Jumaat, 1 Februari 2013

Strategi Lagakan Tun M-Najib: Bukti PR Ketakutan

Walaupun puak pembangkang berterusan menghentam mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad (Tun M) namun, mereka tidak dapat menafikan yang 'aura' beliau begitu kuat dan masih menghantui mereka, dan juga musuh-musuhnya.

Biarpun beliau sudah bersara dan hanya menjadi pemerhati kepada perjalanan politik negara sambil sekali sekala memberi pandangan dan pendapat, namun pandangan beliau tetap dianggap sebagai pemantauan dan pendapat beliau dituduh sebagai arahan.

Tun Mahathir adalah seorang yang berterus-terang dan rasanya tiada seorang pun yang mengenalinya secara langsung atau sekadar melalui media, yang dapat menafikannya. Apabila beliau merasakan masa sudah tiba bagi Tun Abdullah berundur, beliau menyatakannya tanpa selindung-selindung. Ini kerana beliau yang kita kenali, tidak terikat kepada budaya Melayu iaitu 'pukul anak sindir menantu' kerana beliau percaya kepada pentingnya berkata benar biarpun pahit.

Menyedari 'aura' Tun M mampu mempengaruhi perjalanan politik Malaysia, maka pembangkang cuba menukar 'aura' itu agar memberi keuntungan kepada mereka. Oleh itu, dalam pada mereka meneruskan kutukan dan cacian terhadap Tun M, mereka cuba membayangkan yang Tun M turut bersetuju dengan mereka berkenaan 'kelemahan' kerajaan BN dan Perdana Menteri. Harapan mereka agar aura Tun M akan dapat mempengaruhi rakyat untuk turut melihat kelemahan kerajaan BN.

Maka, dari situlah timbulnya kisah kononnya Tun M bersekongkol dengan Tan Sri Muhyiddin untuk menjatuhkan Dato' Seri Najib yang digebangkan di Malaysia Chronicle.

Dan semalam, timbul pula kisah kononnya Tun M 'menyuruh' Dato' Seri Najib meletak jawatan jika BN gagal menang besar dalam PRU kali ini. Penjelasan Tun M bahawa perletakan jawatan apabila gagal mencapai sasaran merupakan amalan biasa sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman iaitu bergantung kepada kehendak ahli, telah 'diperkecilkan' di dalam laporan media pembangkang. Dalam kenyataan yang sama juga, Tun M ada mengakui bahawa Dato' Seri Najib mewarisi BN dalam keadaan lemah, tetapi pihak pembangkang telah membayangkan seolah-olah beliau berkata yang kerajaan Najib lemah.

Bayangan-bayangan dan kisah-kisah seperti ini dimainkan dengan giat di portal-portal pembangkang terutama yang berbahasa Inggeris di mana sasaran pembacanya ialah mereka-mereka yang lebih rasional. Ianya kelihatan semakin rancak apabila PRU semakin dekat.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah Tun M memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib. Beliau juga telah menyatakan bahawa beliau akan turun membantu secara sukarela sekiranya didapati ada keperluan untuk berbuat demikian.

Dan seperti yang kita tahu, jika Tun M merasakan yang Dato' Seri Najib tidak layak maka beliau pasti tidak akan teragak-agak untuk menyatakannya secara terus-terang dan tidak akan sekali-kali berselindung di sebalik bahasa-bahasa manis sekadar untuk menyedapkan hati sesiapa kerana itulah sifat beliau, dan rakyat semua sudah memakluminya.

Dan inilah yang amat ditakuti oleh PR iaitu Tun M memberi sepenuh sokongan kepada Dato' Seri Najib dan BN. Sedangkan, apa yang dapat dilihat kini ialah aura Dato' Seri Najib seorang sahaja sudah cukup untuk menenggelamkan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang. Sekiranya Tun M pula menambah lagi sinaran aura di belakang Dato' Seri Najib, apalah daya pembangkang untuk melawan BN nanti.

Justeru, percubaan melaga-lagakan kedua-dua tokoh ini terus dilakukan walaupun setakat ini kelihatannya langsung tidak berjaya. Ini bukan sahaja kerana rakyat sudah mengenali sikap Tun M yang akan berterus terang tetapi lebih-lebih lagi ialah kerana rakyat juga sudah mula mengenali dan menyayangi Dato' Seri Najib.

Oleh itu, pembangkang tidak perlulah bersusah payah menjatuhkan maruah sendiri dengan cuba meraih sokongan melalui aura Tun M. Nampak sangat, para pemimpin pembangkang tidak punya ketokohan sendiri untuk menambat hati rakyat agar meyakini dan menyayangi mereka, sehinggakan terpaksa menumpang ketokohan musuh ketat mereka pula.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hadi Perlu Dipecat Dari Majlis Syura

Langkah drastik PAS memecat keanggotaan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura Ulama parti itu terus menarik perhatian umum sehingga memaksa ramai pimpinan PAS terpaksa tampil dengan pelbagai kenyataan untuk menjustifikasikan logik tindakan tersebut.

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat misalnya dalam usaha mengurangkan kegusaran ahli dan penyokong bawahan, cuba memberi gambaran isu pemecatan itu hanya proses biasa seumpama hubungan suami isteri yang bila-bila masa sahaja boleh bercerai berai.

Manakala Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula menganggap Ustaz Nasharudin kini hanyalah ahli biasa yang tidak berpengaruh dan jika bekas Timbalan Presiden PAS itu menyertai UMNO sekalipun tiada kesannya pada PAS.

Ulasan sedemikian yang buruk nadanya bukan satu perkara baru bagi Hadi, sudah menjadi tabiat semulajadinya memperlekehkan maruah orang lain. Sebelum ini Hadi pernah menghina rakyat Sarawak sebagai golongan yang tiada pendidikan dan masih memakai cawat. Yang terbaru dihinanya guru sekolah merendah kononnya hanya layak mengajar ABC sahaja.

Hakikatnya kenyataan dari kedua-dua pimpinan tertinggi PAS itu mahupun pelbagai lagi kenyataan dari pimpinan PAS yang lain, sebetulnya tersirat kegusaran yang mendalam, kerana itu seboleh mungkin mereka cuba membina gambaran pada ahli dan penyokong PAS supaya memandang remeh saja isu pemecatan Ustaz Nasharudin.

Mereka seperti baru tersedar wujudnya impak buruk dari kes pemecatan itu yang mampu menjejaskan kelancaran jentera parti serta kesan sampingan yang akan menggugat kepercayaan ahli dan penyokong terhadap PAS itu sendiri.

Namun segalanya sudah terlambat, PAS tidak mengambil iktibar peristiwa lepas yang melibatkan pemecatan bekas Naib presiden PAS, Dr Hasan Ali dan bila kini kesilapan sama diulangi ke atas Ustaz Nasharudin, ia seumpama PAS sengaja menempah keranda sendiri.

Sekarang kalangan ahli dan penyokong PAS tidak hanya mempertikaikan kenapa Ustaz Nasharudin dipecat tanpa diberi peluang pembelaan diri tapi mereka juga teramat ingin tahu mengapa Mursyidul Am PAS yang terkenal paling kerap gagal menghadiri mesyuarat badan tertinggi PAS itu terkecuali dari tindakan yang sama.

Malah bukan satu rahsia pun, ramai ahli PAS memperkatakan kelesuan Majlis Syura Ulama PAS paling ketara kelihatan sejak ia dipengerusikan oleh Nik Aziz. Sepanjang penggal yang lalu pula, langsung tiada mesyuarat diadakan bagi membincangkan isu yang bersangkut paut dengan dasar parti termasuklah membabitkan isu negara Islam dan hukum hudud yang menjadi pertikaian DAP serta PKR.

Dalam masa yang sama sudah banyak kedengaran rungutan mempersoalkan kenapa seorang lagi ahli Majlis Syura iaitu bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang juga jarang hadir ke mesyuarat masih terus diberi peluang menganggotai badan tersebut.

Paling utama ahli bawahan serta penyokong parti tertanya-tanya mengapakah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang terus menerus bebas dari tindakan disiplin?

Umum mengetahui Hadi telah secara terbuka mendahului keputusan Majlis Syura Ulama apabila dalam mesyurat tertinggi pemimpin PR yang disertainya, beliau telah bersetuju membenarkan kalimah Allah s.w.t digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Tindakan Hadi yang membuat keputusan songsang dan bertentangan dengan keputusan rasmi Majlis Syura Ulama PAS bukan sahaja melanggar kebiasaan malah ia meninggalkan tidak sedikit impak yang memalukan sekaligus menjejaskan kredibiliti dan kewibawaan PAS.

Dilihat dari segi kesalahan yang telah dilakukan oleh Hadi, sewajarnya beliau sudah layak untuk dipecat dari Majlis Syura Ulama PAS. Demikian halnya tindakan yang sama juga sepatutnya sudah diambil terhadap Nik Aziz dan Mat Iraqi. Namun kenapa ketiga-tiga mereka terselamat?

Walau apapun persoalan yang khalayak umum lontarkan serta apa sahaja yang ahli PAS pertikaikan, satu hakikat yang pasti PAS kini sudah cukup sinonim dengan corak kepimpinan diktator dan ruang kebebasan juga semakin sempit. Itu hakikatnya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rumah Mampu Milik Hanya Untuk Jutawan

Semenjak Pulau Pinang diterajui DAP hampir 5 tahun lalu sudah banyak rungutan rakyat kedengaran berikutan urus tadbir Kerajaan Negeri yang semakin jauh dari denyut nadi khalayak bawahan khususnya dalam isu perumahan yang mampu milik.

Rata-rata projek perumahan yang diluluskan lebih menjurus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan tinggi, sedangkan golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana terus terpinggir dari perhatian Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Paling terkesan dengan keadaan ini ialah orang Melayu Islam dan India, pun begitu semenjak setahun kebelakangan ini orang Cina juga kian ramai mengeluh dengan peningkatan mendadak harga rumah di negeri itu.

Polisi dan dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang yang mendahulukan kepentingan pemaju perumahan dan golongan berpendapatan tinggi merupakan punca utama senario sebegini makin melarat dan menambah parah kehidupan rakyat bawahan.

Lebih mendukacitakan rakyat bila mana Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan pula yang Kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama syarikat swasta akan melaksanakan projek perumahan 'mampu milik' dengan harga siling jualan yang mencecah RM400,000 seunit.

Bila disebut mampu milik maksudnya ia mampu dimiliki oleh kebanyakan golongan rakyat, namun dengan harga tersebut agaknya siapakah yang layak memiliki rumah sendiri yang telah lama mereka impikan? Wakil rakyat DAP sudah tentu dan golongan jutawan sudah semestinya lebih daripada mampu.

Persoalannya adakah semua rakyat Pulau Pinang adalah YB yang bergaji puluhan ribu setiap bulan ataupun semua penduduk Pulau Pinang merupakan jutawan? Tentunya tidak, kerana di Pulau Mutiara ini tetap ada golongan berpendapatan rendah, sederhana disamping orang yang kaya raya.

Bagi rakyat berpendapatan rendah yang bergaji sekitar RM1,500 hingga RM3,000 tentunya langsung tak tercapai dek akal untuk mendiami rumah yang sedemikian harganya, tunggu kucing tumbuh tanduklah jawabnya.

Hatta untuk golongan sederhana dengan pendapatan sekitar RM5,000 ke bawah dengan segala kos tanggungan sara hidup seharian untuk sekeluarga harga segala macam komitmen pinjaman lain juga hanya mampu berangan sahaja seumur hidup selagi Pulau Pinang terus diperintah oleh DAP dan PR.

Sebetulnya khalayak faham mengapa Guan Eng yang hanya bijak beretorik dan acapkali menipu itu tiba-tiba sahaja mengumumkan projek perumahan yang kononnya 'mampu milik' tersebut. Tak lain tak bukan dek kerana tercabar dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada akhir tahun lalu.

Semasa PM merasmikan Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 9 Disember 2012, beliau telah mengumumkan komitmen Kerajaan Pusat yang diterajui BN untuk membina sejumlah 20,000 unit buah rumah kos rendah dan rumah mampu milik.

Jumlah tersebut termasuklah yang sedang dalam pembinaan dan juga projek perumahan baru yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut fasa perancangan.

Ia melibatkan pembinaan 10,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan 10,000 unit lagi dibina oleh JKP Sdn. Bhd., Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Harga rumah kos rendah jenis flet/apartmen bermula dari RM30,000 hingga RM75,000, manakala rumah kos rendah jenis berkembar setingkat, perumahan teres pula sekitar RM35,000 hinggalah RM100,000 yang mampu dimiliki oleh rakyat yang berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.

