan yg majoriti org melayu... sudah cukup kita memberi peluang kpd peniaga cina mengaut keuntungan dgn pelbagai helah dan taktik perniagaan yg kotor... berikan peluang kpd peniaga melayu agar mereka semua mampu pergi lebih jauh... peniaga melayu mampu pergi ke tahap lebih tggi jika kempen BUY MALAY FIRST diteruskan sehingga ke akhir hayat....petikan dari https://www.facebook.com/GamemMelayu
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rabu, 18 September 2013
Borang Pemilihan Umno
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ahad, 8 September 2013
Apa masalahnya dengan duta kita ke Indonesia
Bagi TM, kami menyokong penuh perlantikan Zahrain sebagai Duta baru ke Indonesia kerana;
Zahrain adalah bekas ahli Pkr yang tahu rahsia besar Anwar, tahu wayang yang telah dan akan dimainkan oleh beliau.
Jadi kehadiran Zahrain menduduki rumah Kedutaan Malaysia di Jakarta akan memberi satu ancaman besar kepada Anwar. Zahrain akan sentiasa membayangi gerak geri Anwar dan konco-konconya.
Kehadiran Zahrain samalah dengan peranan yang dimainkan oleh Dato Seri Dr Ibrahim Saad di Filipina.
Anwar mati akal sebaik sahaja Ibrahim ke Manila untuk menjadi Duta.
Segala aktiviti Anwar disana sentiasa diawasi dan di shadow oleh Ibrahim
Kepada mereka yang mengkritik PM kerana perlantikan Zahrain perlulah bermuhasabah diri, berfikiran positif dan beri kepercayaan kepada Najib dalam perlantikan tersebut.
Insyallah serangan dan demonstrasi di hadapan kedutaan kita akan tinggal kenangan sahaja.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sabtu, 7 September 2013
Salute untuk DS Noh Omar
Ianya kerana ingin menumpukan sepenuhnya kepada usaha merampas semula Selangor daripada pembangkang.
Sebelum ini beliau rela untuk tidak dipilih sebagai menteri sekiranya gagal menawan semula Selangor.
Sikap beginilah yang perlu ada pada ahli-ahli Umno dari negeri yang masih di bawah cengkaman pembangkan.
Lupakan tentang pemilihan Umno peringkat Nasional tetapi tumpukan kepada usaha untuk menawan semula Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.
Fikir-fikirkan lah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jumaat, 6 September 2013
Al-Fatihah
Arwah dikejarkan ke unit kecemasan dan ICU Hospital Taiping, dan meninggal disana. Jenazah akan dikebumikan pagi ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rabu, 4 September 2013
Tingkatkan Jumlah BR1M RM300, Tingkatkan Khidmat Pengangkutan Awam
Justeru, ramai yang ternanti-nanti bagaimanakah RM3.3 billion tersebut akan dimanfaatkan.
Apa yang telah diketahui ialah kerajaan bakal meningkatkan jumlah BR1M kepada golongan berpendapatan rendah. Tetapi jumlahnya tidak lagi diumumkan.
Oleh itu, adalah dicadangkan agar kerajaan meneliti secara mendalam dengan mengambil-kira pandangan dan nasihat pihak-pihak yang berpengalaman dan pakar sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai RM3.3 billion ini.
Ini kerana kita tidak mahu kerajaan sekali lagi dikritik kerana membuat keputusan sebelum mengkaji terlebih dahulu kesan ke atas semua pihak serta alternatif lain sepertimana yang berlaku dalam isu pengurangan subsidi minyak ini.
Beberapa pihak telah membayangkan yang BR1M akan ditingkatkan sehingga RM1000 hingga RM1500. Namun, umum tahu bahawa pemberian tunai sebegini tidak akan membawa manfaat untuk jangka masa panjang. Sehubungan dengan itu, inilah dicadangkan agar BR1M ditingkatkan semaksima RM300 sahaja.
Adalah dikhuatiri, pemberian tunai yang semakin meningkat sedikit demi sedikit mampu membawa risiko di mana rakyat sudah terbiasa dan sentiasa mengharapkan kenaikan di masa depan.
Apa yang lebih penting ialah kerajaan memanfaatkan penjimatan tersebut untuk jangka panjang iaitu seperti projek-projek infrastruktur, pendidikan, dan juga pembangunan ekonomi bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana secara lebih menyeluruh.
Seperti yang kita sedia maklum, golongan yang paling teruk terjejas dengan kenaikan harga minyak adalah golongan berpendapatan sederhana di bandar.
Memandangkan isu utama yang timbul dari kenaikan harga minyak ialah 'pengangkutan', maka adalah lebih sesuai
jika kerajaan memberi penekanan yang lebih dalam menambahbaikkan pengangkutan awam di bandar.
Pada masa ini, pengangkutan awam di Malaysia kebanyakkannya hanya digunakan oleh mereka-mereka yang benar-benar tidak punya pilihan iaitu mereka yang tiada kenderaan.
