Selasa, 9 Julai 2013
Ku Zaihan calon N01 K. Besut
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Harga barang naik menjelang perayaan?
Perkembangan itu nyata meresahkan pengguna terutama masyarakat Islam yang bakal menyambut 1 Ramadan tidak lama lagi.
Justeru kerajaan diminta segera membantu bagi meringankan beban mereka.
Tinjauan krew di Pasar Besar Kuantan semalam mendapati harga pelbagai keperluan mencatat kenaikan yang ketara.
Harga ayam antara paling tinggi naik iaitu antara RM8.50 hingga RM9 sekilogram.
Daerah Raub dan Bentong mencatat rekod kenaikan harga ayam paling tinggi.
Sumber memaklumkan peningkatan itu disebabkan bekalan ayam yang berkurangan atas faktor cuaca.
Manakala ikan bawal menyaksikan peningkatan dari RM18 kepada RM22 sekilogram.
Paling ketara ikan kembung yang sebelum ini dijual pada harga RM12 sekilogram kini mencecah RM18 sekilogram.
Pelbagai jenis sayuran termasuk cili merah, kobis bulat dan pelbagai jenis sayuran hijau juga naik harga.
Cili merah yang dijual pada harga RM10 sekilogram sebelum ini naik hingga RM18 sekiloram membabitkan semua daerah di Pahang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Isnin, 8 Julai 2013
Malaysian Insider (MI) semakin halus mulus permainannya.
Perenggan pertama beliau memetik kenyataan Prof Dr James Chin yang mengulangai ayat popular pembangkang iaitu BN kalah undi popular, PRU dibahagikan kerusi berdasarkan etnik dan kelas.
Satu lagi ayatnya ialah jika tiada Borneo, tiadalah kerajaan BN kerana BN menang 35% kerusi di sana.
Chin juga katanya Dap muncul parti pembangkang terkuat berbanding Pkr dan Pas.
Chin menambah bahawa calon Pakatan mempunyai kredibiliti yang lebih baik daripada BN.
Tony Chua pula dalam temubual 'face off' menyatakan calon pembangkang lebih ber integrity dan mempunyai kelayakan academic yang lebih hebat daripada BN.
Calon BN ramai memiliki ijazah yang dipertikaikan kesahihan dan ketulenannya.
SPR juga tidak terlepas dengan tuduhan mempunyai reputasi buruk berhubung dengan ketelusan dan menyebabkan SPR tidak lagi dipercayai oleh kaum Cina.
Chin juga mahu persempadanan PRU dan pendaftaran pemilih dibuat secara automatic dan pilihanraya yang lebih adil dan melantik ahli profesional yang layak untuk menerajui SPR.
Akhir sekali Chin masih bermain dengan undi popular BN yang hanya dapat 47% tetapi kekal memerintah.
Baca lah dulu, nanti TM jawab.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Akta Hasutan
Beliau berkata jika dihapuskan, empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu akan disentuh sesetengah pihak.
"Jika Akta Hasutan dihapuskan keseluruhannya, mereka berhak menyentuh empat perkara ini sedangkan telah termaktub dalam perlembagaan. Saya tidak akan berkompromi jika ada pihak yang menyentuh empat perkara ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Anti Dadah Antarabangsa di sini hari ini.
Menurutnya, mana-mana pihak yang menyentuh empat perkara itu harus dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948 yang sedia ada.
"Kabinet mahu melihat beberapa aspek sahaja (dan) tidak buat keputusan untuk menghapuskannya … tapi meminda," kata beliau.
Semalam Ahmad Zahid menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.
Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Mengenai pembentangan draf baharu Ordinan Darurat 1969, Ahmad Zahid berkata, ia dijangka siap selepas dibawa ke mesyuarat September ini dan pada masa sama ingin membetulkan kenyataan yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara telah menerima draf itu.
"Sebenarnya kita akan mengemukakan kepada AG Chambers, bahagian draf supaya akta itu dibawa ke Kabinet dan selepas itu baru dibawa untuk perbincangan pertama.
"Sekarang ini masih dalam peringkat perbincangan," kata Ahmad Zahid.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sabtu, 6 Julai 2013
Laporan Polis Tehadap Malaysian Insider (MI)
En Othman Mohamed Pengerusi Perkasa menyatakan tulisan dalam Malaysian Insider memberi impak negatif kepada pembaca portal khususnya dan rakyat Malaysia Amnya.
