Sabtu, 23 Februari 2013

Di Haram Sebut Anwar Sebagai Bakal PM Dalam Harakah

Pada 10 Februari 2013 lepas, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa Majlis Syura Ulama yang dipengerusikannya tidak pernah membincangkan isu siapa yang layak dicalonkan sebagai Perdana Menteri selain daripada Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan spekulasi yang mengatakan Majlis Syura Ulama PAS telah menolak idea untuk menobatkan Ketua Umum PKR sebagai PM sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13 hanyalah dakwaan mengarut ciptaan UMNO.

Penegasan oleh Nik Aziz itu tentunya melegakan Anwar dan pemimpin PKR serta DAP yang lain, sedikit sebanyak ia juga dapat mengendurkan perasaan gundah di kalangan penyokong PR yang kembali diselubungi misteri sama ada Anwar masih kekal sebagai calon utama PR sebagai PM atau sebaliknya.

Namun perkembangan akhir-akhir ini kelihatannya seperti mengiakan spekulasi sebelum ini apabila suara-suara penolakan terhadap Anwar semakin hari semakin kuat kedengaran, dan ditimbulkan sendiri oleh beberapa pemimpin utama PAS yang tidak termasuk dalam golongan Anwarinas.

Manakala maklumat terbaru yang diperolehi menyatakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang telah pun mengeluarkan arahan mengharamkan semua media milik PAS termasuklah akhbar Harakah dan portal onlinenya daripada menyebut atau menulis ayat yang membawa maksud Anwar adalah bakal PM.

Arahan pengharaman tersebut khabarnya sudah sampai ke pengetahuan Anwar menyebabkan Ketua Umum PKR itu menghamburkan kemarahannya semasa mesyuarat parti beberapa hari lepas.

Bukan satu rahsia pun, sebahagian besar penulis dan barisan pentadbiran dalam Harakah diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar, jadi tidaklah pelik bagaimana arahan sulit sedemikian mudah sampai ke pengetahuan Anwar.

Tambah membara kemarahan Anwar lebih-lebih lagi arahan tersebut seperti mengesahkan lagi ura-ura PAS tika ini yang sedang berusaha menjarakkan diri dari PKR, satu tindakan yang dikira oleh Anwar sebagai satu pengkhianatan terhadap dirinya dan PR.

Bagi khalayak yang rapat dengan Hadi, arahan sedemikian bukannya sesuatu yang menghairankan sementelah lagi sejak di zaman ABIM lagi Presiden PAS itu agak kurang berkenan dengan pembawaan Anwar yang mementingkan diri dan tidak serasi sebagai pejuang gerakan Islam.

Malah ketika bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadhil Noor memulakan usaha menjalinkan hubungan kerjasama dengan Anwar melalui penubuhan GERAK diikuti dengan Barisan Alternatif (BA) dulu pun, Hadi sudah beberapa kali menyuarakan keraguannya terhadap kejujuran Anwar.

Selepas itu Hadi terpaksa memendamkan keraguannya sebagai menghormati teguran Allahyarham, bagaimana pun setelah selesai PRU 12 2008, tanpa menoleh ke belakang segera diaturkan perjumpaan dengan UMNO dalam usahanya untuk menjayakan kerjasama Kerajaan Perpaduan (UG).

Sekalipun usaha itu mendapat mandat penuh dari Majlis Syura Ulama PAS, akan tetapi beberapa ketika kemudiannya menemui jalan buntu berikutan campurtangan PKR dan DAP serta tekanan yang datangnya dari pemimpin-pemimpin pro Anwar dalam PAS.

Kini Hadi mengorak langkah lagi, sama ada ia memberi manfaat kepada PAS atau sebaliknya sukar ditentukan lebih-lebih lagi di saat sebahagian besar kepimpinan PAS tika ini berkiblatkan ideologi Anwarinas.

Persoalannya sekarang, selama mana media-media PAS seperti Harakah dan HarakahDaily serta lain-lain medium maya yang pro PAS mampu mengikuti arahan pengharaman tersebut? Adakah Anwar dan lain-lain pemimpin PR termasuklah golongan Anwarinas dalam PAS akan berdiam diri?

Jawapan kepada persoalan itu bergantung kepada tindakbalas Anwar dan pengikutnya terutama sekali selepas Parlimen dibubarkan diikuti dengan proses pencalonan nama bagi PRU 13 selesai dilaksanakan.

Tunggu dan lihat, gerakan siapa yang lebih ke depan tika itu. Tapi tak mustahil, belum pun Parlimen dibubarkan, gabungan PR yang membabitkan kerjasama longgar antara PKR, DAP dan PAS pula yang dibubarkan terlebih dahulu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 22 Februari 2013

Hebat

Pelumba Blanco Pro Cycling Team, Theo Bos, raih kemenangan kedua peringkat kedua LTdL sejauh 117.8 km dengan catatan 54 minit 48 saat
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BN Akan Menang Lebih 160 Kerusi

Menurut analisis terkini dan sumber-sumber tertentu, BN dijangka mampu memenangi sehingga 160 dari 222 kerusi dalam pilihanraya ke-13. Jangkaan ini menepati ramalan majalah Economist Intelligence Unit (EIU) berdasarkan analisis terhadap projek transformasi, rekod prestasi BN serta penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang jelas begitu kuat bekerja.

Selain itu, prestasi pembangkang yang buruk kerana banyak memungkiri janji, di akan tambah dengan taburan janji-janji yang tidak masuk akal jika parti itu memerintah seperti pendidikan percuma dan penurunan duti kenderaan, yang akan memakan belanja sehingga RM47.6 billion setahun, secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada sokongan terhadap BN. Itu pun belum lagi dicampur dengan janji-janji lain yang melibatkan kewangan negara seperti tol percuma, penurunan harga barang dan lain-lain.

Dalam pilihanraya yang lalu, BN telah mengalami apa yang dipanggil 'tsunami' politik apabila kekurangan 8 kerusi untuk kuasa 2/3. Di Semenanjung daripada 166 kerusi parlimen yang tersedia, BN menang 85 dan di Sabah dan Sarawak pula, BN menang 54 kerusi. Secara keseluruhannya BN hanya memenangi 139 dari 222 kerusi.

Tamparan itu merupakan peringatan dari rakyat yang tidak berpuas hati dengan pendekatan 'terlalu terbuka' kepimpinan pada waktu itu sehingga memperlihatkan seolah-olah kehilangan kawalan. Ternyata rakyat Malaysia cukup bijak menilai perkembangan semasa untuk lebih awal mengesan beberapa perkara yang tidak kena dan bakal merosakkan negara.

Kebimbangan rakyat terbukti berasas di mana dalam masa hanya sepenggal, negara yang sebelumnya pernah digelar Harimau Asia dan disegani seluruh dunia, benar-benar berada dalam keadaan lemah dan semakin lemah dari segi ekonomi dan juga perpaduan rakyat.