Antara projek perumahan yang sedang dan telah dibina untuk golongan berpendapatan rendah dengan harga yang mampu milik ini termasuklah di Taman Kuala Sungai Pinang, Taman Sungai Acheh, Mustiara Vista, Sri Bayu dan banyak lagi. (Maklumat lanjut sila layari laman sesawang Perda, SPNB dan JKPSB)

Manakala untuk perumahan samada dari jenis teres setingkat dan berkembar ataupun apartmen yang berharga antara RM100,000 ke atas hinggalah RM400,000 pula turut dibina untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana mengikut had kelayakan masing-masing.

Contoh projek perumahan yang sedang dibangunkan serta yang dalam perancangan termasuklah di Taman Pancur Utama, Taman Sungai Dua Utama, Taman Limbungan Indah dan lain-lain projek yang juga boleh diperolehi maklumat lanjutnya dari laman sesawang pemaju berkaitan.

Apa yang pasti dan jelas, ini semua adalah kesinambungan komitmen Kerajaan Pusat yang sentiasa prihatin dalam melaksanakan tanggungjawab tambahannya kepada rakyat sekalipun dari segi memenuhi keperluan perumahan sepatutnya ia 100% dipikul oleh Kerajaan Negeri.

Tapi kalau dibiarkan begitu sahaja Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan polisi perumahannya yang hanya memenuhi selera golongan berpendapatan tinggi atau lebih tepat lagi untuk keperluan jutawan sahaja, akibatnya kelak khalayak ramailah rakyat jelata yang terus kepingin untuk memiliki rumah sendiri.

Justeru itu jika mahu bercakap soal perumahan mampu milik yang sebenar, nyata sekali konsep yang diterjemahkan oleh Kerajaan Pusat adalah yang paling tepat kerana semua golongan masyarakat samada yang berpendapatan rendah, sederhana atau tinggi, bukan begitu?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tun M akui Anwar terlibat dalam 'projek IC'

Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menolak penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pemberian kad pengenalan dan kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah.

Bekas Perdana Menteri berkata, perbuatan Anwar itu di luar pengetahuannya kerana tidak pernah memberi arahan tersebut.

"Projek IC (kad pengenalan) itu boleh berlaku tanpa pengetahuan dan arahan daripada atasan.

"Anwar ketika itu memang mempunyai kuasa tetapi apa yang berlaku tidak semestinya atas arahan.

"Beliau (Anwar) selalu membuat perkara yang bertentangan dengan arahan. Dan, kadangkala perbuatannya lebih daripada arahan yang dikeluarkan," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis makan tengah hari anjuran Institut Kepimpinan Strategik Asia sempena ulang tahun ke-20 badan pemikir itu, di sini hari ini.

Dr. Mahathir sebelum ini dituduh memberikan kad pengenalan dan kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah sebagai ganti undi.

Ditanya adakah beliau mempunyai bukti tentang perkara tersebut katanya; "Kadangkala kita tahu apa yang berlaku cuma tidak ada bukti untuk ditunjukkan.''

Katanya, beliau bersedia untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil.

Sementara itu, beliau berkata, Malaysia tidak perlu lagi bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) kerana perbelanjaan domestik negara cukup kukuh.

Dr. Mahathir berkata, meskipun begitu, negara amat bertuah kerana pelabur asing terus-menerus mengintai peluang untuk menjalankan perniagaan di sini.

Menurut beliau, yang menariknya, pelabur mengintai masuk ke Malaysia bukan sekadar membuat pelaburan berjuta-juta sebaliknya berbilion-bilion.

"Ini menunjukkan pelabur asing cukup berkeyakinan dengan ekonomi dan kestabilan negara ini," katanya.

Katanya, keupayaan negara mencatatkan kadar keluaran dalam negara kasar melebihi lima peratus sangat membanggakan berbanding pertumbuhan Amerika Syarikat iaitu tidak sampai satu peratus dan negara Eropah kini dalam kemelesetan ekonomi.

"Jika fakta itu tidak cukup meyakinkan, kita boleh melihat banyak kren di tengah-tengah bandar di seluruh negara, sebagai tanda projek pembinaan giat dijalankan," katanya.

"Hotel mahupun kondominium yang berada di tengah-tengah bandar pula terang-benderang, menunjukkan bilik mereka ditempah dan kediaman pula berpenghuni.

"Apabila kediaman berpenghuni, ini membawa maksud pembelian rumah bukan untuk tujuan spekulator dan saya yakin Malaysia tidak berhadapan dengan masalah ini.

"Saya berpendapat pakar ekonomi boleh menjadikan teori ini sebagai pertunjuk bahawa ekonomi Malaysia cukup kukuh dan berdaya saing," katanya sambil disambut tepukan daripada lebih 2,000 hadirin.

Beliau yakin pertumbuhan Malaysia akan terus konsisten dan berada pada tahap tertinggi sekiranya negara berjaya mencapai sasaran 70 juta orang penduduk.

"Kalau kita mempunyai pasaran domestik besar, saya yakin pertumbuhan negara akan lebih pantas," katanya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BR1M orang asli

Kerajaan meluluskan 34,700 permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia masyarakat Orang Asli membabitkan peruntukan RM14.8 juta
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nashruddin bukan lagi Ahli PAS: Majlis Syura Wajar DiBubar

Majlis Syura Ulama PAS pernah diumpamakan sebagai Al-Quran buruk oleh Datuk Mohamed Daud Iraqi, salah seorang ahli Majlis tersebut sendiri. Sebuah Al-Quran buruk yang sudah kabur tulisannya tetap tidak mungkin dibuang, dan tetap akan diletakkan di tempat yang tinggi.

Namun, di mata DAP dan PKR, Majlis Syura Ulama PAS adalah umpama kain buruk sahaja yang digunakan untuk mengelap segala najis dan lumpur yang disepahkan oleh pemimpin PAS. Akibatnya, najis dan lumpur tidak lagi kelihatan tetapi kumannya masih terus bersarang dan merebak ke tempat lain yang dilap dengan kain buruk tersebut.

PAS juga nampaknya menerima sahaja kedudukan Majlis Syuranya sebagai sesuatu yang hidup tidak membawa makna, mati tidak boleh pula kerana ia menjadi tonggak kepada nama 'Islam' yang ada pada parti PAS. Tanpa Majlis Syura, Islam PAS hanya tinggal pada jubah dan serban semata-mata.

Bukan sahaja DAP dan PKR sahaja yang 'mengabaikan' Majlis Syura tetapi, Pengerusinya sendiri, iaitu Nik Aziz turut melihat Majlis Syura sebagai tidak lebih dari simbol semata-mata. Kerana itu, Nik Aziz dilaporkan membuat kenyataan di dalam akhbar The Star yang berkata bahawa pemecatan Nashruddin dari Majlis Syura bermakna pemecatan dari PAS. Atau dalam kata lain, Majlis Syura adalah kambing hitam penyamaran bagi mengelak penyokong-penyokong PAS mencurigai tindakan pemecatan tersebut.

Hakikatnya, Nik Aziz telah dengan terus terang mengabaikan Majlis Syura dan membuat keputusan berdasarkan emosinya sendiri atas kapasiti Pengerusi Majlis dan juga Mursyidul Am parti. Menurut Nik Aziz, talak telah pun jatuh oleh itu, Nasha dan PAS tidak lagi boleh dianggap ada hubungan.

Kita amat memahami sifat Nik Aziz yang merupakan seorang pendendam.

Dan lebih malang bagi Nasharuddin ialah apabila Hadi Awang pula seorang yang suka menghina orang lain. Memberi respon dalam isu ini, Hadi Awang telah menyifatkan Nasharuddin sebagai ahli biasa sahaja dan tidak ada signifikannya jika beliau mengiringi Perdana Menteri ke Gaza. Oleh itu, pemecatan Nashruddin dikatakan kerana beliau jarang menghadiri Majlis Syura dan bukan kerana bersama dengan PM di Gaza.

Namun, jika itulah alasannya, maka ramai lagi yang jarang menghadiri Majlis Syura malah hampir tidak pernah iaitu Datuk Mohamed Daud Iraqi dan Nik Aziz sendiri. Kenapa Nik Aziz tak pecat diri sendiri bagi menunjukkan kepimpinan Islam tulen yang adil lagi saksama?

Bukan itu sahaja, malah pemecatan Nasharuddin itu sendiri tidak menepati cara Islam. Pertuduhan telah dibuat tanpa kehadirannya, dan keputusan juga dibuat tanpa pengetahuannya serta hukuman pula dibuat tanpa memberinya peluang membela diri.

Sedangkan pembangkang merupakan pihak yang kuat menghentam Akta ISA atas alasan tidak memberi peluang tertuduh membela diri yang mana membelakangi cara Islam.

Justeru, apakah hukumnya bagi Majlis Syura untuk membelakangkan soal menghukum cara Islam? Siapakah pula yang berhak menghukum Majlis Syura?

Apapun, yang jelas di sini ialah kedudukan Majlis Syura yang tidak ada makna. Majlis Syura boleh membuat keputusan, tetapi ia tetap merupakan keputusan PAS sepertimana yang dijelaskan oleh Nik Aziz. Manakala, PAS pula boleh membuat keputusan atas apa saja, tetapi keputusan muktamad tetap berada di tangan DAP.

Maka, apa gunanya lagi Majlis Syura? Bukankah lebih baik ianya dibubar saja?

Majlis Syura bukan seperti Al-Quran buruk kerana Al-Quran buruk masih lagi punya nilai. Tetapi Majlis Syura lebih layak dianggap sebagai kain buruk, kerana langsung tidak bernilai, bukan sahaja di mata PKR dan DAP, tetapi juga di mata Nik Aziz sendiri.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gejolak dalam akar umbi Pas sudah semakin ketara

MUNGKIN pemimpin-pemimpin tertentu di dalam Pas boleh mendabik dada mengatakan apa yang berlaku ke atas Nasharudin Mat Isa tidak akan menjejaskan parti tersebut.

Malahan bagi sesetengah daripada mereka, penyingkiran atau lebih tepat lagi pemecatan bekas Timbalan Presiden Pas itu dari kerusi Majlis Syura Ulama Pas adalah 'satu rahmat'.

Ini memandangkan bagi mereka seperti mana kata seorang pemimpin Pas kepada penulis, satu lagi halangan besar semakin hampir untuk dilepasi.

Sememangnya selama ini, mereka melihat Nasharudin adalah halangan dalam usaha mereka memperkukuhkan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Segala-galanya bukan kerana Nasharudin menuntut apa-apa kedudukan atau melakukan tindakan yang boleh menjejaskan imej Pas tetapi disebabkan Nasharudin mempertahankan prinsip perjuangan asal Pas, tegas dalam soal mempertahankan kesucian Islam dan tidak bersedia berkompromi dengan mana-mana juga pihak yang boleh menjejaskan kepentingan Islam.

Namun malangnya, di dalam Pas sekarang seolah-olah tidak boleh ada pemimpin yang bersikap demikian. Justeru tidak hairanlah penulis menerima pelbagai maklum balas daripada penyokong-penyokong tegar Pas berikutan apa yang berlaku.

''Pemecatan Ustaz Nasharudin dari Majlis Syura bukti Pas tunduk kepada desakan DAP. Apa dosa beliau? Bagaimana Pas ingin memperjuangkan Islam jika pemimpin tiada pendirian? Berdosakah mengiringi Perdana Menteri ke Gaza demi Islam."

Itu antara Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang diterima oleh penulis daripada penyokong Pas yang melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap apa yang berlaku ke atas Nasharudin.

Selain itu, satu sumber dalaman Pas memberitahu penulis, ketika ini pemimpin-pemimpin Pas semakin tertekan kerana isu Nasharudin dikatakan menambahkan lagi beban parti itu selepas mereka dilihat tidak berupaya menangani isu kalimah Allah.

''Pas bernasib baik kerana ada orang seperti Datuk Harun Taib dan Datuk Dr. Haron Din yang terus konsisten mempertahankan pendirian bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

''Tetapi saya tidak fikir mereka berada dalam keadaan selesa kerana kedua-dua mereka dikatakan sering sehaluan dengan Nasharudin dalam mempertahankan prinsip perjuangan Pas," kata sumber tersebut ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Penulis difahamkan apa yang meresahkan pemimpin-pemimpin Pas kini ialah gejolak di peringkat akar umbi semakin ketara apabila ada penyokong menganggap masanya sudah tiba untuk mereka memberikan mesej yang jelas kepada kepimpinan parti itu.