En Othman berharap pihak berwajib akan membuat siasatan terhadap MI dan menyeru agar MI memohon maaf secara terbuka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Malaysian Insider bohong lagi
Perkataan "BONUS" adalah suatu fitnah yang sangat memalukan kerana ianya difahami umum sebagai langkah mempengaruhi SPR untuk kerja-kerja pilihanraya umum ke-13 yang lepas. Jawapan bertulis yang diberikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebenarnya adalah ELAUN sebagai menghargai peranan dan tanggungjawab mereka dalam membantu melicinkan perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu. RM200 juta adalah elaun kepada 240,000 petugas dan pekerja SPR.
Laporan awal The Malaysian Insider yang mengatakan ia bonus adalah tidak benar. Ia hanyalah elaun.
Dalam jawapan bertulis itu tiada perkataan bonus, beliau hanya menulis sebagai bayaran perkhidmatan dan saguhati.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/
article/petugas-spr-dapat-bonus-rm200-juta-kata-menteri
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
TM menyanggah kenyataan Ketua Pemuda Umno Malaysia
Morsi bersalah kerana dialah yang terlebih dahulu menjatuhkan kerajaan Hosni Mubarak dengan rusuhan yang bermula di Dataran Tahrir.
Morsi adalah pemimpin Muslim Brotherhood atau Ikhwan Muslimin yang membawa fahaman Syed Qutb dan Hassan al Bana. Mereka adalah sekutu Pas. Brotherhood of Islam mempunyai rangkaian satu dunia.
Kumpulan ini mendapat sokongan Zionis dan Barat. Lihat sahaja di Malaysia, Pas juga mendapat sokongan Barat dan Zionis dan dengan itu Pas boleh bekerjasama dengan Pkr dan Dap yang bertakiyah dengan Islam.
Kejatuhan Morsi adalah wajar selepas rakyat Mesir tertipu dengan dakwah Barat
Jika Amerika berbangga dengan kisah 'How the west was won' kini Zionis juga berbangga dengan 'How the middle east was won'
Pas juga bukan main bangga apabila Morsi berjaya menjadi Presiden Mesir.
Di Malaysia juga akan berlaku seperti di Mesir jika PRU 13 yang lalu Pas, Pkr dan Dap berjaya menawan Putrajaya.
Apabila pemerintah menjadi bersikap kukubesi dan diktator rakyat akan bangkit menentang mereka.
Hari ini mereka gagal menawan Putrajaya dan negara kekal selamat. Najib sikit punya bagus melayan karenah pembangkang. Minta apa pun akan diberi.
Sudahkah anda lupa apa yang dilaungkan oleh pembangkang semasa kempen PRU 13! Mereka terang-terang berkata Tun Dr Mahathir akan disumbat ke dalam penjara jika Dap menang. Itu keluar dari mulut LKT.
Pas juga mempunyai niat seperti diktator, mereka akan menghumban pemimpin BN tanpa sebab yang munasabah.
Oleh itu, TM menyokong tindakan tentera dan rakyat yang telah menggulingkan sekutu Israel dan sekutu Pas di Mesir
Berikut adalah kenyataan KJ.
"Harus diingat bahawa Presiden Mohammed Mursi adalah seorang pemimpin yang telah dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir melalui proses pilihan raya dan bukannya rusuhan jalanan.
"Beliau tidak sepatutnya digulingkan dengan sebegitu rupa kerana ini bukan sahaja melanggari prinsip dan amalan demokrasi tetapi juga mengkhianati amanah rakyat", katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tegas Khairy lagi ini adalah satu iktibar kepada seluruh masyarakat antarabangsa bahawa keputusan demokrasi mestilah diterima dan dihormati oleh semua.
Tambah beliau sebarang tindakan untuk menjatuhkan Kerajaan yang dipilih secara demokratik nyata melanggari batasan undang-undang dan perlembagaan.Oleh itu, tindakan sebegini hendaklah dikecam dan ditolak sepenuhnya.