Suara-suara lantang rakyat ketika itu menjerit-jerit memberitahu mengingatkan kerajaan bahawa walaupun negara harus dipimpin secara berpasukan, namun pasukan yang terlalu besar juga menyumbang kepada risiko yang berbagai dari segi kerahsiaan, kesetiaan, keselamatan, kecekapan, ketelusan dan pengkhianatan.

Oleh kerana suara tersebut telah diperlekehkan, maka BN pun akhirnya menerima tamparan paling kuat dalam PRU 2008 apabila rakyat nekad melakukan apa yang perlu dilakukan iaitu 'memberi pengajaran' kepada kerajaan agar jangan sekali-kali merosakkan negara.

'Kerosakan' yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi kelemahan kepimpinan sehingga sewenang-wenangnya mendedahkan negara kepada risiko kerugian dan hilang kedaulatan, tetapi juga dari segi keterbukaan yang keterlaluan sehingga mengancam perpaduan rakyat. Antara 'amaran' paling keras dari rakyat ketika itu adalah supaya kerajaan lebih bijak dalam menangani tuntutan antara suara majoriti dengan minoriti yang menjadi asas demokrasi.

Hari ini, terbukti sudah bahawa tindakan rakyat memberi pengajaran itu adalah tepat apabila kepimpinan digantikan dengan Dato' Seri Najib.

Nampaknya, harapan yang diberikan rakyat kepada kepimpinan baru, telah tidak dipersia-siakan beliau. Dato' Seri Najib benar-benar berusaha memahami luahan hati rakyat disamping bekerja keras menguruskan negara dan memulihkan segala kerosakan yang berlaku.

Dato' Seri Najib membawa imej professional dengan enggan melayan karenah pembangkang yang cuba mengganggu fokus beliau dengan fitnah-fitnah mengenai rasuah, hubungan sulit sehinggakan kepada fitnah membunuh.

Di masa yang sama, beliau juga mengambil masa untuk mendekati semua golongan, majoriti dan juga minoriti. Beliau sanggup menerima jemputan Tahun Baru Cina oleh Dong Zong walaupun pertubuhan tersebut selamanya mengambil sikap memusuhi kerajaan. Walaupun tidak memberi ucapan politik yang berdegar-degar, tetapi kehadiran beliau ke majlis tersebut membawa mesej jelas iaitu kerajaan tidak pernah memusuhi sesiapa. Di bawah BN, semua pihak berhak memperjuangkan hak masing-masing, asalkan tidak menyentuh sensitiviti pihak lain, tidak mencabar perlembagaan negara dan tidak menentang arus nasionalisme.

Kita percaya, pendekatan tegas tetapi lembut Dato' Seri Najib akan membawa kepada kemenangan besar BN dalam PRU-13. Kesungguhan dan keikhlasan beliau benar-benar menyentuh hati rakyat untuk turut membantu memastikan negara terus maju ke hadapan serta aman sejahtera di bawah kepimpinannya

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 21 Februari 2013

Ikrar Integriti Pilihan Raya

PUTRAJAYA : Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya sebagai satu lagi komitmen beliau terhadap pelaksanaan agenda negara dalam membanteras rasuah terutamanya semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri menandatangani ikrar tersebut sambil disaksikan Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Shukri Abdul dan Presiden Transperancy International (Malaysia) (TI-M), Datuk Paul Low.

Yang turut hadir pada majlis serba ringkas itu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan para pemimpin parti komponen BN.

''Apabila nama calon BN yang akan bertanding pada PRU-13 diumumkan, saya akan pastikan mereka menandatangani ikrar tersebut.

''Calon-calon dari parti komponen BN sudah melalui proses saringan SPRM dan adalah sesuai untuk mereka mengambil komitmen menandatangani ikrar integriti untuk pilihan raya yang bersih dan adil," katanya di sini.

Menurut Perdana Menteri, tanggungjawab memenuhi ikrar tersebut terletak di atas bahu mereka yang telah menurunkan tandatangan.

''Dan adalah menjadi hak rakyat untuk memastikan wakil rakyat terbabit berpegang kepada akujanji yang telah dibuat, justeru itu, marilah kita bekerjasama ke arah mengukuhkan proses pilihan raya," katanya.

Maklumat terperinci berhubung akujanji itu boleh diperoleh menerusi laman sesawang TI-M. Orang ramai akan bertanggungjawab menjadi mata dan telinga untuk memantau kepatuhan wakil rakyat masing-masing memenuhi piawaian itu.

Maklum balas boleh disalurkan menerusi akaun Facebook calon atau Twitter wakil rakyat terbabit.

Ikrar Integriti yang digerakkan TI-M adalah kontrak sosial yang ditandatangani secara sukarela oleh mana-mana calon yang akan bertanding pada PRU kelak.

Antara lain calon akan berikrar mengangkat integriti, tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti di peringkat negeri dan persekutuan serta menegakkan kedaulatan undang-undang.

Sementara itu, Paul ketika bercakap kepada pemberita berkata, pelaksanaan ikrar tersebut membolehkan rakyat memantau pemimpin yang benar-benar mematuhi prinsip dan berintegriti.

''Langkah ini akan menggalakkan rakyat untuk mengambil tahu tingkah laku serta perbuatan individu yang telah menandatangani ikrar malah rakyat juga boleh berkomunikasi dengan mereka,'' katanya.

Katanya, Malaysia adalah negara pertama dalam kalangan komuniti TI yang menandatangani ikrar tersebut sekali gus menjadi contoh kepada usaha memerangi rasuah yang dimulakan di peringkat atasan.

''Kami gembira kerana Datuk Seri Najib secara personal komited menandatangani komitmen beliau sendiri terhadap ikrar ini,'' katanya.

Menurut Paul, pihaknya akan menggalakkan semua calon tanpa mengira parti untuk menandatangani ikrar tersebut bagi melihat sejauh mana komitmen mereka dalam mengangkat integriti dan ketelusan.

Setakat ini 20 individu telah menandatangani ikrar yang dibuat secara sukarela tanpa ada kaitan dengan kerajaan atau mana-mana parti politik.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penyokong PAS Terima BR1M Lebih Hina Dari Lembu Dan Ayam – Nik Aziz

Mengucap panjang kita mendengar ucapan Nik Aziz setibanya di Kota Bharu setelah menunaikan umrah di Mekah. Ucapan Nik Aziz bukannya mengajak kepada perpaduan atau ke arah perdamaian tetapi berunsur celaan, sehingga tergamak menyamakan penerima BR1M dengan haiwan.

Kata Nik Aziz, di hadapan penyokong yang menyambutnya pulang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, "Orang yang menawarkan wang kepada orang, sama seperti kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu mana datang, jadi kalau kit aberi barang kepda orang, beri RM10, RM50 orang akan ambil."

Hina sekali pandangan Tok Guru terhadap rakyat yang menerima BR1M sedangkan ramai dari penyokong-penyokong Tok Guru sendiri turut menerimanya dengan bangga. Tidak cukup dengan itu, mereka mendabik dada pula kononnya itu hak mereka, sebagai rakyat dan duit yang diterima itu adalah duit rakyat.