''Selama ini, ahli-ahli Pas bersabar apabila kepimpinan parti tetap mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP biar pun mereka lihat ia lebih banyak rugi daripada untung.

''Tetapi kali ini mereka tidak boleh bertahan lagi kerana Pas sudah semakin ketara menggadaikan segala-galanya demi mencapai cita-cita politik dengan kedua-dua parti itu," kata seorang pemimpin muda Pas ketika menghubungi penulis.

Menurut pemimpin muda itu, kepimpinan Pas juga gagal memberikan alasan yang kukuh kenapa Nasharudin digugurkan daripada Majlis Syura, bagi ahli-ahli parti itu alasan kononnya Nasharudin tidak menghadiri mesyuarat hanyalah alasan semata-mata.

''Sejak awal lagi, apabila Nasharudin sanggup berdepan dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh di mahkamah, penyokong-penyokong Pas sudah melihat ada sesuatu yang tidak kena.

''Ini memandangkan tidak ada seorang pun pemimpin Pas daripada golongan bukan ulama mempertahankan Nasharudin sebaliknya mereka menganggap itu perbalahan peribadi antara Nasharudin dan Karpal.

''Hujah ini cukup aneh kerana Nasharudin mempertahankan prinsip dan matlamat perjuangan Pas, bukannya soal peribadi. Sejak itu, penyokong-penyokong Pas melihat bahawa ada agenda untuk melihat Nasharudin disingkirkan daripada parti itu," kata pemimpin muda tersebut.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin Pas di peringkat kawasan yang dihubungi penulis mempersoalkan apakah tindakan Nasharudin mengikut Perdana Menteri ke Gaza adalah satu dosa.

''Sepatutnya Pas berbangga biar pun Nasharudin pergi atas nama Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia tetapi semua orang tahu beliau adalah pemimpin Pas, jadi kenapa perlu melihat tindakan beliau satu kesalahan.

''Kalau ada dalam kalangan pemimpin Pas mengatakan lawatan Perdana Menteri itu hipokrit, saya berpendapat Pas lebih hipokrit kerana sanggup mengambil tindakan ke atas mana-mana juga pemimpin mereka yang dilihat berjuang mempertahankan prinsip perjuangan asal Pas," kata pemimpin Pas itu.

Mungkin Pas akan menganggap bahawa bantahan terhadap pemecatan Nasharudin hanyalah perkara kecil dan dengan angkuh berkata, tidak peduli bekas Timbalan Presiden Pas itu hendak menyertai parti mana sekali pun. Namun percayalah sentimen ini tidak dikongsi oleh sebahagian ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi yang semakin keliru, celaru dan tertanya-tanya apa sudah jadi dengan parti tersebut.

Sebab itulah, satu kajian menunjukkan 95 peratus ahli dan penyokong Pas tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti tersebut khususnya dalam menangani isu kalimah Allah dan dalam soal hubungan dengan PKR dan DAP.

Tidak apalah, jika kepimpinan Pas terus mahu berasa angkuh, sombong dan mendabik dada kononnya penyokong-penyokong tegar mereka tidak akan lari dan akan tetap mengundi mereka, namun penentu kemenangan sesebuah parti bukan bergantung kepada penyokong tegar sahaja tetapi juga kelompok lain.

Dan dalam isu melibatkan Pas khususnya tindak tanduk mereka sejak berkawan dengan PKR dan DAP serta nasib yang menimpa Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharudin, ternyata Pas tidak layak untuk diberikan sokongan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti kerana apabila Pas menang, sudah pasti PKR dan DAP yang senang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tweet from @Yusmadi

@Yusmadi: Bersama @afdlinshauki @anwaribrahim wakil PimpinanTertinggi Hamas,AqsaSharif bincang isu Palestine, dana tubuh Masjid http://pic.twitter.com/PloYbRvk


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar Al-Jub yang bijaksana bijaksini

1998 dunia menyaksikan satu sejarah besar tanah air, iaitu peristiwa pemecatan Anwar dari kabinet dan Umno.

Anwar yang dibenci oleh Pas, Dap dan bekas-bekas ahli Semangat 46, tiba-tiba berubah menyokong Anwar.

Anwar pula daripada seorang yang lemah lembut dan berhemah dalam segala perlakuannya tiba-tiba bingkas menjadi seperti seekor singa.

Mahathir yang dipuja-puja dan penuh puji-pujian dalam ucapan penutup perhimpunan Umno 1997 tiba-tiba mencaci maki Tun Mahathir seolah-olah musuhnya sejak lahir.

Segala pekung Anwar terserlah dalam sekelip mata, cacian dan penghinaannya kepada Umno dan Mahathir cukup menggerunkan seolah-olah dia tidak pernah menjadi ahli Umno.

Mahathir tiba-tiba dituduh perasuah, kroni dan segala macam cemuhan dalam sidang media dan dalam perhimpunan di masjid negara.

Anwar bagaikan manusia yang terkena sawan babi. Malah dalam hujah pembelaannya di malam tersebut di Pwtc, hujah dan bahasa yang digunakan terlalu kesat dan lucah.

Akhirnya Anwar dan pemuda-pemuda Abim, IKD memulakan gerakan demonstrasi jalanan dengan akronim REFORMASI.

Setiap peserta diberikan kain lilitan kepala dan apabila dikembalikan mereka dibayar upah yang cukup lumayan.

Akhirnya tertubuhkan parti keadilan dan hari ini setelah bergabung dengan parti kepala lembu nama bertukar menjadi Pkr.

Begitulah serba sedikit senario kejadian pada 1998 untuk pengetahuan genarasi muda yang baru setahun jagung seperti Adam Adli, Faizal Zainal amk Bukit Gantang dll.

Hari ini negara menyaksikan lagi pemecatan dari pihak parti aslam se-malaya pula (Pas).

Dato Dr Hasan Ali (musuh utama Anwar dlm tahun 90an) dan terkini Ustaz Nasarudin Isa dipecat dari majlis syura dan dihukum oleh Nik Aziz bahawa Nasa digugurkan daripada menjadi calon. Sebelum ini Nasa dibuang dalam muktamar, kini Nasa adalah ahli biasa yang dihina oleh pemimpin Anwarisnas dan pecacai dan blogger Pas seperti Manjungmari, Madzam Tok Lah dan ramai lagi pecacai angkat najis Anwar dan Nik Aziz.

Namun pemecatan dua tokoh tanpa diberi peluang untuk membela diri seperti Anwar. Mereka masih cool, tenang dan tidak membuat kacau bilau sepertimana yang terjadi kepada Anwar.

Bersyukur kita kerana negara masih aman walaupun berlaku pemecatan dua tokoh tersebut, tiada sebarang protes dan rusuhan.

Begitulah bijaknya Anwar kerana berjaya mengawal pemikiran otak-otak hampas orang bulan.

Apa salahnya Anwar melakukan perkara yang sama seperti dahulu, mengajak rakyat keluar ke jalan raya untuk membela dan mempertahan Hasan Ali dan Nasa.

Ini menunjukkan bahawa Anwar adalah dalang dalam pemecatan dua tokoh terbilang dalam Pas dan menunjukkan juga bahawa demo bershit 1.0 , 2.0, 3.0 dan perhimpunan Shamsidar adalah dicetuskan oleh Anwar. Pas hanya bertindak sebagai Pak Turut sahaja.

Apa kata Anwar, Pas akan lakukan, apa kata Anwar Dap akan lakukan.

Hebatkan Anawar?

Sekarang jelas betapa bodoh dan tidak islamiknya Pas akibat pemikiran mereka dikuasai oleh Anwar yahudi, kawarik dan syiah.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 31 Januari 2013

Organisasi Kristian Bantah Penggunaan Kalimah Allah Dalam Bible

Artikel penulis sebelum ini tentang hak LGBT yang mempersoalkan mengapa Islam dipandang sebagai kolot kerana membantah hak LGBT tetapi Kristian tidak diberikan tanggapan yang sama walaupun sama-sama membantah, telah 'terkena' kepada pihak yang terlibat, puak Kristian Malaysia.

Nampaknya, Kristian Malaysia tidak mengambil pendekatan yang sama seperti Kristian di seluruh dunia, terutamanya terhadap isu seperti penggunaan Kalimah Allah bagi Bible dan juga hak LGBT.
Dan kini, persoalan yang sama masih lagi timbul di mana beratus-ratus ribu orang membuat demonstrasi di Perancis membantah hak golongan LGBT, dan terdapat tiga organisasi Kristian di Amerika Utara telah meletakkan petisyen awam untuk menghentikan Wycliffe Bible Translators, Summer Institute of Linguistics (SIL) dan Frontiers dari menghasilkan Bible yang mengandungi nama Tuhan Kristian (Father and Son) yang mempunyai terjemahan yang salah (Lord dan Messiah atau Guardian dan Proxy). Terdapat juga terjemahan Arab yang mengubah perkataan 'Father' kepada Allah yang dilihat oleh penganut Kristian sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima kerana ia mungkin akan menyinggung umat Islam, dan juga boleh mengelirukan mereka yang baru menganut agama Islam atau Kristian.

Mengapa puak Kristian Malaysia tidak berkongsi pendapat yang sama?

Isu penggunaan nama Allah telah lama timbul di Malaysia. Puak Kristian Malaysia adalah antara yang paling lantang isu ini, termasuk menerima pertolongan dari DAP.

Lim Guan Eng juga pernah menyatakan perkara ini sebagai sebahagian daripada perjuangan parti tersebut, yang kemudiannya mengundang permasalahan kepada PAS.

Hanya kerana sifat mereka yang gila kuasa, parti tersebut telah membuatkan puak Kristian percaya bahawa pluralisme adalah satu perkara yang boleh diterima, sebahagian daripada ajaran Kristian itu sendiri.

Ini adalah masa buat semua agama di Malaysia untuk mula membezakan antara agama dan politik. Apabila umat Islam mempertahankan nama Allah daripada dipergunakan, ia menunjukkan bahawa mereka memperjuangkan agama, bukannya politik. Jadi, jika anda bencikan kerajaan Melayu-Islam, anda tidak perlu melanggar agama Kristian anda sendiri hanya untuk memberikan sokongan kepada sesiapa yang menentang pihak kerajaan.

Perkara ini tidak langsung ada kena mengena dengan hak. Perbuatan ini adalah salah kerana akan mengakibatkan kekeliruan. Mungkin ini adalah masa bagi penganut Kristian seluruh dunia untuk menggalakkan Kristian Malaysia supaya melihat kembali apa yang dituntut oleh Bible, agar kita tidak keliru dengan agama masing-masing.

Bacalah, supaya kita tidak mudah dipergunakan oleh mana-mana pihak yang inginkan perpecahan antara rakyat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Harga Rumah Mampu Milik Tidak Munasabah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penganut Agama Lain Tiada Hak Guna Kalimah Allah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kajian UPM: Najib Lebih Layak Dari Anwar

Bila-bila masa sahaja dari sekarang Dewan Rakyat akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU 13 yang dijangkakan oleh ramai pemerhati politik sebagai pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah negara.

Dari segi rekod PRU 12 2008, memang benarlah PRU 13 ini cukup hangat dan sengit kerana ia merupakan penentu samada BN akan meneruskan kesinambungan pemerintahan ataupun gabungan longgar parti pembangkang, PR pula yang akan mengambil alih terajunya.

Namun jika perkembangan semasa diambil kira, besar kemungkinan PRU 13 akan menyaksikan BN mengulangi kejayaan yang hampir sama seperti yang dicapai pada PRU 11 2004 sebaliknya PR pula bakal berdepan nasib buruk seperti dialami Barisan Alternatif (BA).

Tambahan pula, sejak pentadbiran negara diambil oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada April 2009, sedikit demi sedikit BN telah kembali ke landasannya semula. Manakala dalam tempoh itu pula populariti PR semakin merosot terutama sekali selepas kegagalan projek lompat 16 September 2008.

Bermula awal tahun 2010 hinggalah sekarang menyaksikan hasil dari kepimpinan Dato' Seri Najib, BN terus memacu momentum kebangkitan sebagaimana terbukti dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang lalu.

Malah dari segi populariti diantara Dato' Seri Najib dengan pemimpin PR khususnya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim memang jauh langit dengan bumi, ini termasuklah data-data hasil dari kajian-kajian semasa yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak.

Demikian halnya kedapatan yang diperolehi dari kajian terbaru yang dilakukan di UPM yang mana Presiden UMNO itu terus unggul di hadapan dengan merekodkan populariti 67.4% sekaligus menjadi pilihan utama sebagai PM selepas PRU 13 kelak.