Paling melucukan apabila membaca twitter Anwar Ibrahim yang menetang rampasan kuasa kononnya tidak demokratik tetapi yang itulah dia buat dalam negara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jumaat, 5 Julai 2013
Kerajaan Selangor Dipertikai Pohon Perbelanjaan Tambahan Begitu Besar
Sulaiman Razak (BN-Permatang) berkata walaupun kerajaan negeri membentangkan belanjawan berimbang untuk tahun 2009, 2010, 2011, 2012 tetapi lazimnya pada persidangan dewan tahun berkenaan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memohon perbelanjaan tambahan bagi menampung kos operasi yang meningkat.
Beliau berkata permohonan perbelanjaan tambahan pada kali ini begitu besar jumlahnya iaitu RM761.44 juta atau defisit sebanyak 47 peratus daripada Belanjawan Berimbang 2013 berjumlah RM1.63 bilion yang dibentangkan pada November tahun lepas.
Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2013 yang memohon peruntukan tambahan sebanyak RM761.44 juta yang dibentangkan oleh Abdul Khalid pada sidang dewan undangan negeri di sini.
Sulaiman berkata pada tahun 2009 belanjawan negeri mengalami deficit sebanyak RM120 juta, RM194 juta defisit pada 2010, RM210 juta defisit pada 2011 dan RM167.12 juta defisit pada tahun lepas.
"Baru lima bulan dan enam bulan kerajaan dah habis belanja RM1.63 bilion," katanya.
Beliau juga mempertikaikan mengapa perlu diberi pinjaman daripada perbendaharaan negeri sebanyak RM80 juta kepada anak syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor bagi tujuan pengambilalihan tanah Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk pembangunan Projek Datum In-City.
Begitu juga dengan pinjaman daripada perbendaharaan berjumlah RM413.2 juta kepada Kumpulan Darul Ehsan Bhd untuk mengambilalih Kumpulan Hartanah Selangor Bhd, katanya.
Beliau berkata sepatutnya anak-anak syarikat kerajaan negeri itu boleh berdikari dan tidak perlu mendapatkan pinjaman daripada kerajaan negeri.
Sulaiman juga mempersoalkan mengapa hampir setiap tahun kerajaan negeri perlu memohon perbekalan tambahan untuk menampung subsidi percuma 20 meter padu pertama air kepada rakyat Selangor.
Mengapa kerajaan negeri tidak membuat unjuran kos subsidi air yang mencukupi untuk sepanjang tahun, soal beliau.
Pada persidangan kali ini, Abdul Khalid memohon peruntukan bagi menampung kos subsidi air percuma berjumlah RM83 juta untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini.
Beliau juga memohon peruntukan tambahan sebanyak RM22 juta bagi menampung semula peruntukan sedia ada yang telah digunakan untuk membayar subsidi air percuma pada bulan Mei hingga Jun.
Persidangan dewan bersambung esok.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Khamis, 4 Julai 2013
Pencerobohan Domen Internet Tempatan disiasat
SKMM telah berhubung dengan MYNIC dan setakat ini, siasatan awal telah menunjukkan bahawa kompromi tersebut adalah terhad kepada laman web yang berdaftar dengan nama domain '.com.my''.
SKMM juga telah dimaklumkan bahawa beberapa laman web yang terkenal telah terjejas.
"Pencerobohan ini menimbulkan kebimbangan tetapi, mujurlah langkah-langkah awal yang pantas telah diambil untuk menangani pencerobohan yang disyaki.
Setakat ini, perkhidmatan kepada sebahagian besar domain-domain yang telah dikompromi itu sudah pun berjalan seperti sediakala," kata Pengerusi SKMM, Dato'' Mohamed
Sharil Tarmizi. Beliau juga mengesahkan bahawa SKMM dan Polis telah menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat insiden tersebut.
Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (ASKMM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia.
SKMM mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga aktiviti dalam talian, perkhidmatan pos dan pensijilan digital.
Akta Komunikasi dan Multimedia mengadakan peruntukan kepada SKMM peranan melaksanakan dasar, manakala dasar membuat keputusan adalah diperuntukkan kepada Menteri.
Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
100 guru ETA akan mengajar BI mulai 2014
Duta Besar AS ke Malaysia, Datuk Paul W. Jones berkata program pada 2014 itu akan melibatkan penambahan satu negeri baharu, namun ia masih belum diputuskan Kerajaan Malaysia.
Ketika ini, guru-guru Amerika ditempatkan di sekolah-sekolah di Johor, Terengganu, Pahang dan Perak.