Entah dari mana datangnya alasan bahawa duit itu adalah hak mereka. Apakah semua kerajaan di dunia ini memberi BR1M? Tentulah tidak, kerana bukan tanggungjawab mana-mana kerajaan untuk berbuat demikian.

Sudah menjadi hukum alam, dan sudah termaktub dalam ajaran Islam, bahawa manusia perlu bekerja untuk mendapatkan wang. Tiada siapa yang layak menerima apa-apa tanpa berusaha melainkan mereka sememangnya tidak punya kemampuan untuk berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu seperti kesihatan, kecacatan dan sebagainya.

Tugas kerajaan adalah untuk mentadbir, menjana pendapatan, membawa pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan, menyediakan kemudahan awam, memastikan rakyat mendapat pendidikan, memelihara kedaulatan negara serta memastikan keamanan.

Menyediakan wang tunai 'percuma' kepada rakyat bukanlah tugas kerajaan.

Tugas setiap seorang dari rakyat pula adalah untuk bekerja bagi menyara diri dan keluarga serta membayar cukai kepada kerajaan supaya kerajaan dapat terus menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh rakyat.

Sudah menjadi lumrah dunia, ada rakyat yang berpelajaran tinggi dan ada yang tidak. Ada yang miskin dan ada yang kaya. Ada yang dulu susah, tetapi sekarang senang setelah kerajaan membawa masuk pelaburan dan mereka dapat bekerja di kilang-kilang. Ada yang dulu hidup atas peruntukan rakyat termiskin, kini tinggal di rumah dua teres dua tingkat setelah anak-anak mereka menjadi orang berjaya berkat pembelajaran percuma di peringkat rendah dan menengah dan kemudiannya mendapat biasiswa pula untuk ke universiti. Adajuga yang dulu senang tetapi sekarang susah dan menganggur akibat membazirkan masa dan wang ibu bapa ketika di universiti kerana sibuk berdemonstrasi.

Oleh itu, ada rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan dan ramai lagi yang tidak.

Kerana itu, kerajaan BN yang prihatin, telah mengambil kira keadaan hidup rakyat yang berbagai ini dan memutuskan untuk membantu mereka yang memerlukan, melalui BR1M. Kerajaan boleh saja menggunakan peruntukan BR1M sejumlah RM3 billion itu untuk tujuan lain, tetapi dikhuatiri ia tidak akan dapat dirasai secara langsung oleh golongan yang benar-benar memerlukan. Hanya dengan pemberian tunai sahaja yang dapat memastikan ia mencapai objektif secara tepat kerana dengan wang tunai, rakyat boleh memutuskan sendiri cara untuk membelanjakannya.

Sudah tentu sekali BR1M tidak akan dapat diberikan jika kerajaan tidak mampu. Jika kerajaan sekadar bergantung kepada cukai yang dikutip dari segolongan rakyat yang layak membayar cukai sahaja, tentulah kerajaan tidak akan mampu memberi BR1M kepada golongan yang tidak layak membayar cukai itu.

Justeru, kemampuan kerajaan memberi BR1M kepada rakyat dengan sendirinya membuktikan kecekapan pentadbiran Barisan Nasional dalam menjana pendapatan serta mengurus kewangan negara.

Malangnya, Tok Guru melihat BR1M sebagai umpan atau rasuah untuk memancing undi serta menghina pula rakyat yang menerimanya. Lebih malang lagi kerana antara yang menerima BR1M itu adalah penyokong-penyokong Tok Guru sendiri.

Kerana itu, kita ingin bertanya Tok Guru, jika penerima BR1M adalah umpama lembu dan ayam, maka penyokong Tok Guru yang saban hari mengutuk BN tetapi tetap menadah tangan melahap BR1M, umpama apa pula?

Fikirkanlah sendiri, binatang apa yang lebih hina dari lembu dan ayam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bila Pas tidak percaya kepada pemimpin sendiri.

Berita 11 kawasan Dun Kedah menolak Dr Azizan menunjukkan Pas gagal dan patut dikuburkan dalam PRU 13.

11 kawasan Pas Kedah masih berlapik dalam mengkritik dengan alasan desakan meminta Pesuruhjaya Pas Kedah mengundurkan diri bukan kerana gagal mentadbir negeri tetapi gagal mentadbir Pas.

Sebenarnya tidak ada beza apa pun, Dr Azizan gagal mentadbir negeri kerana 11 daripada 16 Adun yang dimenangi oleh Pas , 1 Adun Dap. 5 Adun Pkr gagal memberi kerjasama dan komitmen kepada Azizan menguruskan negeri dengan baik.

Mereka merasakan dengan cubaan menjatuhkan Azizan mereka boleh mengambil alih tempat tersebut. Ramai Adun dan. Ahli Parlimen Pas Kedah bercita-cita untuk jawatan menteri besar.

Kedua ialah ada tangan-tangan jahat dari luar parti yang melihat Dr Azizan bersikap liberal terhadap pemimpin Umno.

Ketiga ialah unsur Anwar yang hanya menguasai 5 kerusi sedang giat berusaha untuk menambah bilangannya dengan meletakkan calon Pas yang pro kepada Anwar.

Kelemahan pentadbiran Pas Kedah amat ketara dalam tahun pertama pentadbiran mereka.

Pertama kenyataan Azizan tentang HUDUD, Azizan berkata Hudud bukan keutamaan kerajaan Pas Kedah,

Kerajaan negeri juga gagal menguruskan kutipan sampah, rumput dikiri kana jalan dan taman-taman perumahan tidak diuruskan dengan baik.

Kuin (Kolej universiti Islam Negeri) gagal melaksanakan pendidikan percuma. Projek penapisan minyak yang dirancangkan di pinggir laut gagal dilaksanakan.

Kulim Hi tech Industries Zone di Kulim gagal menambah dan menarik FDI baru, apa yang ada adalah usaha kerajaan sebelum dan usaha Koridor Utara dibawah kerajaan pusat
Hanya satu kejayaan Pas yang sangat membanggakan Pas Pusat ialah usaha mereka mencerahkan hutan di kawasan tadahan air Pedu. Proses menggondolkan hutan simpan kekal kononnya untuk projek pertanian dilihat sebagai satu kesilapan besar kerajaan Pas Kedah.

Akibat pencerahan hutan simpan sejak 2008 menyebabkan rakyat hidup sengsara, kampung halaman mereka sering dilanda banjir besar dan memusnahkan hasil tanaman mereka.

Selain itu ia juga menyebabkan sistem bekalan air negeri terjejas, air tercemar, bekalan air bersih berkurangan, tekanan air rendah dan akibat pendapatan hasil air berkurangan, tambah parah apabila Pas Kedah mengambil keputusan untuk menaikan tarif air seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan Dap Pulau Pinang.

Percakaran dalaman Pas sendiri dalam merebut jawatan peringkat tempatan seperti Jkkk, pengurusan masjid/ surau dan lain-lain menyebabkan Pas semakin berpecah dan tikam menikam sesama sendiri.

Kemuncak perpecahan ialah mereka mahu Azizan berundur.