Manakala, yang mempunyai kenderaan tidak sanggup menggunakannya kerana ia begitu sukar untuk didapati sama ada di kawasan pedalaman mahupun di bandar-bandar besar.
Perkhidmatan bas masih tidak meluas dan tidak sampai ke seluruh pelusuk jalan dan lorong di kawasan perumahan selain ia juga tidak mungkin dapat melalui semua stesen-stesen komuter atau LRT.
Justeru, ramai yang terpaksa menukar bas atau stesen untuk ke tempat tertentu sedangkan pengangkutan awam antara tempat-tempat tersebut pula tersangat terhad.
Dengan keadaan lalulintas yang sesak, ramai yang terpaksa menghabiskan berjam-jam antara satu pengangkutan kepada pengangkutan lain untuk menuju ke destinasi. Itu belum lagi mengambilkira masa menunggu bas atau teksi yang jarang-jarang sekali.
Lebih teruk apabila terdapat di kalangan pemandu-pemandu teksi yang gemar memilih destinasi dan kadangkala enggan menggunakan meter yang mana menyebabkan ramai yang merasa serik ditipu.
Melainkan jumlah bas di tambah dengan perjalanan lebih kerap dan lebih meluas, maka rakyat
Malaysia akan terus memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri walaupun kosnya semakin hari semakin meningkat.
Sudah tentu keadaan ini tidak baik untuk negara kerana ia turut menyumbang kepada kesesakan lalulintas dan juga pencemaran udara.
Kesimpulannya, matlamat utama yang harus dipegang oleh kerajaan dalam memanfaatkan penjimatan dari pengurangan subsidi minyak ialah dengan meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam.
Sudah sampai masanya kerajaan menumpukan kepada usaha untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan pertama rakyat Malaysia demi kebaikan semua.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pindaaan Akta Jenayah 1959: Pengumuman Yang Dinanti-nanti
Semenjak penghapusan Akta Pencegahan, rakyat hidup dalam keresahan dan kebimbangan lantaran peningkatan kadar jenayah di seluruh pelusuk negara, terutama sekali jenayah pembunuhan.
Walaupun ia dilihat sebagai pembunuhan terancang iaitu antara kumpulan kongsi gelap, namun ia tidak mampu menenangkan rakyat. Rata-rata masyarakat berada dalam keadaan takut setelah menyedari bahawa kongsi-kongsi gelap berada di mana-mana saja di kalangan rakyat biasa.
Justeru, masyarakat amat berterima kasih kepada Datuk Seri Zahid yang telah memperlihatkan kesedaran, keprihatinan dan komitmen yang tinggi untuk membanteras jenayah serta membendung kegiatan kongsi-kongsi gelap. Ketegasan beliau mendapat pujian ramai sekali gus membentuk persepsi positif terhadap kerajaan.
Dan hari ini, pengumuman beliau mengenai deraf pindaan Akta Pencegahan ini telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
Harapan rakyat agar kerajaan mengabaikan sahaja suara-suara sumbang pembangkang yang pastinya menentang kenyataan Datuk Seri Zahid.
Apa yang kita lihat ialah, pembangkang mengalu-alukan peningkatan kadar jenayah kerana ia memberi mereka peluru untuk memburuk-burukkan kerajaan. Ini terbukti apabila beberapa pemimpin pembangkang tampil secara nyata untuk membela penjenayah serta mempersoalkan tindakan tegas pihak polis.
Jelas, pembangkang sedikit pun tidak peduli akan nasib rakyat asalkan mendapat sedikit keuntungan politik.
Akibatnya, kini rakyat sudah semakin sedar akan niat jahat pembangkang yang mendesak penghapusan Akta-akta Pencegahan dan ISA suatu ketika dahulu. Rakyat sudah membuka mata bahawa desakan pembangkang itu tidak membawa kebaikan kepada sesiapa, malah membawa mudarat yang besar.
Dengan itu, rakyat menyokong sepenuhnya Datuk Seri Zahid untuk merangka pindaan Akta Pencegahan Jenayah yang memberi lebih kuasa yang lebih menyeluruh kepada PDRM untuk membendung dan membanteras jenayah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PEMBANGKANG GUNA ISU KUIL TIMBUL KETEGANGAN KAUM
Malah sebelum dan pasca PRU 2008 negara sudah dibelenggu dengan pelbagai isu yang dikaitkan dengan isu rasisme.
Daripada isu kematian suspek berbangsa India di dalam tahanan, isu roti Gardenia, hinggalah kepada isu kematian seorang pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock - semuanya dilihat dari kacamata perkauman oleh pembangkang.
Setelah Dap mengekalkan kekuasaan di Pulau Pinang dan PKR di Selangor, insiden yang menjurus kepada persoalan perkauman menjadi bertambah serius.
Isu kecil yang membabitkan kantin sementara di SK Seri Pristina di Sg Buloh juga boleh dibesar-besarkan menjadi isu perkauman yang besar.
Sekolah tidak lagi menjadi medan memberi pelajaran kepada anak-anak tanpa mengira bangsa atau agama tetapi telah dieksploitasi menjadi gelangggang politik oleh pembangkang.