"Tahun ini, 75 graduan muda dari universiti Amerika Syarikat sedang menikmati layanan baik rakyat Malaysia, makanan dan budaya ketika mereka membantu mengajar Bahasa Inggeris di sekolah seluruh negara.
"Tahun depan, 100 orang akan mengikuti jejak mereka. Program ini berkembang pesat dan mencapai kejayaan luar biasa bukan sahaja hubungan antara insan malah kepada ramai pelajar yang boleh berlatih Bahasa Inggeris dengan penduduk tempatan," katanya kepada pemberita pada majlis resepsi 4 Julai sempena Hari Kemerdekaan AS.
Jones berkata, ramai pelajar di sekolah yang mengambil bahagian dalam program tersebut berjaya meningkat kemahiran bahasa Inggeris mereka dan memahami perbendaharaan kata serta tatabahasa.
Program ETA Fulbright yang bermula tahun lalu, merupakan inisiatif antara kerajaan Malaysia dan AS bagi menyokong pendidikan bahasa Inggeris di negara ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
"Mengapa Aku Keluar Dari Syi'ah" --Sayyid Husain Al-Musawi
Setelah melalui pengembaraan spiritual yang panjang,dia akhirnya keluar dari Syi'ah,kerana menemukan begitu banyak penyimpangan dan kesesatan.Tulisan ini disarikan dari bukunya,'Mengapa Saya Keluar Dari Syi'ah'. pertanggungjawabannya untuk Allah dan sejarah sebelum akhirnya dia dibunuh.
Aku lahir di Karbala,tumbuh di lingkungan orang-orang Syi'ah dan diasuh oleh bapaku,yang taat beragama.Aku belajar dibeberapa sekolah yang ada di kota hingga menjangkau usia remaja. Kemudian bapaku mengirimkuke sebuah Hauzah, semacam pesantren,di kota ilmu Najaf.Ini merupakan induk kota ilmu,tempat para ulama yang terkenal,menimba ilmu agama,seperti Imam Sayyid Muhammad Ali Husain Kasyif Al-Ghita. Dia adalah tokoh di Kota Ilmu.Semenjak itu aku mulai serius memikirkan masalah ilmu.Aku mempelajari mazhab Ahlul-Bait,tetapi di sisi lain aku mendapat celaan dan serangan terhadap Ahlul-Bait.
Aku belajar tentang masalh-masalah syari'at untuk beribadah kepada Allah tetapi di dalamnya terdapat nash-nash yang menyatakan kekafiran terhadap Allah SWT."Ya Allah,apakah yang aku pelajari ini?Apakah mungkin ini semua merupakan madzhab Ahlul-Bait yang benar?"
Sesungguhnya hal ini menyebabkan terpecahnya keperibadian seseorang.Kerana,bagaimana dia menyembah Allah sementara di sisi lain dia kufur kepada Allah? Bagaimana dia mengikuti sunnah Rasulullah sementara di sisi lain dia menyerangnya? Bagaimana dikatakan mengikut ahlul bait,mencintai dan mempelajari madzhab mereka,sementara dia manghina dan mengejek mereka?
"Turunkan rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah.Jika bukan kerana rahmatMu,nescaya aku termasuk orang yang sesat, bahkan termasuk orang yang rugi".
Aku kembali bertanya kepada diriku,"Apa sikap para tokoh,imam dan orang-orang yang dianggap sebagai ulama?Apakah sikap mereka terhadap hal ini?Apa mereka melihat seperti yang aku lihat?Apakah mereka mempelajari apa yang aku pelajari?"
Aku butuh seseorang untuk mengadukan semua kebingunganku dan menumpahkan seluruh kesedihanku.Akhirnya aku mendapat petunjuk dengan mendapatkan idea yang bagus,iaitu melakukan study yang komprehensif dan mengkaji lagi semua materi pelajaran yang pernah aku dapatkan.Aku membaca semua yang aku dapatkan dari referensi,baik yang mu'tabar,maupun yang tidak.
Aku membaca setiap buku yang sampai ke tanganku.Aku merenung untuk mengkaji beberapa alinea dan nash-nash tersebut dan aku komentarkan berdasarkan pemikiran yang ada di dalam otakku.
Ketika selesai membaca referensi yang mu'tabar,aku mendapatkan sejumlah kertas,lalu aku simpan,semoga pada suatu hari nanti Allah menetapkan suatu keputusan bagiku.