Pas Kedah sudah nampak bahawa mereka akan menerima nasib seperi Pas Terengganu. Menang sepenggal sahaja dan dirampas kembali oleh BN hingga ke hari ini.

Oleh yang demikian Pas Kedah pasrah dan hanya mengharapkan sokongan daripada ahlinya sahaja.

Pas juga sudah tawar hati untuk berperang di Kedah dan bersedia untuk kalah. Oleh sebab itu Pas cuba memberi tumpuan di Perak.

Nizar Jamaludin kini sudah melabur jutaan ringgit untuk berperang dan merampas kembali Perak.

Cumanya Nizar sendiri masih terumbang ambil mencari tempat untuk bertanding. Penduduk Pasir Panjang awal-awal lagi sudah menolak beliau, kemudian disahkan untuk bertanding di Changkat Jering dan terkini tak jadi pulak.

Berbalik kepada Kedah, Semasa BN memerintah tidak terdapat sebarang isu yang menyebabkan rakyat tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan. Bekalan air normal dan dalam keadaan memuaskan, pembalakan dalam keadaan terkawal, keraajaan akur dengan arahan Jabatan Hutan, tiada masalah sampah dan kebersihan berada pada tahap yang amat baik. Pelaburan FDI masuk tanpa henti.

Kedah sudah bersedia untuk menjadi negara maju menjelang 2020 tetapi apakan daya 2008 kerana terpengaruh dengan Hadi Awang dan Anwar, Pas berjaya mencipta kejayaan melalui pembohongan dan menang bersama Dap, Pkr dan bebas.

Insyaallah, 2013 ini Kedah akan kembali kepada BN.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 19 Februari 2013

Cakap tak serupa bikin

Pas semakin kalut mencari sokongan pengundi Melayu yang beragama Islam.

Fatwa baru Pas ini seolah-olah mereka lah ahli syurga, merekalah yang akan mendapat rahmat Allah.

Ya, memang betul Pas akan mendapat rahmat Tuhan Kudus Roh Suci dan bermacam-macam jenis tuhan yang lain.

Sebahagian pengikut Pas adalah Syiah, dan syiah yang kita tahu adalah bukan Islam, mereka mencetuskan huru-hara sepanjang waktu untuk memerangi ahli Sunni.

Pas menurut ulama Islam dari Kelantan sendiri telah menghukum bahawa Pas adalah sesat. Sesat dalam mencari sokongan politik. Sesat kerana mengadaikan maruah dan syiar Islam. Menyokong pejuangan komunis, menyokong LGBT.

Pas kini perasuah, kuat memfitnah, munafik, kawarij.

Tak hairanlah Ulama Kelantan mengharamkan umat islam mengundi Pas.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nurul Izzah Pasti Menang Lawan Utusan Malaysia

Pengurusan kes saman fitnah Nurul Izzah Anwar terhadap Utusan Malaysia telah ditetapkan pada 15 Mac 2013. Saman tersebut adalah berhubung artikel berkaitan hak kebebasan beragama yang disiarkan oleh akhbar itu antara 5 – 7 November tahun lalu, yang didakwa Nurul Izzah sebagai memfitnah beliau.

Sebenarnya, berita mengenai pembangkang menyaman akhbar bukanlah berita yang mengejutkan. Malah, pembangkang sudah begitu terkenal sebagai tidak mengamalkan kebebasan bersuara. Tindakan pembangkang yang gemar membakar akhbar, memboikot akhbar, menghalang pemberita dari membuat liputan, mengherdik pemberita apabila tidak dapat menjawab soalan, adalah antara bukti kukuh bahawa pembangkang mengamalkan prinsip tertutup, tidak bebas dan berat sebelah.

Berbeza dengan Barisan Nasional yang lebih selesa membiarkan media bebas melaporkan apa saja mengenai parti dan pemimpin parti, walaupun ia merupakan fitnah, kerana parti ini percaya kepada kebebasan bersuara. Apabila difitnah oleh media pembangkang, BN lebih suka memilih cara menjawab dan memberi penerangan kepada rakyat kerana yakin yang rakyat adalah jauh lebih bijak dan matang untuk menilai sesuatu berita.

Sikap 'tidak serupa bikin' pembangkang bukan sahaja terserlah dalam isu kebebasan media atau kebebasan bersuara tetapi juga berkenaan sistem kehakiman negara. Antara alasan utama bagi pembangkang menyeru rakyat untuk menolak BN ialah kononnya sistem kehakiman negara ini tidak adil dan tidak telus.

Namun, masalah tersebut juga kini semakin lama semakin jelas, bukanlah berpunca dari BN tetapi pembangkang sendiri. Mana tidaknya, jika pembangkang telah berkali-kali menang dalam menentang kerajaan mahkamah. Malah, kes liwat 2 Anwar Ibrahim yang begitu jelas, konkrit dan sahih buktinya dalam bentuk DNA, CCTV di lif, keterangan saksi, kronologi peristiwa serta sejarah tertuduh juga telah dimenangi oleh Anwar, iaitu pihak pembangkang. Kemenangan Anwar membuatkan penyokong-penyokong pembangkang sendiri terdiam seketika kerana tidak menyangka yang beliau boleh menang dengan bukti yang sebegitu kukuh terhadapnya.

Anwar juga memenangi saman Utusan Malaysia mengenai temubualnya di BBC yang didakwanya sebagai berniat jahat. Sedangkan Utusan hanya bertindak sebagai penyampai dengan melaporkan kata-kata Anwar sendiri, tanpa mengubah walau satu ayatpun kerana menyedari bahawa pembaca boleh mengakses sendiri wawancara Anwar itu yang dimuat-turun di Youtube untuk mengesahkan laporan mereka. Utusan telah diperintahkan oleh Hakim VT Singham untuk membayar RM50,000 kepada Anwar.

Justeru, kita tidak hairan, malah yakin dan pasti bahawa Nurul Izzah juga akan memenangi kes samannya terhadap Utusan Malaysia. Keyakinan ini adalah berdasarkan kebebasan mahkamah yang diragui berat sebelah kepada pembangkang, terutama apabila ia melibatkan hakim-hakim tertentu. Dan nampaknya, hakim yang bakal mengendalikan kes Izzah juga adalah termasuk dalam senarai tersebut, iaitu Hakim VT Singham yang telah memenangkan Anwar dalam kes saman Utusan seperti yang disebut di atas.

Hakim VT Singham, berusia hampir separuh abad tetapi entah kenapa masih masih bujang, telah sebenarnya banyak menimbulkan kontroversi, bukan sahaja dalam kes yang melibatkan pemimpin politik tetapi juga kes-kes jenayah. Antaranya:

1.Kes saman fitnah RM10 juta oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy terhadap seorang wartawan The Star dan syarikat akhbar yang berakhir dengan saman tersebut ditarik balik.