Manakala Anwar pula berada di tempat kedua dengan catatan 52.2% dan Presiden PAS, Hadi Awang hanya mencatat populariti 31.3% sahaja. Dengan kata lain, responden yang ditemubual agak meragui kedua-duanya dalam menggalas tanggungjawab sebagai PM.

Jika dikira pula dari segi rekod jasa bakti kedua-dua pemimpin utama PR itu yang hanya tahu berceramah siang dan malam menjelajah sana sini, lagilah tak termampu menandingi rekod kerjabuat Najib yang sudah terbukti besar jasanya dalam membantu rakyat jelata.

Apatah lagi bila diukur dari segi kesungguhan dan sikap cakna Najib dan BN yang serius membantu menyelesaikan permasalahan rakyat, jauh bezanya bila dibanding dengan Anwar dan Hadi yang hanya bijak berkata-kata ketika menabur janji tapi kerap gagal dalam menepatinya.

Apapun, yang pentingnya dalam mana-mana sahaja kajian yang dilakukan samada oleh pihak bebas, pro BN mahupun oleh PR sendiri, satu kesimpulan yang sama diperolehi - BN akan meneruskan kesinambungan pemerintahan negara ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Blogger Pecacai Pas Bacul

Pelik sungguh blogger Pas, boleh dia tarik balik artikal dia yang menfitnah Dato Tan Lian Hoe sebagai Ratu Tarian Separuh Bogel. Pagi tadi ada, petang tengok dah hilang.

Yang best siap kutuk TM kononnya update blog dgn phone waktu orang baca doa.

Oooi! Pi lah mengekor wartawan Sinar nun, senang dapat maklumat Umno dan BN.

Kenapa tak ikut Sinar? Sebab wartawan Sinar dan pindah Ipoh?

Cari lah awek-awek Sinar lain yang comel-comel tu....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pelajar Universiti Ramal BN Menang Besar

Kajiselidik yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) dibawah anjuran Yayasan Ehwal Siswazah (YES) menunjukkan sokongan terhadap BN berada dalam keadaan kukuh di kalangan mahasiswa dengan 63% yakin bahawa BN akan menang dalam PRU-13 dan hanya 37% sahaja yang meramalkan kemenangan PR.

Kajiselidik di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang turut menunjukkan populariti Dato' Seri Najib meningkat seperti berikut, Kelantan 60.8%, Kedah, 63.8% dan Selangor 54.55%.

Daripada semua responden ini, 40.1% telah dikenalpasti sebagai golongan atas pagar dan 80% daripada mereka ini pula telah bersedia untuk mengundi dalam PRU kali ini. Justeru, golongan ini merupakan antara penentu utama kepada keputusan pilihanraya nanti.

Walaupun penemuan kajiselidik menunjukkan perbezaan yang kecil antara jumlah penyokong pembangkang (30.1%) dan kerajaan (29.8%) iaitu 0.3%, tetapi secara keseluruhan, para siswazah menaruh keyakinan yang lebih kepada Dato' Seri Najib untuk menerajui negara iaitu 67.4%, berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim 52.2%, Datuk Seri Hadi Awang 31.3% dan paling tidak diyakini pula ialah Lim Kit Siang yang hanya mendapat sokongan sebanyak 1.5%.

Kit Siang juga menerajui bagi kategori pemimpin paling tidak layak sebagai Perdana Menteri dengan 61.5%, diikuti oleh Hadi Awang 26.2% dan Anwar Ibrahim 16.2%.

Penemuan ini bolehlah dianggap menarik kerana di masa yang sama, kajiselidik tersebut turut menunjukkan bahawa media politik yang paling popular di kalangan siswazah pula ialah Malaysiakini, iaitu media yang terkenal sebagai pro-pembangkang dan entah berapa kali terkantoi menipu.

Secara tidak langsung, kajiselidik membuktikan bahawa majoriti pelajar universiti cukup matang untuk menilai berita yang dilaporkan oleh media massa serta tidak mudah terpengaruh.

Apa yang didapati dari kajiselidik ini membuat kita tertanya-tanya tentang bagaimana kajiselidik berkenaan sokongan terhadap parti politik di kalangan siswazah yang dijalankan oleh UMCEDEL sebelum ini menunjukkan penemuan yang bertentangan, iaitu sokongan yang meningkat kepada pembangkang. Kajian UMCEDEL juga menunjukkan yang kaum Cina yang paling ramai menolak BN iaitu lebih 90%, dilihat sebagai meragukan terutama apabila dikaitkan dengan peratusan populariti Kit Siang yang begitu corot seperti di dalam penemuan YES.

Memandangkan kredibiliti Pengerusi UMCEDEL yang diragui kerana mempunyai 'sejarah' tersendiri bersama Anwar di dalam ABIM maka, adalah wajar kita memilih untuk bersandarkan kepada kajiselidik anjuran YES berbanding UMCEDEL.

Untuk itu, walaupun penemuan menunjukkan angka positif bagi BN, tetapi BN wajar mengambil langkah pro-aktif untuk meningkatkan lagi sokongan para siswazah dengan menangani kelemahan-kelemahan yang ada, terutamanya dalam menyediakan satu platform media alternatif yang mampu menyaingi Malaysiakini dari segi rencana dan pemberitaan.

Jelas, bahawa para siswazah dahagakan bacaan yang berunsur serius, berbanding tulisan-tulisan ringan di blog-blog atau portal pro-BN yang kurang menitikberatkan kualiti penulisan serta masih 'obses' dengan hiburan serta bahan lucah untuk menarik pembaca.

Sudah tiba masanya bagi BN meningkatkan 'mentaliti' seiring dengan pemikiran anak-anak muda dan cerdik-pandai di dalam negara. Politiking yang terlalu nyata yang dipersembahkan dalam bentuk ringan, kasar, lucah dan kadangkala rendah di dalam bahan yang disediakan oleh media pro-BN merupakan antara penyebab ramai cerdikpandai dan golongan yang lebih selesa berbahasa Inggeris, memilih untuk membaca Malaysiakini walaupun menyedari 'sifat' politik media tersebut.

Tidak dinafikan bahawa cara tertentu adalah berkesan untuk golongan sasaran tertentu, namun, tidak salah jika BN turut menggunakan cara lain untuk golongan sasaran yang lain, iaitu golongan cerdikpandai dan yang lebih selesa berbahasa Inggeris sama ada yang sedia menjadi penyokong senyap, atas pagar, mahupun yang di dalam pembangkang. Jika kena caranya, kedudukan BN pasti akan lebih kukuh lagi menjelang PRU ke-13.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Cepat betul Puak Pas buat papan tanda

Melucukan. Pas akan buat ceremony di atas kubur Mat Indera kelmarin, oleh itu siap pacak papan tanda tugu peringatan. Isnin lepas semas Tm pergi melawat tak ada apa-apa lagi.

Apa pun Pas telah tertipu, kubur yang dijaga oleh Ustaz Akmal Almenantuya dan Mat Sabu bukan milik Mat Indera.

Kubur yang sebenar ialah ditempat lain. Tunggu hari Sabtu ini, akan didedahkan kubur yang sebenar-benarnya. Siap ada logo bintang 3 lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

YAB Dr Zambry akan turun ke Parit Buntar Sabtu ini

Menjelang PRU 13, BN bersiap sedia menggempur kawasan yang dikuasai pembangkang.

Sabtu ini Dr Zambry akan menggegarkan Parit Buntar bersama gegaran gelombang biru.

TM juga akan ke sana untuk membuat liputan dan merakan gambar.

Kepada cai-cai Pas yang ingin merakam gambar TM boleh skodeng TM di sana. Maklumlah ramai yang nak kenal siapa TM.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS Umpamakan Nasharudin Isteri Curang

Sehari selepas bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dipecat dari terus menganggotai Majlis Syura Ulama PAS, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat terus meraikannya dengan upacara memotong kek di kediaman Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh.

Walaupun secara lahiriahnya acara memotong kek itu diadakan sempena ulangtahun kelahiran Mursyidul Am PAS itu yang ke 82 tahun, namun tersiratnya ia menggambarkan kegembiraan Karpal Singh yang dikongsi bersama dengan Nik Aziz dalam meraikan dendam terindah yang sudah dilunaskan.

Karpal pernah ditempelak oleh Nasharudin berhubung isu hudud, manakala Nik Aziz pula sehingga kini terus berpatah arang dengan peranan utama yang dimainkan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan itu semasa ura-ura kerjasama diantara UMNO dan PAS melalui Kerajaan Perpaduan (UG) dulu.

Nik Aziz ketika diminta mengulas status Ustaz Nasharudin yang masih kekal sebagai ahli PAS, secara sinis memberi gambaran kedudukan bekas Timbalan Presiden PAS itu dalam parti kini ibarat suami isteri yang bila-bila masa sahaja boleh bercerai berai.

"Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti)".

Maksudnya jika isteri sendiri pun boleh diceraikan, apa sangatlah kalau memecat Nasharudin dari Majlis Syura Ulama PAS. Hatta kalau Nasharudin mahu keluar parti menyertai UMNO sekalipun, itu bukannya persoalan besar bagi PAS.

Lebih-lebih lagi pada perkiraan Nik Aziz dan PAS, status Nasharudin itu sendiri yang dilihat rapat dengan pimpinan UMNO seumpama isteri yang telah curang pada suami sendiri. Itu anggapannya. Soal bukti dan peluang untuk membela diri, itu lain punya hal yang tidak perlu difikirkan.

Dari sudut lain, walau dibaca berkali-kali kenyataan Mursyidul Am PAS itu, kelihatannya seperti Nik Aziz begitu memandang mudah hubungan suami isteri bila mana ia dikaitkan dengan isu pemecatan Nasharudin dan kedudukannya dalam PAS.

Tapi nak pelik apa? Kan sudah menjadi pengetahuan umum dalam PAS telah lama wujud polisi sumpah baiah talak tiga yang menjadikan isteri kepada calon-calon PAS dalam PRU sebagai bahan taruhan bertujuan menjamin suami masing-masing kekal dalam parti dan tidak mengubah haluan melompat ke parti lain.

Satu persoalan yang menarik untuk difikirkan, kenapa baru sekarang PAS bertindak dan dimasa yang sama masih mengekalkan Nasharudin sebagai ahli PAS, bukankah itu seperti tindakan gantung tidak bertali dari seorang suami?

Amat dayus dan bacul sifatnya bilamana seorang suami hanya berani mengambil tindakan gantung tidak bertali terhadap isterinya sedangkan jika begitu yakin telah wujud kelakuan curang sewajarnya diceraikan sahaja, bukan begitu?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP 'jaguh' sekat media (Utusan)

KUALA LUMPUR : DAP akan menjadi jaguh dalam menyekat kebebasan bersuara terutama melibatkan media jika pakatan pembangkang dapat menguasai Kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengingatkan perkara itu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, DAP tidak kisah atau melompat jika media menyiarkan laporan yang 'menghentam' Pas atau PKR.

Tetapi katanya, kepemimpinan parti itu akan melenting kalau mereka diusik meskipun laporan itu berlandaskan fakta.

"Kebebasan media ala Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Pulau Pinang memperlihatkan cara beliau mendominasi satu-satu media.

"Itu bukan pendirian beliau sahaja tetapi sebenarnya kepemimpinan DAP. Dia bagi alasan semua media arus perdana adalah alat UMNO untuk menjatuhkan Kerajaan DAP Pulau Pinang, sedangkan media membuat tugas hakiki mereka melaporkan kebenaran.

"Jika media yang dikatakan alat UMNO itu melaporkan sesuatu penyelewengan di Pulau Pinang, isu tersebut akan diputarbelitkan oleh Guan Eng hanya kerana media tersebut bukan 'tokong' kepada Guan Eng" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Guan Eng yang mengelak untuk memberi sebarang ulasan ketika berhadapan dengan akhbar The Star dan memilih memberi kenyataan secara bertulis sahaja kerana bimbang kenyataannya akan diputar belit.

Menurutnya, Guan Eng sentiasa 'mencabul' hak kebebasan media yang kononnya diperjuangkan oleh pemimpin pembangkang selama ini dengan mengadakan sekatan terhadap beberapa media di Pulau Pinang.

"Slogan kebebasan bersuara hanya retorik murahan DAP dan pakatan pembangkang. Bayangkan, baru empat tahun memerintah pelbagai sekatan luar biasa telah dikeluarkan oleh mereka terhadap media yang menyokong kerajaan.