Aku memohon kepada Allah dalam menjelaskan kebenaran ini. Akan banyak tuduhan,fitnah, dan usaha pembunuhan yang akan ditemui kalau seseorang membuka kesesatan Syi'ah, tapi aku sudah memperhitungkan semua itu, dan hal itu tidak menghalangku untuk melakukannya.
Orang-orang Syi'ah telah membunuh bapa para pemimpin kami,iaitu Ayatullah Uzhma Imam Sayyid Abul Hasan Al-Ashfani, seorang imam Syi'ah terbesar setelah masa keghaiban imam hingga sekarang.Tidak diragukan lagi bahawa beliau adalah seorang tokoh besar Syi'ah,namun,ketika beliau hendak meluruskan manhaj Syi'ah dan membersihkan khurafat-khurafat yang ada didalamnya,mereka menyembelihnya sebagaimana menyembelih seekor kambing. Sebagaimana mereka juga telah membunuh Sayyid Ahmad Al-Kasrawi ketika ia menyatakan berlepas diri dari penyimpangan-panyimpangan Syi'ah dan hendak meluruskan manhaj Syi'ah, mereka mencincang tubuh Sayyid Ahmad menjadi beberapa potong.
Masih banyak orang yang mengalami nasib sama kerana keberanian mereka dalam menentang aqidah yang bathil yang dimasukkan kedalam madzhab Syi'ah. Dan mereka juga menghendakki aku mengalami nasib yang sama.Namun hal itu tidak menggetarkanku.Cukuplah bagiku untuk menympaikan kebenaran,menasihati saudaraku,memberi peringatan kepada mereka,dan berpaling pada kesesatan.
Seandainya aku menginginkan kesenangan dunia,mut'ah(nikah kontrak)dan khumus(seperlima harta yang diinfakkan para penganut Syi'ah) telah cukup untuk mewujudkan semua itu,sebagaimana dilakukan orang selain aku yang menjadi kaya di daerahnya masing-masing. Sebahagian mereka menaiki kereta yang paling mewah dengan model paling mutakhir. Tetapi alhamdulillah aku berpaling dari semua itu sejak aku mengenal kebenaran.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Khas Untuk Bikers
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rabu, 3 Julai 2013
MP Bukit Gantang memalukan
Tak ada isu lainkah?
Berbelas tahun duk berkempen dan cakap macam-macam isu rakyat dalam ceramah politik, tiba-tiba bila masuk gelanggang yang betul pertikai kenaikan harga durian.
Sepatutnya beliau bersyukur kalau harga durian meningkat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
RM2bil untuk 79 projek pembangunan infrastruktur luar bandar Sabah, Sarawak
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata daripada jumlah projek yang sedang dalam pelaksanaan itu, Sarawak menerima 52 projek dengan nilai RM1.3 bilion.
"Selain itu, sejak tahun 2010 kerajaan melalui program di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara telah membina jalan luar bandar di Sarawak sepanjang 911.87km, menyambung air bersih ke 71,064 rumah, membina 18,301 rumah dan menyambungkan bekalan elektrik 24 jam kepada 46,457 buah rumah," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Aaron Ago Dagang (BN-Kanowit) mengenai pelan pembangunan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak untuk mengatasi masalah kemudahan infrastruktur dan pembangunan ekonomi kawasan itu.
Bagi meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar, Mohd Shafie berkata kementerian itu akan melaksanakan Program Desa Abad ke-21 melibatkan program Cabaran Perniagaan Desa dan Program Desa Lestari.
Beliau berkata projek Program Desa Lestari dengan peruntukan RM137 juta itu akan dilaksanakan di 42 kampung terpilih melibatkan projek ekonomi seperti agropelancongan, pertanian, perikanan, penternakan, industri pembuatan dan pemprosesan.
"Selain itu kerajaan turut melaksanakan 11 Program Lonjakan Mega Luar Bandar (Agropolitan) dan setakat tahun lepas lima daripadanya dilaksanakan di Sarawak dengan jangkaan pendapatan peserta ditingkatkan dari[ada RM300 kepada RM1,800 sebulan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Sadique memaklumkan bahawa keperluan untuk mewujudkan pasukan bomba air di Sabah dan Sarawak telah dimasukkan dalam rancangan pembinaan balai bomba baru.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hasbi Habibollah (BN-Limbang) mengenai kesediaan kerajaan untuk mewujudkan pasukan itu bagi mengatasi kekangan pasukan bomba ketika menghadapi masalah kebakaran di kawasan kampung pesisir sungai yang sukar dihubungi melalui laluan darat.