2.Kes Bunuh seorang pemuda dimana Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V T Singham, melepas dan membebaskan Azman Ismail, 25, atau `Man Datuk, anak bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ismail Shahbodin dan empat rakannya daripada tuduhan membunuh seorang pelajar kejuruteraan mekanikal pada 2003 tanpa dipanggil membela diri. Empat rakannya itu ialah Mohd Shafiq Azren Salleh, 24 (Boy TC); Mohd Hafiz Ibrahim, 23 (Tony); Mohd Faizal Radzali, 26 (Jambu) dan Mohamad Rizal Abu Hassan, 23 (Adik).

Mereka dituduh bersama seorang lagi yang masih bebas (Mohd Nizam Ariffin atau Tok Mat Crane) membelasah, menendang dan memijak Mohd Hosni Fadzli Mohd Amin, 21, di Ikhwan Auto, No 19, Hala Rapat Baru 20, Kawasan Perindustrian Ringan Kinta di Ipoh, antara jam 3 hingga 10 pagi, 22 Disember 2003, sehingga menyebabkan mangsa mati.

3. Kes Menteri Dalam Negeri menyaman Anwar pada 26 April 2011 melalui Tetuan Zul Rafique & Partners kerana mendakwa Anwar telah mengeluarkan kata-kata fitnah itu semasa wawancara dengan media selepas membuat laporan polis pada 22 Mac lepas di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dimana Hakim VT Singham juga menjadi hakimnya. Dan seperti yang dijangka, Anwar telah menang mudah.

Antara teori yang dikatakan mempengaruhi kecenderungan penghakiman VT Singham untuk memihak kepada pembangkang adalah kerana beliau menyokong aspirasi pembangkang yang terbuka terhadap LGBT. Syak wasangka ini berkait rapat dengan hakikat yang beliau masih belum berkahwin walaupun sudah berusia dan berjaya, yang mana tentunya menjadi rebutan wanita.

Berdasarkan teori ini, maka usahlah kita membuang masa mendengar hujah perbicaraan kes saman Nurul Izzah terhadap Utusan Malaysia, kerana jika hakimnya VT Singham, maka Nurul Izzah pasti menang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP-PKR ‘Berbunuhan’ Di Johor

Akhir-akhir ini politik Malaysia semakin kerap dihiasi dengan kisah pertelingkahan antara parti-parti sekutu di dalam pakatan pembangkang akibat isu-isu semasa. Antaranya, isu Kalimah Allah, jelas meretakkan hubungan PAS dengan DAP walaupun terdapat suara-suara di dalam PAS yang tidak mampu mengakui hakikat itu. Isu yang sama juga menjauhkan lagi PAS dengan PKR kerana parti PKR jelas mempunyai pendirian yang sama dengan DAP.

Walaupun PAS pada hakikatnya, akur dengan kehendak PKR dan DAP tetapi 'pertelingkahan mulut' di media perlu diteruskan bagi memberi gambaran kepada penyokong PAS kononnya parti itu tidak akan mengalah. Namun, ketidaksanggupan PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat dengan sendirinya menandakan PAS telah pun kalah dan akur kepada DAP dan PKR.

DAP dan PKR pula secara umumnya tidak bermasalah dari segi isu-isu semasa. Tetapi, perkembangan terbaru di Johor, telah membuktikan bahawa pendirian yang sama dalam isu semasa bukan jaminan yang kedua-dua parti itu tidak bertelagah.

Pendek kata, secara dasarnya, Pakatan Rakyat kini telah retak seribu, dan hanya menanti belah dan hancur lebur sahaja sahaja.

Masalah PKR dan DAP di Johor dikatakan berpunca dari Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr. Chua Jui Meng. Perkara ini dibangkitkan sendiri secara terbuka oleh Dr. Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP negeri. Semuanya kerana berebutkan kerusi pilihanraya di mana Chua dikatakan telah 'membuat serangan hebat' terhadap DAP Johor secara bawah tanah, sejak beberapa bulan lalu.

Antara serangan yang dilakukan oleh Chua ialah menuduh DAP sebagai bongkak bagi menafikan beberapa kerusi kepada DAP sekali gus, mengelakkan penguasaan DAP di negeri itu. Chua juga dituduh telah tidak menghormati sejarah persefahaman dan hubungan erat antara parti komponen dalam PR di Johor yang terjalin sejak dahulu dengan mengumumkan diri sendiri sebagai calon Gelang Patah sedangkan pembahagian kerusi belum pun muktamad.

Alasan Chua bahawa beliau berhak berbuat demikian sebagai Pengerusi PKR Negeri memperlihatkan keangkuhan dirinya mengatasi DAP yang menjadi sasaran tuduhan bongkak.

Dalam PRU-12, kawasan parlimen Gelang Patah dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) Tan Ah Eng dengan menewaskan calon PKR Zaliha Binti Mustafa sebanyak 33,630. Dalam pilihanraya kali ini, PKR dikatakan ingin bertanding semula di kawasan tersebut tetapi Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai telah mengumumkan untuk meletakkan calon DAP di situ. Justeru, tindakan Chua mengumumkan diri sendiri menyebabkan keadaan menjadi tegang serta janggal.

Hari ini Karpal Singh dilaporkan menegaskan bahawa DAP tidak mengambil ringan aduan Dr. Boo dan akan menyiasat perkara tersebut segera demi kepentingan PR. Walaubagaimanapun, tiada kenyataan dari pihak PKR mengenai perkara yang sama.

Oleh itu, Dr. Boo terpaksa 'menyeru' Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim atau Presiden PKR, Wan Azizah agar masuk campur dan memantau politik PR di Johor bagi memastikan perancangan menawan negeri tersebut berjalan lancar.

Pelik sekali, apabila Anwar terpaksa 'diseru' untuk masuk campur, sedangkan dalam kebanyakan isu, Anwar akan masuk campur secara suka rela. Malah, dalam pemilihan parti PKR juga Anwar bukan sahaja masuk campur tetapi 'menggaul rata' sebelum menapis dan membuang mana-mana yang dilihat 'tidak begitu setia' atau tidak memberi keuntungan kepadanya.

Selain itu, bukanlah rahsia yang Anwar juga telah masuk campur dalam politik dalaman PAS melalui kuncu-kuncunya yang digelar parasit oleh mereka-mereka yang arif mengenai strateginya.

Berdasarkan hakikat ini, mungkin Karpal, Dr. Boo dan DAP wajar memikirkan semula 'seruan' mereka agar Anwar atau isterinya masuk campur dalam pertelingkahan DAP-PKR di Johor.

Adalah tidak mustahil bahawa usaha mengsabotaj DAP yang didakwa dilakukan oleh Chua Jui Meng adalah sebenarnya berpunca dari 'campur tangan Anwar'?

Sesungguhnya, amaran telah dikeluarkan kepada rakyat bahawa 'perang' di dalam PR adalah sesuatu yang pasti dan akan berterusan. Ia bukan sahaja kerana ketiga-tiga parti membawa pendirian, sifat dan halatuju yang bertentangan, tetapi juga kerana karektor individu-individu yang menerajui parti-parti tersebut.