"Sebelum 2008, mereka cuba menjadi jaguh kebebasan media, kebebasan bersuara dan sebagainya, kenapa pula sekarang ini tiba-tiba mereka menjadi marah dengan kebebasan media yang diamalkan oleh media arus perdana," jelasnya.

Tunku Aziz juga mendakwa sekatan terhadap media akan bertambah parah sekiranya pakatan pembangkang diberi mandat penuh untuk memerintah negara.

"Kebebasan media yang ada kini akan terus lenyap sekiranya pembangkang memerintah, mereka akan cuba untuk memansuhkan media arus perdana yang sedia ada atas alasan media tersebut berat sebelah," ujarnya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 30 Januari 2013

DAP Ingin Guna Anak Raja Untuk Hapuskan Institusi Raja?

Dalam usaha DAP untuk kekal relevan dalam masyarakat dan politik Malaysia, parti itu tidak pernah menyatakan secara terus-terang akan prinsip mereka yang menentang Institusi Raja-raja Melayu. Namun, bagi mereka yang sedia maklum mengenai sejarah DAP akan sentiasa waspada mengenai prinsip utama perjuangan DAP yang menentang Artikel 153 di mana termaktub di dalamnya hak-hak Melayu dan Islam yang dilindungi Institusi Raja-raja.

Walaupun ianya dikaburkan oleh pemimpin-pemimpinnya, tetapi prinsip DAP dapat dilihat di dalam komen-komen oleh penyokong tegar mereka di laman-laman sosial yang jelas membenci segala-galanya yang 'berbau' Melayu. Ia juga terserlah dalam tindakan DAP yang senantiasa mencuba untuk melemahkan atau melenyapkan terus apa-apa saja yang berkaitan dengan Melayu. Antaranya, bahasa dan juga budaya, yang mana membawa kepada kes wakil DAP enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu-Islam.

Dolak-dalih konon berpegang kepada perlembagaan dan enggan mengaku menentang Institusi Raja-raja, terkantoi apabila kepimpinan tertinggi parti itu menempelak Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim yang telah menerima anugerah Darjah Kebesaran oleh Raja-raja Melayu kerana tindakan itu dikira melanggar prinsip parti. Alasan kononnya atas faktor ketelusan. Namun, tidak semua rakyat begitu mudah terpedaya dan kita sedia maklum bahawa prinsip itu dibuat berasaskan penolakan DAP terhadap Raja-raja Melayu.

Apabila terdedah bagaimana DAP pernah cuba memancing Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Mukhriz untuk menyertai DAP dengan dijanjikan jawatan Menteri Besar, maka ia menunjukkan betapa DAP tidak pernah menghormati Institusi Raja-raja. Biarpun penyertaan seorang Putera Sultan ke arena politik bukan sesuatu yang salah walaupun ia jarang berlaku, namun perlakuan DAP yang memancing dan menjanjikan jawatan kepada baginda adalah perlakuan biadap.

Apatah lagi dengan prinsip utama DAP yang tidak mengiktiraf Institusi Raja-raja, maka tindakan tersebut membawa makna bahawa DAP hanya ingin memperalatkan baginda untuk meraih undi Melayu semata-mata dengan keyakinan yang mereka dapat membonekakan baginda sekiranya strategi ini berjaya.

Mungkin ramai yang masih ingin menepis hakikat ini dan menuduh penulis sebagai rasis dan paranoid. Namun, tidak salah kita mengambil sikap berhati-hati memandangkan sehingga ke saat ini, kita masih tidak mendapat jaminan yang DAP tidak akan meneruskan agenda menghapuskan Artikel 153, sekali gus Raja-raja Melayu sekiranya PR memenangi PRU.

Dengan keadaan PAS yang begitu lemah dan PKR yang terlalu bergantung kepada rakan sekutunya untuk hidup, DAP akan mempunyai kuasa mutlak jika PR berkuasa. Malah, hari ini juga kita melihat DAP mempunyai kuasa mutlak, cumanya ia tidak ditunjukkan secara terang-terangan kerana perlu kekal relevan dalam suasana politik dan masyarakat Malaysia demi memenangi pilihanraya.

Justeru, seperti yang disebut tadi, tawaran DAP kepada Tunku Zain adalah bertitik tolak kepada strategi untuk memenangi pilihanraya semata-mata. Kedudukan Tunku Zain dan seluruh kerabat diRaja selepas pilihanraya yang dimenangi PR pula, tentunya belum pasti.

Umat Melayu tidak wajar memandang remeh akan prinsip utama DAP yang berslogankan Malaysian Malaysia. Ketahuilah bahawa prinsip tersebut tidak pernah berubah, malah kekal subur dan berkembang di dalam sanubari setiap seorang dari ahli dan pemimpin DAP.

Kata orang, fahamilah asal usul dan hati budi seseorang sebelum kita bertindak membela atau bersahabat dengannya. Begitu juga dengan DAP yang pernah terakam dalam sejarah sebagai memusuhi Islam dan Melayu, yang bertekad menghapuskan hak-hak Melayu dan yang pernah dan masih menjunjung sistem sosialis dan kesamarataan total.

Justeru, kita wajib memahami terlebih dahulu apa itu sosialis dan apa itu kesamarataan total serta kesan dan impaknya kepada umat, kepada agama dan kepada negara. Sebelum memahami semua ini, janganlah menjadi pipi yang tersorong-sorong membela DAP dalam hal ini.

Raja-raja adalah benteng kita, jika Raja-raja juga sudah dihina sebegitu rupa dengan rasuah jawatan yang jauh lebih rendah dari kedudukan baginda, maka apakah kita masih ingin terus percaya kepada DAP?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kenderaan milik surau dicuri

Dua buah kenderaan milik sebuah surau di Rawang telah dilarikan dari surau tersebut. Kenderaan yang hilang ialah Van Toyota Hiace nombor pendaftaran WTR 2201 dan sebuah MPV Nazaria nombor pendaftaran NAZA 360.

Jika ditemui sila telefon ke 0122005950 atau balai polis terdekat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SIAPA YANG TIDAK KENAL LIM KIT SIANG PADA 13 MEI ????

YANG AHLI PAS SANGGUP BELAI DAN SAYANG SELAMA INI....

1. Menggunakan slogan "Malai-Si" yang membawa maksud "Mati Melayu".
2. "Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu" – 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.
... 3. "Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan"– 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.
4. "KL sekarang cina punya" – 11 Mei, Jalan Changkat Dollah.
5. "Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control." – 12 Mei, Jalan Tunku Abdul Rahman.
6. "Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…" – 12 Mei, Jalan Khir Kampung Baru.
7. "… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis." – 12 Mei, depan Balai Polis Jalan Pudu.
8. "Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!" – 12 Mei.
9. "Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…" – 12 Mei, Jalan Canvel.
10. "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu." – 12 Mei Jalan Bukit Bintang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas dan Mat Sabu kuda kayu Dap

Hari ini genap 60 tahun Mat Indera meninggal dunia, al-fatimah untuk roh beliau.

Minggu ini panas isu Majlis memperingati 60 tahun kematiannya.

Pas sebenarnya terpedaya dengan doktrin Dap yang cuba mengangkat kembali perjuangan komunis.

Apa faedahnya Pas memuja Mat Indera, sepatutnya mereka memperingati kematian Ibrahim Libya, atau tokoh-tokoh terbilang seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Bahaman dan lain-lain yang mana perjuangan mereka menentang British tanpa dorongan dan sokongan MPAJ Bintang 3.

Pas memutar belitkan penulisan Mat Indera oleh penulis Warisan Johor.

Penulis buku ini sebenarnya mengajak pembaca berfikir siapa Mat Indera, samada layak digelar hero atau pengkhianat negara kerana terlibat dalam peristiwa berdarah bukit kepong 1950 dan bukan iktiraf Mat Indera sebagai pejuang dan bukan komunis.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rafizi gagal untuk jadi MP Pandan

Rafizi 'lembu' Ramli yang bercita-cita untuk menjadi wakil rakyat Pandan Wilayah Persekutuan nampaknya semakin pudar.

Rafizi dilihat sebagai seorang ahli politik kecewa, pendendam dan sakit mental. Apa tidaknya kalau bercakap dia hanya tau menyakitkan hati pendengar sahaja, kalau berhujah penuh dengan pembohongan dan fitnah.

Sepanjang berkecimpung dalam politik Pkr, orang sudah dapat menilai tahap kematangan dan kebijaksanaan beliau. Ternyata dia bukan pilihan yang baik.

Bila perlu bantuan dan pertolongan orang baru dia tunjuk muka, jika tidak sentuh bahu pun dia buat tak kenal.

Ini kisah dia berceramah di Pandan, yang hadir boleh dikira dengan jari jika ditolak ajak dan ahli pkr.

Ini menandakan Rafizi ditolak oleh pengundi Pandan dan petanda Anwar akan kalah teruk dalam Pru ini. Ramai Cina meramalkan Anwar akan bungkus dengan parti-partinya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Haslin Bollywood bagi ceramah politik di Kamunting

Minggu lalu ialah sambutan Maulidur Rasul, oleh itu ramailah ustaz-ustaz yang popular ke hulu ke hilir menyampaikan ceramah maulidurasul.

Kariah Surau Taman Yayasan pun tidak terlepas untuk menyambut majlis Maulidurasul lalu mereka menjemputlah Ustaz Haslin aka Ustaz Bollywood.

Biasanya kalau ceramah maulud, kita akan dipersembahkan tentang cerita-cerita atau sirah Nabi. Itulah harapan penduduk taman tersebut.

Lalu jawatan kuasa membuat jemputan melalui telefon sahaja tanpa suarat menyurat.

Malangnya mereka salah nombor dan salah orang, yang datang tu ustaz Haslin juga tetapi bukan Ustaz Bollywood yang diharapkan.

Rupa-rupanya ustaz ini ustaz politik yang tak tahu sirah nabi. Dia berceramah pasal kes liwat anwar, kes-kes politik isu semasa dan menghentam kerajaan dan Umno mengikut persepsi Pas dan pkr.

Bagaimana pun jemaah menghormati beliau walaupun objektif tidak tercapai.

Ingat lain kali berhati-hati jangan sampai salah target.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Awas pembuli Jalan raya

Tolong berjaga-jaga dengan kereta ini; WMD 5000 (Mercedes Benz class D model lama-1980an) berwarna hitam, pemandu India, umur dalam lingkungan 30-40an.

Semalam dia telah membuli seorang pemandu wanita yang enggan melayan dia memotong Q.

Ia menyebabkan pemandu Mercedes itu naik angin dan menumbuk cermin belakang kereta mangsa sehingga pecah berderai.

Lokasi kejadian ialah selepas tol sprint (dekat hotel Eastin-bangunan The Star) menghala ke Damansara Jaya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 29 Januari 2013

Scandal Adun Dap Aulong

Adun DAP Aulong YB Capek disahkan mempunyai skandel dengan pembantunya. Pendedahan ini telah diketahui umum sejak seminggu dua yang lalu.

Surat ini telah dicetak dan diedarkan secara meluas kepada penduduk Taiping terutama pada kaum cina.

Setakat hari ini, YB Capek belum membuat penafian atau membuat laporan polis terhadap surat tersebut.

Adalah lebih baik YB Yew (Capek) membuat penafian atau apa-apa tindakan yang baik untuk beliau.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 28 Januari 2013

Takziah kepada keluarga mendiang Datuk Eddy Choong

Lagenda badminton dan juara empat kali All England, Datuk Eddy Choong, 82, meninggal dunia di Hospital Loh Guan Lye, Georgetown jam 3 petang tadi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 27 Januari 2013

Pas sama taraf dengan Dap

Sejak akhir-akhir ini semakin ketara persamaan antara Pas dan Dap.

Mat Sabu Naib Presiden Pas kini seolah-olah telah menjadi ahli majlis eksekutif Dap kerana setiap kali dalam ceramahnya acapkali mengampu kehebatan Lim Guan Eng.

Persamaan lain ialah Pas dan Dap bertindak autocratic kerana memecat ahli tanpa diberi peluang membela diri.

Ahli Dap ramai dipecat kerana menyuarakan pendapat mereka yang mengkritik corak pentadbiran kuku besi pemimpin mereka.

Pas juga melakukan perkara yang sama sama ada peringkat akar umbi dan juga peringkat kepimpinan.

Peringkat akar umbi ramai yang tidak diketahui umum kerana mereka hanya cicak mengkarung saja bagi kepimpinan Pas.

Mereka dipecat kerana mempertikai perkara-perkara kecil seperti isu salah urus KOHILAL. Lebih menyedihkan mereka yang dipecat dituduh sebagai berfahaman syiah.