Yang menjadi mangsa adalah murid-murid sendiri yang diibaratkan sehelai kain putih yang bersih dan tidak dicemari oleh politik jijik yang di bawa oleh pakatan pembangkang.
Pembangkang tidak mempunyai nilai moral atau etika sehingga sekolah dan pusat pengajian tinggi pun sanggup dikorbankan bagi agenda politik mereka.
Isu terbaru yang ingin dijadikan bahan perkauman oleh pembangkang ialah berhubung kuil Hindu Sri Muneswaran Kaliyaman di Jalan P. Ramlee.
Kedatangan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah dihalang oleh penyokong-penyokong pembangkang yang menganggap kehadiran pihak berkuasa adalah untuk meroboh kuil berusia 101 tahun itu.
Malah menyedihkan Ketua Pemuda MIC, T. Mohan dan anggota parti itu juga turut bersama pembangkang terbabit kononnya untuk menyelamatkan kuil tersebut.
Kedudukan sebenar tidak dinyatakan oleh pembangkang dan MIC tetapi mereka lebih bersikap emosi dan perkauman.
Malah Mohan menuntut agar Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Tengku Adnan Mansor meletakkan jawatan berhubung isu itu.
Dalam kenyataan dan penjelasannya kepada pihak media dan blogger, Tengku Adnan menjelaskan DBKL sesekali tidak berniat untuk merobohkan kuil tersebut.
Apa yang ingin dilakukan oleh DBKL ialah merobohkan sebuah restoran haram yang terletak di dalam kuil tersebut.
Dari segi undang-undang, tempat agama seperti kuil, tokong, gereja hatta masjid sekali pun tidak boleh menempatkan premis perniagaan seperti restoran.
Tempat ini adalah semata-mata untuk tujuan ibadat dan tidak boleh disalahgunakan sebagai lokasi perniagaan.
Di dalam kes kuil tersebut, restoran haram itu telah menjadi tempat persinggahan dan berhimpun kumpulan-kumpulan gengster India.
Inilah yang merisaukan penganut Hindu yang datang ke kuil itu untuk melakukan upacara sembahyang.
Tindakan tegas pihak polis membanteras kumpulan samseng dan gengster melalui Ops Cantas Khas telah menunjukkan impak yang positif dan dipuji rakyat.
Apatah lagi jika premis kuil dijadikan markas kumpulan gengster, maka pihak polis tidak akan berkompromi sama sekali demi keselamatan awam.
Bagaimanapun pembangkang telah menggunakan isu ini untuk menuduh kerajaan bersikap zalim malah perkauman untuk menindas kaum India walhal niat sebenar adalah untuk mengelakkan gejala gengsterisme di kuil tersebut.
Kerajaan tidak perlu apologetik dalam hal ini kerana ia dilakukan berlandaskan undang-undang dan bagi mencapai tujuan yang lebih besar iaitu menjaga keselamatan rakyat.
Ops Cantas Khas perlu diperluaskan lagi bagi menyaring semua tempat-tempat ibadat bagi memastikan ianya tidak disalahgunakan untuk menjalankan kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang negara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Naib Presiden Umno 2013-2016
Sama-samalah kita menyokong cadangan beliau. Tak payahlah kritik calon Naib Presiden. Tengku Ahmad Rithaudin juga telah beri amaran jangan guna media serang calon.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Isnin, 2 September 2013
Petrol Naik Harga!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pupils smoking e-ciggies a hot issue
stephanielee@thestar.com.my
KOTA KINABALU: Primary school pupils going to school with electronic cigarettes here have their teachers concerned. The sad part is the parents do not see anything wrong with their children experimenting with the tobacco smoking substitute.
A primary school headmistress in Tanjung Aru disclosed that she couldn't take disciplinary action against the pupils because their parents say e-cigarettes cause no harm.
"These parents say it is no big deal to use them," she claimed.
Speaking on condition of anonymity, the headmistress said there was one parent, a teacher, who bought the e-cigarette for her teenage son as he was a smoker, hoping that he would be able to quit the habit by using it.
E-cigarette is an electronic inhaler designed to look like normal cigarettes and meant to stimulate the same as conventional smoking does.
The matter was brought to the school's attention when about eight pupils there were caught buying and selling the items in their classrooms.
The headmistress said she was told that the students, mostly 12-year-olds, smoked the e-cigarettes in groups after school hours within the compound. "We are now seeking clarification from the Education Department on how to handle this," she said, adding that the immediate action was counselling to the parents and pupils involved, and conducting regular spot checks.
"Spot checks are a good method to prevent such incidents from happening in schools but we, as teachers, however, would prefer if there was a proper directive from the Education Department and relevant ministries on how to overcome this problem," she said.
The benefits or health risks of the e-cigarette, which utilises a heating element that vaporises a liquid solution, some which release nicotine or flavoured vapour, are still being discussed by the Government and Health Ministry over whether to ban its sales.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
T Mohan jangan melatah lah, ada telinga dengar
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Bekas anggota TUDM terlibat dengan kongsi gelap
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.