Maka, senarionya kini dan selama-lamanya ialah, PKR akan terus menikam DAP di Johor, dan sembunyi tangan. DAP akan terus menikam PAS di Pulau Pinang, dan sembunyi tangan juga. PKR terus meracun PAS dari dalam dan DAP pula terus memijak PAS dari atas. PAS pula sedang menghancurkan diri sendiri kerana terlalu sayang pada PKR dan DAP walaupun saban hari berendam air mata, disepak terajang dan diludah dan ditunjal kepala.

Melihat bagaimana DAP-PKR-PAS 'berbunuhan' sesama sendiri, Pakatan Rakyat mungkin akan mati sendiri pada bila-bila masa sahaja, tanpa BN perlu melancarkan serangan.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ANWAR KEHABISAN PELURU SERANG UMNO-BN

Ketua Pembangkang semakin berkecamuk fikirannya ekoran tekanan politik yang dihadapi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kalan dalam istilah peperangan, Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan semua senjata sulitnya bagi menghadapi populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat.

Malah Anwar jelas nampak tertekan apabila rakyat mula memberi respons yang cukup memberangsangan terhadap segala usaha serta program untuk membantu dan meringankan kos kehidupan.

Boleh dikatakan tidak ada kelompok atau golongan rakyat yang tidak menerima mahupun menikmati limpahan rahmat hasil daripada keprihatin kerajaan Barisan Nasional.

Daripada BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 dan seterusnya BRIM 3.0 pada masa depan hinggalah kepada program-program membantu ibu tunggal, pelajar sekolah, golongan belia dan remaja, siswa siswi, pemandu teksi, anggota tentera yang bersara, pemandu teksi, kumpulan OKU, golongan berpendapatan rendah dan peneroka Felda.

Semuanya mendapat bantuan kewangan dari kerajaan yang berjaya membangun ekonomi negara sehingga menjana pendapatan yang cukup untuk disalurkan secara terus kepada rakyat.

Pembangkang pula asyik berceramah siang dan malam menjual janji-janji manis setakat air liur di corong-corong udara.

Mereka gagal untuk membela rakyat tetapi mencaci, memfitnah dan mentohmah pihak kerajaan yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih maju dan makmur.

Anwar sedar beliau gagal untuk membuktikan kepada rakyat bahawa janji yang dibuat mampu direalisasikan.

Maka apa saja isu yang boleh memberi 'political mileage' atau keuntungan politik akan digunakan walau pun kadangkala jelas remeh temeh.

Oleh itu untuk mengalih pandangan, beliau membuat kacau dengan menggunakan beberapa kuda tunggangan untuk menjaykan agenda politiknya.

Terkini Anwar cuba menggunakan senator bebas dari Australia, Nick Xenophon untuk campur tangan dalam proses pilihan raya negara ini.

Ketika gagal mengguna Bersih untuk menumbangkan kerajaan, Anwar terpaksa menebalkan muka untuk merayu kepada kerajaan negara itu memantau perjalanan pilihan raya di Malaysia tetapi malangnya usahaya ditolak mentah-mentah.

Senator Xenophon yang tidak mewakili parti pemerintah Australia menjadi benteng terakhir Anwar untuk terus menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi ini pun gagal apabila awan beliau itu ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen dan kemudian dihantar pulang.

Sebelum ini Bersih 1.0. 2.0 dan 3.0 juga tidak mampu memberi kesan kepada kerajaan walaupun pembangkang berarak di jalanraya mendesak tuntutan mereka dipenuhi.

Anwar juga mendalangi tindakan pertubuhan haram Suaram yang cuba menjadi plaintif dalam penyiasatan kes Scorpene di Perancis.

Ini pun gagal apabila identiti sebenar pertubuhan itu didedahkan sebagai agen pihak asing yang menerima dana asing.

Pembangkang juga berusaha untuk mengagalkan projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang dan telah mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak.

Malah Pengerusi Himpunan Hijau yang didokong parti pembangkang telah menjadi elemen ekstrim dengan mengugut untuk membakar kilang Lynas dan kilang perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.

Anwar juga menafikan tidak terlibat memperalatkan Deepak Jaikishan untuk memburuk-buru serta memfitnah pemimpin negara tetapi rakyat tahu beliaulah tok dalang yang mengawal penjual karpet itu.

Usaha ini nampaknya gagal kerana rakyat tidak berminat untuk mendengar penipuan demi penipuan yang keluar dari individu yang tidak bermoral dan tida mempunyai kredibiliti ini.

Anwar sudah hilang punca untuk terus menyerang kerajaan kerana semua pelurunya sudah digunakan.

Pepecahan di antara Pas dan Dap semakin hari semakin bertambah buruk.

Setiap hari ada saja ahli-ahli Pas yang berdemonstrasi dan memijak-mijak gambar pemimpin Dap kerana tida bersetuju pendirian parti mereka berhubung isu kalimah ALLAH.

Jika Pas dan Dap berpecah daripada Pakatan Rakyat maka punahlah harapan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Sekiranya Pas dan Dap masih kekal dalam Pakatan Rakyat, rakyat juga akan menolak mereka kerana pendirian pembangkang yang mempermainkan agama Islam demi kepentingan politik.

Anwar dalang sebenar atau tangan ghaib disebalik isu kalimah ALLAH dengan dibantu oleh Dap.

Taktik Anwar ialah untuk memecah belahkan kuasa politik melayu supaya senang Dap dan pengaruh gerakan Kristian bertapak di Malaysia

Itulah sebabnya itu beliau bermati-matian mempertahan serta menyokong Dap dalam isu kalimah ALLAH.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 18 Februari 2013

Ini kali lah Kita TUKAR!

Mr KJ jangan kacau
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Confirm!!! Anak Kelantan Di Perantauan Akan Bagi Undi Pada BN

Kehadiran lebih 15,000 orang anak Kelantan memeriahkan Himpunan Anak-Anak Kelantan Di Perantauan 2013 yang dilangsungkan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17 Februari 2013 sememangnya di luar jangkaan ramai pihak.

Rata-rata pemerhati politik serta pemimpin PAS khususnya, sedari awal lagi berkeyakinan penganjuran majlis himpunan itu akan hanya memalukan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak sahaja kerana mengandaikan hanya kurang dari seribu orang sahaja yang akan hadir.

Atau pun paling tidak kata mereka, tak sampai pun tiga empat ribu yang hadir sekadar untuk isi masa hujung minggu kemudian selepas selesai bertemu rakan-rakan senegeri masing-masing akan segera pulang tanpa mendengar ucapan dari PM.

Itu andaian dan anggapan PAS dan sesetengah pemerhati politik. Secara jujurnya, keyakinan mereka ada asasnya jika rekod sebelum ini diambil kira, lebih-lebih lagi sudah menjadi pengetahuan umum yang majoriti anak Kelantan di perantauan merupakan penyokong dan pengundi PAS.

Lebih-lebih lagi bila diambil kira jumlah kehadiran di program himpunan anjuran PAS selalunya mencecah angka 3,000 hingga 6,000 orang, tidak kira ia dilangsungkan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan atau Perlis, senantiasa penuh dan meriah.