Bulan lepas kira-kira 100 buah rumah air di Kampung Datuk, Sibu musnah dalam kebakaran yang menyebabkan kira-kira 700 penduduk hilang tempat tinggal. - Bernama, 3 Julai, 2013.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
SEJARAH RISIKAN PORTUGIS YANG TERSEMBUNYI DALAM MUZIUM NEGARA
Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.
1508: Alfonso de BURQUE menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 (anggaran) bala tentera
1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana
Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan Melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara... akhirnya dapat juga menawan Melakasetelah hampir kecewa dan putus asa...
1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso inginmeluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P. Pinang yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...
Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke perlis,kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan
Seminggu selepas Feb 1512, perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso
Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah.
Perisik: Selamat pagi tuan. Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah,Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15 ribu bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang...
Antaranya hang sihat ka, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang tidoq ka, hang dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana...
Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan Melayu Melaka amat ngeri... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ...
Hang stress ka? Kalu stress hang pa ingat benda ne pasti hang pa ok..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Mat Put membuat kenyataan dan persoalan yang membahlolkan diri sendiri
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Penegasan PPMM Berhubung Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (WP) 2013
Kontorversi yang sengaja diwujudkan sesetengah pihak berhubung pembentangan rang undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 masih belum reda, khususnya apabila wujud kenyataan-kenyataan tidak bertanggung jawab pihak-pihak yang tidak memahami aspek-aspek kedudukan Islam di Malaysia serta percubaan mengelirukan masyarakat awam.
Pihak Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) sekali lagi ingin menegaskan pendirian yang telah dibuat melalui kenyataan media PPMM bertarikh 20 Jun 2013. Di samping itu, PPMM ingin menjelaskan kekeliruan yang sengaja diwujudkan pada askpek-aspek berikut:
Keputusan kabinet pada tahun 2009
Pada pada 23 April 2009, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah membuat keputusan yang amat menyedihkan kita sebagai umat Islam.
"Agama tidak sepatutnya menjadi alat untuk melarikan diri daripada tanggung jawab perkahwinan.
Pemelukan agama bukan satu alasan pembubaran perkahwinan secara automatik. Perkahwinan sivil hendaklah diselesaikan melalui undang-undang sivil.
Pertukaran agama hanya berkuatkuasa pada tarikh pertukaran agama yakni tidak berkuatkuasa ke belakang (not restropective).
Ini bermakna mereka yang memeluk Islam masih perlu menunaikan tanggung jawab perkahwinannya mengikut undang-undang sivil sebelum berlakunya pertukaran agama".
Perlu ditegaskan bahawa sebarang keputusan kabinet tidak boleh mengubah kedudukan undang-undang sedia wujud.
Prinsip dan amalan kebebasan kehakiman yang disanjung dan ditekankan di dalam Negara kita perlu difahami, apatah lagi dalam perkra-perkara yang melibatkan maslahah umat Islam.
Mahkamah tidak boleh atau patut sekali-kali tunduk pada "arahan kabinet". Malah, jemaah menteri, seperti yang telah ditegaskan beberapa kali sebelum ini, tidak boleh melangkaui batas kuasa yang termaktub untukknya.
Kenyataan Menteri tersebut jelas melanggar prinsip dan amalan kebebasan kehakiman dan nampaknya hal ini dimanipulasi pelbagai pihak di dalam cuba untuk mengeruhkan suasana yang sudah jernih dengan kedudukan undang-undang berkaitan hak pengislaman anak mualaf ini.
Majlis Peguam cuba mengelirukan orang awam
Presiden Majlis Peguam (BAR) Christopher Leong dengan lantang mengkritik peruntukkan seksyen 107(b) dalam Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan yang baru dibentangkan di Dewan rakyat untuk bacaan pertama minggu lalu. Peruntukkan seksyen itu berbunyi –
Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh masuk Islam jika dia sempurna akal dan—
a) mencapai umur lapan belas tahun; atau
b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan kemasukannya.