Terkini Ustaz Nasharudin Isa dipecat dari majlis syura dengan alasan tidak hadir menyuarat. Esok atau lusa mungkin dipecat dari Pas. Sememangnya kita tahu bahawa Nik Aziz sememangnya sudah lama tidak menyukai beliau.

Tindakan Pas dan Dap mungkin kerana arahan dari abang besar mereka tak lain dan tak bukan Abang Non kita.

Bang Non sewaktu berkuasa dalam Umno juga melakukan perkara yang sama. Sesiapa yang cuba menentang dan membantah atau cuba melawan orang-orang kepercayaan beliau, pasti akan dipecat.

Dato Tajudin Rahman MP Pasir Salak salah seorang mangsa Bang Non yang dituduh bersalah kerana politik wang. Ini berlaku apabila Dato Tajudin Rahman menyampaikan bantuan basikal kepada anak-anak miskin di Pasir Salak.

Jika disingkap sejarah pemecatan Anwar pada 2 September 1998, beliau dipanggil ke PWTC bersama semua majlis tertinggi Umno untuk membela diri. Keputusan memecat Anwar bukan dilakukan secara berseorangan oleh Tun Mahathir tetapi secara kolektif. Hanya beberapa orang sahaja yang mengambil sikap berkecuali pada malam itu. Semua MT yang hadir diberi peluang untuk bercakap dan Anwar juga diberi peluang membela diri,

Hasil keputusan ialah majoriti bersetuju Anwar dipecat kerana cerita salah laku beliau sudah lama diketahui oleh ahli MT.

Cuma generasi muda seperti Adam Adli diperdaya oleh Anwar, kononnya pemecatan beliau bukan kerana salah laku seks dan salah guna kuasa tetapi keengganan beliau meluluskan pinjaman RM 2 Billion kepada anak Mahathir. Itulah yang dipercayai oleh anak-anak muda seperti Adam Adli dan rakan-rakannya.

Anwar melakukan satu pembohongan besar terhadap anak-anak muda supaya menyokongnya. Pembohong seperti Anwar wajar humban ke lubang neraka jahanam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Happy Birthday Nicky Arron Aziz

Hebat Tok Guru Kemas , semangat sungguh dia,,,,,kat rumah Karpal Sink tuuuuu!!!!

Najib balik sebagai seorang pahlawan negara

Pagi tadi negara menyaksikan kepulangan seorang pahlawan negara bernama Najib Tun Abdul Razak.

Lebih terharu apabila Ayahanda Tun Mahathir turut hadir menyambut kepulangan pahlawan Najib.

Misi Najib ke Gaza mengingatkan kita tentang kehebatan Tun Mahathir yang banyak membantu tentera Bosnia menentang kezaliman Serbia yang mendapat sokongan dan bantuan Zionis. Malah Tun sendiri pernah ditembak di medan perang.

Isteri Tun juga pernah mempertaruhkan nyawanya dalam misi bantuan ke Iraq sewaktu perang teluk.

Kini tibalah masa dan ketika Najib juga membuktikan kehebatan beliau menjadi pendamai antara Hamas dan Fatah. Najib juga telah berjaya membantu umat islam di Selatan Filipina.

Sekembalinya dari misi pelaburan di Davos Najib sekali lagi pulang dengan kejayaan.

Apa lagi yang hendak dicemuh oleh pembangkan, segalanya sudah terbukti bahawa Najib merupakan pemimpin yang telah membawa satu anjakan dalam kemajuan negara. Cita-cita beliau kini ialah untuk menjadikan setiap warganegara sebagai rakyat yang berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Misi dan visi Tun Mahathir terus didokong kemas oleh Najib. Beliau juga mahukan rakyat hidup dalam keadaan aman damai, hormat menghormati satu sama lain. Tidak menyakiti sesiapa walaupun musuh yang pernah mendoakan bala ke atas dirinya.

Ayoh! Rakyat Malaysia, pasangkan cita-cita dan harapan untuk Malaysia sebagai sebuah negara yang penuh kemakmuran untuk masa depan generasi kita.

Jom undi BN, tinggalkan Pas yang kluk klek dalam isu Kalimah Allah, tinggalkan Pkr yang penuh hasad dengki, tinggalkan Dap yang penuh dengan tipu daya dan pembohongan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bila PKR tolak Majlis Syura Pas

Padan muka Nik Aziz kerana PKR mengenepikan keputusan Majlis Syura. Anwar kata " Dia tak tolak syura Pas tetapi menerima keputusan Hadi Awang yang bersetuju Kalimah Allah boleh diguna pakai oleh Kristian dalam bible bahasa Melayu."

Sekarang sah yang Anwar dan Pkr telah menolak golongan ulama Islam Pas.

Nik Aziz malu dan tebal muka lalu berkata " Anwar tidak setuju , itu dia punya pasal lah"

Setakat itu sahaja komen yang berapi dari Nik Aziz terhadap Anwar.

Ternyata Nik Aziz takut akan Anwar Ibrahim, sedangkan kita sudah dengar bagaimana hebatnya Nik Aziz menghina Umno kerana mengguna pakai perkataan kebangsaan dan bukan Islam dalam perkataan Umno (united Malay National Organization).

Nik Aziz juga mencela Umno dalam isu Hudud sedangkan Umno melaksanakan hukam qisas dan takzir. Ini isu Allah, dan ia lebih besar daripada isu hudud. Sepatutnya Nik Aziz mengkritik Anwar ayat-ayat yang lebih power.

Pecacai-pecacai Pas yang berada di bawah pun sudah sepi dan tak berkokok lagi kerana malu dengan perangai flip flop pemimpin atasan Pas.

Tunggu apa lagi, Pru 13 nanti undi lah DaP dan Pkr kerana kedua-dua parti ini menjanjikan dua syurga kepada ahlul Pas. Satu syurga Gay dan satu syurga kalifah Lim Guan Eng Umar Abdul Aziz. Kalifah yang dipoja-poja oleh Mat Labu Naib Presiden Pas


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 26 Januari 2013

Hadi Awang pening kerana isu kalimah Allah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rakyat Kelantan Sambut Baik 7 projek Besar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Peluang BN Rampas Selangor, Kedah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiba Masa PAS Keluar Pakatan

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BN TETAP PILIHAN DI HATI PENGUNDI PADA PRU13

Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menjurus kepada pola pengundian yang menunjukkan Barisan Nasional akan terus diyakini rakyat untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja.

Statistik kaji selidik UMCEDEL menunjukkan BN mendahului Pakatan Rakyat dengan lima mata peratusan.

BN memperolehi 42 peratus berbanding 37 peratus yang memberikan keyakinan kepada PR berdasarkan kepada soal selidik ke atas saiz sampel 1,409 pengundi.

Malah pemimpin BN berpendapat bukan sahaja parti pemerintah akan menang besar tetapi juga akan berjaya merangkul kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Keyakinan ini bukanlah cakap-cakap kosong kedai kopi tetapi berlandaskan kepada fakta dan realiti di peringkat akar umbi pengundi.

Sikap keterbukaan dan pendekatan inovatif pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Naji Tun Razak merupakan dua faktor amat penting yang menyumbang kepada keyakinan rakyat kepada BN.

Walaupun pihak pembangkang saban hari membangkitkan pelbagai isu yang didakwa bersabit dengan rasuah dan penyelewengan tetapi rakyat terutamanya pengundi bijak memilih di antara kaca dan permata.

Apa yang mereka sekarang lihat dan nikmati adalah hasil pro-aktif kepemimpinan cemerlang yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri dalam memperjuang serta menjaga kebajikan rakyat.

Daripada perbelanjaan isu rumah, pendidikan, kebajikan pelajar, warga emas, pemandu teksi, golongan karyawan, agamawan dan nelayan hinggalah kepada golongan peniaga serta usahawan, semuanya kini sedang menikmati hasil bermacam-macam program yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib.

Boleh dikatakan tidak ada lapisan masyarakat atau golongan rakyat yang disisahkan daripada menerima bantuan dalam pelbagai bentuk dan rupa.

Program BR1M 1.0 dan 2.0 yang dituduh pembangkang yang kekeringan isu sebagai rasuah politik menerima respons yang sungguh menakjubkan.

Begitu juga lain-lain program KR1M, Klinik 1 Malaysia, TR1M, KD1M yang terbit daripada dua program transformasi kerajaan - Program Transformasi Pentadbiran dan Program Transformasi Ekonomi.

Mentadbir sebuah negara majmuk seperti Malaysia dengan 1001 kerenah daripada setiap kaum yang berlatar belakangkan etnik, agama, bahasa, budaya serta pandangan dunia yang berbeza bukanlah suatu yang mudah.

BN telah berjaya mengangkat serta menobatkan martabat negara dari semua susut pembangunan - ekonomi, politik dan sosial - daripada sebuah negara berasaskan pertanian kepada negara industri yang mennuju kepada status negara maju menjelang 2020.

Segala yang telah dicapai sehingga kini bakal hancur dan musnah jika negara berada di dalam tangan pembangkang.

Ini kerana asas politik pembangkang adalah kebencian dan perpecahan serta memporak perandakan negara demi untuk memperolehi kuasa politik.

Pembangkang tidak peduli tentang aspek keselamatan negara mahupun kedaulatannya kerana apa yang penting bagi mereka ialah merampas Putrajaya dengan menimbulkan kekacauan dan huru hara.

Ini terbukti dengan siri demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering diadakan sejak PRU 2008 kononnya untuk memperjuangkan hak rakyat.

Sebenarnya bukan rakyat yang menjadi fokus gerakan pembangkang.

Rakyat hanya dimobilisasikan sebagai satu gerakan massa bagi kepentingan politik pemimpin-pemimpin pembangkang dalam Pakatan Rakyat yang masing-masing mempunyai halatuju dan ideologi yang berbeza.

Walaupun kajian UMCEDEL menunjukkan sejumlah 78 peratus daripada saiz sampel pengundi dalam soal selidik yang dijalankan mengatakan, integriti dan salahguna kuasa pemimpin BN memberi kesan kepada sokongan pengundi dalam pilihan raya umum, namun ini ada hanyalah masalah persepsi yang telah dicorakkan dalam pemikiran rakyat oleh pembangkang.

Akhirnya rakyat akan menunjukkan kematangan di peti undi bila mana mereka mampu membandingkan dengan fikiran dan hati yang terbuka kehidupan yang telah mereka nikmati sepanjang pemerintahan BN.

Mereka juga akan membandingkan janji-janji kosong pembangkang yang tidak mampu dilaksanakan serta lebih indah khabar dari rupa.

Hasil kaji selidik Universiti Malaya itu yang menunjukkan 53 peratus masyarakat Cina masih "tidak pasti" untuk memilih parti mana pada PRU 13 juga seharusnya tidak perlu dibimbangi.

Pengundi Cina melihat politik sebagai satu bentuk perniagaan yang mengutamakan aspek keuntungan lebih daripada unsur yang lain.

Walaupun mungkin wujud beberapa isu yang menjadi kebimbangan kepada mereka, pengundi Cina perniagaan akan bertindak seperti peniaga yang akan memastikan kerajaan yang mereka pilih mampu memberi suasana perniagaan yang stabil, kompetitif dan aman daripada segala halangan yang membantutkan ekonomi mereka.

Pembangkang mungkin boleh bermulut manis menabur segala macam janji termasuk ada yang tidak masuk akal sama sekali tetapi rakyat akan tetap memilih BN yang rasional, komited, berwawasan serta sentiasa menepati janjinya.

Sekian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 25 Januari 2013

Pembangkang Mahu Ibrahim Ali Dipenjarakan Kerana Pertahan Islam

Riuh rendah para pemimpin pakatan pembangkang mencemuh kenyataan Presiden perkasa, Ibrahim Ali berhubung saranannya supaya dibakar kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t dan kini sedang giat disebarkan oleh golongan pendakyah Kristian kepada para pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang.

Respon keras oleh Ibrahim itu ada asasnya, lebih-lebih lagi sudah lama umat Islam menahan sabar setelah bertahun-tahun isu kalimah Allah s.w.t telah dengan sengaja ditimbulkan oleh DAP dan para pendakyah Kristian dengan niat untuk merosakkan akidah umat Islam.

Hanya orang yang tidak beriman dari golongan munafikun sahaja yang tidak terasa keesaan Allah s.w.t dan tidak sensitif untuk mempertahankan kesucian kalimahNya dari dinodai oleh pendakyah agama lain.