Sementara itu majlis yang sama anjuran UMNO pula jika dapat mengumpul 500 orang anak Kelantan di rantauan sudah boleh dikira melegakan. Itu senario sebelum berlakunya PRK DUN Manek Urai dan keadaan itu lebih terserlah lagi sebelum berlangsungnya PRU 12 2008.

Pendek kata amat jarang program himpunan anak Kelantan di perantauan anjuran PAS ataupun sekutunya jarang mendapat sambutan, tapi adalah perkara biasa bila mana majlis anjuran UMNO hanya dihadiri segelintir orang sahaja.

Mutakhir ini senario sudah berubah, keadaan sudah terbalik apabila kebanyakan program himpunan anak Kelantan di perantauan anjuran PAS pula yang semakin lesu dan kurang mendapat sambutan.

Program himpunan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya yang dihadiri Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat pada 30 Julai 2011 misalnya hanya merekodkan kehadiran sekitar 1,000 orang sahaja.

Manakala semasa Nik Aziz merasmikan Majlis Temu Mata Anak Kelantan Di Perantauan di Puchong Perdana, Selangor pada 22 April 2012 pula hanya sekitar 300 hingga 400 orang anak Kelantan di perantauan sahaja yang menunjukkan muka di majlis itu.

Di masa yang sama, majlis himpunan anak Kelantan yang dianjurkan UMNO pula terus mendapat sambutan termasuklah yang terbaru Himpunan Perdana Anak-Anak Kelantan Di Perantauan 2013 yang menyaksikan buat pertama kalinya lebih 15,000 rakyat Kelantan berkumpul di bawah satu bumbung.

Mereka datang tidak dipaksa, hanya kad jemputan menjadi pengantara, malah sebahagian besar daripada mereka hanya bersandarkan jemputan umum yang dibaca dari akaun sosial Facebook dan laman web sahaja.

Jika senario ini dijadikan indikator tambahan, nampak gayanya PRU 13 kelak faktor anak Kelantan di perantauan bukan lagi bonus tambahan untuk PAS sebaliknya bakal menjadi faktor kejatuhan PAS pula.

Tak mustahil sebahagian besar anak Kelantan di perantauan untuk pertama kalinya akan memberi undi mereka secara besar-besaran kepada BN, jika itu menjadi realiti bermakna suka atau tidak PAS terpaksa mengucapkan selamat tinggal dari tampuk pemerintahan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mengapa Deepak Masih Bujang?

Dalam isu terbaru Deepak Jaikishan berkenaan dengan pendedahan beliau terhadap apa yang gagal dilakukan oleh SUARAM, kisah berkenaan 'kaitan Perdana Menteri dan isteri terhadap pembunuhan seorang model dari Mongolia yang dikatakan sebagai penterjemah bagi 'skandal 'transaksi pembelian kapal selam Scorpene, Altantuya, Deepak telah membuat pendedahan tergempar terhadap bekas penganalisa politik yang yang digugurkan dari menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan tersebut, Razak Baginda, atas alasan beliau mandul.

Razak Baginda didakwa mempunyai hubungan sulit bersama Altantuya. Namun, tiada bukti yang dapat ditunjukkan bagi mengesahkan perkara tersebut.

Mungkin pada Deepak, mendedahkan nama Razak baginda dan memalukan beliau adalah sesuatu yang perlu dilakukan kerana hanya perkara tersebut yang boleh mengaitkan pembunuhan Altantuya, dengan Perdana Menteri.

Mungkin Deepak lupa bahawa Razak Baginda telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Deepak mungkin boleh berkata bahawa Razak Baginda baru sahaja mengalami masalah tersebut kerana anak beliau dilahirkan pada tahun 1987.
Namun, ini masih tidak memberi sebarang jawapan terhadap dakwaan Deepak.

Mengapa Deepak masih lagi mahu membuat pendedahan-pendedahan ini walaupun segala masalah beliau di mahkamah tentang masalah perniagaan beliau sudah selesai? Mungkin Deepak masih mahukan sesuatu, jika tidak, mengapa Deepak menyambung kerja-kerja yang gagal dilakukan oleh SUARAM?

Bagaimanapun, terdapat beberapa komen daripada pemerhati-pemerhati kes Deepak di mahkamah yang mungkin dapat memberikan kita jawapan jelas. Ramai yang mendakwa bahawa Deepak kelihatan tertekan, hilang arah dan tidak selesa. Ada juga yang mengatakan bahawa Deepak mungkin mengalami masalah tekanan kerana kehilangan jumlah wang yang banyak.

Namun, jika kita lihat kembali kepada Deepak, mungkin kita dapat tahu mengapa beliau membuat dakwaan mandul terhadap Razak Baginda.

Deepak Jaikishan a/l Jaikishan Rewachand kini berumur 40 tahun. Sebelum perniagaan beliau mengalami masalah besar, beliau dikatakan sebagai seorang yang berjaya, datang dari keluarga yang berpengaruh dalam pembangunan dan pelaburan hartanah. Telah dilaporkan bahawa dibawah pimpinan Deepak, kedua-dua syarikat beliau, Carpet Raya Sdn Bhd dan Tek Holding Sdn Bhd (syarikat pembangunan dan pelaburan hartanah), berjaya menjana wang hingga berbilion-bilion. Bursa Malaysia meyatakan, dari tahun 2000 hingga 2009, Deepak berjaya menyiapkan projek-projek pelaburan hartanah yang berjumlah kira-kira RM3 billion.

Bagi industri permaidani pula, Deepak telah berjaya membuka dan mengambil alih kilang pembuatan terbesar di Malaysia yang dikenali sebagai Mulia Carpet Sdn Bhd.
Pada tahun 2000, unit pembuatan ini dikatakan sebagai satu-satunya kilang pembuatan yang menghasilkan benang permaidani sendiri. Pada tahun 2003, Deepak telah membuka sebuah kilang pembuatan (Premier Weavers) yang mempunyai teknologi menenun yang terkini di Malaysia. Deepak telah berkecimpung dalam industri permaidani selama 15 tahun.
Dengan segala kejayaan yang dikecapi, hanya satu perkara sahaja yang masih belum cukup untuk Deepak, seorang wanita. Deepak adalah seorang usahawan berjaya yang masih bujang.

Jika kita lihat pada logik, Deepaklah yang sebenarnya mempunyai masalah 'dalaman', bukannya Baginda. Menuduh Baginda dengan mengatakan bahawa beliau mandul kelihatan seperti Deepak hanya menipu diri sendiri.

Jika perkara ini benar, ini bukanlah pertama kali pihak Pembangkang mengupah orang yang mempunyai masalah mental untuk mambantu mereka menipu rakyat. Raja Petra Kamaruddin, individu yang dipercayai telah menulis skrip terhadap kes pembunuhan ini, juga dikatakan mempunyai masalah mental ketika beliau muda.

Bagaimanapun, Raja Petra telah membuat U-turn terhadap perkara yang sedang diceritakan oleh Deepak.