Adalah jelas bahawa Majlis Peguam cuba menimbulkan kekeliruan apabila menggunakan forum awam untuk memaksakan pandangan salah mereka. Keputusan di dalam kes-kes Subashini a/p Rajasingam lwn. Saravanan a/l Thangathoray (2009) di Mahkamah Persekutuan dan kes Nedunchelian V Uthiradam v. Nurshafiqah Mah Singai Annal & Ors [2005] 2 CLJ 306 yang dirujuk dalam penghakiman Subashini di atas, Mahkamah Tinggi telah mentafsirkan bahawa perkataan "parent" dalam Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan itu mempunyai maksud mufrad (singular). Justeru, keizinan daripada salah seorang ibu atau bapa adalah memadai untuk menukar agama kanak-kanak itu. Ini adalah undang-undang yang telah dijelaskan dan diselesaikan pada masa ini (settled law).
Adalah dikesali bahawa Majlis Peguam cuba mengelirukan orang ramai kononnya s. 107(b) bercanggah dengan perlembagaan atas sebab bahagian dari keputusan di dalam kes-kes tersebut adalah sekadar 'per incuriam". Pada hakikatnya, Mahkamah telah membuat keputusan yang jelas mengenai hal ini melalui penelitian yang mendalam dan sepatutnya diterima sehingga ada perubahan atau pindaan undang-undang.
Malah seksyen 107 tersebut bukanlah suatu perkara yang baru kerana ia telahpun wujud di dalam Akta Pentadbiran Undang Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 yang sedang berkuatkuasa. Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Dato' Haji Sulaiman Abdullah seorang peguam yang berpengalaman dan mantan Pengerusi Majlis Peguam.
Pindaan keputusan Mahkamah
Perlu dijelaskan di sini bahawa keputusan Mahkamah hanya boleh diubah atau dipinda melalui keputusan forum Mahkamah yang lebih tinggi (superior), melalui pindaan undang-undang atau semakan kehakiman terhadap keputusannya. Pada masa ini, kedudukan undang-undang sepertimana yang telah dijelaskan di atas adalah kekal oleh kerana dan melainkan berlaku salah satu dari mana-mana cara tersebut di atas.
PPMM meminta agar semua pihak-pihak menghormati kedudukan undang-undang sedia ada dan tidak menangguk di air keruh dengan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan berhubung Rang Undang-undang pindaaan yang sedang dicadangkan.
Evolusi Seksyen 107 RUU Akta Pentadbiran
Melalui Ordinan Undang Undang Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 1952 pemelukan Islam anak bawah umur 18 adalah secara otomatik apabila salah seorang ibu atau bapanya memeluk Islam. Manakala Akta Pentadbiran Undang undang Islam (Wilayah- Wilayah Persekutuan) memperuntukkan kebenaran salah seorang ibu atau bapa perlu diberikan. adalah amat tidak boleh diterima oleh orang Islam apabila syarat ini diperketatkan lagi dengan kebenaran kedua ibubapa pula.
Perkenan Yang Dipertuan Agong
Rang Undang-undang Akta Pentadbiran Undang-undang Islam 2013 sebelum dibawa ke kabinet dan Parlimen telahpun mendapat pekenan daripada Yang Dipertuan Agong setelah dinasihati oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Oleh yang demikian ia tidak boleh sewenang-wenangnya ditarik balik atas arahan jemaah menteri tanpa pekenan Yang Dipertuan Agong setelah berunding dengan MAIWP. Jemaah Menteri tidak mempunyai kuasa mengarahkan MAIWP melakukan sedemikian kerana MAIWP adalah pihak berkuasa agama utama di Wilayah Wilayah Persekutuan.
Hukum Syarak
Kedudukan Hukum Syarak adalah jelas iaitu apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam agama anak tersebut adalah Islam. Walau bagaimanapun ada pandangan yang mengatakan anak yang Islam tersebut boleh diberikan hak jagaannya kepada ibu yang bukan Islam dengan syarat- syarat tertentu. Penentuan agama dan hak jagaan adalah dua perkara yang berbeza dan perlu difahami oleh semua orang. Mahkamah juga pernah memutuskan hak jagaan anak yang Islam diberikan kepada ibu yang bukan Islam dengan syarat tertentu seperti di dalam kes Shamala mlwn Dr Muhammad Ridzuan. Malangnya ibu bukan Islam yang telah diberikan hak jagaan ini telah membawa lari anak tersebut mungkin ke luar negeri dan sehingga kini bapanya yang Islam langsung tidak mendapat hak walaupun berjumpa dengan anak- anak tersebut.