Tapi agak menakjubkan bila mana ada juga kalangan pemimpin PAS yang tumpang sekaki mengkritik saranan Ibrahim Ali, kelihatannya seperti parti berlabel Islam itu lebih sensitif bila 'kesucian' Bible disentuh berbanding kesucian hakiki kalimah Allah s.w.t yang sedang cuba dinodai oleh DAP dan pendakyah Kristian.

Barangkali PAS sudah terlalu liberal dan kini telah bertukar kulit dari parti yang memperjuangkan hak agama Islam dan umatnya berubah menjadi parti pro Kristian pula. Besar kemungkinan itu kalau dilihat pada watak dan pembawaan ramai pemimpin PAS yang lebih sudu dari kuah berbanding sesetengah penganut Kristian.

Selain PAS, para pemimpin PR yang lain sama ada dari PKR mahupun DAP rata-ratanya bersungguh benar mengambil kesempatan dari kenyataan keras Presiden Perkasa berhubung kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible itu untuk menimbulkan kemarahan penganut Kristian.

Mereka cuba menimbulkan desakan dan tekanan supaya pihak berkuasa mendakwa Ibrahim di bawah Akta Hasutan sebagaimana digesa oleh Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee. Malah tidak kurang juga yang mahukan Kerajaan bertindak lebih tegas dengan memenjarakan sahaja Ibrahim kononnya atas kesalahan menimbulkan keresahan umum.

Bagi sesetengah penganut Kristian yang sememangnya totok DAP dan pro PKR tentu sahaja menyambut propaganda PR itu dengan telinga terbuka selanjutnya turut memanipulasi secukup rasa tanpa mempedulikan punca sebenar isu asalnya dari niat jahat golongan pendakyah Kristian sendiri.

Golongan sebegini hanya melihat isu dari perspektif kepentingan sendiri walhal sedari dulu lagi Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunggak asas berdirinya negara ini telah memperuntukkan agama Islam adalah agama Persekutuan dan penganut Islam adalah dilindungi daripada sebarang dakyah agama lain.

Persoalannya kenapa selepas PRU 12 2008, hanya dek kerana PR beroleh sedikit kekuatan politik dan kuasa tiba-tiba sahaja segalanya mahu dilanggar dan persetujuan bersama yang sekian lama dipatuhi kini mahu dicabar?

Kenapa bilamana Ibrahim Ali dan Perkasa bersuara mempertahankan Islam maka ia dianggap sebagai hasutan sedangkan kelancangan mulut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta pendakyah Kristian cuba menodai kesucian kalimah Allah s.w.t tidak pula dikecam sama?

Kita percaya masih ada penganut Kristian yang terbuka mindanya dan melihat isu ini dari perspektif lain dan tidak mahu turut terjebak dalam mainan politik sempit yang dimulakan oleh gereja Kristian dan DAP. Jika benar demikian bangkitlah segera menolak dakyah-dakyah politik sempit itu demi kepentingan semua pihak
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Guan Eng Harus Dipersalahkan Jika Kitab Bible Dibakar

Majlis Peguam dalam reaksi segeranya telah meminta pihak berkuasa bertindak mendakwa Presiden Perkasa, Ibrahim Ali di bawah Akta Hasutan berikutan gesaan NGO itu supaya kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t dan disebarkan kepada pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang dibakar.

Bila ada kepentingan untuk politik pembangkang tak semena-mena mereka mahu menggunakan Akta Hasutan yang sebelum ini seringkali dituduh sebagai alat Kerajaan Pusat untuk menutup mulut pemimpin pakatan pembangkang. Dasar hipokrit betul.

Itu sudah menjadi standard Majlis Peguam yang kiblatnya sejak dulu condong memihak kepada pembangkang, lagipun dalam bab putar belit sebegini sudah terlalu sinonim dengan mereka.

Dalam pada itu, ramai juga pemimpin PR dan pihak gereja Kristian tumpang sekaki mendesak Kerajaan Pusat bertindak tegas terhadap Ibrahim Ali kononnya demi memelihara hak kebebasan agama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tapi hak agama Islam yang dijamin sebagai agama Persekutuan serta penganutnya dilindungi daripada hasutan dan dakyah agama lain tidak pula para hipokrit politik dari PR dan puak Kristian ini mahu ambil kira untuk dihormati sama.

PR yang secara kasarnya kelihatan dikuasai pemimpin beragama Islam rupa-rupanya lebih sensitif bila timbul isu melibatkan kitab Bible, pelik bin ajaib betul. Kalimah Allah s.w.t sengaja mahu dinodai untuk disamakan dengan konsep ketuhanan triniti Kristian tidak pula mereka sensitif untuk pertahankan kesuciannya.

Sepatutnya sebelum mereka mencemuh Ibrahim Ali dan NGO yang diketuainya, lebih elok mereka cermin wajah sendiri dan kaji dari mula siapakah yang mula-mula mencetuskan isu kalimah Allah s.w.t untuk dimasukkan dalam kitab Bible Bahasa Melayu.

Jika tidak kerana mulut lancang dan kurang ajar dari Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menimbulkan isu ini dalam ucapannya semasa perutusan Kristmas 2012, perkara sebegini tidak akan timbul langsung.

Tapi dek kerana DAP begitu kemaruk mahukan undi penganut Kristian untuk berdepan dengan PRU 13 maka mereka dengan sengaja mencetuskan kembali tuntutan kalimah Allah s.w.t sekaligus menyebabkan suasana harmoni di antara orang Islam dengan minoriti Kristian di negara ini kembali hangat.

Tambah memanaskan keadaan bila mana para mubaligh Kristian keturunan Cina di Pulau Pinang kelihatan seperti sengaja mencurah minyak pada api yang sedang marak dengan menyebarkan kitan Bible yang mengandungi tulisan jawi dan kalimah Allah s.w.t kepada para pelajaf Melayu Islam di beberapa buah sekolah menengah di sana.

Nyata sekali pihak yang sepatutnya perlu dikecam dan dipersalahkan ialah DAP serta para aktivis Kristian dan bukannya Ibrahim Ali atau Perkasa yang hanya menyuarakan kemarahan terhadap tindakan kurang ajar DAP dan pihak pendakyah Kristian.

Jika benar ada kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t terutama sekali yang disebarkan kepada pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang itu akan dibakar, maka Lim Guan Eng dan DAP lah yang patut menanggung akibatnya, bukan begitu?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 24 Januari 2013

Rabu, 23 Januari 2013

LGBT: Is It Only A Problem For The Muslims/Malaysia?

The world is changing, and nobody can deny it but I don't think anybody could guess what it's changing into, and whether it's for the better or worse. Some say, it's getting better - with this deafening call for freedom, equality and 'human rights' being heard by more and more countries.

While some, express their worries and doubts over the threats that the freedom, equality and human rights may posts, to the religious beliefs, cultural values as well as human and family virtue.

Some, however, just decided to not think at all, but accept anything that comes from the 'voice of the world' or more accurately, the westerners, which they look up as more civilized, more informed or the 'smarter' race. They believe that anything that comes from there must be good and the right things, even though it defies their religious beliefs.

There is a strong evident that psychology plays quite a role in the way we see the changes in the world today. The uprising Islamophobia seems to have influenced some judgment. In other words, their 'phobia' that now turns into 'despise' , has caused some of us to believe that anything or everything that spells 'Islam', has to be backward, wrong and unwise and everything or anything otherwise, must be right or better. To the extent that it clouded the facts some of the teachings in Islam are also taught by other religion.

The most similar religion to Islam must be Christians as both share the same history of the prophets. Although similar in its history and some of the teachings, but it is as far apart as it can be in its core, which is the subject of God where Islam worships Allah SWT and nothing but Allah SWT, and Jesus is human who is just another Prophet, while Christians takes Jesus as God or God's son or partly God.

However, whatever similarity that the two religions might have is now vague as the Bible has gone through many amendments and changes, whereby the AlQuran remains the same and unchanged since the day it was sent. While the Bible now is a book that tells the tales of Jesus and Christianity, AlQuran is basically guidelines and information of life for the future, as from the day it was sent. For example, it tells in details of the condition of a baby in the womb and the facts of the universe even before human could figure them out.

The striking similarity that remains is that both Muslims and Christians love to preach to each other which is evident in the social network - at least in Malaysia. And through this, I notice that while the 'good Muslims' are constantly calling for their brothers and sisters to go back to basic, the AlQuran and Sunnah, but the 'good Christians', however, are going the opposite way from the Bible. Many Christians seem to be calling for liberalism or pluralism and many of them are openly supporting LGBT while at the same time, condemning the Muslims or Islam for condemning the group.

Then again, this may only be the case for the Christians in Malaysia because, as far as I know, LGBT is incompatible with the beliefs, sacred texts, and traditions of many religious groups, not just Islam.

The Catholic Church, Presbyterian Church, United Methodist Church, Southern Baptist Convention, Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, National Association of Evangelicals, and American Baptist Churches USA all oppose to it and same-sex marriage.

July 31, 2003: Statement from the Congregation for the Doctrine of the Faith and approved by Pope John Paul II, stated that "marriage was established by the Creator with its own nature, essential properties and purpose. No ideology can erase from the human spirit the certainty that marriage exists solely between a man and a woman".

Therefore, I find it weird for Malaysian, especially, Malaysian Christians to support gay rights as it not only defy the eastern culture and value, but also their religion. These Malaysians seem to believe that it is this conservative, backward, stupid Islam that is discriminating LGBT, and often ridicule all statements made by Islamic bodies on the subjects. It seems to never occur to them that their religion opposes the group too.

It is important to note that while Islam acknowledges a person with two-sex condition (khunsa) where the person may choose to live as one of either sex that strongly makes his/her personality, but Islam, nor Christians acknowledge a 'natural attraction or desire towards same sex' simply because there is no such thing.

Gays and lesbians weren't born as gays or lesbians. All of them only become one after a 'try-out' either voluntarily or by force. In an Islamic country such as Malaysia, it is easier to prove so, whereby all the gays that were 'caught', admitted that they only become gays after one little experience somewhere in their teens or early adult. Most reported cases stated the first experience as, 'forced or raped by their seniors in college'. Those aren't strong enough to get over it, would be the ones most probably end up living as gays or bisexuals. So, it's not a natural condition, in fact, it's a psychological problem and no wonder, the Islamic religious department happened to have 'cured' quite a number of them.

The lesbians are less credible in their argument of being a 'born-this-way'. Most of them admitted of having bad experience with men and chose to just give up on them. This proves that it is not about natural sexual desire, but simply a crave for attention and affection.

Transexuals or in Malaysia, is called Mak Nyah, Pondan is a case of men with the heart and mind of a woman. They see themselves as a woman and dying to be one. This is a psychological confusion which may have caused by a traumatic experience, environmental influence or even hormonal imbalance since born - which can be treated with hormonal drugs and proper counseling. However, some of them, whom many of them and the society might not realize, might also fall into the group of 'khunsa'. In such case, they should get a medical evident whereby, they can practice their right to choose a sex which they are comfortable with, and nobody should deny them of this right.

The point is, if Islam condemning LGBT is considered by these so-called open-minded, educated Malaysians as stupid and backward, they must also admit that Christians too, is stupid and backward.

And so are the half a million French who marched down the streets on 14 January on another series of an anti-gay demonstration in the country and protest of same-sex marriage bill. The Vatican had acknowledged the success of the demonstration in its website.

And what about the Russians who marched down the street on 22 January for the same reason as the French? Or the Russian government for banning what is called 'Gays Propaganda' which includes spreading information, no matter how insignificantly small about LGBT.

Are they as stupid and backward as the Muslims in Malaysia too?

Facts about LGBT today: There are 55 countries opposing LGBT, 93 supports, 27 refused to vote and 17 were not present to vote. However, as of Sep. 12, 2012, only 11 out of 194 countries allow same-sex couples to marry: the Netherlands (2000), Belgium (2003), Canada (2005), Spain (2005), South Africa (2006), Norway (2009), Sweden (2009), Argentina (2010), Iceland (2010), and Portugal (2010).

Are all the 194 countries stupid and backward too?

In America itself, only 9 out of 50 states legalized gay marriage. Are all the Americans in the 39 states stupid and backward too?

This is a fact which I believe all educated, open-minded Malaysians would agree, regardless of their religious beliefs that, LGBT and its objective of gay marriage will lead to more children being raised in same-sex households which are not an optimum environment for raising children because children need both a mother and father. Girls who are raised apart from their fathers are reportedly at higher risk for early sexual activity and teenage pregnancy. Children without a mother are deprived of the emotional security and unique advice that mothers provide.