Terdapat juga kemungkinan mengapa seorang ahli perniagaan yang berjaya ini masih lagi bujang, mungkin Deepak tidak mempunyai sebarang minat terhadap wanita, mungkin Deepak adalah seorang homoseksual.

Mungkin ini juga kebetulan, Pembangkang juga sering mengupah golongan gay untuk melakukan kerja-kerja mereka. Ini mengingatkan kita terhadap Hakim V.T. Singham yang dikenali sebagai penyokong pembangkang kerana sering membuat keputusan yang berat sebelah dan sering memihak kepada pihak pembangkang. Sama seperti Deepak, Hakim V.T. Singham juga berada pada peringkat umur yang sama, dan juga masih bujang.

Kepada pihak polis pula, penulis mencadangan agar menahan dan menyiasat Deepak atas dakwaan terbaru beliau yang mengaitkan keluarga PM dalam kes Altantuya.

Ini kerana Deepak juga merupakan saksi penting dalam kes tersebut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Papan Tanda Kubur Mat Indera HILANG

Hari ini kubur Mat Indera (kubur palsu) sudah hilan Papan tanda. Papan tanda tersebut adalah sumbangan Pas Batu (Tian Chua) Kuala Lumpur.

Papan Tanda tersebut complimentary daripada Tian Chua sebagai mengambil hati pengikut Pas.

Bagaimanapun Harakah, Mat Sabu dan Ustaz Akmal Kamarudin (bakal MP Larut) masih membisu dalam isu kubur palsu tersebut.

Pas sebenarnya sudah hilang punca dalam usaha mereka untuk mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Pas sebenarnya hanya melaksanakan tugas Dap. Mat Indera hanya ikon sahaja. Objektif yang lebih besar ialah mengiktiraf perjuangan Chin Peng yang menentang penjajahan British.

Mat Sabu dibayar oleh Dap untuk menaikan semula nama-nama PKM, ini berdasarkan ucapan-ucapan Mat Sabu yang pro Dap dan Pro Lim Guan Eng.

Taipingmali mengikuti ceramah-cermah Mat Sabu dan itulah kesimpulan yang boleh dibuat.

Ada ahli-ahli Pas sendiri menyatakan kemenangan Mat Sabu menewaskan Ust Nasha juga adalah kemenangan Dap.

Oleh yang demikian TM menyeru supaya rakyat Malaysia menolak perjuangan Mat Sabu, Dap dalam Pru akan datang.

Penangkapan seorang lelaki cina dari Pulau Pinang kerana menunjukkan isyarat lucuh kepada Agung telah mendedahkan bahawa ideology komunis masih subur dinegara ini, malah ia juga melibatkan remaja melayu sehingga mereka sanggup pergi ke Thailand untuk berjumpa Chin Peng.

Tolak Dap dan Pas beerti menolak perjuangan komunis bintang 3.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 17 Februari 2013

Ekonomi semakin kukuh

KWSP umum kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, 0.15 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 16 Februari 2013

Al-Fatihah

Pelakon veteran, Kuswadinata meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, 5.17 petang tadi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PRU Tidak Semestinya Ketika Cuti Sekolah- Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 16 Feb — Pilihan raya umum ke-13 tidak semestinya diadakan ketika musim cuti persekolahan penggal pertama akhir bulan depan, walaupun banyak pihak yang membuat spekulasi sedemikian. 

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata walaupun mengadakan pilihan raya pada musim cuti persekolahan merupakan kebiasaan, namun faktor lain akan turut diambil kira.

"Ia bukanlah kemestian kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat perhitungan tertentu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga kawasan Parlimen Putrajaya di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata saringan terakhir calon BN hampir siap sepenuhnya, termasuk semakan calon dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pihak polis dan Jabatan Insolvensi.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Putrajaya yakin pengundi di Putrajaya menghargai apa yang dilakukan kerajaan dan akan memberi sokongan kepada BN.

Berita Bertarikh Pada 16 February 2013 5:49 PM


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Simbah Cat Merah, kerja terbaik pembangkang

PDM Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana di sini, disimbah cat merah dalam kejadian awal pagi tadi.
Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) negeri, Datuk Chiw Tiang Chai, berkata kejadian itu disedari seorang kakitangannya kira-kira jam 7 pagi sebelum menghubungi beliau untuk memaklumkan kejadian.
Katanya, beliau kemudian bergegas ke rumah itu dan mendapati cat merah disimbah di kawasan tempat letak kereta dan papan tanda di bahagian bumbung.

Tahniah pembangkang PAS, DAP dan Pkr kerana bertindak dengan cara berhemah dan penuh disiplin dalam cara melahirkan rasa marah dan kecewa mereka.

Eloklah pembangkang dapat mencari sipelaku untuk mendapat rawatan sakit mental di mana-mana hospital berdekatan.

Kelewatan merawat akan menyebabkan pesakit akan bertambah teruk dan khuatir mereka akan menyimbah cat pada Bas Mewah milik Anwar dan Khalid.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 15 Februari 2013

Wah ! Hebatnya Pengundi baru

Senarai daftar pemilih baharu membabitkan 13.34 juta pemilih berdaftar sehingga Disember 2012 akan diwartakan pada 22 Februari ini: Aziz Yusof.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Harakah buta dan pekak

Harakah dan laman-laman media pembangkang selalunya amat sensitif dalam sebarang isu.

Andaikata najis burung walit jatuh atas songkok pemimpin Umno, ia akan menjadi berita utama. Anak pemimpin Umno berkaraoke bersama bapa saudaranya pun boleh jadi isu negara sehingga kalah bertanding.

Kisah benar mengenai kesahihan kubur Mat Indera telah pun didedahkan kepada rakyat Malaysia Isnin dan Selasa lalu.

Amat mustahil berita tersebut tidak sampai ke telinga editor Harakah. Mustahil tidak sampai ke telinga Mat Sabu dan Akmal Kamarudin serta pemimpin Pas kawasan Batu Wilayah Persekutuan.

Kalau isu Shahrizat selingsing lengan baju pun harakah tahu, amat mustahil berita kubur Mat Indera tak sampai kepada pemimpin besar Pas.

Okaylah kepada ahli-ahli Pas yang membaca tulisan ini tolonglah sampaikan kepada mereka.

Kami orang-orang di Taiping ingin mendengar komen dan ulasan daripada Mat Sabu dan lain-lain pembesar Pas mengenai penafian 5 beradik keluarga penggali kubur yang telah menunjukkan kepada umum kubur Mat Indera yang sebenarnya Isnin lepas.

Pas Pusat perlu menyiasat pendedahan kubur palsu yang didakwa milik Mat Indera oleh Mat Sabu.

Jika benar Mat Sabu dan Akmal Kamarudin telah menipu seluruh ahli dan penyokong Pas, maka wajarlah mereka berdua dihukum oleh Pas.

Apakah Pas ingin menyimpan seorang yang penipu?

Apa akan terjadi jika mereka dipilih untuk bertanding dalam Pru 13 nanti, alamatnya 5 tahun pengundi akan ditipu oleh mereka.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.