Penutup
PPMM mendesak Pihak Kerajaan tidak tunduk kepada sebarang tekanan bagi menarik balik Rang Undang-Undang ini kerana ianya antara lain telah sedia ada di dalam Akta yang sedang berkuatkuasa dan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang ditafsirkan oleh Mahkamah Persekutuan. PPMM juga mendesak semua ahli Parlimen Islam dan bukan Islam tanpa mengira parti menunjung keluhuran Perlembagaan Persekutuan sebagaimana sumpah mereka ketika menjadi Ahli Dewan Rakyat dan menghormati prinsip pembahagian kuasa (separation of powers) kerana Mahkamah Persekutuan telahpun memberi tafsiran yang padu kepada Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan oleh Dato' Haji Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden PPMM
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Selasa, 2 Julai 2013
Biadab
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Papa Gomo ganti tempat Tun Faisal terajui UMB
Ramai Ketua bahagia, ketua cawangan akan bertukar kepimpinannya. Yang menarik ialah sayap kiri dan kanan Umno seperti Pemuda, Putera, Puteri dan Wanita.
Putera, pemuda dan puteri akan menyaksikan perubahan besar, ini kerana had umur untuk berada dalam Pemuda,Putera dan Puteri akan berakhir apabila menlepasi 40 tahun
Dalam Pemuda KJ nampaknya masih ada ruang itu pun merupakan penggal akhir buat beliau. Timbalan Pemuda terpaksa bye bye kerana faktor usia.
Begitu juga Ketua Unit Media Baru Pemuda Umno iaitu Tun Faisal Ismail akan berakhir tugasnya kerana faktor usia.
Siapa lagi yang layak mengambil alih tempat beliau?
Jawapan TM dan Tun Faisal juga mungkin setuju jika TM mencadangkan kepada Pemuda Umno Malaysia supaya melantik Papa Gomo sebagai pengganti Tun Faisal untuk menerajui UMB Pemuda Umno Malaysia.
Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kukuhkan jentera cyber Umno
TM bersetuju dengan kenyataan bahawa tuduhan dan fitnah pembangkang tidak dijawab dengan jawapan kurang padat, kurang tepat dan kurang jelas.
Ia berpunca kerana mereka blogger kekurangan peluru untuk menembak. Ambil contoh isu NCR di Sarawak.
Berapa kerat pasukan propaganda yang dapat menulis dan menjawab tuduhan pembangkang dengan tepat.
Nak harap jabatan tanah dan galian menjawab?
Sampai tumbuh rumput atas pokok pun mereka tak akan jawab. Nak harap blogger?
Berapa kerat yang tahu dan faham akta NCR yang dibuat oleh Rajah Brooke?
Pada akhir penulis Anuar ada menyebut supaya gunakan sepenuhnya pegawai penerangan Umno diperingkat cawangan , ketua penerangan, ketua pemuda, ketua penerangan wanita dan sebagainya.
Dari pengalaman TM kebanyakan mereka yang berjawatan dalam Umno cawangan, Bahagian teramat sidikit yang ada ilmu dalam penulisan, mahir, berkeupayaan dan sanggup bersengkang mata menulis dan sanggup menulis.
Ramai yang hanya pandai berbahas dan bercakap tetapi menulis tiada. Samada tak cukup masa atau kurang berminat dan kurang bahan untuk menulis.
Umno Perak pernah membangunkan 24 laman web untuk bahagian tetapi semua mati kerana tidak dikemas kini oleh pihak yang dipertanggungjawab oleh Umno Bahagian.
Kini usaha untuk mencari penulis sedang giat dijalankan dan syaratnya ialah mereka yang muda dan berijazah. Maknanya jika ada penggiat media yang sudah masuk usia veteran mereka tidak berpeluang untuk memohon jawatan tersebut.
Tahniah kerana baru sedar akan peranan propaganda abad ini yang lebih kepada alam maya.
Cumanya jangan gagal seperti, Jasa, Kemas dan lain-lain yang terdapat segelintir pegawai yang menggunakan jawatan dan jabatan untuk mempromosikan diri supaya dicalonkan sebagai wakil rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.