An April 2001 study published in American Sociological Review suggested that children with lesbian or gay parents are more likely to engage in homosexual behavior. In the 1997 book Growing up in a Lesbian Family: Effects on Child Development, Fiona Tasker, PhD, and Susan Golombok, PhD, observed that 25% of sampled young adults raised by lesbian mothers had engaged in a homoerotic relationship, compared to 0% of sampled young adults raised by heterosexual mothers.

And I don't think that I need to remind any of you that HIV and AIDS are originated from homosexual activities.

Allah SWT has created the world with rules which we called 'nature'. The moon and the earth moves around in exact timing and route, just as our blood flows and heartbeat has its rhythm, timing and certain rules to ensure of a perfect function. This is nature. Should the earth be shifted only a few mm., it would be doomsday. Nature also sees that everything is created in pairs just like man and woman which are created for each other, blessed them with love and children, and therefore live in peace.

Allah SWT then promised that, should the nature be defied, things would be ruined. While defying nature is stupid, condemning Islam for condemning LGBT, is pure hypocrite.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PR Pulau Pinang zalim macam Yahudi

GEORGE TOWN, 22 Jan –  Wanita Barisan Nasional (BN) Jelutong mahu pihak yang bertanggungjawab merobohkan bilik gerakan BN Jelutong pada Ahad lepas memberi penjelasan berhubung tindakan mereka.

Timbalan Pengerusinya, Senator Datuk Saripah Aminah Syed Mohd berkata, tindakan itu yang dilakukan tanpa notis pemberitahuan menyebabkan kerugian sekitar RM150,000.

"Kita beri mereka yang sepatutnya bertanggunggjawab dalam hal ini selamaseminggu untuk tampil beri penjelasan… jika tidak ada juga kita akan minta nasihat peguam untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak bilik itu di sini Selasa.

Saripah Aminah yang juga Ketua Wanita UMNO Jelutong, berkata mereka kehilangan tiga unit mesin jahit, dua alat pendingin hawa serta kabinet fail dalam kejadian itu.

Bilik ini yang beroperasi sejak 1998 dimanfaatkan bagi pelbagai aktiviti termasuk kelas jahitan serta kelas tuisyen percuma untuk 20 pelajar miskin dari kawasan sekitar, katanya.

"Saya memang perlukan sangat bilik gerakan ini untuk pilihan raya umum yang akan datang, sejak beroperasi sebanyak tiga pilihan raya umum memang menggunakan bilik gerakan ini untuk semua operasi…sekarang ni saya pun tak tahu nak buat macam mana lagi," katanya.

Menurut Saripah Aminah, kejadian itu berlaku ketika pihaknya masih berundingdengan pemilik tanah iaitu Duta Mas Permai Sdn Bhd, sama ada syarikat tersebut mahu memberi pampasan atau premis baharu kepada mereka.

"…tetapi belum pun sempat capai keputusan, bangunan dirobohkan," katanya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 22 Januari 2013

Projek Petrokimia: PAS Utamakan Orang Johor Dari Orang Kelantan?

Beberapa hari lepas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman untuk melaksanakan tujuh projek pembangunan berskala besar untuk Kelantan semasa merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di RTC Tunjong, Kota Bharu.

Projek pembangunan itu merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, stadium baru, masjid terbesar, perumahan rakyat, sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan projek bekalan air bersih.

Berikutan itu ada sesetengah penyokong dan pemimpin PAS tampil mempersoalkan kenapa projek pembinaan kompleks petrokimia yang melibatkan pendaratan & penapisan minyak dan gas di Pantai Senok, Bachok tidak dimasukkan sekali dalam pakej pembangunan yang diumumkan oleh PM.

Bagi yang celik akal dan minda tentunya sedang tersenyum simpul mendengar tuntutan sedemikian. Persoalannya kenapa?

Umum mengetahui di Pengerang, Johor tika ini usaha Kerajaan Pusat melalui Petronas untuk membina kompleks petrokimia membabitkan pendaratan dan penapisan minyak (Rapid Pengerang) telah menerima bantahan daripada PAS dan sekutu mereka.

Para pemimpin PAS dan PR serta NGO proksi mereka giat melancarkan kempen hasutan kepada penduduk kononnya projek kompleks petrokimia di Pengerang itu akan menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar selain menyebabkan risiko keselamatan kepada penduduk.

Dilihat pada propaganda dan hasutan PAS serta PR di Pengerang, logiknya ia menggambarkan keprihatinan mereka terhadap isu alam sekitar, kesihatan dan nyawa rakyat Johor. Itu yang kelihatan dari pandangan kasar.

Bila dibandingkan pula dengan tuntutan PAS supaya kompleks petrokimia yang sama di bina di Kelantan, ia seakan menunjukkan PAS amat mengutamakan keselamatan rakyat Johor berbanding nasib rakyat negeri Kelantan, bukan begitu?

Tapi hakikat sebetul-betulnya, percanggahan ketara itu hanya menyerlahkan betapa hipokritnya pemimpin PAS & PR. Mereka membantah Rapid Pengerang bukan atas isu alam sekitar, kesihatan dan demi nyawa rakyat pun. Sebaliknya bertujuan untuk mensensasikan sentimen penduduk sahaja.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu Kalimah Allah: Petunjuk Pemerintahan Syaitan Berkepala Tiga

Isu Kalimah Allah yang menggelegak di dalam Pakatan Rakyat nampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda akan sejuk. Sifat kiasu semulajadi DAP tidak memungkinkan parti tersebut berganjak walau seinci. Manakala, PAS pula terdesak ingin meyakinkan penyokong mereka bahawa mereka mampu mempertahan Islam. Sementara PKR mengambil pendirian serupa dengan DAP atas alasan ianya telah dipersetujui lebih awal di dalam pakatan mereka termasuk oleh PAS.

Justeru, U-turn yang dibuat PAS berdasarkan keputusan Majlis Syura adalah tidak boleh dipakai atas alasan kesilapan PAS tidak merujuk kepada Majlis Syura terlebih dahulu sebelum bersetuju, tidak harus dibebankan kepada PR.

Akhirnya, yang perlu menanggung akibat dari kesilapan PAS tersebut adalah Islam dan umat Islam.

Namun, sebagai umat Islam, kita telah diajar agar melihat hikmah di sebalik sesuatu. Hikmahnya dari 'tragedi' ini ialah kita diperlihatkan dengan jelas gambaran corak pemerintahan Pakatan Rakyat yang haru biru. Lihat saja bagaimana walaupun setelah beberapa minggu berlalu, isu ini masih juga belum selesai.

DAP dan PKR sepakat berpegang kepada keputusan awal dan membakulsampahkan saja PAS dan Majlis Syuranya. PAS pula masih ingin bertahan, mungkin sebahagiannya atas keinsafan dan sebahagian lagi atas keperluan kepada sokongan umat Melayu.

Apa pun faktornya, kita tidak melihat kesungguhan dan kekuatan PAS kerana di dalam laporan media rasmi mereka seperti Harakah mahupun Harakahdaily, PAS masih menafikan yang keputusan Majlis Syura tersebut adalah U-turn, tetapi konon konsisten untuk tidak membenarkan Kalimah Allah diguna bukan Islam.

Harakah menipu pembacanya bahawa U-turn itu hanyalah putar-belit media UMNO. Sedangkan yang bangun menempelak pendirian U-turn PAS adalah DAP dan PKR dan bukan hanya UMNO. Tetapi, malang sekali, Harakah terlalu takut untuk menempelak DAP atau PKR, dan hanya berani menempelak UMNO.

Jelas di sini bahawa kuasa tertinggi tidak wujud di dalam PR melainkan secara ilusi. Jika tidak sudah tentu kuasa tertinggi akan meletakkan noktah kepada isu ini hanya dengan satu arahan.

Tetapi ini tidak berlaku kerana Anwar Ibrahim, yang sepatutnya memainkan peranan sebagai Ketua Umum, hanyalah simbol kepimpinan Melayu semata-mata. Sedangkan hakikatnya, kedudukan Anwar adalah jauh lebih rendah dari pegawai biasa parti DAP seperti Zairil yang memakai nama Melayu tetapi bukan Melayu. Anwar hanya boleh membuat kenyataan, tetapi kenyataan Anwar samalah seperti kenyataan Majlis Syura, iaitu tiada bernilai walau satu sen jua.

Di dalam Barisan Nasional, semua parti-parti komponen menerima Pengerusi BN sebagai Ketua di mana walaupun semua keputusan dibuat secara kolektif dan demokrasi tetapi kuasa tertinggi tetap berada di tangan Pengerusi. Jika terjadi pertelagahan pendapat yang berlarutan, Pengerusi mampu mengarahkan pihak yang terbabit agar menghentikannya dengan memberi kata pemutus kepada mereka. Dengan itu, parti kekal stabil untuk membolehkan ia bergerak seiring dengan kerajaan dalam berkhidmat kepada rakyat serta menguruskan negara.

Kesetiaan dan semangat setiakawan seperti yang diamalkan BN ini tidak wujud di dalam PR. Kita sedia maklum bahawa DAP tidak akan sekali-kali akur dengan perintah Anwar atau perintah sesiapa jua. Dan PAS pula sudah 'tawar hati' dengan Anwar tetapi takut kepada DAP.

Apabila ketua tidak dihormati dan kuasanya tidak diiktiraf maka apa akan terjadi jika parti ini menjadi pemerintah? Apa akan terjadi kepada isu Kalimah Allah ini di bawah pemerintahan PR?

Kita dapat menggambarkan bagaimana sementara Karpal Singh melayan PAS bertekak di media, injil berbahasa Melayu dengan menggunakan Kalimah Allah secara syirik terus diedar kepada anak-anak sekolah. Apabila UMNO mengkritik, PAS pula membela DAP sebagai tidak bersalah kerana tidak faham Islam.

Maka, perselisihan semakin parah sedangkan 'Perdana Menteri Anwar Ibrahim' pula hanya memerhatikannya sahaja sambil menjegil-jegilkan mata kepada PAS sebagai isyarat untuk mengalah. Mungkin akan ada seorang dua pemimpin PAS mengalah, tetapi dua tiga orang yang lain enggan pula mengalah.

Lalu berterusanlah mereka bertekak sesama sendiri sedang Injil berbahasa Melayu sudah sampai ke seluruh pelusuk tanah air mengelirukan dan menggoyahkan akidah umat Islam.

Justeru, bagi mereka yang berfikir, tentu dapat melihat bahawa isu kalimah Allah ini adalah sebenarnya petunjuk langsung dari Allah SWT berkenaan kedudukan Islam dan umat Islam di bawah Pakatan Rakyat. Gambarannya tampak begitu jelas bahawa kita akan berada sebuah neraka jika diperintah oleh syaitan berkepala tiga.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bila Anwar menang vs Utusan

Anwar berjaya menang kes saman terhadap isu LGBT. Kita hormat keputusan mahkamah, kalah menang dalam kes mahkamah perkara biasa.

Orang yang sah membunuh pun kadangkala terlepas daripada hukuman. Penyamun pun boleh lepas bebas, inikan pula kes Anwar.

Kes liwat yang membabitkan pembantu beliau yang mengambil masa 3 tahun dan beratus kali penangguhan akhirnya memihak kepada Anwar.

Ini kelemahan pendakwaan dan kebijaksanaan pembelaan. Bila pembangkang kalah, tuduh mahkamah dikuasai oleh Umno, bila menang ini mahkamah rakyat. (Rujuk kenyataan Nizar Jamaludin dalam kes MB Perak) .

Bila Anwar menang semua penyokong dia menjerit kegembiraan dan menokok bahawa Utusan sememangnya kuat fitnah.

Utusan tak fitnah, dia ada hujah dia, alasan dia, tetapi dah nak kalah nak buat macam mana. Respect lah keputusan tu. Macam kes liwat juga, Nampaknya mahkamah kena tubuh mahkamah sintifik lah, sebab mahkamah hari ini masih kunu. Polis pun kata kalau nak ambil gambar mesti guna filem sebab digital kamera tak laku di mahkamah.

Atau pun hakim-hakim yang ada kena pergi kursus CSI baru boleh ada perubahan kut. Boleh menerima bukti-bukti saintifik.

Anwar pernah kalah dalam saman fitnah terhadap Dr Zambry dalam isu lawatan MB Perak ke Amerika dahulu, Anwar diperintahkan membayar Dr Zambry RM 100 juta. Ini baru menang sikit dah riuh.

Agaknya kalau dia kalah dalam kes liwat dengan Saiful sudah tentu pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap Tan Seri Nazri Aziz selaku menteri undang-undang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.